soalan spm

13
Soalan SPM SPM 2012 1. Berikan maksud peribahasa di bawah. (i) Membaca jambatan Ilmu. (ii) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. (iii) Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. SPM 2011 Baca maksud peribahasa dibawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa tersebut. (i) Pasangan yang sepadan (ii) Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya. (iii) Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal. SPM 2010 Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerja sama bagai ___________(i)__________. Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan kerana ________(ii)__________ . Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana ________(iii)__________. SPM 2009 Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang

Upload: sathia-raj

Post on 08-Jul-2016

259 views

Category:

Documents

3 download

DESCRIPTION

spm

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan SPM

Soalan SPM

SPM 2012

1. Berikan maksud peribahasa di bawah.(i)  Membaca jambatan Ilmu.(ii)  Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.(iii) Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

SPM 2011

Baca maksud peribahasa dibawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa tersebut.

(i)    Pasangan yang sepadan(ii)   Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya.(iii)  Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal.

SPM 2010

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

         Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerja sama bagai ___________(i)__________.         Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan kerana ________(ii)__________ . Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana ________(iii)__________.

SPM 2009

Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.

Ayah        : Syafik, jagalah diri haik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasthat orang tua-tua, iaitu ________(i)_______

Syafik      : Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.

Ayah        : Di luar negara nanti ayah berharap Syafik belajarlah rajin-rajin. Setelah berjaya kelak, berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan tenaga muda untuk membangunkan negara, bak kata peribahasa _______(ii)_________

Page 2: Soalan SPM

Syafik      : Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.

Ayah       : Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah pengalaman sebanyak banyaknya kerana _________(iii)_________

SPM 2008

Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.(i) Bagai menatang minyak yang penuh(ii) Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau(iii) Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah

SPM 2006

Baca dialog di bawah dengan teliti kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.Amir     :  Ramai pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa berkomunikasi.

Sofea    : Yalah, bukan itu sahaja! Media massa pun sering mengabaikan penggunaan bahasa yang betul.

Amir     : Jika kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada setiap masa dan keadaan, kerana ___________(i)_________________

Sofea    : Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik, bak kata pepatah ________(ii)__________________

Amir     : Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Media massa dapat menyalurkan idea dan kritika dengan lebih berkesan kerana ____________(iii)__________________

Soalan SPM 2005

(i) Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.(ii) Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.(iii) Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.

]

Page 3: Soalan SPM

SPM 2012

Berikan maksud peribahasa di bawah.(i)  Membaca jambatan Ilmu.(ii)  Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.(iii) Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

Jawapan:(i)  Ilmu pengetahuan dapat dipertingkatkan melalui pembacaan.(ii)  sedikit-demi sedikit lama-lama berhasil juga.(iii)  kata sepakat tercapai dengan rundingan/perbincangan/mesyuarat.

SPM 2011

Baca maksud peribahasa dibawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa tersebut.

(i)    Pasangan yang sepadan(ii)   Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya.(iii)  Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal.

Jawapan:(i) bagai pinang dibelah dua(ii) bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi(iii) belut pulang ke lumpur/ haruan pulang ke lubuk

SPM 2010

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

         Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerja sama bagai ___________(i)__________.         Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan kerana ________(ii)__________ . Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana ________(iii)__________.

Jawapan:i. bagai aur dengan tebingii. usaha tangga kejayaan/di mana ada kemahuan, di situ ada jalan/yang bulat tidak datang bergoleh, yang pipih tidak datang melayang/kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.iii. muafakat membawa berkat/bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatSPM 2009

Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.

Ayah        : Syafik, jagalah diri haik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasthat orang tua-tua, iaitu ________(i)_______

Syafik      : Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.

Ayah        : Di luar negara nanti ayah berharap Syafik belajarlah rajin-rajin. Setelah berjaya kelak, berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan tenaga muda untuk membangunkan negara, bak kata peribahasa _______(ii)_________

Syafik      : Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.

Ayah       : Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah pengalaman sebanyak banyaknya kerana _________(iii)_________

Page 4: Soalan SPM

Jawapan:i. di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung/masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.ii. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.iii. jauh berjalan luas pandangan/pemandangan.

SPM 2008

Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.(i) Bagai menatang minyak yang penuh(ii) Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau(iii) Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah

Jawapan:i. Mak Jah menjaga anak angkatnya bagai menatang minyak yang penuh kerana dia tidak mempunyai anak sendiri.ii. Walaupun Ahmad hanya belajar di sekolah yang biasa, tetapi dia mampu mendapat semua A dalam peperiksaan SPM kerana benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.iii. Penduduk kampung itu sentiasa menghadapi susah senang bersama ibarat hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.

SPM 2007

Berikan maksud peribahasa di bawah.(i) Bahasa Jiwa Bangsa(ii) Bagai dakwat dengan kertas(iii) Seperti air dalam kolam

Jawapan:i. bahasa merupakan lambang keperibadian bangsa/bahasa identiti bangsaii. tidah pernah bercerai/suami isteri yang saling mencintai/tidak pernah bercerai/saling memerlukan/serasi/intim/akrabiii. orang yang bersikap tenang/keadaan/suasana/situasi yang tenang

SPM 2006

Baca dialog di bawah dengan teliti kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.Amir     :  Ramai pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa berkomunikasi.

