prakata - wordpress.com · pluralisme agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah pasca...

43
1 PERCATURAN LICIK ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME Lebai Kacak 2015 PRAKATA ل ك ين ى الد ل ع ه ر ظحه ي ل ق ح ا ين د ى و د ح ا ب و ول س ر ل س ح ر ي أ ذ ، ال م ال الحع ب ر و ل ل د ح م ح ا، و ك ر ح الحم ه ر ك ح و ل و و ن ي ب ن ا و ن ن ي ح ع أ ة ر ق ا و ن يب ب ح ا و ن د ي ى س ل ع م الس و ة الص و. ع ح أ ه ر ص ن ح ن م و و اج و ح ز أ و و اب ح ح ص أ و و ى آل ل ع و د م ا ين الد ا و ي ح ن الد ور م ى أ ل ع ع ت ح س ن و ب وKehadiran pemikiran dan falsafah Liberalisme dan Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia yang diusung oleh Institut Kajian Dasar atau IKD sekitar pertengahan tahun 80an tidak begitu diketahui ramai. Tetapi kira-kira 30 tahun kemudian, isu ini menjadi ledakan besar apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam perbahasan ini akan disebut Anwar sahaja) berwacana secara terus-terang di London School of Economics, Universiti London, pada 18hb Mac 2010 yang bertajuk: Religion and Pluralism in a Divided World yang menyokong pemikiran dan falsafah tersebut. Anwar Ibrahim (1947- ) adalah bekas pemimpin pelajar, belia dan dakwah Islām sekitar akhir tahun enam puluhan dan tujuh puluhan. Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya atau PBMUM; Presiden Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia atau PKPIM; Majlis Belia Malaysia atau MBM dan Angkatan Belia Islam Malaysia atau ABIM. Pada peringkat persatuan belia antarabangsa pula beliau pernah aktif di dalam persatuan World Assembly of Youth atau WAY, Asian Youth Council atau AYC dan World Assembly of Muslim Youth atau WAMY.

Upload: others

Post on 05-Nov-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

1

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

PRAKATA

ين كل ق ليظحهره على الد دى ودين الح دللو رب الحعالمين، الذي أرحسل رسولو بالح مح ، الح ركو ح و ولوح كره الحمن يننا ونبي لم على سيدنا وحبيبنا وق رة أعح لة والس عين.والص حابو وأزحواجو ومنح نصره أجح د وعلى آلو وأصح ا مم

ين ن حيا والد تعين على أمور الد وبو نسح

Kehadiran pemikiran dan falsafah Liberalisme dan

Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan

falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah

Illuminisme atau Illuminism di Malaysia yang diusung oleh

Institut Kajian Dasar atau IKD sekitar pertengahan tahun 80an

tidak begitu diketahui ramai.

Tetapi kira-kira 30 tahun kemudian, isu ini menjadi

ledakan besar apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam

perbahasan ini akan disebut Anwar sahaja) berwacana secara

terus-terang di London School of Economics, Universiti London,

pada 18hb Mac 2010 yang bertajuk: Religion and Pluralism in a

Divided World yang menyokong pemikiran dan falsafah tersebut.

Anwar Ibrahim (1947- ) adalah bekas pemimpin pelajar,

belia dan dakwah Islām sekitar akhir tahun enam puluhan dan

tujuh puluhan. Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Bahasa

Melayu Universiti Malaya atau PBMUM; Presiden Kebangsaan

Pelajar-Pelajar Islam Malaysia atau PKPIM; Majlis Belia

Malaysia atau MBM dan Angkatan Belia Islam Malaysia atau

ABIM. Pada peringkat persatuan belia antarabangsa pula beliau

pernah aktif di dalam persatuan World Assembly of Youth atau

WAY, Asian Youth Council atau AYC dan World Assembly of

Muslim Youth atau WAMY.

Page 2: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

2

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Beliau telah menubuhkan Institut Kajian Dasar atau IKD,

sebuah badan pemikir beliau pada tahun 1985 dan juga terlibat di

dalam penubuhan The Institute of International Islamic Thoughts

atau IIIT. Dalam politik, beliau pernah menjawat sebagai

Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri

Malaysia sebelum dipecat. Sebelum terlucut daripada jawatan

politik oleh sebab kesalahan jenayah liwat, beliau pernah

menjawat sebagai penasihat dan Ahli Parlimen dari Parti Keadilan

Rakyat, sebuah parti politik pelbagai kaum dan agama yang

berteraskan prinsip Sekularisme, Liberalisme dan Libertarian

Socialism.

Menurut sumber dan laporan AIDC, sebuah portal berita

dan maklumat, bahawa beliau pernah memegang pelbagai jawatan

penting di dalam agensi dan badan-badan pemikir antarabangsa

tajaan kumpulan Illuminati-Masonik-Zionis-Kristian – antaranya

ialah: ia pernah menjadi Diplomat Jemputan bagi Council on

Foreign Relations atau CFR1; dan Ahli Jawatankuasa International

Crisis Group atau ICG2. Dia adalah satu-satunya orang Islām yang

dilantik pada 30 Jun 2006 dalam Jawatankuasa ini yang terdiri

daripada 12 orang semuanya. Dia juga pernah menjadi Ahli

1 http://minda aidc.wordpress.com/2009/11/04 dan 2009/08/10. AIDC. Fungsi

penting CRF ialah sebagai pelobi dan membuat program-program demi

menjaga kepentingan entiti haram Zionis Israel. Pengerusi Kehormat mereka

ialah David Rockefeller, seorang ahli Illuminati dan ideolog Zionis paling

teratas dan yang amat digeruni. Semasa di pejabat baru CFR di New York,

ketika menjadi SU Negara Amerika, Hallary Clinton mengakui secara tidak

sengaja bahawa CFRlah yang memberi arahan dan mempengaruhi semua

dasar-dasar kerajaan Amerika Syarikat. Misi CFR ialah untuk menguasai

dunia dengan membentuk NWO melalui kekuatan Amerika Syarikat . 2 ICG ditubuhkan oleh Zionis George Soros.

http://www.maximsnews.com/1006maximsnewsanwaribrahimicm30jun.htm.

(URL ini telah tiada apabila diakses pada 15 September 2014) Maklumat

AIDC.

Page 3: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

3

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Lembaga Penasihat Generation Investment Management Group3

(GIM) yang dipunyai oleh al-Gore, seorang Illuminatus4-Zionis

dan bekas Naib Presiden Amerika; dan dia juga pernah menjadi

pemikir dan panelis National Endowment For Democracy atau

NED5. Beliau juga mempunyai kedudukan di dalam cabang-

cabang NED seperti International Republican Institute atau IRI

dan National Democracy Institute atau NDI6. NED pernah

menganugerah kepada Anwar sebagai „Democrat of the Year‟.

Menurut sumber AIDC lagi, dia juga pernah menjadi Penasihat

antarabangsa kepada The Brookings Institution; penceramah tetap

US-Muslim Forum di bawah Saban Center yang Zionis tegar

Martin Indynk sebagai pengerusi pada masa itu; Presiden

Kehormat AccountAbility yang di bawah naungan GIM. Beliau

amat rapat dengan The Cohen Group dan ramai Illuminatus-

Zionis lain. William Cohen adalah ideolog Zionis penting dan

bekas SU Pertahanan Amerika yang menjadi arkitek perang ke

atas Iraq.

3 http://www.jewishjournal.com/science-and-technology/artical/al-gore fund-

invests-in-israel-start-up-20100223/. Syarikat ini banyak melabur dientiti

haram Zionis Israel. Sumber AIDC. 4 Seorang Liberalis-Pluralis Melayu, Khalid Jaafar, pernah menyatakan kira-

kira 20 tahun lebih dahulu bahawa buku berkaitan dengan agenda Illuminati-

Masons iaitu The Protocols of the Elders of Zion adalah palsu. Hakikatnya,

buku ini buat pertama kali diterbitkan di Rusia pada tahun 1905 oleh Sergei

Nilus. Semua buku yang ada di Rusia kemudiannya dimusnahkan oleh regim

Kerensky. Sesiapa yang memiliki buku tersebut akan dihukum tembak di

khalayak. Rekod British Museum menunjukkan buku ini diterimanya pada 10

Ogos 1906. Lihat The International Jew and The Protocols of the Elders

of Zion; Global Publishers, Johannesburg. 5 NED ialah CIA wajah baru yang menjalankan operasi-operasi jahat dan sulit

atas nama „Projek Demokrasi‟. Semua anggota dan penalisnya adalah

Illuminatus-Zionis atau paling tidak pro-Zionisme. 6 NDI telah melatih sekitar 30 aktivis parti PKR menjelang PRU 12. Sumber

AIDC.

Page 4: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

4

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Pada 05hb Julai 2006, Paul Wolfowitz yang ketika itu

sebagai Presiden Bank Dunia, melantik Anwar menjadi pengerusi

Foundation For The Future 7(FFF). Di dunia „Arab-Islām, yayasan

itu dikenali sebagai Muassasah al-Mustaqbal. Ketika isu skandal

Paul Wolfowitz-Shaha Reza panas, Anwar menulis surat kepada

Bank Dunia, meminta „dipinjamkan‟ Shaha Reza, wanita Islām

teman sekedudukan Wolfowitz itu daripada Bank Dunia ke FFF8.

[Lihat salinan surat beliau kepada Robin Cleveland, Councillor

Bank Dunia, bertarikh 01 Oktober 2006 di bahagian Lampiran

buku ini]. Yayasan FFF ialah sebuah badan pemikir tajaan

Illuminati-Zionis-Kristian yang bertujuan untuk meliberalkan

pemikiran dan agama Ummah Islām seluruh dunia terutamanya di

negara-negara „Arab dan Islām supaya sejajar dengan agenda

Illuminati-Masonik kaum Zionis-Kristian melalui kekuasaan

politik Octopus dan pergerakan civil society.

Di dalam buku Building Moderate Muslim Networks,

terbitan Rand Corporation 2007, halaman xxvi, Anwar diberi

penghargaan khusus kerana memberi input-input dan sumbangan

pemikiran penting kepada badan pemikir Illuminati-Zionis-

Kristian tersebut di dalam melakar strategi puak Illuminati-

Masonic Conspiracies antarabangsa untuk menjayakan agenda

jahat mereka menjahanamkan Ummah Islām dan negara-negara

Ummah Islām seluruh dunia [Sila baca keseluruhan buku tersebut

untuk memahami makar jahat dan operasi hitam kaum Illuminati-

Masons-Zionis-Kristian terhadap Ummah Islām].

Ikatan akrab beliau dengan perancang dan pemikir

Illuminati-Masons-Zionis-Kristian tersebut, membuat beliau

7 FFF diasaskan oleh Dick Chiney dan anaknya Liz.

8 Skandal Paul Wolfowitz-Shaha Reza dan kaitan dengan FFF, menjadi isu

panas di Amerika sehingga Jabatan Negara Amerika terpaksa membuat

kenyataan khas mengenainya. Dan Paul Wolfowitz juga telah membuat

kenyataan meminta maaf dalam isu skandal beliau itu.

Page 5: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

5

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

digilap dan diberi promosi besar-besaran melalui perception

management sebagai tokoh penting Islām mengikut kriteria

mereka. Justeru, beliau telah dinobatkan oleh Paul Wolfowitz

sebagai „Jurubicara Barat untuk Dunia Islam‟9.

Jika diperhatikan badan-badan yang diduduki oleh beliau,

semuanya diterajui oleh elit Illuminati-Masons-Zionis.

Lingkungan inilah yang membentuk dan kemudiannya melingkari

pemikiran, falsafah dan tindak-tanduk dalam budaya hidup dan

keagamaan beliau.

Seperti yang termaklum, tidak semua orang dapat diterima

oleh puak Illuminati-Masons-Zionis itu menjadi rakan karib dan

memegang jawatan penting di dalam badan tajaan mereka itu,

apatah lagi jika seseorang yang dikenali sebagai beragama Islām.

Anwar „bertuah‟ kerana diterima menjadi orang penting di dalam

organisasi mereka itu. Sebelum diterima di lingkungan mereka

atau menjadi anggota mereka, seseorang calon sudah tentu perlu

melalui proses yang panjang, sukar dan dengan syarat-syarat yang

amat ketat serta mesti terbukti kejujuran setulusnya dan ta„at setia

tiada berbelah bagi serta lulus ujian. Adalah tidak pasti, adakah

Anwar menjadi ahli Illuminati-Freemasons atau tidak. Tetapi yang

pasti ialah badan-badan atau organisasi yang beliau duduki dan

berperanan itu semuanya - tanpa kecuali - adalah badan atau

organisasi milik penuh Zionis yang terhasil daripada doktrin dan

perjuangan kaum Illuminati-Masons yang panjang.

