surah an-nur 23-25

7
Penuduh Wanita-wanita muhshanat dan kesaksian anggota tubuh di akhirat (Surah An-Nur ayat 23:25) إِ ات َ نِ م ُ م ل إِ اتَ لِ ف ا َ غ ل إِ اتَ نَ ص حُ م ل إَ ونُ مْ رَ " يَ ن" يِ ذ َ ّ إلَ ّ نِ ِ ةَ ر ِ خَ - ا إلَ ا وَ " ن 0 نُ ّ ذ إل" يِ فإ ُ نِ عُ لٌ م" يِ : ظَ عٌ = إتَ ذ َ ع مُ هَ لَ و﴿ 24:23 َ ّ نِ إ" يِ فإ ُ نِ عُ لِ ات َ نِ م ُ م ل إِ اتَ لِ ف ا َ غ ل إِ اتَ نَ ص حُ م ل إَ ونُ مْ رَ " يَ ن" يِ ذ َ ّ إلٌ م" يِ : ظَ عٌ = إتَ ذ َ ع مُ هَ لَ وِ ةَ ر ِ خَ - ا إلَ ا وَ " ن 0 نُ ّ ذ إل﴿ 424:2 ُ مِ ه" يِ ّ فَ وُ " يٍ 0 ذِ نَ م وَ " يُ نN يِ = نُ م ل إُ ّ ق َ ح ل إَ ُ هَ َ ّ إَ ّ نَ إَ ن ُ مَ ل غَ " يَ وَ ّ ق َ ح ل إُ مُ هَ ي" نِ دُ َ ّ إ﴿ 24:25 ِ ات َ Z نN يِ = نَ خ لِ لَ ن ُ Z نN يِ = نَ خ ل إَ وَ نN يِ Z نN يِ = نَ خ لِ لُ ات َ Z نN يِ = نَ خ ل إَ _ كِ نَ ل وُ إِ ات َ = نِ ّ N يَ ّ ط لِ لَ ن ُ = نِ ّ N يَ ّ لط إَ وَ نN يِ = نِ ّ N يَ ّ ط لِ لُ ات َ = نِ ّ N يَ ّ لط إَ وٌ م" يِ رَ كٌ ق زِ زَ وٌ ةَ رِ ف غَ م مُ هَ لَ ونُ ل ُ قَ " ي اَ ّ مِ مَ ونُ ءَ ّ رَ = بُ م﴿ 24:25 Terjemahan: (23) Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik- baik yang lengah (iaitu tidak pernah terlintas untuk mereka melakukan 1

Upload: ada

Post on 24-Jun-2015

359 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Penuduh Wanita-wanita muhshanat dan kesaksian anggota tubuh di akhirat(Surah An-Nur ayat 23:25)‫إن الغغغذين ي َرمغغغون ال ْمحصغغغنات ال ْغغغغافِلت‬ َ ِ َ ِ َ َ ْ ُ َ ُ ْ َ ِ ّ ّ ِ ‫ال ْمؤ ْمنغغات ل ُعِنغغوا فغغي الغغد ّن ْيا وال َخغغرة وَل َهغغم‬ ِ َ ِ ْ َ َ ِ ُ ِ َ ِ ُ ْ ُ ‫عغغغغذاب ع َظيغغغغم ﴿32:42﴾ إ ِن الغغغغذين ي َرمغغغغون‬ َ ِ َ ٌ َ ُ ْ َ ِ ّ ّ ٌ ‫ال ْمحصغغنات ال ْغغغافِلت ال ْمؤ ْمنغغات ل ُعِنغغوا فغغي‬ َ ِ ُ ِ َ ِ ُ ِ َ ِ َ َ ْ ُ ٍ‫الد ّن ْيا وال َخرةِ وَل َهُم ع َذاب ع َظيم ﴿2:424﴾

TRANSCRIPT

Page 1: Surah An-Nur 23-25

Penuduh Wanita-wanita muhshanat dan kesaksian anggota tubuh di akhirat

(Surah An-Nur ayat 23:25)

ت�إ اف�ال� غ���� �ات� ال ن م�حص���� ون� ال م���� �ر ذ�ين� ي �ن� ال����ة� ر� �خ���� �ا و�اآل ي وا ف�ي ال���د!ن �ع�ن���� ات� ل م�ؤم�ن���� �ه�م ال و�ل

