quiz pengguna

Upload: madhiea-omrienaez

Post on 02-Mar-2016

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1. Bagaimanakah pengguna sering ditipu? Penipuan Perkhidmatan Penipuan Harga Cetak Rompak Penipuan Jualan Langsung Produk Tiruan Tanda Harga Yang Mengelirukan Khidmat Bengkel Kenderaan Bermotor Yang Tidak Telus Aktiviti Menyorok Barang Kawalan Penipuan Perjanjian Sewa Beli

2. Masalah apakah yang membolehkan pengguna boleh membuat aduan melalui talian bebas tol dan laman web rasmi KPDNKK?Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.3. Apakah Perkara Yang Perlu Diteliti Oleh Seseorang Pengguna Semasa membeli Sesuatu Barang?

Tempat asal barangan/produk, termasuk nama dan alamat pengilang, pengimport, penjual borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model/stok dan tanda perniagaan. Tarikh produk dikilangkan dan tarikh luput Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang. Penerangan umum tentang produk termasuk kandungan, kapasiti, panduan penggunaan dan batasannya Penerangan khusus tentang kandungan produk seperti senarai, nisbah dan khasiat bahan-bahan. Kualiti atau keupayaan produk misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya. (contoh: SIRIM, Suruhanjaya Tenaga). Terma-terma khusus mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa. Maklumat khusus seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan pengguna tertentu (contoh: kanak-kanak).

4. Tanggungjawab sebagai pengguna terdiri daripada

a. tanggungjawab terhadap diri sendiri - membuat belanjawan diri, beli scr rasional, b. tanggungjawab terhadap masyarakat - menyebarkan pedndidikan kepenggunaan kepada masyarakatc. tanggungjawab terhadap alam sekitar -

"Azib telah bercadang untuk membeli pendrive di sebuah kedai komputer berdekatan dengan tempat tinggalnya."

Apabila tiba di kedai tersebut.......Azib seperti dipaksa untuk membeli pendrive tersebut apabila semua soalan yang ditanya oleh Azib tidak dijawab malah yang diberitahu oleh penjual tersebut hanyalah tentang kebaikan pendrive tersebut.5. Situasi ini menunjukkan?Azib tidak dapat membuat pilihan dengan baik dan mendapat maklumat yang mencukupi.

Selepas menggunakannya selama beberapa hari, pendrive tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik seperti yang dinyatakan oleh penjual di kedai tersebut.6. Situasi ini menunjukkan? Azib telahpun ditipu oleh penjual tersebut.

Pendrive tersebut juga cepat panas walapun baru digunakan selama beberapa minit.7. Situasi ini menunjukkan? Produk yang dijual tidak selamat digunakan.

Tanpa membuang masa, Azib terus bergegas ke kedai tersebut untuk menukar Pendrive nya yang rosak itu kepada yang baru.Azib berasa amat kecewa apabila penjual tersebut tidak mahu melakukan demikian dan hanya akan melakukannya sekiranya Azib membayar wang tambahan.8. Situasi ini menunjukkan? Azib tidak mendapat ganti rugi yang sepatutnya.

9. Apakah kesemua situasi yang dihadapi oleh Azib?- tidak dapat membuat pilihan dengan baik- tidak diberi maklumat yang mencukupi- ditipu oleh penjual- produk yang dijual tidak selamat- tidak mendapat ganti rugi yang sepatutnya10. Bagaimana seseorang pengguna boleh memfailkan tuntutan di Tribunal?Tuntutan boleh difailkan dengan mengisi borang tuntutan yang dikenali sebagai Borang 1. Borang 1 boleh didapati secara percuma dari semua cawangan Tribunal dan juga boleh di muat turun dari portal eTribunal. Fi pemfailan Borang 1 adalah sebanyak RM5.00.11. Apakah fungsi-fungsi TTPM?TTPM adalah satu badan bebas ditubuhkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) (Kemudian dari ini dirujuk sebagai 'Akta') dengan fungsi utama untuk mendengar dan memutuskan tuntutan yang difailkan oleh pengguna di bawah Akta.1. Objektif utama Tribunal adalah untuk menyediakan satu saluran alternatif kepada pengguna untuk menuntut gantirugi dan pampasan dengan cara mudah, murah dan cepat.2. Dengan penubuhan Tribunal, pengguna boleh menuntut gantirugi dan pampasan terhadap peniaga dan pembekal yang tdak bertanggungjawab/tidak beretika.12. Bilakah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) ditubuhkan?Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia ditubuhkan di bawah seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999.