sejarah tingkatan 4 (perkembangan di eropah)

37
BAB 9: PERKEMBANGAN DI EROPAH

Upload: nursyuhadah-rahwi

Post on 23-Jun-2015

324 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

Selepas Tamadun Rom mengalami kejatuhan, mereka melalui pelbagai perubahan zaman. Antaranya termasuklah Zaman Gelap, Zaman Kemuncak (Peralihan), Zaman Renaissance dan Gerakan Reformation. Selain itu, Eropah turut mengalami perkembangan dalam aktiviti Penjelajahan dan Penerokaan, Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian.

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

BAB 9:PERKEMBANGAN

DI EROPAH

Page 2: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

CIK NURSYUHADAH RAHWI 2

(A) ZAMAN GELAPCIRI-CIRI PENERANGAN

Kemerosotan Pelbagai Aspek

-Eropah mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran.

- Eropah mencedok banyak ilmu daripada ilmu Islam.

Tiada Pentadbiran Pusat

-Kuasa pusat yang mentadbir wilayah-wilayah musnah dengan kejatuhan empayar Rom.

Peranan Gereja-Gereja katolik sangat berkuasa & memiliki hartanah yang banyak.

-Institusi ini terlalu memberi fokus kepada kegiatan amalan agama dan pembelajaran ilmu keakhiratan sahaja.

-Gereja sering dianggap mengongkong kehidupan masyarakat Eropah pada masa ini.

Page 3: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

(A) ZAMAN GELAPCIRI-CIRI PENERANGAN

SISTEM FEUDAL

- Muncul golongan Baron (Tuan Tanah).

- PETANI mencari pelindungan daripada tuan tanah kerana kehidupan yg tidak selamat (kesan drpd tiada kuasa pusat).

- Petani terpaksa membayar cukai yg tinggi kepada tuan tanah. Petani yang tidak mampu m’bayar cukai, terpaksa menyerahkan tanah dan menjadi hamba.

- TUAN TANAH pula mendapatkan pelindungan daripada golongan raja. Mereka dikehendaki memberi khidmat atau membayar cukai kepada raja.

- Hubungan golongan rakyat – tuan tanah – raja merupakan asas pembentukan sistem feudal di Eropah.

- Ciri-ciri sistem feudal ini mempunyai persamaan dengan sistem feudal di Tanah Melayu suatu masa dahulu.

CIK NURSYUHADAH RAHWI 3

Page 4: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

CIK NURSYUHADAH RAHWI 4

(A) ZAMAN GELAP

CIRI-CIRI PENERANGAN

Kegiatan Perdagangan

-Kegiatan perdagangan tidak meluas.

- Perairan pantai Utara dan Barat selalu diganggu oleh serangan Orang Gasar seperti Viking dan Magyar.

- Kawasan Mediterranean pula dikuasai oleh orang Islam, menyebabkan orang Eropah tidak dapat berdagang di Timur Jauh.

- Tumpuan diberikan kepada kegiatan pertanian.

- Perniagaan barangan pertanian melalui sistem tukaran barang (Barter) penawaran mata wang yg sangat terhad.

Page 5: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

CIK NURSYUHADAH RAHWI 5

(B) ZAMAN KEMUNCAK Merupakan zaman peralihan dari

Zaman Gelap Zaman Renaissance.

GEREJA memainkan peranan sebagai institusi yang universal dan menjadi ejen penyatuan.

EKONOMI berkembang, i) hasil pertambahan penduduk, ii) peningkatan aktiviti pertanian, iii) Kemunculan perdagangan.

Membawa kepada kemunculan bandar-bandar Venice, Milan dan Florence.

Kemunculan & perkembangan bandar membawa kepada lahirnya kelas pertengahan yg terdiri daripada artisan, pedagang dan ahli perbankan.

Status SOSIAL tidak lagi berasaskan pemilikan tanah tetapi kekayaan.

Rakyat mula terlibat dalam aktiviti POLITIK. Dijalankan melalui Institusi Parlimen. Tujuan: untuk memenuhi tuntutan rakyat. Situasi ini dapat menjalinkan hubungan antara rakyat dgn pemerintah.

Page 6: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

CIK NURSYUHADAH RAHWI 6

(C) ZAMAN RENAISSANCE₨ Istilah Renaissance berasal

perkataan ‘renisciment’ iaitu kelahiran semula.

