soklan bahasa melayu akhir tahun pemahaman tahun3

Upload: cikgu-zaid

Post on 02-Nov-2015

39 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

soalan peksa

TRANSCRIPT

Jawab semua soalan

PAGE SULIT

Akhir Tahun SKM (1)

Jawab semua soalan.Tiap-tiap soalan diikuti tiga jawapan pilihan A, B, dan C atau empat jawapan pilihan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan saja yang betul. Pilih jawapan itu.

Soalan 1 hingga Soalan 17

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

1.Segala titah perintah tuanku akan _________ laksanakan, sembah Tun Ali.

Ahamba

Bpatik

Cbeta

2.Rakyat Malaysia digalakkan membeli barang _________ tempatan.

Akeluaran

Bpengeluaran

Cpengeluar

Dmengeluarkan

3.Ribuan penonton _________ Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan upacara pembukaan Sukan SEA ke-22.

Amembanjiri

B melimpahi

Cmencucuri

D menghujani

4. Mazni ___________ kerana baru pertama kali menaiki feri.

Amabuk darahBmabuk kepayang

Clemah semangat

Dmabuk lautSoalan 5 dan Soalan 6 berdasarkan Gambar 2

5.Tuk Wan sedang membaca surat yang dikirimkan __________ cucunya.

Aoleh

Bpada

Ckepada

Ddaripada

6.Tuk Wan memakai cermin mata kerana dia ___________.

Arambang mata

Bbuta huruf

Crabun ayam

Soalan 7 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

7.Kami memelihara tiga _________ ikan emas di dalam akuarium.

Aekor

C kawan

Bpasukan

8.Mangsa-mangsa bot __________ itu diselamatkan oleh nelayan.

Agugur

B karam

Ckandas

D robohSoalan 9 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

9.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah ____________ bangunan baru itu.

Amerasmikan

Bmembubarkan

Cmenubuhkan

Dmemansuhkan

10.Kami tidak ___________ mengenai perlantikan Pengerusi Kelab Rakan Muda itu.

Akata-mengata

Btahu-menahu

Ckenal-mengenal

Dtuduh-menuduh

11.Abang tersentak __________ ibu mengetuk pintu biliknya.

Aapabila

C sebelum

Bbahawa

D jika

12.Apa_________ dayaku yang lemah ini untuk melawannya, keluh lelaki itu.

A-lah

Bpun

Cjuga

13.Adibah dihormati oleh rakan-rakannya. _________, dia ketua pengawas yang berdedikasi.

ADengan itu

BLebih-lebih lagi

C Oleh hal yang demikian

D Di samping itu

14.Rozaimi memberi ___________ peliharaannya makan sayur kangkung.

Apepatung

Bkekura

Cjejentik

Dlelabah

15.Jangan bermain di ________ parit itu. Airnya dalam, pesan ibu kepada Zabidi.

Atengah

Btepi

Cluar

Ddalam

16._____________ deret kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Pahang pagi tadi.

ASetengah

BSebahagian

C BeberapaSoalan 17 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5

17.Harga se_________ sayur bayam itu ialah RM1.20.

Abiji

Bikat

Cbatang

Dgugus

Soalan 18

Pilih erti kata bagi kata yang bergaris.18.Adik mendesak supaya ayah membelikannya kereta mainan itu.

Amengugut

Bmenggesa

Cmenghasut

Dmenuntut

Soalan 19

Pilih lawan kata bagi kata yang bergaris.

19.Daging ayam yang baru dikeluarkan dari peti sejuk itu masih beku.

Alikat

Blekat

Ccair

DpekatSoalan 20

Pilih peribahasa yang paling sesuai berdasarkan ayat yang diberikan.

20. Dia berasa tidak selesa semasa berada di majlis perkahwinan itu.

Aseperti duduk dalam duri

Bseperti ikan kena tuba

Cbagai kumbang putus tali

Dseperti api dalam sekam

Soalan 21 dan Soalan 22

Pilih ayat yang betul.

21.AEh, sombongnya

setiausaha baru

Encik Omar!

BOh, rupa-rupanya

Kamulah yang

menconteng buku

saya!

CWah, bila kamu

pulang dari Sabah!

tanya Mak Saripah

kepada Khairil.

DNah, comelnya anak

saudara kamu, Siti!

22.ATerdapat banyak

pokok-pokok kelapa

di situ.

BDi bahu jalan

kelihatan lebih

indah.

CDia tidak suka akan

sup cendawan.

Soalan 23 berdasarkan Gambar 6

Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.

Gambar 6

23.A Sejak belajar di

sekolah rendah lagi

saya minat memasak.

B Saya memang meminati bidang ini sejak kecil lagi.

C Tidak lama lagi akan bersaralah saya daripada bidang masakan.

D Sepanjang yang saya ingat, sudah enam tahun saya bergiat dalam bidang

masakan.

Soalan 24

Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

24.Alam sekitar yang dipelihara dapat menjamin persekitaran dan udara yang bersih.

A Apakah kebaikan

alam sekitar kepada

kita?

B

Mengapakah alam

sekitar perlu

dipelihara?

