sainsksf

6
SAINS & TEKNOLOGI ARKIB : 08/01/2010 IMB tumpu bioteknologi marin MEMBINCANGKAN mengenai industri bioteknologi tempatan, tidak dapat tidak, kita perlu mengakui bahawa ia semakin berkembang sejak kerajaan melancarkan Dasar Bioteknologi Kebangsaan pada 2005. Dasar tersebut menjadi penggerak bidang bioteknologi yang mempunyai sembilan teras dan tiga fokus iaitu bioteknologi pertanian, industri dan penjagaan kesihatan. Dasar tersebut yang merangkumi tiga fasa bermula pembangunan kapasiti (2006-2010), sains kepada perniagaan (2011-2015) dan perniagaan global (2015-2020) memberi harapan besar kepada penggiat bidang tersebut bahawa kerajaan akan memacu bioteknologi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi. Bidang bioteknologi sebenarnya bukan baru di Malaysia, Ramai yang mengetahui bagaimana menghasilkan tapai dan tempe yang telah dianggap sebagai kaedah bioteknologi tradisional. Dalam pada itu, kecenderungan industri kepada bidang ini telah bermula sejak Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) lagi. Antara elemen terpenting khususnya pertanian iaitu kultur tisu dan pengekstrakan sebatian bioaktif daripada tumbuhan tertentu. Kedudukan Malaysia sebagai antara 12 negara di dunia yang memiliki kekayaan biologi atau mega biodiversiti juga dianggap faktor yang menggerakkan penyelidikan dalam bidang bioteknologi di universiti-universiti, institusi penyelidikan dan juga sektor swasta. EKSTRAK sebatian yang diperoleh daripada organisma marin.

Upload: aref-asraf

Post on 05-Dec-2014

22 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

cs

TRANSCRIPT

Page 1: SAINSksf

SAINS & TEKNOLOGI

ARKIB : 08/01/2010

IMB tumpu bioteknologi marin

MEMBINCANGKAN mengenai industri bioteknologi tempatan, tidak dapat tidak, kita perlu mengakui bahawa ia semakin berkembang sejak kerajaan melancarkan Dasar Bioteknologi Kebangsaan pada 2005.

Dasar tersebut menjadi penggerak bidang bioteknologi yang mempunyai sembilan teras dan tiga fokus iaitu bioteknologi pertanian, industri dan penjagaan kesihatan.

Dasar tersebut yang merangkumi tiga fasa bermula pembangunan kapasiti (2006-2010), sains kepada perniagaan (2011-2015) dan perniagaan global (2015-2020) memberi harapan besar kepada penggiat bidang tersebut bahawa kerajaan akan memacu bioteknologi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi.

Bidang bioteknologi sebenarnya bukan baru di Malaysia, Ramai yang mengetahui bagaimana menghasilkan tapai dan tempe yang telah dianggap sebagai kaedah bioteknologi tradisional.

Dalam pada itu, kecenderungan industri kepada bidang ini telah bermula sejak Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) lagi. Antara elemen terpenting khususnya pertanian iaitu kultur tisu dan pengekstrakan sebatian bioaktif daripada tumbuhan tertentu.

Kedudukan Malaysia sebagai antara 12 negara di dunia yang memiliki kekayaan biologi atau mega biodiversiti juga dianggap faktor yang menggerakkan penyelidikan dalam bidang bioteknologi di universiti-universiti, institusi penyelidikan dan juga sektor swasta.

Bagaimanapun, masih banyak usaha perlu dilakukan bagi menjadikan Malaysia bersaing dalam industri bioteknologi terutama dalam pembangunan modal insan.

Ini kerana, jumlah kepakaran tempatan dalam bidang tersebut masih kurang manakala produk berasaskan bioteknologi kebanyakannya masih di peringkat penyelidikan, belum pun masuk ke pasaran komersial, terutama farmaseutikal dan industri.

Justeru, selain makmal interim yang diwujudkan di bawah dasar tersebut, pusat-pusat penyelidikan atau fakulti di institusi pengajian tinggi memainkan peranan menjalankan penyelidikan dalam pelbagai aspek bidang bioteknologi, terutama pencarian sebatian aktif daripada haiwan atau tumbuhan.

EKSTRAK sebatian yang diperoleh daripada organisma marin.

Page 2: SAINSksf

Di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Institut Bioteknologi Marin (IMB) antara yang aktif menjalankan penyelidikan tersebut dan sesuai dengan namanya, ia memberi tumpuan kepada organisma dan haiwan marin.

Pengarah IMB, Prof. Dr. Mohd. Effendy Abd. Wahid berkata, bioteknologi marin merupakan salah satu daripada tumpuan penyelidikan UMT berdasarkan kepada keputusan Kabinet pada April 2005.