Sofea    : Yalah, bukan itu sahaja! Media massa pun sering mengabaikan penggunaan bahasa yang betul.

Amir     : Jika kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada setiap masa dan keadaan, kerana ___________(i)_________________

Sofea    : Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik, bak kata pepatah ________(ii)__________________

Amir     : Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Media massa dapat menyalurkan idea dan kritika dengan lebih berkesan kerana ____________(iii)__________________

Jawapan:i. Bahasa Menunjukkan Bangsa/Bahasa Jiwa Bangsa/Bahasa Melambangkan Bangsaii. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalihiii. mata pena lebih tajam daripada mata pedang

Soalan SPM 2005

(i) Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.

Page 5: Soalan SPM

(ii) Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.(iii) Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.

Jawapan:(i) Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.(ii) Seperti burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung.(iii) Ukur baju di badan sendiri.

Page 6: Soalan SPM

LATIHAN SPM 1

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga.

2. Jawatan yang dipegang oleh mereka sangat penting.

3. Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari.

4. Pokok-pokok itu dipangkas oleh para pekerja supaya sentiasa rendah.

5. Nota pelajaran dikemaskinikan oleh mahasiswa itu supaya mudah membuat ulang kaji.

6. Orang yang lurus bendul itu tidak harus kamu peralat sewenang-wenangnya.

LATIHAN SPM 2

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.

2. Anak-anak sewajarnya dikawal oleh ibu bapa supaya mereka tidak bergaul dengan budak-budak nakal.

3. Pelajar itu dihadiahi oleh guru bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya memperoleh ‘A’ dalam peperiksaan percubaan SPM.

4. Satu misi dilaksanakan oleh mereka bersama-sama.

5. Alat pendingin hawa itu dijualnya dengan harga yang tinggi.

6. Komputer itu saya beli untuk adik di kolej.

LATIHAN SPM 3

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Permukaan air itu dilitupi pokok teratai yang berwarna-warni.

2. Majalah bercorak akademik kurang diminati oleh golongan remaja meskipun bahan di dalamnya memberikan ilmu kepada mereka.

3. Pondok buruk yang didiami oleh orang tua itu beratapkan rumbia dan berdinding buluh.

4. Adik perempuan saya dijahitkan baju kurung oleh kakak pada hujung minggu yang lalu.

5. Rumah itu tidak berani kami hampiri kerana takut akan anjing peliharaan tuan rumah tersebut.

6. Kerja-kerja memperdalam Sungai Kinta itu akan ditangguhkan oleh mereka berminggu-minggu.

Page 7: Soalan SPM

AWAPAN LATIHAN SPM1

         Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga.         Mereka memegang jawatan yang sangat penting.         Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari.         Para pekerja memangkas pokok-pokok itu supaya sentiasa rendah.         Mahasiswa itu mengemaskinikan nota pelajaran supaya mudah membuat ulang kaji.         Kamu tidak harus memperalat orang yang lurus bendul itu sewenang-wenangnya. 

JAWAPAN LATIHAN SPM 2

         Guru disiplin menahan pelajar itu selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.         Ibu bapa sewajarnya mengawal anak-anak supaya mereka tidak bergaul dengan budak-budak nakal.         Guru bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh ’A’ dalam

peperiksaan percubaan SPM.         Mereka melaksanakan satu misi bersama-sama.         Dia menjual alat pendingin hawa itu dengan harga yang tinggi.         Saya membeli komputer itu untuk adik di kolej.

JAWAPAN LATIHAN SPM3

         Pokok teratai yang berwarna-warni melitupi permukaan air itu.         Golongan remaja kurang meminati majalah bercorak akademik meskipun bahan di dalamnya

memberikan ilmu kepada mereka..         Orang tua itu mendiami pondok buruk yang beratapkan rumbia dan berdinding buluh.         Kakak menjahitkan adik perempuan saya baju kurung pada hujung minggu yang lalu.         Kami tidak berani menghampiri rumah itu kerana takut akan anjing peliharaan tuan rumah tersebut.         Mereka akan menangguhkan kerja-kerja memperdalam Sungai Kinta berminggu-minggu.

