program pinjaman latihan kemahiran - … · ada (multiskilling ); 3. menjalani latihan kemahiran...

11

Upload: phungphuc

Post on 14-Apr-2018

312 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN - … · ada (Multiskilling ); 3. Menjalani latihan kemahiran untuk ... (PPT) Program latihan kemahiran yang akan dibiayai adalah program Persijilan
Page 2: PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN - … · ada (Multiskilling ); 3. Menjalani latihan kemahiran untuk ... (PPT) Program latihan kemahiran yang akan dibiayai adalah program Persijilan
Page 3: PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN - … · ada (Multiskilling ); 3. Menjalani latihan kemahiran untuk ... (PPT) Program latihan kemahiran yang akan dibiayai adalah program Persijilan

PENGENALAN

Perbadanan Tabung Pembangunan

Kemahiran (PTPK) telah diberi

tanggungjawab untuk menguruskan dana

pinjaman untuk Program Pinjaman Latihan

Kemahiran (PLK) Kepada Golongan Pekerja

bagi membantu pekerja meningkatkan

kelayakan sedia ada melalui :

1. Menjalani latihan semula (Reskilling);

2. Menjalani latihan kemahiran baru

untuk menyokong kemahiran sedia

ada (Multiskilling);

3. Menjalani latihan kemahiran untuk

peningkatan tahap (Upskilling); dan

4. Menjalani latihan kemahiran bagi

mendapatkan persijilan dari

pengetahuan dan pengalaman kerja

(PPT)

Program latihan kemahiran yang akan

dibiayai adalah program Persijilan Kemahiran

Malaysia (PKM) dan Bukan PKM. Mod latihan

kemahiran bagi kedua-dua program

tersebut di Penyedia Latihan (PL) yang

berdaftar dengan PTPK seperti yang berikut :

1. PKM - Sepenuh masa, separuh masa

dan Pengiktirafan Pencapaian

Terdahulu (PPT)

2. Bukan PKM - Sepenuh masa dan

separuh masa

Syarat-syarat kelayakan pemohon yang ingin

memohon pinjaman latihan kemahiran (PLK)

di bawah Program PLK Kepada Golongan

Pekerja adalah seperti berikut :

SYARAT-SYARAT PEMOHON

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur 18 hingga 50 tahun pada

tarikh permohonan dibuat;

3. Dikecualikan syarat pendapatan;

4. Mengemukakan seorang penjamin;

5. Bukan seorang yang diisytiharkan

muflis;

6. Mestilah terdiri daripada salah satu

kategori pekerja (sektor awam dan

swasta) seperti berikut :

• Pekerja yang sedang bekerja;

atau

• Pekerja yang telah diberhentikan

(retrenched) atau yang berhenti

sendiri di bawah Voluntary

Separation Scheme (VSS); atau

• Pekerja yang bekerja sendiri.

7. Mempunyai pengalaman bekerja

sekurang-kurangnya enam bulan (6)

di dalam pekerjaan sekarang /

terdahulu;

8. Tidak mendapat mana-mana

pembiayaan atau tajaan daripada

agensi Kerajaan atau institusi

kewangan yang lain dalam tempoh

latihan yang diikuti;

PROGRAMPINJAMANLATIHANKEMAHIRANKEPADAGOLONGANPEKERJA

Page 4: PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN - … · ada (Multiskilling ); 3. Menjalani latihan kemahiran untuk ... (PPT) Program latihan kemahiran yang akan dibiayai adalah program Persijilan

9. Mengikuti latihan kemahiran sama

ada secara sepenuh masa/separuh

masa;

10. Pemohon hendaklah menyelesaikan

tunggakan bayaran balik pinjaman

latihan kemahiran dan penalti

terdahulu (jika ada); dan

11. Keutamaan diberikan kepada

pemohon yang bukan dari golongan

pekerjadi peringkat Pengurusan atau

Profesional;

12. Permohonan dikemukan melalui

Penyedia Latihan yang berdaftar

dengan PTPK;

13. Syarat-syarat adalah tertakluk kepada

perubahan dari semasa ke semasa.

