refleksi

2
REFLEKSI Dengan izin yang Maha Kuasa akhirnya dapat sekali lagi saya berkongsi pengetahuan dan pengalaman di dalam menghasilkan kerja kursus mata pelajaran BMM 3112 iaitu sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, perkamusan dan terjemahan. Semoga apa yang saya kongsikan ini akan dapat memberi sedikit pengetahuan dan pengalaman yang boleh meningkatkan lagi daya kreativiti semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pada pendapat saya sejarah perkembangan Bahasa Melayu , perkamusan dan terjemahan adalah penting bagi seorang guru kerana BMM 3112 ini akan menyedarkan guru tentang perkembangan Bahasa Melayu sama ada dari segi sejarah, perkamusan dan terjemahan. Melalui BMM 3112 ini kita akan memahami perkembangan bahasa Melayu dari Bahasa Melayu kuno hingga Bahasa Melayu moden. Kita juga akan memahami perkembangan perkamusan dan kepentingan kamus dalam meyelesai masalah Bahasa. Selain itu tidak ketinggalan juga kita akan mengetahui prinsip-prinsip terjemahan. Sejarah mengajar kita erti lebih dewasa kata-kata ini memang sesuai bagi guru Bahasa Melayu. Melalui sejarah perkembangan bahasa Melayu ini, para guru akan lebih berkeyakinan serta lebih berpengetahuan di dalam pengajaran Bahasa Melayu.Apabila saya mendalami ilmu Sejarah perkembangan Bahasa Melayu, perkamusan dan terjemahan berdasarkan modul BMM 3112 serta mendapat bahan dengan merujuk kepada bahan bacaan serta melayari internet untuk menyiapkan tugasan ini, kefahaman saya semakin meningkat , oleh itu pengetahuan yang lebih mendalam ini akan dapat membantu saya untuk mengajar murid-murid dengan lebih baik. Pada pandangan saya guru perlulah memahami Sejarah perkembangan Bahasa Melayu, perkamusan dan terjemahan supaya berkemahiran untuk mengajar Bahasa Melayu lebih mantap dan dapat diaplikasikan kepada murid-murid di sekolah. Dengan hal yang demikian sudah tentulah dapat membantu mereka lebih bermotivasi dan bersemangat untuk belajar dan seterusnya menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas akan lebih berkesan. Apa pun, saya berasa gembira kerana

Upload: chawong-tugang

Post on 13-Nov-2014

239 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

Contoh refleksi Bahasa Melayu IPG

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi

REFLEKSI

Dengan izin yang Maha Kuasa akhirnya dapat sekali lagi saya berkongsi

pengetahuan dan pengalaman di dalam menghasilkan kerja kursus mata pelajaran

BMM 3112 iaitu sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, perkamusan dan terjemahan.

Semoga apa yang saya kongsikan ini akan dapat memberi sedikit pengetahuan dan

pengalaman yang boleh meningkatkan lagi daya kreativiti semasa pengajaran dan

pembelajaran di sekolah.

Pada pendapat saya sejarah perkembangan Bahasa Melayu , perkamusan dan

terjemahan adalah penting bagi seorang guru kerana BMM 3112 ini akan menyedarkan

guru tentang perkembangan Bahasa Melayu sama ada dari segi sejarah, perkamusan

dan terjemahan. Melalui BMM 3112 ini kita akan memahami perkembangan bahasa

Melayu dari Bahasa Melayu kuno hingga Bahasa Melayu moden. Kita juga akan

memahami perkembangan perkamusan dan kepentingan kamus dalam meyelesai

masalah Bahasa. Selain itu tidak ketinggalan juga kita akan mengetahui prinsip-prinsip

terjemahan.

“Sejarah mengajar kita erti lebih dewasa” kata-kata ini memang sesuai bagi guru

Bahasa Melayu. Melalui sejarah perkembangan bahasa Melayu ini, para guru akan

lebih berkeyakinan serta lebih berpengetahuan di dalam pengajaran Bahasa

Melayu.Apabila saya mendalami ilmu Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,

perkamusan dan terjemahan berdasarkan modul BMM 3112 serta mendapat bahan

dengan merujuk kepada bahan bacaan serta melayari internet untuk menyiapkan

tugasan ini, kefahaman saya semakin meningkat , oleh itu pengetahuan yang lebih

mendalam ini akan dapat membantu saya untuk mengajar murid-murid dengan lebih

baik.

Pada pandangan saya guru perlulah memahami Sejarah perkembangan Bahasa

Melayu, perkamusan dan terjemahan supaya berkemahiran untuk mengajar Bahasa

Melayu lebih mantap dan dapat diaplikasikan kepada murid-murid di sekolah. Dengan

hal yang demikian sudah tentulah dapat membantu mereka lebih bermotivasi dan

bersemangat untuk belajar dan seterusnya menjadikan pengajaran dan pembelajaran

Page 2: Refleksi

Bahasa Melayu di dalam kelas akan lebih berkesan. Apa pun, saya berasa gembira

kerana pembelajaran BMM 3112 yang telah dikuliah kepada kami oleh En. Kamarul

Ariffin Bin Din mencapai objektifnya. Semoga apa yang telah saya dan hasilkan kerja

kursus ini menepati tajuk dan kehendak pensyarah.

Apabila saya memikir tentang pengalaman ini, maka saya benar-benar

menginsafi bahawa murid-murid perlu memahami Sejarah perkembangan Bahasa

Melayu, perkamusan dan terjemahan. Justeru dengan itu, pengetahuan baru yang

saya perolehi ini amat berguna dan akan digunakan untuk pengajaran dan

pembelajaran di sekolah kerana sebagai seorang guru yang mengajar Bahasa Melayu

melihat bahawa guru perlu melengkapi ilmu bahasanya serta kreatif dalam

pengajarannya supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Jika kita buat

yang terbaik , murid juga akan dapat yang terbaik.

Sekian, terima kasih.