Selain marin, bidang lain ialah akuakultur, penyelidikan dan pemuliharaan hutan bakau, pemuliharaan dan penyelidikan penyu serta pengurusan dan konservasi biodiversiti.

"Institut ini ditubuhkan pada Jun 2006 dengan misi untuk membantu pembangunan bioteknologi menerusi aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan," katanya.

Beliau berkata, meskipun baru ditubuhkan kira-kira tiga tahun lalu, IMB berbangga kerana selain dilengkapi dengan kemudahan terkini seperti Nuclear Magnetic Resonance (NMR), mikroskop digital, pembaca ELISA, mikroskop analisis imej, sistem tindak balas berangkai polimerase (PCR) dan pengempar, ia juga memiliki pelbagai makmal lain.

Ini termasuk makmal kultur sel haiwan, histologi, mikrobiologi, proteomik dan genomik, makmal basah dan juga makmal biokimia produk semula jadi.

IMB juga kata Dr. Mohd Effendy, mempunyai ahli panel penasihat dalaman iaitu Prof. Dr. Mohd. Zaini Asmawi dari Sekolah Sains Farmaseutikal USM, Prof. Dr. Aishah Adam (Fakulti Farmasi UiTM Shah Alam), Prof. NathalieBourgougnon (University of South Bretagne, Vannes, Perancis dan juga Prof. Datin Dr. Ann Anton dari Institut Penyelidikan Bioteknologi Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Setakat ini menurut Dr. Mohd. Effendy, antara penyelidikan yang telah dijalankan berkaitan genomik dan protemik ialah penentuan regulasi hormon pertumbuhan ikan patin pada saliniti air berlainan dan kajian hibrid dua spesies berbeza ikan patin.

Manakala dalam makmal hasilan semula jadi beberapa aktiviti dijalankan antaranya penskrinan sebatian aktif kuda laut, penskrinan peptida dan protein daripada mentimun laut.

Penyelidikan lain termasuk pengasingan sebatian aktif daripada Red Actinomycetes dari perairan pulau Bidong, dan penskrinan antioksidan daripada rumpai laut tempatan.

Sesuai dengan matlamat penubuhannya, penyelidikan turut mencakupi pengasingan mikrob daripada kuda laut, marin organisme dan juga pengasingan mikrorganisme marin daripada substrat marin dan kajian bahan penggalak pertumbuhan bakteria pada mikrob marin.

Dalam pada itu, beberapa kejayaan telah dicapai oleh IMB sejak beberapa tahun lepas antaranya menemui sebatian aktif saponin daripada kulit pisang yang berpotensi merawat luka dan menghilangkan parut.

Page 3: SAINSksf

Dapatan lain termasuk sebatian aktif daripada kuda laut , ekstrak dua spesies rumpai laut untuk kegunaan kosmetik, kolagen daripada sumber obor-obor jenis putih dan merah, dan juga minuman sihat daripada ekstrak sejenis sayuran dan mentimun laut. - LAUPA JUNUS

Page 4: SAINSksf

DALAM NEGERI

ARKIB : 22/12/2009

Kemalangan di tempat kerja membimbangkan

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Kes kemalangan di tempat kerja masih pada tahap yang membimbangkan dengan enam kes kemalangan bagi setiap 1,000 pekerja dilaporkan tahun lalu.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia jauh lebih tinggi berbanding negara maju yang hanya merekodkan nisbah dua daripada 1,000 pekerja pada tahun yang sama.

''Bagaimanapun ia menurun berbanding tahun 2006 dan 2007 dengan kadar kemalangan yang dicatatkan masing-masing sebanyak nisbah 6.5 dan 6.1 daripada 1,000 pekerja,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di sini hari ini.

Seminar bertemakan Laporan Kemalangan, Penyiasatan dan Pencegahan disertai 300 peserta yang terdiri daripada pekerja, majikan dan pengamal OSH.

Turut hadir Pengarah Eksekutif NIOSH, Ir. Rosli Hussin.

Lam Thye berkata, NIOSH sedang berusaha bagi membolehkan negara mengatasi negara maju dan seterusnya mencapai matlamat kemalangan sifar pada masa akan datang

Menurutnya, pelbagai pihak perlu memainkan peranan serta memastikan aspek keselamatan dititikberatkan bagi mencapai matlamat itu.

Tambahnya, ia bukan satu perkara yang boleh dicapai dalam waktu yang singkat, namun rakyat perlu mengambil iktibar daripada kemalangan yang berlaku supaya dapat dielakkan pada masa hadapan.

''Isu keselamatan tidak boleh dipandang remeh, kerana pada tahun lalu sahaja Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membayar sebanyak RM1.18 bilion bagi pampasan kemalangan kepada pekerja,'' katanya.