sajak sejadah rindu

3
Sajak Sejadah Rindu (Karya Mohd Haikal Bin Aminuddin) Maksud Setiap Rangkap Sajak Rangkap 1: Terkedu aku di sejadah rindu mengungkap kalimah syahdu merekah keinsafan di hati yang beku mengenang dosaku yang terdahulu Maksud: Penyajak berdiam sambil bermunajat kepada Allah SWT sewaktu berada di atas sejadah. Beliau mengadu kepada yang Maha Esa sambil memuji kehebatan dan kebesaran Yang Maha Agung. Dalam bermunajat itulah timbul satu persatu segala kesilapan dan kesalahan yang pernah penyajak lakukan. Sebelum ini jiwanya selalu tertutup untuk memikirkan kesalahannya yang lalu. Rangkap 2: Berbekal pancaindera anugerah Tuhan Kupohon kembali nafas kehidupan dalam keterhadan dan keterbatasan insan moga terbuka ruang keampunan sebelum saat aku dinisankan di masa yang Kautetapkan. Maksud: Dengan menggunakan segala pancaindera yang dikurniakan Tuhan, penyajak merayu agar Tuhan menunjukkan dia jalan ke arah kebenaran biarpun akur tentang segala kekurangan dirinya yang ada sebagai manusia biasa. Apa yang diharapkan agar segala taubatnya diterima sebelum beliau meninggal dunia. Rangkap 3 Air mata menjadi saksi keikhlasan menjadi bukti akhirnya aku sujud menghadap Ilahi di keheningan yang sepi lafaz taubat mengiringi nafas sebak kian mengikuti. Maksud: Penyajak menangis mengenangkan dosa-dosanya dan bertaubat dengan ikhlas sambil menyerahkan diri kepada Tuhan. Beliau menangis teresak-esak dalam suasana bening menyatakan keinsafan diri terhadap kesalahan lalu. Rangkap 4: Hati ini luluh jiwa yang kaku tersentuh ayat-ayat cinta disusun kukuh di sejadah rindu yang lusuh kemaafan yang kupohon sungguh dari Pencipta dalam gemuruh. Maksud: Keegoan diri penyajak musnah dan dia berasakan dirinya kosong. Penyajak memuji keagungan Tuhan di atas sejadahnya. Beliau memohon keampunan dengan sepenuh hati dengan penuh rasa takut hanya kepada Tuhan. Rangkap 5 Ungkapan doa pada Yang Esa izinkan aku menjadi manusia yang taat sentiasa pada perintah Maha Kuasa agar aku tidak lupa

Upload: saw

Post on 11-Jul-2016

120 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ghkjvc

TRANSCRIPT

Page 1: Sajak Sejadah Rindu

Sajak Sejadah Rindu(Karya Mohd Haikal Bin Aminuddin)

Maksud Setiap Rangkap Sajak Rangkap 1:

Terkedu akudi sejadah rindu

mengungkap kalimah syahdumerekah keinsafan di hati yang bekumengenang dosaku yang terdahulu

Maksud: Penyajak berdiam sambil bermunajat kepada Allah SWT sewaktu berada di atas sejadah. Beliau mengadu kepada yang Maha Esa sambil memuji kehebatan dan kebesaran Yang Maha Agung. Dalam bermunajat itulah timbul satu persatu segala kesilapan dan kesalahan yang pernah penyajak lakukan. Sebelum ini jiwanya selalu tertutup untuk memikirkan kesalahannya yang lalu.

Rangkap 2: Berbekal pancaindera anugerah Tuhan

Kupohon kembali nafas kehidupandalam keterhadan dan keterbatasan insan

moga terbuka ruang keampunansebelum saat aku dinisankandi masa yang Kautetapkan.

Maksud: Dengan menggunakan segala pancaindera yang dikurniakan Tuhan, penyajak merayu agar Tuhan menunjukkan dia jalan ke arah kebenaran biarpun akur tentang segala kekurangan dirinya yang ada sebagai manusia biasa. Apa yang diharapkan agar segala taubatnya diterima sebelum beliau meninggal dunia.

Rangkap 3 Air mata menjadi saksi

keikhlasan menjadi buktiakhirnya

aku sujud menghadap Ilahidi keheningan yang sepilafaz taubat mengiringi

nafas sebak kian mengikuti.

Maksud: Penyajak menangis mengenangkan dosa-dosanya dan bertaubat dengan ikhlas sambil menyerahkan diri kepada Tuhan. Beliau menangis teresak-esak dalam suasana bening menyatakan keinsafan diri terhadap kesalahan lalu.

