reka cipta alat “treadmill” bagi ujian · pdf filereka cipta alat...
TRANSCRIPT
REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) UNTUK MENGUJI DAYA TAHAN
KARDIOVASKULAR.
LIM YOKE PENG
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pin. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL: REKA CIPTA “ALAT TREADMILL” BAGI UJIAN
KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) UNTUK MENGUJI DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR.
SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya LIM YOKE PENG
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
SULIT
Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________________ ________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap P.M DR. ABDUL HAFIDZ BIN HAJI OMAR 28, TMN. PETANI JAYA, Nama Penyelia 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 26 FEBRUARI 2004 Tarikh: 26 FEBRUARI 2004
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
• Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tugasan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)”
Tandatangan : …………………………………. Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. ABDUL HAFIDZ BIN HAJI OMAR Tarikh : 26 FEBRUARI 2004
REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN KECERGASAN JASMANI
KEBANGSAAN (UKJK) UNTUK MENGUJI DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR.
LIM YOKE PENG
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tanda tangan : ………………….
Nama Penulis : Lim Yoke Peng
Tarikh : …………………..
iii
DEDIKASI
Buat ayah dan ibu yang tersayang, kejayaan ini ditujukan khas buatmu.
Pengorbanan dan jasa yang telah dicurahkan kepada aku tidak dapat ku lupakan. Selagi
hayat ini masih ada, akan ku abadikan buat ayah dan ibu tersayang. Dan teristimewa
buat seseorang yang disayangi, terima kasih segalanya. Khas buat,
Ayah
LIM TONG WAH
Ibu
THE BEE BEE
Abang
LIM CHEW PENG
Adik
LIM KHAI PENG
iv
PENGHARGAAN
Ucapan terima kasih saya yang tidak terhingga buat keluarga tersayang terutama
ayah dan ibu yang memberi sokongan yang tidak ternilai buat saya. Selain itu, saya
ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada penyelia Projek Sarjana Muda, iaitu P.M.
Dr. Abdul Hafidz bin Hj. Omar kerana beliau telah banyak memberi bimbingan, tunjuk
ajar, nasihat, bantuan dan usaha yang tidak jemu dalam menolong saya
menyempurnakan projek ini.
Di samping itu, rakaman terima kasih diucapkan kepada En. Mazan bin Aripin
dari Fakulti Kejuruteraan Awam yang membantu saya dalam menyiapkan alat
“Treadmill” yang digunakan dalam penyelidikan ini. Selain itu, saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Alief Ruhullah bin Haris dari Fakulti
Kejuruteraan Elektrik yang banyak membantu saya dalam menyiapkan elektronik yang
akan dipasang di alat “Treadmill” yang direkabentuk oleh saya.
Tidak ketinggalan di sini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya iaitu Wee Yinn Sheng,
Wong Ling Syu, Cho Boon Peng, Yong Hong Then, Ooi Jin Bing dan Lem Sze Huang
yang banyak memberi sokongan dan bantuan kepada saya dalam usaha menyiapkan
projek ini. Akhir sekali tidak lupa saya untuk mengucapkan terima kasih kepada
pelajar-pelajar Sains Sukan UTM yang memberi kerjasama kepada saya dalam
melakukan soal selidik.
v
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu projek merekacipta Alat Treadmill Berelektronik
untuk Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Alat Treadmill Berelektronik
yang direka cipta oleh penyelidik digunakan untuk menguji daya tahan kardiovaskular
seseorang. Alat ini menggunakan teknologi elekronik sensor untuk mengesan bilangan
pusingan roda Treadmill apabila seseorang subjek berlari menggunakan Treadmill.
Objektif utama kajian ini adalah melihat keberkesanan Alat Treadmill Berelektronik
menguji tahap kecergasan kardiovaskular dengan berlari sejauh 2.4km dalam UKJK.
