skema+soalan k1

Upload: kenny-martin

Post on 05-Apr-2018

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 skema+soalan K1

    1/20

    SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

    PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PETALING PERDANA

    PEPERIKSAAN PERCUBAAN

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

    Arahan kepada calon:

    Jawab empat soalan sahaja: semua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan dalam

    Bahagian B.

    Semua kerja perhitungan hendaklah ditunjukkan dengan jelas

    Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

    Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak

    Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana 2011

    PERCUBAAN STPM 946/1 [Lihat Sebelah

    *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

    PEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALINGPERDANAPEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALI

    PEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALINGPERDANAPEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALI

    PEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALINGPERDANAPEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALI

    PEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALINGPERDANAPEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALI

    PEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALINGPERDANAPEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALI

    PEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALINGPERDANAPEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALI

    PEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALINGPERDANAPEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALI

    PEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALINGPERDANAPEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALI

    PEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALINGPERDANAPEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALIPEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALINGPERDANAPEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALI

    PEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALINGPERDANAPEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALI

    PEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALINGPERDANAPEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALI

    PEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALINGPERDANAPEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALI

    PEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALINGPERDANAPEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALI

    PEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALINGPERDANAPEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALI

    PEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALINGPERDANAPEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALI

    PEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALINGPERDANAPEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALI

    PEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALINGPERDANAPEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALI

    PEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALINGPERDANAPEJABATPENDIDIKANDAERAHPETALI

    946/1PERCUBAAN STPM 2011

    PENGAJIANPERNIAGAAN

    KERTAS 1

    (Tiga Jam)

  • 7/31/2019 skema+soalan K1

    2/20

    Bahagian A

    Jawab semua soalan

    1 (a) Senaraikan enam elemen persekitaran tugas [3]

    (b) Huraikan dua perbezaan antara barangan konsumer dengan barangan industri [2]

    (c) Berdasarkan pandangan Henry Mintberg, jelaskan peranan seorang pengurus. [3]

    (d) Namakan dua tokoh dalam pengurusan saintifik dan penemuan masing-masing [2]

    (e) Jelaskan maksud pampasan yang berikut :

    i) gratuiti

    ii) pencen [2]

    (f) Nyatakan tiga sebab kebanyakkan syarikat memilih untuk mengeluarkan campuran

    produk. [3]

    (g) Huraikan tiga aktiviti pemasaran yang dijalankan oleh seorang pemborong hasil

    pertanian. [3]

    (h) Huraikan dua jenis penyenggaraan peralatan. [2]

    (i) Huraikan dua jenis alat keputusan kualitatif yang digunakan oleh pengurus dalam proses

    membuat keputusan. [2]

    (j) Huraikan dengan ringkas faktor kejayaan seimbang dari aspek emosi dan rohani yang

    dapat mempengaruhi kerjaya seseorang individu. [3]

    2 (a) Huraikan faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh seorang pengusaha batik apabila

    ingin mendirikan kilangnya. [10]

    (b) Jelaskan tigajenis pengeluaran yang boleh dipilih oleh sesebuah organisasi. [9]

    (c) Berikan maksud kawalan kualiti dan huraikan kepentingan kawalan kualiti terhadap

    sesuatu produk pengeluaran. [6]

  • 7/31/2019 skema+soalan K1

    3/20

    Bahagian B

    Jawab dua soalan sahaja

    3 (a) Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan dua jenis industri yang terlibat dalam

    aktiviti sesebuah perniagaan. [6]

    (b) Terangkan perkaitan tahap perniagaan dalam industri getah [9]

    (c) Huraikan maksud perniagaan domestik dan sumbangan kepada negara [10]

    4 (a) Jelaskan aspek perancangan yang berikut dengan memberikan satu contoh bagi setiap

    satunya:

    i) misi

    ii) dasar [4]

    (b) Pn Suzy merupakan seorang usahawan, merancang untuk membuka sebuah restoran

    berkonsep moden. Pn Suzy sedang menghasilkan sebuah rancangan perniagaan untuk

    membolehkannya mendapat sokongan daripada pembiaya dan pembekal.

    i) Huraikan lima kepentingan perancangan yang dijalankan oleh Pn Suzy dalam

    usahanya untuk menubuhkan sebuah restoran berkonsep moden. [10]

    ii) Huraikan langkah-langkah dalam proses perancangan yang dilaksanakan oleh Pn

    Suzy untuk membuka sebuah restoran berkonsep Moden. [11]

    5 (a) Huraikan perbezaan antara pemimpin dengan pengurus. [6]

    (b) Syarikat Pengangkutan Simma Sdn. Bhd. Menghadapi kemerosotan produktiviti

    pekerjanya. Dengan menggunakan pendekatan Teori Motivasi Maslow, terangkan bagaimana

    pengurus syarikat tersebut, berusaha untuk meningkatkan motivasi pekerja dan seterusnya

    meningkatkan produktiviti syarikat. [13]

    (c) Berikan definisi pasukan kerja. Galurkan prosespembinaan Pasukan [6]

  • 7/31/2019 skema+soalan K1

    4/20

    6 (a) Encik Lim memiliki sebuah bengkel kereta dan telah menggaji 3 orang pekerja dengan

    gaji RM 800. Perniagaannya sangat maju dan beliau telah membeli sebuah van baru. Encik Lim

    juga telah membeli insurans kecurian bagi stok alat ganti di bengkel keretanya. Tiba-tiba Encik

