rancangan pengajaran harian

8
Rancangan pengajaran harian Tarikh / hari : 20 Oktober 2014 / Isnin Masa : 8.30 pagi – 9.00 pagi Kelas : Prasekolah Permata. Bilangan murid : 12 orang Modul : Bertema Tema : Hobi Tajuk : Mari berexplorase! Tunjang utama : Sains dan Teknologi (ST) Awal Sains dan Awal Matematik Standart kandungan : (ST 8.1) Memahami operasi tambah dalam lingkungan 10. (ST 13.1) Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara bertanggungjawab dan beretika. Standart pembelajaran : (ST 8.1.6) Menyelesaikan masalah operasi tambah menggunakan objek konkrit (solve number stories). (ST 13.1.5) Bekerjasama dengan kawan dalam bilik darjah semasa menggunakan komputer. Objektif pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid dapat : a) Melakukan operasi tambah menggunakan objek konkrit. b) Melakukan operasi tambah. c) Mengenal komponen yang ada di komputer. Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengenal nombor 1 – 10, dan penah melihat komputer di dalam kelas.

Upload: jennifer-williams

Post on 25-Sep-2015

71 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

contoh rancangan pengajaranharian prasekolah

TRANSCRIPT

Rancangan pengajaran harian

Tarikh / hari: 20 Oktober 2014 / Isnin

Masa: 8.30 pagi 9.00 pagi

Kelas: Prasekolah Permata.

Bilangan murid: 12 orang

Modul: Bertema

Tema: Hobi

Tajuk: Mari berexplorase!

Tunjang utama: Sains dan Teknologi (ST) Awal Sains dan Awal Matematik

Standart kandungan: (ST 8.1) Memahami operasi tambah dalam lingkungan 10.

(ST 13.1) Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara bertanggungjawab dan beretika.

Standart pembelajaran: (ST 8.1.6) Menyelesaikan masalah operasi tambah menggunakan objek konkrit (solve number stories).

(ST 13.1.5) Bekerjasama dengan kawan dalam bilik darjah semasa menggunakan komputer.

Objektif pembelajaran: Di akhir pembelajaran, murid dapat :

a) Melakukan operasi tambah menggunakan objek konkrit.

b) Melakukan operasi tambah.

c) Mengenal komponen yang ada di komputer.

Pengetahuan Sedia Ada: Murid mengenal nombor 1 10, dan penah melihat komputer di dalam kelas.

Alat Bantu Mengajar: Komputer, skrin LCD, speaker.

Bahan Bantu Mengajar: kertas putih, pensil, tin kosong, papan putih, maker pen, batang ais krim, biji getah, balang kosong, gam dan warna.

Langkah / Masa

Isi Pembelajaran

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

Abm / Nilai

Set induksi

(4 minit)

Menyanyi lagu bersama-sama.

Guru memulakan sesi pengajaran dengan nyayian lagu kelip kelip bintang di langit

Kelip kelip bintang di langit, menyinari angkasa

1,2,3,4

5,6,7,8

9,10 bilangannya

Mari kawan kira semula.

Guru memberi penerangan berkaitan pembelajaran hari ini.

Murid menyanyi lagu bersama-sama.

Murid mendengar penerangan yang dilakukan oleh guru.

Laptop, speaker dan LCD.

Nilai bekerjasama dan hormat menghormati.

Langkah 1

(4 minit)

Melakukan operasi tambah menggunakan bahan konkrit.

Guru melakukan operasi tambah seperti biasa tanpa menggunakan bahan konkrit.

Guru memperkenalkan bahan untuk melakukan operasi tambah menggunakan bahan konkrit iaitu tin kosong.

Guru melakukan operasi tambah menggunakan tin kosong.

Guru meminta beberapa orang murid untuk menjawab soalan yang diberikan.

Murid mendengar penerangan daripada guru.

Murid melihat bahan dan cara melakukan operasi tambah menggunakan tin kosong.

Murid menawarkan diri menjawab soalan dan melakukan operasi tambah dengan bantuan guru.

