keberkesanan pelaksanaan program latihan …€¦ · atau kepentingan malaysia seperti yang...
TRANSCRIPT
KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN
(I-KIT) TERHADAP IBU TUNGGAL DI JPW NEGERI JOHOR
ZANALISA BINTI MGT MAT ISA
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN
KEMAHIRAN (I-KIT) TERHADAP IBU TUNGGAL DI JPW
NEGERI JOHOR
SESI PENGAJIAN : 2011/2012
Saya ZANALISA BINTI MGT MAT ISA
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti
Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
Tarikh: Tarikh:
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau
TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan PSM.
(HURUF BESAR)
EN. MOHD RIZAL BIN MOHD SAID
(NAMA PENYELIA)
No. 5 Kampung Tiang Bertarah,
35600 Sungkai, Perak Darul
Ridzuan.
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
Saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Mekanikal)
Tandatangan : ....................................................
Nama Penyelia :En.Mohd Rizal Bin Mohd Said
Tarikh:
KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN
(I-KIT) TERHADAP IBU TUNGGAL DI JPW NEGERI JOHOR
ZANALISA BINTI MGT MAT ISA
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ....................................................
Nama Penulis :ZANALISA BINTI MGT MAT ISA
Tarikh: 12 JANUARI 2012
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang mahapemurahlagimahamengasihani.
Segalapujianataslimpahdankurnia Allah S.W.T
tuhanseluruhalam.SelawatdansalamkeatasjunjunganNabi Muhammad S.A.W.
Buatayahandatersayang,
Mgt Mat Isa Bin MgtTalib
Apa yang telahdiberikan, akuhargai. Apa yang telah di ucapakankuingati.
Terimakasihatassegalanya.
Buat bonda tercinta
HalijahBintiRamly
Engkau penguat semangatku..
Buat saudaraku yang teristimewa
MgtMuhdIskandar Bin Mgt Mat Isa
PuteriSuhaina Aida BintiMgt Mat Isa
Sesungguhnya aku bahagia memiliki silaturahim dengan kalian. Semoga kukuhnya
ikatan persaudaraan ini setanding dengan kukuhnya kasih sayang antara kita
Buat teman teristimewa
Fazli Bin Mustapha
Sesungguhnya kehadiranmu menambah semangat perjuanganku. Semoga hubungan kita
kekal ke akhir hayat.Terima kasih sentiasa disisiku..
Buat sahabat-sahabatku
Najiha, Shamsila, Iswa,Jaja,Maiza
Pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap menjadi
teladan dan kenangan kitabersama.Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu
rahmatNya
Terimakasihuntuksegalakenangan yang terindahini.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi maha penyayang. Segala tasbih
dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi
Muhammad S.A.W serta keluarga, para sahabat dan pengikut-pengikut baginda hingga
ke hari kemudian.
Syukur Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia-Nya, maka saya telah
menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk mendapat Sarjana Muda Teknologi
serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal).
Pertama sekali, setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada penyelia thesis
En.Rizal Bin Mohd Said di atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang
tempoh penyelidikan.Tidak lupa buat semua tenaga pengajar di Jabatan Pendidikan
Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM Skudai atas segala bantuan yang
diberikan.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Puan Rosmawati dan Puan Farah
Dilla dari JPW negeri Johor kerana memberi sepenuh kerjasama semasa menjalankan
kajian ini.
Akhir sekali, tidak lupa juga ribuan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan
yang banyak memberi tunjuk ajar, nasihat serta sokongan moral.