    Lim menghadapi beberapa masalah. Seorang anak pelanggannya telah terpijak minyak pelincir

    lalu terjatuh hingga cedera di kakinya. Salah seorang pekerjanya pula telah menghilangkan diri,

    dan siasatan mendapati bahawa 20 kotak alat ganti kereta bernilai RM 9000 telah hilang.

    i) Sebutkan faktor yang membolehkan Encik Lim membeli insurans kecurian stok

    alat ganti keretanya serta nyatakan 2 masalah yang sedang dihadapi oleh Encik Lim dan

    cadangkan duajenis insurans yang boleh dibeli oleh Encik Lim untuk mengelak masalah

    tersebut. [7]

    ii) Huraikan dua lagi jenis insurans yang boleh dibeli oleh Encik Lim untuk

    perniagaannya. [6]

    (b) Jelaskan tiga faedah latihan kepada pekerja dan tiga faedah latihan kepada organisasi.

    [12]

    7 (a) Syarikat World Trade Berhad mempunyai tiga pilihan untuk membuat keputusan

    mengenai masa depan syarikatnya. Pilihan keputusan tersebut ialah sama ada melancarkan

    promosi, meningkatkan daya saing produk dan memasarkan produk ke negara asing.

    Berdasarkan maklumat yang diperolehi, keuntungan yang dijangka dalam keadaan ekonomi

    berkembang bagi melancarkan promosi ialah RM 155 000, manakala meningkatkan daya saing

    produk ialah RM 135 000 dan memasarkan produk ke negara asing ialah RM 120 000. Dalam

    keadaan ekonomi meleset pula maklumat yang diperoleh adalah seperti berikut :

    Pilihan Kerugian dijangka dalam keadaan ekonomi meleset

    Melancarkan promosi RM 20 000

    Meningkatkan daya saing produk RM 16 000

    Memasarkan produk ke luar negara

    asingRM 12 000

  • 7/31/2019 skema+soalan K1

    5/20

    Dijangka kebarangkalian memperolehi untung pada keadaan ekonomi berkembang ialah 75%

    manakala pada keadaan ekonomi meleset ialah 25%. Kos melaksanakan keputusan untuk

    melancarkan promosi ialah RM 9 000, manakala kos untuk meningkatkan daya saing produk

    ialah RM 6 000 dan kos untuk memasarkan produk ke negara asing ialah RM 4 000. Berdasarkan

    maklumat di atas,

    i) Lukis rajah pokok keputusan berdasarkan pilihan keputusan Syarikat World TradeBhd.

    ii) Hitung jumlah jangkaan kewangan bagi setiap pilihan.iii) Nyatakan keputusan yang perlu diambil oleh Syarikat World Trade Bhd.

    [10]

    (b) Huraikan ciri-ciri tabii orang yang berjaya seperti yang berikut:

    i) Bersinergiii) Mencuba untuk memahami dahulu dan mencuba untuk memahami.

    iii) Mengutamakan yang utama dahulu. [9](c) Terangkan langkah-langkah yang terlibat dalam proses membuat keputusan secara

    rasional. [6]

    8 (a) Puan Alisya telah bertugas sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat. Beliau telah

    diberikan banyak tugas untuk dilaksanakan dan keadaan ini menyebabkan beliau mengalami

    ketegangan. Ketegangan yang tidak dapat dikawal akan memberi kesan yang negatif kepada

    organisasi.

    i) Terangkan maksud ketegangan. [2]

    ii) Bebanan kerja yang bersesuaian adalah penting untuk memastikan setiap pekerja

    seperti Puan Alisya dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Bincangkan.

    [9]

    (b) Jelaskan kesan ketegangan terhadap pekerja di dalam organisasi. [6]

    (c) En. Suhaimi baru sahaja memulakan tugas sebagai Pengarah Urusan di syarikat milik

    keluarganya. Selaku pengarah baru, banyak tanggungjawab penting perlu dilaksanakan demi

    kelancaran dan kemajuan syarikat. Oleh itu, En. Suhaimi mesti memiliki kemahiran-kemahiran

    pengurusan bagi memastikan tugasnya dapat dilaksanakan dengan baik.

  • 7/31/2019 skema+soalan K1

    6/20

    Huraikan bagaimana kemahiran konsep dan kemahiran membuat keputusan dapat membantu En.

    Suhaimi dalam menjalankan tugas dan berikan contoh yang sesuai berdasarkan tanggungjawab

    yang beliau perlu laksanakan. [8]

  • 7/31/2019 skema+soalan K1

    7/20

    Skema Jawapan

    Pengajian Perniagaan (Kertas 1)

    Soalan 1

    a. Enam elemen persekitaran tugas1. pelanggan

    2. pembekal3. pembiaya/pemodal4. pesaing

    5. kerajaan

    6. pekerja ( X 6 = 3m)

    b. dua perbezaan antara barangan konsumer dengan barangan industri [2m]Barangan Konsumer Barangan Industri

    - Dibeli oleh pengguna akhir - Dibeli oleh pengilang- Digunakan oleh pengguna sebagai produk

    akhir

    - Dibeli dan diproses kemudian dijual semula.

