borang pengesahan status tesis€¦ · (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau sulit...
TRANSCRIPT
PSZ 19 : 16(Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦JUDUL : PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU
DISIPLIN DALAM MELAKSANAKAN TUGAS DI SEKOLAH MENENGAH
SESI PENGAJIAN : 2010 / 2011 (01)
Saya LIM SEO PENG (HURUF BESAR)mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti
Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( √ )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
TERHAD oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHADDisahkan oleh
`
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :NO. 43, Jalan Sultanah RogayahTaman Iskandar DR MOHD ANUAR ABDUL RAHMAN80050 Johor Bahru NAMA PENYELIAJohor
Tarikh : 13 DISEMBER 2010 Tarikh :
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
ii
PENGESAHAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan & Pentadbiran)”.
Tandatangan : __________________________________
Nama Penyelia : DR. MOHD ANUAR ABDUL RAHMAN
Tarikh : 13 DISEMBER 2010
iii
PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU-GURU DISIPLIN DALAM MELAKSANAKAN TUGAS DI SEKOLAH
MENENGAH
LIM SEO PENG
Disertasi ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan & Pentadbiran)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
DISEMBER 2010
iv
PENGAKUAN PENGKAJI
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah dijelaskan sumbernya”
Tandatangan : ___________________ Nama Pengkaji : LIM SEO PENG Tarikh : 13 DISEMBER 2010
v
DEDIKASI
Khusus Untuk Isteriku Tersayang,
Tan Foo Geet
……………. Pengorbanan dan Galakkanmu Amat Dihargai
Khas Untuk Anak-Anakku Yang Dikasihi,
Lim Wen Jun Lim Wen Han
Lim Wen Hong Lim Wen Qing Lim Wen Hui
……………… Yang Sentiasa Menjadi Sumber Inspirasi
Buat Arwah Ayahanda
……………. Ajaran dan Didikanmu Sentiasa Diingati
Buat Bonda Yang Tersayang
……….. Doa dan Sokongan Menjadi Penguat Diri
Untuk Dr. Mohd Anuar bin Abdul Rahman
…. ..Tunjuk Ajar dan Tutur Bicaramu Akan Sentiasa Tersemat Di Hati
vi
PENGHARGAAN
Bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa atas segala kurniaNya maka
dapatlah saya menyempurnakan kajian pendidikan ini bagi memenuhi syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan & Pentadbiran). Kajian ini
tidak akan terhasil tanpa bantuan, sokongan dan galakan daripada beberapa pihak.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Mohd. Anuar
Abdul Rahman, selaku penyelia kajian atas nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar secara
berterusan kepada saya sehingga kajian penyelidikan ini dapat diselesaikan dalam
tempoh yang ditetapkan.
Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada para pensyarah dan staf
Fakulti Pendidikan, rakan-rakan sekuliah, rakan seperjuangan serta individu yang
telah memberi kerjasama dan sokongan sepanjang pengajian saya. tidak lupa juga
saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengetua SMK Permas Jaya,
Pengetua SMK Permas Jaya 2 dan Pengetua SMK Permas Jaya 3, Di daerah Pasir
Gudang yang telah sudi membenarkan saya menjalankan kajian ke atas guru-guru di
sekolah tersebut, dan tempat saya bertugas kerana banyak memberi ruang dan
peluang untuk saya mengikuti pengajian ini.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang
tidak terhingga kepada isteri dan anak-anak serta keluarga yang sentiasa memberikan
sokongan, dorongan dan doa restu kepada saya selama ini. Kerjasama dan jasa baik
kalian tidak mungkin dapat saya lupakan. Semoga Tuhan merahmati segala bentuk
sumbangan kalian yang tidak ternilai ini.
vii
ABSTRAK
Peranan dan tanggungjawab sebagai seorang guru adalah sebagai pendidik.
Dalam usaha mendidik, guru sering mengalami tekanan dan pelbagai halangan.
Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan sikap
guru disiplin dalam melaksanakan tugas sebagai guru disiplin di sekolah menengah.
