seksyen 3 spesifikasi dan skop kerja
TRANSCRIPT
27
SEKSYEN 3
SPESIFIKASI DAN SKOP KERJA
28
SPESIFIKASI DAN SKOP KERJA
1. KEHENDAK AM
Spesifikasi tambahan ini hendaklah dibaca sama hubungan dengan spesifikasi Piawai,
lukisan-lukisan (jika ada) dan syarat-syarat kontrak. Istilah spesifikasi yang digunakan
adalah sama maksudnya dengan Spesifikasi Addenda dan Spesifikasi Piawai.
Sebarang percanggahan yang timbul di antara Spesifikasi Addenda dan Spesifikasi Piawai dan / atau lukisan kontrak dan / atau syarat-syarat kontrak, perkara-perkara di bawah hendaklah digunakan.
1.1 Syarat-syarat Kontrak adalah lebih diutamakan dari lain-lain dokumen yang menjadi
sebahagian daripada kontrak ini. 1.2 Spesifikasi Addenda adalah lebih diutamakan dari dokumen lain didalam kontrak
melainkan Syarat-syarat Kontrak. 1.3 Lukisan-lukisan kontrak (jika ada) adalah lebih diutamakan daripada Spesifikasi Piawai. 1.4 Didalam lukisan kontrak (jika berkaitan), lukisan butiran berskala besar adalah lebih
diutamakan daripada lukisan butiran berskala kecil. 2. LOKASI TAPAK KERJA / PEMERIKSAAN TAPAK.
Kerja-kerja yang akan dilaksanakan adalah di PUSAT ANGKASA NEGARA, BANTING SELANGOR.
a. Perimeter bangunan FKM.
b. Perimeter bangunan MKO
c. Perimeter bangunan Pejabat AIT
d. Perimeter bangunan GH03.
Kawasan ruang kerja adalah seperti yang ditunjukkan di lampiran 10 Lukisan Bangunan
(AAN/036/2016/SH)
Semua kontraktor adalah WAJIB melawat tapak untuk mempastikan sendiri skop dan keadaan kerja- kerja yang terlibat kerana tuntutan tambahan tidak akan dibayar atas alasan kekurangan maklumat mengenai keadaan tapak oleh pihak kontraktor.
2. GAMBAR FOTO KEMAJUAN KERJA
Kontraktor hendaklah mengambil gambar-gambar kemajuan kerja sepanjang tempoh kontrak seperti mana yang diarahkan oleh Pegawai Penguasa. Gambar-gambar tersebut tidak boleh diedarkan kecuali dengan kelulusan secara bertulis dari pihak AGENSI ANGKASA NEGARA.
29
3. PROGRAM KERJA. Kontraktor hendaklah menyerahkan kepada Pegawai Penguasa dua (2) salinan Program kerja untuk kelulusan dalam masa 1 minggu selepas penerimaan Surat Tawaran Sebutharga dikeluarkan. Program yang telah mendapat kelulusan hendaklah dikemaskini mengikut arahan Pegawai Penguasa.
4. AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1969
Sekalipun terdapat apa-apa maklumat bertentangan terkandung di dalam mana-mana Dokumen kontrak, pihak kontraktor mestilah mengarahkan semua Sub- Kontraktor sama ada telah dilantik atau sebaliknya untuk mematuhi keperluan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 yang diperuntukkan dalam syarat-syarat kontrak. Kontraktor mestilah bertanggungjawab untuk menyerah kepada Pegawai Penguasa samada diminta atau tidak, nombor-nombor kod pekerja dari Sub-Kontraktor dan nombor-nombor Keselamatan Sosial, atau Lampiran Borang 2 atau 3, jika nombor-nombor Keselamatan Sosial tersebut belum lagi dapat diperolehi dari pekerja-pekerja yang bekerja dengan mereka.
5. MESYUARAT TAPAK
Kontraktor hendaklah sentiasa mengadakan mesyuarat-mesyuarat sesama sendiri, sesama Sub-Kontraktor yang terlibat, Pelanggan dan Pegawai Penguasa bagi tempoh perlaksanaan projek. Mesyuarat hendaklah diadakan ditempat yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Bilangan mesyuarat yang diadakan bergantung kepada Kemajuan Kerja.
6. IKLAN
Sebarang iklan atau keterangan tidak boleh dipamerkan ditapakbina atau lain-lain tempat tanpa kelulusan secara bertulis daripada Pegawai Penguasa.
7. KENYATAAN AKHBAR
Pihak kontraktor, pekerjanya atau wakilnya tidak dibenarkan membuat kenyataan akhbar atau keterangan yang boleh memburukkan pihak Kerajaan, Pegawai Penguasa dan kakitangannya. Kontraktor juga tidak dibenarkan member sebarang maklumat kepada pihak awam mengenai perihal kontrak ini sebelum atau sesudah kerja disiapkan.
8. KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN TAPAK KERJA
Tapak kerja hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan bersih pada setiap masa. Langkah-langkah keselamatan termasuk menyediakan papan tanda petunjuk / amaran hendaklah sentiasa diadakan bagi mencegah apa-apa kemalangan yang mungkin berlaku dan membahayakan orang awam dan pekerja pejabat.
9. PENYEDIAAN / PENGAWASAN KERJA
Kontraktor perlu mengadakan seorang penyelia kerja di tapak kerja pada setiap masa bekerja. Ini adalah memudahkan Pegawai Penguasa memberi arahan atau teguran berhubung dengan mutu kerja berkenaan. Bekalan uitliti seperti air dan elektrik adalah atas inisiatif kontraktor sendiri untuk mendapatkan punca-punca yang diperlukan.
30
10. PEMBERSIHAN TERHADAP KERJA-KERJA SEDIA ADA Kontraktor adalah bertanggungjawab membersihkan tapak kerja serta membuang semua sampah dan bahan-bahan yang telah ditinggalkan / dirobohkan setelah kerja-kerja siap dilaksanakan.
11. KECACATAN TERHADAP KERJA-KERJA SEDIA ADA
Kontraktor adalah dinasihat supaya tidak merosakkan kerja-kerja yang sedia ada. Sebarang kecacatan yang telah berlaku dalam tempoh masa kerja-kerja dijalankan samada dengan sengaja atau tidak sengaja oleh pekerja-pekerja, pihak kontraktor adalah bertanggungjawab membaikinya seperti sedia ada dengan perbelanjaan sendiri.
12. KAWALAN KESELAMATAN
Kontraktor hendaklah bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
harta benda serta keselamatan orang ramai di tapak kerja. Iaitu dari hari pertama beliau memulakan kerja sehingga penyerahan tapak ke pihak pelanggan.
13. BAHAN-BAHAN BINAAN YANG DIBEKALKAN
Bahan-bahan binaan yang dibekalkan mestilah mengikut prosedur/ spesifikasi pihak IKRAM atau SIRIM serta diluluskan oleh Pegawai Penguasa.
14. SKOP KERJA DAN PROSES KERJA
Kontraktor hendaklah menyediakan pekerja dan semua peralatan yang diperlukan dalam melaksanakan semua skop kerja yang dinyatakan di Ringkasan Sebutharga dimana semua kosnya telah diambil kira dalam menghargakannya. Semua kerja hendaklah mengikut arahan Pegawai Penguasa, Lukisan-lukisan dan Spesifikasi serta hendaklah berkualiti tinggi.
15. KUANTITI SEMENTARA
Semua kuantiti dalam Ringkasan Sebutharga adalah Kuantiti Sementara. Pengukuran sebenar akan dilakukan untuk membuat pembayaran.
16. INSURAN
16.1. Kontraktor hendaklah mengadakan “Employer’s Liability Insurance” dan/atau
“Workmen Compensation Insurance” atau mana-mana polisi yang berkaitan untuk
wakil Kontraktor, kakitangan dan agen berkaitan seperti yang diperlukan di bawah
undang-undang Malaysia sepanjang Tempoh.
16.2. Kontraktor hendaklah mengadakan “Workmen Compensation Insurance” untuk wakil
Kerajaan sepanjang Tempoh kerja
31
16.3. Kontraktor hendaklah mengambil insurans untuk Pampasan Pekerja (Workmen’s
Compensation), Tanggungan Awam (Public Liability) dan mana-mana insuran yang
ada kaitan dengan kerja yang dimaksudkan dalam sebutharga.