    c. peranan seorang pengurus berdasarkan pandangan Henry Mintberg [2]- Jurucakap- menyampaikan semua maklumat kepada semua pekerja

    - pembuat keputusanmenyelesaikan sesuatu masalah

    - Interpersonal- hubungan antara ketua dengan pekerja

    Fakta : markah Huraian : markah. Pilih mana-mana 2 jawapan: mak 2 markah

    d) Namakan dua tokoh dalam pengurusan saintifik dan penemuan masing-masing [2]

    i. Frederick Winston Taylor (F = m) :

    memperkenalkan empat prinsip asas taylor ( m). menjelaskan bidang pengurusan perlu

    dilihat sebagai suatu bidang sains yang mempunyai sistem organisasi yang baik dan

    prinsip-prinsip pengurusan yang tetap dan jelas( m), bukan sekadar bergantung pada

    pengamalan yang kurang mamtap (H = m). mak (F+H)=

    1m

    ii. Henry L. Gantt (F = m)

    memperkenalkan carta gantt (H = m).

    suatu alat perancangan masa bagi melaksanakan projek-projek pembangunan ( m)

    mak (F+ H)= 1m

    iii. Frank dan Lillian Gilbreth (F = m)

    Menjalankan kajian mengenai pergerakan semasa bekerja( m). Mencadangkan agar

    kerja yang sedia ada dibahagikan kepada beberapa elemen penting ( m) setiap

    pekerja akan diminta untuk mengkhusus atau memfokus pada suatu elemen kerja yang

    penting sahaja. (H = m). mak (F+ H)= 1m

    e) Jelaskan maksud pampasan yang berikut :

  • 7/31/2019 skema+soalan K1

    8/20

    i. Gratuiti

    ganjaran yang dibayar kepada pekerja yang bersara (m)

    sebagai penghargaan terhadap sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh

    perkhidmatan mereka dalam organisasi(m)

    contoh pengiraan:

    gratuiti= 0.075 x gaji bulan terakhir x tempoh perkhidmatan(m)

    ii. Pencen

    wang saraan bulanan yang dibayar kepada pekerja (m)

    yang telah bersara daripada perkhidmatan awam(m).Contoh pengiraan.

    Pencen = 1/600 x gaji bulanan terakhir x tempoh perkhidmatan(m)

    (Mana-mana 2 huraian = 1m X 2 = 2m)

    f. Tiga sebab mengapa pengeluar memilih mengeluarkan campuran produk.- mengelakkan pelanggan membeli barangan daripada pesaing

    - membentuk imej yang baik

    - Menandingi pesaing- Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna (mana-mana 3 yang pertama = 3m)

    g. Tiga aktiviti pemasaran pemborong hasil pertanian.i. pembelianmembeli hasil-hasil pertanian daripada petani

    ii. penjualanmenggunakan pelbagai kaedah promosi supaya dapat memberitahu

    pelangganiii. pengangkutanmembawa/mengangkut hasil pertanian untuk dijual

    iv. penyimpananmemastikan hasil pertanian disimpan dengan baik/tidak rosak/bekalan

    mencukupi

    v. pembiayaanmembuat pinjaman dengan bank untuk membiayai modal

    vi. penggredanhasil pertanian digred mengikut saiz supaya memudahkan perletakanharga

    vii. penyelidikanmengumpul maklumat daripada pelanggan supaya citarasa pelangandapat dikenalpasti.

    (mana-mana 3 yang pertamafakta m, huraian m = 3m)

    (h) dua jenis penyenggaraan peralatan. [2]- Pencegahan / proaktif

    Pemeriksaan dilakukan sebelum kerosakan berlaku

    - Penyenggaraan kerosakan / reaktif

    Pembaikan dilakukan apabila berlaku kerosakan/diluar jangkaan

    (fakta , huraian = 2m)

    (i) Nyatakan alat keputusan kualitatif- Kreativiti dan inovasi. [1]

    - Analisis sebab dan akibat / Analisis tulang ikan. [1]

    (j) aspek emosi dan rohani dalam kejayaan seimbang

    Emosi

    Melibatkan perasaan [] Emosi seimbang - tingkatkan prestasi. []

  • 7/31/2019 skema+soalan K1

    9/20

    Emosi tidak stabilselesaikan segera, bincang dengan pihak pengurusan, rakansekerja dan kaunselor. []

    Rohani

    Melibatkan jiwa. [] Pegangan agama dan kepercayaan kepada tuhan. [] Menghalang perkara negative. [] Meningkatkan motivasi. [] [ Huraian m, max 3m]

    Soalan 2a. Faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh pengusaha batik apabila ingin mendirikan

    kilangnya

    i. tenaga buruh- bilangan pekerja/gaji pekerja/kemahiran- kos buruh tinggi menyebabkan kospengeluaran tinggi

    ii. pasaran- jumlah pengguna / jarak lokasi perniagaan dari pasaran / kuasa beli pengguna- Dapat menjamin keuntungan /jualan

    iii. Pengangkutan- lokasi kilang perlu dekat dengan jenis pengangkutan seperti pengangkutan jalanraya,

    keretapi, jalan air atau udara

    - menjimatkan kos pengangkutaniv. kemudahan infrastruktur

    - bekalan air, elektrik dan gas / system komunikasi- menjimatkan kos penyediaan kemudahan

    v. bahan mentah- dekat dengan pembekal- menjamin pengeluaran berterusan / bahan mentah disediakan secukupnya

    vi. factor topografi/cuaca- kos tanah/iklim

    (fakta 1m, mana-mana huraian 1m; mana-mana 5 x 2 = 10m)

    b. Tigajenis pengeluaran yang boleh dipilih oleh sesebuah organisasi. [9]

    i. mengikut tempahan / projek (F = 1m)- produk dibuat berdasarkan tempahan/permintaan pelanggan- spesifikasi produk sering berubah-ubah mengikut permintaan pelanggan- produk mengambil masa yang lama untuk disiapkan- memerlukan modal yang besar kerana menggunakan tenaga pakar dan teknologi

    canggih

    - contohnya pembinaan bangunan, lapangan terbangii. secara massa (F = 1m)

