prespektif umum kegunaan sejarah
DESCRIPTION
,m,TRANSCRIPT
Prespektif Umum Kegunaan Sejarah
Pendidikan Sejarah ialah asas penting dalam pembinaan bangsa Malaysia.
Mempelajari sejarah bukanlah semata-mata untuk mendapatkan pengetahuan,
tetapi ia boleh menjadi pedoman dan memberi iktibar kepada sesuatu bangsa
tentang apa yang telah berlaku. Apa yang telah berlaku perlu dinilai semula bagi
tujuan merancang perubahan masa depan. Oleh sebab Sejarah memberikan
banyak pengajaran yang berkait dengan jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan
negara maka Sejarah patut dijadikan garis panduan untuk pembinaan semula
kedudukan dan kekuatan bangsa dan negara. Burckhardt (1986) dalam bukunya
Reflections On Histrory menyorot kepentingan sejarah bagi menobjolkan
pelbagai perkara penting tentang perkembangan aspek kemanusiaan seperti
krisis negara bangsa, pembinaan bangsa dan negara dan perjuangan tokoh
terbilang.
Sejarah memberi kita kemahiran intelektual yang amat bernilai bagi memahami
dan mencungkil perkara yang telah berlalu dan membantu seseorang membuat
andaian-andaian di sebalik apa yang berlaku. Mengikut Butterfield (1973),
kepentingan sejarah dalam kehidupan manusia atau sesuautu bangsa ialah ia
melibatkan pertimbangan nilai (judgement of values) dan pertimbangan moral
(moral judgement) bagi membolehkan kita memperoleh iktibar dan kefahaman
tentang perkara yang telah berlaku.
Sejarah adalah satu disiplin ilmu sains sosial yang mengetengahkan
pelbagai kejadian, perkembangan dan idea-idea yang penting dalam
kehidupan individu, masyarakat dan tentang negara. Ia tentang masa silam
dan masa hadapan, ia merupakan fakta dan reality kejadian, ia tentang
kebudayaan, perubahan, kemoralan dan etik, ketamadunan, konflik,
kemusnahan masa silan dan kehancuran masa hadapan. Sejarah
memperlihatkan pelbagai kekuatan dan kelemahan manusia seperti
nasionalisme, patriotism, keperwiraan, perjuangan dan pengorbanan,
kolonialisme, feudalism, imperialism, kemunculan kuasa besar dan kebangkitan
bangsa terbilang, kelemahan, kejahilan, kemiskinan dan kemunduran yang
merupakan tema-tema tentang kemanusiaan dan ketamadunan sesuatu kaum,
bangsa dan negara. Perkembangan sejarah bangsa boleh dilihat daripada
perspektif global ataupun dalam perspektif rumpun geobudaya dan geopolitik
yang seragam ataupun yang bersifat kepelbagaian. Dengan itu, memang tidak
dapat dinafikan bahawa Sejarah semestinya mempunyai kepentingan-
kepentingan kepada seseorang individu, sesebuah masyarakat dan juga negara.
Hubungkait kurikulum sejarah dengan negara
Kurikulum sejarah sebagai asas membentuk kesinambungan
Pengertian sejarah yang bersifat umum ialah ia merujuk kepada sesuatu yang
telah berlaku. Dalam konteks kenegaraan, sejarah merujuk kepada pelbagai
perkembangan yang berlaku sama ada baik atau meninggalkan kesan
keburukan kepada nasib bangsa dan keadaan negara. Perkembangan masa lalu
meliputi soal-soal politik, ekonomi, sosial dan kemasyarakatan. Sejarah sebagai
satu kesinambungan bermaksud terdapatnya suatu paradigma baru bagi
melanjutkan usaha pembinaan bangsa dan negara berasaskan keadaan masa
lampau dan keperluan untuk membentuk satu perubahan masa depan.
Kurikulum sejarah merupakan asas membentuk perpaduan masyarakat
Sejarah boleh menjadi alat penting bagi memupuk perpaduan bangsa dan
membina yang bersatu padu dalam konteks masyarakat pelbagai kaum seperti
yang dihadapi negara. Pendidikan sejarah perlu memupuk unsur-unsur
perpaduan kaum dan memupuk persefahaman untuk membina kehidupan
bersama walaupun wujudnya sifat kepelbagaian budaya. Melalui kurikulum
sejarah juga harus menghapuskan polarisasi kaum dengan memupuk nilai-nilai
persefahaman dan penyatuan masyarakat berbilang kaum. Langkah ini penting
dijadikan asas pembinaan bangsa dan negara yang telah mengalami pengaruh
penjajahan. Pendidikan sejarah perlu membaiki pemikiran dan wawasan berfikir
generasi muda terhadap negara dan pembinaan bangsa Malaysia.
