litar pengguna
DESCRIPTION
PENERANGAN LITAR PENGGUNATRANSCRIPT
Pemasangan Fasa Tunggal ( Litar Pengguna )
Definasi
Litar pengguna ialah litar yang dimiliki oleh pengguna atau pelanggan yang mana
sebarang kerosakkan litar / alat itu perlu dibaiki oleh pengguna itu atas
tanggungannya sendiri.
Keperluan Kawalan Pengguna
Pada amnya, bahaya elektrik boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
(a). Bahaya Arus Lebih - Boleh menyebabkan kerosakkan alat, kabel
dan kebakaran.
(b). Bahaya Arus Bocor ke Bumi - Boleh menyebabkan kejutan dan
kebakaran.
(c ).Bahaya Kejutan elektrik – Boleh menyebabkan kejutan dan maut
( semasa membaiki, menyelenggara atau
membuat tambahan litar).
Bagi mengatasai bahaya-bahaya tersebut, setiap pemasangan pengguna
mestilah mengadakan kawalan yang mencukupi dan mudah dicapai oleh
pengguna bagi tujuan:
1. Pengasingan dan pemencilan.
2. Perlindungan kebocoran arus ke bumi.
3. Perlindungan arus lebih.
1. Pemencilan dan penyuisan.
- Pemencilan ialah pemotong litar atau pemasangan dan kelengkapan
elektrik dari bekalan elektrik.
- Ia merupakan suis berangkai (suis utama) atau pemutus litar
berangkai.
- Tugas utamanya ialah untuk mengasingkan litar yang rosak atau yang
hendak dibaiki dengan litar yang elok bagi tujuan keselamatan.
- Pemencil mestilah dipasang disetiap permulaan pemasangan bagi
memastikan kesemua bekalan di pemasangan itu dapat diputuskan
apabila berlakunya bahaya.
2. Perlindung arus bocor ke bumi.
- Arus bocor ke bumi amat bahaya dan boleh menyebabkan kejutan elektrik
jika tersentuh.
- Peranti yang digunakan untuk mengelakkan bahaya ini ialah - Pemutus
itar bocor ke bumi (PLBB).
- Peranti tersebut akan memutuskan bekalan elektrik ke pemasangan
secara automatik apabila berlakunya arus bocor ke bumi.
3. Perlindung Arus Lebih.
- Arus lebih mungkin berlaku akibat Litar pintas atau pertambahan
beban berlebihan.
- Arus lebih boleh menyebabkan kerosakkan alat dan penebatan kabel
( panas ).
- Peranti yang digunakan untuk melindungi arus lebih ialah – Fius
( akan melebur apabila arus berlebihan mengalir melaluinya ) atau
Pemutus Litar ( putuskan litar secara automatik jika arus lebih
mengalir melaluinya ).
Aksesori Kawalan Pembekal
Aksesori kawalan pembekal adalah termasuk di dalam litar jujukan utama. Ianya
bermula dari fius perkhidmatan perangkai neutral dan meter kwj. Aksesori ini
adalah hak milik pembekal tenaga elektrik (TNB). Pengguna tidak boleh
melakukan sebarang, percubaan, tentukan dan penyambungan luar. Saiz kabel
dan kadaran aksesori tersebut ditentukan oleh pikah pembekal.
