sad

15
1.0 ABSTRAK Pada tahun 2010 , Program LINUS bagi murid Tahun 1 telah dimulakan. Program ini bertujuan memastikan murid-murid tahap 1 (1, 2 dan 3 ) adalah boleh menulis dan membaca . Program LINUS ini juga adalah salah satu program yang terletak di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara( NKRA ). Tahun 2011 merupakan tahun kedua saya mengajar Bahasa Melayu Tahun Satu.Saya memilih masalah murid LINUS sebagai Kajian Tindakan saya. Merujuk kepada analisa Saringan 1(Membaca dan menulis) dan peperiksaan pertengahan tahun ( 2011 ) yang lalu, saya mendapati ramai murid Tahun Satu Pesona Sek.Keb. St. Anthony Cawangan Langkap,yang masih belum menguasai kemahiran mengeja suku kata terbuka ( kv ). Kumpulan murid-murid ini adalah tergolong dalam kumpulan murid Linus dan Linus tegar (Literasi ). 2.0 REFLEKSI PENGAJARAN YANG LALU. Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang lalu dan saringan linus 2, didapati masih ramai murid tahun satu pesona yang belum menguasai kemahiran mengeja suku kata terbuka (kv). Sekiranya murid-murid ini tidak boleh mengeja suku kata (kv) agak sukar bagi mereka untuk menguasai kemahiran- kemahiran berbahasa yang lain seperti membaca ayat dan menulis. 3.0 FOKUS KAJIAN /ISU KEPERIHATINAN

Upload: joel-floyd

Post on 18-Jan-2016

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sad

TRANSCRIPT

Page 1: sad

1.0       ABSTRAK        Pada tahun 2010 , Program LINUS bagi murid Tahun 1 telah dimulakan. Program

ini bertujuan memastikan murid-murid tahap 1 (1, 2 dan 3 ) adalah boleh menulis dan

membaca . Program LINUS ini juga adalah salah satu program yang terletak di bawah

Bidang Keberhasilan Utama Negara( NKRA ). Tahun 2011 merupakan tahun kedua

saya mengajar Bahasa Melayu Tahun Satu.Saya memilih masalah murid LINUS

sebagai Kajian Tindakan saya.

Merujuk kepada analisa Saringan 1(Membaca dan menulis) dan  peperiksaan

pertengahan tahun ( 2011 ) yang lalu, saya mendapati ramai murid Tahun Satu Pesona

Sek.Keb. St. Anthony  Cawangan  Langkap,yang masih belum menguasai kemahiran

mengeja suku kata terbuka ( kv ). Kumpulan murid-murid ini adalah tergolong dalam

kumpulan murid Linus dan Linus tegar (Literasi ).

2.0       REFLEKSI PENGAJARAN YANG LALU.

Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang lalu dan

saringan linus 2, didapati masih ramai murid tahun satu pesona yang belum menguasai

kemahiran mengeja suku kata terbuka (kv). Sekiranya murid-murid ini tidak boleh

mengeja suku kata (kv) agak sukar bagi mereka untuk menguasai kemahiran-

kemahiran berbahasa yang lain seperti  membaca ayat dan menulis.

  

3.0       FOKUS KAJIAN /ISU KEPERIHATINAN

Fokus kajian ini tertumpu kepada masalah pembelajaran yang dialami oleh

murid-murid Tahun Satu Pesona Sek.Keb.St.Anthony Cawangan Langkap (Tahun

2011).Kumpulan murid yang terlibat ini menghadapi masalah mengeja dan

membunyikan suku kata terbuka (kv). Seterusnya, mereka menghadapi masalah sukar

mengeja dan membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv + kv)

ataupun (kv + kv + kv ).

Page 2: sad

4.0       OBJEKTIF KAJIAN

          Dalam kajian yang dijalankan ini, saya mensasarkan kepada objektif yang ingin

dicapai terbahagi kepada dua iaitu :

            a.Objektif Umum

1) Murid-murid dapat meningkatkan prestasi murid-murid Tahun 1 Pesona.

