refleksi lawatan ilmiah pjm 3112.docx
DESCRIPTION
refleksiTRANSCRIPT
KEVIN JOHN JALANI PISMP SN JAN 2011 PJM 3112
REFLEKSI LAWATAN ILMIAH PJM 3112
Lawatan ilmiah bagi subjek PJM 3112 telah dilaksanakan di SMK DATUK PETER
MAJUNTIN Penampang pada 2 haribulan Mac 2013. Tiga kelas yang mempunyai
elektif Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi semester lima telah terlibat dalam
lawatan ilmiah ini. Objetif utama dalam lawatan ilmiah ini adalah untuk melihat dan
mengetahui cara pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan dalam
sekolah. Pemilihan SMK DATUK PETER MAJUNTIN bagi lawatan ilmiah ni kerana
sekolah ini merupakan sekolah sukan Negara bagi negeri Sabah. Oleh demikian ianya
menepati kehendak tugasan kami untuk membuat lawatan ilmiah ke mana – mana atau
beberapa agensi sukan.
KEKUATAN
Kekuatan yang saya dapat hasil daripada lawatan ilmiah ini ialah saya dapat
mempelajari tentang cara pengurusan dan pentadbiran sukan yang dilaksanakan olek
SMK DATUK PETER MAJUNTIN ini. Saya melihat bahawa telah banyak atlet berprestij
tinggi dan gemilang yang telah dihasilkan oleh sekolah tersebut. Ada antara atlet yang
digilap telah pernah mewakili Malaysia ke sukan di peringkat tinggi.
Selain daripada itu juga saya telah mengetahui cara bagaimana sekolah sukan ini
memilih atletnya dan digilap untuk Berjaya. Antara cara pemilihan atlet yang dibuat
adalah melalui Talent Identification atau pengenalpastian bakat. Pengenalpastian bakat
ini dilakukan dengan melihat penglibatan murid dalam sukan. Jurulatih sekolah akan
mengenalpasti bakat murid tersebut melalui pemerhatian dan juga melalui pemilihan
terbuka. Sekolah akan menganjur sukan dan melalui daripada penglibatan murid dalam
sukan, jurulatih akan membuat pemilihan sama ada murid tersebut boleh digilap untuk
menjadi atleit yang Berjaya pada suatu hari nanti.
Tambahan itu juga ialah melalui Majlis Sukan Sukan Malaysia. Panel pemilihan akan
memberi sokongan kepada atlit tersebut untuk berlatih dalam sekolah sukan agar bakat
KEVIN JOHN JALANI PISMP SN JAN 2011 PJM 3112
atlit tersebut dapat digilap lagi. Syaratnya ialah murid tersebut haruslah pernah mewakili
sekolah tersebut dalam acara sukan diperingkat yang tinggi. Setelah keputusan dibuat
oleh panel jurulatih bahawa murid tersebut boleh digilap untuk menjadi atlit yang
Berjaya, maka penempatan murid tersebut ke sekolah sukan akan dilaksanakan dan
murid tersebut akan menjalani latihan di sekolah sukan yang ditetapkan.
Bagi program pembangunan atlit pula, sekolah ini telah menetapkan bahawa atlit
sekolah tersebut akan berlatih selama tiga hari sekali dalam seminggu. Jadual latihan
adalah bermula pada hari isnin, selasa dan juga jumaat. Bagi atlit yang belajar pada
sesi petang akan menjalani latihan daripada jam 7.00 pagi hingga jam 9.30 pagi.
Manakala bagi atlit yang belajar pada sesi pagi akan menjalani laihan daripada jam
3.30 petang hingga jam 5.30 petang. Hal ini adalah untuk mengelak daripada atlit
tersebut terganggu masa pembelajaran mereka. Selain latihan tersebut, kem latihan
pusat juga dilakukan bagi meningkatkan prestasi atlit tersebut, namun kem latihan
pusat ini bergantung kepada takwin majlis sukan – sukan daerah.