Kurikulum sejarah berperanan sebagai asas pembinaan negara bangsa
Kurikulum sejarah perlu dijadikan satu rangka tindakan untuk membina negara
bangsa. Kepentingan sejarah sesuatu bangsa khususnya yang berteraskan
kepada sejarah bangsa peribumi perlu diutamakan dan diberi status serta
kedudukan yang utama bagi memantapkan lagi asas pembinaan negara bangsa.
Identiti negara bangsa adalah sinonim yang saling mengukuhkan identiti,
nasionaliti dan nasionalisme serta unsur-unsur patriotisme negara bangsa.
Dalam hal ini, orang Melayu perlu menjadi tunggak ketuanan, patriotisme dan
nasionalisme negara bangsa. Bangsa-bangsa yang menempah sejarah
kegemilangan seperti British, Amerikan berjaya mempertahankan sejarah
kegemilangan mereka dengan konsep negara bangsa. Walaupun Amerika
Syarikat dan Britain telah dibanjiri oleh kemasukan pelbagai kumpulan bangsa
daripada geobudaya Eropah, Asia dan Afrika, namun asas pembinaan negara
bangsa itu diperkukuhkan sebagai satu framework pembinaan kebangsaan yang
lebih luas dalam konteks perkembangan negara bangsa.
Kurikulum sejarah sebagai asas mengorak perubahan sosial, ekonomi
bangsa dan negara.
Peranan sejarah dalam pembinaan semula negara bangsa adalah luas dan ia
perlu dirujuk dengan tujuan untuk membaiki keadaan dan kesan sejarah lampau.
Dengan merujuk kepada sejarah, satu reformasi sistem ekonomi kolonialisme
dan feudalisme kepada sistem eonomi moden yang berfalsafahkan kepada
keadilan sosial, kesaksamaan, penghapusan kemiskinan, mengatasi
kemunduran bangsa boleh dilakukan dengan berkesan. Golongan nasionalis
atau pejuang bangsa Melayu yang bertanggungjawab di negara ini harus
memahami sejarah dan menggunakan sejarah sebagai rangka tindakan ke ara
mereformasikan pembaharuan dan dalam masa yang sama menyusun agenda
bagi membaiki kedudukan, peranan dan pencapaian bangsa Melayu dalam
ekonomi yang berfalsafah kepada sistem ekonomi kapitalis yang memberi kesan
buruk kepada orang Melayu, khususnya dari segi milik tanah (hartanah),
penghapusan ekonomi masyarakat tani (sama ada bersifat moden mahupun
tradisional), kegagalan menyusun semula masyarakat Melayu bandar, masalah
kelas, etnik dan pembangunan ekonomi yang meruncing yang melemahkan
kedudukan dan status bangsa Melayu, sejak kebelakangan ini perlu dinilai
semula jika kita tidak mahu lihat sejarah kemunduran dan kewibawaan bangsa
Melayu terjejas menjelang abad ke-21 dan seterusnya.
Kurikulum sejarah penting sebagai sumber inspirasi
Ini kerana sejarah boleh dijadikan sebagai sejarah penting bagi membina
aspirasi baru untuk membangunkan maruah, martabat dan kewibawaan sesuatu
bangsa. Martin (1997) berpendapat sejarah memberi kita penjelasan tentang apa
yang telah berlaku. Penjelasan yang terdapat dalam sejarah sesuatu bangsa
dapat dijadikan panduan dan memberi inspirasi kepada pembinaan negara
bangsa. Idea sejarah yang dikemukakan oleh Collingwoods (1953)
memperlihatkan kepentingan sejarah sebagai asas penting dalam pembinaan
bangsa. Sejarah mengikut Collingwoods merupakan Philosophy of Human
Nature yang boleh dijadikan panduan dan asas pembinaan bangsa Sejarah
dalam konteks ini membantu kita membentuk teori sosial dan budaya; di
samping ia penting kepada pengkonstruktif teori kegiatan manusia yang meliputi
pemikiran, perlakuan dan tindakan-tindakan yang dilakukan. Untuk tujuan
pembinaan kekuatan dan ketahanan bangsa; di samping ia penting kepada
pengkonstruktifkan teori kegiatan manusia yang meliputi pemikuran, perlakuan
dan tindakan-tindakan yang dilakukan. Untuk tujuan pembinaan kekuatan dan
ketahaman bangsa, sejarah memberi kita sumber kekuatan (driving forces)
seperti yang diperbincangkan oleh Koht (1968). Driving forces dalam sejarah
memberi iktibar yang berkesan kepada kita untuk dijadikan panduan dan teladan.
Kurikulum sejarah sebagai alat kesedaran dan pembinaan semangat bangsa
Unsur penting dalam pengajaran sejarah ialah pembinaan semangat
kebangsaan. Sejarah menimbulkan kesedaran tentang masa lampau dan
menjadi panduan untuk memperjuangan masa depan kepada sesuatu bangsa.
