sidang editor€¦ · tafsir nur al-ihsan luqman hakeem rusdi 119 ahli sunnah wal jamaah dan...

16

Upload: others

Post on 19-Oct-2020

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SIDANG EDITOR€¦ · Tafsir Nur Al-Ihsan Luqman Hakeem Rusdi 119 Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Pemakaiannya Di Malaysia: Isu Dan Cabaran Adam Badhrulhisham 137 Pengajian Syariah Dan
Page 2: SIDANG EDITOR€¦ · Tafsir Nur Al-Ihsan Luqman Hakeem Rusdi 119 Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Pemakaiannya Di Malaysia: Isu Dan Cabaran Adam Badhrulhisham 137 Pengajian Syariah Dan

SIDANG EDITOR / EDITORIAL BOARD

KETUA EDITOR / EDITOR-IN-CHIEF

Mohd Azam Yahya

EDITOR KERJA / EXECUTIVE EDITOR

Mohd Sufiean Hassan

Nurul Athirah Mohd Azmi

Mohd Sabree Nasri

Norizan Samri

Siti Nur Afiqah Syafie

Noor Azizah Jakaria

AHLI SIDANG EDITOR / EDITORIAL BOARD MEMBERS

Mohd Taib Dora (Prof. Dr.)

Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

Mohd Fadzil Mohd Idris (Prof. Madya Dr.) Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

Rahisam Ramli

Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

Abd. Basir Mohamad (Prof. Dr.)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Mohd Nasran Mohamad (Prof. Dr.)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Sanep Ahmad (Prof. Madya Dr.)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Zulfakar Ramlee (Dr.)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

(UIAM)

Nur A’thiroh Masya’il Tan Abdullah@Tan

Ai Pao (Dr.)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Zulkefli Abu Bakar

Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

Mohd Hakim Mothar Rijan

Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

Muhd Taufiq A. Razak @ A. Rashid

Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

Azharuddin Abdollah

Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

Saharia Ismail

Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

Fatimah Nadirah Mohd Noor

Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

GRAFIK / GRAPHIC

Mohd Azzumardy Suboh

Page 3: SIDANG EDITOR€¦ · Tafsir Nur Al-Ihsan Luqman Hakeem Rusdi 119 Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Pemakaiannya Di Malaysia: Isu Dan Cabaran Adam Badhrulhisham 137 Pengajian Syariah Dan

PENERBIT

KONSEP, REKABENTUK & PERCETAKAN

JURNAL ‘ULWAN (ISSN: 2504-8511) diterbitkan setahun sekali oleh Penerbit

Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) untuk / dengan kerjasama Akademi

Pengajian Islam KUIM. Ianya adalah sebagai platform penyebaran ilmu dan

maklumat dari aspek teori, aplikasi dan penyelidikan dalam bidang Syariah

(Kewangan Islam, Perundangan Islam, Sumber Manusia), Usuluddin dan Quran

Sunnah.

SUMBANGAN ARTIKEL

Segala pertanyaan mengenai jurnal dan sumbangan artikel hendaklah dialamatkan

kepada:

Editor

Jurnal ‘Ulwan

Akademi Pengajian Islam,

Kolej Universiti Islam Melaka,

KM 45 Kuala Sg. Baru,

78200 Melaka.

E-mel: [email protected]

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by

DE Advertising & Enterprise

No 5, Jalan MP11, Merdeka Permai,

75350 Melaka.

Page 4: SIDANG EDITOR€¦ · Tafsir Nur Al-Ihsan Luqman Hakeem Rusdi 119 Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Pemakaiannya Di Malaysia: Isu Dan Cabaran Adam Badhrulhisham 137 Pengajian Syariah Dan

