pjk

2
latihan fartlek latihan fartlek berasal dari negara sweden. latihan ini adalah satu sistem latihan daya tahan kardiovaskular yang berkonsepkan pelbagai kelajuan seperti berjalan pantas, lari pecut, berjoging dan berlari dalam kelajuan sederhana. latihan ini juga boleh dilakukan pada pelbagai permukaan tanah seperti pasir, rumput, bukit dan jalan raya. ia merupakan satu bentuk aktiviti yang dilaksanakan secara berterusan dengan pelbagai tahap kelajuan, seolah-olah kita bermain dengan kelajuan di sepanjang permukaan tanah yang berbeza. tujuan latihan fartlek bukan hanya untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular, malah untuk mengelakkan kebosanan. contoh latihan fartlek cara melaksanakan latihan fartlek 1. pastikan mengikut tatacara sebelum dan selepas melakukan daya tahan kardiovaskular. 2. pilih laluan yang sesuai dan selamat seperti di padang sekolah atau di kawasan yang berdekatan dengan sekolah. 3. mulakan latihan fartlek dengan pelbagai variasi larian

Upload: jessica-sparks

Post on 27-Sep-2015

222 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

latihan

TRANSCRIPT

latihan fartlek

latihan fartlek berasal dari negara sweden. latihan ini adalah satu sistem latihan daya tahan kardiovaskular yang berkonsepkan pelbagai kelajuan seperti berjalan pantas, lari pecut, berjoging dan berlari dalam kelajuan sederhana.

latihan ini juga boleh dilakukan pada pelbagai permukaan tanah seperti pasir, rumput, bukit dan jalan raya. ia merupakan satu bentuk aktiviti yang dilaksanakan secara berterusan dengan pelbagai tahap kelajuan, seolah-olah kita bermain dengan kelajuan di sepanjang permukaan tanah yang berbeza.

tujuan latihan fartlek bukan hanya untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular, malah untuk mengelakkan kebosanan.

contoh latihan fartlek

cara melaksanakan latihan fartlek1. pastikan mengikut tatacara sebelum dan selepas melakukan daya tahan kardiovaskular.2. pilih laluan yang sesuai dan selamat seperti di padang sekolah atau di kawasan yang berdekatan dengan sekolah.3. mulakan latihan fartlek dengan pelbagai variasi larian seperti berlari perlahan, berjalan, berlari zig zag, lari pecut atau lari undur secara berterusan.4. lakukan aktiviti sama ada berdasarkan tempoh masa dan jarak.5. aktiviti ini boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau berkumpulan.pesanan:mulakan dengan aktiviti memanaskan badan dan diakhiri dengan aktiviti menyejukkan badan. pakai pakaian yang sesuai untuk mengelak kecederaan. minum banyak air selepas aktiviti untuk mengelak dehidrasi.