sistem dokumentasi_sistem apa

45
SISTEM DOKUMENTASI: SISTEM A.P.A Disediakan oleh: Mohd Asif Mohd Alwi Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPGKKB

Upload: ipg

Post on 30-Jul-2015

41 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

1. Disediakan oleh: Mohd Asif Mohd Alwi Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPGKKB 2. DEFINISI DOKUMENTASI Bahan yang penting dan perlu dimuatkan ke dalam sesebuah buku ilmiah dan buku pengajian tinggi ialah rujukan, nota, kutipan dan bibliografi (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hal. 131) 3. Kepentingan Dokumentasi Kepada Pembaca Membantu pembaca mengetahui sumber yang digunakan oleh penulis Membantu pembaca membuat rujukan tambahan Membantu pembaca mendapatkan bahan tersebut dengan mudah Kepada Penulis Menjamin kredibiliti pengarang Menguatkan hujah Pengarang tidak dituduh memplagiat hasil kerja orang lain Memastikan keaslian hasil penulisan ilmiah 4. Tanggungjawab penulis Seseorang penulis yang ingin menerbitkan manuskrip dengan sesebuah organisasi perlu akur dengan sistem dokumentasi yang diamalkan oleh organisasi tersebut Sesebuah hasil penulisan haruslah seragam dari segi dokumentasi. Oleh itu, seseorang penulis harus menggunakan satu sistem secara tekal. Penulis harus sedar bahawa setiap sistem ada kekuatan dan kelemahannya. 5. Contoh Sistem Dokumentasi Sistem Dokumentasi Bidang The American Psycychological Association (APA, 1994) Sains sosial, psikologi, antropologi, sains politik, pendidikan,ekonomi Modern Language Association (MLA, 1995) Bahasa & kesusasteraan Gaya Dewan Bahasa Melayu: DBP The Chicago Manual of Style (1993) Sejarah, falsafah, agama, seni halus The American Chemical Socentys (ACS, 1986) Kimia 6. Format American Psychological Association (APA) Penekanan dibuat terhadap tahun terbitan kerana disiplin ini mengutamakan bahan-bahan terbitan semasa Nama semua pengarang dalam senarai rujukan perlu dicatat sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka Pera pelajar dinasihatkan agar mengekalkan menaip manuskrip langkau dua baris kecuali jia diarahkan oleh pensyarah 7. APA APA memberi garis panduan yang harus diikuti dengan tepat Contoh: penulis perlu menaip langkau dua baris untuk setiap perkara dalam manuskrip IPT Malaysia yang menerima pakai APA telah membuat pengubahsuaian Contoh: Nama orang Melayu tidak ditulis mengikut susunan APA tetapi diubah bersesuaian dengan budaya timur. Cth: Nuraini Yusoff tidak ditulis sebagai Yusoff, N. kerana nama Yusoff bukan nama penulis tetapi bapa kepada penulis 8. Definisi Istilah RUJUKAN Bahan yang dirujuk oleh penulis dan ditulis dalam teks penulisan Adalah menjadi tanggungjawab penulis mendokumentasikannya dalam senarai rujukan. Harus diingat bahawa senarai rujukan hanya menyokong artikel yang anda tulis dan bukan untuk menyokong bidang yang anda bicarakan atau apa yang anda tahu. 9. BIBLIOGRAFI Satu senarai yang disediakan untuk memudahkan pembaca mendapatkan bahan-bahan tambahan sama ada untuk membaca bahan-bahan yang menerangkan konsep asas yang disentuh oleh penulis atau bahan tambahan berkenaan aspek-aspek yang tidak disentuh oleh penulis Bahan-bahan yang dimasukkan dalam senarai bibliografi tidak dicatatkan dalam teks. 10. Perbezaan APA dengan Gaya Dewan APA Rujukan - bahan-bahan yang dirujuk oleh penulis dan ditulis dalam teks penulisan Bibliografi - Bahan yang dirujuk oleh penulis tetapi beliau tidak mencatatkan dalam teks penulisannya Gaya Dewan Bibliografi - Bahan yang dirujuk oleh penulis dan ditulis dalam teks penulisan Senarai bacaan tambahan - Bahan yang dirujuk oleh penulis tetapi tidak dicatatkan dalam teks penulisan 11. Nota kaki kandungan / End Notes Menyampaikan satu idea sahaja cara tulis: a. Catatkan nombor nota kaki kurungan mengikut urutan dalam artikel atau penulisan anda b. Bukan di bahagian bawah halaman c. Mulakan pada halaman baharu d. Halaman nota kaki kandungan perlu berada selepas senarai rujukan 12. Elipsis () 4 tanda elipsis (.) digunakan untuk menunjukkan terdapat pengguguran perkataan antara dua ayat yang dikutip. 