Hasil kajian rintis terhadap sepuluh orang guru yang tidak diambil kira sebagai
responden telah diuji kebolehpercayaan dan keesahan dengan nilai alpha bagi
pengetahuan iaitu 0.76, kemahiran 0.89 dan sikap 0.79. Setelah itu, seramai 280
orang guru daripada tiga buah sekolah di sekitar Permas Jaya, Johor Bahru dipilih
menjadi sampel kajian. Soal selidik telah digunakan sebagai alat kajian. Soal selidik
ini dibahagikan kepada empat bahagian, bahagian A adalah mengenai maklumat
responden, dan bahagian B pula adalah untuk mengkaji tahap pengetahuan guru
disiplin, dan bahagian C adalah untuk mengkaji tahap kemahiran guru serta bahagian
D pula mengkaji sikap guru disiplin dalam melaksanakan tugas sebagai guru disiplin
di sekolah menengah. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru
disiplin merupakan aset yang paling penting dan berada pada sederhana dan
kemahiran guru disiplin pula merupakan yang terendah dan berada pada tahap yang
sederhana. Hasil kajian juga mendapati bahawa tiada perbezaan signifikan antara
jantina terhadap tahap pengetahuan dan tahap kemahiran guru disiplin dalam
melaksanakan tugas sebagai guru disiplin tetapi ada perbezaan yang signifikan antara
jantina bagi sikap guru disiplin melalui ujian-t. Di akhir kajian, pengkaji telah
mencadangkan pihak yang bertanggungjawab seperti Pusat Latihan Guru harus
merancang program-program yang sesuai bagi membantu guru-guru dalam
melaksanakan tugas sebagai guru disiplin di sekolah menengah.
viii
ABSTRACT
School teachers play the role and hold responsibility of an educator.
However, teachers are facing a lot of pressure and obstacles while educating others.
This research aims to study the level of knowledge, level of skill posses by a
discipline teacher and the attitude they adopt during the course of their duty. A pilot
project is conducted on 10 school teachers who are not respondent of this research
and the alpha crombach is 0.76 for level of knowledge, 0.89 for level of skill and
0.79 for attitude. Subsequently, questionnaires are sent to 280 teachers from three
secondary schools in the area of Permas Jaya, Johor Bahru. Respondents are
required to complete the questionnaire in 4 sections. Section A collects the personal
data of the respondent. Section B finds out the level of knowledge possess by the
discipline teacher while section C looks into the level of skill and section D examines
the attitude of the discipline teachers. The finding shows that the level of knowledge
in the aspect of discipline is at the medium level. The level of skill possess by the
teachers is also at the medium level. The result of the research shows no significant
difference between male and female teachers in the level of knowledge and skill
when they carry out their duties as discipline teachers. On the contrary, the t-test
shows a significant difference between male and female teachers in term of attitude.
Overall, there is room for improvement in the level of knowledge and skill for the
discipline teachers. It is suggested that the relevant authorities such as Teacher
Training Centre should plan and develop more suitable programmes to assist teachers
in order to become a more efficient and effective discipline teacher in secondary
school.
ix
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURTA
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT vii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL x
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Penyataan Masalah 8
1.4 Objektif kajian 12
1.5 Persoalan Kajian 12
1.6 Kepentingan Kajian 13
1.7 Skop Dan Batasan kajian 14
1.8 Difinasi Istilah Dan Operasional 14
1.8.1 Guru 14
1.8.2 Kemahiran 15
x
1.9 Rumusan 15
2 SOROTAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 16
2.2 Teori-Teori Pengurusan Disiplin 17
2.3 Jenis-Jenis Masalah Disiplin Sekolah Menengah 21
2.4 Pengurusan Disiplin Sekolah Menengah 22
2.5 Rumusan 34
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 36
3.2 Reka Bentuk Kajian 37
3.3 Populasi Dan Persempelan 38
3.4 kajian Rintis 38
3.4.1 Keputusan Ujian Kebolehpercayaan 39
3.5 Instrumen Kajian 41
3.6 Prosedur Kajian 42
3.7 Analisa Data 43
3.8 Rumusan 44
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 45
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 45
4.3 Dapatan Persoalan Kajian 48
4.3.1 Tahap Pengetahuan Guru Disiplin 48
4.3.2 Tahap Kemahiran Guru Disiplin 51
4.3.3 Sikap Guru Disiplin 53
4.3.4 Persoalan Kajian 55
4.3.5 Persoalan Kajian 56