SYARAT-SYARAT PENJAMIN

1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur 21 tahun ke atas dan tidak

melebihi 50 tahun pada tarikh

semasa pelatih memulakan latihan.

3. Pendapatan bulanan tidak kurang

daripada RM700.

4. Tidak diistiharkan muflis.

5. Tidak boleh menjamin lebih daripada

dua (2) orang Peminjam PTPK

sepanjang tempoh pinjaman

peminjam, kecuali ibu bapa.

KADAR PINJAMAN

1. Kadar pinjaman di antara RM750

hingga RM24,000 bergantung kepada

program dan tahap latihan yang

merangkumi :

• Yuran Latihan; dan

• Bayaran perlindungan

insurans bagi pinjaman

(tertakluk kepada jumlah

pinjaman, tempoh bayar

balik dan umur pemohon).

2. Fi pentadbiran sebanyak 1%

setahun dikenakan berasaskan

baki berkurangan.

KAEDAH BAYARAN PINJAMAN

1. Pemohon perlu membuka Akaun

Bank RHB.

2. Bayaran yuran latihan akan

dibayar ke akaun bank pemohon

dan dipindahkan secara terus ke

akaun Penyedia Latihan.

BAYARAN BALIK PINJAMAN

1. Bayaran balik pinjaman akan

bermula pada bulan berikutnya

selepas pemohon / peminjam

menamatkan latihan kemahiran.

2. Tempoh bayaran balik pinjaman

di antara enam (6) bulan hingga

lima (5) tahun.

3. Ansuran bulanan bayaran balik

pinjaman di antara RM167.15

hingga 410.25 tertakluk kepada

jumlah pinjaman yang diluluskan.

4. Sebarang rebat/diskaun/insentif

yang diterima oleh peminjam

berkaitan dengan latihan

kemahiran, hendaklah

dipulangkan kepada PTPK sebagai

bayaran balik pinjaman.

Segala urusan dan pertanyaan, sila hubungi :

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Lot 1, Jalan 15/1, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

03-8911 3816 / 3948 / 3821

03-8926 3900

[email protected].

Page 5: PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN - … · ada (Multiskilling ); 3. Menjalani latihan kemahiran untuk ... (PPT) Program latihan kemahiran yang akan dibiayai adalah program Persijilan

< Tahun 2000 SPM / SPMV / MCE

• Gred Tiga (3)

>Tahun 2000 SPM / SPMV

• 6C (Kredit) : BM, BI, Math

• 8E (Lulus) : 3 Subjek termasuk (Sains / Fizik /

Kimia / Biologi)

>SPM / SPMV / MCE

• Diploma / Ijazah Sarjana Muda

Angota Tentera / Polis

• Jawatan Sarjan

• 10 Tahun pengalaman

PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN

KURSUS PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN (SHO)

Objektif

Selepas menghadiri kursus ini, peserta akan boleh:-

• Menjalankan HIRARC

• Menerangkan OSH MS

• Merancang Program OSH

• Menterjemah keperluan

Perundangan

SEGALA PERTANYAAN, SILA HUBUNGI :- NATIONAL INSTITUTE OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (NIOSH)

LOT 1, JALAN 15/1, SEKSYEN 15,

43650 BANDAR BARU BANGI,

SELANGOR.

TEL : 03 – 8911 3816 / 3948 / 3821 FAX : 03 – 8926 3900

EMEL : [email protected].