3 tanda elipsis () digunakan untuk menunjukkan terdapat pengguguran perkataan dalam satu ayat yang dikutip. 13. Penggunaan et al. Digunakan dalam teks (bukan dalam senarai rujukan) Sekiranya bahan yang dirujuk ditulis oleh 3, 4 @ 5 orang pengarang, pada kali pertama anda menulis rujukan teks, catatkan nama semua pengarang tersebut. Kali kedua menggunakan teks yang sama, hanya perlu menulis nama pengarang pertama dan diikuti oleh et al. Bagi bahan yang ditulis oleh 6 orang @ lebih, kali pertama anda membuat rujukan teks, anda hanya perlu menulis nama pengarang pertama dan diikuti oleh et al. et al. ditulis dalam bentuk italik kerana frasa asing dalam bahasa Melayu. 14. Contoh penggunaan et al. Mengikut Nik Safiah, Farid, Hashim, dan Abdul Hamid (2008), bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca dan juga bahasa perhubungan antara masyarakat di Kepulauan Melayu dengan pedagang Eropah, Asia Barat, pengembara dari India dan China (hlm. 68) Nik Safiah et al. (2008) menyatakan bahawa prasasti yang ditemukan di Kedukan Bukit (683 Masihi), di Talang Tuwo (684 Masihi), di Kota Kapur, Pulau Bangka (686 Masihi), dan di Karang Brahi, Hulu Jambi (686 Masihi) menjadi bukti konkrit tentang pengunaan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa pada abad ke-7 lagi. Dalam Rujukan: Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 15. 6 atau lebih pengarang Kajian yang dijalankan oleh Kraut et al. (1998) mendapati bahawa orang yang banyak menghabiskan masa untuk melayari internet mempunyai kenalan yang kurang dalam jaringan sosial mereka di samping menghadapi masalah kemurugan dan kesunyian. Dalam Rujukan Kraut, R., Patterson, M., Lundmark, V., Kiesler, S., Mukophadhyay, T., & Scherlis, W. (1998). Internet paradox: A social technology that reduces social in volvement and psychological well-being? American Psychologist, 53, 1017-1031. 16. Proses Merekod Terbahagi kepada dua, iaitu rujukan primer dan rujukan sekunder. RUJUKAN PRIMER Kutipan 1 Kutipan 2 Kutipan 3 Rujukan teks RUJUKAN SEKUNDER Kutipan 1 Kutipan 2 Kutipan 3 Rujukan teks 17. Rujukan Primer Rujukan primer ialah rujukan langsung Penulis mengambil, mengutip, dan mencatat secara langsung daripada bahan rujukan yang digunakan Bahan rujuka tersebut ditulis dengan idea pengarang asal itu sendiri Contohnya, buku A ditulis (dengan idea sendiri) oleh pengarang bernama Siti. Sekiranya penulis hendak pengambil idea Siti dari buku A, maknanya penulis sedanga menggunakan rujukan primer. Rujukan primer boleh digunakan dalam kutipan (1, 2, dan 3) atau dalam rujukan teks. 18. Rujukan Sekunder Ungkapan yang dipetik dan dicatatkan dalam penulisan tetapi penulis tidak membaca buku yang ditulis sendiri oleh penulis yang dirujuk tadi. Contoh: anda telah memetik ungkapan Edward de Bono dasn mencatatkannya dalam penulisan ada. Walau bagaimanapun, anda tidak membaca sendiri buku tersebut, sebaliknya anda telah memetik pendapat tersebut daripada tulisan Naapie Mat dan Noraini Abdullah. Memandangkan anda mengambil bahan bukan berdasarkan rujukan asal, istilah yang digunakan ialah rujukan sekunder. 19. Contoh rujukan sekunder menurut Ahmad, 1986 (seperti dipetik dalam Mohd Adam, 2001, hal. 14) stilistik ialah suatu bidang kajian Contoh di atas menunjukkan bahawa penulis mengambil idea Ahmad Zahid, tetapi idea Ahmad Zahid tersebut tertulis dalam buku Mohd Adam Ali. Dalam senarai rujukan, penulis mestilah merekodkan nama Mohd Adam kerana buku pengarang tersebutlah yang dirujuk oleh penulis bukan buku Ahmad Zahid. 