JURNAL‘ULWAN

JILID 1 (VOLUME 1) ISSN 2504-8511 2016/1437 H

Murtad: Antara Hak Kebebasan Beragama dan Kesalahan Jenayah

Syariah di Malaysia

Mohd Sabree Nasri & Mohd Sopiee Shiddeq

1

Pembiayaan Rumah Menerusi Kontrak Musharakah Mutanaqisah di

Institusi Perbankan Islam Malaysia: Sorotan Literatur Sistematik

Rahisam Ramli & Ahmad Dahlan Salleh

19

Instrumen Pelaburan bagi Penjanaan Dana Wakaf Institusi Pengajian

Tinggi (IPT): Satu Tinjauan

Roslina Hashim, Rahisam Ramli, Nur Farhana Dahalan, Nur Yuhanis

Ismon & Shahrina Romli

41

Fardhu ‘Ain Sebagai Kerangka Pembentukan Disiplin Pelajar di

Institusi Pendidikan Islam

Muslihah Mazlan, Mohd Azam Yahya & Fatimah Nadirah Mohd Noor,

63

Skim Zawaj: Produk Perkhidmatan Untuk Perkahwinan

Nurul Athirah Mohd Azmi & Sanep Ahmad

79

Keberkesanan Kelas Takmir Dalam Pengajian Hadis Di Masjid

Daerah Melaka Tengah: Pendekatan Dan Penambahbaikan

Azmi Budin

95

Metodologi Perumian Kitab-Kitab Klasik, Kajian Terhadap Kitab

Tafsir Nur Al-Ihsan

Luqman Hakeem Rusdi

119

Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Pemakaiannya Di Malaysia:

Isu Dan Cabaran

Adam Badhrulhisham

137

Pengajian Syariah Dan Pembinaan Tamadun Islam Di Malaysia Nur Hayati Md Dahlal & Mohd Izzuddin Mohd Noor

159

Risiko Pengurusan Dana Wakaf Untuk Institusi Pendidikan Tinggi Di

Malaysia: Satu Kerangka Konseptual

Nur Farhana Dahalan, Rahisam Ramli, Roslina Hashim, Nur Yuhanis

Ismon & Shahrina Romli

175

Akademi Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Melaka

Page 5: SIDANG EDITOR€¦ · Tafsir Nur Al-Ihsan Luqman Hakeem Rusdi 119 Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Pemakaiannya Di Malaysia: Isu Dan Cabaran Adam Badhrulhisham 137 Pengajian Syariah Dan

1

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN

KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

Mohd Sabree Nasri

Kolej Universiti Islam Melaka

Mohd Sopiee Shiddeq

Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Sejarah telah membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam sejak

kurun ke-12 lagi. Malah kedudukan Islam sebagai agama utama Persekutuan turut

dinyatakan melalui Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang

tertinggi negara. Namun kedudukan tersebut terjejas dengan isu murtad di

Malaysia dengan alasan Hak Kebebasan Beragama. Tidak terdapat peruntukkan

undang-undang yang jelas dan ketidakseragaman undang-undang mengenai

kesalahan berkaitan murtad turut menambah derita bagi isu murtad di Malaysia.

Justeru, penulisan ini bertujuan untuk mengulas mengenai isu murtad di Malaysia

secara ringkas dan kemudian memberikan cadangan mekanisme ke arah

penyeragaman undang-undang murtad di Malaysia.

Kata kunci: Murtad, kebebasan beragama, Perlembagaan Persekutuan,

cadangan penyeragaman

Page 6: SIDANG EDITOR€¦ · Tafsir Nur Al-Ihsan Luqman Hakeem Rusdi 119 Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Pemakaiannya Di Malaysia: Isu Dan Cabaran Adam Badhrulhisham 137 Pengajian Syariah Dan

19

PEMBIAYAAN RUMAH MENERUSI KONTRAK MUSHARAKAH

MUTANAQISAH DI INSTITUSI PERBANKAN ISLAM

MALAYSIA: SOROTAN LITERATUR SISTEMATIK

Rahisam Ramli

Kolej Universiti Islam Melaka

Ahmad Dahlan Salleh

Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Pembiayaan Musharakah Mutanaqisah (MM) mempunyai struktur yang lebih unik

kerana boleh mengurangkan tempoh pembiayaan dan mempercepatkan hak

pemilikan. Namun perbahasan MM masih kurang dianalisis menggunakan

pendekatan sorotan literatur sistematik berbanding sorotan literatur secara naratif

dan tematik. Sorotan literatur sistematik boleh meningkatkan pembuktian dengan

terperinci dan berkesan terhadap sesuatu permasalahan. Sumber pencarian literatur

diambil dari pangkalan data secara dalam talian dan perpustakaan. Sebanyak 47

artikel sebagai sumber utama untuk dianalisis. Analisis kajian mendapati sebanyak

46 artikel (98%) kajian MM diperolehi menerusi dalam talian dari pelbagai sumber

seperti buku, kertas kerja persidangan, artikel elektronik, jurnal dan tesis.