Selain daripada itu, penyelidik juga mendapatkan persepsi siswazah-siswazah Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan), Universiti Teknologi Malaysia
terhadap alat ini. Sebanyak sepuluh orang subjek telah dipilih untuk menjalankan ujian
daya tahan kardiovaskular. Selain itu, subjek tadi bersama dengan 90 orang pelajar
Sains Sukan tahun1 hingga 4 yang lain dikehendaki menjawab borang soal selidik yang
telah diedarkan. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian
Microsoft Excel. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Alat Treadmill Berelektronik
berkesan untuk menguji daya tahan kardiovaskular seseorang dengan berlari sejauh
2.4km dalam Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Alat yang direkacipta
oleh penyelidik juga mendapat sambutan yang baik daripada pelajar-pelajar Sains
Sukan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Dalam kajian ini juga
akan dibincangkan tentang masalah-masalah yang dihadapi sepanjang penyelidikan ini
dan cadangan penyelidik turut dikemukakan bagi memperbaiki dan memantapkan lagi
mutu hasil penyelidikan pada masa akan datang.
vi
ABSTRACT
This research was a project to design an Electronic Treadmill for the National
Physical Fitness Test (UKJK). The Treadmill invented by the researcher was to test the
cardiovascular fitness of an individual. This equipment uses electronic sensor
technology to detect the amount of wheel spin on the Treadmill when subjects use the
equipment. The main purpose of this research was to determine the effectiveness of the
Treadmill in testing cardiovascular fitness level when an individual run in a distance of
2.4km in the UKJK test. In addition, researcher also obtained perception from all of the
undergraduates in Bachelor Degree of Science and Education (Sports Science),
University Technology Malaysia (UTM) towards the Treadmill. 10 subjects were
selected to run a cardiovascular fitness test. Besides that the subjects stated above
together with another 90 Sports Science undergraduates from year 1 to 4 were ask to
answer questionnaire that was distributed. The data collected were analyzed using
Microsoft Excel. From the research, the Treadmill invented by the researcher was
effective to be use in carrying out the cardiovascular fitness test where an individual run
a distance of 2.4km in the National Physical Fitness Test (UKJK). This equipment also
obtained good reaction from the undergraduates of Sport Science, University
Technology of Malaysia, Skudai, Johor Bahru. In this research, problems faced by the
researcher himself were being discussed and opinions from the researcher will be listed
out to fix and stabilize the quality for future researches.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN
BORANG KELULUSAN
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
viii
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Batasan Kajian 12
1.8 Definisi Operasional 13
1.9 Penutup 15
BAB II SOROTAN KAJIAN 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Kajian berkaitan 17
2.3 Kaedah Rekabentuk 22
2.4 Penutup 24
BAB III METODOLOGI KAJIAN 25
3.1 Penenalan 25
3.2 Rekabentuk Kajian 25
ix
3.3 Tempat Kajian 26
3.4 Populasi dan sampel Kajian 27
3.5 Instrumen Kajian 28
3.6 Prosedur Kajian 29
3.7 Prosedur Ujian 31
3.8 Pengumpulan data 36
3.9 Penganalisaan Data 36
3.10 Penutup 36
BAB IV PENGANALISAAN DATA 37
4.1 Pengenalan 37
4.2 Analisis Data 38
4.2.1 Latar Belakang Responden 40
4.2.1.1 Umur 40
4.2.1.2 Jantina 41
4.2.1.3 Bangsa 42
4.2.1.4 Tahun Kursus 43
4.2.1.5 Bidang Sukan Yang Diceburi/
Diminati Oleh Responden 44
4.2.1.6 Kekerapan Responden Bersukan
Dalam Seminggu 45
4.2.1.7 Berapa Lama Setiap Kali
Responden Bersukan 46
4.2.2 Persepsi Terhadap Alat Yang Direka Cipta
Oleh Penyelidik 47
4.2.2.1 Tahap Kesukaan Responden Terhadap