Bangsa yang tahu akan hakikat kepentingan sejarah tidak akan mengabaikan
sejara untuk digunakan sebagai asas membina masa depan dan sebagai titik
tolak bagi membaiki segala kepincangan yang berlaku pada masa lampau.
Peringatan yang berbunyi ” sejarah berulang kembali” perlu dielakkan jika kita
ingin merancang perubahan dan pembangunan masa depan bangsa Melayu.
Pembinaan bangsa Malaysia harus bertunjangkan kepada bangsa Melayu.
Konsep negara bangsa, justeru itu bertujuan menjadikan bangsa Melayu akan
lebih berwibawa dan berkemampuan dalam segala bidang. Sejarah pembinaan
semula negara bangsa ini perlu diteruskan dan ia perlu menumpukan kepada
agenda membaiki nasib bangsa Melayu.
Peranan kurikulum sejarah dalam melahirkan individu yang berjiwa
patriotik
Kurikulum sejarah mempunyai kepentingan yang luas dalam proses pembinaan
kualiti warganegara dan menjadi asas pembinaan kekuatan sesuatu bangsa.
Sejarah boleh mendorong kepada pencapaian ekonomi, rombakan sosial dan
semangat perjuangan yang lebih luas dalam pelbagai bidang.
Dari segi pengetahuan, pengetahuan sejarah di Malaysia telah dijadikan mata
pelajaran teras di sekolah rendah dan menengah yang wajib dipelajari oleh
semua murid mulai tahun 4 di tahap dua sekolah rendah sehingga tingkat lima
bagi sekolah menengah. Objektifnya adalah untuk menyemai kefahaman
terhadap mata pelajaran sejarah sejak sekolah rendah lagi. Ini disebabkan
melalui pengetahuan dan kefahaman terhadap aspek sejarahlah yang mampun
melahirkan murid yang berjiwa patriotik. Jadi, melalui kurikulum Sejarah, murid
diberi pendedahan untuk menganalisis dan menilai fakta sejarah secara matang.
Jika sebelum ini, aspek sejarah hanya diselit dalam mata pelajaran Kajian
Tempatan ygng diajar pada tahap dua murid sekolah rendah. Kini, dengan
adanya pengenalan yang berfokus terhadap subjek Sejarah pastinya dapat
memupuk minat murid terhadap subjek Sejarah sedari sekolah rendah sebelum
beralih kepada Sejarah dengan lebih mendalam di Sekolah Menengah.
Seperti ternyata dalam berita diatas, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd.
Puad Zarkashi berkata, penambahan baru juga akan dibuat pada mata pelajaran
Sumber Internet
Sejarah subjek teras sekolah rendah 2014, dikarang oleh Norizan Abdul Muhd, pengarang Utusan Malaysia .
(2013.10.24)
sejarah ini antaranya menekankan aspek kewarganegaraan, patriotisme dan
unsur Perlembangan. Beliau juga mengatakan bahawa mata pelajaran Sejarah
amat penting untuk mengisi keperluan pembentukan negara Malaysia yang maju
dan meningkatkan patriotisme rakyat agar generasi muda mengetahui asal-usul
serta kepentingan menghormati Perlembagaan Malaysia.
Dr.Mohd Puad Zarkashi (Timbalan Menteri Pelajaran)
Kejahilan dalam pengetahuan sejarah boleh mengakibatkan seseorang individu
jahil tentang diri mereka sendiri, tidak tahu asal usul mereka dan tidak
memahami keadaan mereka sendiri. Pengetahuan dan literasi sejarah bukanlah
satu aset intelektual yang harus dinilai untuk motif perdagangan tetapi ia boleh
dikira sebagai satu aset yang amat penting dalam pembinaan semangat,
keperibadian, kesedaran dan untuk membina ciri-ciri kewarganegaraan yang
baik serta bertanggungjawab kepada bangsa dan negara.
Dari segi nilai pula, kurikulum sejarah amat penting kerana ia dapat menyemai
nilai-nilai yang diperlukan dalam proses perkembangan dan pembangunan
individu. Melalui sejarah, seseorang akan memperoleh nilai-nilai kemanusiaan
dan kemoralan yang boleh dijadikan contoh teladan dan panduan. Banyak
peristiwa dan kejadian yang berlaku dalam rakaman sejarah sesuatu bangsa dan
negara memperlihatkan nilai-nilai yang penting dalam kehidupan manusia. Nilai-
nilai ini dapat membina insight dalam pembangunan intelektual dan kemoralan
individu serta masyarakat. Pendidikan sejarah sebagai ejen pembangunan
manusia boleh membina pelbagai nilai seperti nilai etika dan moral, nilai sosial,
nilai budaya dan estetika, nilai sosialisasi politik, nilai tradisi, nilai universal, nilai
perpaduan dan persefahaman, nilai patriotisme dan sebagainya.