Manakala sebanyak 1 bahan (2%) sorotan literatur diambil dari pangkalan data

bukan talian di Perpustakaan UM. Kajian mendapati bentuk konseptual

mendominasi fokus utama dalam kajian MM berbanding bentuk empirikal. Dari

aspek cadangan pula, sorotan literatur MM tertumpu pada model pengiraan MM

yang lebih seimbang, penentuan kadar sewa yang lebih praktikal, pemindahan

risiko kepada pelanggan dan kaedah perlindungan risiko jika wujud kes penamatan

awal. Kajian ini merumuskan terdapat keperluan untuk melakukan kajian lanjutan

terhadap aspek yang kurang mendapat perhatian bagi menambah baik pelaksanaan

MM dalam perbankan Islam.

Kata kunci: Pembiayaan rumah, Musharakah mutanaqisah, perbankan Islam,

sorotan literatur sistematik

Page 7: SIDANG EDITOR€¦ · Tafsir Nur Al-Ihsan Luqman Hakeem Rusdi 119 Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Pemakaiannya Di Malaysia: Isu Dan Cabaran Adam Badhrulhisham 137 Pengajian Syariah Dan

41

INSTRUMEN PELABURAN BAGI PENJANAAN DANA WAKAF

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT):SATU TINJAUAN

Roslina Hashim, Rahisam Ramli, Nur Farhana Dahalan, Nur Yuhanis Ismon

& Shahrina Romli

Kolej Universiti Islam Melaka

Abstrak

Wakaf pendidikan merupakan sesuatu dana dalam bentuk kewangan dan bukan

kewangan yang digunakan untuk pembangunan pendidikan. Wakaf pendidikan

tinggi telah mula berkembang di Malaysia selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia

yang ingin mengurangkan kebergantungan pendidikan dengan menggunakan dana

kerajaan. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merupakan Institusi

Pengajian Tinggi (IPT) pertama di Malaysia yang menubuhkan tabung wakaf

pendidikan melalui IIUM Endowment Fund pada tahun 1999. Perkembangan ini

diikuti oleh beberapa buah IPT lain dari tahun ke tahun. Namun begitu, penjanaan

dana wakaf melalui instrumen pelaburan masih belum berkembang. Terdapat

pelbagai instrumen pelaburan yang boleh digunakan oleh IPT tetapi belum ada

kajian khusus yang dilakukan untuk mengkaji instrumen tersebut. Objektif kajian

ini adalah untuk mengkaji instrumen-instrumen pelaburan yang berpotensi untuk

menjana dana wakaf IPT. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah jenis kajian

deskriptif. Kaedah kajian menerusi kaedah perpustakaan dengan merujuk kepada

artikel, jurnal, kertas persidangan, penyelidikan dan dokumen yang berkaitan yang

dianalisis secara induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati terdapat

empat instrumen pelaburan yang berpotensi untuk menjana dana wakaf IPT.

Instrumen tersebut ialah sukuk musyarakah, wakaf korporat, sukuk ijarah dan

wakaf amanah pelaburan hartanah Islam (i-REIT). Implikasi penting kajian ini

mendapati pendekatan baru perlu dilaksanakan oleh IPT dalam penjanaan dana

wakaf dengan mereka bentuk model pelaburan yang bersesuaian untuk

pembangunan wakaf IPT.

Kata kunci: Penjanaan dana wakaf, intrumen pelaburan, dana wakaf IPT, sukuk

musyarakah, wakaf korporat

Page 8: SIDANG EDITOR€¦ · Tafsir Nur Al-Ihsan Luqman Hakeem Rusdi 119 Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Pemakaiannya Di Malaysia: Isu Dan Cabaran Adam Badhrulhisham 137 Pengajian Syariah Dan

78

FARDHU ‘AIN SEBAGAI KERANGKA PEMBENTUKAN DISIPLIN

PELAJAR DI INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM

Muslihah Mazlan, Mohd Azam Yahya, & Fatimah Nadirah Mohd Noor

Kolej Universiti Islam Melaka

Abstrak

Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk meneliti dan menganalisis ilmu fardhu ‘ain

sebagai kerangka pembentukan disiplin pelajar. Penelitian ini penting

memandangkan masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar pada hari

ini adalah pada tahap yang membimbangkan. Berdasarkan analisis tekstual yang

telah dilakukan ilmu fardhu ain yang mempunyai tiga elemen utama iaitu Tauhid

(akidah), Fekah (syariat) dan Tasauf (akhlak) mampu memberikan kesan kepada

pembentukan disiplin pelajar. Hal ini kerana elemen akidah akan membina

hubungan ketuhanan antara pelajar dengan tuhan. Manakala elemen Fekah

(syariat) juga terangkum syariat yang menjadi peraturan dan landasan kehidupan

yang akhirnya akan membentuk disiplin pelajar yakni dari faktor dalam diri

pelajar.