Aksesori Kawalan Pengguna
Ianya bermula selepas meter KWj dan terus ke aksesori berikut:
Pengasing/pencil – Suis fius atau MCCB/NFB
Pemutus Litar Bocor ke bumi – kendalian arus baki
Kotak Agihan – fius aksesori pemutus litar minature
Aksesori Fungsi Simbol Skema Hak Milik/PeralatanKotak Simpang Menyambung
bekalan elektrik dari talian perkhidmatan ke fius perkhidmatan pengguna
Pembekal Kadaran yang
sesuai Tidak boleh dipinda Tidak boleh
membuat penyambungan
Fius Perkhidmatan dan perangkai neutral
Pengasingan Bekalan
Menghadkan arus
Perlindungan arus lebihan
Pembekal
Meter kWj Merekod jumlah tenaga yang digunakan
Pembekal
Suis Fius(Suis Utama)Suis berangkai
Pengasingan Perlindungan
arus lebihan
Pengguna Kadaran yang betul
Pemutus Litar Arus Baki
Memutuskan litar apabila berlakunya kebocoran arus ke bumi
Pengguna
kWJ
Kotak Agihan Mengasingkan litar utama dengan litar akhir
Pengguna
Rajah : Litar Pendawaian Jujukan Kawalan Pengguna
Peraturan STM/IEE Litar Kawalan Pengguna
Mengikut keperluan IEE/STM setiap litar kawalan/jujukan pengguna mestilah
mengadakan:
Pengasingan dan Perlindungan arus lebihan dan pengasingan mestilah
dipasang pada tempat yang mudah dicapai/dikendalikan
Penasingan mesilah dilakukan dengan memutuskan kedua-dua punca
hidup dan nuetral
kWJNE
Kotak simpang
Fius Perkhidmatan
Perangkai neutral
Suis Utama
PLAB
Elektrod Bumi
Kotak agihan
Litar akhir
Meter Kilowat Jam
NE
Alat perlindungan mestilah berkadaran yang betul dan berfungsi
INFO SPEKFIKASI TEKNIKAL
Suis Utama /SKN Pemutus Litar Arus BakiJenis dwi kutub dan Neutral Kadaran Arus BebanKadaran 30A,60A & 100A 100AJenis Fius 63AHRC 30A,40A,60A,80A & 100A 40A
Fius Perkhidmatan Kadaran KepekaanJenis HRC 0.3 / 300mAKadaran 30A,60A 80A & 100A 0.1 / 100mA 0.03 / 30mA 0.01 / 10mA
PEMUTUS LITAR BOCOR KE BUMI ( KENDALIAN ARUS )
* Pemutus Litar Bocor ke Bumi kendalian arus digunakan bagi
melindungi pengguna dari renjatan elektrik apabila berlaku arus
bocor ke bumi di dalam sistem pemasangan pengguna.
* Ianya digunakan jika rintangan bumi melebihi keperluan perlindungan
menggunakan fius.
* Pemutus litar jenis ini berkendali apabila berlaku ketidak seimbangan
arus diantara pengalir hidup dan neutral.
PLBB Satu Fasa
Ruang kosong
Punat Tekan Uji
Sesentuh
Gelung Kendalian
Teras Teroid
Rintangan Penghad Arus
Gelung Pengesan
Kendalian / operasi
* Dalam operasi PLBB kendalian arus, pengalir hidup dan neutral
bertindak sebagai dua gelong primary dan teras besi sebagai
secondary. Bahagian secondary disambung pada elemen sensitif.
* Dalam keadaan normal arus yang mengalir melalui pengalir hidup
dan neutral adalah seimbang. Medan magnet yang terhasil di
sekeliling pengalir akan menghapuskan diantara satu sama lain.
Tiada arus yang terhasil dalam gelung pengesan.
* Apabila berlaku ketidak seimbangan arus pada pengalir hidup dan
neutral ( disebabkan berlaku kebocoran ) arus akan terhasil pada
gelung pengesan dan menghasilkan daya gerak elektrik.
* Daya gerak elektrik ini pula akan mengalir ke gelung pelantik untuk
memberikan ianya tenaga menarik sesentuh dan memutuskan bekalan.
BEBAN BEBAN
16 A
16A
16A
6A
10a
Peraturan IEE Pemasangan RCCB
Pemasangan PLAB perlulah pada tempat yang mudah dikendalikan
Ianya perlu berkendali pada kadar kepekaan yang ditetapkan
Perlu diuji dengan mengunakan punat tekan uji dari masa ke masa
Pengunaan PLAB adalah mengikut kadar kepekaan
i. 300mA/ 100mA Litar utama atau sub utama
ii. 30mA peralatan elektrik / pemanas air
iii. 10mA tempat hiburan awam