  • 7/31/2019 skema+soalan K1

    10/20

    - produk dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dan seragam / satu jenis produksahaja dalam satu masa

    - mempunyai permintaan yang stabil mengikut kehendak pasaran- kos seunit pengeluaran rendah kerana pengeluaran dibuat secara besar-besaran / kos

    modal dan peralatan tinggi

    - kemahiran pekerja rendah diperlukan untuk mengawal peralatan dan mesen- contohbarang keperluan harian seperti sabun

    iii. secara kelompok (F = 1m)- produk dihasilkan mengikut kelompok-kelompok tertentu / suatu kelompok produk

    dihasilkan pengeluaran akan beralih kepada kelompok produk yang lain

    - proses pengeluaran akan terganggu jika salah satu kelompok terganggu- sumber/input pengeluaran dikongsi guna bersama- kilang akan disusun bagi membolehkan kemudahan dan tenaga kerja digunakan

    untuk mengeluarakan barang yang berbeza

    - kuantiti output yang dihasilkan sederhana dan mengikut kehendak pelanggan- contoh ; pemasangan komponen elektrinik, percetakan buku, kilang roti

    (fakta 1m; mana-mana 2 huraian: 3 x 3m = 9m)

    c. Maksud kawalan kualiti

    - satu proses semakan produk/perkhidmatan untuk memastikan produk menepati piawaikualiti yang ditetapkan (1m)

    - kepentingan kawalan kualiti terhadap sesuatu produk pengeluaran.o Memastikan produk/perkhidmatan yang dihasilkan berkualiti tinggio Meningkatkan imej organisasi akibat keyakinan produk yang berkualitio Mengurangkan kos akibat kerosakan produk/pembazirano Mengurangkan kecacatan produk kerana kualiti produk perlu mengikut spesifikasi

    yang ditetapkan

    o Mencapai kecacatan sifar bagi produk / perkhidmatan yang dihasilkano Meningkan kebolehan bersaing kerana produk mempunyai rekabentuk dan prestasi

    yang tinggi dan kualiti yang konsisten

    o Meningkatkan kepuasan pelangan akibat output yang berkualitio Meningkatkan komitmen pekerja terhadap kerja kerana perlu mencapai standard

    kualiti yang ditetapkan (mana-mana 5 huraian = 5m)

    Soalan 3

    a. 2 jenis industri yang terlibat dalam aktiviti perniagaan beserta contoh.

    Industri ekstraktif (F = 1m)

    Industri yang mengeluarkan bahan mentah daripada sumber alam semulajadi (1m)

    Cth: industri penternakan, pertanian, perlombongan dan pembalakan (1m)

    Industri perkilangan (F = 1m)

    Industri yang memproses bahan mentah atau barang separuh siap untuk keperluanindustri atau pengguna akhir. (1m)

    Cth: industri membuat komponen kenderaan, elektronik dan pemprosesan makanan.

    (1m)

    [jenis industry 1m; maksud 1m; contoh 1m. Jumlah = 6m]

    b. Perkaitan tahap perniagaan dalam industri getah [9m]

  • 7/31/2019 skema+soalan K1

    11/20

    Tahap primer

    - Aktiviti mengeluarkan sumber-sumber bahan mentah dari tempat asalnya dalambentuk asal.

    - Pekebun menanam pokok getah dan menorah getah bagi mengeluarkan susu getah- Susu getah yang dikeluarkan di gunakan sebagai input dalam industri tayar kereta.Tahap sekunder

    - Aktiviti perniagaan yang terlibat dalam pemprosesan sumber-sumber semulajadi ataubahan mentah kepada barang siap atau separuh siap.

    - Susu getah yang dibekalkan pada tahap primer diproses menjadi kepingan getah- Kepingan getah diproses menjaditayar atau barang siap.Tahap tertier

    - Perniagaan perkhidmatan atau produk tidak ketara- Contoh perkhimatan pengangkutan menghantar tayar ke kilang membuat kereta atau

    ke kedai tayar.