Kata kunci: Fardhu’ain, fekah, tasauf, tauhid

Page 9: SIDANG EDITOR€¦ · Tafsir Nur Al-Ihsan Luqman Hakeem Rusdi 119 Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Pemakaiannya Di Malaysia: Isu Dan Cabaran Adam Badhrulhisham 137 Pengajian Syariah Dan

Jurnal ‘Ulwan

Ulwan’s Jurnal

Jilid 1 2015: 79-94

79

SKIM ZAWAJ: PRODUK PERKHIDMATAN UNTUK

PERKAHWINAN

Nurul Athirah Mohd Azmi & Sanep Ahmad

Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk membentuk satu produk kewangan untuk membantu

mengurangkan beban kewangan kepada pasangan yang ingin berkahwin. Kajian

ini penting rentetan daripada isu kekangan kewangan dan fenomena kahwin lewat

dalam kalangan golongan muslim Malaysia. Produk akan dibentuk menggunakan

metodologi Guidelines on Introduction of New Products sebagaimana ditetapkan

oleh Bank Negara Malaysia. Selain itu bagi memastikan produk berstatus patuh

Shariah, kajian juga menggunakan kaedah istinbat hukum Shariah berdasarkan

ilmu usul fiqh dan qawa'id fiqhiyyah. Hasil kajian menunjukkan satu produk baru

Skim Zawaj boleh ditawarkan menggunakan kontrak ijarah disasarkan kepada

bakal pengantin yang tidak mempunyai simpanan. Skim pembiayaan dinamakan

ijarah al-khadamat yang menghendaki pihak bank berkolaborasi dengan wedding

planner dalam menguruskan majlis resepsi perkahwinan sebagaimana dipohon

oleh bakal pengantin. Pihak bank mengenakan upah atas sewa perkhidmatan yang

ditawarkan kepada pelanggan sebagai pulangan pembiayaan. Implikasi penting

kajian adalah Skim Zawaj dilihat sangat membantu dalam mengatasi masalah kos

pinjaman, dijangka dapat menggalakkan golongan muda melaksanakan

perkahwinan lebih awal dan secara tidak langsung dapat mengatasi masalah sosial

akibat perkahwinan lewat.

Kata kunci: Produk perkahwinan, Skim Zawaj, Ijarah al-Khadamat, Kahwin

Lewat.

Page 10: SIDANG EDITOR€¦ · Tafsir Nur Al-Ihsan Luqman Hakeem Rusdi 119 Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Pemakaiannya Di Malaysia: Isu Dan Cabaran Adam Badhrulhisham 137 Pengajian Syariah Dan

159

KEBERKESANAN KELAS TAKMIR DALAM PENGAJIAN HADIS

DI MASJID DAERAH MELAKA TENGAH: PENDEKATAN DAN

PENAMBAHBAIKAN

Azmi Budin

Kolej Universiti Islam Melaka

[email protected]

Abstrak

Peranan Kelas Takmir dalam Pengajian Hadis di Masjid adalah suatu usaha

berterusan ke arah mengembangkan Islam kepada masyarakat Islam dalam

menghayati sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan mereka serta

mengamalkan untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat. Kajian ini

dilaksanakan berasaskan soal selidik kepada responden yang terlibat secara

langsung dengan pengajaran dan pembelajaran pengajian hadis. Lima buah masjid

yang dipilih di daerah Melaka Tengah iaitu Masjid Ar-Rabbani Tangga Batu

Pekan, Masjid Wahdi As- Siddiq Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, Masjid As-

Shuhada Kem Terendak, Masjid Al-Ghufran Bertam Ulu dan Masjid Al- Rahmah

Bukit Kechil. Keputusan kajian menunjukan Pengajian Hadis memainkan peranan

penting dalam menambahkan kefahaman yang lebih luas kepada masyarakat,

mendedahkan kepentingan Kelas Takmir dan sekaligus memertabatkan peranan

insitusi masjid dalam penyebaran ilmu Islam. Kajian ini juga menunjukan

Pengajian Hadis amat bersesuaian dengan semua golongan dalam menambahkan

ilmu tentang amalan sunnah Rasulullah S.A.W dan menyedari kepentingan

mempelajari hadis. Kajian ini juga menunjukan Pengajian Hadis ini boleh

ditingkat keberkesananya melalui kepelbagaian metodologi pengajaran dan

pembelajaran oleh guru Takmir

Kata kunci: Takmir, Masjid, Dakwah, Hadith, Methodologi

Page 11: SIDANG EDITOR€¦ · Tafsir Nur Al-Ihsan Luqman Hakeem Rusdi 119 Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Pemakaiannya Di Malaysia: Isu Dan Cabaran Adam Badhrulhisham 137 Pengajian Syariah Dan

