soalan tahun3
DESCRIPTION
bmTRANSCRIPT
SOALAN
PEMAHAMANKertas ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.
Arahan:Bulatkan jawapan yang paling sesuai.
1. Abdul Muis menggunakan __________ untuk memotong daging itu. A pisau B kapak C gergaji D parang
2. Ramli______ke dalam laut untuk menyelamatkan budak yang hampir lemas itu. A lonjak B terjun C lompat D terbang
3. Bunga melur yang dipetik itu akan ________selepas beberapa hari. A layu B kulai C kedut D lembik
4. Pencuri itu cuba ______ beg tangan Farhana. A menarik B meragut C mencabut D mengambil
5. Raven memetik beberapa _______ buah anggur daripada se______ buah itu. A biji.....gugus B biji.....tangkai C biji.......longgok D buah........gugus
6. Pegawai polis itu membawa _______ pistol dan _______ senapang. A sepucuk.....selaras B sebatang......selaras C sepucuk.....sebatang D sebuah.......sebatang
7. Irfan menangis kerana________ dipukul oleh ayahnya. A dia B awak C saya D mereka
8. “ Sila semak jawapan________ sebelum menghantarnya”, pesan Cikgu Lina
kepada murid-murid kelasnya. A dia B kamu C anda D mereka
9. Bantuan yang kamu berikan itu amatlah _________. A diingini B dikesali C dihargai D dihormati
10. Langit yang gelap ________ hujan akan turun. A menjadikan B menandakan C membuktikan D melambangkan
11. Wajah cantik
Perkataan yang sesuai dimasukkan ke dalam kotak ialah ________. A dilukis B disolek C dilorek D digores
12. Sepandai-pandai _________ melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah A tupai B kucing C monyet D biawak
13. Jalan ke Cameron Highlands _________ menyebabkan adik termuntah di dalam kereta. A hiruk-pikuk B simpang-siur
C cabang-cabang D bengkang-bengkok
14. Aisyah merupakan ________ daripada tiga adik-beradik. A anak emas B anak buah C anak kedua D anak tunggal
15. Encik Najib selalu ________ isterinya dengan menghadiahkan sejambak bunga mawar. A kecil hati B ambil hati C tanda mata D buah tangan
16. Bulatkan jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Sejak bilakah kamu tinggal di kampung ini? A Sudah lama saya tinggal di sini. B Saya suka tinggal di kampung ini. C Penduduk di kampung ini baik-baik belaka. D Saya tinggal di sini sejak lima tahun yang lalu.
17. Bulatkan ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Daud tidak datang ke sekolah kerana datuknya sakit tenat. A Siapakah yang sakit tenat? B Bilakah datuk kamu sakit tenat? C Daud tidak datang ke sekolah berapa hari? D Mengapakah Daud tidak datang ke sekolah?
18. _________ ibu tidak sembuh, kakak tidak akan ke sekolah. A Selagi B Selepas C Apabila D Sehingga
19. Sambal belacan itu sangat ________. A kelat B pahit C pedas D payau
Soalan 20 berdasarkan Gambar 1
20. Liza _______ kereta ayahnya pada setiap hari minggu.
A mencuci B menjemur
C menyarung D menyangkut
Soalan 21 berdasarkan Gambar 2
21. Ayah sedang memasang _________ di ruang tamu. A kekisi B dedalu C bebola D lelangit
Soalan 22 dan 23Pilih perkataan seerti dengan perkataan yang bergaris. 22. Boboy berasa seronok ketika melancong keluar Negara. A puas B meriah C gembira D bangga
23. Masa begitu pantas berlalu. A deras B cepat C lambat D perlahan
Soalan 24 dan 25Pilih perkataan berlawan dengan perkataan yang bergaris. 24. Zamri mendongak setiap kali namanya dipanggil oleh guru. A menoleh B menunduk C menggeleng D mengangguk
25. Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara. A terbesar B tertinggi C terendah
D terpendek
Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
26. A Amboi, manisnya buah manggis ini! B Amboi manisnya buah manggis ini! C Amboi! Manisnya buah manggis ini. D Amboi. Manisnya buah manggis ini!
27. A Cikgu Arif mengajar mata pelajaran Sains, Matematik, dan Lukisan. B Cikgu Arif mengajar mata pelajaran Sains, Matematik, dan Lukisan C Cikgu Arif mengajar mata pelajaran Sains, Matematik, dan, Lukisan. D Cikgu Arif mengajar mata pelajaran Sains, Matematik, dan Lukisan!
Bulatkan jawapan yang paling sesuai dalam ayat-ayat di bawah.