ذ�اب) ع�ظ�يم) ون� ﴾24:23﴿ع������ م������ �ر ذ�ين� ي �ن� ال������ إوا ف�ي �ع�ن��� ات� ل م�ؤم�ن��� ت� ال اف�ال� غ��� �ات� ال ن م�حص��� ال

�ه�م ع�ذ�اب) ع�ظ�يم) ة� و�ل �خ�ر� �ا و�اآل ي ذ1 ﴾424:2﴿الد!ن �وم�ئ��� يو� �ه� ه��� ن� الل

� �م�ون� أ �عل ح�ق� و�ي �ه�م� ال �ه� د�ين �و�ف9يه�م� الل ي�ين� م�ب ق! ال ح�������� �ين� ﴾24:25﴿ال �يث ب خ� �ل ات� ل �يث�������� ب خ� ال

�ين� 9ب �لط�ي ات� ل 9ب����� ات� و�الط�ي �يث����� ب خ� �ل ون� ل �يث����� ب خ� و�الا ء�ون� م�م���� ر� ك� م�ب���� �ئ���� �ول ات� أ 9ب���� �لط�ي ون� ل 9ب���� و�الط�ي

�ر�يم) ق) ك ة) و�ر�ز �ه�م م�غف�ر� �ون� ل �ق�ول  ﴾24:25﴿يTerjemahan:(23) Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik yang lengah (iaitu tidak pernah terlintas untuk mereka melakukan perbuatan yang keji), lagi beriman (dengan tuduhan berbuat zina) mereka kena laknat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang besar. (24) Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. (25) Di hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurut semestinya, dan tahulah mereka bahwa Allah lah yang Benar lagi yang menjelaskan (segala sesuatu menurut hakikatnya yang sebenarnya)

Asbaabun Nuzul

Imam Thabrani telah mengetengahkan hadis melalui Khushaif. Khushaif telah menceritakan, aku berkata kepada Said ibnu Jubair: “Manakahyang dosanya lebih berat, zina atau qadzaf (menuduh berzina)?” Said ibnu Jubair menjawab “Zina lebih besar dosanya”. Aku menjawab, sesungguhnya Allah telah berfirman:

1

Page 2: Surah An-Nur 23-25

“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang Baik-baik, yang lengah lagi beriman (berbuat zina)....(QS 24:23)

Said ibnu Jubair menjawab: “Sesungguhnya ayat itu hanya diturunkan berkenaan dengan perihal Siti Aisyah”. Hanya saja hadis ini dalam sanadnya terdapat Yahya Al Hammaniy, ia dikenal seorang yang daif.

Imam Thabrani telah mengetengahkan sebuah hadis ini, hanya kali ini ia melalui Adh Dhahhak ibnu Murahim yang telah menceritakan, bahwa ayat ini diturunkan berkenaan dengan isteri-isteri Nabi saw.

Ibnu Abu Hatim telah mengetengahkan sebuah hadis melalui jalur Sa’id ibnu Jubair yang ia terima dari Ibnu Abbas r.a yang telah menceritakan, bahwa ayat ini khusus diturunkan berkenaan Siti Aisyah ra.

Ibnu Jarir telah mengetengahkan sebuah hadis melalui Siti Aisyah yang telah menceritakan, aku dituduh (berbuat zina) sedangkan aku dalam keadaan lalai. Kemudian berita mengenai hal ini sampai kepadaku. Ketika Rasullah saw sedang berada di rumah ku, tiba-tiba turunlah wahyu kepadanya. Setelah itu beliau mengusap mukanya dan duduk dengan tegak, seraya bersabda: “Hai Aisyah bergembiralah”. Aku menjawab: “Dengan memuji kepada Allah, bukan memujimu”. Maka Rasullah saw membaca firman-Nya

“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik yang lengah, lagi beriman (berbuat zina)..........(QS, 24 An-Nur23)