16.4. Polisi insuran hendaklah diserahkan kepada jabatan ini bagi kerja- kerja tersebut.
17. PROSEDUR DI TEMPAT KERJA:
17.1. SEBELUM KERJA BERMULA :
17.1.1. Sebelum memulakan kerja sesalinan cover-note (insuran yang berkaitan)
hendaklah diserahkan kepada Pegawai Penguasa jabatan ini.
17.1.2. Kontraktor hendaklah mengemukakan Program Jadual Perancangan Kerja
dalam bentuk carta gantt dan CPM untuk semakan dan kelulusan Pegawai
Inden atau wakil pegawai teknikalnya.
17.1.3. Kontraktor hendaklah menyediakan kenyataan kaedah / tatacara kerja
(Method of Statement) selewat-lewatnya dalam masa empat belas (14) hari
untuk semakan dan kelulusan Pegawai Inden/wakilnya sebelum kerja
dimulakan (sekiranya diperlukan).
17.1.4. Kontraktor hendaklah mengemukakan senarai nama pekerja berserta dengan
butiran lengkap tidak lewat tiga (3) hari selepas Surat Setuju Terima dikeluarkan.
17.1.5. Kontraktor hendaklah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang disyaratkan
termasuk wang cagaran dan caj-caj yang berkaitan dibawah seliaan,
pemantauan dan penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan
kontraktor yang dilantiknya.
17.1.6. Kontraktor hendaklah mengisi borang permit kerja untuk rekod ANGKASA bagi
pemantauan pengawal keselamatan dan pemantauan pihak pengurusan
Keselamatan ANGKASA.
17.1.7. Kontraktor hendaklah terlebih dahulu membuat pengukuran kuantiti dan saiz
sebelum memulakan kerja, sebarang perbezaan / percanggahan kuantiti
didalam jadual kadar harga perlulah terlebih dahulu dimaklumkan kepada
pegawai ANGKASA.
17.1.8. Tuntutan ke atas pertambahan kuantiti tanpa terlebih dahulu mendapat
kelulusan pegawai ANGKASA tidak akan dipertimbangkan.
17.1.9. Semua pekerja/pembekal Kontraktor yang terlibat dalam urusan keluar/masuk
premis ANGKASA hendaklah mengisi dua (2) salinan borang tapisan
keselamatan dengan melekatkan gambar berwarna pada setiap borang tersebut
32
ATAU mengisi secara online melalui PENDAFTARAN E-VETTING seperti yang
diarahkan oleh pegawai ANGKASA.
17.1.10. Semua pekerja/pembekal yang terlibat dalam kontrak kerja hendaklah
mematuhi peraturan-peraturan keselamatan yang berkuatkuasa (termasuk
peraturan-peraturan dalam Akta Kawasan-kawasan Larangan dan Tempat
Larangan 1959) dan lain-lain arahan keselamatan yang dikeluarkan dari
semasa ke semasa.
17.1.11. Gambar–gambar hendaklah diambil sebelum kerja dimulakan di setiap
bahagian kawasan/bangunan/harta awam/aset/mana-mana bahagian
daripadanya yang kerja akan dibuat terhadapnya.
17.2. SEMASA KERJA DIJALANKAN
17.2.1. Kontraktor hendaklah menyediakan papan tanda atau amaran, sekatan dan
perlindungan sementara termasuk mengawal bendera/lalulintas &
menyediakan laluan kerja sementara sepanjang tempoh pelaksanaan kerja.
17.2.2. Menyediakan tong sampah jenis ‘RORO BIN’ dan menempatkan di lokasi yang
ditetapkan mengikut kehendak dan peraturan pemilik bangunan bagi tujuan
mengumpul dan pelupusan dan pembuangan sampah dan sisa binaan (jika
perlu).
17.2.3. Menyediakan kotak dan plastik yang sesuai untuk pengumpulan,
pembungkusan bahan dan peralatan yang memerlukan proses pemindahan dari
satu lokasi ke lokasi yang lain.
17.2.4. Kontraktor serta pekerja-pekerjanya tidak dibenarkan membawa atau
membenarkan orang-orang yang tidak berkenaan masuk ke dalam
kawasan Tapak melainkan mereka yang berkaitan dengan pelaksanaan
perkhidmatan ini. Pekerja-pekerja haruslah berkelakuan baik dan jujur.
17.2.5. Kontraktor adalah bertanggungjawab di atas kelakuan dan disiplin pekerja
pekerjanya sepanjang tempoh berada di dalam premis Pusat Angkasa Negara.
Kawasan tapak kerja tidak dibenarkan digunakan oleh pekerja-pekerja bagi
apa-apa tujuan tanpa kebenaran Pihak Agensi Angkasa Negara.
17.2.6. Semua pekerja hendaklah dilengkapi dengan kelengkapan keselamatan dan
peralatan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang akan dilaksanakan
termasuk jentera, mesin dan sebagainya.
17.2.7. Kontraktor hendaklah membuat pengukuran awal atau setting out
sebelum kerja-kerja dimulakan, seterusnya memaklumkan kepada pegawai
jika terdapat percanggahan kuantiti kerana sebarang tuntutan penambahan
33
kuantiti tanpa pengetahuan awal pegawai ANGKASA tidak akan
dipertimbangkan untuk bayaran walaupun kerja-kerja tersebut telah
dilaksanakan.
17.3. SELEPAS KERJA SIAP :
17.3.1. Kerja – kerja hendaklah disiapkan dengan sempurna dan mengikut spesifikasi
yang ditetapkan.
17.3.2. Gambar–gambar hendaklah diambil selepas kerja siap dilaksanakan di setiap
bahagian kawasan/bangunan/harta awam/aset/mana-mana bahagian
daripadanya yang kerja telah dilaksanakan.
17.3.3. Gambar-gambar yang diambil hendaklah dicetak di atas kertas A4 yang
setiap muka mengandungi 2-3 imej gambar sebelum, semasa dan selepas.
17.3.4. Gambar-gambar hendaklah disimpan dalam bentuk softcopy ke dalam
pamacu USB (USB drive) dan diserahkan bersama-sama laporan berjilid
mengikut format yang ditetapkan oleh Pegawai Inden atau wakilnya.
18. PEMERIKSAAN
18.1 Pemeriksaan akan dibuat bila-bila masa oleh Pegawai Inden atau wakilnya
sebelum, semasa dan selepas kerja dijalankan untuk kelulusan. Pemeriksaan
oleh pegawai Inden atau wakilnya hendaklah dimaklumkan sebelum sesuatu
kerja tersebut diteruskan/ditutup bagi mengesahkan kualiti/pemasangan/kuantiti
mengikut spesifikasi yang ditetapkan dengan menggunakan borang pemeriksaan
yang sesuai.
18.2 Semua produk yang akan dibawa masuk perlu diperiksa oleh pegawai inden atau
wakilnya terlebih dahulu bersama-sama senarai semak dan ID produk, kegagalan
kontraktor mendapatkan pengesahan produk akan menyebabkan pembayaran
bagi kerja terlibat tidak dapat dilakukan.
19. TEMPOH KERJA
Kontraktor hendaklah menyiapkan kerja dalam jangka masa yang ditetapkan. Agensi ini
akan mengambil tindakan yang sewajarnya, jika gagal disiapkan dalam tempoh yang
ditetapkan kecuali jika terdapat alasan-alasan yang munasabah yang tidak dapat dielakkan.
34
20. KEROSAKAN
20.1. Kontraktor hendaklah bertanggungjawab ke atas segala kerosakan alatganti, harta
benda awam dan persendirian atau segala kemalangan yang berlaku sepanjang
tempoh kerja & semasa kerja-kerja sedang dijalankan.