Alat Ini 47
4.2.2.2 Kesesuaian Penggunaan Alat ini Kepada
x
Responden 48
4.2.2.3 Alat Ini Membantu Menguji Daya Tahan
Kardiovaskular 49
4.2.2.4 Alat Ini Membantu Meningkatkan Daya
Tahan Kardiovaskular 50
4.2.2.5 Kesesuaian Penggunaan Alat Ini Di Sekolah
Menengah 51
4.2.2.6 Kesesuaian penggunaan alat “Treadmill”
untuk menjalankan UjianKecergasan
Jasmani Kebangsaan (UKJK) di sekolah 52
4.2.2.7 Alat “Treadmill” ini memenuhi syarat
Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan
(UKJK) iaitu berlari 2.4km untuk menguji
kecergasan kardiovaskular. 53
4.2.2.8 Kesesuaian alat “Treadmill” dalam kelas
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. 54
4.2.2.9 Alat Ini Akan Mendapat Sambutan Baik Di
Sekolah 55
4.2.2.10 Alat “Treadmill” selamat digunakan 56
4.2.2.11 Alat “Treadmill” senang digunakan 57
4.2.2.12 Alat Ini Lebih Baik Daripada Alat Yang
Sedia Ada 58
4.2.2.13 Alat Ini Boleh Diperbaiki Lagi 59
4.2.2.14 Keinginan Responden Untuk Membuat
Alat Ini Untuk Sekolah Atau Diri Sendiri 60
4.3 Penutup 61
xi
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN 62
5.1 Pengenalan 62
5.2 Perbicangan 63
5.3 Masalah Yang Dihadapi 68
5.3.1 Asas Kepada Bidang Pembuatan Alat
Dan Elektronik 69
5.3.2 Bahan Pembuatan Alat 69
5.3.3 Tempat Larian Yang Sempit 70
5.4 Cadangan 70
5.4.1 Peralatan Yang Lebih Canggih 71
5.4.2 Bahan Pembuatan Yang Lebih Baik 72
5.4.3 Rekabentuk Yang Lebih Menarik 73
5.4.4 Kumpulan Subjek 73
5.4.5 Bilangan Subjek 73
5.4.6 Kajian Akan Datang 73
5.5 Penutup 74
BIBLIOGRAFI 75
LAMPIRAN 78
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 4.1 Data Subjek Lelaki Yang Menjalani Ujian Tanpa Alat
Dan Dengan Alat 38
4.2 Data Subjek Perempuan Yang Menjalani Ujian Tanpa Alat
Dan Dengan Alat 39
4.3 Umur Responden 40
4.4 Jantina Resoponden 41
4.5 Bangsa Responden 42
4.6 Tahun Kursus 43
4.7 Bidang Sukan Yang Diceburi/Diminati Oleh Responden 44
4.8 Kekerapan Responden Bersukan Dalam Seminggu 45
4.9 Berapa Lama Setiap Kali Responden Bersukan 46
4.10 Tahap Kesukaan Responden Terhadap Alat Ini 47
4.11 Kesesuaian Penggunaan Alat ini Kepada Responden 48
4.12 Alat Ini Membantu Menguji Daya Tahan
Kardiovaskular 49
4.13 Alat Ini Membantu Meningkatkan Daya
Tahan Kardiovaskular 50
4.14 Kesesuaian Penggunaan Alat Ini Di Sekolah Menengah 51
4.15 Kesesuaian penggunaan alat “Treadmill” untuk menjalankan
UjianKecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) di sekolah 52
4.16 Alat “Treadmill” ini memenuhi syarat Ujian Kecergasan
Jasmani Kebangsaan (UKJK) iaitu berlari 2.4km untuk
menguji kecergasan kardiovaskular. 53
xiii
4.17 Kesesuaian alat “Treadmill” dalam kelas Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan. 54
4.18 Alat Ini Akan Mendapat Sambutan Baik Di Sekolah 55
4.19 Alat “Treadmill” selamat digunakan 56
4.20 Alat “Treadmill” senang digunakan 57
4.21 Alat Ini Lebih Baik Daripada Alat Yang Sedia Ada 58
4.22 Alat Ini Boleh Diperbaiki Lagi 59
4.23 Keinginan Responden Untuk Membuat Alat Ini Untuk
Sekolah Atau Diri Sendiri 60
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Umur Responden 40
4.2 Jantina Responden 41
4.3 Bangsa Responden 42
4.4 Tahun Kursus 43
4.5 Bidang Sukan Yang Diceburi/Diminati Oleh Responden 44
4.6 Kekerapan Responden Bersukan Dalam Seminggu 45
4.7 Berapa Lama Setiap Kali Responden Bersukan 46
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Lukisan Kejuruteraan Alat 78
B Senarai Bahan Dan Kos Pembuatan Alat 79
C Borang Soal Selidik 80
D Borang Skor 85
E Gambar 86
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dunia hari ini yang disebut sebagai sains dan teknologi adalah serba moden dan
canggih dengan penggunaan mesin-mesin yang pelbagai jenis dan fungsi telah
menyebabkan penyertaan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian telah diambil alih
oleh mesin-mesin mengantikan tugas manusia.