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah dibina berasaskan 6 tunjang KSSR iaitu
Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Literasi Sains dan
Teknologi dan Ketrampilan Diri.
6 Tunjang Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Keenam-enam tunjang tersebut merupakan nilai yang menyokong antara satu
sama lain dan disepadukan oleh kemahiran berfikir aras tinggi. Melalui
kesepaduan kesemua aspek ini, modal insan yang seimbang dan harmonis ,
berpengetahuan dan berketerampilan dapat dilahirkan. Pendekatan yang
menarik yang diterapkan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran seperti
Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD), Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) dan
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pembelajaran (TMK)
pastinya akan melahirkan situasi pembelajaran yang menyeronokkan dan
memberi input yang berguna kepada murid dalam melatih Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi. Seperti yang dikatakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri
Muhyiddin Yassin dalam kata alu-aluan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025, dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara
termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi
muda yang berpengetahuan dan mampu berfikir secara kreatif dan kritis.
Pemikiran kritis
Sejarah ialah satu bidang pengetahuan yang memerlukan daya intektual yang
tinggi bagi membolehkan seseorang memahami dan menguasai ilmu sejarah
secara mendalam, analitis dan objektif. Kebanyakan idea-idea dan pengajaran
yang terdapat dalam sejarah adalah bersifat abstrak yang memerlukan daya
pemikiran yang tinggi untuk menguasainya. Pendidikan sejarah perlu
mengembangkan pemikiran kritis murid bagi mengembangkan pemikiran
mereka. Corak mengajar dan belajar sejarah yang menekankan kepada hafalan
semata-mata adalah bertentangan dengan prinsip berfikir kerana teknik ini
kurang menekankan pengembang pemikiran. Teknik dan pendekatan yang dapat
mengembangkan kuasa berfikir dan pemikiran kritis perlu diutamakan. Kaedah
inkuiri, diskoversi, ekspositori, penyoalan, penyelesaian masalah, membuat
keputusan, pertimbangan nilai, interpretasi adalah antara teknik-teknik yang
begitu kurang digunakan oleh guru-guru sejarah yang menjadi punca kegagalan
untuk mengembangkan pemikiran kritis dalam pembelajaran mata pelajaran
Sejarah. Murid juga perlu didedahkan kepada kemahiran menyelidik, merujuk,
berhujah, menulis, menilai, membuat keputusan bagi mengembangkan potensi
dan daya intelektual mereka. Pendidikan sejarah perlu membangunkan minda
generasi muda dan melahirkan golongan muda yang celik sejarah bangsa dan
negara mereka. Dengan adanya pemikiran yang kritis, murid akan lebih
menghargai jasa-jasa yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh perjuangan demi
tanah air yang tercinta, bah kata pepatah ” tak kenal maka tak cinta”. Dengan itu,
unsur-unsur apresiasi atau penghargaan dapat ditanamkan dalam pengethauan
sejarah untuk dihayati oleh murid-murid. Penonjolan aspek budaya dalam
perkembangan sejarah bangsa perlu diambil kira bagi membina rasa
kebanggaan dan kemegahan tehadap sejarah zaman silam sesuatu bangsa
serta kelahiran perasaan patriotisme terhadap negara Malaysia.
Kesedaran
Sejarah perlu membangkitkan kesedaran tentang diri, keluarga, bangsa, negara
dan perkembangan global. Sejarah yang ditulis dan dipelajari di sekolah dan di
institusi pengajian tinggi perlu menyampaikan mesej pengajaran yang bertujuan
membina dan menimbulkan kesedaran. Lebih penting lagi, sejarah perlu
membina kesedaran kebangsaan bagi membolehkan masyarakat mendapat
iktibar daripadanya. Kesedaran yang mencakupi dalam pelbagai bidang seperti
kesedaran sosial, kesedaran politik, kesedaran ekonomi merupakan agenda
penting dalam pendidikan sejarah yang perlu ditekankan bagi membangunkan
taraf kesedaran dan pemikiran generasi muda yang buta sejarah walaupun
mereka telah mempelajari mata pelajaran Sejarah di sekolah. Kesedaran yang
ditanamkan daripada pengajaran sejarah perlulah berguna dan dapat membantu
seseorang membina diri dan kesedaran mereka sebagai warganegara yang
bertanggungjawab. Ketandusan unsur-unsur kesedaran dalam mata pelajaran
Sejarah merupakan salah satu sebab mengapa pendidikan sejarah gagal
menangani masalah buta sejarah dalam kalangan generasi muda.