Tafsirnya

23 Pada ayat ini, Allah SWT menerangkan bahwa orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang saleh yang bersih hatinya dan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, berbuat yang keji dan tidak senonoh seperti zina dan lainnya, mereka itu akan dijauhkan dari rahmat Allah di dunia dan akhirat, dan di akhirat nanti akan ditimpakan kepada mereka adzab yang amat pedih, sebagai balasan dari kejahatan yang telah mereka lakukan. Merekalah yang menjadi sumber dari berita yang menyakitkan hati wanita-wanita yang beriman, menyebarkan berita itu di antara orang-orang yang turut menyiarkan berita-berita keji itu. Bagi mereka itu dosa atas perbuatannya dan dosa orang-orang yang turut menyiarkan berita-berita keji itu. Bagi mereka itu dosa atas perbuatannya dan dosa orang-orang yang turut menyiarkan berita-berita bohong yang bersumber dari mereka, sebagaimana sabda Rasullah saw yang bermaksud: “Barang siapa yang mengadakan perbuatan yang buruk dan ada yang mengikutinya, maka dosa perbuatannya itu akan dipikulnya bersama dosa orang-orang yang melakukan perbuatan buruk itu tanpa dikurangi sedikitpun”

2

Page 3: Surah An-Nur 23-25

24. Pada ayat ini, Allah SWT menerangkan bahwa ketika orang-orang jahat yang bergelimang dosa di dunia akan diadili di akhirat nanti, mereka membantah dan menginkari perbuatan jahat mereka, maka datanglah anggota tubuhnya menjadi saksi. Datanglah lidah, tangan dan kaki mereka, menceritakan apa-apa yang telah dikerjakannya dahulu di dunia. Dengan kekuasaan Allah SWT anggota-anggota tubuh itu boleh berbicara dan bercerita, sebagaiman firman Allah SWT. “Dan mereka berkata kepada kulit mereka: “Menagapa kamu menjadi saksi terhadap kami?” Kulit mereka menjawab: “ Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai(pula) berkata” (Fushilat 41:21)

Dan sabda Rasullah saw: :Pada hari kiamat nanti, dipekenalkan orang kafir dengan perbuatannya. Ia menyangkal dan membantah (tidak mengakui perbuatannya itu) Dikatakan kepadanya: “Mereka tetanggamu menjadi saksi atas perbuatan mu itu” Jawabnya “Mereka itu dusta” Dikatakan lagi: “Keluargamu dan karib keluargamu menjadi saksi” Jawabnya: “Mereka juga berbohong” Saksi-saksi itu disuruh bersumpah. Mereka bersumpah (memperkuat kesaksian mereka) kemudian Allah menutup persoalan orang-orang kafir itu dan bersaksilah lidah, tangan dan kaki mereka, lalu mereka dimasukkan ke dalam neraka (HR Abu Said Al Khudri)

25. Pada ayat ini Allah SWT menerangkan bahwa di akhirat nanti, akan disempurnakan balasan amal perbuatan tiap-tiap manusia oleh Allah SWT. Disana pula mereka yang mengetahui bahwa adzab yang dijanjikan kepada mereka yang berbuat dosa dan maksiat di dunia ini, benar-benar akan menjadi kenyataan dan tidak ada keragu-raguan lagi Allah itu benar-benar menepati janji-Nya, dan menjelaskan sesuatu menurut hakikat yang sebenarnya. Sejalan dengan ayat ini firman Allah SWT surah Al-Baqarah 281 Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah, kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya

Oleh kerana itu hendaklah setiap manusia berhati-hati berbuat sesuatu dan sedapat mungkin menghindari hal-hal yang menyebabkan dia binasa dan diazab nanti di akhirat, sebagaimana sabda Rasullah saw: “Jauhilah tujuh macam yang membinasakan. Ditanya apakah yang tujuh itu wahai Rasullah? Jawab beliau” “Menyekutukan Allah SWT, membunuh diri (manusia) yang diharamkan Allah SWT membunuhnya, kecuali dengan hak, memakan riba, memakan harta benda anak yatim, lari membelakang dari pertempuran (fi sabilillah) dan menuduh wanita-wanita yang baik yang bersih hatinya dan beriman”(HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

Ancaman terhadap penuduh

3

Page 4: Surah An-Nur 23-25

Ayat di atas turun dalam bentuk seperti ini (menggunakan perkataan mukminat) kerana ayat tersebut diturunkan khas sebagai pembelaan terhadap Ummul Mukminin, Aishah As-Siddiqah binti Abu Bakar As-Siddiq. Beliau merupakan salah seorang isteri yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w. selepas Khadijah, Peribadi yang suci ini terpaksa berhadapan dengan tuduhan yang keji.