Pemikiran dan falsafah yang diusung Anwar itu persis

pemikiran dan falsafah serta agenda konspirasi kaum Illuminati-

Masonik-Zionis antarabangsa yang mahu memusnahkan ajaran

Agama Islām Ahli Sunnah wa al-Jamā„ah yang sudah di Ijmā„

serta persatuan dan perpaduan Ummat Islām. Apakah ini suatu

kebetulan? Tidak. Dia bukanlah sekali membawa masuk ke dalam

9 www.gusdur.net. Minda AIDC 21hb Mac 2009.

Page 6: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

6

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

masyarakat dan organisasi-organisasi Ahli Sunnah wa al-Jamā„ah

Malaysia ajaran-ajaran mungkar „Aqīdah, Syarī„ah dan Akhlāq

atau Agama seluruhnya. Pada awal tahun 80an dahulu, ketika dia

menjawat sebagai Presiden ABIM, dialah yang bertanggungjawab

membawa masuk agama Syī„ah aliran Khumayni dari Iran melalui

ABIM ke Malaysia. Hingga kini, virus tegar dan berbahaya itu

semakin menular menjarah Ummah Islām Malaysia dan

nampaknya amat sukar untuk dimusnahkan. Dan dialah juga,

dalam masa tidak sampai lima tahun, berjaya menyuntik fahaman

Liberalisme dan anarkisme di dalam organisasi politik Islām,

PAS, sehingga parti tersebut menghadapi krisis pemikiran dan

kepimpinan yang teruk.

Untuk memahami pemikiran dan siapa sebenarnya Anwar,

seseorang perlu membaca tulisan dan mendengar ucapan-ucapan

beliau dengan tekun dan dengan „aqal tamyizi. Disamping itu,

perlu juga menekuni pemikiran, ajaran, falsafah, agenda dan gerak

kerja golongan Illuminati-Freemasons-Zionis kerana ia ada kaitan

langsung dengan Anwar. Juga, seseorang itu perlu meneliti dan

memahami platform yang beliau duduki seperti yang terdahulu

disebut. Dengan meneliti dan memahami pemikiran dan falsafah

serta gerakan Illuminati-Freemasons-Zionis tersebut, semua ini

akan dapat membantu sesorang memahami siapa Anwar Ibrahim

seluruhnya dan yang sebenar-benarnya.

Di dalam buku kecil ini, insyā Allāh, akan dibuat analisis

mengenai weltanschauung atau tasawwur keIslāman Anwar

berkaitan pemikiran, falsafah dan fahamannya, terutama dari

dimensi „Aqīdah, Syarī„ah dan Akhlāq serta budaya hidup. Perlu

dijelaskan bahawa analisis pemikiran dan kefahaman beliau di

dalam tulisan ini akan dibuat melalui suluhan, neraca „ilmu,

„amalan dan ajaran „Ulamā‟ Islām Ahli Sunnah wa al-Jamā„ah

arus perdana.

Page 7: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

7

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Dalam tulisan ini, kami akan merujuk dan berdasarkan

kepada sekurang-kurangnya dua ucapan bertulisnya yang penting.

Pertama: Religion and Pluralism in a Divided World,

diucapkannya di London School of Economics (LSE), Universiti

London, pada 18hb Mac 2010 yang lalu10

. Kedua; Civilizational

Dialogue in a Divided World, yang dibaca pada program, The

International Meeting for Peace: Bound to Live Together –

Religious and Cultural in Dialogue, di Munich, Jerman, pada 11hb

September 2011 dan ketiga ialah Religious Persecution Under

the Najib Administration. Yang terakhir ini entah bagaimana,

tidak tersebar luas, namun ia penting kerana di dalamnya terdapat

fahamannya berkaitan dengan falsafah Pluralisme Agama,

walaupun nampak pada lahirnya kenyataan ini berbau politik.

Selain daripada sumber-sumber tersebut, akan dirujuk juga

kepada tulisan-tulisan beliau di media maya, interview dengan

media dalam dan luar negeri dan juga ucapan-ucapan serta

ceramah-ceramahnya di pelbagai tempat. Sebagai sampingan,

kami juga merujuk buku-buku seperti Anwar Ibrahim

Menangani Perubahan, sebuah koleksi ucapan beliau; Asian

Renaissance dan ucapan-ucapan beliau semasa memimpin ABIM

dan juga buku paling baharu mengenai beliau iaitu The Evolution

of A Muslim Democrat The Life Of Malaysia’s Anwar

Ibrahim yang diterbitkan pada tahun 201311

. Penulisnya Dr.

Allers menyebut Anwar sebagai Democrat Muslim. Dr. Allers

salah menilai dan melabelnya sebagai seorang demokrat padahal

Anwar bukanlah seorang democrat dalam kriteria Barat. Ini

10

Ucapannya itu, kami petik dari blog beliau.

http://anwaribrahimblog.com/2010/03/22/public-lecture-by-anwar-ibrahim-

at-thelondon-school-of-economics-march-18-2010/. Teks tersebut telah tiada

dalam blog tersebut beberapa waktu kemudian, tetapi telah dimuat semula

namun dipadam sehingga kini. 11

Buku ini ditulis oleh Dr. Charles Allers seorang evangelis tegar dan diberi

kata pengantar oleh John Esposito seorang Pluralis Agama. Buku ini

diterbitkan oleh Peter Lang Publishing, 2013.

Page 8: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

8

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

terbukti di dalam krisis politik Negeri Selangor, terserlah beliau

adalah memiliki karektor authoritarian, berwajah nepotistic dan

menganut fahaman neponomics.

Perkara berkaitan dengan jenayah Syarī„ah seperti mana

yang termaklum, dia telah didapati bersalah dan dijatuhkan

hukuman atas kesalahan meliwat seorang lelaki pembantunya,

tidak akan dibincangkan di dalam buku ini. Pada 07 Mac 2014,

Mahkamah Rayuan telah menjatuhkan hukum penjara lima tahun

atas kesalahan liwatnya. Kemudian pada 10 Februari 2015,

Mahkamah Persekutuan menolak rayuan beliau dan mengekalkan

sabitan hukuman penjara lima tahun tersebut.

Hasil penelitian yang dibuat terhadap cara berfikir, cara

pemahaman serta falsafah dan budaya hidupnya, ternyata sekali

bahawa kefahaman agama dan keagamaannya yakni Agama Islām

amat berkecamuk; bersifat confusionism yang akut dan luar biasa;

mempunyai standard berganda-ganda dan berlapis-lapis dengan

pelbagai warna-warni. Bahkan sistem dan struktur berfikirnya

tunggang terbalik. Di suatu tempat dia mendakwa menghayati

falsafah sapere aude tetapi di tempat lain dia bertaqlid buta dan

mendewa-dewakan pendapat orang lain seperti bertaqlid kepada

pemikiran dan falsafah Illuminisme-Zionisme. Suatu masa dia

mendakwa menghayati dan menikmati lazzatu ’l-ma‘rifah (ejaan

asal beliau ialah lazzatul makrifah) tetapi di satu masa lain pula,

dia menganggap „amalan-„amalan hanya sebagai mere practice

sahaja yakni „amalan tidak berapa penting sangat pada hal di

dalam ajaran Agama Islām, „amalan atau „amal ibādat menjadi

asas dan jalan untuk mencapai lazzatu ’l-ma‘rifah. Di suatu waktu

dia mengaku sebagai penganut Ahli Sunnah wa al-Jamā„ah tetapi

di waktu lain dia membenarkan orang memilih „aqīdah dan ajaran

keagamaan kesukaan masing-masing pada hal Nabiy ṣ.„a.w hanya

Page 9: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

9

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

mengiktiraf Ahli Sunnah wa al-Jamā„ah sahaja sebagai benar12

.

Depan kawan-kawan Liberalis dan Pluralisnya di Salihara,

Jakarta, dia menghina Ahli Sunnah wa al-Jamā„ah tetapi tidak

lama kemudian, di Cyberjaya, di dalam perjumpaan dengan

sekumpulan aktivis Islām Ahli Sunnah wa al-Jamā„ah, dia

menghina pula kawan-kawan Liberalis dan Pluralisnya itu. Di

Padang Perumahan Taman Teratai, Serendah, Selangor, dia

berkata, haram baginya berdamping dengan Yahudi, tetapi dia

jugalah yang mencadangkan supaya diperketatkan keselamatan

entiti haram pengganas-Zionis Israel. Dan banyak lagi contoh-

contoh yang bersifat kontradiktori dan confusion di dalam

pemikiran, budaya hidup dan tindakan keagamaannya.

Apa pun, fahaman sapere aude seperti pengakuannya

sendiri dan deontology atau deontologi yang menjadi dasar

berfikir dan falsafah hidup keagamaannya yang diwarisi daripada

Kant dan karib-karib Illuminati-Masons-Zionis itulah yang

membentuk modus berfikir, cara fahaman, cara pandang, cara

hidup dan pola serta landskap hidup dan ragam beragamanya.

Sebelum dilanjutkan perbincangan, satu nota penting perlu

diberi perhatian mengenai konsep sapere aude. Secara literal,

sapere aude bermakna bebas. Justeru apabila perkataan ini

digunakan oleh beliau atau di dalam tulisan ini dirujukkan kepada

12

Ini adalah berdasarkan kepada banyak Ḥadīth Nabiy ṣ.„a.w dalam pelbagai

jalan dan riwayat. Antaranya, apabila ditanya oleh Ṣaḥābat, siapa kumpulan

yang berjaya atau firqah al-nājiyah, Nabiy ṣ.„a.w menjawab: Ahli Sunnah wa

al-Jamā‘ah. Lihat Sunan Ibn Mājah, Abu Dāwūd, Aḥmad, Tirmizi, Ṭobarāni

dll. Ada sebuah Ḥadīth yang biasa digunakan oleh kaum Liberal iaitu Ḥadīth

yang mengatakan bahawa semua firqah yang 73 itu akan masuk Syurga

kecuali satu sahaja. Orang yang ada sedikit pengetahuan dalam subjek „ilmu

Ḥadīth dan Musṭalah al-Ḥadīth akan terkesan bahawa status Ḥadīth tersebut

ialah Ḥadīth Maqlūb, justeru ia tertolak. Allāhu a‘lam. Demikian, seluruh

Mufassirīn menafsirkan ayat al-Qur'ān: tabyaḍḍu wujūhun sebagai kumpulan

Ahli Sunnah wa al-Jamā„ah.

Page 10: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

10

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

beliau, yang dimaksudkan ialah suatu cara berfikir dan tindakan

serta cara hidup beliau yang membebaskan dirinya daripada

terikat kepada konsep serta doktrin Ahli Sunnah wa al-Jamā„ah

semata-mata, bukan kepada selainnya. Kesimpulan ini dibuat

berdasarkan kepada tulisan-tulisan dan ucapan-ucapannya yang

jelas dia sangat terikat kepada ajaran, pemikiran dan pendapat

pemikir-pemikir daripada golongan Illuminati-Masons-Zionis-

Kristian, Hindu, golongan Perennialis dll. Justeru, di dalam tulisan

ini, apabila disebut perkataan sapere aude yang dinisbah

kepadanya, maka bermaksud seperti yang disebut di atas iaitu dia

bebas daripada terikat kepada konsep, sistem dan ajaran Ahli

Sunnah wa al-Jamā„ah dan „Ulamā‟nya.

Pembaca akan menemui contoh-contoh yang berulang-

ulang di dalam buku ini. Diharap ia tidak membosankan. Ini

sebenarnya kerana contoh-contoh yang diberi itu mempunyai

kaitan bertindih dengan pemikiran dan konsep-konsep hidupnya

yang bertindih-tindih, bercabang-cabang dan berlapis-lapis itu.

Seperti di dalam kes pemurtadan Lina Joy misalnya, contoh ini

boleh dimasukkan juga ke dalam sikap liberalnya atau ke dalam

pemikiran kebebasan dhomir selain daripada sikapnya yang

membenarkan pemurtadan. Demikian seterusnya.

Kami berterima kasih kepada teman-teman yang memberi

pandangan dan input-input penting dalam penulisan ini dan juga

kepada yang terlibat dalam menerbitkan buku ini. Kami ucapkan

jazākumu ’llāhu khayran.

Pusat Pemikir dan Penyelidik Islām „Alam Melayu

Kuala Lumpur

13hb Mei 2015 M.