                       

            b.Objektif Khusus

1) Murid-murid Tahun 1 Pesona dapat mengeja suku kata terbuka (kv )

2) Murid-murid Tahun 1 Pesona  dapat mengeja perkataan yang mengandungi suku

kata terbuka (kv + kv)   

  

5.0       KUMPULAN SASARAN

Fokus kajian ini mensasarkan murid Tahun 1 Pesona yang masih belum

menguasai kemahiran mengeja  suku kata terbuka (kv) dan seterusnya mengeja

perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv + kv)

                                          Jumlah murid sasaran =           20   orang

                                          Jumlah murid lelaki       =          14    orang

                                         Jumlah murid perempuan =          6   orang

  

Pecahan murid sasaran mengikut bangsa dan jantina adalah seperti berikut :

Lelaki Perempuan Jumlah

Melayu 6 orang 1 orang 7 orang

India 5 orang 4 orang 9 orang

Lain-lain(Asli) 3 orang 1 orang 4 orang

6.0       PELAKSANAAN KAJIAN

Page 3: sad

            5.1 Tinjauan Masalah

                        a)Temubual dengan guru

                        Kaedah temubual dengan guru pula dibahagikan kepada :

                                     i.guru yang mengajar mata pelajaran teras      

                                   ii.guru yang mengajar bukan mata pelajaran teras

                        b)Temubual dengan murid

                                              c)Temubual dengan waris/penjaga

                                             d)Temubual dengan rakan sebaya

i. Temubual dengan guru

          Merujuk kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran kelas Tahun 1

Pesona ,masalah pembelajaran murid Tahun 1 Pesona yang tidak dapat menguasai

kemahiran mengeja dan membunyikan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka

(kv) ialah kebanyakan daripada mereka belum menguasai kemahiran mengenal huruf –

huruf vokal dan huruf-huruf konsonan dengan sepenuhnya.

         Menurut guru-guru yang  mengajar  bukan mata pelajaran teras pula, kebanyakan

murid-murid yang bermasalah ini ini tidak dapat menumpukan perhatian terhadap

pengajaran guru. Di  samping itu , murid-murid ini juga cepat berasa bosan dan mula

mengganggu rakan-rakan yang lain.

ii. Temubual dengan murid

            Hasil temubual guru dengan murid-murid yang bermasalah ini ialah mereka

berasa sukar untuk mengeja dan membunyikan suku kata terbuka(kv) dan perkataan

yang mengandungi suku kata terbuka (kv + kv) kerana beberapa huruf vokal dan huruf-

huruf konsonan yang belum dikuasai sepenuhnya.

            Mereka juga menyatakan kurang  mendapat sokongan dan motivasi daripada

keluarga di rumah. Apabila berada di rumah, murid-murid tidak dapat mengulangkaji

pelajaran dan tiada panduan yang baik untuk dicontohi.

c) Temubual dengan waris /penjaga

Page 4: sad

“Hari Interaksi “ diadakan di sekolah selepas keputusan peperiksaan

pertengahan tahun diperolehi. Ibu bapa atau penjaga dijemput ke sekolah untuk

berinteraksi dengan guru mengenai perkembangan prestasi anak-anak ate anak di

bawah penjagaan mereka. Kesempatan ini digunakan oleh guru untuk berinteraksi bagi

mengetahui keadaan murid-murid yang bermasalah ini semasa mereka berada di

rumah.

         Daripada temubual yang dijalankan , kebanyakan ibu bapa atau penjaga murid-

murid tidak mempunyai masa yang banyak untuk memantau kerja rumah yang

diberikan oleh guru. Desakan kos hidup yang semakin meningkat dan rata-rata bekerja

di kebun atau bekerja sendiri memaksa mereka untuk bekerja keras dan bekerja lebih

masa . Setelah pulang bekerja, mereka sudah keletihan dan tidak sempat untuk

memantau kerja rumah dan pelajaran mereka di rumah. Ditambah pula dengan

kebanyakan ibu bapa dan penjaga yang berpendidikan rendah, mereka berasa rendah

diri dengan menyatakan tidak pandai untuk mengajar anak-anak  mereka di rumah.

d) Temubual dengan rakan sebaya

            Rakan-rakan sebaya juga memainkan peranan penting dalam memastikan

peningkatan prestasi murid-murid yang bermasalah ini. Pengaruh rakan yang tidak baik

akan menyebabkan murid-murid juga berprestasi tidak baik. Daripada temubual rakan

sebaya daripada kumpulan murid Perdana, murid-murid yang bermasalah ini suka

mengganggu rakan yang lain  dan tidak suka belajar. Kebanayakan murid Perdana

kurang selesa untuk membimbing rakan-rakan linus dan linus tegar yang suka

mengganggu rakan lain.