20. Kutipan Kutipan sumber-sumber Dalam menghasilkan sesebuah penulisan ilmiah, penulis perlu membaca pelbagai bahan seperti jurnal, buku, majalah, laporan, akhbar dsb. Sewaktu menulis, penulis akan merakamkan kutipan atau petikan secara terus daripa penulisan pengarang lain atau penulisan penulis sendiri yang pernah diterbitkan. Panduan merakam kutipan Rakaman kutipan yang panjangnya kurang 40 patah perkataan boleh digabungkan dalam ayat penerangan. Tanda pengikat kata bagi kutipan yang telah dirakam perlu digunakan. Rakaman kutipan yang melebihi 40 patah perkataan perlu menggunakan bentuk blok tanpa tanda pengikat kata. 21. Contoh kutipan Kutipan 1 Seperti mana yang dinyatakan oleh Nik Safiah et.al. (2008), bahasa Melayu diterima sebagai bahasa yang mudah dipelajari dan bahasa perhubungan oleh orang daripada pelbagai masyarakat bahasa kerana sifatnya yang mudah dibentuk dan dilentur serta sesuai dengan segala keadaan dan keperluan (hlm.7). 22. Ciri-ciri Kutipan 1 Ayat penyata Nama pengarang (tahun) Tanda kutipan (pembuka dan penutup kata) Ayat yang dikutip (ayat tersebut mestilah lengkap dari titik ke titik, dan ayat yang dikutip tidak melebihi 40 pata perkataan. Sekiranya bukan bahasa tulisan, hendaklah diitalik) (halaman) Tanda titik selepas merekod halaman) 23. Kutipan 2 Budaya berasal daripada perkataan budi dan daya. Menurut Abdul Rahman (2000), budaya membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain. Budi dan daya atau budaya itu adalah perlakuan manusia yang dipelajari dan bersifat simbolis (hlm. 31). 24. Ciri-ciri Kutipan 2 Ayat penyata Nama pengarang (tahun) Tanda kutipan (pembuka dan penutup kata) Ayat yang dikutip (penggunaan elipsis sama ada atau . , dan ayat yang dikutip tidak melebihi 40 patah perkataan. Sekiranya bukan bahasa tulisan hendaklah diitalik. (halaman) Tanda titik selepas merekod halaman 25. Kutipan 3 Surat-surat tersebut merupakan bukti bertulis yang penting yang boleh dikaitkan dengan pengantarabangsaan bahasa Melayu lebih 500 tahun dahulu. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu telah menyebar dan meningkat dengan pesat penggunaannya pada abad tersebut. Menurut Collins (2005): Surat dalam bahasa Melayu-Jawi, pada sisi lain meskipun berisi kesombongan, keangkuhan dari musuh yang paling dalam dari Brunei, dibawa ke hadapan Sultan dengan resmi untuk dibacakan dengan suara lantang oleh petugas istana....hanya bahasa Melayu-Jawi yang dianggap sesuai untuk diajukan kepada raja untuk dibaca dalam semua upacara cocok, meskipun surat itu berisi penghinaan....bahasa Melayu sebenarnya adalah Bahasa Latin di Kepulauan Nusantara. (hlm. 31) 26. Ciri-ciri Kutipan 3 Ayat penyata Nama pengarang (tahun) Penyataan seperti berikut: Ayat yang dikutip (ayat tersebut mestilah melebihi 40 patah perkataan, sama ada ayat lengkap atau menggunakan elipsis. Aya tersebut hendaklah ditulis dalam bentuk blok. Sekiranya bukan bahasa tulisan, hendaklah diitalik) Tanda titik diletak selepas ayat kutipan (sebelum merekod halaman) (halaman) 27. Rujukan teks Penulis memahami pendapat pengarang yang dirujuk dan menggunakan pendapat itu dengan perkataan sendiri. Parafrasa, tidak meniru bulat-bulat, satu bentuk ulasan. Contoh: Dalam karangan, Leech (1969) menyarankan dua cara penulis boleh mengeksploitasi bahasa secara kreatif: i. menggunakan kemungkinan-kemungkinan bahasa yang sedia ada secara original. ii. Penggunaan melewati kemungkinan-kemungkinan bahasa yang sedia ada. 28. CARA & KAEDAH MENULIS SENARAI RUJUKAN MENGIKUT FORMAT APA Nama penulis Tahun terbit (dalam tanda kurungan) Judul bahan Maklumat tambahan (sekirannya ada) Tempat terbit Nama penerbit 29. Cara penulisan Nama penulis, editor @ penyusun diikuti oleh tanda nokhtah (.) Tahun terbit dalam kurungan & diikuti oleh tanda nokhtah Judul hendaklah dicondongkan (huruf besar digunakan pada perkataan pertama sahaja kecuali kata nama