Page 11: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

11

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

MUQADDIMAH 1

Untuk membuat pembedahan pemikiran, falsafah dan

kefahaman keAgamaan bahkan keduniaan Anwar, kita perlu

memahami kerangka dan asas berfikirnya. Daripada penulisan dan

ucapan-ucapannya seperti yang dikliemnya sendiri adalah bersifat

dan berdasarkan kepada falsafah sapere aude13

. Dia menghayati

ajaran dan falsafah ini secara sempurna yang menjadikan

Sekuralisme, Liberalisme pemikiran dan Liberalisme Agama serta

Pluralisme Agama sebagai dasar dan teras serta matlamat

perjuangan sosio-religio-politiknya.

Selain sapere aude, dia juga berfikir di dalam kerangka

dan dasar falsafah Libertarian Socialism dan Libertarianism atau

Libertarianisme seperti ternyata dalam gagasan freedom of

conscience atau kebebasan dhomirnya seperti yang digagaskan di

dalam The Protocols kaum Illuminati itu. Bersekali dengan

fahaman dan falsafah ini, dia juga berpegang kepada falsafah

deontology atau deontologi di dalam semua sendi ajaran Agama

termasuk „Aqīdah, Syarī„at dan Akhlāq secara sempurna bukan

sahaja bersifat teoritikal tetapi juga di dalam praktis hidup

berbudaya dan beragama.

Asas pemikirannya nyata bertindih-tindih dalam pola

berfikir yang berkecamuk. Ada ketika modus berfikirnya

berlandaskan pemikiran Mu„tazilah tetapi pada suatu ketika lain ia

dilandai pemikiran mistik Hinduisme.

Pokoknya, ia berfikir di luar kerangka Naṣṣ kerana dia

berfahaman bahawa „aqal mempunyai kekuatan di dalam segala

segi atas prinsip sapere audenya yang justeru fikirannya sarat

13

Anwar Ibrahim berkata: „Lebih dua dekad lalu saya cuba hayati semangat

sapere aude…”. Kata beliau pada 03hb Februari 2008 di blognya. Diakses

pada 01hb Jun 2011.

Page 12: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

12

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

dengan bid„ah ḍolālah dan mungkar yang nyata yang membelit

hidupnya.

Al-Qur'ān difahaminya secara hermeneutik diabolik,

liberalisme dan pluralisme, malah kadang-kadang secara

diabolisme literal. Sering difahaminya al-Qur'ān itu di luar

konteks sabab nuzul dan Ijmā„ Mufassirīn. Dia ternyata amat naif

dalam memahami ayat-ayat al-Qur'ān itu dan tidak memahami

konsep dan konteks sibāq dan siyāq dari ayat-ayat yang

digunakannya itu persis fahaman Illuminisme, Liberalisme dan

Pluralisme kaum Illuminatus, Liberalis dan Pluralis Agama.

Dia kelihatan tidak sepatah pun menggunakan al-Sunnah

atau al-Ḥadīth sebagai dasar dan kerangka berfikirnya di dalam

memahami Agamanya. Ketika menulis, dia tidak pernah memetik

dan memanfaatkan al-Sunnah atau al-Ḥadīth sebagai dasar dan

kerangka tulisannya. Dan di dalam wacana-wacana pula, dia

langsung tidak menjadikan al-Sunnah atau al-Ḥadīth itu sebagai

hujah utama selepas Al-Qur'ān. Jauh sekali dia menggunakan al-

Ijmā„ yang juga merupakan tiang utama di dalam memahami

Islām dan menjadikannya sebagai dasar di dalam falsafah

kehidupan berbudaya dan beragama. Dia ada menggunakan

analogi tetapi analoginya tidak menepati konsep dan dasar al-

Qiyās di dalam tradisi wacana keilmuan Islām Ahli Sunnah wa al-

Jamā„ah. Analogi yang dipakainya adalah analogi diabolik atau

qiyās ma‘al-farīq.

Ketika menggunakan „aqal, dia menghayati diabolisme

pemikiran akut atas prinsip sapere aude seperti kliemnya, yang

justeru, ia berfikir di luar naungan autoriti Naṣṣ dan Ijmā„.

Baginya, autoriti keIslāman bukan terletak kepada perkara yang

sudah distruktur dan diinstitusikan di dalam ontologi dan

epistemologi al-Ijmā„ tetapi terletak di dalam kerangka berfikir

Page 13: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

13

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

yang pintu Ijtihād masih terbuka seperti yang sering dilaungkan

oleh kaum Liberalis-Pluralis Agama.

Kerangka dan dasar berfikir sapere aude, Libertarianisme

dan deontologi yang bertunjangkan fahaman dan falsafah

Illuminisme inilah yang mencetuskan pelbagai fahaman, rupa

bentuk, corak dan landskap pemikiran serta pola pandangannya

mengenai ontologi dan epistemologi Dīnu ‟l-Islām yang akan kita

bedahkan nanti. Insyā‟ Allāh.

Anwar menulis di dalam blognya pada 03hb Februari 2008

yang lalu berbunyi: “...lebih dua dekad lalu, saya cuba hayati

semangat sapere aude...”..

Sapere aude adalah Bahasa Latin. Ia bermakna dare to be

wise. Secara ringkas dan mudah ia bererti berani menggunakan

„aqal dan fahaman sendiri di dalam apa jua perkara termasuk

perkara-perkara yang berkaitan dengan agama.

Sapere aude menjadi falsafah hidup Immanuel Kant [dan

ramai lagi] failasuf Jerman yang memberontak kepada ajaran dan

rahib-rahib agamanya, Kristian. Kant menentang dan memberi

kritikan tajam kepada ajaran rahib-rahib itu dengan berkata:

“...berupaya atau pun dapat meletakkan diri ke dalam suatu

kedudukan untuk menggunakan kefahaman sendiri dengan yakin

dalam hal ehwal agama tanpa panduan orang lain...”14

.

Perlu difahami benar-benar dan jangan keliru, bahawa

maksud sapere aude di dalam kamus, sikap dan pendirian Anwar

ialah ia membebaskan dirinya daripada terikat kepada pendapat

al-Ijmā„ dan ajaran „Ulamā‟ yang rāsikhīn dalam Ahli Sunnah wa

14

Apa Itu Pencerahan, IKD, 2006, ms 22. Buku ini adalah terjemahan

daripada buku karya Kant; Was ist Aufklarung?. IKD ditubuhkan oleh

Anwar sebagai badan pemikirnya.

Page 14: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

14

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

al-Jamā„ah dan bukannya ia membebaskan dirinya daripada

terikat kepada pendapat, fahaman dan ajaran keagamaan orang

Kāfir dan kaum Illuminati seperti yang telah disebut terdahulu.

Dari aspek ini, persis Kant yang membebaskan dirinya daripada

terikat kepada fahaman yang diajar oleh paderi-paderi agamanya,

Kristian, sementelah Anwar pula membebaskan dirinya daripada

terikat kepada ajaran „Ulamā‟ Agamanya, Islām, yang rāsikh lagi

muktabar dalam banyak perkara yang fundamental.

Akan tetapi daripada perspektif lain, Anwar berbeza

daripada Kant. Kant memang benar di dalam dakwaannya itu

kerana ia benar-benar menghayati fahaman dan falsafah sapere

aude sebab dia memang betul-betul membebaskan dirinya

daripada pemikiran orang lain dan membina pemikiran sendiri.

Ada pun Anwar tidak demikian. Dia terpaksa bertaqlid buta dan

amat bergantung harap kepada orang di luar Islām mengajar dan

memahamkan Agama Islām kepadanya seperti Kant, Lock,

Hayek, Abu „Imran al-Yahud, Hick, sami-sami Hindu dll pemikir

dan failasuf bukan Islām yang akan kita saksikan di dalam huraian

seterusnya. Insyā‟ Allāh.

Apa yang dilakukan oleh Anwar hanyalah sebagai burung

kakak tua yang amat sangat tua. Dia mengulang-ngulang dan

menceduk membabibuta serta bertaqlid buta kepada apa yang

dikatakan oleh mereka yang Kāfir dan Illuminatus itu. Maka

dimanakah kebenaran dakwaannya yang mengatakan dia

menghayati sapere aude dalam konsep Kant? Daripada perspektif

ajaran al-Qur'ān, manusia jenis ini disebut oleh Allāh SwT sebagai

bertuhankan hawa nafsu. Firman Allāh SwT berbunyi

(terjemahan): Apakah pernah kamu melihat orang yang

menjadikan hawa-nafsunya sebagai ilah/tuhannya [al-Jāthiyah:

23]. Hawa nafsu menguasai „aqalnya - „aqal di dalam

Page 15: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

15

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

epistemologi atau maknanya yang murni15

. Di dalam ajaran

Agama Islām Ahli Sunnah wa al-Jamā„ah, ratio atau „aqal adalah

anugerah Allāh SwT yang amat berharga. Ia menentukan status

seseorang: sama ada dia seorang mukallaf atau tidak, yang berkait

pula dengan keberlakuan hukum. Justeru, „Ulamā‟ telah

menjelaskan, bahawa ratio atau „aqal, diumpamakan sebagai

pedang bermata dua: ia boleh digunakan sebagai alat untuk

mencapai dan mengenali Kebenaran-Kebenaran di dalam Agama

[baca: Islām Ahli Sunnah wa al-Jamā„ah] dan dapat pula

menikmati Kebenaran-Kebenaran tersebut di dalam hidupnya

melalui aktiviti tadabbur dan tafakkur. Daripada satu sisi lagi,

ratio atau „aqal tersebut boleh menjadi dinding atau hijab dan

penutup daripada mengenali Kebenaran-Kebenaran tersebut yang

boleh menjadikan orang tersebut akan hidup di dalam

kesengsaraan abadi seperti di dalam firman Allāh SwT: lawkunnā

nasma‘u aw na‘qilu mā kunnā fī aṣḥābi ’s-sa‘īr yakni

[terjemahan]: jika kami mendengar dan berfikir (dengan

menggunakan ‘aqal yang salim – P) maka tidaklah kami berada

di dalam Neraka Sa‘īr [al-Mulk: 10].

Ratio atau „aqal yang dapat mencapai dan mengenali serta

menikmati Kebenaran-Kebenaran Agama disebut oleh Ibn „Arabi

rḥ sebagai ‘aqal mujarrad atau „aqal murni yakni „aqal yang

bebas daripada sifat diabolisme pemikiran atau pengaruh Iblīs dan

Syaitan. Dalam istilah Mawlānā Jalāluddīn al-Rūmī rḥ pula, „aqal

jenis ini disebut sebagai al-‘aqlu al-kulliy atau „aqal semesta yakni

„aqal yang bebas daripada anasir-anasir perosak „Aqīdah,

sementara di dalam sebutan Ustaz „Uthmān el-Muḥammady rḥ

pula, sebagai ‘aqal ‘ubūdiyyah atau „aqal yang senantiasa

berfungsi mengenali Kebenaran-Kebenaran dan menta„ati

Kebenaran-Kebenaran tersebut di dalam segala suruhan dan

15.Lihat Syaraf al-‘Aql oleh Imam al-Muḥāsibi dan al-Ghazzāliy

raḥimahumallāh dan Imam al-Māwardiy raḥimahullāh, Adab al-Dunyā wa

al-Dīn.

Page 16: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

16

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

larangan Allāh SwT16

. Ringkasnya, „aqal mestilah benar-benar

menjadi bekas Allāh yang diisi dengan Haqīqat-Kebenaran-Nya.

Ia mesti dipandu oleh Waḥyu, Irādah dan Kalām-Nya serta tunduk

patuh kepada Sunnah Nabawiyyah. Islām menolak keras „aqal per

sé di dalam menentukan Kebenaran-Kebenaran Agama seperti

aliran Réné Descartes (m: 1650 M) atau Kant bahkan aliran

Mu„tazilah dan sesetengah pemikiran Ibn Rushd serta seluruh

„aqal Rasionalisme Pasca Modernisme dan „aqal kaum Illuminatus

dan Liberalis-Pluralis Agama.

Seseorang yang menganut fahaman sapere aude atau free

thinking seperti Anwar, tidak semestinya tidak percaya kepada

tuhan atau tidak berIman kepada Allāh Jallā Jalāluh bahkan

mungkin dia bersolat seperti orang Islām bersolat atau mungkin

kerap mengerjakan „Umrah atau menyembelih korban dan

pelbagai „amalan Islām yang lain lagi.

