refleksi

2
REFLEKSI AKHIR Sepanjang tempoh Latihan Mengajar di Sekolah Menengah Teknik Kulim (SMT Kulim), saya telah mendapat seribu kenangan untuk dijadikan pengalaman sebagai bekalan sebelum melangkah ke alam perkejaan sebenar. Selepas tamatnya latihan, banyak pengalaman telah dapat saya kecapi. Walaupun sebahagian daripadanya pahit namun terselit juga di antaranya seribu satu kemanisan. Yang pasti, segala kenangan dan pengalaman di SMT Kulim akan sentiasa tersemat di hati sanubari saya. Banyak pengalaman baru dapat saya rasai. Contohnya ialah semasa kali pertama menghadiri mesyuarat guru dan menjalankan proses P&P. Dalam P&P, saya merasai pengalaman mengajar sebenar yang sudah pasti menjadi ingatan sepanjang hayat. Saya sangat teruja walaupun gementar untuk mengajar kerana subjek yang bakal saya ajar merupakan subjek yang amat saya minati dan merupakan salah satu subjek yang saya kuasai sepanjang tempoh pengajian di UTHM. Namun begitu, tugas untuk menyampaikan ilmu bukanlah sesuatu yg boleh dianggap mudah kerana memerlukan ‘sentuhan’ dalam P&P yang tidak sekadar dipelajari di kelas tetapi memerlukan usaha yg gigih da hati yang tabah. Terutamanya apabila mengajar pelajar dari aliran Vokasional dan apatah lagi pelajar aliran Kemahiran. Saya akui amat sukar bagi saya yang berasal dari sekolah menengah harian, untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan budaya sesebuah sekolah teknik. Dari segi kokurikulum pula, saya merasa sangat bertuah kerana berpeluang melibatkan diri secara aktif. Saya menjadi pembantu Guru Penasihat Persatuan Pengakap Sekolah, dan juga pembantu jurulatih pasukan bola jaring Sekolah. Walaupun agak sibuk kerana terpaksa mengimbangi P&P dan aktiviti kokurikulum, semuanya merupakan pengalaman yang perlu dihadapi oleh seorang pelatih untuk menjadi seorang guru yang disegani. Saya akui bahawa saya juga mempunyai pelbagai kelemahan ketika mengajar, namun kelemahan ini tidak saya anggap sebagai penghalang demi menabur ilmu dan bakti kepada anak2 bangsa. Untuk tujuan ini, saya telah bermuhasabah diri dan tidak memandang negatif kepada kelemahan-kelemahan saya itu. Di antara kelemahan saya adalah pada suara. Suara saya tidak cukup lantang untuk dikongsi bersama didalam kelas yang berkapasiti 30 orang pelajar. Kelemahan-kelemahan lain

Upload: limau-ais

Post on 25-Jun-2015

1.111 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi

REFLEKSI AKHIR

Sepanjang tempoh Latihan Mengajar di Sekolah Menengah Teknik Kulim (SMT Kulim), saya telah mendapat seribu kenangan untuk dijadikan pengalaman sebagai bekalan sebelum melangkah ke alam perkejaan sebenar. Selepas tamatnya latihan, banyak pengalaman telah dapat saya kecapi. Walaupun sebahagian daripadanya pahit namun terselit juga di antaranya seribu satu kemanisan. Yang pasti, segala kenangan dan pengalaman di SMT Kulim akan sentiasa tersemat di hati sanubari saya.

Banyak pengalaman baru dapat saya rasai. Contohnya ialah semasa kali pertama menghadiri mesyuarat guru dan menjalankan proses P&P. Dalam P&P, saya merasai pengalaman mengajar sebenar yang sudah pasti menjadi ingatan sepanjang hayat. Saya sangat teruja walaupun gementar untuk mengajar kerana subjek yang bakal saya ajar merupakan subjek yang amat saya minati dan merupakan salah satu subjek yang saya kuasai sepanjang tempoh pengajian di UTHM. Namun begitu, tugas untuk menyampaikan ilmu bukanlah sesuatu yg boleh dianggap mudah kerana memerlukan ‘sentuhan’ dalam P&P yang tidak sekadar dipelajari di kelas tetapi memerlukan usaha yg gigih da hati yang tabah. Terutamanya apabila mengajar pelajar dari aliran Vokasional dan apatah lagi pelajar aliran Kemahiran. Saya akui amat sukar bagi saya yang berasal dari sekolah menengah harian, untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan budaya sesebuah sekolah teknik. Dari segi kokurikulum pula, saya merasa sangat bertuah kerana berpeluang melibatkan diri secara aktif. Saya menjadi pembantu Guru Penasihat Persatuan Pengakap Sekolah, dan juga pembantu jurulatih pasukan bola jaring Sekolah. Walaupun agak sibuk kerana terpaksa mengimbangi P&P dan aktiviti kokurikulum, semuanya merupakan pengalaman yang perlu dihadapi oleh seorang pelatih untuk menjadi seorang guru yang disegani.

Saya akui bahawa saya juga mempunyai pelbagai kelemahan ketika mengajar, namun kelemahan ini tidak saya anggap sebagai penghalang demi menabur ilmu dan bakti kepada anak2 bangsa. Untuk tujuan ini, saya telah bermuhasabah diri dan tidak memandang negatif kepada kelemahan-kelemahan saya itu. Di antara kelemahan saya adalah pada suara. Suara saya tidak cukup lantang untuk dikongsi bersama didalam kelas yang berkapasiti 30 orang pelajar. Kelemahan-kelemahan lain ialah dari segi penyediaan rancangan pengajaran dan pengurusan masa. Kelemahan ini akan saya perbaiki dari semasa ke semasa bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran saya.

Akhir kata, tugas guru memerlukan pengorbanan dan komitmen yang sangatlah tinggi. Namun saya akan serahkan seluruh jiwa dan raga saya bagi mengejar impian saya untuk menjadi warga pendidik yang member khidmat demi kesejahteraan anak-anak bangsa saya sendiri.