159

METODOLOGI PERUMIAN KITAB-KITAB KLASIK, KAJIAN TERHADAP KITAB TAFSIR NUR AL-IHSAN

Luqman Hakeem Rusdi

Kolej Unversiti Islam Melaka

Abstrak

Kitab Tafsir Nur al-Ihsan didatangkan dengan skrip tulisan Jawi klasik yang sukar

untuk dibaca apatah lagi difahami oleh masyarakat kini. Tujuan kajian ini

dijalankan adalah untuk mendedahkan metodologi perumian dan pentahqiqan

terhadap kitab klasik di alam Nusantara ini. Tumpuan kajian dijalankan dengan

merumi terhadap kitab Tafsir Nur al-Ihsan. Kajian ini dijalankan dengan kaedah

kepustakaan, análisis data terhadap buku-buku, makalah, artikel yang berkaitan

dengan kitab-kitab klasik umpama kitab Tafsir Nur al-Ihsan yang ditulis oleh Haji

Muhammad Sa’id, Mufti Kedah. Hasil kajian ini mendapati Sistem Ejaan Rumi

Baru Bahasa Malaysia 1972 menepati untuk merumikan teks kitab berkenaan,

beberapa kaedah perumian juga turut diperolehi disamping pembetulan-

pembetulan terhadap baris ayat al-Qur’an dan teks kitab berkenaan. Kesimpulan

daripada kajian ini adalah kaedah Sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Melayu 1972

amat sesuai digunakan untuk merumikan teks Jawi kitab-kitab Melayu klasik,

disamping memberikan nafas baru ianya juga menjadi lebih mudah dibaca dan

difahami oleh generasi pada masa kini.

Kata kunci: Perumian, Kitab Tafsir Nur al-Ihsan, SERBBM 197

Page 12: SIDANG EDITOR€¦ · Tafsir Nur Al-Ihsan Luqman Hakeem Rusdi 119 Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Pemakaiannya Di Malaysia: Isu Dan Cabaran Adam Badhrulhisham 137 Pengajian Syariah Dan

159

AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN PEMAKAIANNYA DI

MALAYSIA: ISU DAN CABARAN

Adam Badhrulhisham

Kolej Universiti Islam Melaka

Abstrak

Sejarah merekodkan kedatangan Islam ke Malaysia atau Tanah Melayu adalah

berasal dari para pedagang dan pendakwah Yaman yang berpegang dengan akidah

Ahli Sunnah Wal Jamaah, sekaligus menjadikan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

(ASWJ) sebagai pegangan yang digunapakai secara meluas dan menjadi mazhab

rasmi bagi masyarakat Islam sehingga hari ini. Namun begitu terdapat segelintir

masyarakat yang berpegang dengan fahaman selain ASWJ dan mula mencabar

kedudukan ASWJ sebagai pegangan utama masyarakat. Kertas kerja ini cuba

menjelaskan realiti pemakaian akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia dan

mengupas isu yang dihadapi dan cabaran yang terpaksa dilalui dalam menangani

kepelbagaian mazhab akidah yang mula wujud dalam konteks Malaysia.

Kata Kunci: Akidah, Ahli Sunnah wal Jamaah, mazhab akidah,

Page 13: SIDANG EDITOR€¦ · Tafsir Nur Al-Ihsan Luqman Hakeem Rusdi 119 Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Pemakaiannya Di Malaysia: Isu Dan Cabaran Adam Badhrulhisham 137 Pengajian Syariah Dan

159

PENGAJIAN SYARIAH DAN PEMBINAAN TAMADUN ISLAM DI

MALAYSIA

Nor Hayati Md Dahlal

Universiti Utara Malaysia

Mohd Izzuddin Mohd Noor

Kolej Universiti Islam Melaka

Abstrak

Artikel ini membincangkan tentang perkembangan sistem pengajian Syariah dan

sumbangannya dalam membina tamadun Islam di Malaysia, bermula daripada

abad yang ke -14 sehinggalah ke zaman moden. Ekoran daripada itu, artikel ini

lebih merupakan usaha awal yang cuba menganalisa model-model yang sepatutnya

diterapkan secara bersepadu di dalam pengajian syariah dalam pembinaan tamadun

Islam di Malaysia. Bagi mencapai hasrat ini, kajian ini akan cuba menumpukan

perhatian terhadap pengajian syariah di dalam pembinaan tamadun melayu, yang

kemudiannya akan cuba dibandingkan dengan realiti pembaharuan sistem

pendidikan Islam semasa di Malaysia.