v
ABSTRAK
Penyelidikan ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan pelaksanaan program
latihan kemahiran (I-KIT) terhadap ibu tunggal di JPW negeri Johor berdasarkan model
Kirkpatrick. Empat aspek utama dilihat dalam mengenalpasti keberkesanan program
iaitu aspek reaksi, aspek pembelajaran, aspek tingkah laku serta aspek hasil.Responden
kajian terdiri daripada 49 orang ibu tunggal yang telah tamat mengikuti latihan
kemahiran bagi sesi 2011. Rekabentuk kajian adalah menggunakan kedah campuran atau
‘mix method’. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan protokol temubual.Bagi
dapatan soal selidik data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS
16 (Statistic Package for the Social Science Versi 16).Manakala dapatan temubual
dianalisis secara secara manual melibatkan pengkodan dan interpritasi atau tafsiran
data.Kebolehpercayaan soal selidik telah diuji melalui kajian rintis yang dijalankan
menggunakan Alpha Croanbach, dimana nilai kebolehpercayaannya ialah 0.788.Bagi
mengenalpasti keberkesanan pelaksanaan program, pembolehubah bebas yang
digunakan adalah kepuasan peserta terhadap latihan kemahiran, perolehan pengetahuan
serta peningkatan kemahiran, perubahan tingkah laku dan manfaat atau faedah yang
diperolehi daripada latihan kemahiran yang diikuti.Hasil dapatan menunjukkan keempat-
empat aspek yang dikaji menunjukkan reaksi positif dimana peserta berpuas hati dengan
latihan yang diikuti, mendapat pengetahuan serta dapat meningkatkan kemahiran,
berlakunya perubahan tingkah laku serta mendapat manfaat berupa peningkatan
pendapatan serta peluang pekerjaan.Maka, dapat dirumuskan secara keseluruhannya
program I-KIT yang dianjurkan oleh JPW negeri Johor adalah berkesan kepada ibu
tunggal dalam usaha meningkatkan kualiti hidup serta tahap sosioekonomi mereka.
vi
ABSTRACT
This research aims to identify the effectiveness of training programs (I-KIT) for
single mothers in Johor based on Kirkpatrick model. The effectiveness of the programs
concern four main areas namely which is aspect of reaction, aspect of learning,
behavioral aspect and aspect of the results.This research involved 49 single mothers who
have completedskills training for the 2011 session. Research methodology used the mix
method. The instruments of this research are interview protocol and questionnaires.Data
collected were analyzed using manual qualitative data coding and interpretations code
for interview and also were analyzed using SPSS 16 software (Statistic Package for
the Social Science Version 16) for questionnaires. Reliability of the questionnaire was
tested through a pilot study conducted using the Alpha Croanbach, where the value of its
reliability is 0.788. The independent variables used are satisfaction of
participants of training, knowledge acquisition and upgrading of skills, behavioral
change and the benefits from the training that followed. The result of the research
showed a positive reaction in which participants were satisfied
with training courses, gain knowledge and improve skill, behavior change and attained
benefit in the increased income and job opportunities. Thus, it can be concluded that
entirety of I-KIT program organized by JPW is effective for single mothers in an effort
to improve the quality of life and their socioeconomic level.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SIMBOL xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
viii
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.6.1 Ibu Tunggal 9
1.6.2 Jabatan Pembangunan Wanita 9
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Batas Kajian 10
1.9 Definisi Istilah 11
1.9.1 Ibu Tunggal 11
1.9.2 Keberkesanan Latihan 11
1.9.3 Kemahiran 12
1.9.4 Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) 12
1.10 Kesimpulan 13