20.2. Kontraktor bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kecuaian yang
disebabkan oleh pekerjanya ke atas mana-mana harta Kerajaan Persekutuan /
Pusat Angkasa Negara dan sekitarnya serta dikehendaki membayar kerugian yang
ditetapkan oleh Pihak Agensi Angkasa Negara. Pemberitahuan akan dibuat secara
bertulis dan kontraktor dikehendaki membuat bayaran dalam tempoh tujuh hari (7)
hari selepas menerima pemberitahuan tersebut. Sekiranya kontraktor gagal
membuat bayaran tersebut, pihak agensi berhak membuat potongan amaun dari
bayaran perkhidmatan kepada kontraktor atau menuntut perbezaan kos sekiranya
ada.
21. KEGAGALAN PENYERAHAN KERJA
21.1 Jika Kontraktor gagal menyempurnakan kerja-kerja pembersihan kawasan seperti
mana yang dinyatakan di Seksyen 4: RINGKASAN SEBUT HARGA, maka pihak ANGKASA sentiasa berhak untuk mengenakan penalti sejumlah 1% daripada keseluruhan nilai kontrak bagi tiap-tiap satu hari kelewatan.
21.2 Pihak ANGKASA berhak mendapatkan perkhidmatan daripada punca lain atau
melantik pihak ketiga jika kontraktor gagal menyempurnakan kerja dalam masa yang ditetapkan dan segala perbelanjaan tambahan yang terpaksa ditanggung oleh ANGKASA disebabkan hal ini hendaklah dituntut terus daripada pihak Kontraktor.
21.3 Tertakluk kepada perkara 21.2 di atas, pihak ANGKASA juga sentiasa berhak
mengenalkan penalti tambahan sejumlah lima (5%) daripada nilai tawaran projek ke atas kos perbelanjaan dari pembelian punca-punca lain terhadap Kontraktor sebagai kos pentadbiran.
22. ARAHAN KERJA
Semua arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Pegawai Inden atau
wakilnya hendaklah dipatuhi sepenuhnya dan diambil tindakan dalam tempoh tujuh
(7) hari sekiranya arahan dikeluarkan secara bertulis atau secara lisan dalam
tempoh 14 hari.
23. GANTI RUGI KERANA TAK SIAP
Jika Kontraktor tidak menyiapkan Kerja pada "Tarikh Siap" yang dinyatakan dalam
Lampiran atau dalam sesuatu masa lanjutan dan Pegawai Inden memperakui secara
bertulis bahawa pada pendapatnya Kerja tersebut dengan munasabahnya sepatutnya
35
telah siap, Kontraktor hendaklah membayar atau memberikan kepada Kerajaan suatu
jumlah wang yang dikira mengikut kadar yang dinyatakan dalam Lampiran sebagai
Ganti Rugi Tertentu dan Ganti Rugi Ditetapkan selama tempoh Kerja tersebut terus
berkeadaan begitu dan tak siap dan Pegawai Inden boleh memotong ganti rugi itu dari
apa-apa wang yang kena dibayar kepada Kontraktor. Perakuan yang dikeluarkan di
bawah Syarat ini hendaklah disebut "Perakuan Kerja Tidak Siap".
24. BAYARAN
24.1 Pembayaran akan dibuat mengikut penilaian Pegawai Inden berdasarkan kepada
semua syarat-syarat di atas.
24.2 Kontraktor diberi peringatan supaya mengemukakan bil/tuntutan yang lengkap
dalam tempoh 14 hari daripada tarikh bekalan atau perkhidmatan dibekalkan atau
kerja disempurnakan untuk membolehkan bayaran dibuat dengan segera. Kerajaan
tidak akan bertanggungjawab di atas kelewatan pembayaran kepada
pembekal/kontraktor jika bil/tuntutan tidak dihantar dengan segera dalam tempoh 14
hari".
24.3 Pembayaran akan dibuat hanya berdasarkan kepada kemajuan sebenar kerja di
tapak sahaja. Sebarang tuntutan terhadap bekalan/bahan yang dibawa masuk ke
tapak kerja untuk tujuan sesuatu sub-kerja dalam sebut harga ini tidak akan dibayar
selagi sub-kerja tersebut belum disempurnakan.
24.4 Kerajaan akan membuat bayaran mengikut jadual harga di Seksyen 4: Ringkasan
Sebutharga setelah semua kerja-kerja berkenaan disempurnakan dengan
memuaskan, diperiksa dan diakui sah oleh Pengawai Inden. Tuntutan ini hendaklah
disertakan dengan;
i. Dua (2) invois bulanan
ii. Rekod/Laporan kerja, maklumat seperti yang dinyatakan di klausa 17 dan borang-borang berkaitan
iii. Rekod buku log harian kerja.
iv. Jadual kerja dikemaskini
v. Lukisan terbina.
vi. Lain-lain dokumen sokongan yang diperlukan dari semasa ke semasa oleh Pegawai Inden.
36
A. KEHENDAK KHUSUS
1. Kontraktor hendaklah meneliti, mematuhi dan melaksanakan semua spesifikasi kerja (Am dan Teknikal) yang dinyatakan di seksyen 3: Spesifikasi dan Skop Kerja bersama-sama Seksyen 4: Jadual Kadar Harga/Bill of Quantities berserta merujuk kepada Lukisan Teknikal dengan sempurna.
2. Sebarang butiran yang tidak diperhargakan adalah dianggap telah dimasukkan di
dalam harga butiran-butiran lain. Kontraktor adalah dianggap telah melawat tapak bina serta memahami syarat-syarat kontrak. Spesifikasi Kerja Tambahan, Spesifikasi Piawai dan Lukisan-lukisan sebutharga untuk memastikan sendiri kerja yang terlibat sebelum menghargakan sebutharganya kerana sebarang bayaran tambahan berhubung dengan perkara di atas tidak akan dipertimbangkan.
3. Pengukuran didalam dokumen sebutharga adalah pengukuran kuantiti sementara,
bagaimana pun kontraktor yang berjaya dilantik dikehendaki membuat pengukuran semula di tapak dan mendapat pengesahan pegawai ANGKASA dengan menggunakan peralatan penggukuran yang sesuai sebelum memulakan kerja.
4. Bekalan Produk dan bahan seperti yang diperlukan dalam sebutharga ini dan hendak
dibekalkan perlulah mematuhi piawaian (Standard Compliance) Malaysia atau
antarabangsa (MS, BS, ASTM). Semua produk perlu disertakan data spesifikasi
teknikal berserta katalog produk semasa membuat penyerahan tawaran sebutharga.
Antara keperluan spesifikasi produk yang diperlukan ialah;
(NOTA: Semua produk item 4 yang dicadangkan kontraktor perlu disertakan katalog / data
spesifikasi serta kaedah aplikasi yang disarankan oleh pengilang)
4.1. Spesifikasi minimum produk box culvert bertetulang adalah seperti dibawah atau
setara dengannya dan perlu mendapat sekurang-kurangnya perakuan (Certified)
dari SIRIM:
CIRI-CIRI MINIMUM TEKNIKAL PRODUK PER UNIT
Tinggi dinding luar (H)
Tebal dinding (t)
Ukuran Dalam (PxL)
Lebar Ukuran Luar (B)
Tebal konkrit (concrete cover)
Fcu (gred konkrit pada 28hari)
:
:
:
:
: :
(Min) 740mm – 745mm (Max)
(Min) 65mm – 70mm (Max)
600mm X 600mm
(Min) 60mm – 70mm (Max)
(Min) 25mm
(Min) 30N/mm2 – 40N/mm2 (Max)
4.2 Spesifikasi minimum bagi karekter bahan Polyurethane Rigid Foam (PU Foam)
perlulah terdiri daripada gabungan 2 bahan utama sebagai bahan campur
menggunakan alat mekanikal bagi membentuk Foam. Kaedah pelaksanaannya
adalah mengunakan peralatan suntikan ‘double line’ yang bertekanan tinggi ke
dalam tube yang dipasang. Antara ciri-ciri produk yang dikehendaki adalah seperti
dibawah atau setara denganya;
37
CIRI-CIRI PRODUK atau setara denganya
Kandungan Bahan A : Methylene Diphenyl Isocyanate (MDI) / Isocyanate
Kandungan Bahan B : Polyol, dan bahan tambah lain sebagai pemangkin
Ciri-ciri Utama Produk : 1. Resistance acid and alkaline in ground substrate
2. Waterproofing resistance 3. Hydrophobic & Seamless 4. High Bonding to any types of material. 5. Closed-cell structures.