C

Bagaimanakah alam

sekitar dapat

dipelihara?

D Bilakah alam sekitar

perlu dipelihara?

Soalan 25 dan Soalan 26

Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.

25.Naim gembira mengikut Izzat pulang ke kampungnya kerana dia berpeluang merasai cara kehidupan kaum nelayan.

A Cara kehidupan kaum

nelayan membuatkan

Naim dan Izzat

gembira berada di

kampungnya.

B

Naim gembira kerana

berpeluang merasai

cara hidup nelayan

apabila mengikut

Izzat pulang ke

kampungnya.

C

Naim gembira

melihat kehidupan

kaum nelayan di

kampung Izzat.

D Kaum nelayan

berasa gembira

mengikut Naim dan

Izzat pulang ke

kampungnya.

26.Kami tidak kering gusi mendengar ceritanya yang lucu itu.

AGusi kami sentiasa kering kerana geli hati mendengar ceritanya itu.

BCeritanya yang lucu itu benar-benar mencuit hati kami.

CKami tidak henti-henti tertawa mendengar ceritanya yang lucu itu.

DCeritanya yang lucu itu menyebabkan kami tertawa sepanjang masa.

Soalan 27 dan Soalan 28

Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul.

27.ICerah betul cuaca

pada hari ini, kata

Fakhrul.

IIPemain yang berusia

19 tahun itu

mempunyai masa

depan yang

cerah dalam sukan

boling.

IIIKulit Helwa lebih

cerah daripada kulit

kakaknya.

IVAir tasik itu

kelihatan tenang dan

cerah.

AII dan III saja

BI, II, dan III saja

CII, III, dan IV saja

DI, II, III, dan IV

28.IShafwan tidak

pernah bercakap

kasar dengan ibu

bapanya.

IIPendapatan kasar

Encik Ammar ialah

RM900 sebulan.

IIIWarganegara asing

itu bekerja sebagai

buruh kasar.

IVHasil kerja

tangannya agak

kasar.

AI, II, dan III saja

BI, III, dan IV saja

CII, III, dan IV saja

DI, II, III, dan IVSoalan 29 dan Soalan 30

Pilih ayat-ayat yang betul.

29.I Saya hendak

menemukan

Fazeera petang

nanti.

II Cara Aizad bercakap

terlalu meninggi.

III Bayi itu sedang

menyusu di pangkuan

ibunya.

IV Zaki sedang tidur

semasa saya sampai

di rumahnya.

A I dan II saja

B

III dan IV saja

C

I, II, dan III saja

D II, III, dan IV saja

30.I Semua guru-guru

sedang

bermesyuarat di

bilik guru.

II Yang berbaju biru

tua itu kakak ipar

saya.

III Nenek sayang akan

Siti sepenuh-

penuhnya.

IV Pihak polis bergegas

ke tempat itu apabila

menerima panggilan

telefon.

A I dan III saja

B II dan IV saja

C I, II, dan III saja

D II, III, dan IV sajaSoalan 31 hingga Soalan 35Baca syarahan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang dihormati Pengerusi Majlis, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah "Pentingnya Memulihara Sumber Semula Jadi".

Sebelum saya berhujah, eloklah saya terangkan maksud pemuliharaan lebih dahulu. Pemuliharaan bermaksud usaha melindungi sesuatu supaya berada dalam keadaan yang baik. Sumber semula jadi pula termasuklah air, tanah, hutan, galian, bahan api, dan sebagainya.

Hadirin sekalian,

Sumber semula jadi yang ada di seluruh dunia hari ini amat terhad kerana sumber tersebut digunakan secara berlebih-lebihan. Contohnya, tanah hutan diteroka untuk membina bandar, kilang, atau jalan raya. Bahan api pula diperlukan untuk menjana kuasa. Sementara itu, bahan galian digali untuk membekalkan bahan mentah bagi pelbagai industri.

Tahukah anda kesan penggunaan sumber semula jadi secara berlebih-lebihan kepada manusia dan haiwan? Untuk pengetahuan anda, tanpa pokok, struktur tanah menjadi longgar sekali gus menyebabkan berlakunya hakisan tanah seterusnya mengakibatkan tanah runtuh. Pembakaran dan pembersihan kawasan hutan turut memusnahkan pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan. Haiwan-haiwan liar pula semakin pupus kerana habitat mereka telah dimusnahkan oleh manusia.

Hadirin sekalian,

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memulihara sumber semula jadi. Kita dapat membantu melindungi sumber tersebut dengan pelbagai cara. Pertama, mengurangkan penggunaan sumber semula jadi. Kedua, menggunakan semula barang-barang yang kita gunakan setiap hari. Ketiga, mengamalkan sistem kitar semula.

Berdasarkan hujah-hujah saya tadi, jelaslah menunjukkan betapa pentingnya memelihara dan memulihara sumber semula jadi demi kesejahteraan sejagat. Sekian, terima kasih.

31.Perkara-perkara yang berikut ada dinyatakan dalam syarahan, kecuali

Akesan penggunaan sumber

semula jadi.

Bkepentingan sumber semula

jadi.