khas) & diikuti oleh tanda noktah Jilid, diikuti oleh tanda nokhtah Edisi & cetakan dalam kurungan & diikuti oleh tanda nokhtah 30. Tempat diterbitkan diikuti oleh tanda titik bertindih Nama penerbit diikuti oleh tanda nokhtah Nama penterjemah, diikuti oleh tanda nokhtah Judul penerbitan berkala, diikuti oleh tanda nokhtah Kata singkatan hlm. digunakan untuk halaman Bilangan siri jika berkaitan, diikuti oleh tanda nokhtah 31. Panduan ringkas penyediaan senarai rujukan Mulakan dengan halaman baharu Taipkan perkataan Rujukan di bahagian tengah dan atas halaman tersebut Langkau satu atau dua baris antara kemasukan Jangan nomborkan senarai rujukan Baris kedua setiap kemasukan anjak 5 @ 7 ruang Tajuk buku, nama jurnal diiitalikkan Bagi pengarang barat, nama keluarga didahulukan Susun nama pengarang mengikut abjad 32. Dahulukan buku yang ditulis bersendirian berbanding buku yang ditulis bersama Bagi penulis yang sama, dahulukan buku terawal (mengikut kronologi tahun diterbitkan) Susun berdasarkan abjad tajuk jika pengarang dan tahun sama contoh buku seorang penulis: Shaik Mohd. Noor Alam S.M. Husin. (2000). Undang- undang komersil di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chomsky, N. (1965). Aspect of the theory of syntax. Cambrige: The Massachusette Institute of Technology. 33. Buku dua orang pengarang Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain. (2006). Sejarah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Buku 5 orang pengarang Chambers, M., Hanawailt, B., Rabb, T.K., Woloch, I., & Grew, R. (2003). The western experience. New York: McGraw Hill. 34. Buku yang diedit nama editor di kulit buku, nama pengarang bersama dengan artikelnya Contoh: Pengarang : Kamariah Junus Edit0r: Sanat Md. Nasir Kamariah Junus. (2003). Fungsi wacana dalam pembinaan kendiri. Dalam Sanat Md. Nasir (Ed.) Bahasa Melayu Alaf Baru, hlm. 15-26. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. *jika editor lebih seorang (Eds.) *kadang-kala penerbit menggunakan perkataan penyusun/penyunting 35. Buku edisi baharu Cara tulis dalam senarai rujukan: A. Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan pembinaan bangsa (edisi baharu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Nama editor: Noresah Baharum Judul kamus: Kamus Dewan Edisi Keempat Cara tulis dalam rujukan: Noresah Baharum. (Ed.). (2005). Kamus Dewan (edisi ke-5). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 36. Ensiklopedia Nama penulis: Nano Kalter Kalter, N. (2004). Sosial readjustment. In The Psychosomatic Encyclopedia, jil. 5 (pp. 631-633). New Yort: Meredith. Artikel Jurnal 1 pengarang Nama pengarang: Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2005). Bahasa, konteks dan pemikiran kanak-kanak Melayu: Satu analisis pragmatik. Jurnal Bahasa, 5(2), 135-153. 37. Artikel Majalah Badrulzaman Abdul Hamid. (2001, Januari). Perkembangan bahasa dan intelektual kanak-kanak. Dewan Bahasa, 1(1), 61-64. Artikel Akhbar Cara tulis dalam rujukan: Saufi Hamzah. (2003, 19 April). Taman Negara pulihara khazanah biologi. Berita Harian (Utara), hlm. 2. Kaset Cara tulis dalam rujukan: Kahn, R. & Perlin, S. (speaker). (2002). Stresslife events: Relationships on health. (Cassete Recording No. 2212). New York: Wiley Co. 38. Filem Cara tulis dalam rujukan: Aziz M. Osman. (Penerbit). (2000). Senario the movie. [filem] Kuala Lumpur: Grand Brilliance. Artikel Buletin Cara tulis dalam rujukan: Tan Chin Lee. (2001). Kelemahan pelajar Cina dalam penguasaan bahasa Melayu: Punca dan penyelesaian. Jendela Utara, 3, hlm. 5. Buku terjemahan Collins, T.J. (2005). Bahasa Melayu Bahasa Dunia: Sejarah Singkat. (Alma Evita Almanar, Pentj.) Jakarta: Yayasan Obor Indonesia. (Karya asal diterbitkan tahun 1996). 39. Kertas kerja seminar Hishamuddin Isam, & Phat a/l Awang Deng. (2004). Nilai sejagat dalam peribahasa Melayu. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Kolokium IV Bahasa dan Pemikiran Melayu Indonesia, 17-19 April 2004 di Hotel Garudia, Medan, Indonesia. Kertas kerja seminar (yang dibukukan/koleksi) Hassan Ahmad. (2004). Bahasa dan pemikiran Melayu: Tradisi dan kesinambungannya. Dlm. Worawit Baru@Haji Ahmad Idris (Penyelenggara), Kolokium Bahasa dan Pemikiran Melayu/Indonesia: Pemikiran Melayu Tradisi dan kesinambungan,1-12. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Laporan penyelidikan Mashetoh Abd. Mutalib. (2005). Lirik lagu nasyid Melayu: Analisis stilistik. Laporan penyelidikan yang tidak diterbitkan, Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden, Univiersiti Utara Malaysia. 40. Projek ilmiah/tesis Hasnol Hisham Yusoff. (2004). Membaca fikiran dan minda dari konsep wacana. Projek ilmiah Sarjana Muda Pengajian Melayu yang tidak diterbitkan, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Dokumen dalam internet Bowen, C. (1998). Speech and language development in infants and young children. Diakses daripada http://www.speech-language-therapy.com/devel1.htm. 41. Contoh pelbagai bentuk penulisan Rujukan Badrulzaman Abdul Hamid. (2001a, Januari). Perkembangan bahasa dan intelektual kanak-kanak. Dewan Bahasa, 1(1), 61-64. Badrulzaman Abdul Hamid. (2001b, Mac). Kemunculan kata pertama. Dewan Bahasa, 1(3), 54-57. Bowen, C. (1998). Speech and language development in infants and young children. Diakses daripada http://www.speech-language therapy.com/devel1.htm. Chomsky, N. (1965). Aspect of the theory of syntax. Cambrige: The Massachusette Institute of Technology. 42. Darian, S. (2001). Peranan bahasa kiasan dalam teks sains peringkat pengenalan. (Rusli Abdul Ghani, Pentj.). Jurnal Bahasa, 1(1), 55-86. Hassan Ahmad. (2004). Bahasa dan pemikiran Melayu: Tradisi dan kesinambungannya. Dlm. Worawit Baru@Haji Ahmad Idris (Penyelenggara), Kolokium Bahasa dan Pemikiran Melayu/Indonesia: Pemikiran Melayu Tradisi dan kesinambungan,1-12. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Juriah Long. (1993). Pemerolehan imbuhan pada peringkat prasekolah dan implikasinya terhadap pendidikan bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 43. Mangantar Simanjuntak. (1987). Pengantar psikolinguistik moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia. Mangantar Simanjuntak. (1990). Pertumbuhan dan perkembangan bahasa kanak-kanak. Jurnal Dewan Bahasa, 34(9), 692-704. Mashudi Kader & Tan Hock Thye. (2002). Pemerolehan morfologi dan sintaksis kanak-kanak Melayu. Jurnal Bahasa, 2(3), 352-373. Noor Aina Dani. (2007). Pengantar psikolinguistik. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. 44. Slobin, D. I. (1992). Ilmu psikolinguistik (edisi kedua), (Ton Ibrahim, Pentj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia. Steinberg, D. D. (1990). Psikolinguistik Bahasa akal budi dan dunia. (Azhar M. Simin, Pentj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Karya asal diterbitkan tahun 1982). Tay Meng Guat. (2006). Permerolehan bahasa kanak- kanak: Satu analisis sintaksis. Jurnal Penyelidikan IPBL, 7, 1-22. Teo Kok Seong. (2002, Februari). Pragmatik bahasa dan keterampilan berkomunikasi. Dewan Bahasa, 2(2), 7- 15. 45. Vijayaletchumy a/p Subramaniam. (2005). Pemerolehan bahasa kanak-kanak Melayu berasaskan teori pemerolehan bahasa oleh Steinberg (1995). Jurnal Bahasa, 5(2), 112-134. Zainal Abidin Ahmad (2002). Ilmu mengarang Melayu (edisi ejaan rumi baharu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2005). Bahasa, konteks dan pemikiran kanak-kanak Melayu: Satu analisis pragmatik. Jurnal Bahasa, 5(2), 135-153. Zamri Mahamod. (2006). Penggunaan strategi membaca dan menulis oleh pelajar cemerlang dan pelajar lemah dalam pembelajaran bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, 6(2), 328-362.