Oleh kerana tidak mahir dalam „ilmu Tafsīr Ahli Sunnah

wa al-Jamā„ah yang orthodox yakni orthodoxy di dalam ontologi

dan epistemologinya yang murni, sehingga dia terkesan oleh

tafsiran diabolik kaum Illuminati, Liberalis dan Pluralis Agama,

yang justeru, dia menafsirkan ayat-ayat al-Qur'ān sesuka hati

seperti kalimat lita‘ārafu; kalimatun sawā’ dan kalimah Allāh,

dimaknainya secara bebas atau liberal sebagai fahaman Pluralisme

Agama. Demikian juga melalui „aqal sapere audenya dia

mengatakan, sembelihan semua kaum beragama halal dimakan

oleh orang Islām tanpa sebab darurat, oleh itu dia tidak takut

berbuat demikian. Dua orang kawan karib beliau yang pernah

makan semeja dengan beliau semasa di luar negeri, memberitahu

bahawa dia memang sengaja mencari restoran tidak halal dan

meminta daging binatang yang tidak disembelih mengikut Syarī„at

Islām dan memakannya! Seorang kawan beliau yang lain pula

16

‘Aqal ‘Ubudiyyah, „Uthmān el-Muḥammady, dibentang di Anjung Rahmat,

ABIM, pada 30hb September 2006.

Page 17: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

17

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

memberitahu, prinsip beliau ialah: sembelih di dalam pinggan!

Perkara ini diketahui oleh semua orang yang rapat dengan beliau.

Ini merupakan salah satu daripada pendirian fahaman Liberalisme

dan Pluralisme Agamanya yang bertunjangkan fahaman dan

falsafah sapere aude tajaan kaum Illuminati.

Di dalam adāb dan akhlāq pula, beliau tidak

mempedulikan konsep, struktur dan tata adab dan Akhlāq di

dalam ajaran Islām yang asasnya ḥayā’ yakni malu. Adakah dia

meyakini sepenuhnya konsep akhlāq liberal tajaan kaum

Illuminati seperti dalam The Protocols dan deontologi etika Kant

yang asasnya sapere aude dan relatif itu, sehingga beliau

tergamak menari dengan wanita muda berbangsa Cina yang bukan

Islām di khalayak? Dan dengan penuh gembira pula memakai

tanda dan lambang-lambang agama Hindu ditubuh badannya

sebagai manifestasi rencam fahaman liberal keagamaannya atau

Liberalisme dan Pluralisme Agama. Perlakuan ini menyalahi

ajaran al-ḥayā’ di dalam doktrin, konsep dan prinsip Akhlāq

Islāmi.

Fahaman „aqal bebas atau sapere aude atau free thinking

yang tidak terikat kepada autoriti Agama arus perdana seperti

fahaman Anwar ini, amat menyalahi ajaran al-Qur'ān. Al-Qur'ān

memang menyuruh manusia berfikir dan menggunakan „aqal

mereka, akan tetapi dengan bersyarat. Syaratnya ialah mereka

mestilah berfikir di dalam acuan dan kerangka al-Qur'ān itu

sendiri. Malah al-Qur'ān menyuruh manusia berfikir dengan

berpandukan „aqal golongan Ṣōliḥīn, rāsikhīn dan ahli ’dz-dzikri,

yang umumnya disebut sebagai al-„Ulamā‟. Ini adalah amat jelas

kepada sesiapa yang menekuni al-Qur'ān. Kepada mereka itulah

manusia bertanya mengenai segala ehwal Agama bahkan ehwal

dunia juga, umūru ’d-dīn wa ’d-dunyā, [lihat misalnya al-

Māwardīy: Adab al-Dunyā] kerana mereka adalah sumber „ilmu

yang benar dan merupakan pewaris Nabiy ṣ.„a.w yang sah seperti

Page 18: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

18

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

sabda Baginda: al-‘ulamā’ warathatu ’l-anbiyā’ atau

terjemahannya berbunyi: ‘ulamā’ adalah pewaris para Nabiy17

, di

dalam semua aspek perlakuan kehidupan dan budaya, termasuklah

„ilmu, cara ber„amal, cara bermuamalah dan urusan dunia

semuanya.

Sebenarnya, orang yang menggunakan kebebasan „aqalnya

di dalam memahami keilmuan Islām tanpa panduan „Ulamā‟ yang

rāsikh, menghadapi risiko dihumban ke dalam Neraka. Nabiy

ṣ.„a.w mengancam dengan bakaran api Neraka kepada orang yang

menghuraikan ajaran Islām mengikut tafsiran dan fahaman sendiri

atau sapere aude seperti yang dianuti Anwar tanpa bersandarkan

kepada mana-mana autoriti Naṣṣ al-Qur'ān atau al-Ḥadīth atau pun

al-Ijmā„ atau aqwal „Ulamā‟ „āmilīn atau „Ulamā‟ al-Ᾱkhirah

yang rāsikh. Perhatikan sabda Nabiy ṣ.„a.w di dalam Ḥadīth

riwayat Imam Bukhāri dan Muslim yang berbunyi (terjemahan):

Sesiapa berbohong atas nama saya dengan sengaja [tanpa ‘ilmu

atau membuat manipulasi - P], maka [sesungguhnya] dia

menempatkan [dirinya di atas - P] kerusi daripada api Neraka.

Makna Ḥadīth yang mulia ini, merujuk kepada interpretasi salah

dan mungkar yang tidak berlandaskan kepada metodologi, sistem,

dasar dan kaedah memahami „ilmu sebagai alat dan jalan untuk

memahami ajaran Islām kerana semata-mata bersandarkan kepada

fahaman sendiri yang diabolik dan menolak autoriti. Oleh kerana

beliau menggunakan „aqal sapere aude seperti pengakuannya itu

dan menganut fahaman liberalisme dan diabolisme pemikiran

yang bebas serta tidak mahu mendapat panduan „Ulamā‟ yang

rāsikh bahkan menolak autoriti di dalam memahami al-Qur'ān,

beliau telah menyimpulkan bahawa al-Qur'ān mewajarkan

fahaman Liberalisme dan Pluralisme Agama berdasarkan ayat-

ayat al-Qur'ān yang ditahrifkan makna Ijmā„nya itu.

17

نحبياء الحعلماء ورثة الح daripada Ḥadīth yang panjang riwayat Abū Dāwūd, al-Tirmidzi,

Ibn Majāh dan Ibn Ḥibbān di dalam Sohihnya dll.

Page 19: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

19

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Falsafah hidup yang berteraskan sapere aude di dalam

memahami ajaran Islām ini, amat membahayakan kehidupan

seseorang bukan sahaja daripada perspektif Ukhrawi tetapi juga

kehidupan duniawi. Tetapi inilah yang dikehendaki oleh puak

Illuminatus-Masonik berlaku kepada golongan goyim. Khalid

Jaafar, seorang teman karib dan rakan Liberalis dan Pluralis

Anwar berkata di dalam buku Apa Itu Pencerahan (IKD, 2006):

“...membebaskan tenaga pikiran manusia...; penggunaan akal

sebagai alat untuk menyoal siasat… amalan beragama” persis

apa yang dikehendaki di dalam agenda The Protocols Illuminati-

Masonik itu.

Kalau golongan sapere aude seperti Anwar dan Khalid ini

mahu menyoal siasat sistem politik, itu adalah urusan peribadi

mereka kerana mereka berdua berada di dalam sebuah parti politik

sama yang mahu menegakkan fahaman Sekularisme-Libertarian

Socialism dan menolak mendaulatkan Syarī„at Islām di negara ini.

Namun, sebagai Muslim, sesiapa sahaja berhak menyoal siasat

mereka pula: apakah konsep, sistem, pemikiran serta falsafah

politik mereka menepati piawai politik demokrasi Barat yang

dilaungkan oleh mereka sendiri? Adakah mereka benar-benar

melaksanakan sistem demokrasi di dalam parti mereka? Adakah

mereka menerima atau menolak kaedah realpolitik, machtpolitik,

neponomics dan Pure Machiavelli di dalam mencapai cita-cita

politik mereka sehingga menolak kaedah Maqāṣid Syarī„ah seperti

yang mereka lakukan di Malaysia?

Dalam konteks „amalan beragama pula, siapakah Khalid

Jaafar dan kawan-kawan Liberalisnya yang mahu menyiasat

„amalan beragama „Ulamā‟ katakan seperti Imam Syāfi„ī atau

Aḥmad ibn Ḥanbal atau al-Māwardīy atau Ibraḥīm Bajuri atau

Arshad Banjari atau Dāwūd Faṭōni atau Tuan Husin Kedah atau

Wan Aḥmad Faṭōni dan lain-lain „Ulamā‟ Ahli Sunnah wa al-

Page 20: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

20

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Jamā„ah? Apa kualiti „ilmu dan kefahaman Agama yang ada pada

mereka? Apa kualiti „amal dan sifat hati yang mereka miliki? Apa

sifat dan sakhsiyah mereka? Apa kualiti dan sifat „aqal mereka?

Apa buku yang sudah mereka terbitkan sebagai panduan Ummah

Islām? Dan banyak persoalan lagi. Bagaimanakah seekor keldai

mahu menyiasat „alam manusia? Yang pasti, sang keldai tidak

akan dapat terfikir oleh „aqal kekeldaiannya mengenai „alam

kehidupan manusia. Maka sang keldai perlu ditempatkan sebagai

seekor keldai dan manusia pula wajar ditempatkan sebagai

manusia!

Jika diteliti sejarah, amat jelas bahawa „Ulamā‟ Islam yang

besar-besar seperti al-Baqillānī, al-Juwaynī, al-Ghazzāliy,

Fakhruddīn al-Rāzī, al-Nawāwī, al-„Asqalāniy, al-Sayūṭī, al-

Bantani, Dāwūd al-Faṭōniy dan senarainya panjang lagi - semoga

Allāh meraḥmati mereka - semua mereka itu amat menghormati

autoriti dan masih bernaung di bawah autoriti mazhab imam-

imam Mujtahīd, baik di dalam Fiqh mahu pun „Aqīdah atau pun

Akhlāq atau pun Tafsīr bahkan Nahu. Mereka yang berfahaman

sapere aude ini, dan masih mengaku beragama Islām, benar-benar

tidak memiliki maruah dan tidak ada perasaan serta tiada sifat

malu seperti yang diajar di dalam Agama mereka. Ini adalah

kerana mereka sanggup mengambil dan mempelajari serta

memahami agama mereka daripada Kuffār dan meninggalkan

„Ulamā‟ agama mereka sendiri. Anwar Ibrahim misalnya,

mempelajari dan memahami konsep Islām daripada John Hick;

ajaran keruhaniyan daripada sami-sami Hindu dan Sikh; ajaran

etika atau akhlāq daripada Kant; ilmu politik daripada Machiavelli

dan Hegel; teori sosial daripada Gene Sharp dsb. Pesan seorang

Tābi„īn besar lagi Mujtahid Mutlaq Imam Muḥammad ibn Sīrīn rḥ

“…perhatikanlah dari mana anda mengambil agama anda”.

Anwar dan Khalid Jaafar, sewajibnya menggunakan

nikmat „aqal, kudrat, kalam, irādah dan kepandaian yang Allāh

Page 21: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

21

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

SwT anugerahkan kepada mereka, menekuni serta meneliti

pemikiran dan ajaran „Ulama‟ yang rāsikh, ahli ’dz-dzikr, wara„,

mujtahid lagi „abid seperti Imam al-Ghazzāliy, Dāwūd Faṭōniy,

Arshad Banjari, al-Falimbani, al-Muhasibi bahkan Ibn „Arabi dan

al-Syāṭibi yang sentiasa mereka sebut-sebut itu. Mereka

sewajibnya menggunakan „ilmu dan „aqal para „Ulamā‟ tersebut,

menyoal siasat diri mereka sendiri yang di dalam terminologi

Islām disebut sebagai muḥāsabah diri di dalam semua dimensi,

paras dan seluruh perlakuan dan aktiviti kehidupan mereka dan

moga-moga mendapat Pencerahan daripadanya.