₨ Istilah ini merujuk kepada penghargaan semula ilmu yg telah dihasilkan oleh cendekiawan & pejuang seni dalam Tamadun Yunani dan Rom.

₨ Humanisme penonjolan terhadap keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahannya perkara asas di zaman renaissance.

₨ Bapa humanisme ialah Francesco Petrarch. Tokoh lain seperti Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio.

₨ Manusia Renaissance didorong oleh Semangat Inkuiri (semangat ingin tahu) yg tinggi.

₨ Bukti kepada kesungguhan manusia mencari penyelesaian kepada permasalahan hidup dan kesediaan mereka meneroka bidang dan kawasan baru.

Page 7: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

CIK NURSYUHADAH RAHWI 7

(C) ZAMAN RENAISSANCE₨ Renaissance bermula di Itali pada

abad ke-14 berkembang ke Eropah Barat hingga abad ke-17.

₨ Muncul bandar-bandar yg terkenal seperti Venice, Milan, Florence, Genoa dan Rom.

₨ Itali menjadi persimpangan utama & pusat perdagangan antarabangsa kerana kedudukan geografi yg strategik di kelilingi oleh Laut Mediterranean.

₨ Selain itu, berlaku pertembungan budaya, bahasa & agama menjadi pusat perkembangan idea baru.

₨ Aktiviti perdagangan menyebabkan kemunculan para pedagang kaya. Mereka berperanan:

- mengindahkan bandar dan menjadikan tumpuan para seniman dan cendekiawan.

- menjadi Patron atau penaung kepada para pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis.

₨ Keluarga Medici di Florence merupakan patron terkenal di Itali.

₨ Golongan patron berusaha menarik seniman & cendekiawan yg terbaik dalam pelbagai bidang ke bandar masing-masing m’yebabkan berlaku persaingan.

Page 8: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

CIK NURSYUHADAH RAHWI 8

(C) ZAMAN RENAISSANCE₨ Golongan seniman & cendekiawan

menyebarkan idea Renaissannce ke bandar-bandar semasa mereka membuat kunjungan.

₨ Selain golongan pedagang kaya, PAUS di Rom turut menjadi penaung kpd para seniman & cendekiawan.

₨ Mencemburui pencapaian bandar seperti Florence yg diindahkan oleh keluarga Medici Golongan penguasa Gereja di Rom juga berhasrat untuk mengindahkan bandar Rom.

₨ Tetapi, pihak gereja tidak bersedia menaungi ahli sains & matematik khuatir dicabar oleh golongan saintis tentang pemikiran tradisional yg dibawa oleh Gereja Katolik.

₨ Para Saintis menekankan kaedah :-pemerhatian (emperikal)-penggunaan akal dan logikdalam menerangkan sesuatu fenomena

alam.

₨ Kaedah ini bertentangan dengan kaedah Gereja Katolik yang menekankan penerangan tradisional.

₨ Berlaku perselisihan pendapat antara Gereja & Galileo Galilie

-beliau mencipta Teleskop. Dapat membuktikan Teori Copernicus Matahari adalah pusat alam semester dan bukannya Bumi.

-pertentangan ini menyebabkan beliau dijatuhkan hukuman tahanan dalam rumah.

Page 9: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

(C) ZAMAN RENAISSANCE₨ Oleh sebab m’curigai para saintis, pihak

Gereja memberi tumpuan pada kegiatan seni lukis dan seni ukiran.

₨ Paus Julius II telah m’gupah pelukis seperti Leonardo da Vinci, Raphael dan Michelangelo untuk mencantikkan katedral St. Peter di Rom dgn ukiran & lukisan.

₨ Usaha Paus ini menyebabkan perpindahan pusat seni dr Florence ke Rom.

₨ Selain itu, tokoh-tokoh ini dikenali secara individu kerana mereka bekerja secara bersendirian amalan Individualisme.

p/s: Zaman pertengahan, pelukis bekerja secara bkumpulan, maka sumbangan mereka kurang menyerlah.

₨ Penekanan kpd keupayaan individu membawa perubahan kpd konsep pendidikan. Tumpuan diberi pada pembinaan kemahiran dlm semua aspek intelektual & fizikal.

p/s: Zaman Gelap, penekanan lebih kpd pgkhususan kemahiran dan ilmu tertentu.