6. Able to withstand water ingression.
Kebolehgunaan Produk : Cavity filling, slab lifting, soil stabilization and void sealing.
Pematuhan Piawai : ASTM, JIS
TECHNICAL CHARACTERISTIC Gel time 5s to maximum 15s
Core Density 43-47 kg/m3 ASTM D1622 or 32.0+3.0 kgm3 JIS A 958
Tensile Strength 75-85 psi ASTMD1623 or >1.5kgfcm3 JIS K9514
Closed-cell Content > 90%
Density Produk 1 (foundation) Over 45kg/m3 to 65kg/m3 and above
Density produk 2 (fill viod) Not Less than 15kg/m3 and above
4.3. Spesifikasi minimum produk ‘Autoclaved Aerated Light-Weight Concrete Brick’
yang berkupayaan digunakan menanggung beban (suitable for use as load-bearing
walls) adalah seperti dibawah atau setara dengannya:
CIRI-CIRI TEKNIKAL PRODUK PER UNIT atau setara dengannya
Specifikasi Bata;
Property Value
Length (L) x Height (H) 600mm (L) x 200mm (H)
Thickness (T) 125 - 200mm
Nominal Dry Density 600 ± 50 kg/m³
Working Density 840 ± 50 kg/m³
Compressive Strength 5.5 MPa
Thermal Concuctivity, K 0.244 W/m.k
Modulus of Elasticity 1500 - 2500 MPa
Ultimate Tensile Strength 0.44 - 0.55 MPa
Modulus of Rupture 0.44 - 0.55 MPa
38
4.4 Spesifikasi minimum peralatan untuk kegunaan pegawai inden/wakilnya ialah membekal High Perforcement Flashlight mengikut perincian berikut;
Lumens Over 500 - 1000 Battery Rechargeable
5. SKOP DAN PROSES KERJA;
5.1. Melibatkan Halangan Lalulintas.
i. Membekal dan menyediakan pasukan pengurusan lalulintas mengikut Plan
Lalulintas. (Sila rujuk ATJ 2C/85 – Lampiran 1 hingga 6)
ii. Menyediakan semua papan tanda sementara, kon dan blinkers semasa kerja untuk pasukan lalu lintas.
iii. Pekerja kawalan lalulintas hendaklah dilengkapi dengan “vest” keselamatan,
bendera merah dan hijau dalam tempoh kerja.
5.2. Melibatkan Kerja Tanah & Bahu Jalan.
i. Kerja-kerja menggali dengan jentera yang sesuai dan membuang tanah
seperti yang diarahkan PP atau item (ii) mana yang berkenaan. ii. Regrade dan meratakan bahu jalan dengan Motor Grader atau backhoe yang
mana sesuai. Buang sampah, daun-daun dan bahan-bahan tidak diperlukan dan sebagainya ke lokasi yang diarahkan oleh PP.
iii. Membekal, menghampar dan meratakan tanah merah atau batu campur mana yang berkenaan.
iv. Padatkan tanah merah telah ditambak dengan menggunakan sekurang-
kurangnya plate compactor.
6. Kontraktor dilarang sama sekali membakar segala sampah, sisa binaan dan hendaklah
memastikan semua sampah dibuang dan diangkut ke tempat pembuangan sampah yang
disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Segala kos yang berkaitan dengan kerja-
kerja pembuangan tersebut termasuk kos pengangkutan adalah dibawah tanggungan
pihak Kontraktor.
7. Bahan-bahan terpakai hendaklah dihimpun, disusun, dipindahkan dan dipunggah ke
tempat dibenarkan atau seperti yang diarahkan oleh Pegawai Inden atau wakilnya.
8. Kontraktor diminta untuk menyediakan peralatan bersesuaian untuk pemeriksaan
keseluruhan serta mutu kerja bagi penentuukuran piawai mengikut standard yang
dinyatakan dalam spesifikasi JKR 2014 dan/atau CIS 7:2015 untuk kegunaan pegawai
pemeriksa sepanjang tempoh pelaksanaan kerja.
PENJELASAN LANJUT MENGENAI PENGUKURAN DAN FAKTOR-FAKTOR MENGHARGAKAN SENARAI KUANTITI
ISI KANDUNGAN Rujukan Perkara Muka Surat
1 Mukadimah Untuk Semua Tred 1 - 4 2 Penggalian Dan Kerja Tanah 5 - 7 3 Kerja Cerucuk 8 - 9 4 Kerja Konkrit 9 - 11 5 Kerja Batu Bata 11 - 12 6 Kerja Lapis Lepa, Ubinan dan Jubinan 12 - 13 7 Kerja Pertukangan Kayu 14 8 Kerja Keluli dan Besi 16 9 Kerja Melepa 16
10 Kerja Paip Bekalan Air 17 - 19
11 Kerja Paip Saluran Kekotoran 19
12 Kerja Mengecat 20
13 Kerja Saliran Air Permukaan dan Pembentungan 20
14 Penanaman Rumput dan Penyemaian 20
Pusat Angkasa Negara
ANGKASA-UPF-SH036
1
PENJELASAN LANJUT MENGENAI PENGUKURAN DAN FAKTOR-FAKTOR
MENGHARGAKAN SENARAI KUANTITI 1. MUKADIMAH UNTUK SEMUA TRED
A. Kehendak-kehendak kepada semua butiran dalam bahagian ini hendaklah
diambilkira apabila meletak harga-harga ke dalam Senarai Kuantiti ini. B. Istilah "diluluskan" hendaklah bermakna diluluskan oleh Pegawai
Penguasa atau wakil teknikalnya. C. Mukadimah tred berkaitan setiap tred tertentu hendaklah terpakai sama
kepada semua kerja yang sama sifat yang dijalankan di bawah pertukangan yang lain (iaitu Mukadimah Kerja Penggalian dan Kerja Konkrit hendaklah terpakai di bawah Kerja-kerja Luar Bangunan).
D. Harga dan Kadar Harga yang dimasukkan ke dalam Senarai Kuantiti
hendaklah dianggap meliputi nilai kerja yang terdiri daripada beberapa butiran termasuk yang berikut kecuali jika selain yang dinyatakan. i) Buruh dan semua kos yang berkaitan ii) Membekal bahan-bahan, barang-barang penyimpan (storage) dan
semua kos yang berkaitan termasuk pemotongan, pembaziran, kuantiti kecil, ruang sempit dan penghantaran ke tapakbina.
iii) Loji dan semua kos yang berkaitan. iv) Membina, memasang atau meletakkan bahan-bahan dan barang-
barang ditempatnya termasuk bekerja di sekeliling halangan, toleransi, penembusan, ruang kerja dan sebagainya.
v) Semua kerja-kerja sementara, kecuali jika ianya diukur secara
berasingan di dalam Senarai Kuantiti. vi) Kadar Harga juga hendaklah mengambil kira keperluan peringkat-
peringkat kerja dan kesan terhadap program kerja kepada laluan dan penyimpangan, saliran, pembatasan oleh kerja tanah dan perubahan kepada perkhidmatan (dilaksanakan di bawah Kontrak ini atau bersama-samanya) dan keperluan-keperluan lain di dalam Kontrak ini.
vii) Semua tanggungjawab, kewajipan dan risiko terlibat di dalam
melaksanakan kerja sama ada yang dinyatakan atau yang tersirat (implied) di dalam dokumen-dokumen yang merupakan asas kepada sebutharga ini dan tiada butiran berasingan diperuntukan di dalam Seksyen 4 Jadual Kadar Harga.
Pusat Angkasa Negara
ANGKASA-UPF-SH036
2
1. MUKADIMAH UNTUK SEMUA TRED (Samb.)
D. (Samb.) viii) Caj establishment, kos pengurusan dan keuntungan. ix) Kontraktor adalah dianggap telah memastikan sebelum menender
semua royalti yang perlu dibayar royalti tersebut di dalam harga dan Kadar Harga yang ditawarkan.
x) Kontraktor hendaklah mengambil kira di dalam Kadar Harganya
untuk mengadakan ujian dan sampel yang diperlukan dalam mematuhi keperluan Spesifikasi.