Mereka juga sewajibnya menggunakan „ilmu-„ilmu

„Ulamā‟ Islām tersebut menyuluh pemikiran dan falsafah bid„ah,

sesat lagi mungkar John Hick, Hayek, Aminah Wadud, Fatimah

Mernisi, Nurcholish Madjid, Dawam, Ulil Absar, Arkoun, Jabiri,

Hossein Nasr dll seperti dilakukan Ustaz „Uthmān el-

Muḥammady yang mengkritik semua aliran pemikiran dan

falsafah Illuminisme-Pasca Modernisme dan Perennialisme

melalui suluhan „ilmu, pemikiran dan ajaran Islām Syaikh Dāwūd

al-Faṭōnī. Dalam kes Ibn „Arabi rḥ, misalnya, golongan sapere

aude, Pseudo-Sufi dan pemikir-pemikir falsafah diabolik, terlalu

gemar sangat berbincang mengenai pemikiran falsafah beliau,

namun mengabaikan langsung aspek „amalan hati seperti yang

beliau rakamkan di dalam al-Waṣōyā dan munājatnya di bahagian

akhir al-Futūḥāt yang mencerminkan „aqal dan diri peribadinya

yang sebenar. Di dalam membicarakan tokoh-tokoh Ṣūfī dan

pemikiran falsafah tokoh-tokoh tersebut, mereka, termasuk

Anwar, hanya menciplak pandangan, tulisan dan analisis golongan

Orientalis dan Occidentalis bukan Islām serta kaum Liberalis dan

Pluralis seperti Dr. Annemarie Schimmel, William Chittick,

Huston Smith dan orang-orang bukan Islām yang lain. Kenapa

mereka tidak merujuk terus kepada analisis daripada tokoh-tokoh

Ṣūfī Ahli Sunnah wa al-Jamā„ah sendiri seperti al-Kharrāj, al-

Sarrāj, al-Qusyairi, al-Junayd, al-Ghazzāliy, Abū Madyan, Ibn

Page 22: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

22

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

„Aṭōillah al-Sakandari, Aḥmad Zarrūq, Dāwūd al-Faṭōniy, Tok Ku

Pulau Manis, Sa„īd Ḥawwa, „Uthmān el-Muḥammady dsb?

Mengenai kliem yang konon mahu membebaskan diri

daripada autoriti keagamaan atas dasar fahaman sapere aude,

tidak terdapat satu pun karya Anwar, Khalid dan lain-lain

pengusung fahaman sapere aude ini mengenai Islām, yang dapat

dijadikan teks dan rujukan sebagai karya original. Yang ada

adalah ciplakan daripada karya-karya Kuffār dan Liberalis dan

Pluralis Agama terutamanya daripada Liberalis-Pluralis Indonesia.

Buku-buku terbitan kelompok sapere aude, Liberalis dan Pluralis

Agama Indonesia yang menjadi sifu mereka seperti Fiqh Lintas

Agama atau Ijtihad Kaum Liberal, Pergolakan Pemikiran

Islam, Reorientasi dan banyak lagi, tidak menawar apa-apa pun

selain daripada mencedok tulisan orang Kāfir sebelumnya dan ahli

akademik „Arab yang sesetengahnya dikafirkan oleh „Ulamā‟

negeri mereka sendiri. Dan yang nyata, berdasarkan tulisan

mereka di sana sini, mereka menggunakan premis dan kerangka

berfikir Kuffār seperti Anwar sendiri mengaku yang beliau

menulis dan membaca ucapannya di LSE itu, berdasarkan karya

John Hick yang Pluralis itu dan juga mencedok daripada sami-

sami Hindu dan guru agama Sikh.

Rakan sapere aude Anwar dan Khalid dari Indonesia,

Luthfie Assyaukani, bukan sahaja mengajak Ummah Islām

mengkritik dan meninggalkan taqlid kepada para „Ulamā‟ atas

dasar sapere aude tetapi juga mengajak Ummah Islām mengkritik

para Ṣaḥābat raḍiyallāhu ‘anhum bahkan Nabiy ṣ.„a.w sendiri!

Katanya angkuh lagi biadab bahkan mungkar malah kufur:

“Beranikah kita menggunakan hasil pemahaman kita sendiri

berhadapan dengan pandangan-pandangan di luar kita?

Misalnya berhadapan dengan....al-Ghazzāli, Imam Syafi‘ī, al-

Bukhari, para Sahabat dan bahkan bisa juga Nabi Muḥammad

sendiri” [dikutip daripada Dr. Adian Husaini: Hegemoni

Page 23: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

23

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Kristian-Barat]. Malah dia mengkritik kedudukan al-Qur'ān yang

dikatakannya sebagai “...angan-angan teologis (al-khayal al-dīnī)

yang dibuat oleh para ‘Ulama’” dan katanya lagi, sejarah

penulisan al-Qur'ān itu “…penuh dengan berbagai nuansa yang

delicate dan tidak sunyi dari perdebatan, pertentangan, intrik dan

rekayasa” [Qasim Nursheha, Membongkar Kedok Liberalisme

di Indonesia. Lihat juga http://islamlib.com].

Hati mereka amat gelap dan hitam pekat diselimuti

kepekatan fahaman mungkar „Aqīdah golongan Illuminati.

Bahkan diselaputi lagi oleh virus tegar sapere aude yang kufur itu

dan virus tegar ini pula memakan Īmān mereka sampai habis licin

sehingga mereka sanggup mengajak Ummah Islām mengkritik

para „Ulamā‟ Salaf dan Ṣaḥābat bahkan Nabiy ṣ.„a.w sendiri!

Inilah yang dikehendaki oleh para konspirator Illuminati-Zionis-

Kristian, menggunakan orang Islām sendiri mengkritik Nabiy

mereka. Allāhumma ṣolli ‘alā sayyidinā wa ḥabībinā Muḥammad

wa ‘alā ālihi wa aṣḥābihi. Ada pun golongan sapere aude dan

Liberalis di kalangan Yahudi atau Kristian yang mahu mengkritik

ajaran agama mereka, itu adalah urusan mereka. Tetapi kenapa

pula golongan yang masih mengaku Islām, mahu menggunakan

kerangka berfikir dan dasar bertindak mengikut cara Kuffār itu,

mengkritik Nabiy mereka sendiri? Ṣollallāhu ‘alayhi wa sallam

taslīman kathīra.

Di dalam doktrin „Aqīdah Islām Ahli Sunnah wa al-

Jamā„ah, bahawa Rasul-Rasul dan Nabiy-Nabiy „aṣs adalah

peribadi ma‘ṣūm iaitu manusia paling sempurna yang tidak

terdapat apa-apa kesilapan dan kecacatan dan apatah lagi dosa.

Bahkan di dalam peribadi Nabiy ṣ.„a.w, Baginda tidak berkata

mengikut hawa nafsunya melainkan: wamā yanṭiqu ‘ani ’l-hawā

(3) in huwa illā waḥyun yūḥā (4) [al-Najm: 3-4]. Inilah dikatakan

pemurtadan terang-terangan tetapi tidak disedari kerana

dibungkus kejap dan diselimuti erat oleh kebatilan dan

Page 24: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

24

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

kemungkaran „ilmu dan „aqal diabolik Pasca Modernisme

terutamanya „aqal sapere aude dan liberalisme yang

bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme itu.

Sesetengah orang dan organisasi dakwah Islām di

Malaysia, mula menyambut pemikiran mungkar, zindiq dan sesat

yang diusung Anwar itu. Ia amat menggerunkan kerana sudah ada

orang yang mengaku Islām berani mengatakan secara terang-

terangan bahawa Syahādatayn bukan syarat dapat masuk ke dalam

Syurga. Ini persis dan sinonim dengan konsep Keselamatan

anutan Anwar yang katanya semua orang beragama - tanpa kira

apa jenis agama - akan dapat masuk ke dalam Syurga; dan sudah

ada kata-kata syirik berbunyi: kalau aku tuhan; kata-kata rest in

peace merujuk kepada orang Kāfir yang mati; menghadiahkan al-

Fatihah kepada orang yang mati di dalam keKafiran; sudah berani

mahu berfikir di luar bingkai al-Qur'ān seperti pendirian Khalid

Jaafar. Dan banyak lagi kemungkaran-kemungkaran fundamental

yang berbau kufur. Semuanya ini adalah kesan daripada pengaruh

fahaman, pemikiran dan falsafah Illuminisme, Liberalisme dan

Pluralisme Agama yang diusung masuk ke dalam masyarakat Ahli

Sunnah wa al-Jamā „ah. Adakah Anwar bertanggungjawab? Ya.

Tanpa khilaf.

Anwar tidak seperti rakan-rakan Liberalis-Pluralisnya dari

Indonesia kerana dia tidak menghasilkan buku tebal. Sungguh pun

demikian, tulisan ringkas beliau itu, tetap padat dan cukup

memadai untuk sesiapa memahami pola berfikir beliau; budaya

hidupnya; falsafah politiknya; pemikiran dan falsafah serta

fahaman keagamaan beliau. Dan yang paling penting sekali ialah

peranan dan sumbangan pemikiran keagamaan serta aktiviti-

aktiviti yang dimainkannya dalam forum-forum domestik dan

antarabangsa untuk merosakkan ajaran Islām Ahli Sunnah wa al-

Jamā„ah. Hal inilah yang banyak orang, termasuk kawan-kawan

beliau tidak tahu dan tidak mahu mengambil tahu, tidak mengerti

Page 25: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

25

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

dan tidak „reti-reti‟ malah ada yang kebingungan. Kawan-kawan

beliau yang amat naif itu – walaupun ada di antara mereka bekas

professor, masih professor, bekas pensyarah dan masih pensyarah

IPT, masih pimpinan dakwah, ahli parlimen, pemimpin politik

Islām – tidak mahu bertindak menjadi orang bijak. Mereka

berpada serta berbangga sebagai „pengikut setia yang bodoh‟

seperti badut-badut sarkas yang pikun. Ingatlah peringatan al-

Qur'ān iaitu keluarlah daripada: mina ’z-zulumāt ila ’n-nūr!

Page 26: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

26

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

MUQADDIMAH 2

Ummah Islāmiyyah terus menjadi sasaran pemurtadan di

dalam pelbagai bentuk dan cara. Dewasa ini arus pemurtadan itu

semakin deras melalui war of ideas dan perang psikologi.

Serangan ini dilakukan melalui penyebaran dan penanaman

fahaman dan pemikiran Post Modernism atau Pasca Modernisme

atau Post Islamism yang bertunjangkan fahaman dan falsafah

Illuminisme yang mungkar „Aqīdah itu. Mereka menggunakan

slogan dan retorik seperti kedamaian, persamaan, kebebasan

individu, demokrasi, HAM, persamaan gender, persaudaraan

sejagat, kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan

beragama, kebebasan memilih agama, dialog peradaban, dialog

antara orang-orang yang beragama dan macam-macam lagi slogan

dan retorik yang kononnya bertujuan untuk mengamankan dunia

daripada konflik-konflik berdarah18

. Salah satu saranan untuk

melihat dunia ini lebih aman dan damai pada pandangan golongan

ini - kononnya - ialah dengan cara mewujudkan kelompok

manusia yang berfikiran bebas atau liberal, terbuka dan memiliki

kadar toleransi yang tinggi, walau pun mereka itu beragama.

Mereka ini tidak perlu terikat kepada keyakinan yang agamanya

sahaja yang benar tetapi mesti meyakini bahawa agama yang

berseberangan dengan agamanya juga benar.

Menurut mereka, sikap liberal dan terbuka dalam

beragama ini mesti diterjemahkan ke dalam perlakuan dan

tindakan yang konkrit dalam lingkungan kehidupan pelbagai

18

Pemikir-pemikir Pasca Modernisme keliru mengenai Islām sebagai bersifat

raḥmatan li ’l-‘ālamīn dalam ontologi dan epistemologi yang mana ia benar-

benar dapat memberi kesejahteraan dan kedamaian di dunia ini berbanding

ajaran yang lain. Mereka yang Liberalis-Pluralis telah memisahkan ayat ini

dari konteks sibāq dan siyāqnya. Untuk mendapat pemahaman yang benar

secara ontologikal berkaitan raḥmatan ini sila lihat kitab-kitab tafsir

muktabar.

Page 27: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

27

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

agama-agama yang bersifat pluraliti dan kosmopolitan yang

wujud di lingkungan mereka. Maka dengan sikap liberal ini,

mereka perlu bergerak kepada satu lagi tahap iaitu mengumpulkan

semua agama menjadi satu di dalam satu entiti agama yang

dipanggil Pluralisme Agama.

Bentuk agama baru yang digagaskan itu, di dalamnya

terkandung pelbagai jenis agama di dunia ini. Ia berteraskan

kepada fahaman dan falsafah serta ajaran bahawa semua agama

adalah sama benar dan sah belaka serta diterima oleh Allāh SwT.

Fahaman dan falsafah atau agama baru ini dinamakan sebagai

World Religion atau World Theology atau yang biasa disebut

sebagai fahaman dan falsafah Liberalisme dan Pluralisme Agama

sahaja. Hubungan fahaman dan falsafah Liberalisme dan

Pluralisme Agama adalah saling kait mengait yang erat dalam

konteks fahaman dan falsafah keagamaan.