4.3.6 Persoalan Kajian 57
4.4 Rumusan 58
xi
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Rumusan Kajian 59
5.3 Perbincangan Dan Kesimpulan 60
5.3.1 Pengetahuan Guru Disiplin Terhadap
Tugasnya 60
5.3.2 Kemahiran Guru Disiplin Terhadap
Tugasnya 61
5.3.3 Sikap Guru Disiplin Terhadap Tugasnya 62
5.4 Pengetahuan, Kemahiran Dan Sikap Guru Disiplin
Dalam Melaksanakan Tugas Di Sekolah Menengah
Berdasrkan Jantina 63
5.5 Implikasi Dan Cadangan 64
5.5.1 Pusat Latihan Guru 65
5.5.2 Pengurusan Sekolah 65
5.5.3 Ibu Bapa 66
5.6 Cadngan Kajian Lanjutan 67
5.7 Penutup 68
RUJUKAN 69
LAMPIRAN 77
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Analisis Kebolehpercayaan Item 39
3.2 Jadual Skala Lima Mata 40
3.3 Pengkelasan Tahap Markat Skor Min 44
4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Respoden
Mengikut Jantina 46
4.2 Taburan kekerapan Dan Peratusan Respoden
Mengikut Umur 46
4.3 Taburan kekerapan Dan Peratusan Respoden
Mengikut kaum 47
4.4 Taburan kekerapan Dan Peratusan Respoden
Mengikut Status Perkahwinan 47
4.5 Taburan kekerapan Dan Peratusan Respoden
Mengikut Pengalaman Mengajar 48
4.6 Analisis Min Pengetahuan Guru Disiplin
Melaksanakan Tugas Di Sekolah 50
4.7 Analisis Min Kemahiran Guru Disiplin
Melaksanakan Tugas Di Sekolah 51
4.8 Analisis Min Sikap Guru Disiplin Dalam
Melaksanakan Tugas Di Sekolah 53
4.9 Analisis Ujian-t Perbandingan Tahap Pengetahuan
Guru Disiplin Dalam Melaksanakan Tugas Di Sekolah
Dari Segi Jantina 55
xiii
4.10 Analisis Ujian-t Perbandingan Tahap Kemahiran
Guru Disiplin Dari segi Jantina 56
4.11 Analisis Ujian-t Perbandingan Sikap Guru Disiplin
Dari Segi Jantina 57
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Profesion perguruan adalah profesion yang kompleks dan tugasan guru sangat
luas berbanding pekerjaan yang lain (Logan & Logan, 1974). Guru
bertanggungjawab sebagai pengasuh, kaunselor, pengadil, polis, hakim, pelakon,
kerani, jururawat, pensyarah, penulis, setia-usaha, pekerja sosial dan lain-lain.
Tugasan itu dilakukan secara langsung dan tidak langsung di sekolah. Guru-guru
perlu menitikberatkan aspek-aspek pengetahuan, tingkah laku, tanggungjawab dan
kecekapan guru.
Guru perlu berkebolehan menilai kebolehan dan perkembangan pelajar.
Dalam hal ini, guru perlu berupaya menentukan kaedah-kaedah serta strategi-strategi
yang berkesan bagi memandu pelajar-pelajar yang berbeza daripada segi kebolehan
dan minat. Tugas utama seseorang guru adalah memahami peranannya dalam proses
pengajaran serta mempunyai banyak pengetahuan. Guru perlu mempunyai banyak
pengetahuan terutama daripada segi latar belakang pelajar serta berkenaan pelajaran
yang akan diajar (Logan & Logan, 1974).
2
Menurut Ibit (2001), guru perlu ada kemahiran mengetahui jenis kesalahan
yang dilakukan oleh pelajar, barulah kaedah-kaedah penyelesaian dipilih mengikut
kesesuaian jenis kesalahan yang dilakukan. S. Sigamaoney (1984), menyatakan
bahawa soal mengurus disiplin bukanlah tugas Guru Besar, Penolong Kanan,
Penyelia Petang dan Guru Disiplin. Walaupun mereka adalah : ‘Guardian of
Discipline’ di sekolah, peranan guru-guru dalam disiplin adalah lebih penting
daripada pihak pentadbiran kerana merekalah yang akan berada di kelas dan di
padang permainan dalam kadar masa yang panjang dengan pelajar-pelajar.
Perhubungan serta kemahiran interaksi guru dengan pelajar adalah secara terus
menerus. Tugas memelihara disiplin sekolah adalah tugas utama semua guru di
sesebuah sekolah dan bukan tugas utama pihak pentadbiran dan guru disiplin sahaja.
Kemahiran mengurus disiplin yang berkesan dan cekap membolehkan proses
pengajaran dijalankan secara licin dan teratur. Suasana pengajaran dan pembelajaran
menjadi tenang dan pelajar memahami kandungan pengajaran dengan lebih
sempurna. Selain itu, jika pelajar mengikuti peraturan-peraturan yang ditetapkan
oleh sekolah, keselamatan mereka akan terjamin. Melalui kemahiran mengurus
disiplin yang baik, nilai moral pelajar dapat dibentuk dan dipupuk ke tahap yang
memuaskan dan suasana bilik darjah menjadi lebih kondusif untuk proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan lancar (Mohd. Ismail Othman, 2004). Menurut
Abd. Rahim Abdul Rashid (1999), seorang guru perlu mempunyai latihan dan
pengetahuan, khususnya dalam bidang yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran. Pengetahuan guru dari perspektif pengajaran dan pembelajaran akan
membolehkan seseorang guru memainkan peranannya dengan lebih efektif dan
mampu menangani pelbagai masalah yang dihadapi.
