refleksi

Upload: aidamohdhafiz

Post on 05-Oct-2015

5 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

PENULISAN REFLEKTIFSejauhmana Literasi Nombor membantu saya membuat keputusan yang lebih bijakKehidupan seharian sememangnya banyak dipengaruhi oleh penggunaan nombor serta pengiraan Matematik.Melalui subjek Literasi Nombor, saya dapati setiap keputusan yang saya lakukan menjadi lebih baik berbanding dahulu. Melalui Literasi Nombor, saya menjadi lebih bijak dalam menyelesaikaan masalah untuk memilih keputusan yang terbaik tentang sesuatu perkara. The ability to solve problems is at the heart of mathematics, (Cockcroft Report(England), Para 24: 1982). Beberapa hari yang lalu, saya ingin melanggan pakej penggunaan internet untuk telefon bimbit saya. Saya perlu memilih antara pakej A yang menawarkan RM30 untuk quota 300MB ataupun pakej B RM50 untuk quota 700MB yang masing-masing berlangsung selama sebulan. Sebagai seorang pelajar, saya perlu memastikan setiap pengeluaran duit yang dilakukan adalah yang paling minima boleh dilakukan. Perkara utama yang saya utamakan ialah pakej mana yang lebih menguntungkan, menjimatkan, dan rasional untuk dipilih. Saya memutuskan untuk menggunakan Model Polya bagi mencari pakej yang paling sesuai.Perkara pertama yang saya lakukan ialah memahami masalah yang saya sedang hadapi. Terdapat dua pakej internet yang mengelirukan saya iaitu pakej A yang menawarkan RM30 untuk quota 300MB serta pakej B RM50 untuk quota 700MB yang masing-masing berlangsung selama sebulan. Oleh kerana saya tidak ingin mengeluarkan duit yang banyak, saya perlu mengenalpasti pakej mana yang lebih menguntungkan. Setelah itu, saya memilih satu strategi yang dapat memudahkan saya membuat pilihan. Saya memutuskan untuk mencari quota terbanyak yang boleh diperolehi melalui kedua-dua pakej ini agar pemilihan yang paling tepat dan bernas dapat dilakukan. Saya menggunakan strategi pengiraan yang melibatkan penggunaan operasi tolak dan bahagi untuk mendapatkan jawapan yang tepat. Seterusnya, saya melaksanakan strategi tersebut menggunakan operasi yang telah dipilih dan merekodkan setiap pengiraan yang saya lakukan dalam jadual yang telah saya sediakan. Berikut merupakan hasil yang telah saya perolehi.

Pakej APakej B

HargaRM30RM50

Quota300MB700MB

PengiraanRM30 = 300MB

*RM1 = 10MBRM50 = 700MB

*RM1 = 14MB

Akhir sekali, saya telah mengaplikasikan langkah terakhir dalam model ini iaitu menyemak jawapan sebelum membuat keputusan terakhir. Pertamanya, saya telah melakukan pengiraan sekali lagi untuk memastikan bahawa jawapan yang diperoleh adalah tepat dengan menggunakan bantuan kalkulator. Seterusnya, saya juga mempertimbangkan samaada jawapan akhir yang saya dapat adalah munasabah ataupun tidak dengan masalah yang dihadapi. Berdasarkan kesemua langkah Model Polya yang telah saya laksanakan untuk mencari pakej yang paling menguntungkan, saya telah memilih pakej B. Ini kerana, dengan menggunakan pakej ini, saya mendapat quota sebanyak 14MB bagi RM1, berbeza dengan pakej A yang hanya memberi quota sebanyak 10MB untuk RM1 yang masing-masing berlangsung selama sebulan. Pakej B nyatanya lebih menguntungkan dengan perbezaan quota sebanyak 4MB berbanding pakej A. Kesimpulannya, saya telah menjadi lebih bijak dalam membuat keputusan melalui Literasi Nombor. Saya mungkin memilih pakej A seterusnya mengalami kerugian kerana melihat harganya yang lebih murah berbanding pakej B. Selain itu, Literasi nombor juga membantu saya dalam membuat pengiraan yang lebih mudah ketika ingin membayar barangan di kedai menggunakan teknik anggaran. Kebiasaannya, saya akan membeli beberapa kotak berisi coklat yang berharga RM4.85 setiap satunya sebagai cenderahati untuk dibawa pulang ke rumah untuk diberikan kepada setiap ahli keluarga yang ada. Ahli keluarga saya terdiri daripada 9 orang. Oleh itu, saya perlu anggarkan berapa bajet yang perlu saya sediakan jika saya ingin membeli hadiah tersebut. Oleh itu, perkara yang perlu diambil kira dalam masalah ini ialah harga bagi sekotak coklat serta jumlah ahli keluarga saya yang bakal menerima cenderahati ini.Oleh kerana sekotak coklat berharga RM4.85 setiap satunya, saya telah membundarkan harga tersebut menjadi RM5. Manakala bagi ahli keluarga saya pula, saya membundarkan jumlah 9 tersebut menjadi 10. Melalui ini, pengiraan bagi bajet adalah berikut.,Berdasarkan pengiraan di atas,anggaran bajet yang perlu saya sediakan ialah RM50 setelah operasi pembundaran dilakukan. Melalui ini, saya nyatanya telah membuat satu keputusan bijak dengan menggunakan teknik anggaran dalam menyediakan bajet untuk membeli cenderahati kepada keluarga saya kerana, saya tidak akan mengalami sebarang masalah ketika melakukan pembayaran disebabkan bajet yang dibuat melalui teknik ini semestinya melebihi harga sebenar barangan yang hendak dibeli.Hal yang sama juga berlaku ketika saya hendak menghiasi kotak hadiah meggunakan reben. Sekiranya sekotak hadiah memerlukan reben sepanjang 3.7cm, saya akan memotong reben yang ada sepanjang 4cm. Ini kerana, setelah dibundarkan, 3.7cm akan menjadi 4cm. Jika terdapat 8 kotak hadiah yang perlu dibungkus, Maka panjang bagi keseluruhan reben yag diperlukan ialah 4cm 10. Nilai 10 itu wujud hasil daripada pembundaran yang dilakukan terhadap jumlah kesemua kotak hadiah yang perlu dihias, iaitu nilai 8. Berikut merupakan pengiraan bagi anggaran reben yang diperlukan untuk menghiasi kesemua kotak hadiah tersebut.

5