Page 28: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

28

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

SEJARAH

Munculnya ajaran dan fahaman serta falsafah berkaitan

dengan „aqīdah sesat dan mungkar seperti ini, telah dinyatakan

oleh al-Qur'ān iaitu akibat sumpah Iblīs ketika dihalau keluar dari

Syurga. Iblīs bersumpah atas nama Kemuliaan Tuhan – bi ‘izzika,

ia bertekad mahu menggelincirkan manusia daripada „Aqīdah

yang sohih lagi benar19

. Shahrastani rḥ di dalam membincangkan

perihal perpecahan „Aqīdah di kalangan Ummah Islām dengan

jelas berkata, bahawa angkara Iblīs-lah yang menyebabkan

Ummah Islām dan manusia seluruhnya berpecah kepada pelbagai

fahaman dan „Aqīdah sesat seperti Mu„tazilah, Syī„ah,

Mujassimah, Khawārij dsb20

.

Di zaman sekarang, kemasukan ajaran, fahaman dan

falsafah yang bercanggah dengan „Aqīdah Islām yang benar lagi

sohih itu, adalah berpunca daripada kegiatan hasutan dan

indoktrinasi pemikir dan aktivis Kuffār terutamanya puak

Illuminati-Freemasons-Zionis-Kristian21

yang bermuara dari Iblis-

Syaitan tadi. Perkara ini adalah benar kerana seperti yang

dinyatakan oleh Allāh SwT di dalam al-Qur'an bahawa golongan

Kuffār terutamanya Yahudi dan Kristian akan sentiasa berusaha

untuk menjadikan kaum Muslimīn murtad22

dan menganut agama

mereka baik secara mengamalkan sepenuhnya dengan melakukan

ritual agama mereka itu atau mengamalkan hanya sebahagian

sahaja atau menerima ajaran dan falsafah keagamaan mereka.

19

عين همح أجح وي ن .sumpah Iblīs di dalam al-Qur'ān, Sūrah al-Ḥijr: 39 ولغح20

Shahrastani, Al Milal wa al-Nihal. 21

Terjemahan: Tidakkah anda melihat (wahai Muhammad) bahawa

sesungguhnya Kami (Allāh) telah mengutus syaitan kepada orang-orang

Kafir untuk mendorong-menggalakkan mereka (berbuat maksiyat-kufur)

dengan sungguh-sungguh. Sūrah Maryam: 83. Lihat juga Chuck Pearce. 22

Lan tarḍo ‘anka ’l-yahud wa lan naṣōrō ḥatta tattabi‘a millatahum. Sūrah

Al-Baqarah: 120.

Page 29: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

29

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Sekiranya mereka dapat memurtadkan kaum Muslimīn secara

fizikal yakni seseorang Islām itu mengisytiharkan keluar daripada

Agama Islām – na‘ūzubillāh, maka itu adalah paling baik. Akan

tetapi jika mereka tidak dapat berbuat demikian, maka

alternatifnya ialah menjadikan manusia Muslimīn itu meragui

akan Kebenaran mutlak agamanya sendiri dan menolak atau

menafikan yang Agama Islām itu adalah satu-satunya agama yang

benar dan menerima agama yang lain juga sebagai benar di sisi

Allāh Swt dan akan selamat dari „azab Neraka dan dapat masuk ke

dalam Syurga seperti pegangan dan „Aqīdah Anwar.

Walhasil, seperti yang dihuraikan oleh Imam al-Khāzin

dalam menafsirkan perkataan wa lāyuhibbūnakum, dalam ayat

119, Surah Ᾱli „Imrān, mengatakan bahawa Yahudi (dan juga

seluruh Kuffār- P) mahu kaum Muslimīn menjadi Kāfir. Ini

adalah benar kerana ayat 82 dari Surah al-Māidah menyatakan

bahawa, (terjemahan): Sesungguhnya kamu dapati orang-orang

yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang

berĪmān ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrikīn.

Di „Alam Melayu, pemikiran Liberalisme dan Pluralisme

Agama ini secara sistematik dan berencana dikesan bermula

sekitar pertengahan tahun 1967, di kampus Institut Agama Islam

Negeri atau IAIN, Indonesia, yang kemudian terhasillah buku

bernama Pergolakan Pemikiran Islam. Pertama kali ia

diterbitkkan pada tahun 1981. Secara yang lebih teratur, tersusun

terbuka, lebih berstrategi dan lebih luas, liberalisasi pemikiran dan

keagamaan dilakar oleh Nurcholish Madjid pada tahun 1970.

Kemudiannya fahaman ini semakin berkembang hingga melarat

ke Malaysia.

Buku yang sarat dengan kemungkaran „Aqīdah bahkan

boleh membawa kepada pemurtadan itu, kemudiannya diterbit

semula oleh Middle Eastern Graduate Center (MEGC) sebuah

Page 30: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

30

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

organisasi jaringan Institut Kajian Dasar atau IKD pada tahun

2007 M, di Kuala Lumpur. IKD adalah badan yang paling awal

menjana dan menyebarkan fahaman dan pemikiran Liberalisme

dan Pluralisme Agama secara berencana dan terbuka di Malaysia

seperti yang telah disebut. Buku ini menjadi rujukan dasar puak

yang berfahaman Illuminisme, Liberalisme dan Pluralisme

Melayu Malaysia.

Salah satu tragedi besar dikatakan menimpa sesuatu

tamadun, apabila taṣawwūr atau weltanschauung keilmuannya

disusupi dan didominasi oleh fenomena mungkar lalu

kemudiannya menjadi rosak. Sebagaimana termaklum, sesuatu

tamadun berkait rapat dengan taṣawwūr atau weltanschauung dan

skema keilmuan, kerana weltanschauung keilmuan itulah yang

melakar rupa bentuk, struktur dan sifat serta arah sesuatu

tamadun. Ada pun sistem dan struktur keilmuan pula menjadi

tiang seri serta tenaga penyanggah ketahanan dan kelestarian

sesuatu tamadun dan ketamadunan itu. Apabila sistem dan

struktur keilmuan menjadi tidak kuat atau telah rosak atau sudah

runtuh, maka akan lemah dan runtuh pulalah tamadun tersebut.

Hal ini dapat diperhatikan kepada sejarah kebangkitan dan

keruntuhan sesuatu tamadun seperti yang Allāh SwT memberitahu

kita melalui al-Qur'ān al-Karīm.

Al-Qur'ān menceritakan bahawa sesuatu tamadun akan

rosak dan kemudiannya runtuh, apabila „ilmu dan sistem

keilmuannya menjadi mungkar kerana anggota masyarakat di

dalam tamadun tersebut mengubah bahkan menolak konsep,

doktrin, ontologi dan epistemologi „ilmu yang diajar oleh Rasul-

Rasul dan Nabiy-Nabiy mereka ‘alayhimu ’ṣ-ṣolātu wa ’s-salām

itu. „Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah „ilmu yang lahir

daripada kerangka dan dasar Waḥyu dan berkaitan dengan ajaran

yang terkandung di dalam Waḥyu tersebut dan juga „ilmu yang

diajar oleh para Rasul-Rasul Allah ‘alayhimu ’ṣ-ṣolātu wa ’s-

Page 31: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

31

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

salām. Dan di dalam tamadun sekarang ialah „ilmu para

Mujtahidīn, Ahli Tarjih, Ḥukamā‟ dan „Ulamā‟ yang rāsikh, solih

lagi wara„.

Di dalam sejarah tamadun Islām, selepas kewafatan

Baginda Nabiy ṣ.„a.w, khususnya selepas zaman Ṣaḥābah r„aa,

bibit-bibit kemungkaran „ilmu yang dicetuskan oleh golongan

yang berfahaman Khariji, I„tizal, Tasyayyu„, Tajsim, Irja‟,

Baṭiniyyah dsb, mula menyerap masuk ke dalam skema, konsep,

struktur, ontologi dan epistemologi keilmuan Islām. Justeru

timbullah pelbagai aliran atau firqah seperti Mu„tazilah, Syī„ah,

Mujassimah, Murji'ah, Khawārij dsb.

Dewasa ini, fenomena kemungkaran „ilmu secara besar-

besaran dan terancang sekali lagi menyerang masuk ke dalam

wilayah „ilmu-„ilmu dan keilmuan Islām atau ‘ulūm ad-dīn. Ia

dirancang oleh para konspirator Illuminati-Masonik atau Masonic

Conspiracies di Barat dan diusung masuk ke dalam skema, sistem,

struktur ajaran dan ilmu-„ilmu Islām oleh aktivis politik, ahli

akademik beragama Islām, organisasi-organisasi dakwah dan

organisasi-organisai lain yang dipimpin oleh orang-orang Islām.

Perancang Masonic Conspiracies Illuminati-Zionis-

Kristian Barat itu, seperti yang mereka sebut di dalam buku

terbitan mereka, antara lain, Civil Democratic Islam dan

Building Moderate Muslim Networks yang sebelumnya oleh

The Protocols of The Elders of Zion, mahu memesongkan

kefahaman Islām yang sebenar di kalangan Ummah Islām

terutamanya di peringkat pimpinan dan aktivis, melalui

pemesongan dan kemungkaran „ilmu. Tujuan mereka ialah mahu

membina peribadi-peribadi liberal agama di kalangan pemimpin

beragama Islām dan aktivis-aktivis Islām tersebut supaya sesuai

dengan kehendak agenda Masonik mereka. Mereka yang memiliki

„ilmu yang rosak dan mungkar ini akan menyebabkan kefahaman

Page 32: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

32

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Islām mereka juga akan turut rosak. Ini akan memudahkan mereka

dijadikan matarantai dalam rangkaian konspirasi Illuminati-

Masonik Zionis-Kristian itu.

Para agen Illuminati-Masonik-Zionis-Kristian di kalangan

orang Islām ini yang disebut sebagai agentur, baik berupa

individu mahu pun bersifat organisasi akan diberi dana lumayan,

disediakan segala macam fasiliti-fasiliti, diwujudkan pelbagai

khidmat nasihat bertaraf enam bintang dan ditolong di dalam

menyusun strategi untuk merosakkan konsep keilmuan Islām tadi.

Di Indonesia misalnya, dengan infrastruktur tersebut, para

Illuminati-Zionis-Kristian telah berjaya masuk ke beberapa

kampus yang khas mengajar „ilmu-„ilmu Islām seperti di

sesetengah Universiti Islam Negeri dan Institut Agama Islam

Negeri. Di sesetengah kampus, mereka telah berjaya mengubah

kurikulum „Ulūm al-Qur'ān dan diganti dengan metodologi

hermeneutik [Dr. Adian Husaini: Hegemoni]. Walaupun di

Malaysia tidak seteruk Indonesia, namun sudah ada kampus-

kampus IPT yang mula dibolosi fahaman dan falsafah Pasca

Modernisme khususnya fahaman Sekularisme, Liberalisme dan

Pluralisme Agama, Hedonisme, Libertarianisme dsb. Fenomena

ini sudah menjalar jauh mempengaruhi pemikiran anak-anak

muda, mahasiswa dan pelajar. Mereka telah berjaya menubuhkan

„universiti jalanan‟ di restoran-restoran dsb bagi mencambahkan

fahaman „ilmu yang mungkar dan ḍolāl itu.

„Ilmu-„ilmu ḍolāl, batil dan mungkar ini diberi nama

fahaman, pemikiran dan falsafah Post Modernism atau Pasca

Modernisme atau pun biasa juga disebut sebagai Post Islamism

atau Pasca Islamisme. Dinamai Pasca Islamisme kerana dunia

yang dilakar dan didominasi oleh hegemoni Mason Conspiracies

puak Illuminati-Masons-Zionis-Kristian ini, mahu memadamkan

langsung Cahaya Allāh daripada persada dunia ini – liyuṭfiū

nūrallāh kerana Illuminati-Yahudi itu amat memusuhi Islām:

Page 33: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

33

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

...yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang

berĪmān ialah orang-orang Yahudi dan Musyrikīn... [al-Māidah:

82]. Mereka mahu menggantikannya dengan agama baru yang

mereka namakan sebagai New World Religion atau One World

Theology atau teologi Liberalisme dan Pluralisme Agama. Ini

adalah hasil daripada pemikiran dan falsafah serta doktrin Novus

Ordo Seclorum atau sekarang dengan nama popular New World

Order.

„Ilmu yang ḍolāl, batil dan mungkar atas nama falsafah

Pasca Modernisme ini, dibungkus dengan balutan yang diberi

label dan jenama kontemporari, yang pada hemat pendokong

fahaman ḍolāl, batil dan mungkar ini, mampu menarik perhatian

dan mempengaruhi Ummah Islām. Untuk tujuan tersebut, mereka

menggunakan slogan-slogan seperti pembaharuan, keterbukaan,

progresif, hak asasi, sama rata, demokrasi, membela hak wanita,

toleransi, persamaan gender, kedamaian dan keamanan sejagat,

persaudaraan, dialog, kebebasan, inklusif, semua agama sama

benar dsb.