Disiplin merupakan salah satu aspek yang penting dalam kehidupan harian
manusia. Disiplin memainkan peranan yang amat penting dalam usaha membendung
seseorang individu selari dengan kehendak masyarakat, persatuan-persatuan dan
undang-undang negara. Dalam konteks institusi persekolahan, apabila menyebut
disiplin, kita perlu memahami dan mendalami apakah sebenarnya yang dimaksudkan
‘disiplin’. Menurut Kamus Dewan (1996), disiplin adalah peraturan secara langsung
bagi mengawal tingkah laku murid-murid melalui hukuman atau ganjaran.
3
Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pendidikan (1997) ada
dijelaskan, disiplin itu bermakna
a. Kesanggupan seseorang itu bekerja ataupun membuat sesuatu dengan cukup
tertib.
b. Kesanggupan menghormati hak individu lain
c. Kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu
kepentingan orang lain.
d. Kesanggupan menghormati antara satu dengan lain dan mempunyai semangat
tolong-menolong.
e. Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang
membina
serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.
Disiplin adalah salah satu komponen penting dalam sistem pendidikan yang
berkait rapat berkenaan tatatertib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan. Mok
(1989), menegaskan dua objektif utama kewujudan disiplin di sekolah adalah :
a. Memastikan keselamatan dan kesejahteraan staf dan murid, dan
b. Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran.
Apabila membincangkan soal disiplin, ianya berkait rapat dengan
permasalahan dalam sistem pendidikan, terutama yang melibatkan disiplin pelajar.
Permasalahan disiplin pelajar sekolah telah banyak diperkatakan oleh banyak pihak,
ini termasuklah para pendidik, ibu bapa, dan pemimpin dalam negara ini. Akibat
ketiadaan disiplin kendiri (disiplin intrin) dan pengamalan disiplin asas di
masyarakat dan negara umumnya, ia boleh menyebabkan penyelewengan tingkah
laku, ketidakharmonian dalam kehidupan harian. Menurut Mohd Nazri (2002),
disiplin akan menjadikan seseorang pelajar itu menjadi manusia yang dapat
memimpin diri sendiri dalam kehidupan di masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap
individu adalah penting dalam usaha untuk mewujudkan satu masyarakat yang
harmonis, bertatasusila, adil dan progresif. Kemerosotan tahap disiplin yang berlaku
di kalangan pelajar baik di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah amatlah
4
membimbangkan dan akan menjadi kritikal sekiranya tidak dibendung pada
peringkat awal lagi.
Pelajar sekolah menengah lazimnya terdiri daripada golongan remaja adalah
kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Mereka adalah
aset kejayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik,
ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini pada masa akan datang. Namun
demikian masalah disiplin yang melanda kalangan pelajar dewasa ini merupakan satu
ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka
masa panjang. Tajuk-tajuk berita mengenai masalah disiplin yang terpampang di
dada akhbar-akhbar tempatan pada masa kini membayangkan kemerosotan disiplin
pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini memang amat serius
sehingga mencapai tahap yang membimbangkan. Akhir-akhir ini kita dikejutkan
dengan beberapa insiden keganasan para pelajar sekolah yang kian meningkat, yang
terbaru pelajar-pelajar membakar dewan peperiksaan sebelum peperiksaan PMR
bermula, dan seorang guru wanita telah ditampar oleh pelajar lelaki di dalam bilik
darjah.
Masalah disiplin yang semakin menjadi-jadi ini lambat laun akan membawa
kepada masalah yang besar kepada masyarakat secara khusus dan kepada negara
secara umumnya. Secara tidak langsung ini akan dijadikan ukuran di dalam menilai
sejauh manakah keberkesanan sistem pendidikan dan matlamat Falsafah Pendidikan
Negara (FPN) yang dijangka menghasilkan insan yang unggul, sahsiah yang
seimbang dan mempunyai sifat-sifat yang mulia.
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Sejak akhir-akhir ini peranan sekolah terutamanya sekolah menengah bukan
lagi semudah yang difikirkan. Institusi ini sedang mengawasi satu masalah yang
sangat serius iaitu masalah disiplin. Masalah disiplin ini mengakibatkan sekolah
tidak dapat menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan iaitu proses
pendidikan. Pendidikan adalah satu proses yang berterusan kerana sejak dilahirkan
ke dunia hinggalah kita kembali padaNya semula proses pendidikan berterusan dan
sentiasa diperlukan bila-bila masa . Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan
pelajar-pelajar yang berakhlak mulia dan berdisiplin (Sufzan,1996).