Perkembangan pesat dan kemajuan dalam bidang sukan pada era dan abad
millennium ini telah mengubah rupa bentuk sukan kepada sebuah institusi sosial yang
memainkan peranan yang amat penting kepada masyarakat dan negara seperti juga
institusi-institusi sosial yang lain.
Disebabkan sukan yang saling dikaitkan dengan pertandingan, setiap atlit dan
jurulatih sering bersungguh-sungguh menghasil dan mencipta pelbagai program-
program latihan, kaedah-kaedah latihan dan teknik-teknik latihan yang bersesuaian bagi
tujuan meningkatkan pencapaian dan prestasi atlit dengan hanya satu matlamat iaitu
kejayaan atau kemenangan. Sejak beberapa dekad yang lalu, sebenarnya prinsip-prinsip
sains telahpun mula mendapat perhatian ramai dan telah diaplikasikan baik sewaktu
latihan mahupun ketika dalam sesuatu pertandingan. Prinsip-prinsip sains yang
diaplikasikan dalam bidang sukan telah kemudiannya dipersetujui oleh orang ramai dan
tokoh-tokoh terkemuka dunia sebagai sains sukan yang kita ketahui hari ini.
Tidak dapat dinafikan bahawa aplikasi prinsip-prinsip sains memainkan peranan
yang sangat penting dalam bidang sukan. Contohnya, dengan adanya ilmu pengetahuan
tentang biomekanik, seseorang atlit dapat mengaplikasikan apa yang terpelajar ke dalam
sukan. Tambahan pula, atlit-atlit juga dapat berlari dengan lebih pantas, melompat
dengan lebih tinggi, melontar dengan lebih jauh dan sebagainya.
Peningkatan pengetahuan tentang sistem tenaga, anatomi, fisiologi, biomekanik,
tindakbalas neuro-maskular, pemakanan dan pelbagai lagi pengetahuan dan prinsip sains
yang diterapkan ke dalam sukan dan kesannya benar-benar terbukti mampu dan dapat
meningkatkan pencapaian atlit ke tahap yang paling optimum. Pendekatan saintifik
dalam sukan adalah sukar dipertikaikan kerana ia berlandaskan bukti dan fakta.
Walaupun pendekatan saintifik diakui memainkan peranan yang penting dalam
pencapaian sesuatu kejayaan, namun kejayaan yang dicapai dalam bidang sukan
bergantung kepada banyak lagi aspek-aspek lain seperti penguasaan kemahiran yang
tinggi, kecergasan fizikal, persediaan mental, pengaruh sosial, persekitaran, motivasi dan
pelbagai lagi faktor dalaman dan luaran. Di antara aspek-aspek yang dinyatakan tadi,
didapati kecergasan fizikal merupakan nadi yang menggerakkan segala perlakuan motor
seseorang atlit, maka, ia dianggap sebagai komponen utama dan yang paling asas perlu
dititikberat serta dikuasai oleh seseorang atlit yang ingin berjaya.
Apa sebenarnya kecergasan fizikal? Kecergasan fizikal sebenarnya adalah satu
hak individu ianya tidak sama antara satu dengan lain. Tahap kecergasan diukur atau
dinilai daripada prestasi seseorang ketika melakukan sesuatu aktiviti. Prestasinya adalah
berdasarkan komponen-komponen seperti daya tahan otot, kuasa, ketangkasan,
kelembutan, kekuatan otot dan daya tahan kardiovaskular. Kecergasan fizikal adalah
penting dalam membina kekuatan dan daya tahan otot. Untuk menyediakan atlit-atlti
bagi menghadapi sesuatu pertandingan, jurulatih perlulah memastikan 2 objektif utama
terlaksana iaitu peningkatan kemahiran dan penguasaan strategi yang akan digunakan
dalam permainan serta latihan fizikal yang secukupnya untuk menonjolkan prestasi yang
terbaik.
