refleksi futsal

Upload: qifaysvg

Post on 07-Jul-2018

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 Refleksi Futsal

    1/2

    Refleksi Futsal

    Muhamad Syakir Bin Azizi

    Futsal bukanlah merupakan sebuah permainan yang baru di Malaysia. ia juga

    bukanlah merupakan permainan yang baru kepada saya. Namun, walaupun ianya

    bukan baru tetapi masih banyak yang perlu saya ketahui tentangnya. Matapelajaran

    gerko permainan futsal yang diajarkan oleh Encik Ramlan merupakan suatu anjakan

    paradigma kepada saya. Jika sebelumsebelum ini saya hanya bermain futsal

    seperti biasa namun dengan adanya kelas ini, saya dapat mengetahui dan

    mengenali bermacammacam teknik seperti teknik hantaran, sepakan, tampanan

    dan gelecek. !ebanyakan yang saya pelajari tidaklah baru namun terdapat

    beberapa teknik dan kemahiran yang tidak pernah saya ketahui.

    "emasa kelaskelas yang saya hadiri bersama rakanrakan sekelas, saya

    dapati ramai diantara rakanrakan saya terutamanya perempuan tidak pernah

    bermain futsal dan ini merupakan pengalaman pertama mereka. #al ini bukanlah

    suatu masalah kerana kebanyakan pelajarpelajar lelaki kelas saya sudah biasa

    dengan permainan ini.

    !elaskelas yang kami hadiri kebanyakannya kelaskelas teori dan praktikal

    dimana kelaskelas teori kami akan mempelajari aspekaspek tentang peraturan dan

    keselamatan melalui pembentangan berkumpulan. Manakala, kelaskelas praktikal

    kami sering diadakan sama ada di padang mahupun di gimnasium. "emasa kelas

    praktikal dan teori, banyak ilmuilmu baru yang dapat saya kecapi. #al ini adalah

    kerana sebelumsebelum ini saya hanya bermain futsal tanpa mengetahui akan

    segala peraturannya. Namun, setelas mempelajari tentang peraturannya, saya dapat

    mengaplikasikan segalanya dalam permainan bersama rakanrakan.

    #asil daripada kelaskelas yang dihadiri kami dikehendaki untuk mengelola

    atau menganjurkan sebuah pertandingan futsal peringkat $%& !'(. !ejohanan futsal

    $%& !'( diadakan pada hari sabtu bersamaan ) "eptember di padang $%& !'(.

    !ami perlulah menyediakan semuanya termasuk mnyediakan padang, makanan

    untuk peserta, pengadil dan sistem pengiraan markah serta liga. "emasapenganjuran pertandingan ini, maslahmasalah seperti kecederaan pemain sering

  • 8/19/2019 Refleksi Futsal

    2/2

    berlaku. *leh itu, kemahirankemahiran sedia ada dalam hal pertolongan cemas

    dapat diaplikasikan. "elain itu, kami juga dapat mengaplikasikan apa yang telah

    dipelajari kerana pengadilpengadil dan penjaga garisan adalah dari kalangan kami

     juga.

    %ermainan futsal ini juga banyak mengajar kami akan nilainilai murni

    terutamanya bekerjasama. Melalui permainan berkumpulan, kesefahaman dan

    interaksi antara pasukan amat penting dan sekaligus permainan ini telah berjaya

    mengeratkan lagi hubungan ahliahli kelas kami. "elain itu, saya juga dapati bahawa

    ilmuilmu penganjuran sesebuah pertandingan seperti yang telah kami pelajari pada

    semester lepas melalui subjek pengurusan gerko dapat diaplikasikan. +aripada

    penyediaan kertas kerja sehinggalah perihal pengurusan peserta semua dapat kami

    aplikasikan tanpa sebarang masalah besar.

    "ecara konklusinya, subjek permainan futsal ini banyak memberi faedah

    kepada saya dan juga ahliahli kelas saya. %ermainan ini bukan sahaja mengajar 

    tentang teknikteknik permainan tetapi ia juga banyak mengajar tentang ilmuilmu

    kehidupan dan ia juga amat penting kepada saya sebagai seorang bakal guru.