Masalah disiplin pelajar kadang kala boleh memberi implikasi yang sangat
serius. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat masalah disiplin pelajar telah
menyebabkan berlakunya keganasan seperti penggunaan senjata seperti senjata api
untuk mencederakan orang lain (Benbenishty & Astor, 2005). Di negara kita,
perkara sedemikian akan berlaku sekiranya sesuatu tingkah laku tidak berdisiplin
ataupun tingkah laku bermasalah dilakukan oleh seseorang pelajar secara
berulangkali walaupun telah dinasihati, dikaunseling dan diberi amaran, pelajar
terlibat dianggap sebagai pelajar yang menghadapi masalah disiplin tegar (Khalim,
2004).
Tingkah laku bermasalah sama ada tegar ataupun tidak dapat diterangkan
berdasarkan pelbagai teori. Salah satu daripadanya ialah Teori Pembelajaran Sosial
(Bandura, 1977). Teori ini menerangkan pembentukan tingkah laku adalah
berdasarkan model-model yang berada dihadapan kita. Sekiranya model tersebut
adalah yang menonjolkan contoh teladan yang baik, maka kita juga akan terikut
dengan tingkah laku tersebut. Pembelajaran tingkah laku tersebut berdasarkan
peniruan dan penghayatan tingkah laku yang dipertontonkan. Teori ini
menggambarkan manusia adalah pasif dan hanya menerima sahaja pengaruh dari
luar.
6
Sementara itu, hasil kajian Fogarty (1991), Gavelek (2000), serta Charbonneau
dan Reider (1995) mengungkapkan bahawa munculnya pemikiran tentang
pendekatan integratif dipetik oleh sejumlah persoalan pendidikan yang perlu segera
diatasi.
a. Kegiatan pendidikan harus bersifat otentik, iaitu berkait dengan tugas-tugas
dalam kehidupan nyata, bukan semata-mata untuk kegiatan persekolahan.
b. Kegiatan pendidikan harus bermakna iaitu pengetahuan atau informasi yang
dipelajari pelajar disajikan dalam sebuah konteks, tidak isolatif.
c. Pemecahan persoalan kehidupan nyata hanya dapat dilakukan dengan baik
melalui penguasaan pengetahuan yang komprehensif dan kekuatan disiplin.
d. Kegiatan pendidikan harus efisyen dengan menawarkan daya skop kurikulum
yang lebih luas.
e. Layanan pendidikan diperuntukkan bagi kepentingan pelajar. Oleh kerana itu,
penyediaan kegiatan pendidikan harus berorientasi pada keperluan pelajar.
Pelajar yang berdisiplin akan tahu tanggungjawab mereka terhadap diri,
keluarga, masyarakat, institusi-institusi dan negara. Sekolah merupakan institusi
yang sangat penting bagi seorang individu mendapatkan pendidikan dan
memperbanyak keperibadian yang dimuliakan oleh masyarakat pada masa kini.
Masalah pelanggaran disiplin telah menjadi satu isu yang sangat hangat diperkatakan
sepanjang tahun. Peningkatan kes-kes melibatkan murid sudah sampai ke peringkat
membimbangkan kerana sekolah merupakan institusi sosial yang penting nampaknya
gagal memainkan peranannya. .Pelanggaran disiplin bukanlah satu perkara baru di
negara ini. Untuk mengurangkan kejadian ini, pelbagai perayuan perlu dikenakan
oleh pihak-pihak yang terlibat demi memperbanyak generasi yang berdisiplin.
Di negara kita surat khabar sering menyiarkan kes pelanggaran disiplin
sekolah. Pelajar sekolah yang berusia 16-18 tahun merupakan majoriti yang terlibat
dengan kes jenayah. ( Juvana), kekerasan dan merosakkan harta benda (vandalisme).
Sepanjang 3 tahun lalu sebanyak 6876 daripada 11041 kes yang dilaporkan
melibatkan remaja yang berumur 16, 17, dan 18 tahun (Utusan Malaysia 29
Disember 1995). Mengikut Berita Harian, 12 Julai 2001, melaporkan dalam tempoh
7
10 tahun antara 1989-1998 kadar jenayah membabitkan remaja lelaki dan pelajar
meningkat sebanyak 35% dan 25% bagi remaja perempuan. Pena dengan kerjasama
polis telah mengenal pasti palajar di 56 sekolah menegah di seluruh negara terdedah
kepada kegiatan samseng. Sin Chew Daily, 31 January 2004 pula melaporkan 7
orang pelajar cina (perempuan) ponteng sekolah secara kumpulan berlaku di Port
Dickson. 7 pelajar cina memakai pakaian seragam didapati berada di sebuah kedai
makanan pada pukul 10 pagi (waktu sekolah). 7 pelajar cina tersebut merokok,
bercakap kasar dan minum minuman yang bercampur pil tanpa menghiraukan orang
lain.