5.2       Rumusan Tinjauan Masalah

Berdasarkan kepada tinjauan masalah yang dijalankan, terdapat tiga rumusan

yang perlu diberi perhatian serius untuk memastikan murid-murid yang bermasalah ini

tidak terus hanyut dibelenggu masalah yang dianggap kecil ini. Tindakan segera perlu

Page 5: sad

dilakukan agar murid-murid ini dapat keluar daripada kelompok murid linus dan linus

tegar dan seterusnya mencapai hasrat NKRA ( Nilai Keberhasilan Utama Negara)

Rumusan :

            i) memastikan murid-murid yang bermasalah ini mendapat sokongan dan

motivasi        daripada  ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan sebaya.

            ii) memastikan murid-murid bermasalah ini menguasai kemahiran mengecam

dan mengenal huruf-huruf vocal dan konsonan dengan dengan baik.

            iii) menguasai kemahiran mengeja dan membunyikan suku kata terbuka (kv )

dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv + kv).

5.3       Melaksanakan Tindakan

            Beberapa program dan aktiviti telah dijalankan  bagi meningkatkan prestasi

murid-murid yang bermasalah ini bagi memastikan mereka keluar daripada kepompong

murid linus dan linus tegar. Di antara program dan aktiviti yang dirancang ialah :

           

a)                Permata Hati

        Program ini dijalankan setelah Hari Interaksi bersama ibu bapa dilaksanakan.

Melalui program ini, Ibu bapa berperanan memantau perkembangan prestasi anak-anak

mereka di rumah. Mereka hanya memastikan anak-anak menyiapkan kerja rumah yang

diberikan oleh guru. Selain daripada itu, mereka diharapkan dapat memberikan motivasi

kepada anak-anak agar belajar bersungguh-sungguh.

        Ibu bapa atau penjaga akan diberikan ‘Kad Pemantauan Kerja Rumah (Lampiran

1). Setiap kerja rumah yang diberikan oleh guru perlu ditandatangani juga oleh ibu bapa

penjaga bagi memastikan murid-murid menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.Di

samping keja rumah, mereka diharapkan dapat memberikan sokongan dan motivasi

kepada anak-anak agar berminat untuk belajar. Perjumpaan dengan ibu bapa atau

penjaga secara langsung dan tidak langsung juga diadakan bagi memastikan program

ini berjalan lancar.

Pemerhatian :

Page 6: sad

Beberapa bulan selepas program ini dijalankan, murid-murid mula menunjukkan

minat         belajar dan menyiapkan kerja rumah yang diberikan walaupun tidak

sepenuhnya.

Refleksi          :

Hasil program ini menunjukkan peningkatan motivasi dan dorongan dalam diri

murid-murid dan keadaan ini memberikan kesan yang positif kepada murid-murid untuk

belajar dan seterusnya memperbaiki kelemahan diri.

b)                Sinar Pagi

         Aktiviti ini dijalankan setiap pagi hari persekolahan kecuali hari Isnin kerana

diadakan perhimpunan mingguan.Kumpulan tertentu akan membaca secara berlagu

tentang huruf-huruf dan suku kata secara berkumpulan mengikut tahap kebolehan.

Seorang ketua dilantik  bagi memastikan semua ahli kumpulan yang hadir pada hari

tersebut melakukan aktiviti yang sama. Melalui aktiviti ini adalah diharapkan akan dapat

memberikan sinar yang baharu kepada murid-murid ini.