E. Semua butiran di dalam Senarai Kuantiti hendaklah dihargakan dalam
mata wang Ringgit Malaysia (RM).
F. Kadar Harga yang dimasukkan ke dalam Jadual Kerja Harian adalah dianggap sebagai Kadar Harga yang digunakan oleh Kontraktor dalam membina Kadar Harga untuk butiran-butiran kerja dalam semua Bahagian di dalam Senarai Kuantiti.
G. Singkatan Kata Dalam Senarai Kuantiti ini, singkatan kata berikut telah digunakan:- (a) BS - Piawaian terbaru untuk sesuatu bahan atau
komponen bangunan tertentu yang dikeluarkan oleh Institut Piawaian British.
(b) CP(B.S) - Kod Amalan Piawaian British terbaru yang
dikeluarkan oleh Majlis Kod Amalan tersebut. (c) CP(C.E) - Kod Amalan terbaru bagi kerja-kerja Kejuruteraan
Awam yang dikeluarkan oleh Institut Kejuruteraan Awam.
(d) Tolok - Piawaian tolok dawai Imperial. (e) No - Nombor (f) Pas - Pasang (g) P.P. - Pegawai Penguasa (h) J.K.R. - Jabatan Kerja Raya (i) ANGKASA- Agensi Angkasa Negara
Pusat Angkasa Negara
ANGKASA-UPF-SH036
3
1. MUKADIMAH UNTUK SEMUA TRED (Samb.) Unit Metrik (a) M3 - Meter Padu (b) M2 - Meter Persegi (c) M - Meter Panjang (d) cm - Sentimeter (e) mm - Milimeter (f) Kg - Kilogram (g) Kn - Kilonewton (h) No. - Bilangan Unit Imperial (a) YC - Ela Padu (b) YS - Ela Persegi (c) YR - Ela Panjang (d) Lbs - Paun (e) Oz - Aun (f) Ton - Imperial Ton
H. Kerja Melengkok Atau Bulatan Kerja yang dihuraikan di dalam Senarai Kuantiti ini sebagai melengkok atau bulatan, hendaklah disifatkan telah mengambilkira semua persimpangan di antara kerja-kerja lurus dan lengkok atau bulatan.
Pusat Angkasa Negara
ANGKASA-UPF-SH036
4
1. MUKADIMAH UNTUK SEMUA TRED (Samb.)
I. Kerja Baru Dan Lama Secara am, kos untuk membaik persimpangan di antara kerja-kerja baru dan lama hendaklah dimasukkan ke dalam harga-harga bagi kerja-kerja baru.
J. Loji Pembinaan, Peralatan, Kenderaan dan Mesin Kos mengadakan loji pembinaan, peralatan, kenderaan dan mesin untuk kegunaan secara langsung dalam pembinaan dan penyiapan. Kerja hendaklah dihargakan dalam bahagian Kerja-Kerja Permulaan di dalam Senarai Kuantiti ini. Bagaimanapun, kos pengendalian sesuatu loji peralatan, kenderaan dan mesin hendaklah dimasukkan dalam harga dan kadar harga butiran-butiran yang berkaitan dengan penggunaannya di dalam Senarai Kuantiti ini.
K. Kerja-kerja yang diukur Sebagai Butiran "PUKAL" Harga dan kadar harga untuk butiran/kerja-kerja yang diukur sebagai butiran "PUKAL" hendaklah disifatkan meliputi bagi mengadakan semua keperluan untuk perlaksaaan dan penyiapan butiran/kerja-kerja itu dengan sewajarnya mengikut tujuan dan maksud sebenar dokumen-dokumen kontrak secara keseluruhan samaada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihalkan secara khusus, dengan syarat tujuan dan maksud itu boleh difahamkan dengan munasabahnya termasuk di dalam butiran/kerja-kerja itu.
L. Meletak Harga Ke Dalam Senarai Kuantiti Semua butiran di dalam Senarai Kuantiti hendaklah dihargakan oleh Kontraktor. Sekiranya Kontraktor gagal menghargakan mana-mana butiran, nilai bagi butiran tersebut hendaklah disifatkan termasuk di dalam harga dan kadar harga butiran-butiran lain yang ada dalam Senarai Kuantiti.
Pusat Angkasa Negara
ANGKASA-UPF-SH036
5
2. PENGGALIAN DAN KERJA TANAH
A. Kecuali dinyatakan sebaliknya, dalam penggalian adalah diukur dari paras yang dibentuk ke bahagian bawah penggalian.
B. Dalam penggalian adalah diukur dalam M3.
C. Kuantiti untuk tambak tanah adalah diukur bersih (iaitu tidak termasuk isipadu yang diambil oleh bahagian kekal Kerja yang akan dilaksanakan di dalam Kontrak).
D. Harga untuk penggalian hendaklah termasuk untuk:- (i) Menggali dalam apa jua sahaja jenis bahan tidak termasuk batu
seperti ditakrifkan dalam Spesifikasi, yang dijumpai dipermukaan tanah atau di dalam penggalian.
(ii) Mengeluarkan bahan yang digali dari penggalian. (iii) Mengambus kembali bahan-bahan penggalian terpilih ke dalam
penggalian dan memampatkannya sebagaimana ditentukan dalam Spesifikasi.
(iv) Menyokong dan menjaga tepi penggalian dengan apa cara sekali
yang perlu termasuk jenis-jenis penjermangan kayu dan sebarang jenis tupang khusus atau cerucuk kepingan dan sebagainya yang diperlukan tetapi tidak menjadi bahagian kekal kepada kerja-kerja yang akan dilaksanakan, tetapi tidak termasuk sebarang penahan dan penupang yang ditinggalkan di dalam tanah atau sebarang cerucuk kepingan dan sebagainya yang menjadi bahagian kekal kepada Kerja yang akan dilaksanakan.
(v) Menjaga penggalian supaya bebas daripada air hujan, resapan dan
sebagainya dan mengeluarkan sebarang air yang bertakung dengan mengepam atau cara-cara lain yang perlu.
(vi) Melaraskan bahagian bawah lubang penggalian atau mencerunkan
tanah atau lubang dan memadatkannya. (vii) Merapikan bahagian tepi penggalian supaya permukaanya
berbentuk menegak, sendeng atau mencerun.
E. Kadar harga untuk penggalian peparit hendaklah termasuk peparit di permukaan tanah dan peparit untuk tanah di bawah struktur binaan. Pengasingan hendaklah tidak dibuat antara peparit di permukaan tanah dan peparit untuk tanah di bawah struktur binaan.
Pusat Angkasa Negara
ANGKASA-UPF-SH036
6
2. PENGGALIAN DAN KERJA TANAH (Samb.)
F. Kecuali jika selainnya ditentukan, Kadar Harga untuk penggalian hendaklah tidak termasuk mengambus kembali dan membuang tanah penggalian yang berlebihan. Mengambus kembali dengan tanah penggalian terpilih ke dalam tempat yang digali dan memadaikannya dengan cara yang ditentukan dalam Spesifikasi, dan membuang tanah penggalian yang berlebihan (baki selepas mengambus) hendaklah diukur bersekali kecuali dinyatakan keperluan secara berasingan didalam BQ.
G. (jika dinyatakan) Kadar harga untuk membuang bahan penggalian yang berlebihan (baki selepas mengambus kembali) hendaklah termasuk pengelolaan berganda bahan-bahan atau pengangkutan bahan di sekitar tapakbina dimana perlu sebelum dibawa keluar dari tapakbina ke tempat pembuangan Kontraktor sendiri dan pertambahan kuantiti disebabkan oleh 'bulking factor'.
H. Kadar harga untuk tanah, pasir, habuk kuari dan bahan yang seumpamanya untuk tambunan, lapisan, lapis kedap dan sebagainya hendaklah termasuk sebarang royalti, meratakan permukaan atas, membentuk permukaan supaya mencuram atau kebuk, merapikan bahagian tepi supaya permukaanya berbentuk tegak, sendeng atau mencerun dan sebarang papan tambak sementara yang diperlukan juga termasuk pertambahan kuantiti disebabkan oleh 'bulking factor'.