₨ Contoh:- Leonardo da Vinci & Michelangelo terkenal

sebagai pelukis dan pengukir agung serta kemahiran dalam bidang ilmu pengetahuan lain.

₨ Selain Itali, terdapat juga tokoh-tokoh dr negara Eropah lain yg terkenal sprt:

- Thomas More (1478-1535)- Francis Bacon (1561-1626)- William Shakespeare (1564-1616).

CIK NURSYUHADAH RAHWI 9

Page 10: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

KESAN ZAMAN RENAISSANCE POLITIK• Kewujudan Monarki Baru

• Kekuatan & kuasa monarki baru diasaskan kepada kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan.

• Kuasa diperkukuhkan lagi dengan pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat.

• Kuasa raja bertambah kukuh kuasa gereja & bangsawan berkurangan.

• Terdapat di Portugal, Sepanyol (Castile & Aragon), England, Perancis & Belanda.

EKONOMI• Kegiatan ekonomi sara diri semakin

pupus.

• Sebaliknya, sistem perdagangan tempatan & antarabangsa semakin berkembang.

• Menimbulkan kegiatan Penjelajahan & Penerokaan seiring dengan perkembangan bidang matematik, geografi, kartogarfi (peta) & astronomi.

• Semangat Renaissance juga menyebabkan perkembangan pelbagai ilmu sains seperti Biologi, Kimia, Fizik.

CIK NURSYUHADAH RAHWI 10

Page 11: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

CIK NURSYUHADAH RAHWI 11

KESAN ZAMAN RENAISSANCE SOSIAL• Memperlihatkan unsur-unsur

perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia.

• Ini diperlihatkan dalam bidang muzik, lukisan dan ukiran di mana manusia lebih bersedia/berupaya menzahirkan emosi mereka.

• Aspek psikologi, ia memupuk dan melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan diri.

• Zaman ini juga menekankan pemikiran logik, saintifik, falsafah dan metafizik.

• Pendidikan ini juga menekankan tanggungjawab sosial seseorang dalam masyarakat.

• Melahirkan manusia Renaissance yg dapat menggunakan keupayaan minda mereka dalam bidang ilmu pengetahuan bagi kemajuan hidup.

Page 12: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

GERAKAN REFORMATION

Ṟ Berasal daripada perkataan reform yg bermaksud :

“melaksanakan perubahan @ pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yg lebih baik atau untuk m’bentuk sesuatu yg baru”

Ṟ Wujud kritikan terhadap Gereja Katolik pd abad ke-10 Masihi.

Awalnya, tidak menimbulkan kesan mendalam kerana tiada sokongan Gereja.

Timbul kritikan sekali lagi apabila gereja mula meningkatkan usaha pembangunan keduniaan untuk menjadikan Rom sebagai pusat kekuasaan terkuat di Itali.

Ṟ Usaha pihak Gereja semakin mghasilkan kejayaan. Namun, dalam proses tersebut banyak berlaku kepincangan, rasuah & penyelewengan.

Ṟ Oleh demikian, masyarakat mula mempersoalkan kedudukan dan amalan gereja katolik.

Ṟ Dimana, gaya hidup amalan golongan penguasa Gereja Katolik tidak selari dengan apa yang dianjurkan dalam Kitab Bible.

Ṟ Gereja lebih cenderung mengamalkan gaya hidup para pemerintah dan bangsawan dan tidak m’gambarkan kehidupan keagamaan.

Ṟ Kejayaan gerakan Reformation di Jerman dibantu oleh mesin cetak ciptaan Johann Gutenberg.di mana Bible dapat dihasilkan dengan masa yg singkat dan murah.

CIK NURSYUHADAH RAHWI 12

Page 13: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

GERAKAN REFORMATIONṞ Penjualan Sijil Indulgences surat

p’gampunan bg penganut Kristian yg melakukan dosa.

Ṟ Martin Luther (profesor ilmu Teologi), menentang amalan penjualan Indulgences.

Ṟ Beliau percaya manusia seharusnya bergantung pada kekuatan rohani dlm amalan pengibadatan.

Ṟ Pendirian & ajaran Luther dikenali sebagai Protestan berasal drpd perkataan ‘Protesting’ yang b’maksud “membantah”.