Syarat Kelayakan Memasuki Kursus

Page 6: PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN - … · ada (Multiskilling ); 3. Menjalani latihan kemahiran untuk ... (PPT) Program latihan kemahiran yang akan dibiayai adalah program Persijilan

Borang Permohonan Program Di Bawah SKIM PTPK

A. Maklumat Permohonan Pelajar

MAKLUMAT PELATIH

Nama Penuh :

Tarikh Lahir :

No Kad Pengenalan :

No K/P Lama/Tentera/Lain-lain: :

Jantina :

Bangsa :

Agama :

Warganegara : Ya Tidak

Taraf Perkahwinan : Bujang

Bercerai

Berkahwin

Balu

No Telefon Rumah :

No Telefon Bimbit :

E-mel :

Mendapat Bantuan dari Agensi : Ya Tidak

Status Pekerjaan : Bekerja Tidak Bekerja

Alamat Tetap

(seperti di kad pengenalan)

:

Bandar

Poskod

Negeri

Alamat surat menyurat

(seperti di bil api/air)

:

Bandar :

Poskod :

Negeri :

MAKLUMAT PEKERJAAN

Pekerjaan / Jawatan :

Pendapatan :

No Pekerja :

No KWSP :

Page 7: PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN - … · ada (Multiskilling ); 3. Menjalani latihan kemahiran untuk ... (PPT) Program latihan kemahiran yang akan dibiayai adalah program Persijilan

Nama Majikan :

Alamat

:

Bandar :

Poskod :

Negeri :

No Telefon :

No Faks :

Tempoh pengalaman bekerja : (Tahun) (Bulan)

Pendapatan Bulanan Keluarga :

MAKLUMAT BANK

Nama Bank :

No Akuan Bank :

MAKLUMAT KELUARGA

Hubungan dengan pelatih

:

Bapa Ibu Penjaga Suami Isteri

Nama Penuh :

No Kad Pengenalan :

No K/P Lama/Polis :

Warganegara :

Status Perkahwinan : Bujang

Bercerai

Berkahwin

Balu

No Telefon Rumah

No Telefon Bimbit :

Emel

Status Pekerjaan

:

Bekerja Tidak Bekerja Pesara / Pencen

ALAMAT KELUARGA

Alamat Tetap

:

Bandar :

Poskod :

Negeri

MAKLUMAT MAJIKAN

Sektor Pekerjaan :

Nama Majikan :

Alamat Majikan

:

Bandar Majikan :

Poskod Majikan :

Negeri Majikan :

No Telefon Majikan :

No Faks Majikan :

Page 8: PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN - … · ada (Multiskilling ); 3. Menjalani latihan kemahiran untuk ... (PPT) Program latihan kemahiran yang akan dibiayai adalah program Persijilan

BORANG NAMA DAN ALAMAT PELATIH (PEMINJAM) / PENJAMIN SERTA HUBUNGAN PENJAMIN

DENGAN PELATIH (PEMINJAM)

1. BUTIR-BUTIR PELATIH (PEMINJAM)

2. BUTIR-BUTIR PENJAMIN

2.1 Nama

2.2 Alamat Tetap

2.3 Alamat Surat Menyurat

2.4 No. Telefon Rumah, Bimbit

2.5 Alamat pejabat

2.6 No. Telefon Pejabat

2.7 Hubungan dengan pelatih (peminjam)

2.8 Tandatangan Penjamin & Tarikh

Disemak oleh, …………………………………… Nama : Tarikh : (Untuk Ditandatangani Oleh Pegawai / Kakitangan PTPK Sahaja)

1.1 Nama

1.2 Alamat Tetap

1.3 No. Telefon Rumah & Bimbit

1.4 Alamat Sekarang

1.5 Tandatangan Pelatih & Tarikh

PTPK/PP-BNAP&P – Pind. Jun 2012

Page 9: PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN - … · ada (Multiskilling ); 3. Menjalani latihan kemahiran untuk ... (PPT) Program latihan kemahiran yang akan dibiayai adalah program Persijilan

BORANG PENGAKUAN KEDUDUKAN KEWANGAN PENJAMIN PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA

1. PENGAKUAN PENJAMIN

1.1. Nama Penjamin

1.2 Alamat Tetap Penjamin

1.3 Alamat Surat Menyurat

Penjamin dan Nombor Telefon

1.4 No Kad Pengenalan Penjamin

1.5 Tarikh Lahir Penjamin

1.6 Umur Penjamin

1.7 Nama Pekerjaan Penjamin

1.8 Nama dan Alamat Majikan

Saya dengan ini mengaku bahawa saya dengan rela hati sendiri menjadi penjamin kepada pelatih yang selepas

ini dipanggil peminjam bernama ……………………………………………………………………… memegang kad pengenalan

……………………………………………………….. Hubungan saya dengan peminjam ialah sebagai

……………………………………………………….