Akibat kekurangan latihan kecergasan yang betul, boleh menyebabkan fungsi
otot-otot tidak seimbang, koordinasi neuro-maskular juga turut lemah dan kekuatan otot
dan fungsi tendon turut terjejas. Di sini, umur, jantina, tahap kebolehan dan perbezaan
individu juga perlu diambil kira dalam program latihan yang bakal dijalankan.
Clarke (1979), (dalam Safrit, 1981) menyatakan bahawa kecergasan fizikal
merujuk kepada keupayaan melaksanakan tugas harian dengan efisyen tanpa rasa
kepenatan yang berlebihan dan mempunyai tenaga yang mencukupi untuk aktiviti serta
boleh menghadapi cabaran yang mungkin timbul.
Falls (1980), (dalam Johnson dan Nelson, 1986) membahagikan kecergasan
kepada 2 aspek utama iaitu kecergasan untuk kesihatan dan kecergasan fizikal untuk
prestasi sukan. Menurutnya, kecergasan fizikal untuk kesihatan merangkumi aspek-
aspek berkaiatan fisiologi dan psikologi yang memberi individu perlindungan daripada
ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti obesity, penyakit jantung
serta pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan fizikal untuk prestasi sukan pula
merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi dan keupayaan individu untuk
menyertai aktiviti sukan dan bertanding dengan lebih tenaga, kekuatan, kuasa, daya
tahan otot dan ketangkasan.
Laporan daripada Australian Sports dan Medicine Federation (1987) telah
membuktikan komponen-komponen kecergasan fizikal yang dianggap penting bagi
seseorang atlit ialah daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kepantasan, kekuatan
otot, ketangkasan, kelenturan dan kuasa.
Teng Boon Tang (1995) berpendapat kecergasan fizikal sebagai satu keadaan di
mana seseorang itu mempunyai cukup tenaga untuk melaksanakan tugas-tugas hariannya
tanpa merasa letih dan masih bertenaga untuk kegiatan masa senggangnya. Di samping
itu, seseorang itu masih mempunyai tenaga untuk bertindak jika berlaku kecemasan.
Kecergasan jasmani adalah khusus kepada setiap individu dan ini bererti tahap
kecergasan yang diperlukan oleh setiap orang adalah berbeza dan bergantung kepada
pekerjaan dan gaya hidupnya. Tahap kecergasan yang diperlukan oleh seseorang ahli
sukan professional adalah lebih tinggi daripada tahap kecergasan seorang kerani pejabat.
Demi untuk meningkatkan kecergasan atlit-atlit ke tahap optimum dan untuk
menghindarkan kecederaan, satu program latihan yang bersistematik dan saintifik adalah
perlu. Program latihan yang sistematik ini seharusnya sudah dimulakan sejak atlit-atlit
ini di tahap sekolah menengah lagi. Program latihan yang dimaksudkan adalah Ujian
Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang telah diselaraskan di seluruh sekolah-
sekolah menengah di Malaysia sebagai satu ujian yang paling sesuai digunakan untuk
menguji tahap kecergasan pelajar-pelajar atau atlit-atlit muda Malaysia. Pada masa ini,
kebanyakan sekolah walaupun telah diperkenalkan kemudahan UKJK ini tetapi melalui
kajian yang dijalankan banyak sekolah yang tidak mempunyai kemudahan ini.
UKJK merupakan satu set latihan kecergasan yang dilengkapkan dengan latihan
kecergasan di mana program penilaian kecergasan fizikal ini telah dirancang selari
dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. Latihan kecergasan yang melibatkan
UKJK seharusnya hendaklah pelbagai dan boleh digunakan secara bergilir-gilir seperti
bangun tubi bervariasi, tekan tubi, lari ulang alik 4 X 10m, lompat jauh berdiri, duduk
jangkau, lari 2.4km, jalan 4.8km, renang, basikal dan komposisi badan. Ujian
kecergasan ini merupakan ujian yang sesuai bagi semua peringkat umur dan ia sesuai tak
kira lelaki mahupun perempuan. Pada asasnya, konsep UKJK ialah ia merupakan satu
prosedur atau teknik yang digunakan untuk menguji tahap kecergasan fizikal murid.
Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, kebolehan murid, serta
mengambil kira peralatan dan tempat ujian dijalankan. UKJK ini sangatlah perlu untuk
mencapai matlamat negara yang sentiasa memerlukan rakyat yang sihat dan cergas.
Oleh itu, murid perlu diberi perhatian serius tentang tahap kecergasan mereka.
Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian
tanpa rasa letih dan lesu. Selaras dengan itu aktiviti kecergasan yang terancang perlu
dilaksanakan dengan sempurna demi memberi sumbangan kepada peningkatan
produktiviti negara.
Sebenarnya UKJK merupakan satu ujian yang memerlukan alat yang direka cipta
untuk menjalankan sesuatu ujian. Oleh itu, reka cipta alat UKJK adalah penghasilan
sesuatu projek atau barangan baru atau pengubahsuaian dalam bidang teknologi untuk
memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang. Projek yang dihasilkan
adalah daripada idea yang tersendiri atau diubahsuai dan berpotensi untuk dipasarkan.
UKJK dijalankan di sekolah sebenarnya bertujuan untuk melahirkan pelajar yang
bukan sahaja cerdik malah mempunyai kesihatan yang baik. Di samping itu, ia juga
bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin tinggi dan berkeyakinan untuk
menempuhi masa hadapan mereka yang semakin mencabar.
UKJK ini telah dirancang selari dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani.
Guru perlu merancang pengajaran yang meliputi tajuk kecergasan. Begitu juga pelajar-
pelajar di sekolah. Kecergasan yang optimum boleh membantu pelajar dalam
melaksanakan aktiviti harian tanpa rasa letih dan lesu. Selaras dengan itu aktiviti
kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna. Negara sentiasa
memerlukan rakyat yang sihat dan cergas. Oleh itu,pelajar perlu diberi perhatian serius
tentang tahap kecergasaan mereka. Kepekaan dan kecergasan akan dapat memberi
sunbangan kepada peningkatan produktiviti negara.
Corbin dan Linsey (1994) mendefinisikan kecergasan fizikal sebagai keupayaan
keseluruhan organisma manusia berfungsi dengan efisyen dan berkesan. Kecergasan
fizikal dikaitkan dengan kebolehan seseorang bekerja dengan berkesan, menikmati masa
riadah, menjadi sihat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi keadaan-
keadaan kecemasan. Menurut mereka lagi, kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada
dua bahagian, iaitu kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan kecergasan fizikal
berlandaskan motor.
Kecergasan berasaskan kesihatan merangkumi lima komponen iaitu:
kardiovaskular, kelembutan, daya tahan otot, kekuatan dan komposisi badan. (Wee Eng
Hoe, 1996). Kecergasan fizikal berlandaskan motor pula merangkumi enam komponen
iaitu ketangkasan, imbangan, koordinasi, kuasa, masa tindak balas dan kepantasan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Memang tidak dapat dinafikan bahawa prestasi sukan para atlit sekarang dalam
semua bidang sukan jauh lebih baik berbanding dengan pencapaian mereka pada zaman
silam. Apakah yang menyebabkan peningkatan yang begitu baik? Para saintis sukan
menggunakan kajian dan eksperimen untuk mencari pengetahuan yang amat berguna
bagi atlit dan jurulatih atau guru sukan.
Melalui penyelidikan yang dijalankan, para saintis telah mengenal pasti beberapa
faktor penting yang menigkatkan prestasi sukan seperti baka ataupun keturunan
seseorang atlit, cara latihan moden yang lebih sistematik dan berasaskan prinsip sains
sukan, kewujudan profesionalisme dalam sukan (kebolehan mencari nafkah hidup
melalui penyertaan sukan), pemakanan yang dirancang dan dikawal rapi, serta yang
dianggap paling penting ialah alatan-alatan yang lebih canggih direka cipta untuk
membolehkan seseorang altit melakukan latihan mereka tanpa mengira waktu, masa dan
cuaca.