Kata Kunci: Pengajian Syariah, Tamadun Islam, Pendidikan Islam

Page 14: SIDANG EDITOR€¦ · Tafsir Nur Al-Ihsan Luqman Hakeem Rusdi 119 Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Pemakaiannya Di Malaysia: Isu Dan Cabaran Adam Badhrulhisham 137 Pengajian Syariah Dan

175

RISIKO PENGURUSAN DANA WAKAF UNTUK INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA: SATU KERANGKA

KONSEPTUAL

Nur Farhana Dahalan, Rahisam Ramli, Roslina Hashim, Nur Yuhanis Ismon

& Shahrina Romli

Kolej Universiti Islam Melaka

Abstrak

Wakaf pendidikan tinggi merupakan suatu dana sama ada dalam bentuk kewangan

dan bukan kewangan yang digunakan untuk menyediakan peluang pendidikan di

peringkat pengajian tinggi. Namun, pengurusan risiko dalam mengendalikan

wakaf pendidikan tinggi kurang diperdebatkan berbanding aspek pengurusan

wakaf untuk membina masjid, surau dan pusat komersial yang lain. Sedangkan

pengurusan risiko dalam pendidikan tinggi dapat menyediakan maklumat berguna

kepada pengurusan wakaf. Keupayaan pengurusan wakaf dalam mengenal pasti

risiko mampu meningkatkan keberkesanan urus tadbir. Justeru, kertas kerja ini

bertujuan untuk menyumbang beberapa risiko-risiko yang wujud dalam

pengurusan wakaf pendidikan tinggi.

Kata kunci: Model Pengurusan, Pengurusan Risiko, Wakaf, Pendidikan Tinggi

Page 15: SIDANG EDITOR€¦ · Tafsir Nur Al-Ihsan Luqman Hakeem Rusdi 119 Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Pemakaiannya Di Malaysia: Isu Dan Cabaran Adam Badhrulhisham 137 Pengajian Syariah Dan

Panduan Penulisan

Jurnal ‘Ulwan Akademi Pengajian Islam

Kolej Universiti Islam Melaka

1. Tajuk makalah mestilah ditulis dalam bahasa Melayu, DAN bahasa Inggeris.

2. Makalah boleh ditulis dalam bahasa Melayu ATAU bahasa Inggeris.

3. Abstrak mestilah ditulis dalam bahasa Melayu, DAN bahasa Inggeris berserta

kata kunci (keywords).

4. Setiap artikel atau petikan yang diambil dari terbitan lain mesti diletakkan nota

kaki sebagai rujukan.

5. Makalah mestilah dihantar dalam bentuk softcopy berserta dua salinan

hardcopy untuk tujuan penilaian.

6. Nama, gelaran, jawatan, alamat penuh, nombor telefon, dan butir-butir

mengenai penulis hendaklah disertakan selepas kesimpulan.

7. Makalah hendaklah ditaip pada kertas putih bersaiz A4 sahaja, langkau 1.0

baris, menggunakan Font Times New Roman saiz 11.

8. Penulis tidak boleh menghantar makalah yang telah ditulis oleh penulis lain

atau makalah yang telah diterbitkan oleh media cetak, media elektronik atau

lain-lain bentuk terbitan.

9. Melampirkan bibliografi pada bahagian akhir makalah.

10. Jumlah patah perkataan adalah antara 3,000 hingga 5,000 patah perkataan.

11. Editor berhak menolak mana-mana makalah atau artikel yang tidak memenuhi

syarat-syarat penerbitan seperti di atas.

12. Manuskrip lengkap hendaklah dihantar melalui e-mel atau pos atau serahan

tangan ke alamat:

Editor

Jurnal ‘Ulwan

Akademi Pengajian Islam,

Kolej Universiti Islam Melaka,

KM 45 Kuala Sg. Baru,

78200 Melaka.

E-mel: [email protected]

Page 16: SIDANG EDITOR€¦ · Tafsir Nur Al-Ihsan Luqman Hakeem Rusdi 119 Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Pemakaiannya Di Malaysia: Isu Dan Cabaran Adam Badhrulhisham 137 Pengajian Syariah Dan