    - Perniagaan menjual dan memasang tayar(tahap = 1m; mana-mana 2 h = 2m ; 3m x 3 tahap = 9m)

    c. maksud perniagaan domestik dan sumbangan kepada Negara

    a. perniagaan yang beroperasi dalam Negara (1m)b. menggunakan sumber/input/kewangan yang terdapat dalam negtara (1m)c. pasaran atau pelanggan dalam Negara (1m)

    (mana-mana 2 = 2m)

    Sumbangannya:

    a. Memberi pendapatan kepada Negara (1- 1m)melalui sebarang cukai perniagaan.b. Mewujudkan peluaang pekerjaan kepada penduduk tempatan (1m)mengurangkan

    kadar pengangguran/meningkatkan kadar guna tenaga negara (1m)

    c. Membangunkan peluang perniagaan (1m)meningkatkan kegiatan perusahaanhuluan/mewujudkan perusahaan lain yang menyokong perusahaan asas (pengangkutan,makanan, pembekalan)(1m)

    d. Menjimatkan pertukaran asing (1m)melalui penggunaan sumbertemoatan/mengurangkan pengaliran keluar mata wang Negara (1m)

    e. Membangunkan modal insan (1m)kemahiran asas kepada tenaga kerja tempatan (1m)(mana-mana 4 fakta : 2m X 4f = 8m )

    Soalan 4a. Jelaskan aspek perancangan yang berikut dengan memberikan satu contoh bagi setiap

    satunya:

    i) Misi

    - Tujuan utama penubuhan sesebuah organisasi yang dinyatakan secara umum /perancangan yang disediakan untuk menggariskan tujuan penubuhan sesebuahperniagaan (1m)

    - Menunjukkan imej/identity organisasi (1m)- Contoh : Kenyataan misi sebuah perniagaan nasi campur mungkin adalah untuk

    mengeluarkan makanan yang sedap dan enak serta dapat diterima oleh pelanggan

    yang datang. @ contoh lain yang bersesuaian (1m)

    (mana-mana 2 H = 1m ; contoh = 1 markah; jumlah 2m)

    ii) Dasar

    - prinsip yang menjadi garis panduan / amalan sesebuah perniagaan dalammelaksanakan segala aktiviti yang telah dirancang. (1m)

  • 7/31/2019 skema+soalan K1

    12/20

    - satu peraturan secara am (1m)- Contoh : Dasar tidak mengamalkan diskriminasi, dasar memimilih pekerja yang

    terbaik dan dasar pandang ke Timur.@ contoh lain yang bersesuaian..(1m)

    (mana-mana 2 H = 1m ; contoh = 1 markah ; jumlah 2m)

    b. i) lima kepentingan perancangan yang dijalankan oleh Pn Suzy [10]

    a. Menyediakan hala tuju/menentukan matlamat/ focus

    Organisasi perlu membuat analisis peluang cabaran, ancaman, kekuatan, kelemahanuntuk menentukan matlamat.

    b. Menyelaras sumber

    Mengenalpasti, mengagih dan menggunakan sumber secara cekap dan berkesanantara jabatan/unit perniagaan- kurangkan pembaziran; mengadakan sumber

    berganda.

    c. Ukuran prestasi/ pencapaian

    Dalam rancangan ada matlamat dan gol yang ingin dicapai. Gol ini akan menjadi garis penamatd. Tindakan pembaikan

    Hasil sebenar yang dicapai akan dibanding dengan gol. Kekurangan akan ditambahbaik

    e. Panduan membuat keputusan

    Dalam rancangan ada garis panduan tentang apa matlamat dan bagaimanamencapainya

    Garis panduan ini akan menjadi panduan kepada membuat keputusan khususnyaberkaitan dengan pengagihan sumber.

    Fakta =1m, Huraian = 1m

    (5 X 2m = 10 markah)

    nota : jawapan mesti ada Pn Suzy , jika tiada = 0markah

    ii) Langkah-langkah dalam proses perancangan yang dilaksanakan oleh Pn Suzy untuk membukasebuahrestoran berkonsepkan moden

    menetapkan matlamat/objektif (F=1m) menetapkan visi, misi dan matlamat perlu jelas mudah difahami realistic dan boleh diukur dan bersesuaian dengan sumber yang dimiliki Contohnya, menubuhkan sebuah restoran berkonsep moden dalam masa empat

    bulan

  • 7/31/2019 skema+soalan K1

    13/20

    menganalisis persekitaran dan membentuk premis rancangan/ andaianperancangan(F=1m)

    membuat ramalan berdasarkan persekitaran dalaman dan luaran persekitaran dalaman adalah seperti sumber kewangan yang ada kepakaran, kemahiran dan keupayaan yang ada padanya persekitaran luaran seperti aspek politik/ ekonomi/ perundangan, trend, cita rasa

    dan sebagainya

    Contohnya, didapati restoran berkonsep moden kini sangat popular Membentuk altenatif (F=1m)

    Menyenaraikan tindakan altenatif yang akan diambil pertimbangkan peluang, risiko dan ganjaran yang ditawarkan oleh setiap altenatif mencadangkan altenatif/pilihan Contohnya, melalui milikan tunggal semua keuntungan disimpan sendiri tetapi perlu menanggung semua risiko sendiri

    menilai altenatif (F=1m) menilai/ menganalisa kelebihan dan kelemahan setiap altenatif cth: kaitkan dengan kes

    Memilih/ dan melaksanakan altenatif (F=1m) Memilih altenatif yang paling baik untuk dilaksanakan

    Penilaian mesti dikaitkan dengan matlamat yang telah ditetapkan

    Contohnya : menubuhkan restoran dibawah milikan perkongsian Kerana ingin menyebarkan risiko dan berkongsi tanggungjawab dan pengetahuan.