Sememangnya terdapat peningkatan yang begitu serius dalam bidang teknologi
sukan khususnya terhadap gerak laku manusia sejak tahun 60-an lagi. Kemudahan-
kemudahan dan alat sukan telah direkacipta bagi tujuan meningkatkan kualiti
pencapaian prestasi sukan di samping mengurangkan kemungkinan berlakunya
kecederaan ketika bersukan.
Apa yang jelas dapat diperhatikan di sini ialah adakah sekolah mampu untuk
membeli seterusnya memiliki peralatan yang secanggih itu dengan harga beribu-ribu
malah berjuta-juta ringgit. Tidak dapat dinafikan memang sekolah mempunyai
peruntukan untuk memenuhi keperluan pelajar di sekolah tetapi ia tidak mencukupi.
Tidak semua sekolah mempunyai sebegitu banyak peruntukan.
Di Malaysia, kebanyakkan guru-guru PJK sekolah menganggap alatan-alatan
sukan tidaklah begitu penting untuk pelajar-pelajar. Lagipun terdapat sekolah yang
mempunyai alatan-alatan sukan yang canggih tidak mahu digunakan oleh pelajar mereka
kerana pihak sekolah menganggap alatan tersebut bernilai beribu-ribu malah berjuta-juta
ringgit. Sekiranya berlaku kerosakkan maka kemungkinan besar pelajar-pelajar sekolah
tidak dapat menganti rugi alatan tersebut. Ini menjadi salah satu sebab pelajar sekolah
tidak dapat didedahkan dengan alatan yang canggih serta moden ini.
Oleh sebab itu, sebagai seorang guru PJK atau jurulatih sekolah yang baik
perlulah mengkaji dengan terperinci tentang alat yang bakal digunakan untuk pelajar-
pelajar atau atlit sekolah supaya memberi manfaat kepada mereka dan tidak merugikan
pembeliannya. Selain itu, guru PJK atau jurulatih sekolah boleh mengunakan pemikiran
mereka yang inovatif dan kreatif untuk merekacipta alat-alat yang mereka berfikir
mempunyai kegunaan kepada para pelajar seperti treadmill, alat untuk step test, sit up
test serta lain-lain lagi.
Maka penyelidik telah mendapat satu idea yang baru untuk merekacipta alat
“Treadmill” di mana alat ini dapat digunakan untuk menguji daya tahan kardiovaskular
pelajar. Memadangkan dalam Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) terdapat
ujian untuk menguji tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular pelajar dengan berlari
sejauh 2.4km. Maka penyelidik telah berazam untuk memindahkan konsep ini untuk
merekacipta alat “Treadmill” dengan alat digital yang dapat mengesan jarak dan masa
sekiranya subjek berlari menggunakannya.
Ujian untuk menguji tahap kecergasan kardiovaskular ini biasanya dijalankan di
sekolah dengan pelajar-pelajar dikehendaki berlari sejauh 2.4 km di padang ataupun di
jalan raya. Masa subjek akan dicatat dengan menggunakan jam randik. Di samping itu,
pelajar terpaksa berlari di padang ataupun jalan raya di bawah cuaca yang panas ataupun
cuaca hujan. Keselamatan pelajar juga tidak dapat dijamin sekiranya pelajar
dikehendaki menjalankan ujian di jalan raya.
Masalah-masalah ini dapat diatasi dengan merekacipta alat “Treadmill” dengan
alat digital yang dipasang di alat tersebut di mana ia dapat mengesan jarak dan masa
yang dicatat oleh subjek. Alat digital ini akan menunjukkan satu bacaan yang lebih tepat
jika dibandingkan dengan jam randik yang kemungkinan pencatat akan lambat atau lebih
awal untuk menekan butangnya. Ini bermakna masa yang diambil oleh subjek akan
mempunyai ralat dengan norma yang ditetapkan. Selain itu, pelajar juga boleh
menggunakan alat “Treadmill” untuk menjalankan ujian atau latihan tanpa mengira
waktu ataupun cuaca. Ini disebabkan alat “Treadmill” ini akan diletakan dalam makmal
sukan atau bilik kecergasan bagi mereka menjalankan ujian. Ini secara tidak langsung
dapat menjaminkan keselamatan pelajar.