28. “_________, sakitnya kakiku!” jerit Daim apabila kakinya terpijak duri. A Cis B Hai C Aduh D Amboi
29. “ _________, di sini rupanya kamu!” kata Ganesh kepada Khairil. A Oh B Wah C Hai D Nah
30. “ Hadiah ini _________ saya?” tanya Rusmini kepada abangnya. A ke B untuk C kepada D sebagai
31. Saya yakin _______ dia akan menang nanti. A dan B yang C maka D bahawa
32. Murid-murid sedang _____ ceramah itu. A didengar B terdengar C mendengar D pendengaran
Soalan 33 dan 34Bulatkan ayat tunggal yang betul.
33. A Kucing itu mengiau. B Janet dan Paula membaca buku. C Bas rosak maka kami lewat ke sekolah. D Hakim membeli pen di Kedai Runcit Zaki.
34. A Ayah saya polis. B Pengemis itu miskin tetapi baik hati. C Abang mungkin akan ke kebun atau padang. D Salina ternampak akan Lily lalu memanggil namanya.
35. Antara ayat-ayat berikut, manakah ayat yang menggunakan tanda bacayang betul?
i Kucing itu bernama Si Tompok.ii ayah azli bekerja di kilang papan.iii Guru kelas Tahun 2 ialah Cikgu Murni.iv Asmawi dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur.
A i dan ii B i dan iii C i, iii dan ivD iii dan iv
Baca petikan di bawah, dan jawab soalan-soalan berikut.
Sekolahsaya ada sebuah makmal komputer. Makmal komputer ini besar dan kemas.Terdapat 15 buah komputer di dalam makmal ini. Kesemua komputer di makmalini dijaga dengan baik oleh Cikgu Razali. Cikgu Razali ialah guru komputer sekolah saya. Beliaumengajar murid-murid cara menggunakan komputer. Murid-murid sentiasamenumpukan perhatian semasa belajar. Cikgu Razali mengajar mengenaliperkakasan komputer. Antara perkakasan komputer itu ialah monitor, papankekunci, tetikus, unit pemprosesan pusat dan mesin pencetak. Beliau menasihati kami supaya menggunakan makmal komputerdengan baik. Banyak faedah yang dapat kita peroleh apabila menggunakankomputer. Cikgu Razali juga menasihati kami supaya mematuhi peraturan dimakmal ini. Selain daripada menaip data, murid-murid juga diajar cara melayariinternet. Banyak maklumat yang boleh kita dapati semasa menggunakankomputer di makmal ini.
36. Sekolah saya mempunyai sebuah_______________________. A kantin B makmal sains C pusat sumber D makmal komputer
37. Bagaimana keadaan makmal ini? A Berselerak B Tidak teratur
C Kecil dan kemas D Besar dan kemas
38. Siapakah yang mengajar murid-murid tentang komputer. A Guru Besar B Cikgu Rahim C Cikgu Razali D Guru disiplin
39. Bagaimanakah keadaan murid-murid semasa belajar menggunakan komputer? A Berbual-bual B Tidak berminat
C Tidak ambil peduli D Menumpukan perhatian
40. Selain menaip data, murid-murid juga diajar untuk melayari __________. A e-mel B internet C windows D komputer
Kertas Soalan Tamat
BAHASA MALAYSIA TAHUN 3PEMAHAMAN
NAMA :…………………………………………… KELAS:…………………
Baca petikan dibawah, kemudian jawab soalan berikutnya.
Kawan Saya
Nama saya Muhammad Ali bin Abu Saya tinggal di Taman Melur, Kuala Lumpur. Saya ada seorang kawan. Namanya Muhammad Arif. Dia berumur 9 tahun. Arif tinggal di Taman Seri Mawar, Kuala Lumpur. Arif mempunyai 3 orang adik-beradik. Abangnya bernama Asraf manakala
adiknya pula bernama Julia. Bapa Arif bernama Asri dan ibunya pula bernama Mariam.
Arif seorang budak yang baik dan rajin. Dia juga seorang budak yang cerdik. Semua orang suka berkawan dengannya. Sukan kegemarannya ialah bola sepak. Dia selalu bermain bola sepak di padang. Kami selalu bermain bersama-sama. Kami juga selalu mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Saya berasa gembira kerana mendapat seorang kawan seperti Arif.