Page 8: Soalan SPM

 Karangan Berpandu 1Kaji gambar-gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara rakyat Malaysia mengisi masa cuti. Panjang huraian andaantara 200 hingga250 patah perkataan.

ontoh Jawapan Karangan Berpandu

Page 9: Soalan SPM

Malaysia satu-satunya negara yang kaya dengan pelbagai hari percutiankerana kepelbagaian kaum. Rakyat Malaysia harus mengambil kesempatan untukmengisi masa percutian ini dengan pelbagai cara kerana percutian bukan sahajadapat mengeratkan silaturahim atau hubungan kekeluargaan, malah dapatmenyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi . Sehubungan dengan itu, rakyatMalaysia patut mengisi masa cuti bak kata peribahasa , jauh perjalanan, luaspengalaman.Salah satu bentuk percutian yang digalakkan adalah percutian kebudayaan.Rakyat seharusnya mengisi masa cuti dengan melawat ke pusat-pusat kebudayaan.Hal ini demikian kerana dapat memudahkan rakyat negara ini mengetahui budayakaum lain yang unik dan menarik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Malaysiamerupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik seperti Melayu, Cina,India, dan sebagainya mampu menjaga keharmonian dalam negara tanpamelakukan rusuhan kaum. Setiap etnik ini mempunyai budayanya yang tersendirisekali gus mempamerkan identiti sebenarnya sesuatu kaum. Fenomena ini dapatdilihat dari aspek pemakanan, tarian, pakaian, musim perayaan, dan sebagainya.Misalnya, pada musim perayaaan atau mengadakan rumah terbuka, etnik yangberbilang bangsa akan saling menziarahi antara satu sama lain.Selain itu, rakyat Malaysia juga, boleh mengisi masa cuti denganmengembara ke pelbagai destinasi alam semula jadi yang terdapat di Negarakita.Rakyat harus mengambil kesempatan meneroka khazanah alam semula jadiseperti meyusur Sungai Pahang ke Taman Negara , Pahang, mendaki GunungKinabalu atau lain-lain destinasi alam semula jadi yang jarang dikunjungi. Hal inidapat menambahkan pengalaman dan pengetahuan sekali gus memupuk sifat cintaakan alam semula jadi. Contohnya Pulau Langkawi masih lagi mempunyaikeindahan alam sekitar yang belum dinodai oleh pembangunan negara yang begitupesat. Khazanah alam semula jadi ini perlu dipelihara agar generasi akan datangdapat menikmati kurniaan Ilahi ini. Aktiviti mengembara ini mendedahkankehidupan di kawasan hutan yang benar-benar menguji tahap kesabaran seseorang.Di samping itu, pusat-pusat beli-belah juga menjadi tumpuan rakyat Malaysiauntuk mengisi masa cuti yang banyak. Hal ini demikian kerana pada cuti musimperayaan atau cuti hujung minggu amat sesuai untuk pergi membeli-belah.Peribahasa Melayu ada menyatakan, sambil menyelam minum air amat relevandalam hal ini. Hal ini demikian kerana dengan berbelanja di pelbagai kompleks beli-belah bertaraf antarabangsa, secara tidak langsung, ekonomi negara akanmeningkat . Tambahan pula, rakyat akan membeli barangan buatan Malaysia danmenyahut seruan kerajaan Belilah Barangan Buatan Malaysia.”. Antara pusat beli-belah yang sering dikunjungi ialah pusat penjualan batik, kedai cenderahati, kraf tangan, dan sebagainya.Sesungguhnya, rakyat Malaysia harus mengisi masa cuti dengan pelbagaicara kerana amalan percutian selaras dengan matlamat kerajaan membentukkeluarga bahagia menggenapi usaha “Rumahku, Syurgaku.” Dengan itu, marilahkita bersam-sama merealisasikan hasrat murni ini ke arah Malaysia yang“Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.” Oleh itu, rakyat Malaysia diseru melancongdalam negeri sendiri yang begitu banyak dan menarik.

CARA-CARA RAKYAT MALAYSIA MENGISI MASA CUTI

1.0Pendahuluan-

Kaya dengan tempat percutian menarik kerana kepelbagaian kaum.-Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menyumbang ekonominegara.

2.0Isi/fakta

2.1 Melawat pusat-pusat kebudayaan (IU)

- Rakyat akan mengetahui budaya kaum yang unik dan menarik. (HS1)

- Pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, dan India. (HS2)

- Mempunyai kebudayaan dan identiti yang tersendiri

. (HS3)- Mampu menjaga keharmonian tanpa berlakunya rusuhan kaum.

(HS4)- Aspek pemakanan, tarian, pakaian, musim perayaan, dan,sebagainya.

(CTH)

2.2Mengembara (IU

Sama ada ke luar bandar atau hutan. (HS1)

-Menambahkan pengalamaan dan menguji kecerdasan. (HS2)

-Pulau Langkawi mempunyai keindahan alam sekitar. (CTH)

Page 10: Soalan SPM

-Perlu dipelihara untuk generasi akan datang dan menikmati kurniaanIilahi. (HS3)

-Mendedah kehidupan di kawasan utan dan menguji kesabaranseseorang. (HS4)

2.3Melawat pusat-pusat membeli-belah (IU)

-Pada musim perayaan atau hujung minggu. (HS1)

-Ekonomi negara meningkat. (HS2)

-Membeli barangan buatan tempatan. (HS3)

-Menyahut seruan kerajaaan. (HS4)

-Pusat penjualan batik, cenderahati, kraf tangan, dan sebagainya. (CTH)

3.0Penutup-Matlamat kerajaanmembentuk keluarga bahagia. (CDG)

-Merealisasikan harat murni kerajaan. (HP)