I. Harga dan kadar harga untuk hadkor, batu kerikil dan bahan yang seumpamanya untuk tambunan, lapisan dan sebagainya untuk menerima konkrit atau ubinan hendaklah termasuk sebarang royalti, melapis kedap dengan pasir atau habuk kuari dan meratakan permukaannya atau membentuk permukaan supaya mencuram atau kebuk dan dibasahkan secukupnya.
J. Kerja membersihkan tapakbina hendaklah diukur keluasannya atas pelan (tidak termasuk keluasan tapak bangunan sediada yang akan dirobohkan) dan tidak diukur mengikut fasal 2(a) dan (b) di bawah Bahagian - Penggalian dalam Kaedah Pengukuran Standard untuk Kerja Bangunan, Mac 1976.
K. Kadar harga untuk "Pembersihan Tapak Bina" hendaklah termasuk semua tenaga perburuhan, bahan, peralatan, alat-alat dan perkara lain yang perlu untuk melaksanakan kerja menurut Spesifikasi dan sebagaimana yang diarahkan oleh P.P. termasuk mengalih dan membuang semua bahan hasilan daripada kerja itu. Segala kos untuk melindungi dan penjagaan terhadap pokok-pokok, pokok-pokok kecil dan kawasan rumput yang sediaada hendaklah termasuk di dalam Kadar Harga untuk 'Pembersihan Tapakbina'.
Pusat Angkasa Negara
ANGKASA-UPF-SH036
7
2. PENGGALIAN DAN KERJA TANAH (Samb.)
L. Kadar harga untuk merobohkan binaan dan struktur lain (jika diukur secara berasingan) hendaklah termasuk memecah dan membuang struktur berkenaan termasuk meletupkannya sehingga kearas binaan /tanah jika perlu, membuang sebarang alas (footing), rasuk tanah, papak dan parit keliling bangunan, memutuskan hubungan dan menutup semua perkhidmatan jika ada, membuang semua saluran paip di dalam bangunan, sampah sarap dan bahan-bahan lain yang ada dan nilai kredit untuk bahan lama yang menjadi milik Kontraktor dan mengangkut keluar dari tapakbina bahan yang tidak dikehendaki dan membersihkan lokasi tersebut daripada segala longgokan yang tidak diperlukan.
M. Kadar harga untuk "tanah tambun yang dibawa dari sumber Kontraktor sendiri untuk menaikkan aras" hendaklah termasuk kos mendapatkan punca tanah , menyediakan dan menyenggarakan aksess, mengangkut tanah ke tapakbina, termasuk pertambahan kuantiti oleh 'bulking factor', bayaran sebarang fee, lesen atau royalti, menghampar, merata, memampatkan, membentuk, mengimbangi, menyediakan tempat simpan sementara dan mengelolakan bahan tersebut termasuk mengangin dan membasahkan jika perlu dan semua tenaga perburuhan, peralatan, kelengkapan dan perkara-perkara lain yang perlu untuk menyiapkan kerja menurut Spesifikasi atau sebagaimana yang diarahkan oleh P.P. Kadar harga ini juga hendaklah termasuk pemendapan atau anjakan biasa.
N. Kadar harga untuk tanah tambun dari penggalian di tapakbina hendaklah termasuk mengangkut tanah dari tempat penggalian ke tempat tambun, termasuk pertambahan kuantiti oleh 'bulking factor' menghampar, meratakan permukaan atas, membentuk permukaan supaya mencuram atau kebuk, merapikan bahagian tepi supaya permukaannya berbentuk tegak, sendeng atau mencerun, sebarang papan tambak sementara yang diperlukan dan pemendapan atau anjakan tanah tambun di kawasan yang lembik.
O. Kadar harga untuk penggalian tanah atas (jika perlu untuk kegunaan semula) hendaklah termasuk melonggokkan tanah atas dan rumput dalam kawasan tapakbina dan membuang bahan-bahan yang tidak sesuai ke tempat pembuangan Kontraktor sendiri.
Pusat Angkasa Negara
ANGKASA-UPF-SH036
8
3. KERJA CERUCUK
A. Kehendak Am Harga dan kadar harga untuk cerucuk hendaklah termasuk kerja dalam sebarang sifat keadaan tapakbina, aras air dan strata tanah di mana cerucuk akan dilantak atau digerek dan sebarang kerja penggalian yang diperlukan untuk ruang kerja.
B. Membekal Cerucuk Konkrit Tuang Dulu/Cerucuk Kayu (i) Membekal cerucuk permulaan dan cerucuk sambungan adalah
disenaraikan secara berasingan dalam Bilangan (No). (ii) Harga dan kadar harga untuk membekal cerucuk permulaan dan
cerucuk sambungan hendaklah dianggap telah termasuk mengadakan semua keperluan seperti yang ditunjukkan dalam lukisan dan/atau seperti yang ditentukan.
C. Mengendali, Mengangkut, Menegak dan Melantak Cerucuk Konkrit Tuang
Dulu/Cerucuk Kayu Kadar harga untuk mengendali, mengangkut, menegak dan melantak hendaklah termasuk:- (i) Mengerakkan kerangka cerucuk di sekitar tapak bina (ii) Penggalian tambahan, menambun tanah dan kerja memadatkan
tanah yang diperlukan semasa menggerakkan/meletakkan kerangka cerucuk
(iii) Mengendali, mengangkut, menegak dan melantak cerucuk
permulaan atau cerucuk sambungan tanpa mengira panjangnya (iv) Menajamkan satu hujung cerucuk permulaan (dimana perlu),
menyediakan kepala cerucuk dan memasangkan pengikat/topi perlindungan (hanya terpakai untuk cerucuk kayu)
(v) Melantak semula cerucuk yang terbajak (vi) Menanda cerucuk, (vii) Menyimpan dan memonitor buku log (viii) Mengadakan doli jika perlu
Pusat Angkasa Negara
ANGKASA-UPF-SH036
9
3. KERJA CERUCUK (Samb.) Mengendali, mengangkut, menegak dan melantak cerucuk permulaan dan cerucuk sambungan adalah diukur dalam satu butiran. Pengasingan hendaklah tidak dibuat diantara cerucuk permulaan dan cerucuk sambungan. Ini tidak selaras dengan Kaedah Pengukuran Standard Untuk Kerja Bangunan. Bagi tujuan pembayaran bagi mengendali, mengangkut, menegak dan melantak cerucuk, panjang yang dibayar hendaklah dianggap sebagai panjang yang diukur dari aras sepatu cerucuk apabila ditegakkan (iaitu aras apabila cerucuk berhenti mendap akibat beratnya sendiri) sehingga aras sepatu cerucuk setelah dilantak.
4 KERJA KONKRIT
A. Konkrit
Harga dan kadar harga untuk konkrit hendaklah termasuk: (i) Semua kerja mengangkat dan meletakkan di tempat yang
diperlukan. (ii) Kerja di antara dan disekeliling tetulang (iii) Menhentak dan/atau menggegarkan untuk memberi pemadatan
yang rata. (iv) Membentuk atau memotong
(a) Alur (b) Lundar (c) Motis (d) Lubang dan butiran lain yang seumpamanya, termasuk
semua kerja membaiki.
(v) Mengawet dan melindungi konkrit dari kerosakan dan penompokan
Pusat Angkasa Negara
ANGKASA-UPF-SH036
10
4 KERJA KONKRIT (Samb.) B. Tetulang
Harga dan kadar harga untuk tetulang hendaklah termasuk: (i) Memotong mengikut ukuran (ii) Mencangkuk hujung (iii) Membengkok (iv) Meletak di tempat yang diperlukan sebelum konkrit dituang (v) Mengikat, dawai pengikat, bar peruang dan blok penjarak (vi) Peruntukan untuk tindihan dan membuat takukan di sekeliling
halangan jika menggunakan jejaring keluli Nota Berat tetulang keluli yang diberi dalam Senarai Kuantiti adalah tidak termasuk berat dawai pengikat dan sebarang peruntukan untuk selisih gulingan dan kadar harga hendaklah mengambilkira butiran-butiran ini.
