refleksi kursus
DESCRIPTION
kursus jnjkTRANSCRIPT
BAHAGIAN A
Minit Curai Kursus
Nama Program : Program Pemantapan Pembelajaran Dan Pengajaran
Menggunakan Standard 4 Dan Video e-Guru 2014
Tarikh : 08 November 2014 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 12.00 Tengahari
Tempat : Dewan Nilam Puri, PPD Kuantan
Penceramah : Jemaah Nazir dan Jaminan Kuliti (JNJK)
Dapatan hasil kursus :
1. Tujuan perlaksanaan program :
a. Membimbing peserta ke arah melaksanakan PdP yang berkesan dengan
menggunakan satu modul khas berasaskan Standard 4, SKPM 2010 dan
video e-Guru.
b. Membolehkan peserta program berkongsi pengetahuan dan kemahiran
yang diperoleh melalui program ini dengan rakan sejawat di sekolah
supaya kualiti PdP di sekolah berkenaan dapat ditingkatkan.
c. Memanfaatkan SKPM 2010 (Standard 4) dan videoe-Guru.
2. Dapatan pemeriksaan JNJK (2011, 2012 dan 2013) menunjukkan kualiti PdP
guru kurang menyerlah (Taraf Cemerlang: 3.22% ; Taraf Baik: 14.20%)
3. Hasrat PPPM, iaitu Anjakan ke 4 (Meningkatkan kualiti Pembangunan
Profesionalisme Berterusan/CPD dengan lebih tumpuan terhadap keperluan
individu dan latihan berasaskan sekolah.) dan Anjakan 7 - Meningkatkan Kualiti
Guru Berbantukan ICT.
4. 12 Prinsip PdP berkesan :
Guru menguasai isi kandungan mata pelajaran
Penglibatan secara aktif murid ( meningkatkan tahap penguasaan
pembelajaran)
Interaksi aktif murid (meningkatkan motivasi dan penglibatan murid
Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran
Pelbagai pendekatan pembelajaran
Jangkaan tinggi terhadap memampuan murid
Pembelajaran kolaboratif / koperatif
Sumber pendidikan yang bermakna
Member maklumbalas yang positif bagi memotivasikan murid
Tuguran / kritikan diikuti cara penyelesaian
Mengoptimumkan masa dan tenaga
Pengalaman menyumbang kke arah peningkatan kualiti pembelajaran
5. Pedagogi abad ke 21 ialah
Teknologi, Maklumat dan Media
Pengajaran Secara Kontekstual
Merentas Kurikulum
Kolaboratif
Pembelajaran Berasaskan Projek
Penyelesaian Masalah
Pentaksiran Secara Telus
Kemahiran Berfikir
6. KPM/JNJK telah menyediakan instrumen (SKPM 2010) yang dapat mengukur /
menilai PdP berkesan.
7. SKPM 2010 boleh dijadikan panduan untuk guru melaksanakan PdP yang
berkesan.
8. Standard 4 menyatakan guru perlu merancang dan melaksanakan proses
Pembelajaran dan Pengajaran yang berkualiti tinggi dan bersungguh-sungguh
untuk memperkembang potensi dan pencapaian murid pada tahap optimum
secara berterusan.
9. Semua guru mesti melawat laman sesawang e-guru menggunakan URL Portal
Video e-Guru: pnp.edu.my/eguru
10.Penerangan tentang item dalam setiap Standard 4
Disediakan oleh Disahkan Oleh
………………………………….. ………………………………………….
Refleksi Kursus
Kursus ini dijalankan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan di bilik darjah. Selain itu kursus ini merupakan satu pendedahan awal
kepada semua guru tentang perubahan corak kepimpinan di dalam bilik darjah bagi
mengikuti pembelajaran pada sesi 2015 yang di nyatakan sebagai kelas pembelajaran
abad ke 21. Standard 4, SKPM 2010 diperkenalkan sebagai satu instrumen penilaian
yang diguna pakai oleh pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) apabila
pemantauan dijalankan. Selain itu kami juga diperkenalkan dengan kewujudan portal e-
Guru.
Kursus telah memberi banyak ilmu kepada saya berkenaan perbezaan markah
penilaian yang dibuat oleh pihak JNJK. Sebelum ini kita semua sering menyalahkan
pihak JNJK dengan tomahan bahawa pihak JNJK datang untuk mengkritik guru dan
memberikan komen yang menyakitkan hati. Kita juga sering mempertikaikan mengapa
markah penilaian pihak JNJK jauh lebih rendah daripada markah penilaian yang
dijalankan oleh pihak pentadbir sekolah. Setelah diberi penjelasan baru kami faham
bahawa perbezaan markah penialian antara pihak JNJK dengan pentadbiran sekolah
berbeza kerana kedua-dua pihak menggunakan instrumen penilaian yang berbeza.
Selain itu, pendedahan berkenaan portal e-Guru adalah satu ilmu baru buat
saya. Saya boleh merujuk kepada portal e-Guru sebagai panduan saya untuk
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran saya di bilik darjah dengan merujuk
kepada beberapa contoh kualiti pengajaran guru yang terbaik yang di muat naik dalam
portal e-Guru tersebut.
Kami juga telah di ingatkan berkenaan hasrat dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM), iaitu Anjakan ke 4 (Meningkatkan kualiti Pembangunan
Profesionalisme Berterusan/CPD dengan lebih tumpuan terhadap keperluan individu
dan latihan berasaskan sekolah.) dan Anjakan 7 - Meningkatkan Kualiti Guru
Berbantukan ICT. Sesungguhnya semua guru harus peka dengan segala perubahan
yang berlaku dalam sistem pendidikan hari ini.
Kami juga telah di dedahkan dengan prinsip pengajaran dan pembelajaran
berkesan di dalam bilik darjah sebagai persediaan bagi menghadapi kelas
pembelajaran abad ke 21. Ternyata banyak perubahan yang dihasratkan dalam PPPM
bagi melahirkan satu generasi baru yang lebih berdaya saing.
Walaupun setiap perubahan yang dibawa akan memberi sedikit tekanan kepada
para pendidik tapi saya sedar sebagai guru kita perlu melaksanakan juga
tanggungjawab yang telah diamanahkan itu kerana tanggungjawab sebagai guru itu
adalah memenuhi hasrat kedua ibu bapa murid, hasrat negara demi melahirkan
generasi yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.