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Latar Belakang Program I-KIT 18
2.3 Model atau Teori Penilaian Program 21
2.4 Keberkesanan dari Aspek Reaksi 24
2.4.1 Kepuasan Pelanggan 25
2.4.1.1 Kandungan Latihan 26
2.4.1.2 Tenaga Pengajar 28
2.4.1.3 Persekitaran Pembelajaran 29
2.5 Keberkesanan dari Aspek Pembelajaran 31
2.6 Keberkesanan dari Aspek Tingkah Laku 34
2.7 Keberkesanan dari Aspek Hasil 37
2.8 Kesimpulan 40
ix
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 41
3.2 Reka Bentuk Kajian 41
3.3 Populasi Kajian 43
3.4 Sampel Kajian 44
3.5 Kaedah Persampelan 44
3.6 Instrumen Kajian 45
3.6.1 Instrumen Soal Selidik 45
3.6.1.1 Bahagian A 46
3.6.1.2 Bahagian B 47
3.6.2 Protokan Temubual 47
3.7 Kajian Rintis 48
3.8 Kesahan Kandungan 49
3.9 Kebolehpercayaan Soal Selidik 50
3.10 Pengumpulan dan Analisis Data 51
3.11 Prosedur Kajian 53
3.12 Kesimpulan 54
BAB 4
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 55
4.2 Maklumat Demografi Responden 56
4.3 Analisis Persoalan kajian 59
4.3.1 Analisis Soal Selidik Keberkesanan Program
dari Aspek Reaksi iaitu Kepuasan Ibu Tunggal Terhadap
Latihan Kemahiran Yang Diikuti 60
4.3.2 Analisis Temubual Keberkesanan Program dari
4.3.3 Aspek Reaksi iaitu Kepuasan Ibu Tunggal Terhadap
Latihan Kemahiran Yang diikuti 62
x
4.3.2.1 Pemilihan tempat 63
4.3.2.2 Prasarana dan kemudahan 64
4.3.2.3 Kandungan Latihan 64
4.3.2.4 Pengalaman Tenaga Pengajar 65
4.3.3 Analisis soal selidik Keberkesanan Program
dari Aspek Pembelajaran iaitu Perolehan Pengetahuan
serta Peningkatan Pengetahuan 66
4.3.4 Analisis Temubual Keberkesanan Program dari
AspekPembelajaran iaitu Perolehan Pengetahuan serta
Peningkatan Kemahiran 69
4.3.4.1 Penambahan Ilmu 69
4.3.4.2 Peningkatan Bakat dan Kebolehan 70
4.3.4.3 Memperolehi Pengetahuan
serta Peningkatan Kemahiran 71
4.3.5 Analisis Soal Selidik Keberkesanan Program
dari Aspek Tingkah iaitu Perubahan Tingkah
Laku Ibu Tunggal 73
4.3.6 Analisis Temubual Keberkesanan Program
dari Aspek Tingkah iaitu Perubahan Tingkah
Laku Ibu Tunggal 75
4.3.7 Analisis Soal Selidik Keberkesanan Program
dari Aspek Hasil iaitu Manfaat Yang Diperolehi
Selepas Tamat Latihan 79
4.3.8 Analisis Temubual Keberkesanan Program
dari Aspek Tingkah Iaitu Perubahan Tingkah Laku
Ibu Tunggal 81
4.3.8.1 Aplikasi 82
4.3.8.2 Jana Pendapatan 83
4.3.8.3 Tempahan Produk/Perkhidmatan 84
4.4 Rumusan Keseluruhan Analisis 85
4.5 Kesimpulan 86
xi
BAB 5
RUMUSAN PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 87
5.2 Rumusan Kajian 88
5.2.1 Rumusan Demografi 88
5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian 89
5.3 Keberkesanan Program dari Aspek Reaksi
iaitu Kepuasan Ibu Tunggal Terhadap Latihan
Kemahiran Yang Diikuti 91
5.3.1 Isi Kandungan latihan 92
5.3.2 Tenaga pengajar 93
5.3.3 Persekitaran Pembelajaran 94
5.4 Keberkesanan Program dari Aspek
Pembelajaran iaitu Perolehan Pengetahuan
dan Peningkatan Kemahiran Setelah Tamat Latihan 96
5.5 Keberkesanan Program dari Aspek tingkah
Laku iaitu Perubahan Tingkah Laku
Selepas Tamat Latihan 99
5.6 Keberkesanan Program dari Aspek Hasil iaitu
Manfaat Yang Diperolehi Selepas Tamat Latihan 103
5.3 Cadangan Penambahbaikan 106
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 107
5.4 Kesimpulan 109
BIBILIOGRAFI 110
LAMPIRAN 116
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Perbandingan jangka hayat mengikut jantina 116
2.2 Perceraian orang Islam mengikut negeri, 2000-2008 116
2.3 Perceraian orang bukan Islam mengikut
negeri, 2000 – 2008 116
2.4 Kursus yang ditawarkan setiap tahun 117
3.1 Taburan soalan mengikut persoalan kajian 47
3.2 Pekali alpha croanbach 50
4.1 Taburan responden mengikut bangsa 56
4.2 Taburan responden mengikut umur 57
4.3 Taburan responden mengikut bidang 57
4.4 Taburan responden mengikut bilangan
anak/tanggungan 58
4.5 Taburan responden mengikuttahap pendidikan tertinggi 58