C. Acuan Konkrit Kadar harga untuk acuan konkrit hendaklah termasuk:- (i) Memasang (ii) Memotong serong dan membulat (iii) Memotong hujung yang rencong (iv) Menakuk (v) Peruntukan untuk tindihan dan selisihan di sudut (vi) Beroti (vii) Menupang dan semua penyokong (viii) Memasang bolt dan baji
Pusat Angkasa Negara
ANGKASA-UPF-SH036
11
4. KERJA KONKRIT (Samb.) C. (Samb.)
(ix) Menyapu permukaan yang bersentuhan dengan konkrit dengan
minyak acuan atau persediaan lain yang diluluskan. (x) Melonggar, menanggal dan membuang acuan
D. Permukaan Tegak Melebihi 12'0" (4.0m) Tinggi
Kadar harga untuk acuan konkrit pada permukaan menegak seperti tiang, dinding dan sebagainya hendaklah termasuk menupang pada sebarang ketinggian yang dikehendaki.
E. Acuan Konkrit Yang Ditinggalkan
Acuan konkrit yang dikekalkan seperti yang ditentukan dalam Senarai Kuantiti hendaklah diertikan acuan konkrit yang akan menjadi bahagian kekal kepada Kerja yang akan dilaksanakan.
F. Konkrit Tuang Dulu
Semua kerja yang menggunakan konkrit tuang dulu hendaklah dianggap daripada konkrit (1:2:4-20mm) sebagaimana yang dihuraikan kemudian dalam Senarai Kuantiti ini. Kadar harga hendaklah termasuk semua kerja menuang, acuan konkrit, tetulang, pengendalian, mengangkat, meletak pada kedudukan dan memasang, mengikat, menyambung dan mengemasikat dengan campuran mortar kecuali selainnya diterangkan secara khusus.
5. KERJA BATU BATA
Harga dan kadar harga untuk kerja batu bata, batu bata muka dan blok kekisi hendaklah termasuk:- (i) Semua pemotongan yang kasar dan yang kemas (ii) Lapisan mengunjur dan menyurut (iii) Gerbang melepa dan meluah (iv) Membaji dan mencemat (v) Menyadak sambungan dan mengemasikat kalis tiris (vi) Memasang plat
Pusat Angkasa Negara
ANGKASA-UPF-SH036
12
5. KERJA BATU BATA (Samb.) (vii) Memasang dan mengemasikat bingkai (viii) Melubang dan melepa bahagian dalam serombong (ix) Menyedia ruang untuk sesiku paip (x) Menutup cucur atap (xi) Membentuk bebibir tingkat dan persegi empat, memotong serong atau
bentuk paruh burung dan takukan, (xii) Memotong atau membentuk lundar, lubang dan motis (xiii) Memotong dan mencemat dari/atau memasang (xiv) Kerja membaiki (xv) Butiran lain yang seumpamanya
6. KERJA LAPIS LEPA, UBINAN DAN JUBINAN
A. Kehendak Am Harga dan kadar harga untuk lapis lepa, ubinan dan jubinan hendaklah termasuk:- (i) Ruang sempit dan kuantiti yang kecil (ii) Garis sementara (iii) Garis bucu dan sudut membulat (vi) Kerja dalam saluran dan untuk kelengkapan dan membaiki
kecacatan pada bebibir, anak tangga, keliling tiang, jerejak, paip, jeriji, kelengkapan dan yang seumpamanya
Sekiranya ketebalan lapis lepa lantai dan ubinan dinyatakan sebagai 'purata', ia hendaklah dipasang mencuram dan mengarus dan Kontraktor hendaklah dianggap telah memasukkan perkara tersebut di dalam harga dan kadar harganya.
Pusat Angkasa Negara
ANGKASA-UPF-SH036
13
6. KERJA LAPIS LEPA, UBINAN DAN JUBINAN (Samb.)
B. Jubinan Harga dan kadar harga untuk jubinan hendaklah termasuk:- (i) Penyediaan permukaan untuk memasang jubin (ii) Memasang mencuram dan mengarus sepertimana diarahkan (iii) Melindungi, membersih dan menggilap setelah kerja siap
C. Kambi
Kadar harga untuk kambi, tetingkat, saluran dan yang seumpamanya hendaklah termasuk semua ukuran pendek, sudut dibentuk, dipotong dan dibuat khas, simpang, hujung dan sebagainya dan kerja membaiki dan butiran lain yang seumpamanya. Untuk jubin mozek, kadar harga hendaklah termasuk untuk jubin melekuk dan jubin yang dipasang pada sudut 45 darjah dari paras mendatar.
7. KERJA PERTUKANGAN KAYU
A. Huraian setiap butiran kerja pertukangan kayu hendaklah dianggap termasuk paku.
B. Kayu
Harga dan kadar harga kayu bagi kerja pertukangan kayu hendaklah termasuk mengawet secara tekanan seperti yang dihuraikan kemudian daripada ini dan semua tenaga perburuhan untuk menakuk, melekap, melubang, menubing dan membaji, menyambung skafa membajang, membenam kepala bolt dan nat, merapi bukaan dan memaku jika perlu.
C. Semua kerja kayu dianggap tidak berketam
Semua kerja pertukangan kayu hendaklah dianggap berpermukaan tidak diketam kecuali jika dinyatakan sebagai diketam dan harga-harga hendaklah mengambilkira ini.
D. Saiz
Saiz kayu tidak diketam, kecuali jika dinyatakan selainnya, hendaklah dalam margin perbezaan yang dibenarkan seperti berikut:- (i) Bagi lebar, dalam atau tebal tidak melebihi 3" (75mm) - dalam
lingkungan 1/8" (3mm) dari saiz yang dinyatakan. (ii) Bagi lebar, dalam atau tebal melebihi 3" (75mm) - dalam lingkungan
1/4" (6mm) dari saiz yang dinyatakan
Pusat Angkasa Negara
ANGKASA-UPF-SH036
14
E. Memasang palam pada kerja kayu dan sebagainya Sekiranya kerja dihuraikan sebagai memasang palam hendaklah dianggap memasang palam pada dinding batu-bata, tembok bata atau konkrit dan hendaklah termasuk memasang secara tembakan jika diluluskan atau menanam ke dalam atau melubang dan memasukkan isian gentian atau bahan pemasangan lain yang diluluskan dan memasang dengan menggunakan paku atau skru yang sesuai pada sebarang dinding atau permukaan konkrit.
Pusat Angkasa Negara
ANGKASA-UPF-SH036
15
8. KERJA KELULI DAN BESI A. Tidak ada peruntukan dalam berat keluli bagi jidar gulingan. B. Harga dan kadar harga bagi kerja keluli dan besi hendaklah termasuk:-
(i) Peruntukan bagi jidar gulingan (ii) Tenaga perburuhan bagi memotong dan menggerudi lubang ((iii) Rivet jika perlu (iv) Kos tambahan kerana menggunakan saiz yang lebih besar dari saiz
standard dari stok pembuat jika perlu (v) Melaksanakan kerja dengan bahagian-bahagian dari perbagai saiz
dan panjang 9. KERJA MELEPA
Harga dan kadar harga kerja melepa hendaklah termasuk:- (i) Ruang sempit dan kuantiti kecil (ii) Garis sementara (iii) Sambungan antara pelbagai lepa (iv) Sudut dalam, garis bucu dan 'quirk' (v) Persilangan di permukaan melengkong, lekokan membulat dan sudut luar
yang tidak melebihi 25mm radius (vi) Tanggam penjuru, penahan dan sebagainya bagi yang tersebut di atas
dan kepada birai hias, ukiran, hiasan tambahan, lekukan, alur, kambi, talang dan ibu tangga
(vii) Menyadak sambungan atau memahat sebarang permukaan bagi
menghasilkan cengkaman.