Rangkap 4: Hati ini luluh jiwa yang kaku tersentuh

ayat-ayat cinta disusun kukuhdi sejadah rindu yang lusuh

kemaafan yang kupohon sungguhdari Pencipta dalam gemuruh.

Maksud: Keegoan diri penyajak musnah dan dia berasakan dirinya kosong. Penyajak memuji keagungan Tuhan di atas sejadahnya. Beliau memohon keampunan dengan sepenuh hati dengan penuh rasa takut hanya kepada Tuhan.

Rangkap 5 Ungkapan doa pada Yang Esaizinkan aku menjadi manusia

yang taat sentiasapada perintah Maha Kuasa

agar aku tidak lupadunia ini hanya bersifat sementara.

Maksud : Penyajak mengharapkan kepada Tuhan agar beliau menjadi hamba yang taat kepada perintahNya sepanjang hayat. Beliau juga berharap agar beliau tidak leka dengan kehidupan di dunia yang bersifat sementara.

TEMA ketuhanan dan ketaatan seseorang kepada agama. Hal ini dapat dibuktikan oleh penyajak yang berasa insaf ketika mendekatkan diri kepada Tuhan. Apabila mengabdikan diri kepada Tuhan, dia berharap agar dosa-dosanya dapat diampunkan sebelum dia meninggal dunia.

Persoalana) Keinsafan seseorang yang banyak berdosa.b) Kepentingan mendirikan sembahyang.c) Kepentingan didikan agamad) Kebaikan sifat bertaubat atas dosa yang

dilakukan.e) Pengabdian kepada Tuhan Yang Masa Esa.

GAYA BAHASA(a) MetaforaBuktinya, di sejadah rindu

(b) Bahasa asing, bahasa ArabBuktinya, mengungkap kalimah syahdudalam keterhadan dan keterbatasan insanaku sujud menghadap Ilahi

Page 2: Sajak Sejadah Rindu

lafaz taubat mengiringi

(c) Pengulangan kataBuktinya, di sejadah rindudi masa yang Kautetapkandi keheningan yang sepidi sejadah rindu yang luruh

(d) SinkopeBuktinya, mengenang dosaku yang terdahulukupohon kembali nafas kehidupandi masa yang Kautetapkankemaafan yang kupohon

(e) ResponsiBuktinya, izinkan aku menjadi manusiaagar aku tidak lupa

NILAI MURNI(a) Keinsafan(b) Kepercayaan kepada Tuhan(c) Rasional(d) Kesyukuran(e) Ketaatan(f) Hemah tinggi(g) Keikhlasan(h) Kejujuran(i) Keberanian

PENGAJARANa) Kita mestilah insaf akan kesilapan diri dan

kembali ke jalan hidup yang sebenar.b) Kita mestilah percaya bahawa adanya kita di

bumi ini kepada kuasa Tuhan yang Maha Esa.

c) Kita mestilah berfikiran matang dan rasional dalam tindakan terutamanya sewaktu usia semakin tua.

d) Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan atas segala nikmat dan peluang hidup yang dikurniakan kepada kita.

e) Kita mestilah taat akan didikan agama dan mengamalkan ajaran agama dengan penuh ketakwaan.

f) Kita mestilah mengakui kesalahan diri dan sedar bahawa keampunan daripada Tuhan dapat memberikan ketenangan hidup.

g) Kita mestilah ikhlas meminta keampunan daripada Tuhan Yang Maha Esa agar hidup menjadi lebih tenang.

h) Kita haruslah jujur dalam perbuatan dan tingkah laku agar tidak menyesal kemudian hari.

i) Kita mestilah berani menghadapi segala cabaran dalam kehidupan demi ketenangan hidup pada usia tua

Latihan:i. Apakah maksud rangkai kata merekah

keinsafan di hati yang beku? [2 markah] penuh dengan penyesalan atas dosa yang lalu

ii. Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu segera bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan? [4 markah]tidak mengulangi kesilapan / dosa diampunkan oleh Tuhan / insaf akankesalahan yang dilakukan / bimbang jika tidak sempat bertaubat dan terus bergelumang dengan dosa

iii. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang mendorong seseorang itu mendapat keberkatan dalam hidup? [ 4 markah]

iv. Berdasarkan sajak di atas, nyatakan tiga perlakuan yang menggambarkan keinsafan penyajak. (3 m)

v. Pada pendapat anda, mengapakah manusia perlu bertaubat kepada Tuhan? KBAT (3 m)