Ṟ Kewujudan mazhab Protestan dan kritikan terhadap Gereja Katolik & golongan paderi menandakan bermulanya Zaman Reformation.

Ṟ Mazhab ini (dikenali juga sebagai Mazhab Lutheran), telah b’kembang ke Sweden, Denmark, Norway & England.

Ṟ Namun, masih terdapat golongan yg mempertahankan kewibawaan Gereja Katolik mengendalikan Counter Reformation yg bermaksud “menahan @ bertindak menentang sesuatu yg baru”.

Ṟ Mereka menjawab segala persoalan yang dikemukan oleh pihak protestan.

CIK NURSYUHADAH RAHWI 13

Page 14: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

CIK NURSYUHADAH RAHWI 14

KESAN GERAKAN

REFORMATION

AgamaṞ Perbalahan agama mg’akibatkan

kemusnahan & peperangan tidak lagi dikuasai oleh satu mazhab.

Ṟ Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing2.

Ṟ Contoh: Perang Keagamaan di Perancis (1562-1598) dan Perang 30 Tahun (1618-1648) Sepanyol, Jerman, Bohemia, Denmark & Sweden.

Ṟ Walau bgmnpun, kesan jgka panjang drpd peristiwa ini menimbulkan sikap Toleransi antara penganut pelbagai mazhab mempergiatkan pendidikan & menyebarkan fahaman.

Kuasa Golongan Gereja

• Kuasa gereja dicabar secara terbuka.

• Kuasa gereja terhadap kerajaan @ Monarki berkurang sebab monarki ingin membebaskan dirinya drpd penguasaan Paus di Rom.

Page 15: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

CIK NURSYUHADAH RAHWI 15

PENJELAJAHAN DAN

PENEROKAAN(P&P)

Page 16: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

CIK NURSYUHADAH RAHWI 16

LATAR BELAKANG AKTIVITI PENJELAJAHAN & PENEROKAAN

₱ Kegiatan para pelaut mencari laluan baru untuk menuju ke Timur.

₱ Abad ke-16, mereka aktif menjelajah beberapa kawasan di luar Eropah.

₱ Kejayaan sains & teknologi membantu kegiatan P&P.

₱ Penguasaan Istanbul oleh Turki (1453), m’yebabkan orang Eropah mghadapi masalah mendapatkan barangan.

₱ Lantas, mereka terdorong untuk meneroka Lautan Atlantik.

₱ Akhirnya, berjaya menjadikan Lautan Atlantik sebagai laluan ke Timur.

₱ Mengambarkan sifat keberanian & optimistik orang Eropah berhadapan menyelesaikan masalah.

Page 17: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

CIK NURSYUHADAH RAHWI 17

FAKTOR PENJELAHAN(DESAKAN EKONOMI)

₱ Orang Eropah ingin m’dapatkan barangan (emas, sutera, rempah ratus) dr Timur.

₱ Raja Sepanyol & Raja Portugal banyak m’beri galakan kepada usaha ini.

₱ SEPANYOL, menumpukan penerokaan ke Amerika Latin dan juga Timur.

₱ Namun, pelaut Portugal lebih awal sampai drpd pelaut Sepanyol. Mereka juga mempunyai kepentingan di Amerika Latin.

₱ Berlaku persaingan antara kedua-dua pihak untuk mendapatkan tanah jajahan.

₱ Pihak Paus di Rom, menggesa kedua-dua pihak menetapkan kawasan pengaruh masing-masing.

₱ Situasi tersebut membawa kpd Perjanjian Tordesillas (1494) ditandatangani dan menandakan:

kawasan ke Timur milik Portugal kawasan ke Barat milik Sepanyol.

Page 18: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

CIK NURSYUHADAH RAHWI 18

FAKTOR PENJELAHAN(DESAKAN EKONOMI)

₱ Christopher Columbus, orang Eropah pertama yg sampai ke Amerika dan seorang pelaut terulung.

₱ Ferdinand Magellan, melakukan pelayaran ke Timur. Terbunuh di salah sebuah kepulauan di Filipina.

₱ Perdagangan Rempah Ratus dan Sutera mendatangkan keuntungan yg besar kpd para pedagang Eropah dan raja mereka.

₱ Faktor penting yg mendorong kuasa Sepanyol dan Portugal untuk menjelajah ke Timur.

