pjm 3102-pergerakan asas

Upload: alwanie-salleh

Post on 06-Jul-2015

785 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PJM 3102-PERGERAKAN ASASDISEDIAKAN OLEH : ALWANIE BT SALLEH PISMP SEM2-PK (BM)/ PJ / BI TAJUK : PERGERAKAN LOKOMOTOR (BERJALAN)

KONSEP PERGERAKAN ASAS Pergerakan asas terdiri daripada pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan juga manipulasi alatan. Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang. Sekiranya pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan, kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor. Gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Antara bentuk pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat, merangkak dan mengguling.

Pergerakan bukan lokomotor pula adalah pergerakan dalam keadaan yang statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan. Pergerakan bukan lokomotor membantu dalam menjaga dan menjadikan bentuk badan yang lebih menarik. Antara bentuk pergerakan bukan lokomotor ialah duduk, berdiri, dan imbangan. Manipulasi alatan pula merupakan kemahiran asas untuk menggayakan atau mempergunakan alatan dengan penggunaan yang maksimum, cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, mengawasi dan mengendalikan alatan. Ini dapat membantu dalam meningkatkan koordinasi anggota badan seperti tangan dan mata. Antara alatan yang digunakan ialah bola, gelung rotan, tali dan riben.

BENTUK PERGERAKAN LOKOMOTOR (BERJALAN) Berjalan merupakan salah satu daripada pergerakan asas yang dikategoprikan sebagai pergerakan lokomotor. Ini kerana aktiviti berjalan melibatkan pergerakan. Antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah : 1. Jalan berundur ke belakang dan ke hadapan 2. Berjalan dengan melakonkan gaya gorilla berjalan 3. Berjalan dengan bebas dengan gaya dan langkah yang betul. 4. Berjalan dalam bentuk zig zag ke hadapan dan belakang atau ke kiri dan ke kanan. 5. Berjalan perlahan dengan langkah besar dan kemudian beransur dengan langkah yang kecil. 6. Berjalan pantas dengan langkah besar dan kemudian beransur melangkah kecil.

ANSUR MAJU PERGERAKAN LOKOMOTOR (BERJALAN) BERJALAN LANGKAH PENDEK 1. Satu garis lurus dibuat, atau dilukis sepanjang 10m di atas permukaan jalan. 2. Murid diminta beratur pada kedudukan garis lurus yang telah dibuat. 3. Murid mengangkat kaki dengan langkah kecil di atas garis lurus tersebut.

4. Langkah kaki yang dibuat adalah kecil dengan meletakkan tumit kaki yang kedua melangkah pada hujung jari kaki yang pertama melangkah. Kedudukan badan adalah dalam keadaan tegak. Tangan pula diletak di sisi badan dan dihayun semasa pergerakan. 5. Pergerakan tersebut diulang sebanyak tiga kali. Aliran gerakan diubah dengan membuat garis bengkang-bengkok dan zig-zag. 6. Bagi gerakan zig-zag dan bengkang-bengkok, kon digunakan sebagai penanda.Murid berjalan dengan langkah kecil mengikut susunan kon tersebut.

BERJALAN LANGKAH PANJANG 1. Satu garis lurus dibuat, atau dilukis sepanjang 10m di atas permukaan jalan. 2. Murid diminta beratur pada kedudukan garis lurus yang telah dibuat. 3. Murid mengangkat kaki dengan langkah panjang di atas garis lurus tersebut. Kedudukan badan adalah dalam berkeadaan tegak.. Tangan pula diletak di sisi badan dan dihayun semasa pergerakan. 4. Langkah kaki panjang dibuat dengan mengangkat kaki untuk melangkah dengan bukaan langkah kaki yang lebih panjang.

5. Pergerakan tersebut diulang sebanyak tiga kali. Aliran gerakan diubah dengan membuat garis bengkang-bengkok dan zig-zag. 6. Bagi gerakan zig-zag dan bengkang-bengkok, kon digunakan sebagai penanda. Murid berjalan dengan langkah kecil mengikut susunan kon tersebut.

BERJALAN LANGKAH BESAR 1. Satu garis lurus dibuat, atau dilukis sepanjang 10m di atas permukaan jalan. 2. Murid diminta beratur pada kedudukan garis lurus yang telah dibuat. 3. Murid mengangkat kaki dengan langkah besar di atas garis lurus tersebut. kedudukan badan adalah tegak. Tangan pula diletak di sisi badan dan dihayun semasa pergerakan

4. Langkah kaki besar dibuat dengan mengangkat kaki untuk melangkah dengan bukaan langkah kaki yang lebih besar seakan hendak melangkah parit yang besar. 5. Pergerakan tersebut diulang sebanyak tiga kali. Aliran gerakan diubah dengan membuat garis bengkang-bengkok dan zig-zag. 6. Bagi gerakan zig-zag dan bengkangbengkok, kon digunakan sebagai penanda. Murid berjalan dengan langkah besar mengikut susunan kon tersebut

CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1.BERJALAN Hasil pembelajaran Dapat melakukan pelbagai gaya berjalan yang betul dan selamat Berasa seronok melakukan aktiviti berjalan dengan pelbagai cara. Strategi pengajaran 1. Guru menunjukkan cara dan menerangkan tentang aktiviti berjalan dalam pelbagai situasi dan aras kesukaran seperti berjalan di atas titi, menaiki tangga, menuruni bukit, dan melangkah longkang.

2. Aktiviti yang dilakukan seringkali dilakukan dalam kehidupan seharian yang memerlukan penyesuaian tubuh badan dengan keadaan laluan atau ruang untuk menghasilkan satu gaya berjalan yang betul dan selamat. 3. Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, guru berbincang mengenai cara berjalan dan murid mengaitkan situasi perlakuan tersebut.

Arahan keselamatan Memastikan aktiviti yang dilakukan mengikut tahap kemampuan murid. Memastikan bangku dan peralatan untuk melakukan aktiviti berjalan dalam keadaan selamat untuk digunakan. Memastikan aktiviti berjalan ini dilakukan secara ansur maju dan dilaksanakan di kawasan yang selamat.

RUJUKAN1. Fouzee Haji Abd.Aziz, 1999. Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tahun 2, Kuala Lumpur: Mahir Publication Sdn. Bhd 2. Abdul Hafidz, Haji Omar et al. 2004. PJK Sekolah Kebangsaan Buku Panduan Guru Tahun 3, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka. 3.virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=480 23

4.

Saifol Bahari Sulaiman dan Hasnul Faizal Hushin Amri, 2008. Pergerakan Asas Dan Pendidikan, Selangor: Meteor Doc Sdn Bhd.

SEKIAN..TERIMA KASIH