Seterusnya ialah kemudahan yang dimiliki oleh sekolah sukan ini. Saya mendapati
bahawa sekolah sukan ini memiliki satu mini stadium yang bernilai jutaan ringgit dan
diperakui di peringkat dunia. Segala perakuan dan pembinaan mini stadium ini dibuat
daripada German. Kebanyakan bahan yang digunakan dalam pembuatan mini stadium
ini telah di import daripada luar Negara terutamanya daripada Negara German,
Australia dan juga Taiwan. Hal ini memperlihatkan bahawa sekolah sukan
mementingkan aspek kesukanan dan pemantapan atlit melalui kemudahan yang
disediakan bagi atlit mereka.
Sekolah ini juga membuat sewaan bagi penggunaan mini stadium ini agar hasil sewaan
ini digunakan bagi kerja penyelengaraan mini stadium tersebut. Memandangkan pihak
kerajaan kurang memberi bantuan kewangan untuk kerja naik taraf dan
penyelengaraan, oleh demikian pihak sekolah hanya mampu mengharap melalui wang
hasil sewaan ke atas penggunaan mini stadium tersebut. Kemudahaan lain yang ada
ialah perkhidmatan gymnasium dan stor peralatan sukan sekolah dan juga stor sekolah
sukan.
KEVIN JOHN JALANI PISMP SN JAN 2011 PJM 3112
KELEMAHAN
Antara kelemahan yang saya dapat lihat dalam sekolah sukan ini ialah jenis sukan yang
ditawarkan dalam sekolah ini. Sekolah sukan ini hanya menawarkan latihan sukan bagi
sukan olahraga, hoki perempuan, badminton, ten pin bowling, bola sepak, dan
memanah. Bukan semua jenis sukan yang sekolah ini dapat tawarkan memandangkan
kekurangan tenaga jurulatih pada sukan lain.
Selain itu ialah kos pengurusan bagi mini stadium yang amat tinggi juga menyebabkan
pihak sekolah tidak mengguna mini stadium dengan tidak teratur. Penggunaan mini
stadium ini hanyalah untuk latihan atlit memandangkan pihak kerajaan tidak
menyalurkan bantuan kewangan dalam pengurusan dan penyelenggaraan mini stadium
ini.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Antara cadangan penambahbaikan yang dapat saya utarakan ialah memastikan
bahawa jadual perjalanan dapat dilaksanakan dengan betul dan baik memandangkan
masa perjalanan yang diambil daripada IPG Kampus Kent ke sekolah sukan tersebut
adalah hampir dua jam setengah. Hal ini akan memberi pandangan negative kepada
pihak sekolah kerana pihak guru pelatih mengambil masa yang lama untuk tiba ke
sekolah tersebut.
Selain itu ialah memastikan tarikh lawatan yang sesuai untuk melaksanakan lawatan
tersebut. Lawatan ini yang sepatutnya dijalankan sebelum kami menjalani praktikum
terpaksa dilaksanakan pada hari ini memandangkan beberapa masalah yang berlaku.
Bagi penambahbaikan untuk sekolah sukan ialah saya mencadangkan untuk
menambah bilangan jurulatih yang berkelayakan untuk semua jenis sukan. Oleh
demikian kita dapat menghasilkan banyak atlit sukan di peringkat yang tinggi. Selain itu
ialah mencari alternative lain bagi mendapatkan sumber kewangan memandangkan
bantuan kewangan daripada kerajaan tidak disediakan. Seterusnya ialah memberi
KEVIN JOHN JALANI PISMP SN JAN 2011 PJM 3112
ganjaran yang berpatutan kepada atlet yang telah berusaha untuk mengharumkan
nama sekolah tersebut.
KESIMPULAN
Kesimpulan hasil daripada lawatan ke sekolah sukan ini ialah saya amat berpuashati
dan gembira kerana dapat melihat salah satu sekolah sukan di negeri sendiri dan
melihat bagaimana cara pengurusan yang dibuat oleh sekolah tersebut dalam
meningkatkan pencapaian murid dalam bidang sukan.