4.6 Taburan responden mengikut jumlah pendapatan bulanan 59
4.7 Taburan responden mengikut peratusan dan frekuensi
bagi aspek reaksi 60
4.8 Peratusan perasaan puas hati ibu tunggal terhadap
latihan kemahiran yang diikuti 61
4.9 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut
aspek reaksi iaitu kepuasan ibu tunggal
terhadap latihan kemahiran 63
4.10 Taburan Responden mengikut peratusan dan frekuensi
xiii
bagi aspek pembelajaran 67
4.11 Peratusan perolehan pengetahuan serta peningkatan
kemahiran ibu tunggal setelah menyertai program
latihan kemahiran 67
4.12 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut
aspek pembelajaran iaitu perolehan pengetahuan dan
serta peningkatan kemahiran ibu tunggal 69
4.13 Taburan responden mengikut peratusan dan frekuensi
bagi aspek tingkah laku 73
4.14 Peratusan perubahan tingkah laku ibu tunggal
setelah menyertai program latihan kemahiran 74
4.15 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut
aspek tingkah laku iaitu perubahan tingkah laku
kepada ibu tunggal setelah tamat latihan kemahiran 75
4.16 Taburan responden mengikut peratusan dan frekuensi
bagi aspek hasil 79
4.17 Peratusan ibu tunggal yang memperolehi manfaat
daripada menyertai program 80
4.18 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut
aspek hasil iaitu manfaat daripada menyertai program 82
4.19 Pernyataan responden terhadap keberkesanan program 85
4.20 Rumusan keseluruhan soal selidik
terhadap keberkesanan program 86
5.1 Pengelasan skor dapatan soal selidik 108
xiv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Ringkasan penggunaan „mix method’ 42
3.2 Carta aliran untuk analisis data temubual 52
3.3 Carta aliran prosedur kajian 53
xv
SENARAI SIMBOL
% - Peratusan
∞ - Alpha croanbach
Ƒ - Frekuensi/ Kekerapan
xvi
SENARAI SINGKATAN
AIM - Amanah Ikhtiar Malaysia
BA - Bantuan am
BIL - Bilangan
BKK - Bantuan Kanak-kanak
I-KIT - Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal
JPW - Jabatan Pembangunan Wanita
JKM - Jabatan Kebajikan Masyarakat
JPWN - Jabatan Pembangunan Wanita Negeri
KPWKM - Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
KPI - Key Perfomance Indicators (Indeks Prestasi Utama)
KIR - Ketua Isi Rumah
LIH - Low Income Household
PPWN - Pejabat Pembangunan Wanita Negeri
PMR - Penilaian Menengah Rendah
PGK - Pendapatan Garis Kemiskinan
NKRA - National Key Result Area (Enam Bidang Keberhasilan Utama)
RMK - Rancangan Malaysia Ke
SPSS - Statistical Package for Social Science Version
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SKM - Sijil Kemahiran Malaysia
UNDP - United Nation Development Programme
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A
Jadual
2.1 Perbandingan jangka hayat mengikut jantina 116
2.2 Perceraian orang Islam mengikut negeri, 2000-2008 116
2.3 Perceraian orang bukan Islam mengikut
negeri, 2000 – 2008 116
2.4 Kusus yang ditawarkan setiap tahun 117
B Borang soal selidik 118
C Hasil temubual responden 122
D Surat permohonan menjalankan kajian 128
E Pengesahan soal selidik 130
F Aturcara program I-KIT 2011 134
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Wanita merupakan aset penting pembangunan negara pada abad ke-21. Menurut
Lukman et al. (2002) menjelang abad ini wanita akan berhadapan dengan cabaran yang
berat akibat pertembungan peradaban barat dan timur serta pertembungan agama.
Sehubungan itu, wanita perlu lebih bersedia dari segi ilmu, peranan dan pegangan yang
kukuh bagi menanganinya. Dalam konteks pemantapan bangsa dan negara, sumbangan
wanita sama ada sebagai ibu, isteri atau sebarang profesion yang diceburi adalah sangat
besar. Usaha kerajaan dalam mencapai kesaksamaan gender telah membolehkan wanita
Malaysia mengecapi kemajuan dalam pelbagai bidang pembangunan dengan
peningkatan akses kepada pendidikan dan latihan, penjagaan kesihatan dan peluang
pekerjaan (RMK-8, 2001-2005).