Pemerhatian :

Hasil pemerhatian yang dijalankan melalui aktiviti ini, beberapa orang murid telah

mula menunjukkan peningkatan dalam mengenal huruf dan suku kata terbuka (kv).

Refleksi            :

Aktiviti secara berkumpulan ini banyak memberikan kesan yang positif kepada

murid-murid untuk belajar kerana berada dalam kumpulan yang kecil dapat memberikan

lebih keyakinan dalam diri murid-murid. Keyakinan sangat penting wujud dalam diri

untuk memotivasikan diri serta mengelakkan rasa rendah diri yang begitu tinggi dalam

diri muridmurid yang lemah.

c)         Program ‘Menggapai Bintang’

     Program ini bertujuan memberikan perangsang kepada kepada murid-murid untuk

meningkatkan usaha mengumpulkan seberapa banyak ‘bintang’ dan boleh ditukarkan

Page 7: sad

dengan hadiah-hadiah tertentu seperti pensel, pemadam,buku nota dan sebagainya.

Bagi mendapatkan ‘bintang ’ yang telah disediakan oleh guru, murid-murid perlu

berusaha untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dengan baik dan kemas.

Sekiranya latihan membaca dijalankan, murid-murid perlu menguasai beberapa kriteria

yang telah ditetapkan. Di samping menguasai kemahiran belajar, murid-murid yang

menunjukkan sikap baik atau mengamalkan nilai-nilai murni juga diberi ganjaran

‘bintang.

Pemerhatian:

Sepanjang perjalanan program ini dijalankan, murid-murid menunjukkan minat

untuk  melakukan tugasan yang diberikan dengan baik dan bersungguh-sungguh.

Ramai murid yang terlibat telah mendapat ganjaran yang ditawarkan oleh guru.

Refleksi    :

Walaupun program ini dilihat seakan murid-murid melakukan tugasan kerana

untuk mendapatkan sesuatu, namun kesan yang diperolehi sangat menggalakkan.

Murid-murid melakukan tugasan dengan baik di samping wujudnya semangat

‘persaingan yang sihat’ di kalangan murid-murid. Mereka perlu berusaha dengan

bersungguh-sungguh untuk memperolehi sesuatu yang diharapkan.

d)         Aktiviti Latih tubi (Buku Suku Kata Berwarna)

Selepas sesi pengajaran khas untuk murid-murid linus dan linus tegar dijalankan,

aktiviti latih tubi akan dijalankan bagi memastikan murid-murid diberi pengukuhan dan

tidak mudah lupa tentang perkara-perkara yang baru dipelajari.Buku rujukan membaca

yang digunakan mengandungi suku kata terbuka (kv  + kv ) yang diwarnakan dengan

warna yang berbeza. Contoh buku “Bacalah Sayang”

Pemerhatian:

Ujian serta-merta secara lisan atau bertulis dijalankan bertujuan menguji daya

ingatan murid-murid semasa /selepas sesi pengajaran dan pembelajaran menunjukkan

murid-murid dapat menjawab hampir 70%  soalan yang dinyatakan oleh guru.

Page 8: sad

Refleksi    :

Latih tubi dilihat dapat memberikan impak yang positif kerana dapat

mengukuhkan ingatan murid-murid agar ingatan murid menjadi lebih lama atau kekal

tentang perkara-perkara yang dipelajari setiap hari.

5.4       Penilaian

            Berdasarkan beberapa program dan aktiviti yang dijalankan dengan kerja sama

semua pihak termasuk ibu bapa dan penjaga murid-murid, terdapat peningkatan

prestasi di kalangan murid-murid dalam kumpulan linus dan linus tegar.

Jadual dibawah menunjukkan perbezaan pencapaian prestasi murid linus dan murid

tegar.