Pusat Angkasa Negara
ANGKASA-UPF-SH036
16
10. KERJA PAIP BEKALAN AIR A. Kehendak Am
(i) Harga dan kadar harga untuk kerja paip hendaklah termasuk
ukusan pendek dan penyambung lurus termasuk memasang dan yang seumpamanya, semua tebukan, lundar dan sebagainya, dalam dinding batu bata, tembok konkrit, dan sebagainya dan semua kerja pembaikan
(ii) Semua paip diukur bersih seperti siap dipasang, diukur ke atas
sesiku, penyambung dan sebagainya (iii) Harga dan kadar harga untuk kelengkapan paip yang dihuraikan
sebagai ekstra ke atas hendaklah diertikan sebagai kos ekstra kelengkapan tersebut di atas kos paip bagi panjang yang berkenaan
B. Kadar harga untuk paip keluli Sederhana Bergalvani atau Plastik
hendaklah termasuk:- (i) Ukuran pendek, soket, penyambung, nat lawan, sesiku, liku, liku
tempa, tee, penirus, palam dan yang seumpamanya C. Paip Tembaga
Harga dan kadar harga hendaklah termasuk:- (i) Ukuran pendek
D. Klip Paip
Klip paip bagi paip bekalan air hendaklah bergalvani mengikut B.S. 1494 dan harga atau kadar harga bagi paip air hendaklah termasuk klip air dipasang pada jarak 900mm dan diskru serta dipalam jika perlu dan semua kerja membaiki.
E. Pemasangan dan Pengujian Paip Bekalan Air Luar
Peruntukan berikut hendaklah dijadikan sebahagian daripada kaedah pengukuran dan menghargakan Senarai Kuantiti bagi Kontrak ini.
Pusat Angkasa Negara
ANGKASA-UPF-SH036
17
10. KERJA PAIP BEKALAN AIR (Samb.)
(i) Pengukuran dan Pemasangan Paip, Pepasang Khas, Injap dan Lengkapan Semua paip hendaklah diukur dalam meter panjang dan bayaran hendaklah dibuat untuk panjang sebenar yang dipasang dan disambung. Panjang sebenar hendaklah panjang yang diukur atas paip tidak termasuk pepasang khas, injap dan lengkapan. Pepasang khas, injap dan lengkapan hendaklah diukur seara bilangan.
(ii) Kadar Harga untuk Pemasangan Paip Keluli dan Pepasang Khas
Di mana paip keluli dan pepasang khas dibekalkan di bawah Kontrak ini oleh Kontraktor, kadar harga kontrak bagi pemasangan paip keluli dan pepasang khas hendaklah termasuk semua kos pengangkutan dan pengendalian di tapak, membaiki lapik dan kepingan di mana perlu, pemasangan dan penyambungan termasuk membuat penyambungan kimpalan, pengujian tekanan hidraulik dan kebocoran, termasuk kos-kos lain yang ditanggung bagi menurut kehendak di dalam Spesifikasi.
(iii) Kadar Harga untuk Pemasangan Paip HDPE PN 10 (MS 1058)
Kadar harga bagi pemasangan paip HDPE PN 10 (MS 1058) hendaklah termasuk semua kos pengangkutan dan pengendalian dan pemasangan dan penyambungan dengan HDPE PN 10 (MS 1058) dan sambungan tanggam lebur temu dan/atau sambungan soket panas, semua pemotongan, pengemasan dan pemusingan ke bawah hujung paip, pengujian tekanan hidro dan/atau arka dan pengujian kebocoran, bersama-sama dengan kos-kos lain yang ditanggung bagi menurut kehendak di dalam Spesifikasi.
(iv) Kadar Harga Untuk Pemasangan Injap dan Lengkapan
Kadar harga untuk pemasangan injap dan lengkapan hendaklah termasuk semua kos pengangkutan dan pengendalian, pemasangan dan penyambungan, pengujian tekanan hidraulik dan kebocoran, termasuk kos-kos lain yang ditanggung bagi menurut kehendak di dalam Spesifikasi.
(v) Kadar Harga Untuk Membuat Sambungan Bebibir
Tiada kadar harga berasingan telah diperuntukan bagi membuat sambungan bebibir. Semua kos bagi membuat sambungan tersebut hendaklah dianggap telah diambilkira oleh Kontraktor di dalam kadar harga kontrak bagi pemasangan item-item bebibir. Kadar harga kontrak tersebut hendaklah juga dianggap telah mengambilkira semua bolt, nat, bahan sambungan dan semua yang perlu bagi menyediakan sambungan bebibir.
Pusat Angkasa Negara
ANGKASA-UPF-SH036
18
10. KERJA PAIP BEKALAN AIR (Samb.)
(vi) Bayaran Bagi Pembasmian Kuman dan Pencucian Dalaman Kadar harga bagi pembasmian kuman dan pencucian dalaman paip hendaklah termasuk kos keseluruhan bagi pembekalan, pengangkutan ke tapak dan penyimpanan di tapak, pengangkutan, pengendalian dan pembancuhan bahan-bahan kimia, kos pengawasan dan buroh dan kerja lain yang perlu, bahan-bahan, pam pemancit dan peralatan.
(vii) Pengukuran Injap dan Pili Bomba
Kadar harga bagi injap dan pili bomba yang dibekalkan oleh Kontraktor hendaklah diukur mengikut bilangan. Kadar harga hendaklah termasuk pemasangan dan kos-kos lain yang ditanggung bagi menurut kehendak di dalam Spesifikasi. Di mana injap dan pili bomba dibekalkan oleh Kerajaan, Kontraktor hendaklah di dalam kadar harga dan jumlah tendernya mengambilkira bagi mengambilnya dari Stor JKR yang dinyatakan di dalam Senarai Kuantiti, mengangkut dan memunggah di tapak, pemasangan dan kos lain yang ditanggung bagi menurut kehendak di dalam Spesifikasi.
11. KERJA PAIP SALURAN KEKOTORAN
Kadar-kadar harga dan kos hendaklah termasuk kerja-kerja dan bahan yang dinyatakan di dalam Spesifikasi dan Spesifikasi Addenda dan Senarai Kuantiti serta rujukan pecahan kos yang terlibat dianggap sama seperti di dalam fasal 14A, B dan D untuk semua jenis paip.
12. KERJA MENGECAT
A. Harga dan kadar harga semua kerja mengecat hendaklah termasuk
menyediakan permukaan sepertimana yang ditentukan, mengecat dalam sebarang warna (temasuk mencampurkan cat warna bagi mendapatkan warna tertentu), peranca dan pelantar sementara.
B. Harga dan kadar harga bagi mengecat pada struktur keluli hendaklah
termasuk mengecat pada pendakap, tetupai, rivet, bolt dan sebagainya. C. Harga dan kadar harga bagi mengecat pada paip hendaklah termasuk
mengecat pada kelengkapan paip, klip, pendakap, dan sebaginya. 13. KERJA SALIRAN AIR PERMUKAAN DAN PEMBENTUNGAN
A. Butiran kerja dibawah berbagai Tred Kerja Penggalian dan Kerja Tanah,
Kerja Konkrit, Kerja Batu Bata dan sebagainya yang dianggap termasuk
Pusat Angkasa Negara
ANGKASA-UPF-SH036
19
dalam harga dan kadar harga Keda Saliran Air Permukaan dan Pembentungan hendaklah terpakai sewajarnya.
B. Harga dan kadar harga bagi paip besi tuang bersalut, paip tembikar gilap
dan paip tanah liat kekaca hendaklah termasuk ukuran pendek, soket, penyambung, pemasangan dan yang seumpamanya.
C. Penggalian peparit bagi pembentungan hendaklah tidak kurang 300mm
lebih lebar dari diameter dalam paip dan kadar harga hendaklah termasuk mengred tanah di bawah paip, mengambus semula dan memadat, memastikan penggalian kering dan semua keperluan memapan dan menjermang.
14. PENANAMAN RUMPUT DAN PENYEMAIAN
A. Kadar harga bagi penanaman rumput hendaklah termasuk:-
(i) Membersih dan menyediakan permukaan seperti yang ditentukan
termasuk membuang batu, sampah sarap dan rumpai liar. (ii) Mengangkut, menabur dan memadat tanah atas atau tanah hitam
ke ketebalan yang dinyatakan dan/atau penaburan baja yang perlu untuk rumput tumbuh.
(iii) Memasang pasak pada rumput di mana perlu (iv) Menyiram air