Page 19: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

CIK NURSYUHADAH RAHWI 19

FAKTOR PENJELAHAN(SEMANGAT KEAGAMAAN)

• Sepanyol & Portogal, dua buah negara Katolik yg m’punyai pengaruh gereja yg kuat.

• Pihak gereja menekankan usaha untuk menyebarkan agama Kristian.

• SEPANYOL, sebelum ini pernah dikuasai oleh orang Islam bersemangat untuk menyebarkan agama Kristian.

• Monarki Baru di England, Perancis, Belanda menggalakkan aktiviti penjelajahan dan penerokaan.

• Semangat Kebanggaan Bangsa mendorong orang Eropah menjelajah.

• Maka, penjelajahan orang Eropah dirumuskan kepada kata2 GOLD, GLORY & GOSPEL.

Page 20: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

KESAN PENJELAJAHANPOLITIK₱ Banyak penguasa tempatan terpaksa

membuat perjanjian dgn wakil Eropah.

₱ Wakil Eropah syarikat berpiagam seperti

- Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC),- Syarikat Hindia Barat Belanda (WIC),- Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC).

₱ Syarikat berpiagam telah berdagang ke Carribean, Amerika Latin, Afrika, India, Asia Tenggara dan Asia Timur.

₱ Namun, peranan syarikat berpiagam di Perancis dan Denmark kurang terserlah.

EKONOMI₱ Daerah di luar Eropah telah menjadi

pembekal kpd keperluan masyarakat Eropah.

₱ Pusat Emporium Dunia (Goa & Melaka) telah dikuasai oleh Portugal. Barangan dr Timur telah memperkayakan ekonomi dan gaya hidup masyarakat Eropah.

₱ Jalan pelayaran perdagangan (Lautan Hindi & Asia Tenggara) yg dulunya dikuasai oleh orang Islam, telah dikuasai oleh Portugal. termasuk Laut China Selatan di China dan Jepun.CIK NURSYUHADAH RAHWI 20

Page 21: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

KESAN PENJELAJAHANSosial₱ Masyarakat tempatan terpengaruh

dengan gaya hidup Eropah & menerima agama Kristian yg dibawa oleh mubaligh Kristian.

₱ Penjelajahan Sepanyol banyak mengubah kehidupan di Dunia Baru (Amerika Latin) dan Asia.

₱ Di Amerika Tengah dan Selatan, Sepanyol telah:

- berperang dan menakluk Mexico dgn menundukkan tamadun Aztec, dan

- menakluk Peru dgn menghapuskan tamadun Inca.

₱ Selain itu, penghijrahan orang Sepanyol ke Amerika Latin telah mewujudkan sebuah masyarakat baru.

₱ Kerajaan Sepanyol melihat daerah Amerika Latin sebagai tempat m’dapatkan emas & perak.

₱ Golongan gereja melihat sebagai tempat untuk menyebarkan agama Kristian.

₱ Para pemodal Sepanyol, mengeksploitasi buruh peribumi untuk bekerja di lombong & ladang mereka.

₱ Bahasa Sepanyol:- Conquista penjelajahan & penaklukan.- Conquistadores para penakluk

CIK NURSYUHADAH RAHWI 21

Page 22: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

REVOLUSI PERTANIAN&

REVOLUSI PERINDUSTRIAN

Page 23: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

CIK NURSYUHADAH RAHWI 23

PERKEMBANGAN BIDANG PERTANIAN

Revolusi = suatu perubahan besar yg berlaku secara mendadak dan menyeluruh.

BRITAIN, merupakan negara pertama yg mengalami Revolusi Perindustrian.

Sebelum Revolusi Perindustrian berlaku, telah terdapat Revolusi Pertanian.

Revolusi pertanian merupakan asas bagi revolusi perindustrian.

Sebelum Revolusi Pertanian, pengeluaran makanan dibuat secara kecil-kecilan.

Pengeluaran makanan b’kembang secara besar-besaran dan membawa kpd Revolusi Pertanian.

Faktor revolusi pertanian:i. Sistem penggunaan dan

pemilikan tanah,ii. Penggunaan kaedah/teknik

saintifik,iii. Kaedah pemasaran produk

pertanian secara meluas dan berkesan.