                       

Sebelum Kajian Tindakan(Selepas Saringan 1)

Lelaki Perempuan Jumlah

Melayu 6 orang 1orang 7 orang

India 5 orang 4 orang 9 orang

Lain-lain(Asli) 3 orang 1orang 4 orang

            Selepas Kajian Tindakan(Selepas Saringan 3)

Lelaki Perempuan Jumlah

Melayu 1 orang tiada 1 orang

India 4 orang        1

orang      

5 orang

Lain-lain(Asli) 2 orang          tiada 2 orang

Analisa  daripada jadual dapat diterjemahkan ke dalam graf seperti berikut :

SEBELUM KAJIAN TINDAKAN(SELEPAS SARINGAN 1)

Page 9: sad

SELEPAS KAJIAN TINDAKAN(SELEPAS SARINGAN 3)

6.5       Refleksi Kajian

          Berdasarkan kajian tindakan yang dijalankan , kita dapat membuat kesimpulan

bahawa sesuatu masalah pengajaran atau pembelajaran yang dihadapi di sekolah

dapat diselesaikan walaupun tidak seratus peratus berjaya. Kerjasama  semua pihak

seperti ibu bapa , penjaga , guru-guru , pihak sekolah dan diri pelajar itu sendiri akan

membuahkan hasil yang baik . Walau bagaimanapun, kejayaan tidak akan datang

bergolek tanpa ada usaha keras yang berterusan dan juga menuntut kesabaran yang

tinggi dalam diri seseorang yang bernama guru.

Page 10: sad

Berdasarkan kepada keputusan selepas saringan 3 yang telah dijalankan, masih

terdapat seramai 8 orang murid linus bagi kelas Tahun 1 Pesona ini yang mewakili 

70.37% daripada jumlah keseluruhan murid. Peratusan ini belum mencapai sasaran

yang telah ditetapkan oleh kementerian Pelajaran Malaysia iaitu selepas saringan 3

dijalankan adalah diharapkan mencapai 90%  daripada keseluruhan murid. Walau

bagaimanapun, jika dibandingkan dengan pencapaian murid selepas saringan 1, hanya

mencapai 25.93% sahaja daripada keseluruhan murid termasuk dalam kumpulan

Perdana. Dengan kajian tindakan yang telah dijalankan ini, telah meningkatkan

peratusan murid Perdana ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Berdasarkan analisa

SWOT, masih terdapat beberapa ancaman yang menghalang pencapaian seratus

peratus Perdana.

7.0       Kajian Untuk Kajian Seterusnya.

       Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan sekiranya ingin menjalankan kajian

yang seterusnya.Misalnya, masalah pembelajaran murid dapat diperolehi lebih awal

lagi. Oleh itu masa yang lebih lama akan dapat memberikan kesan yang lebih baik

apabila sesuatu program atau aktiviti dijalankan. Keberkesanan sesuatu program atau

aktiviti juga akan   dapat dipantau dengan lebih telus. Di samping itu beberapa

kekangan lain seperti kemudahan pembelajaran untuk murid-murid perlu ditambah dan

dipelbagaikan , peruntukan masa yang lebih perlu diberikan kepada murid-murid linus

dan linus tegar dan kerjasama semua pihak adalah diperlukan. Dalam hal ini, peranan

guru pemulihan juga perlu dipertingkatkan bagi membantu murid-murid linus tegar.Di

sekolah saya ( di cawangan Langkap), tiada kuota guru pemulihan.

8.0       Rujukan

1) Ee Ah Meng (1990).Pedagogi Satu Pengenalan Edisi Kedua,Kuala Lumpur Fajar

Bakti   

Sdn.Bhd.

2) Juriah Long,Raminah Hj.Sabran,Sofia Hamid (1990),Perkaedahan Pengajaran

Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur:Fajar Bakti Sdn.Bhd

Page 11: sad

3) Ainon Mohd.,Abdullah Hassan,(2002),Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah,   

Kuala Lumpur :PTS Publications &Distributors Sdn.Bhd.

4) Nurulhuda Abdul Rahman et al. (Eds.) (2011).Modul 1 Pengajaran,Teknologi

&Penaksiran Jilid 1 KPD3016 & KPD3026. Tanjung Malim:Fakulti Pendidikan

&Pembangunan Manusia, UPSI

5) Annuar Ayub(Christoper Bowring-Carr,John West-Burnham) (1999), Pembelajaran

Berkesan di Sekolah,Kuala Lumpur:Institut Terjemahan Negara Malaysia