Keadaan ini semakin jelas dengan adanya beriya-iya yang terpampang di
dalam akhbar tempatan. Laporan membakar blok cetak di sekolah Kulai Besar, dua
orang pelajar terlibat, dicetak oleh Berita Minggu 4 Jun 1991. Berita Harian 6 Jun
1999 memaparkan berita tentang tindakan pelajar membakar bilik darjah dan
merosakkan harta benda sekolah menunjukkan remaja sekarang tiada lagi tatasusila
dan menampakkan unsur-unsur keganasan. Menurut Yang Berhormat Pn Halimah
Mohamad Sadigus,Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan
Masyarakat Negeri Johor, dalam laporannya berkenaan gangsterisme di kalangan
pelajar, mengumumkan 459 buah sekolah menengah adalah berisiko, dan terdedah
kepada aktiviti gangsterisme. Kenyataan ini dibuat pada Mac 2000. Anggaran ini
bukan sedikit dan menunjukkan gejala ini berada pada tahap membimbangkan.
Menurut Dewan Siswa (April 1995) satu selidik mengenai disiplin mengenal pasti
70749 orang pelajar terlibat dalam 53 kesalahan dalam tahun 1995. Antara
kesalahan yang dinyatakan ialah 17056 kesalahan tiba lewat di sekolah, 16026
kesalahan ponteng sekolah, 11012 kesalahan berambut panjang, 6757 tidak
menghadiri kelas, 4939 kesalahan merokok, 3519 kesalahan kelakuan tidak sopan,
3224 kesalahan bergaduh, 3219 kesalahan memberontak, 3014 kesalahan menggangu
kelas dan 1914 kesalahan terlibat dalam laku musnah (vandalisme). Mengikut
Timbalan Menteri Pendidikan Fong Chan Onn, kes ponteng sekolah yang dilaporkan
dari Januari-Oktober 1995 adalah sebanayak 38881, iaitu 0.8% daripada jumlah 4.3
juta murid.
8
Walaupun peratus adalah kecil tetapi jumlahnya adalah besar. Pada masa
yang sama kes buli pelajar juga meningkat di kalangan pelajar (Utusan Malaysia, 30
November 1995). Dalam Utusan Malaysia, 25 Ogos 2000) juga melaporkan bahawa
10 orang pelajar ditahan dalam serbuan polis yang disyaki ponteng dan menghidu
gam. Menurut Surinawaty dalam tulisannya dalam Ruang Tumpuan (Umun 1997)
berpendapat bahawa gejala sosial semakin meruncing dan kebanyakannya berpunca
dari masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar sewaktu mereka di sekolah.
Hallena dalam Minda Pelajar, 2001, berpendapat bahawa ibu bapa merupakan
penentu disiplin pelajar dan ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam
membentuk sahsiah anak-anak. Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji
pelaksanaan Dasar Pelajar (1980) memberi tumpuan kepada masalah disiplin
sekolah, masalah masyarakat dan perpaduan negara. Laporan ini juga menyentuh
peranan sekolah dalam memperbanyak perpaduan negara.
Menurut Mohamad Hatta (1987), yang sependapat membincangkan selain ibu
bapa yang merupakan asas utama dan tadak asuhan dalam memberi didikan serta
asaran mengenai norma-norma kehidupan, pihak sekolah merupakan pihak kedua
yang turut memainkan peranan dalam membantu pelajar membentuk identiti diri.
Sekolah merupakan institusi yang sangat penting bagi seorang individu mendapat
pendidikan dan memperbaiki keperibadian yang dimuliakan dalam masyarakat.
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah disiplin pelajar merupakan isu universal yang dihadapi oleh
semua sekolah di dunia (Cotton, 2001). Di Malaysia, masalah disiplin sering
menjadi perhatian media massa dan terus dibincangkan oleh masyarakat seolah-olah
tiada penghujungnya. Pelbagai pandangan telah diutarakan oleh masyarakat tentang
perlunya tindakan tegas diambil terhadap masalah disiplin yang makin merosot
(Khalim, 2004). Betapa seriusnya masalah disiplin di sekolah terbukti apabila 80
peratus masa guru diperuntukan dalam menguruskan disiplin pelajar (Englander,
9
1987). Terdapat juga sarjana dan penyelidik yang beranggapan tingkah laku tidak
berdisiplin dalam kalangan pelajar kerana kegagalan ibu bapa dan guru-guru
menerapkan gaya didikan yang mementingkan nilai dan moral yang mantap
(Bennett, 1994).
