refleksi nik

3

Click here to load reader

Upload: nabil-fikri

Post on 16-Nov-2015

21 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

esaimen

TRANSCRIPT

REFLEKSI KENDIRINIK MUHAMMAD HAZRAN BIN MOHD SEKERIM (930930-03-5957)Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat saya menyiapkan tugasan Kokurikulum berkenaan Olahraga ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan unit L7B yang banyak memberi tunjuk ajar ketika saya mempunyai masalah dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya dua rakan saya iaitu Muhammad Amin dan Muhammad Nabil.Faktor suasana sibuk dan kesuntukan masa tidak menjadi penghalanag kepada saya untuk memberikan hasil yang terbaik bagi tugasan ini. Melalui tugasan ini, saya juga telah menimba pengalaman baru seperti mengurus diri dan masa dengan lebih baik dari sebelum ini. Juga sebagai pelajar PISMP Semester 5, Alhamdulillah, saya telah dapat menyesuaikan diri dengan suasana Institut Pendidikan Guru (IPG) dengan lebih baik.Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing Kokurikulum Olahraga saya iaitu Encik Kainasan yang telah memberi tunjuk ajar dan membimbing sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan kelas lain seperti L7B yang sedikit sebanyak membantu saya dalam mencari info-info yang berkaitan dengan tugasan saya.Bagi kursus Kokurikulum Olahraga in, saya telah melaksanakan tajuk Lontar Peluru . Sejujurnya, saya kurang memahami dan kurang pakar mengenai lontar peluru. Ketika saya di bangku sekolah, saya tidak pernah menyentuh dan mempelajari lontar peluru. Namun begitu, hasil daripada tunjuk ajar dan kuliah oleh pensyarah serta kajian saya melalui bahan-bahan rujukan yang berkaitan lontar peluru, saya sedikit sebanyak dapt memahami teknik lontar peluru.Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah saya laksanakan bersama rakan saya, saya berasa lebih yakin dan bersedia untuk mencurahkan ilmu yang telah saya dalami ini ketika saya mengajar di sekolah kelak. Sebagai guru yang berilmu dan bertanggung jawab, saya perlu mahir dan menimba sebanyak mana pengalaman sebelum saya mengajar anak didik saya mengenai lontar peluru ini. Justeru, saya banyak mengadakan latihan bersama rakan saya mengenai beberapa teknik-teknik melontar peluru seperti lontaran berdiri, lontaran sisi dan lontaran Parry O Brien.Pada pendapat saya, guru perlu lebih berhati-hati bila mengadakan sesi Pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini kerana, lontar peluru merupakan sukan yang berbahaya dengan peluru dan berat peluru yang mampu meragut nyawa jika berlaku kecuaian. Guru perlu memastikan murid-murid sentiasa mengikut peraturan dan menggunakan teknik yang betul agar kecederaan dapat di elakkan. Alhamdulillah, sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran saya, tiada yang tercedera kerana masing-masing mengikut tunjuk ajar yang di berikan.Rumusannya, saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya berharap tugasan ini dapat menjadikan saya seorang manusia serta bakal guru yang lebih baik dan berjaya di dunia dan akhirat kelak. InsyaAllah.

Sekian, Terima Kasih