2. KENYATAAN BERHUBUNG DENGAN KEDUDUKAN KEWANGAN DAN HARTA SAYA

2.1 Pendapatan bulanan (Pendapatan Sekarang)

2.2 Rumah (RM) (Nilai Sekarang)

2.3 Tanah (RM) (Nilai Sekarang)

2.4 Kenderaan (RM) (Nilai Sekarang)

3. KENYATAAN BERHUBUNG DENGAN TANGGUNGAN SAYA

3.1 Bilangan anak

3.2 Bilangan anak yang sedang belajar

3.3 Bilangan anak yang telah bekerja

4. LAIN-LAIN KENYATAAN

Saya adalah penjamin kepada peminjam-peminjam: (nyatakan sekiranya ada menjamin peminjam lain selain daripada peminjam di atas)

i) Nama dan no. K/P peminjam :

Hubungan:

ii) Nama dan no. K/P peminjam :

Hubungan:

Saya mengaku bahawa keterangan di atas adalah betul dan benar. Saya bersama-sama bertanggungjawab

menjelaskan pinjaman sekiranya peminjam gagal berbuat demikian.

Tarikh:…………………………………………… ……………………………………

(Tandatangan Penjamin)

Nama Pelatih

No. Kad Pengenalan Pelatih

PTPK/PP-BPKKP - Pind. Jun 2012

Page 10: PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN - … · ada (Multiskilling ); 3. Menjalani latihan kemahiran untuk ... (PPT) Program latihan kemahiran yang akan dibiayai adalah program Persijilan

Salam KemahiranSalam KemahiranSalam KemahiranSalam Kemahiran

Pengurus Cawangan RHB Bank Berhad

Tuan / Puan,

SURAT SOKONGAN MEMBUKA AKAUN BANK RHB BAGI PELATIH KEMAHIRAN YANG MEMOHON PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLO NGAN PEKERJA, PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (P TPK) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Perbadanan dengan ini mengesahkan bahawa senarai pelatih-pelatih di Lampiran A telah menghantar permohonan untuk Pinjaman Latihan Kemahiran (PLK) Kepada Golongan Pekerja dengan PTPK. Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak tuan / puan adalah dipohon agar dapat membenarkan pelatih-pelatih tersebut untuk membuka akaun simpanan dengan wang deposit berjumlah RM20.00 sahaja.

3. Walau bagaimanapun, kelulusan permohonan PLK bagi pelatih-pelatih tersebut adalah tertakluk kepada syarat-syarat permohonan pinjaman.

4. Segala perhatian dan kerjasama yang tuan / puan berikan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan dengan ribuan terima kasih.

Sekian dimaklumkan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “Pekerja Merealisasi Transformasi Negara” Saya yang menurut perintah, Pengurus (Perjanjian) Bahagian Perjanjian b.p. Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia ℡ 03 - 2084 0631 / 0633 / 0559 � 03 - 2084 0510

Dokumen ini adalah cetakan komputer dan tidak memer lukan tandatangan.

Page 11: PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN - … · ada (Multiskilling ); 3. Menjalani latihan kemahiran untuk ... (PPT) Program latihan kemahiran yang akan dibiayai adalah program Persijilan

LAMPIRAN A

SENARAI PELATIH-PELATIH YANG MEMOHON PINJAMAN LATIH AN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA PTPK (butiran pelatih dalam jadual di bawah akan diisi o leh sistem)

BIL. NAMA NO. KAD PENGENALAN NAMA KURSUS KOD KURSUS