Dalam memperkatakan masalah disiplin, adalah perlu difahami definasi itu
sendiri. Disiplin di sekolah adalah peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas
pelajar-pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman
ataupun ganjaran. Definisi disiplin ini memberikan gambaran sekiranya sesuatu
peraturan yang dibuat tidak dipatuhi, maka ia dikatakan melanggar disiplin. Inilah
yang dikatakan masalah disiplin. Kemerosatan disiplin yang berlaku di kalangan
pelajar baik di sekolah rendah, mahupun di sekolah menengah agak membimbangkan
dan akan menjadi kritikal sekiranya tidak dibendung pada peringkat awal lagi. Oleh
itu semua pihak, termasuklah ibubapa, guru dan masyarakat perlu prihatin terhadap
isu ini. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (1988), seseorang guru
mempunyai peranan dan tanggungjawab bukan sahaja mengajar tetapi juga mendidik
iaitu membentuk sikap, nilai dan akhlak pelajar-pelajar melalui pelaksanaan disiplin
yang baik. Oleh yang demekian, adalah wajar guru-guru memainkan peranan
penting dalam menangani masalah disiplin pelajar di sekolah. Laporan Jawatankuasa
Kabinet (1974), mendapati sebelum pelaksanaan Pentadbiran 3/67, peruntukan guru
mula berkurangan sementara bilangan pelajar pula bertambah. Kekurangan guru dan
pertambahan pelajar ini menambahkan masalah disiplin sekolah. Masalah ini boleh
dianggarkan sebagai tingkahlaku lencongan (Box, 1987).
Tingkahlaku lencongan berlaku disebabkan oleh terdapatnya individu atau
kumpulan yang menentang peraturan dan normal masyarakat. Nilai-nilai yang
berbeza menyebabkan ada golongan yang merasai tingkah laku ini boleh diterima
oleh masyarakat. Di negara kita yang terdiri daripada berbilang kaum dan
kebudayaan ini sudah tentu wujud golongan yang menganggap tingkah laku
lencongan itu bolah diterima. Contohnya, arak bagi masyarakat islam adalah tingkah
laku lencongan tetapi bagi masyarakat cina dan india, tingkahlaku ini bukanlan
lencongan. Masalah disiplin pelajar adalah suatu fenomena yang sudah lama wujud.
10
Ia memerlukan tindakan yang bersungguh dan berterusan oleh semua pihak yang
terlibat dalam mengatasi masalah ini. Isu disiplin telah menjadi tajuk perbualan
sejak akhir-akhir ini ekoran beberapa kejadian jenayah pelajar seperti membakar
bilik darjah dan bilik peperiksaan, kes-kes membuli, melawan dan mencederakan
guru serta gangsterisme. Kejadian-kejadian ini seolah-olah selari dengan
perkembangan pesat pembangunan dan perindustrian negara. Dalam satu kes yang
dilaporkan, murid tahun satu cedera parah ditikam di sekolahnya. Dia turut dipukul
dengan kayu dan dibaling dengan batu oleh sekumpulan murid lelaki, dipercayai
rakan sekolahnya kerana enggan memberi mereka wang RM10.00 (Utusan Malaysia,
2000).
Mengikut perangkaan pada tahun 1994, seramai 138,358 pelajar atau 9.82%
daripada 1,408,672 pelajar sekolah menengah di seluruh negara dikenal pasti terlibat
dengan pelbagai salah laku jenayah dan tabiat buruk. Daripada jumlah itu sebanyak
2,578 kes melibatkan tingkah laku jenayah, tingkah laku lucah (384 kes), kekemasan
diri (2,989), tidak pentingkan masa (3,311 kes), tingkah laku tidak jujur (301 kes),
ponteng (5,636 kes) dan lain-lain (22 kes). Mengikut jantina, salah laku itu
melibatkan 13,169 orang murid lelaki dan 6,472 orang murid perempuan. Mengikut
kaum pula ia melibatkan 10,619 orang pelajar Melayu, 528 orang pelajar Cina, 3,615
orang pelajar India dan 123 orang pelajar kaum lain (Utusan melayu, 1994).
Walaupun perangkaan di atas diambil pada tahun 1994, ia jelas menunjukkan
masalah disiplin ini bukanlan perkara yang boleh dipandang ringan. Tiada guna kita
melancarkan slogan masyarakat progresif lagi berdisiplin sedangkan di sekolah dan
di rumah ketara sekali kelonggarannya. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua
pihak merangkumi golongan ibu bapa, guru, masyarakat, pihak media dan kerajaan.
Mengikut Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari
suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi
melahirkan pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah
yang positif dari segi kemudahan sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari
aspek pengangkutan pelajar dan perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin
pembelajaran yang berkesan dan mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.