1.3 Pernyataan Masalah
Kekurangan peralatan untuk guru Pendidikan Jasmani menjalankan sesuatu ujian
kecergasan memang menyusahkan guru yang mengajar mata pelajaran ini. Ini kerana
guru tidak dapat menguji pelajarnya dengan sepenuhnya. Pelajar-pelajar mungkin perlu
menunggu giliran mereka untuk bermain atau menggunakan sesuatu peralatan itu. Oleh
kerana para pelajar perlu menunggu giliran untuk bermain maka ini juga merupakan
salah satu faktor pelajar-pelajar menjadi kurang berminat untuk mengikuti kelas
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan di sekolah dan dengan itu para guru tidak dapat
menguji tahap kecergasan pelajar dengan sempurna.
Selain itu, kebanyakan peralatan yang ada di sekolah juga telah lama dan
mungkin juga telah rosak. Apabila sesuatu peralatan itu rosak atau telah lama digunakan,
maka berkemungkinan besar peralatan itu tidak lagi selamat untuk digunakan. Peralatan
itu mungkin akan menyebabkan kecederaan kepada pelajar.
Oleh kerana peralatan UKJK memainkan peranan yang amat penting dalam mata
pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan, maka mereka cipta sendiri atau membina
sendiri sesuatu peralatan itu adalah penting untuk menggantikan peralatan yang tidak
cukup atau menggantikan peralatan yang telah rosak. Kreativiti yang ada pada seseorang
guru itu adalah penting untuk dia mereka cipta peralatan UKJK yang boleh digunakan
dalam menguji tahap kecergasan pelajar. Ini bukan sahaja menjimatkan duit sesebuah
sekolah kerana alat yang direka cipta biasanya akan lebih mudah berbanding dengan alat
yang dijual di pasaran malah ia dapat menunjukkan seseorang guru itu mempunyai
pemikiran yang kreatif dan inovatif dimana guru tersebut dapat mereka cipta alat sendiri.
Sebenarnya pelajar-pelajar juga suka melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan
apabila mereka berpeluang melakukannya. Mereka suka bermain dengan alat-alat yang
boleh memberikan mereka kepuasan setelah melakukannya. Alat-alat yang boleh
memberikan mereka kepuasan adalah seperti peralatan UKJK, bola dan sebagainya.
Maka, pelajar-pelajar tidak didedahkan kepada penggunaan peralatan UKJK
semasa di peringkat sekolah. Pelajar-pelajar tidak mempunyai pengetahuan mengenai
penggunaan peralatan UKJK dan ini menyebabkan mereka mempunyai pandangan
bahawa melakukan latihan dengan menggunakan peralatan UKJK akan membahayakan
kesihatan. Ini lebih terjadi kepada pelajar-pelajar yang tinggal di luar bandar. Mereka
begitu takut untuk cuba menggunakan peralatan canggih untuk melakukan latihan.
Dengan ini, merekacipta alat UKJK iaitu “Alat Treadmill” yang berserta dengan
alat elektronik untuk menguji daya kecergasan kardiovaskular pelajar adalah sesuai
untuk kegunaan pelajar-pelajar. Mereka boleh menggunakan alat ini bukan sahaja pada
masa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan malah pada bila-bila masa yang mereka rasakan
sesuai. Alat ini juga boleh memberi banyak kebaikan kepada mereka. Contohnya
mengenai kekuatan daya tahan kardiovaskular dan juga mengenai otot-otot yang terlibat
semasa melakukan sesuatu latihan dengan menggunakan alat “Treadmill” ini.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk:
1.4.1 Mengetahui keberkesanan alat “Treadmill” yang telah direka bentuk dalam
menguji daya tahan kardiovaskular subjek.
1.4.2 Mendapatkan maklum balas mengenai alat “Treadmill” daripada pelajar-pelajar
Sains Sukan tahun 1 hingga tahun 4 Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
Johor
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Adakah alat “Treadmill” yang direkacipta dapat menguji daya tahan
kardiovaskular subjek dengan berkesan?
1.5.2 Adakah alat “Treadmill” yang telah direkabentuk ini disukai oleh pelajar-pelajar
Sains Sukan tahun 1 hingga tahun 4 Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
Johor?