Falsafah mungkar ini merupakan suatu pertembungan

pemikiran dan keilmuan corak baru dalam sejarah dan tamadun

Ummah Islām. Ia benar-benar menggoncang skema, konsep,

sistem serta struktur keilmuan Islām dan memberi ancaman

destruktif kepada kestabilan „Aqīdah dan Syarī„at serta sistem

nilai Ummah. Justeru, falsafah dan pemikiran Liberalisme dan

Pluralisme Agama ini wajib dibendung segera yang di antaranya

melalui pengukuhan wacana keilmuan Islām Ahli Sunnah wa al-

Jamā„ah berteraskan „aqīdah Ṣifātiyyah seperti huraian Imam Abū

Ḥasan Asy„arī rḥ dan Abū Manṣūr al-Māturīdī rḥ bersekali dan

dipadukan dengan konsep „Abdul Qāhir al-Baghdādī rḥ secara

holistik, pendekatan integratif yang konstruktif.

Page 34: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

34

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Di dalam konteks pengukuhan keilmuan Islām Ahli

Sunnah wa al-Jamā„ah ini, seperti yang sedia difahami, usaha

utama dan paling awal ialah melaksanakan al-amru bi ’l-ma‘rūf

wa ’n-nahyu ‘ani ’l-munkar di dalamnya. Weltanschauung „ilmu-

„ilmu yang berkaitan dengan Dīnu ‟l-Islām perlu mendapat

Pencerahan sepadu dan sempurna pada semua subjek dan lapisan;

dan anasir-anasir batil dan mungkar pula wajib dibendung dan

dibuang serta dibersihkan daripadanya.

Tugas ini wajib dilakukan baik secara individu mahu pun

secara berjama„ah - bunyānun marṣūṣ - kerana Nabiy ṣ.„a.w

berpesan supaya seseorang yang melihat kebatilan dan

kemungkaran perlu mengubahnya, sama ada melalui tangan,

pengucapan, tulisan dan wacana-wacana keilmuan menurut

kemampuan. Di dalam menghadapi kebatilan dan kemungkaran

keilmuan ini, para „Ulamā‟ terdahulu telah berkarya, menulis dan

mengajar Ummah bahkan ada di antara mereka yang berdialog

secara berdepan dengan golongan pengusung „ilmu-„ilmu dan

falsafah batil dan mungkar tesebut. Jika amar makruf dan nahi

mungkar tidak dibuat secara bersungguh-sungguh dan tersusun,

maka konsep keilmuan akan menjadi rosak dan tamadun pun akan

menghadapi krisis dan kemudiannya runtuh.

Nabiy ṣ.„a.w mentamsilkan Ummah sebagai sebuah kapal

laut dan kita semua adalah penumpang. Jika ada penumpang yang

menebuk dinding kapal ditepinya, semua penumpang perlu

bertindak segera mencegah, jika tidak, kapal tersebut akan karam

dan binasa seluruhnya. Maka di sinilah kewajipan kita beramar

makruf dan nahi mungkar dan di dalam konteks ini ialah

mencegah kebatilan dan kemungkaran keilmuan yang diusung

oleh gerakan Illuminati-Liberalis-Pluralis Agama daripada

berleluasa dan mencengkam Ummah yang hujungnya akan

meruntuhkan Dīnu ‟l-Islām seluruhnya dan Ummahnya menjadi

murtad.

Page 35: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

35

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Oleh itu, langkah pertama di dalam usaha amar makruf

dan nahi mungkar ini ialah melalui wacana-wacana keilmuan

yang bertujuan untuk memberi penerangan dan pencerahan yang

sekaligus memahamkan masyarakat berkenaan susunan-susunan

mungkar tersebut. Di dalam ajaran Islām, mungkar terbesar dan

paling serius ialah mungkar di dalam „Aqīdah kerana jika sampai

kepada puncak kemungkarannya ia akan menjerumuskan

penganutnya kekal di dalam Neraka sementara di dunia ini ia akan

meruntuhkan tamadun teokratik itu. Seorang peliwat atau

perompak atau pembohong yang sedar perbuatannya menyalahi

hukum agama, adalah masih lebih baik dan selamat daripada

seseorang yang ber„Aqīdah mungkar seperti „Aqīdah sapere aude,

Illuminisme, Sekularisme, Liberalisme dan Pluralisme Agama.

Kemungkaran „Aqīdah adalah bermula daripada kemungkaran

taṣawwūr serta konsep „ilmu dan keilmuan atau ‘ulūm ad-dīn.

Seperti sedia maklum, „ilmu adalah agama seperti kata

Imam Muḥammad bin Sīrīn rḥ, seorang Tābi„īn besar yang mulia.

Katanya: دينكمح ن تأحخذو ىذا الحعلحم دين فانحظروا عم :terjemahan ,إ

sesungguhnya ‘ilmu ini adalah Agama, maka perhatikanlah

daripada siapa anda ambil agama anda [Ṣoḥīḥ Muslim, bahagian

Muqaddimah]. Ini bermakna „ilmu mempunyai kaitan rapat

dengan agama bahkan „ilmu itulah yang membentuk kefahaman di

dalam beragama. Tersalah mengambil „ilmu daripada sumber

yang salah bermakna akan salah pula di dalam memahami „ilmu

dan keilmuan dan ini akan menyebabkan salah pulalah di dalam

„amalan-„amalan keagamaan, kerana „ilmulah yang mengajar,

menganjur dan memandu segala „amalan. Oleh itu, sumber

pengambilan „ilmu wajib betul daripada awal mengikut piawai

Ahli Sunnah wa al-Jamā„ah kerana sesuatu „amalan didahului oleh

„ilmu yang betul. Sebab itu Imām Ibn Sīrīn rḥ terus berpesan:

“fanẓurū ‘amman ta’khudzūna dīnakum” yakni perhatikanlah

Page 36: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

36

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

daripada siapa yang anda ambil agama anda yakni yang bermula

daripada sumber ambilan „ilmu anda.

Seseorang Muslim yang serius, akan senantiasa menekuni

dan mengulang kaji berulang kali akan „ilmunya supaya ia

senantiasa tetap benar dan jika ada kesalahan di dalam fahaman, ia

dapat segera membetulkannya. Jika „ilmu itu terpesong sejengkal

dan tidak segera dibaiki, virus itu akan merebak menjadi sehasta

dan tegar dan akan bertambah panjang dan luas lagi, yang

akhirnya akan memakan habis „ilmu yang benar itu dan lenyap

terus daripada landasan yang sebenar. Sebab itu di dalam

peristilahan Islām, seseorang Muslim perlu senantiasa

bermuhasabah pada setiap masa di dalam semua aspek dan paras

kehidupan, termasuklah kefahaman berkaitan dengan konsep dan

ontologi serta epistemologi „ilmu.

Seseorang yang memiliki „ilmu yang bercanggah dan di

luar daripada skema, konsep dan sistem keilmuan Ahli Sunnah wa

al-Jamā„ah, bererti dia memiliki „ilmu yang salah dan mungkar.

Di dalam ajaran Islām, kebatilan dan kemungkaran „ilmu

merupakan kemungkaran paling dasar dan besar di samping

kemungkaran-kemungkaran „Aqīdah dan hukum-hakam, kerana ia

berpotensi mengubah dasar-dasar dan struktur serta wajah Agama

Islām. Kemungkaran „ilmu mempunyai kesan ekor yang panjang

dan bercabang-cabang malah tiada had.

Seseorang Muslim, wajib menggunakan daya „aqal serta

inteleknya bersekali dengan segala fakulti yang dimilikinya,

sebagai tanda syukur dari anugerah terbesar Allāh SwT dengan

menekuni segala macam „ilmu-„ilmu Islām terutama terasnya

yang bersifat fardhu „ayn23

. Ia juga perlu menekuni „ilmu-„ilmu

23

Banyak orang berandaian yang mereka sudah mahir dan selesai dalam bab-

bab „ilmu fardhu „ayn ini, pada hal ternyata sebaliknya, kerana sesetengah

Page 37: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

37

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

yang berkaitan dengannya secara langsung atau tidak, yang boleh

memberi kesan kepada kehidupan beragamanya.

Setiap Muslim mesti memahami secara benar akan

marātib al-‘ilm atau hierarki atau piramid „ilmu. Secara

maratibnya ia diawali oleh „ilmu berkaitan dengan mengenali dan

memahami „Aqīdah yang sohih iaitu „Aqīdah Ahli Sunnah wa al-

Jamā„ah. „Ilmu ini hendaklah diproses supaya benar-benar

menjadi mantap, jazam dan taḥqīq. „Ilmu yang bersifat teoritikal

atau bersifat konsepsual ini perlu dipelajari bersekali dengan

„ilmu-„ilmu yang berkaitan dengan cara perlaksanaan atau kayfiyat

atau sistem beramal supaya segala „amal „ibadat menjadi sah dan

tidak terbatal bahkan menjadi sempurna. Di samping itu, perlu

juga menekuni „ilmu-„ilmu yang berkaitan dengan mengenali

penyakit-penyakit hati bersekali dengan penawarnya serta cara-

cara membersihkannya daripada segala penyakit tersebut seperti

kebiasaan yang diajar di dalam subjek Taṣawwūf. Justeru,

kesannya ia akan dapat memiliki hati yang bersih lagi murni dan

terhindar daripada sifat-sifat muhlikāt yang membinasakan dirinya

di Akhirat. Seseorang Muslim juga perlu berusaha mempelajari

„ilmu-„ilmu yang berkaitan dengan urusan kehidupan peribadi dan

berbudaya serta mu„amalat sesama manusia seperti yang diajar di

dalam subjek Fiqh arus perdana Ahli Sunnah wa al-Jamā„ah.

Di dalam konteks dakwah Islām di Malaysia, kedudukan

„ilmu dan keilmuan menjadi masalah yang panjang dan berterusan

bahkan semakin kronik dan krusial di kalangan para pendakwah

sekarang ini. Sesetengah aktivis dakwah Islām termasuk aktivis

politiknya kelihatan semacam meninggalkan kepentingan

mempelajari „ilmu-„ilmu terutamanya „ilmu turāth Ahli Sunnah

wa al-Jamā„ah yang berkaitan dengan „ilmu fardhu „ayn tadi.

Mereka lebih menumpukan kepada memperbanyak program-

daripada mereka ada yang menghayati Agama Syī„ah, Agama Pluralisme,

„Aqīdah Tajsim, menghalalkan yang haram dsb.

Page 38: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

38

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

program umum yang bersifat superficial, retorik dan jika

menekuni „ilmu pun mereka mempelajari „ilmu-„ilmu ranting

yang tunggang terbalik susunannya bahkan ada yang dikutip

daripada sumber Kuffār atau bukan daripada sumber autoritatif

Ahli Sunnah wa al-Jamā„ah. Perlu diingat bahawa wacana „ilmu

dan karya turāth mesti difahami di dalam makna, ontologi dan

epistemologinya yang sebenar kerana sudah ada kumpulan neo-

Zindiq, Liberalis dan Pluralis Melayu Malaysia dewasa ini,

memasukkan juga karya-karya kaum Liberalis dan Pluralis ke

dalamnya sebagai karya turāth.

Seperti yang telah disebut, betapa wajib seseorang Muslim

menekuni „ilmu terutamanya „ilmu-„ilmu turāth, maka langkah

segera perlu diambil ialah mengadakan program-program

mempelajari „ilmu dan keilmuan secara serius, sistematik,

bermanhaj dan bersungguh-sungguh melalui pembacaan teks-teks

turāth oleh tenaga pengajar yang ahli lagi amanah. „Ilmu-„ilmu ini

mesti difahami di dalam skema, perspektif, ontologi dan

epistemologi serta ḥikmah pada taraf-taraf dan konteks sebenar. Ia

perlu diproses menjadi taḥqīq, jazam dan mantap di dalam „aqal,

hati dan diri zahir. Sekiranya „ilmu-„ilmu tersebut hanya berlegar

di otak dan permainan retorik lidah sahaja, maka terjadilah seperti

yang kita saksikan sekarang, betapa ramai aktivis dan

cendekiawan bahkan orang yang dianggap „Ulamā‟, menjadi

mangsa kebatilan dan kemungkaran „ilmu dan menjurus kepada

pemurtadan senyap kerana menganut „aqīdah Illuminisme dan

Pasca Modernisme khususnya Sekularisme, Liberalisme,

Pluralisme Agama, sapere aude, Libertarian Socialism, Syī„ah,

Tajsim, Neo Mu„tazilah dsb.