11
Phillip Van Hooser (1998) mendapati bahawa ada tiga unsur penting dalam
menentukan kejayaan. Tiga unsur ini berkait rapat antara satu sama lain dan ianya
digelar sebagai "Triangle of Success" (yang merangkumi ilmu pengetahuan,
kemahiran dan sikap).
a. Ilmu Pengetahuan: Apakah pengetahuan? Adakah pengetahuan sahaja sudah
cukup? Phillip Van Hooser menyatakan bahawa pengetahuan bukan
dimanifestasikan oleh sijil dan diploma, ia juga bukan satu ukuran yang tepat
berdasarkan angka gred mata purata atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang
itu berada di tempat kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding).
Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh
pengikut-pengikut daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal.
b. Kemahiran: Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya
sangat diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya,
kemahiran sama erti dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu
konsep atau idea kepada sesetengah 'task' merupakan satu kelebihan kepimpinan
yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah
keberanian profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran
mendengar.
c. Sikap: Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan
kehendak (desire). Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yang
tertentu bagi melaksanakan perkara-perkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa
kehendak yang mendorong dan menggerakkan tingkah laku dan perbuatan maka
hasil akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. Didapati juga
individu-individu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki
sikap, kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan
yang mereka hadapi dengan jayanya.
Cabaran guru ialah secara sedar membuang perasaan berpuas hati
(complacency) dan terlalu yakin (overconfidence) sewaktu kita mengembangkan satu
atau lebih unsur-unsur di atas. Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada
12
keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang
diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap orang pelajar, guru, kakitangan
bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak
yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini
tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri. Jelas sekali perubahan tidak terjadi
tanpa penggeraknya atau pun penyebabnya, dan perubahan yang paling berat dan
paling sukar ialah perubahan diri peribadi.
1.4 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah berbentuk:
1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan guru disiplin dalam menangani
masalah disiplin di sekolah menengah.
1.4.2 Mengenalpasti tahap kemahiran guru disiplin dalam menangani
masalah disiplin di sekolah menengah.
1.4.3 Mengenalpasti sikap guru disiplin dalam menangani masalah disiplin
di sekolah menengah.
1.4.4 Mengenalpasti perbezaan pengetahuan guru disiplin berdasarkan
jantina.
1.4.5 Mengenalpasti perbezaan kemahiran guru disiplin berdasarkan
jantina.
1.4.6 Mengenalpasti perbezaan sikap guru disiplin berdasarkan jantina.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini cuba memperoleh jawapan terhadap soalan-soalan berikut:
1.5.1 Apakah tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru disiplin dalam
menangani masalah disiplin di sekolah menengah?
13
1.5.2 Apakah tahap kemahiran guru disiplin dalam menangani masalah disiplin di
sekolah menengah?
1.5.3 Apakah sikap guru disiplin dalam menangani masalah disiplin di sekolah
menengah?
1.5.4 Adakah terdapat perbezaan pengetahuan guru disiplin berdasarkan jantina?
1.5.5 Adakah terdapat perbezaan kemahiran guru disiplin berdasarkan jantina?
1.5.6 Adakah terdapat perbezaan sikap guru disiplin berdasarkan jantina?
1.6 Kepentingan Kajian
Memandangkan disiplin di sekolah adalah suatu peraturan yang telah
ditetapkan bagi mewujudkan suasana yang teratur dan tenteram serta untuk
mewujudkan suasana pembelajaran selesa di sekolah. Kajian ini diharap dapat
mengesan punca-punca yang menjuruskan pelajar kearah keruntuhan disiplin atau
akhlak. Diharap dengan adanya maklumat yang diperolehi dalam kajian ini,
para pendidik dapat mengenal pasti dan menentukan masalah disiplin di kalangan
pelajar tersebut. Melalui maklumat ini diharapkan dapat membantu pihak yang
berkenaan seperti para pendidik, ibu bapa, masyarakat dan pelajar itu sendiri untuk
mencari jalan penyelasaian untuk kearah pencapaian matlamat pendidikan sekolah
iaitu untuk memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang
dan bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.
14
1.7 Skop dan Batasan Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang meninjau pelaksanaan tugas
oleh guru-guru di sekolah menengah di kawasan Permas Jaya secara tinjauan
menggunakan soal selidik. . Sampel dalam kajian ini terdiri daripada guru-guru dari
sekolah menengah kebangsaan di Permas Jaya, dan ini tidak menggambarkan cara
pelaksanaan mengatasi masalah disiplin keseluruhan sekolah di kawasan Permas
Jaya. Dapatan kajian bergantung kepada keikhlasan responden dalam melengkapkan
soalan soal selidik yang menjadi faktor utama mempengaruhi hasik akhir kajian ini.
Dengan itu, hasil dan dapatan serta kesimpulan kajian ini adalah terbatas.