    F= 1m , H=1m (5 x 2m = 10 m) + 1 markah bonus jika jawapan lengkap

    nota :jawapan mesti dikaitkan dengan Pn Suzy , jika tiada = 0 markah

    Soalan 5

    a) Bezakan antara pemimpin dengan pengurus. [6]

    Dimensi Pemimpin Pengurus

    sifat peribadi Interaksi peribadi denganpekerja untuk tujuan

    mempengaruhi mereka

    hanya melibatkan interaksi , untuk memberiarahan kerja/ tunjuk ajar / mencapai matlamat

    organisasi

    Kedudukandalam

    organisasI

    tidak semesti disebabkan olehkedudukan dan jawatan formal

    dalam organisasi

    Disebabkan oleh kedudukan dan jawatan formaldalam organisasi

    Perlantikan Pekerja atau ahli Pihak pengurusan (pihak lembaga pengarah)

    Sikap danmotivasi

    Aktif dari aspek kemanusiaandisebabkan fungsi

    mempengaruhi pengikut

    Pasif dan lebih mementingkan pencapaian

    skop

    Pendekatan

    Menangani perubahan dengan

    membentuk visi tertentu

    Menangani kerumitan dan masalah organisasi dan

    memastikan organisasi berjalan pada landasan

    yang betul.

  • 7/31/2019 skema+soalan K1

    14/20

    1 fakta=1m (mana-mana 3 diatas) Mak = 6

    markah

    b) Teori mativasi maslow menyatakan bahawa kehendak manusia dapat dikategorikan kepada

    lima bahagian :

    Pengurus Syarikat Pembinaan Simma Sdn Bhd mesti memahami kedudukan atau peringkat

    kehendak pekerjanya mengikut urutan menaik

    i. Keperluan Fisiologi/ Fizikal/ Asas / (1m)

    Definisi. Keperluan asas untuk hidup ( 1 m) Sekiranya keperluan asas belum mencukupi seperti tiada tempat tinggal

    yang sesuai, pengurus perlu menyelesaikan masalah ini dengan

    menyediakan tempat tinggal yang selesa. Tempat tinggal yang selesa dapat

    mempengaruhi pekerja menjalankan kerja dengan lebih baik dan

    sempurna. Contohnya : menyediakan asrama/ rumah pekerja (1m)

    ii. Keperluan keselamatan (1m)

    Definisi.keperluan untuk bebas daripada ancaman/ bahaya ( 1 m) Pengurus perlu menyediakan tempat kerja yang selamat. Keadaan

    keselamatan yang terjamin membolehkan pekerja memberi tumpuan

    terhadap pekerjaan tanpa perlu risau tentang keselamatan.

    Contohnya keselamatan tapak pembinaan, peraturan keselamatan

    diwujudkan dapat menjamin keselamatan, bebas daripada bunyi bising,

    pencemaran dan lain-lain.(1m)

    iii. Keperluan social(1m)

    Definisi. Penerimaan Masyarakat (1 m) Memerlukan rakan-rakan untuk berkomunikasi, riadah dan sebagainya.

    Cth pengurus perlu menyediakan ruang untuk pekerja bersosial seperti

    tempat-tempat pertemuan, riasah atau tempat aktiviti bersukan, kelab atau

    persatuan.(1m)

    iv. Keperluan penghargaan (1m)

    Definisi. Dihargai atas usaha yang dilakukan/pengiktirafan/kebebasanuntuk melaksanakan tugas (1m)

    Cth :Dapat dipenuhi oleh pengurus dengan cara memberikan penghargaanmelalui anugerah perkhidmatan cemerlang, sijil penghargaan, pujian dsb

    Penghargaan yang diberi dapat meningkatkan motivasi pekerja untuk

    bekerja dengan lebih rajin dan cemerlang lagi.(1m)

    v. Keperluan pencapaian hasrat diri

    Definisi. Mencapai apa yang boleh dengan menggunakan bakat danpotensi(1m)

  • 7/31/2019 skema+soalan K1

    15/20

    Cth : Ini dapat dilakukan dengan menyediakan peluang lebih luas kepadapekerja untuk meningkatkan pencapaian hasrat diri melalui kursus, latihan,

    peluang kenaikan pangkat/ melanjutkan pelajaran yang mudah dan

    sebagainya supaya kerja dapat mendapat cita-cita yang

    diidamkannya.(1m)

    @ lain-lain Huraian..

    Fakta: 1m +def :1m + huraian bercontoh: 1m = 15 markah

    TERIMA Mak= 13 markah SAHAJA

    Jawapan mesti mengikut urutan i-v: jika tidak = 0 markah

    c) definisi pasukan kerja :

    kumpulan yang terdiri daripada individu-individu yang berinteraksi dan saling mempengaruhi

    untuk mencapai satu matlamat yang sama. Mak =1m

    pembentukan

    pertelingkahan dan persaingan

    pembentukan norma

    pelaksanaan

    pembubaran

    fakta = 5 markah

    jawapan mesti mengikut urutan/jika tidak=0

    Soalan 6a. i. Faktor En Lim membeli insurans kecurian stok alat ganti kerana

    dia ada kepentingan yang boleh diinsuranskan[1m]

    masalah 1o anak pelanggan terjatuh kerana terpijak minyak pelincir [1m]o Huraian-Pihak Insurans akan membayar tuntutan kepada orang awam yang

    mengalami kemalangan di premis perniagaan Encik Lim

    [1m]

    o Cadangan insurans-Insurans Liabiliti Awam [1m] Masalah 2

    o pekerjanya telah melarikan 20 kotak alat ganti bernilai RM 9000 [1m]o Cadangan insurans- Insurans Jaminan Setia