Cjenis-jenis sumber semula

jadi.

Dlangkah untuk

meningkatkan penggunaan

sumber semula jadi.

32.Apakah fungsi bahan api?

Auntuk memusnahkan

bakteria

Buntuk membina kilang dan

jalan raya

Cuntuk menjana kuasa

Duntuk membekalkan bahan

mentah

33.Kata pupus sama maksudnya dengan

Atidak bernyawa lagi.

Bterlepas daripada sesuatu.

Ctidak kelihatan lagi.

Dhabis sama sekali.34.Yang berikut merupakan kesan penerokaan hutan, kecuali

Amenggalakkan pemburuan

binatang secara haram.

Bmenyebabkan berlakunya

kejadian tanah runtuh.

Cstruktur tanah menjadi

longgar dan menyebabkan

hakisan tanah.

Dspesies flora dan fauna

semakin pupus.

35.Antara yang berikut, yang manakah bukan cara untuk memelihara dan memulihara sumber semula jadi?

Amengurangkan penggunaan

sumber semula jadi

Bmenggunakan semula

barang yang telah

digunakan

Cmengamalkan sistem kitar

semula

Dmenggalakkan sumber

penggunaan sumber semula

jadi

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca berita di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KUALA LUMPUR, 16 Februari Beberapa kawasan hutan di sekitar Lembah Klang terbakar ekoran daripada musim kemarau dan angin kuat yang berlaku ketika ini. Kawasan hutan yang terbakar sejak beberapa hari yang lepas dikatakan telah merebak semula. Kebakaran ini telah memusnahkan berpuluh-puluh hektar kawasan hutan. Antara kawasan yang dikenal pasti ialah Wangsa Maju, Bukit Setiawangsa, Jalan Ipoh, Kepong, dan Bukit Lanjan, Damansara.

Pihak Bomba dan Penyelamat Wilayah ketika ditemui pemberita sedang bertungkus- lumus mengawal api di kawasan Bukit Setiawangsa. Hal ini bagi mengelakkan api merebak ke kawasan perumahan yang berhampiran. Helikopter turut digunakan untuk membantu kerja-kerja memadamkan api, khususnya di kawasan puncak bukit. Kebakaran di kawasan Bukit Setiawangsa pula telah memusnahkan kira-kira 100 ekar kawasan bukit. Penguasa Bomba dan Penyelamat Wilayah, Abu Obaidat Mohamed yang berada di tempat kejadian menasihati orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran secara terbuka. Beliau turut melarang orang ramai membuang puntung rokok di merata-rata tempat.

Mereka yang berkelah atau berkhemah di kawasan hutan juga diminta tidak memasang unggun api dalam keadaan cuaca kering begini. Hal ini demikian adalah bagi mengelakkan api daripada merebak sekiranya api tidak dapat dipadamkan sepenuhnya, tambah beliau lagi.

Pembakaran sampah sarap secara terbuka yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini banyak menimbulkan masalah kepada semua pihak. Antaranya, keadaan menjadi semakin panas kerana cuaca semakin tidak menentu. Bukan itu saja, keadaan udara yang berjerebu dan kurang bersih akan menyebabkan gangguan kesihatan seperti batuk dan sakit kepala. Selain itu, semakin banyak hidupan musnah sebagai akibat pembakaran secara terbuka ini.

36. Isi utama berita di atas ialah

Apemberitahuan tentang musim kemarau dan angin kuat.

Bamaran daripada Penguasa Bomba dan Penyelamat Wilayah.

Cpembakaran secara terbuka di kawasan Lembah Klang.

Dtugas-tugas anggota bomba untuk memadamkan kebakaran.

37. Di kawasan manakah pemberita itu membuat liputan?

Adi Bukit Lanjan

Bdi Wangsa Maju

Cdi Bukit Setiawangsa

Ddi Kepong

38. Mengapakah agaknya helikopter diperlukan untuk memadamkan kebakaran di kawasan puncak bukit?

Auntuk memudahkan tugas-tugas anggota bomba

Buntuk mencegah kebakaran tersebut daripada merebak

Ckebakaran di kawasan itu sukar dipadamkan oleh kakitangan bomba dan penyelamat

Dkebakaran di kawasan itu jarang-jarang berlaku39. Semua yang berikut adalah pesanan daripada Penguasa Bomba dan Penyelamat Wilayah, kecuali

Ajangan membuang puntung rokok merata-rata.

Bjangan memasang unggun api ketika perkhemahan.

Cjangan melakukan pembakaran secara terbuka.

Djangan berkelah atau berkhemah di kawasan hutan.

40. Pada pendapat anda, apakah kesan pembakaran secara terbuka kepada alam sekitar?

Amenyebabkan masalah jerebu dan pencemaran udara

Bkawasan menjadi semakin sesak dan sempit

Ctaburan hujan akan berkurang

Dtugas-tugas anggota bomba dan penyelamat bertambah

SOALAN TAMATPASTIKAN ANDA MENJAWAB SEMUA SOALAN

Sudah berapa lamakah puan bergiat dalam bidang masakan?