Soalan 1 hingga 5Bulatkan jawapan yang betul
1. Siapakah nama penuh kawan penulis?A. Muhammad Ali bin AbuB Muhammad Arif bin AsriC Muhammad Asraf bin Asri
2. Di manakah Arif tinggal?A Taman Melur, Kuala LumpurB Taman Seri Mawar, Kuala SelangorC Taman Seri Mawar, Kuala LUmpur
3. Mengapakah semua orang suka berkawan dengan Arif?A Arif seorang budak yang baik, rajin dan cerdik.B Arif seorang budak yang pandai bermain bola sepak.C Arif seorang budak yang kacak.
4. Siapakah nama ibu Arif?A JuliaB MashitahC Mariam
5. Apakah sukan kegemaran Arif?A BadmintonB Bola sepakC Bola tampar
Soalan 6 hingga 10Isi tempat kosong dengan perkataan berimbuhan yang betul.6. Rumah Devi tidak ___________________ rumah Lisa. ( tercantik , secantik )7. Puan Lina sedang ____________________ anaknya yang sedang menangis. ( mendukung , pendukung )8. Adik menangis kerana ____________________ dari katil. ( berjatuh , terjatuh )9. Ramu lari ketakutan kerana _______________ anjing. ( terkejar , dikejar )
10. Anis dan Intan ________________________ ke rumah Mei Ling pada Tahun Baru Cina. ( kunjungan , berkunjung )Soalan 11 hingga 20Padankan dengan perkataan seerti.
11. bijak gembira
12. mudah terang
13. susah kawan
14. benar sayang
15. rakan yakin
16. seronok cantik
17. indah pandai
18. cinta betul
19. percaya sukar
20. cerah senang
Soalan 21 hingga 30.Isikan tempat kosong dengan kata hubung yang diberikan.
dan tetapi atau
21. Ali _______________ Abu bermain bola di padang.
22. Dia kaya _______________ kedekut. 23. Cikgu Maisarah sangat bangga dengan sikap Ramlah _______________ Hasnah. 24. Kita hendaklah meminta izin sama ada daripada bapa _______________ ibu jika
hendak keluar bermain. 25. Saya makan sebiji epal _______________ sepotong tembikai sebagai pencuci mulut.
26. Walaupun dia miskin _______________ dia seorang yang rajin. 27. Mungkin saya akan bertolak ke Kuala Lumpur pada hari Selasa _______________ Rabu.
28. Amira _______________ Rahayu berkawan baik sejak kecil. 29. Rumahnya besar _______________ saying kawasannya kotor.
30. Saya berjanji akan bejara dengan tekun _______________ bersungguh-sungguh.
Soalan 31 hingga 35Lenfgkapkan ayat di bawah dengan kata ganti nama yang sesuai.
saya mereka kita dia awak
31. Hanani seorang murid yang cerdik. _____________ ada ramai kawan.
32. Siapakah nama _______________ ?
33. “________________ akan bertolak pada pukul 8.00 pagi”, kata Ali kepada kawan- kawannya.
34. Nama _______________ Abdul Halim bin Sani.
35. Jika ________________ tidak faham sesuatu perkara, mereka kan bertanya kepada guru.
Soalan 36 hingga 40Tuliskan perkataan berlawan.
36. hitam lawannya _________________________
37. gemuk lawannya _________________________
38. masin lawannya __________________________
39. sayang lawannya ________________________
40. murah lawannya _________________________
PENULISAN
Kertas mengandungi tiga bahagian iaitu A, B dan C. Jawab semua bahagian.
Bahagian ATulis 5 ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.
Membeli Menimbang Membuang Menjual
Melihat Memilih Memetik Memotong
1. ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________
2. ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________
3. ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________
4. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 5. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________
( 10 markah )
Bahagian BBina ayat berpandukan gambar dengan menggunakan rangkai kata yang telah diberikan.
1.
gembira – pertandingan badminton-mendengar nasihat.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
2.
Setiap petang – berlatih – tekun dan berdisiplin________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
3.
Semasa pertandingan – bermain –bersungguh-sungguh________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
4.
berjaya - johan- hadiah kemenangan_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
5.
Berjumpa – jurulatih - terima kasih__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
( 30 markah )
BAHAGIAN CSalin semula ayat yang mengandungi nilai murni yang terdapat dalam petikan dibawah. Jawapan dalam bentuk perenggan.
Saya mempunyai seorang kakak. Namanya Murni. Umurnya 15 tahun. Kak Murni bersekolah di Sekolah Menengah Ranau. Kak Murni rajin belajar. Oleh sebab itu, dia pandai dalam pelajarannya. Dia selalu mengajar saya apabila saya tidak tahu tentang sesuatu perkara. Di rumah, Kak Murni selalu membantu ibu memasak dan mengemas rumah. Kak Murni juga selalu menjaga saya dan adik-adik apabila ibu dan ayah tiada di rumah. Saya dan adik-adik amat menyanyangi Kak Murni. Kak Murni juga sangat menghormati ibu dan ayah. Ibu dan ayah menyuruh saya dan adik-adik mencontohi kebaikan Kak Murni.