    [1m]

    o Huraian - Melindungi Encik Lim daripada kerugian yang disebabkan olehketidaksetiaan pekerjanya seperti pecah amanah, penipuan dan kecurian[1m]

    [.Jawapan mesti berkaitan dengan kes => Jumlah 7m]

    ii. Dua insurans lain yang boleh dibeli olah Encik Lim:

    F1- Insurans Pampasan Pekerja (SOCSO/PERKESO)

    H1-Encik Lim mempunyai 3 orang pekerja dengan gaji RM 800

  • 7/31/2019 skema+soalan K1

    16/20

    H2-Boleh memberi perlindungan daripada risiko kecederaan yang mungkin berlakuketika bekerja di bengkel

    F2-Insurans Kenderaan BermotorH1-Insurans pihak ke3-melindungi pihak ketiga dan hartanya, tidak melindungi Encik

    Lim

    H2-Insurans komprehensif-melindungi harta pihak ketiga dan harta Encik Lim

    [F=1m, H1=1m +H2=1m =>3m x 2 point =>Jumlah 6m]

    b. Faedah kepada pekerja:

    F1-Meningkatkan produktiviti

    H-Latihan menjadikan pekerja lebih mahir dan bekerja dengan lebih cekap

    F2-Meningkatkan motivasi/dorongan

    H-Pekerja lebih bersemangat mempraktikkan ilmu/latihan yang diperolehi

    F3-Meningkatkan kepuasan kerjaH-Kepuasan kerja dapat ditingkatkan, mereka boleh melakukan semua tugas yang

    diserahkan kerana diri mereka telah siap sedia dilatih

    F4-Merasakan diri pekerja dihargai

    H-Latihan yang diberi merupakan pengiktirafan oleh organisasi bahawa khidmat pekerja

    tersebut sangat diperlukan.

    [Semak 3 yang pertama sahaja. F=1m+H=1m => 2m x 3 point=> Jumlah 6mFakta =salah, H=0 ]

    Faedah kepada organisasi;

    F1-Mengekalkan pekerja yang terbaikH-Ia mengurangkan kadar lantikhenti organisasi

    F2-Membentuk reputasi/imej yang baik

    H-Latihan yang diberi manandakan organisasi menjaga aspek Pembangunan pekerja danini memberi reputasi/imej yang baik kepada organisasi

    F3-Mengurangkan kos organisasiH-Pekerja yang mahir akan kurang melakukan kesilapan dan organisasi dapatmengurangkan kos pembetulan kesilapan

    [Semak 3 yang pertama sahaja. F=1m+H=1m => 2m x 3 point=> Jumlah

    6mFakta =salah, H=0 ]

    Soalan 7

    a. Rajan pokok keputusan

  • 7/31/2019 skema+soalan K1

    17/20

    [ Bentuk empat segi dan bulatan yang betul = m ]

    [ gambar rajah lengkap = 5m ]

    Jumlah Jangkaan kewangan bagi melancarkan promosi:

    [ (0.75 x 155 000) + (0.25 x -20 000)9 000 ] = 102 250 [1]

    Jumlah Jangkaan kewangan bagi meningkatkan daya saing:

    [ (0.75 x 135 000) + (0.25 x -16 000)6 000 ] = 91 250 [1]

    Jumlah Jangkaan kewangan bagi memasarkan produk ke negara asing:

    [ (0.75 x 120 000) + (0.25 x -12 000)4 000 ] = 83 000 [1]

    Keputusan yang diambil oleh syarikat ialah melancarkan promosi [1], kerana nilai jumlah

    jangkaan kewangan bagi melancarkan promosi yang paling tinggi iaitu RM 102,250 berbanding

    pilihan yang lain. [1]

    [ 10 markah ]

    b) i. Bersinergi Mengambil kesempatan ke atas apa yang berlaku dan merebut peluang yang wujud. [1] Setiap kelemahan akan diubah menjadi kekuatan. Ancaman diubah menjadi peluang Menggunakan perbezaan untuk mewujudkan peluang baru / positif terhadap perbezaan Kerja yang sistematik / mengatur dan menyusun kerja Menghargai pandangan orang lain [ Maksima 3m ]

    ii. Mencuba memahami dahulu dan mencuba untuk difahami

    Mendengar dengan baik. [1] Memahami keadaan orang lain

    Promosi []

    Tingkat Daya Saing []

    Pasaran Negara Asing []

    Ekonomi Baik

    Ekonomi Meleset

    75% X RM 155,000 []

    25% X RM 20,000 []

    75% X RM 135,000 []

    25% X RM 16,000 []

    75% X RM 120,000 []

    25% X RM 12,000 []

  • 7/31/2019 skema+soalan K1

    18/20

    Empati Berkomunikasi dengan efektif Membuat orang lain faham Berfikiran dan berpesepsi yang positif Jujur dalam semua hal [ Maksima 3m ]

    iii. Mengutamakan yang utama dahulu

    Lakukan tugas mengikut masa yang ditetapkan Elakkan pembaziran masa Kenalpasti keutamaan / kepentingan aktiviti ( e.g. Pengurangan kos, Kepantasan) Menentukan aktiviti / merancang aktiviti ( membuat keputusan mengenai keutamaan

    setiap aktiviti )