Pada era globalisasi yang mana kemungkaran pemikiran

dan falsafah Illuminisme dan Pasca Modernisme menerpa

memasuki „aqal dan hati Ummah seperti sekarang ini, Ummah

Muḥammadiyah bertuah, kerana ditinggalkan oleh Baginda Rasul

Page 39: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

39

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

yang pengasih itu, ṣollallāhu ‘alayhi wa sallam, dua khazanah

penting yang menjadi obor dan tonggak kehidupan manusia yakni

al-Qur'ān dan al-Sunnah Baginda. Barangsiapa yang berpegang

kukuh dan menghayati kedua-dua khazanah tinggalan tersebut,

pasti tidak akan sesat seperti sabda Baginda: lan taḍillū… dan

pasti terjamin Keselamatannya di dunia dan Akhirat. Selain

daripada dua khazanah, obor dan tonggak tersebut, Baginda ṣ.„a.w

juga telah meninggalkan kepada Ummahnya, pewaris yang rāsikh

dan amanah lagi taqwa yang tinggi serta berani sebagai penjaga

dan pengurus khazanah peninggalan Baginda itu. Mereka ialah

al-„Ulamā‟ dengan sabdanya: wa inna al-‘ulamā’a warathatu ’l-

anbiyā’ [Abū Dāwūd dan al-Tirmizi]. Al-„Ulamā‟ inilah yang

menjadi perisai dan kota dalam upaya memelihara dan membela

kemurnian ajaran al-Qur'ān dan Sunnah Baginda itu serta

keutuhan Ummah seluruhnya. Ibn „Abbās dan Jābir r‘ah um,

menisbahkan mereka yakni Fuqahā‟ dan „Ulamā‟ itu sebagai uli

’l-amri sebagaimana yang dihuraikan oleh al-Khāzin berkaitan

ayat 59, Surah al-Nisā‟. Mereka adalah pemimpin dan autoriti di

dalam segala bidang dan urusan keilmuan Islām yang Ummah ini

wajib patuh dan ta„at. Mereka menjadi penafsir al-Qur'ān dan al-

Sunnah, pengajar, pembimbing adab, pendidik akhlāq dan

pemimpin di dalam semua urusan Akhirat bahkan urusan dunia

juga – umūru ’d-dunya wa ’d- dīn.

Ketika Khalīfah al-Makmun memaksa doktrin dan falsafah

mungkar Mu„tazilah kepada rakyatnya, „Ulamā‟ Ahli Sunnah wa

Jamā„ah bangkit menentang dengan gagah dan gigih. Demikian

al-Ghazzāliy rḥ, memberi respons keras kepada kerosakan akhlāq

serta kebatilan pemikiran dan falsafah serta kemungkaran „ilmu

dan epistemologi di zamannya dengan giat berkarya. Maka dalam

konteks penularan kemungkaran pemikiran dan falsafah Pasca

Modernisme seperti sekarang ini yang bertunjangkan fahaman

sapere aude dan deontology, maka kemungkaran „ilmu dan

falsafah ini, wajib dicegah dengan keras berdasarkan kepada

Page 40: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

40

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

prinsip al-amru bi ’l-ma‘rūf wa ’n-nahyu ‘ani ’l-munkar yang di

dalam peristilahan al-Ghazzāliy rḥ, sikap dan perbuatan ini

disebut sebagai paksi terbesar atau qutb al-a‘zam. Ummah perlu

berjihad secara bersepadu seperti sabda Baginda ṣ.„a.w, yang

terjemahannya berbunyi: Berjihadlah melawan Musyrikūn dengan

harta anda, diri anda dan lisan-lisan anda [Abū Dāwūd, al-

Nasā'i, Aḥmad dan al-Dārimī]. Dengan lisan, kita mengajar dan

berwacana; dan dengan tangan pula kita menulis dan berkarya

menentang kemungkaran-kemungkaran kaum Musyrikūn dan

Kāfirūn termasuk fahaman Illuminisme, Sekularisme, Liberalisme

dan Pluralisme Agama yang dipaksakan kepada Ummah Islām.

Dan bersamanya pula kita menerangkan serta menzahirkan

kebenaran wacana keilmuan Ahli Sunnah wa al-Jamā„ah dalam

semua perspektif.

Merenungi perjalanan sejarah dengan segala faktor-faktor

tertentu, terdapat sesetengah aktivis dakwah Islām, „Ulamā‟ dan

cendekiawan Islām menjadi rosak. Mereka menjadi rosak kerana

sudi menjadi hamba hawa nafsu ammarah dan kuli dunia yang

gila kemasyhuran dan gila kuasa sehingga menjual agama dengan

mentahrifkan ajaran-ajaran Islām. Selain daripada faktor tersebut,

di zaman sekarang, ada di antara mereka berjaya dipengaruhi oleh

Masonic Conspiracies kaum Illuminati-Zionis-Kristian sehingga

dengan bangga diri sanggup mengubah ajaran Islām yang sudah

diIjmā„kan bersesuaian dengan kehendak para konspirator

tersebut. Kemudian mereka menyerap pemikiran dan falsafah

sesat tersebut ke dalam pemikiran dan hati Ummah. Di dalam

istilah al-Ghazzāliy rḥ mereka itu disebut sebagai ‘ulamā’ al-sū’

atau „Ulamā‟ busuk dan jahat dan intelektual diabolik.

Namun di dalam keadaan kerosakan sesetengah „Ulamā‟

dan intelektual Islām itu, kita masih bertuah, kerana al-„Ulamā‟

dan intelektual pewaris Nabiy yang rāsikh, benar, amanah, jujur,

tidak gila dunia, tidak jual agama, wara„ dan tidak menjadi alat

Page 41: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

41

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

kaum Illuminati-Freemasons-Zionis-Kristian telah meninggalkan

kepada kita karangan mereka. Pelbagai jenis kitab dalam pelbagai

subjek ditinggalkan kepada kita sebagai panduan dan obor

Pencerahan serta menyuluh kita di dalam kegelapan memahami

konflik dan ghazwu al-fikri atau peperangan pemikiran dan

kecelaruan fahaman serta kemungkaran keilmuan seperti yang

Ummah semasa mereka alami dahulu.

Khazanah tinggalan mereka yang penuh dengan barākah

itu, adalah suatu penawar dan rahmat paling besar yang masih

releven kepada kita sekarang ini. Ia merupakan neraca dan

penyuluh di dalam menilai Kebenaran dan kebatilan serta

kemungkaran sesuatu ajaran dan falsafah seperti yang kita hadapi

sekarang iaitu pemikiran dan falsafah Illuminisme-Pasca

Modernisme dengan segala anak beranaknya. Kitab-kitab

peninggalan mereka itu benar-benar menjadi sumber Pencerahan

dan panduan Keselamatan yang amat berharga kepada Ummah.

Adalah menjadi tugas kita sekarang dengan segala fakulti

dan kekuatan „aqal serta kudrat yang Allāh kurniakan, kita tekuni

dan hadam semula khazanah peninggalan „Ulamā‟ dan intelektual

kita itu dan kita hadapkan kepada pengusung-pengusung

pemikiran dan falsafah Illuminisme-Pasca Modernisme tanpa

belas kasihan dan hina diri. Ustaz „Uthmān el-Muḥammady rḥ

sebagai contoh, „alim, inteligensia dan pemikir Islām

kontemporari, telah membedah dan menjawab seterusnya menolak

pemikiran dan falsafah Illuminisme-Pasca Modernisme itu,

melalui suluhan ajaran „alim besar „Alam Melayu, Syaikh Dāwūd

Faṭōni rḥ di dalam tulisannya yang bertajuk: Beberapa Elemen

Pemikiran Pascamodernisme Dalam Suluhan Cahaya Syeikh

Daud al-Fatani - Satu Pengamatan Awal. Demikian Sayyiduna

Abū Ḥasan al-Asy„ari rḥ, Imam Fakhruddīn al-Rāzi rḥ, Imam al-

Ghazzāliy rḥ dan „Ulama‟ lain, telah menjawab dengan tuntas

kesesatan-kesesatan kaum sesat dan menghuraikan dengan

Page 42: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

42

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

panjang lebar kemungkaran-kemungkaran golongan mungkar dan

menangani isu-isu semasa mereka secara „ilmiyah.

Kerosakan „ilmu dan keilmuan adalah lebih parah daripada

kerosakan politik kerana kemelut politik tidak akan dapat terurai,

jika „ilmu dan fahaman keilmuan yang ada pada pemimpin politik

menjadi mungkar dan rosak, sementelah pula ada sesetengah

„Ulamā‟ menjadi khianat, jahat dan busuk. Perhatikan bahawa

puluhan ribu orang dikerah untuk berdemonstrasi kerana sebuah

kerusi kekuasaan atau kenaikan harga komoditi atau perlakuan

rasuah tetapi tidak pula dikerah berdemonstrasi besar-besaran

apabila agama Islām dihina, „Aqīdah Islām dirosakkan,

penyebaran fahaman mungkar Liberalisme dan Pluralisme Agama

menjadi-jadi, gerakan pemurtadan berleluasa, penularan perlakuan

LGBT dsb. Ini adalah kerana kerosakan „ilmu dan kemungkaran

fahaman keilmuan yang memendap dalam lubuk hati mereka

menyebabkan sikap mereka sedemikian rupa.

Di dalam sebuah Ḥadīth riwayat Imam Muslim, Nabiy

ṣ.„a.w bersabda yang terjemahannya berbunyi: “...Apabila sudah

ditiadakan ‘Ulamā’ (yakni ‘Ulamā’ dimatikan – P), orang ramai

akan memilih orang-orang bodoh sebagai pemimpin. Apabila

pemimpin yang bodoh itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa

‘ilmu”.24

Perlu sangat-sangat diperingatkan, di dalam usaha

menuntut „ilmu ini, Imam al-Ghazzāliy rḥ telah menggariskan

beberapa panduan dan menekankan betapa penting peranan dan

kedudukan niat. Bagi al-Ghazzāliy rḥ, „ilmu bukanlah bertujuan

untuk mencari kehebatan, kemasyhuran dan pujian manusia, jika

berbuat demikian, kata al-Ghazzāliy rḥ, seperti yang

diterjemahkan oleh Syaikh „Abdul Ṣamad berbunyi: “ Maka

24

ت وحا بغيح علحم... ال فسئلوا فأف ح ...إذا لح ي بحق عالما اتذ الناس رؤوسا جه

Page 43: PRAKATA - WordPress.com · Pluralisme Agama yang terangkum di dalam pemikiran dan falsafah Pasca Modernisme bertunjangkan fahaman dan falsafah Illuminisme atau Illuminism di Malaysia

43

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

ketahui oleh mu bahawasanya jika engkau hendak dengan

menuntut ‘ilmu itu akan bersedap-sedap dan bermegah-megah

dan terdahulu atas orang yang sama-sama mu dan supaya

cenderung muka manusia kepada mu dan menghimpunkan

kekayaan dunia nescaya engkau mengasihani pada meruntuhkan

akan agama kamu dan membinasakan diri mu dan engkau jual

Akhirat mu dengan dengan dunia mu…. ” [ Hidāyah al-Sālikīn

oleh „Abdul Ṣomad al-Falimbani. Lihat juga edisi Bahasa „Arab,

Bidāyah al-Hidāyah al-Ghazzaliy ]. Maka „ilmu itu adalah salah

satu wahana dan mekanisme berkesan untuk membela keutuhan

khazanah peninggalan Rasūl al-Karīm ṣ.„a.w. Sementara itu,

seseorang yang ingin menjadi pemimpin pula, semestinya ia

mempelajari dan memahami „ilmu-„ilmu Islām berkaitan

kesohihan „Aqīdah dan Syarī„at serta kemurnian Akhlāq

sepertimana yang diajar di dalam wacana dan bingkai ajaran Ahli

Sunnah wa al-Jamā„ah terlebih dahulu. Sayyidina „Umar al-

Khaṭṭāb r„a pernah berkata: belajar Islām dahulu sebelum menjadi

pemimpin!

Betapa batil dan mungkarnya cara berfikir dan fahaman

pengusung pemikiran dan falsafah Illuminisme-Pasca

Modernisme di kalangan yang masih mengaku beragama Islām -

kerana kesan daripada kebatilan dan kemungkaran „ilmu - mereka

berandaian bahawa falsafah Pasca Modernisme ini terutamanya

ajaran Liberalisme dan Pluralisme Agama sebenarnya mahu

memelihara Agama Islām supaya masih releven dan tidak menjadi

barang muzium serta tidak terperuk di dalam arkib. Justeru ia

perlu dihayati sepenuh hati.