Orang-orang munafik menyebarkan khabar angin tentangnya dan melemparkan tohmahan bahawa beliau telah melakukan skandal dengan salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang tidak pernah diragui kebersihan peribadinya. Orang-orang munafik benar-benar telah menggunakan peluang ini dengan mengobarkan api fitnah.

Demikianlah kisah yang berkaitan dengan “Hadith al-Ifki” atau “Insiden Fitnah” yang telah meresahkan rumah Nabi s.a.w., rumah Abu Bakar as-Siddiq serta seluruh bandar Madinah. Akhirnya turunlah ayat al-Quran bagi menerangkan perkara tersebut secara jelas dan tegas dan mengembalikan keadaan seperti sediakala. Ayat tersebut juga telah membisukan lidah para pendusta dan membersihkan kembali nama Aishah yang jujur dan suci daripada segala tuduhan jahat. Selepas turunnya ayat-ayat tersebut, kaum Muslimin pun merasa lega kerana telah terkeluar daripada fitnah yang keras dan pahit itu.

Firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nur: “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: ‘Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.’ Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta.” (Surah an-Nur 24:11-13)

Inilah hukum Allah yang tegas: sesiapa yang menuduh orang lain telah melakukan perbuatan keji seperti berzina maka dia mesti mengukuhkan tuduhannya itu dengan mendatangkan empat orang saksi yang adil dan tidak cacat keperibadiannya. Kesemua saksi itu mestilah telah melihat yang tertuduh sedang melakukan perbuatan zina secara jelas. Jika orang yang menuduh tidak berjaya mendatangkan empat saksi, maka dia dianggap sebagai seorang pendusta di sisi Allah s.w.t. Allah menegaskan bahawa si pendusta ini mesti dikenakan hukuman syariah, bahkan dia terkena tiga jenis hukuman yang tertera al-Quran al-Karim, berdasarkan firman Allah s.w.t. “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) dengan 80 kali sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka

4

Page 5: Surah An-Nur 23-25

buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Surah an-Nur 24:4, 5)

Pandangan dan sikap Islam dalam menjaga maruah, kemuliaan dan kehormatan diri seseorang amat tegas dan keras. Islam tidak membenarkan seorang Muslim menyakiti perasaan seorang saudaranya sesama Muslim dengan perkataan menghina, sama ada di hadapannya atau di belakangnya. Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah dari kebanyakan dari syak wasangka, sesungguhnya sebahagian daripada syak wasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat 48: 12)

Dalam satu hadis sahih, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap Muslim diharamkan untuk mencerobohi darah, harta dan maruah saudaranya sesama Muslim.”

Jika Islam tidak menentukan sikap yang tegas seperti ini tentu akan terjadi perbalahan di antara selurah manusia, manakala kemuliaan serta maruah diri mereka akan ditindas. Akhirnya musnahlah seluruh hak dan kebebasan.

Bertolak atas kesedaran ini pula Islam memerintahkan kita untuk tidak menceritakan aib orang lain demi menjaga maruah dan peribadinya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada seseorang yang menggesa Ma’iz untuk mengaku berzina sehingga dijatuhkan hukuman rejam, “Jika engkau tutupinya dengan bajumu tentu lebih baik untukmu”. Rasulullah juga bersabda: “Seluruh umatku akan memperoleh pengampunan, kecuali orang-orang yang suka menyebarkan aib orang lain.” Dan baginda bersabda: “Sesiapa yang menutupi kesalahan seorang Muslim nescaya Allah akan menutupi (kesalahannya) di dunia dan akhirat.”

Allah s.w.t. juga berfirman dalam al-Quran al-Karim: “Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nur 24: 19)

5

Page 6: Surah An-Nur 23-25

Rujukan

1. A-Quran and Tafsirnya Jilid VI Juz 16-17-18

2. Tafsir Jalalain

6