Sumber Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan pada tahun 2004, 49 peratus
(12,557,700 orang) daripada keseluruhan jumlah penduduk di Malaysia terdiri daripada
golongan wanita dan kira-kira 48% daripada jumlah penduduk wanita merupakan tenaga
buruh. Secara umumnya, pendidikan adalah agen penting dalam mengubah kedudukan
wanita dari segi ekonomi dan sosial. Peningkatan status pendidikan di kalangan wanita
menyebabkan kualiti tenaga buruh wanita meningkat. Buktinya, kadar penyertaan tenaga
buruh wanita telah meningkat daripada 44.7 peratus pada tahun 2000 kepada 45.7
peratus pada tahun 2005 (Nor Aini, 2008).
Penyertaan dan peningkatan ini dicapai, berikutan perubahan rangka kerja
perundangan dan institusi termasuk pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan,
peningkatan keupayaan mendapatkan pekerjaan melalui pencapaian pendidikan yang
lebih tinggi serta pelaksanaan dasar dan program gender sensitif (Wanita dan
Pembangunan, Kemajuan 2005-2010). Manakala Siti Fatimah (2000)pula menyatakan
faktor utama yang membawa kepada peningkatan ini adalah wujudnya peluang
pendidikan bagi kaum wanita serta kesan sampingan daripada „The Revolution Of Rising
Expectations‟ di kalangan wanita-wanita terpelajar. Menurut beliau lagi perkembangan
ekonomi yang pesat telah mempelbagaikan peluang-peluang pekerjaan dan membuka
peluang untuk wanita menceburi bidang yang diminati. Antara sektor yang banyak
melibatkan wanita adalah setor pertanian, perindustrian dan perkhidmatan.
Namun dalam wanita mengecapi era pembangunan, kemiskinan di kalangan
wanita boleh menjejaskan kualiti hidup masyarakat dan ia banyak berlaku di negara
Asia, Afrika dan Amerika Latin. Keadaan ini disebabkan ramai wanita berpendapatan
rendah dan kejadian kemiskinan akan bertambah sekiranya mereka menjadi ketua isi
rumah. Menurut Todaro (1989) dalam kira-kira 17.0-18.0 peratus isi rumah dunia
diketuai oleh wanita. Malah, di sesetengah negara Caribbean dan Afrika angka tersebut
melebihi 40 peratus. Jelasnya ketua isi rumah wanita merupakan golongan yang
termiskin dalam masyarakat. Kemiskinan ini berpunca daripada status wanita yang
kurang berpendidikan, mempunyai peluang pendidikan yang terhad dan menerima kadar
upah yang rendah berbanding lelaki (Nor Aini, 2008).
3
Di Malaysia juga turut menerima tempiasnya. Antara golongan yang sering
dikaitkan dengan kemiskinan adalah ketua isi rumah wanita yang terdiri daripada
golongan ibu tunggal. Rohayu et al.(2010) menyatakan menurut Syahrizat Abdul Jalil
wanita merupakan 16 peratus atau kira-kira 887 ribu ketua isi rumah daripada 5.7 juta
ketua isi rumah di negara ini. Ketua isi rumah wujud apabila wanita bercerai mati atau
bercerai hidup, ditinggalkan suami, mempunyai suami yang tidak mampu menyara
keluarga kerana dipenjarakan atau wanita yang terpaksa menanggung keluarga kerana
suami berhijrah secara kekal atau sementara. Bagi masyarakat Malaysia, golongan
wanita yang telah berpisah atau kematian suami dikenali sebagai janda, balu atau pun
ibu tunggal.
Siti Fatimah (2004) menyatakan ibu tunggal adalah wanita yang hidup
berseorangan tanpa suami di sisi di mana mereka bertanggungjawab untuk mendidik
anak-anak dengan menjalankan dwifungsi iaitu sebagai penyara dan pengurus
keluarga.Manakala Abd.Rahim et al.(2006) pula mentafsirkan ibu tunggal sebagai
seorang wanita yang telah kematian suami dan terpaksa meneruskan tugas membesarkan
anak-anak atau seorang wanita yang telah bercerai dengan suaminya dan telah diberi hak
penjagaan ke atas anak-anaknya ataupun seorang wanita yang digantung tidak bertali
kerana tidak diberi nafkah oleh suami untuk menyara hidupnya dan anak-anaknya.
