sastera moden

2
SASTERA MODEN DEFINISI Hasil- hasil sastera selepas tahun masihi 1800 digolongkan dalam sastera moden. (Haji Annas Haji Ahmad-1988) Modenisme lebih menitik beratkan pemutusan dari segi sejarah mungkin sebagai pembebasan daripada pola-pola yang diwarisi atau daripada sikap yang kaku, pengabaian dan penekanan unsur-unsur warisan lama. (Richard Ellman dan Charles Feidelson Jr-1976) GENRE SASTERA MODEN Cerpen Gabungan dua perkataan iaitu cerita pendek. Cerpan merupakan genre kesusasteraan disamping puisi novel dan drama kerana akhbar dan majalah menjadi media penerbitannya yang mempunyai penyebaran yang jauh lebih luas. Novel Novel merupakan karya panjang dan kompleks sifatnya dengan unsur-unsur utamanya seperti plot, perwatakan, latar dan, sudut pandangan. Istilah novel berasal dari bahasa itali novella yang bermaksud suatu benda kecil yang baru. Shahnon Ahmad-1972 mendefinisikan novel sebagai satu bentuk pentafsiran rencaman hidup manusia yang terbina dalam bentuk sastera cereka. Ia merupakan satu rangkuman tiga faktor utama yang saling kait antara satu sama lain, iaitu pengalaman peribadi, realiti rencaman hidup, dan imaginasi. Drama Menurut Za Ba, sehingga tahun 1940, tidak ada drama melayu yang asli ditulis atau di terbitkan ciri-ciri tradisional masih kuat mengikat bentuk persembahannya. Salah stu daripadanya ialah sifat improvisasi yang mengongkong drama tradisional daripada menghasilkan naskah bertulis. Pengertian darama itu sendiri asalnya memberikan tanggapan bahawa drama bukanlah sesuatu yang dicipta untuk dibaca, tetapi adalah untuk dilakonkan ditonton dan didengar. Puisi (sajak) Lahirnya bentuk sakjak dalam puisi melayu ialah akibat kegelisahan dan penentangan terhadap ikatan puisi yang tradisional, mengongkong kelahiran fikiraran individu yang menilai seni. Penyajak-penyajak baru tidak mahu lagi terikat dengan syarat-syarat tertentu yang terdapat pada pantun dan syair. Ciri-ciri sastera moden

Upload: zarul-shafiq

Post on 12-Sep-2015

336 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bahasa melayu

TRANSCRIPT

SASTERA MODENDEFINISI

Hasil- hasil sastera selepas tahun masihi 1800 digolongkan dalam sastera moden.(Haji Annas Haji Ahmad-1988)

Modenisme lebih menitik beratkan pemutusan dari segi sejarah mungkin sebagai pembebasan daripada pola-pola yang diwarisi atau daripada sikap yang kaku, pengabaian dan penekanan unsur-unsur warisan lama. (Richard Ellman dan Charles Feidelson Jr-1976)

GENRE SASTERA MODEN

Cerpen

Gabungan dua perkataan iaitu cerita pendek. Cerpan merupakan genre kesusasteraan disamping puisi novel dan drama kerana akhbar dan majalah menjadi media penerbitannya yang mempunyai penyebaran yang jauh lebih luas.

Novel

Novel merupakan karya panjang dan kompleks sifatnya dengan unsur-unsur utamanya seperti plot, perwatakan, latar dan, sudut pandangan. Istilah novel berasal dari bahasa itali novella yang bermaksud suatu benda kecil yang baru.

Shahnon Ahmad-1972 mendefinisikan novel sebagai satu bentuk pentafsiran rencaman hidup manusia yang terbina dalam bentuk sastera cereka. Ia merupakan satu rangkuman tiga faktor utama yang saling kait antara satu sama lain, iaitu pengalaman peribadi, realiti rencaman hidup, dan imaginasi.

Drama

Menurut ZaBa, sehingga tahun 1940, tidak ada drama melayu yang asli ditulis atau di terbitkan ciri-ciri tradisional masih kuat mengikat bentuk persembahannya. Salah stu daripadanya ialah sifat improvisasi yang mengongkong drama tradisional daripada menghasilkan naskah bertulis.

Pengertian darama itu sendiri asalnya memberikan tanggapan bahawa drama bukanlah sesuatu yang dicipta untuk dibaca, tetapi adalah untuk dilakonkan ditonton dan didengar.

Puisi (sajak)

Lahirnya bentuk sakjak dalam puisi melayu ialah akibat kegelisahan dan penentangan terhadap ikatan puisi yang tradisional, mengongkong kelahiran fikiraran individu yang menilai seni. Penyajak-penyajak baru tidak mahu lagi terikat dengan syarat-syarat tertentu yang terdapat pada pantun dan syair.Ciri-ciri sastera moden

1. Kesusateraan melayu moden tidak bersifat kolektif. Pada setiap karya yang dihasilkan tercatat nama pengarang dan lebih bersifat komersil.

2. Kesusateraan melayu moden bersifat moden dari segi bentuknya yang merangkumi struktur, plot, gaya, dan teknik serta konvensi lain sastera yang dicirikan pula oleh bahasa, persembahan, fungsi, dan faktor-faktor luaran yang lain.

3. Bahasa yang digunakan dalam kesusteraan melayu moden ialah bahasa melayu bangku. Kadangkala terdapat juga penggunaan bahasa inggeris. Penggunaan kosa katanya adalah luas dari segi perbendaharaan kata dan istialh-istilah yang digunakan.