Tin kosong, papan putih, maker pen.

Nilai hormat menghormati, dan berdikari.

Langkah 2

(12 minit)

Melakukan explorase.

Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan.

Guru menerangkan peraturan dalam permainan tersebut.

1. Bagi menentukan kumpulan mana yang akan bergerak dulu. Guru memberi soalan operasi tambah tanpa menggunakan bahan konkrit. Kumpalan yang dapat menjawab akan bergerak dahulu ke stesen yang lain.

2. Terdapat 4 stesen yang perlu dilalui termasuk stesen permulaan.

3. Stesen kedua memerlukan murid menyelesaikan operasi tambah menggunakan tin kosong

4. Stesen ketiga memerlukan murid menyelesaikan operasi tambah dengan menggunakan biji getah .

5. Stesen yang terakhir memerlukan murid menyelesaikan operasi tambah menggunakan batang ais krim. Jawapan diperolehi dengan mencetak menggunakan mesin pencetak (printer) dan komputer dengan bantuan guru.

6. Guru akan membantu kumpulan yang mengira salah untuk mengira semula sehingga betul.

7. Kumpulan yang dapat menyelesaikan tugasan dengan cepat akan dikira menang dan mendapat hadiah daripada guru.

Murid bergerak mengikut kumpulan masing-masing.

Murid mendengar penerangan daripada guru.

Murid memulakan aktiviti dengan bimbingan guru.

Murid menjawab dan melakukan operasi tambah tersebut.

Setelah menyelesaikan operasi tersebut, murid bergerak ke stesen seterusnya.

Murid menyelesaikan operasi tambah menggunakan biji getah. Murid mengisi biji getah kedalam balang kosong yang disediakan.

Murid bergerak ke stesen seterusnya selepas menyelesaikan tugasan tersebut.

Murid menyelesaikan operasi tambah menggunakan batang aiskrim dan berbincang dalam kumpulan jawapan soalan tersebut.

Setelah mengetahui jawapan yang betul murid mencetak jawapan dengan bantuan guru.

Murid menampal jawapan yang dicetak di papan yang disediakan.

Kumpulan yang menang akan mendapat hadiah diakhir pengajaran nanti.

Tin kosong, biji getah, batang ais krim, papan putih, gam, kertas putih, komputer, LCD dan mesin cetak.

Nilai kerjasama, berusaha, berdikari, hormat menghormati dan tidak putus asa.

Langkah 3

(5 minit)

Menyiapkan lambaran kerja

Guru memberikan lambaran kerja kepada murid.

Guru menerangkan arahan lambaran kerja tersebut dan warnakan jawapan yang betul tersebut.

Guru meminta murid menghantar kembali lambaran kerja yang telah disiapkan.

Murid menyiapkan lambaran kerja yang diberi.

Murid menghantar lambaran kerja yang telah disiapkan kepada guru.

Lambaran kerja, kertas putih dan warna.

Nilai bertanggungjawab.

Penutup

(5 minit)

Refleksi

Guru melakukan imbas semula pembelajaran yang telah dipelajari tadi.

Guru menyampaikan hadiah kepada setiap kumpulan yang menang.

Guru memuji kebolehan dan usaha murid untuk menyiapkan tugasan yang diberi.

Guru mengakhiri sesi pembelajaran dengan nyayian lagu kelip-kelip bintang dilangit semula bersama-sama.

Murid mendengar penerangan daripada guru.

Murid menerima hadiah daripada guru.

Murid merasa gembira dan bangga apabila dipuji oleh guru.

Murid menyanyi lagu tersebut bersama-sama.

Nilai bersyukur dan bekerjasama.

Refleksi guru :

Refleksi murid :

Lampiran

Gambar 1 : batang ais krim yang digunakan untuk melakukan operasi tambah.

Gambar 2 : Balang kosong dan biji getah.

Gambar 3 : LCD dan Printer (mesin pencetak).

Gambar 4 : lambaran kerja murid.