Tidak dinafikan, terdapat banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi oleh
ibu tunggal dalam menjalani kehidupan seharian setelah ketiadaan suami di sisi.Masalah
ekonomi merupakan cabaran utama golongan ibu tunggal.Bagi isteri yang selama ini
merupakan suri rumahtangga, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk memasuki
pasaran buruh. Tambahan lagi, bagi mereka yang tidak mempunyai kelayakan yang
sesuai.Hal ini menjadikan satu beban kepada mereka dalam menjalani kehidupan
seharian.
4
Keperihatinan kerajaan dengan nasib yang membelenggu rakyat telah membawa
kepada penyediaan pelbagai bentuk perancangan dan strategi bagi mengurangkan beban
yang ditanggung oleh mereka.Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah satu badan kerajaan
dibawah pentadbiran KPWKM yang telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan di
bawah Skim Bantuan Kewangan bagi Golongan Ibu Tunggal. Antara bantuan tersebut
adalah Bantuan Kanak-Kanak (BKK) berupa wang sara diri yang disalurkan kepada ibu
tunggal bagi memastikan ibu tunggal terus menyara anak-anak mereka. Juga, Bantuan
Am (BA) turut diberikan kepada golongan ini berupa bantuan bulanan iaitu bantuan
makanan dan pakaian serta bantuan membaiki rumah bagi pendapatan isi rumah di
bawah RM 700 sebulan atau di bawah paras garis kemiskinan (JKM-Bantuan Kebajikan,
2011).
Walaubagaimanapun, bantuan yang diberikan masih kurang untuk meringankan
beban ibu tunggal. Ini kerana kos sara hidup yang semakin tinggi memincangkan
kehidupan ibu tunggal walaupun bantuan kewangan telah disalurkan. Justeru itu,
kerajaan telah menyediakan pelan tindakan strategik dimana ia menggariskan program
pendidikan dan latihan bagi memastikan ibu tunggal mampu memperolehi pendapatan
yang lebih baik. Menerusi pendekatan ini kerajaan telah memperkenalkan program
Inkubator Kemahiran Ibu tunggal (I-KIT) dibawah pentadbiran Jabatan Pembangunan
Wanita dalam RMK9 sebagai salah satu program untuk meningkatkan kualiti hidup serta
pembasmian kemiskinan di kalangan ibu tunggal (RMK-9, 2006-2010).
1.2 Latar Belakang Masalah
Keciciran dari sudut ekonomi dan kemiskinan merupakan fenomena utama yang
membelenggu kehidupan dan pembangunan golongan wanita.Perkara ini turut diakui
5
sehingga ke peringkat antarabangsa dimana dalam Beijing Declaration and Platform for
Action 1995, kemiskinan diletakkan sebagai isu paling utama daripada dua belas (12)
perkara kritikal dalam pembangunan wanita yang perlu diberikan perhatian.Kemiskinan
bukan sahaja memberikan impak negatif dari sudut ekonomi, malahan juga dari sudut
sosial.Wanita yang tidak berkeupayaan untuk berdikari dari segi ekonomi lebih
cenderung untuk menjadi mangsa pelbagai bentuk diskriminasi dan keganasan seperti
gangguan seksual dan juga keganasan rumahtangga (Dasar Wanita Negara, 2009).
Perkara ini akan menjadi lebih sukar bagi golongan ibu tunggal yang perlu
menjalani hidup tanpa ketua keluarga yang bergelar bapa dan suami.Walaupun terdapat
pelbagai bentuk bantuan atau program yang ditawarkan oleh kerajaan, namun bagi
tujuan pengurangan kadar kemiskinan di kalangan ibu tunggal ia memerlukan sebuah
rancangan yang lebih khusus dan komprehensif. Justeru, KPWKM telah melantik
Jabatan Pembangunan Wanita sebagai agensi pelaksana untuk melaksanakan strategi
terperinci bagi membantu ibu tunggal sekaligus mengurangkan kadar kemiskinan.