Page 24: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

24

FAKTOR 1: PEMILIKAN TANAH PERSENDIRIAN

Sebelum Revolusi Pertanian, terdapat 2 sistem pemilikan tanah:

1) Sistem pemilikan tanah persendirian

dimiliki oleh orang kaya

2) Sistem pemilikan tanah awam dimiliki oleh orang perseorangan

tetapi dibenarkan rakyat biasa menggunakan tanah untuk tujuan bercucuk tanam, menternak, memburu @ memancing.

Amalan tersebut mempunyai fungsi sosial memberi peluang kpd orang biasa untuk menampung keperluan kehidupan harian mereka.

Britain telah mengalami pertambahan penduduk, maka hasil pertanian perlu dipertingkatkan.

Oleh itu, banyak tuan-tuan tanah memanfaatkan tanah awam bagi tujuan pengeluaran pertanian secara besar-besaran.

Tambahan dari itu, harga gandum turut mengalami meningkat.

CIK NURSYUHADAH RAHWI

Page 25: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

CIK NURSYUHADAH RAHWI 25

FAKTOR 1: PEMILIKAN TANAH PERSENDIRIAN

Tuan tanah mengambil alternatif untuk memagari tanah awam mereka.

Proses tersebut telah mendapat kelulusan drpd Parlimen untuk dikuatkuasakan.

Hampir 500 ribu ekar tanah telah dipagari melalui Akta Pemagaran Tanah.

Terdapat 2 Kesan drpd tindakan tersebut:

1) Penanaman secara besar-besaran dapat dijalankan di atas kawasan tanah yang lebih luas dikenali sebagai Ladang.

2) Rakyat biasa yg bergantung pada tanah awam sebelum ini, telah kehilangan punca rezeki.

Ekoran itu, terdapat golongan petani kecil-kecilan yg bekerja sebagai buruh ladang.

Apabila Britain mengalami Revolusi Perindustrian mereka berhijrah ke bandar menjadi buruh kilang.

Page 26: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

CIK NURSYUHADAH RAHWI 26

FAKTOR 2: KAEDAH & CIPTAAN BARU DALAM PERTANIAN

Kaedah & ciptaan peralatan membolehkan penanaman dilakukan dengan efisien dan lumayan.

Kaedah baru pertanian Penanaman secara bergilir. Tanah digunakan secara berterusan dengan menanam jenis tanaman yg berbeza mengikut musim.

Maka, tidak ada tanah yg dibiarkan kosong seperti dahulu.

Selain itu, tanaman baru turut diperkenalkan seperti Turnip dan ubi kentang.

Penciptaan peralatan pertanian turut memainkan peranan penting.

Jethro Tull, telah mencipta sejenis peralatan yang berfungsi menggali dan menugal tanah.

Kelebihan Alat Jethro Tull:i. membolehkan banyak lubang

digali secara serentakii. penugalan dan penanaman biji

benih dapat dilakukan dengan lebih pantas.

Page 27: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

CIK NURSYUHADAH RAHWI 27

FAKTOR 3: PERTANIAN KOMERSIAL Aktiviti revolusi ini telah

m’pertingkatkan kuantiti hasil pertanian.

Penggunaan baja, telah menyuburkan tanah & m’pertingkatkan lagi hasil pertanian.

Peningkatan ini telah membawa kepada lebihan produk.

Iaitu terdapat baki @ lebihan daripada produk yg dihasilkan oleh para pedagang.

Maka, lebihan tersebut mereka perdagangkan.

Page 28: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

PERKEMBANGAN BIDANG PERINDUSTRIAN

Sumbangan Revolusi Pertanian kpd Revolusi Perindustrian

1) Penyediaan modal

Para peladang telah melaburkan lebihan modal mereka dlm bidang perindustrian.

Situasi tersebut m’gambarkan perubahan sikap sanggup m’gambil risiko untuk melaburkan modal dlm bidang baru.

2) menyediakan bahan makanan untuk keperluan pekerja kilang yg semakin meningkat.

Britain tidak lagi bergantung kpd pengimportan bahan dr luar.

Maka, dana digunakan untuk pertumbuhan @ perkembangan industri dalam negara.

CIK NURSYUHADAH RAHWI28

Page 29: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

CIK NURSYUHADAH RAHWI 29

PERALIHAN DARIPADA INDUSTRI DESA KPD PERKILANGAN

℗ Sebelum Revolusi Perindustrian produk dihasilkan secara kecil-kecilan m’gunakan tenaga buruh.