    Menyusun aktiviti mengikut kepentingan Membuat penjadualan pelaksanaan Membuat senarai semakan tugasan Lakukan pengurusan masa yang berkesan [ Maksima 3m ]

    c) langkah-langkah yang terlibat dalam proses membuat keputusan secara rasional. [6]

    Mengenalpasti masalah - melalui pemerhatian dan pentafsiran. Mengutip dan menganalisis data atau maklumat waran dan dalaman organisasi. Mencari alternatif-alternatif yang sesuai. Menilai alternatif-alternatif dengsn meletakkan wajaran positif atau sebaliknya. Memilih alternatif terbaik berpandukan keupayaan dan persekitaran organisasi. Menilai keputusan yang diambil untuk melihat keberkesanannya.

    [Huraian x 1m]

    Soalan 8

    a. i) Maksud ketegangan

    - satu tindakbalas emosi dan reaksi fisiologi dan psikologi seseorang terhadap situasiyang tegang dalam persekitaran

    - ketegangan timbul apabila individu tidak berupaya memenuhi sesuatu matlamat ataumenangani kesan daripada tindakbalas persekitaran yang dihadapi

    [2 fakta x 1m]

    (ii) Bebanan kerja yang bersesuaian dapat laksakan tugas dengan berkesan

    Maksud bersesuaian dari segi : Kuantiti / beban tugas; tahap kesukaran; tempoh masa;kepelbagaian tugas.

    Perbincangan isi:

    I - Kuantiti - tidak boleh terlalu banyak [m] dan terlalu sedikit [m]Perbincangan:

    Terlalu banyak - Kesannya stres produktiviti merosot. [1m]

    Terlalu sedikit - Kesannya bosan produktiviti rendah [1m]

    II - Tahap Kesukaran - tahap bersesuaian dengan

    kebolehan/kemahiran/pengalaman/keupayaan[1]Perbincangan:

    Terlalu sukar - Kesannya tak dapat melaksana dengan baik dan mencapai objektif. [1]

    Terlalu mudah - Kesannya tugas tidak mencabar, tidak bersemangat, tidak bersungguh-sungguh. [1]

    III - Tempoh Masa - Tempoh terlalu lama atau terlalu singkat. [1m]

    Perbincangan:Segera - Tergesa-gesa kesannya kualiti terjejas. [1m]

    Terlalu lama - Kesannya tugasan terabai, terlupa arahan. [1m]

    - Masa yang ditetapkan mesti sesuai dengan tugas.IV - Kepelbagaian Tugas - Terlalu banyak tugasan (pelbagai) atau terlau sedikit. [1m]

  • 7/31/2019 skema+soalan K1

    19/20

    Perbincangan:Pelbagai - Kesannya diluar bidang kemahiran dan kepakaran, tak dapat membentuk

    kepakaran khusus. [1m]

    Khusus - Kesannya menjadi rutin dan membosankan. [1m]- Menurunkan motivasi pekerja.

    [mana-mana 3 isi]

    [1 isi = 1m : 3 x 1m = 3m]

    [3 x 3m = 9m]

    b) kesan ketegangan terhadap pekerja di dalam organisasi

    - Kadar keganasan meningkat.- Bertambahnya kadar lantik henti.- bertambahnya kadar ponteng kerja- Merosakkan input / harta organisasi / vandalism- Kemalangan semasa kerja meningkat- Prestasi pekerja menurun- Hubungan antara pekerja dengan organisasi muram

    [ mana-mana 6 huraian x 1m ]

    c). Kemahiran konsep dan kemahiran membuat keputusan dapat membantu En. Suhaimi dalam

    menjalankan tugas dan berikan contoh yang sesuai berdasarkan tanggungjawab yang beliau perlulaksanakan

    Kemahiran konsepMaksud : Ialah keupayaan berfikir secara abstrak, kenalpasti dan analisis masalah serta melihatorganisasi secara keseluruhan.

    Aplikasi :

    i. Amat diperlukan kerana perlu buat keputusan dan perancangan yang melibatkanorganisasi secara keseluruhan.

    ii. Perlu cekap dan peka kepada apa-apa perubahan di persekitaran dalaman dan luarankerana ini akan mempengaruhi perjalanan organisasi

    iii. Berpandangan jauh dan dapat membentuk strategi jangka panjang.iv. Contoh : perancangan pelaburan / produk / peluang baru / pasaran / strategi persaingan /

    pembentukan misi dan visi syarikat.

    Kemahiran membuat keputusanMaksud : Ialah kebolehan membuat keputusan yang tepat / bijak dalam usaha menyelesaikan

    sesuatu masalah.

    Aplikasi:

    i. Penting kerana pengurus atasan perlu membuat keputusan dalam pelbagai aspek padasetiap masa mengikut situasi.

    ii. Keputusan tepat penting kerana akan member kesan kepada keseluruhan organisasi.iii. Keputusan cekap mesti mengambil kira faktor dalaman dan luaran syarikat.iv. Contoh: Melibatkan pembuatan keputusan-keputusan penting seperti penentuan

    pelaburan, produk, dll.

    [Fakta = 1m][Huraian = 2m]

  • 7/31/2019 skema+soalan K1

    20/20

    [Contoh = 1m][3m x 2 = 6m]