Maka dalam RMK9, program I-KIT telah dijadikan sebagai salah satu program
teras bagi membantu mengurangkan kadar kemiskinanan serta meningkatkan kualiti
hidup dikalangan ibu tunggal.Program I-KIT adalah satu program pembangunan kapsiti
untuk wanita yang menyediakan latihan kemahiran dan bimbingan keusahawanan untuk
ibu tunggal bagi membolehkan mereka menjana pendapatan sendiri sekaligus
meningkatkan kualiti hidup(JPW, 2011). Azman Mamat (2011) menyatakan sejak mula
ditubuhkan pada 2008 sehingga 2010, seramai 960 orang ibu tunggal telah menyertai
program ini. Program yang dianjurkan ini bukan sahaja diberikan secara percuma malah
turut menyediakan elaun bantuan sara diri sepanjang tempoh mengikuti latihan tersebut
(Utusan 7 Oktober, 2011).
6
Selain itu, pencapaiannya telah dapat dilihat pada tahun 2009 dimana sebanyak
85 orang ibu tunggal telah berjaya membuka perniagaan sendiri sekaligus dapat
meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup mereka (JPW, 2011). Ini menunjukkan
program yang dianjurkan oleh JPW memberikan impak serta kesan yang sangat positif
kepada ibu tunggal dalam meningkat kualiti hidup serta dalam usaha meningkatkan taraf
sosioekonomi mereka.Walaubagaimanapun, pencapaian yang diperolehi adalah
pencapaian yang melibatkan pelaksanaan program I-KIT di seluruh Negara.Oleh yang
demikian, penyelidik merasakan perlu untuk melihat keberkesanan pelaksanaan program
ini bagi setiap negeri untuk membuktikan pencapaian tersebut.Maka program I-KIT di
negeri Johor menjadi pilihan penyelidik untuk melihat keberkesanannya.
Selain itu, penyelidikan berkenaan keberkesanan pelaksanaan program latihan
kemahiran ini juga adalah dirasakan perlu bagi membantu pihak-pihak yang
berkenaanuntuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan program yang sedia ada.Oleh
yang demikian, penyelidikan ini merupakan satu aktiviti berhubung dengan usaha
memperolehi dan menganalisis maklumat untuk mengenalpasti dan meyelesaikan
masalah yang timbul serta dapat membantu pihak tertentu demi untuk kebaikan bersama
kearah kemajuan dan kemakmuran Negara.
1.3 Penyataan Masalah
Penyelidikan ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan pelaksanaan
program latihan kemahiran (I-KIT) terhadap ibu tunggal di JPW Negeri Johor
berdasarkan model Kirckpatrick. Keberkesanan program ini dilihat daripada empat
aspek utama iaitu aspek reaksi, aspek pembelajaran, aspek tingkah laku serta aspek hasil.
7
1.4 Objektif Kajian
Berdasarkan kepada penyataan masalah diatas, di sini dinyatakan objektif yang
ingin dicapai oleh penyelidik dimana objektif tersebut adalah:
i. Mengenalpasti keberkesanan program dari aspek reaksi iaitu kepuasan ibu
tunggal terhadap latihan kemahiran yang diikuti
ii. Mengenalpasti keberkesanan program dari aspek pembelajaran iaitu perolehan
pengetahuan dan peningkatan kemahiran selepas tamat latihan
iii. Mengenalpasti keberkesanan program dari aspek tingkah laku iaitu perubahan
tingkah laku selepas tamat latihan
iv. Mengenalpasti keberkesanan program dari aspek hasil iaitu manfaat yang
diperolehi selepas tamat latihan
8
1.5 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa persoalan bagi menentukan
objektif kajian tercapai iaitu:
i. Apakah ibu tunggal berpuas hati dengan latihan kemahiran yang mereka ikuti?
ii. Apakah terdapatnya perolehan pengetahuan serta peningkatan kemahiran
terhadap ibu tunggal setelah tamat latihan?
iii. Apakah terdapatnya perubahan tingkah laku kepada ibu tunggal setelah tamat
latihan?
iv. Apakah manfaat yang diperolehi oleh ibu tunggal setelah tamat mengikuti
latihan?