℗ Penciptaan peralatan dan kaedah baru barangan dapat dihasilkan secara besar-besaran dan melebihi paras keperluan.

℗ Maka, berlaku lebihan produk diperdagangkan @ dikomersialkan kerana pasaran tempatan yg terhad.

Rumusannya:℗ Revolusi perindustrian

merangkumi perubahan dlm teknik pengeluaran,

℗ Pertambahan skala pengeluaran (lebihan produk),

℗ Berlaku aktiviti komersial (perdagangan).

Page 30: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

CIK NURSYUHADAH RAHWI 30

PENGKHUSUSAN PENGELUARAN℗ Pembelian mesin melibatkan

pelaburan yg besar.

℗ Maka, para pemodal mengkhusus kepada satu bidang contoh bidang tekstil.

Faedahnya:℗ Pekerja semakin mahir,℗ Majikan dapat menimba

pengalaman dan membaiki prestasi.

℗ Hasil usaha membaiki prestasi maka kuantiti & kualiti barang dapat dipertingkatkan.

℗ Oleh demikian, produk dapat dipasarkan secara meluas di dalam & di luar negara Britain.

Page 31: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

CIK NURSYUHADAH RAHWI 31

PENGGUNAAN TEKNOLOGI℗ Tenaga manusia, haiwan @ air

banyak digunakan sebelum teknologi baru diperkenalkan.

Contoh:℗ Sebelum enjin berkuasa wap

wujud untuk memacu bot, tenaga manusia digunakan untuk mendayung.

℗ Tenaga kuda digunakan untuk menggerakkan gerabak.

℗ Tenaga manusia & haiwan lama-kelamaan akan mengalami kepenatan dan aktiviti tidak dapat diteruskan secara berterusan.

℗ Penggunaan teknologi telah mengatasi masalah kepenatan tersebut.

Kelebihan penggunaan Mesin:℗ Barangan dpt dikeluarkan dgn

kuantiti yg banyak,

℗ Kos pengeluaran barangan menjadi lebih murah,

℗ Barangan mudah dipasarkan kpd masyarakat tempatan,

℗ Dikomersial ke peringkat antarabangsa.

Page 32: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

CIK NURSYUHADAH RAHWI 32

PENGGUNAAN TEKNOLOGI℗ Para usahawan memperoleh

keuntungan yg besar melalui aktiviti perdagangan antarabangsa.

℗ Keuntungan tersebut digunakan untuk m’pertingkatkan aktiviti pengeluaran & perdagangan selain dpt menampung kos pengeluaran.

℗ Pelbagai mesin telah direka oleh para ahli teknologi & saintis untuk tingkatkan pengeluaran produk.

℗ Tenaga Wap sumber tenaga awal yg berjaya dihasilkan.

℗ Menggunakan arang batu untuk proses pembakaran bg mghasilkan tenaga wap Britain kaya dgn sumber arang batu.

℗ Namun, arang batu perlu digali terlebih dahulu.

℗ Maka, John Newcomen mencipta Enjin berkuasa wap yg berfungsi mengepam & mengeringkan air di dalam lombong arang batu maka banyak arang batu dpt dikeluarkan.

℗ Selain itu, kuasa wap membantu pkembangan sistem pengangkutan. Enjin kereta api dan kapal laut dikendalikan melalui proses pembakaran arang batu.

Page 33: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

CIK NURSYUHADAH RAHWI 33

KESAN REVOLUSI PERTANIAN & PERINDUSTRIAN

Pertanian Sebagai Punca Ekonomi

℗ Kegiatan pertanian telah dikomersialkan dimana lebihan produk pertanian telah diperdagangkan.

℗ Selain itu, revolusi pertanian telah menyediakan:

- makanan (keperluan) yg cukup dan - tenaga buruh yg ramai untuk

perkembangan bidang perindustrian.

℗ Apabila berlaku Revolusi Perindustrian kegiatan pembuatan dan pengilangan telah m’gantikan aktiviti pertanian.

℗ Ramai rakyat yg bekerja sebagai buruh industri perindustrian telah menjadi punca ekonomi baru.

℗ Selain itu, kedudukan tuan-tuan tanah telah digantikan dgn para pengusaha dan pemilik kilang.