Nilai murni yang pertama ialah_______________________________________________________________________________________________________________Kedua, __________________________________________________________________________________________________________________________________________Di samping itu, ____________________________________________________________________________________________________________________________________Seterusnya,_______________________________________________________________________________________________________________________________________Akhir sekali, ______________________________________________________________________________________________________________________________________
( 20 markah )
Baca laporan di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Laporan Kegiatan Kelab Keselamatan Jalan Raya
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Poi Lam, Sesi 2004
Kelab Keselamatan Jalan Raya Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Poi Lam
telah membentuk ahli jawatankuasanya yang baru pada bulan Januari 2004. Cikgu
Razali dan Cikgu Chan menjadi guru penasihat kelab ini. Sejumlah 75 orang murid
yang telah menyertai kelab ini. Sepanjang sesi persekolahan 2004, kelab telah
merancang beberapa aktiviti untuk dilaksanakan.
Pada 16 Mac 2004, kelab ini telah menganjurkan Kuiz Keselamatan Jalan
Raya Peringkat Sekolah. Tujuan kuiz ini diadakan adalah untuk melihat sejauh mana
murid-murid memperoleh maklumat tentang keselamatan di jalan raya. Sambutan
daripada murid-murid yang bukan ahli kelab juga amat menggalakkan.
Pada 2 Mei 2004, kelab telah mengadakan lawatan sambil belajar ke
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Petaling Jaya, Selangor. 30 orang ahli dan dua
orang guru penasihat turut menyertai lawatan tersebut. Di sana kami mendengar
ceramah tentang undang-undang jalan raya yang disampaikan oleh pengawai JPJ.
Selepas itu, kami dibawa melawat ke tapak Ujian Pemanduan untuk menyaksikan
proses ujian memandu dijalankan.
Pada awal bulan Jun 2004, kempen berbasikal secara berhemah pula
diadakan selama dua minggu. Kempen ini bertujuan melatih murid-murid agar
berhati-hati semasa berbasikal sewaktu berulang-alik ke sekolah. Sepanjang
kempen berlangsung, murid-murid diberi ceramah serta diajar teknik menjaga
keselamatan semasa berbasikal di jalan raya.
Semua aktiviti yang dijalankan telah mencapai matlamatnya. Semoga hasrat
ahli-ahli kelab untuk mempelbagaikan aktiviti pada tahun hadapan akan tercapai.
Laporan disediakan oleh,
Chin Kim Len 12 JULAI
2004
(CHIN KIM LEN)
Setiausaha,
Kelab Keselamatan Jalan Raya.
1. Berapa orangkah yang menyertai lawatan ke Jabatan Pengangkutan
Jalan? (pengetahuan)
A 30 orang
B 32 orang
C 32 orang
D 36 orang
2. Kata berhemah dalam laporan bermaksud (aras kefahaman)
A lemah lembut
B berbudi pekerti
C berdikit-dikit
D beransur-ansur
3. “ Alia memakai topi keledar dan baju berwarna terang sebelum menunggang
basikal ke sekolah
Aktiviti yang manakah antara berikut telah memberi pengetahuan kepada Alia
tentang ciri-ciri keselamatan seperti di atas. (aras aplikasi)
A Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sekolah
B Ceramah Menjaga Keselamatan di Jalan Raya
C Kempen Berbasikal secara Berhemah.
D Lawatan sambil Belajar ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
4. Pilih pernyataan yang tidak benar. (aras analisis)
A Ahli kelab berjumlah 77 orang.
B Aktiviti yang diadakan di kawasan sekolah ialah Kuiz Keselamatan Jalan
Raya.
C Cikgu Razali dan Cikgu Chan ialah guru penasihat kelab.
D Aktiviti terakhir kelab pada tahun 2004 ialah kempen berbasikal.
5. Urutan rangka aktiviti yang betul ialah (aras sintesis)
A Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sekolah→ kempen berbasikal
→ Lawatan ke JPJ
B Lawatan ke JPJ → kempen berbasikal → Kuiz Keselamatan Jalan Raya
Peringkat Sekolah
C Mesyuarat kelab → Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sekolah →
kempen berbasikal
D Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sekolah → Lawatan ke JPJ →
kempen berbasikal