Page 34: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

CIK NURSYUHADAH RAHWI 34

KESAN REVOLUSI PERTANIAN & PERINDUSTRIAN

Peningkatan Perdagangan Antarabangsa.

℗ Lebihan produk terpaksa diperdagangkan ke peringkat antarabangsa pasaran tempatan yg terhad.

℗ Britain sebuah negara penjajah utama & sebuah kuasa Maritim mudah menjalankan aktiviti perdagangan.

℗ Import-Eksport 2 komponen penting dlm kegiatan perdagangan antarabangsa.

℗ Bagi memastikan kelangsungan aktiviti perindustrian Britain memerlukan bahan mentah yg banyak & berterusan.

℗ Maka, sistem pengangkutan dalam negara & antarabangsa dipertingkatkan.

℗ Britain turut mengeksport modal ke seberang laut untuk kegiatan ekonomi.

℗ Kesannya sumbangan sektor pertanian berkurangan.

Page 35: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

CIK NURSYUHADAH RAHWI 35

KESAN REVOLUSI PERTANIAN & PERINDUSTRIAN

Kemajuan Bidang Pengangkutan

℗ Penggunaan kereta kuda & baj pembikinan jalan raya dibaiki.

p/s: penggunaan Baj menyebabkan kilang turut dibina di tepi sungai @ terusan.

℗ Penggunaan Kereta Api rekaan enjin berkuasa wap, menjadikan

(i) gerabak b’gerak lebih laju, (ii) lebih byk gerabak boleh

ditarik untuk mengangkut barangan & pekerja kilang.

℗ Rel kereta api, awalnya dibuat dr kayu berubah ke besi kemudian m’gunakan keluli.

℗ Sistem pengangkutan laut kemunculan kapal laut yg dikendalikan menggunakan jentera berkuasa wap.

℗ Rumusnya, rekaan enjin berkuasa wap banyak membantu dalam perkembangan bidang pengangkutan.

Page 36: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

KESAN REVOLUSI PERTANIAN & PERINDUSTRIAN

Kemunculan Golongan Buruh dan Majikan

℗ Kemunculan bidang perindustrian, m’yebabkan rakyat yg bekerja sendiri semakin berkurang.

℗ Mereka mula bekerja sebagai buruh ladang atau buruh kilang mengendalikan mesin2.

℗ Penggunaan mesin membawa kepada kewujudan sistem perkilangan.

℗ Peringkat awal revolusi kilang tekstil paling byk dibina.

℗ Peringkat awal revolusi juga golongan buruh tidak mendapat layanan atau pembelaan yg sewajarnya.

℗ Mereka juga, tidak berupaya menyesuaikan diri dengan perubahan sosial & ekonomi yg berlaku.

℗ Contoh:- Para penenun & tukang jahit tradisional

memprotes & memusnahkan mesin2 pemidang yg membuat renda & stokin.

- Perkenalan mesin, m’yebabkan kemahiran tukang jahit tradisional tidak diperlukan lagi.

CIK NURSYUHADAH RAHWI 36

Page 37: SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

KESAN REVOLUSI PERTANIAN & PERINDUSTRIAN

℗ Pergerakan Luddite antara pergerakan yg memprotes kaedah pengeluaran baru oleh kilang.

℗ Maka wujud Akta Antipenggabungan melarang pekerja drpd bergabung untuk mendapatkan gaji/layanan yg lebih baik drpd majikan.

℗ Sesiapa yg melanggari akta boleh dikenakan hukuman berat oleh pemerintah.

℗ Situasi ini telah menyulitkan keadaan pekerja kerana tidak semua majikan bersikap timbang rasa terhadap kebajikan pekerja.

℗ Terdapat majikan yg berpengaruh menyatakan pihak kerajaan tidak patut masuk campur dalam kegiatan ekonomi.

℗ Lama-kelaman masyarakat mula sedar penggunaan mesin tidak dpt disekat malah berkembang lebih besar & kompleks.

℗ Kebajikan buruh semakin baik masyarakat mula sedar dan Akta Antipenggabungan dimansuhkan.

℗ Kesatuan Sekerja diwujudkan majikan tidak boleh sewenang-wenangnya memanfaatkan tenaga buruh untuk m’peroleh keuntungan.

CIK NURSYUHADAH RAHWI 37