surat pekeliling ketua pendaftar sekolah … · surat pekeliling ketua pendaftar institusi...
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

Ruj. Kami: KP(JPS)5181/01/01/Jld.3(17) Tarikh : 21 Julai 2006
Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah-Sekolah Antarabangsa. Y. Bhg. Tan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING KETUA PENDAFTAR SEKOLAH DAN GURU BILANGAN 3 TAHUN 2006: PELAKSANAAN DASAR KEMASUKAN 40% MURID WARGANEGARA MALAYSIA KE SEKOLAH-SEKOLAH ANTARABANGSA_________________ Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. Adalah dimaklumkan bahawa
dasar kemasukan murid-murid warganegara Malaysia ke sekolah-sekolah
antarabangsa yang diamalkan sebelum ini hanya diluluskan kepada mereka
yang memenuhi salah satu daripada syarat-syarat berikut:
1.1. salah seorang ibu bapa murid adalah bukan warganegara
Malaysia; atau 1.2. murid telah belajar di luar negara sekurang-kurangnya selama tiga
tahun sama ada di sekolah rendah atau menengah. 2. Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah
bersetuju untuk melaksanakan dasar baru kemasukan murid-murid warganegara
Malaysia ke sekolah-sekolah antarabangsa menerusi kaedah had siling tidak
melebihi 40% daripada kapasiti maksima kemasukan murid di sesebuah sekolah
antarabangsa. Bagi melaksanakan perubahan dasar baru ini, maka Garis Panduan Kemasukan 40% Murid-Murid Warganegara Malaysia Ke Sekolah Antarabangsa seperti pada Lampiran 1 hendaklah diguna pakai oleh semua
sekolah antarabangsa untuk menerima kemasukan murid-murid warganegara
Malaysia.
3. Dengan berkuat kuasa Surat Pekeliling ini, maka Surat-Surat Pekeliling
berikut yang berkaitan dengan sekolah antarabangsa adalah dimansuhkan:

Bil. Surat Pekeliling Tarikh
1. Surat Pekeliling Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 2/2002: Kemasukan Kanak-Kanak Warganegara Malaysia Ke Sekolah Antarabangsa, dan Pertukaran Kanak-Kanak Dari Satu Sekolah Antarabangsa Ke Sekolah Antarabangsa Yang Lain
9.2.2002
2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2003: Syarat Kemasukan Belajar Ke Sekolah Antarabangsa / Ekspatriat Bagi Warganegara Malaysia
31.1.2003
4. Surat Pekeliling ini berkuat kuasa dari tarikh ia dikeluarkan. Semua
Pengerusi Lembaga Pengelola dan pengurusan sekolah antarabangsa, serta
pemohon-pemohon yang berkenaan adalah diingatkan supaya mematuhi segala
garis panduan yang dikeluarkan oleh Surat Pekeliling ini. Kegagalan mematuhi
arahan Surat Pekeliling ini akan menyebabkan sekolah antarabangsa yang
berkenaan boleh dibatalkan pendaftarannya mengikut seksyen 87 di bawah Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550) kerana melanggar terma dan syarat seperti yang
ditetapkan oleh Ketua Pendaftar menurut subseksyen 82(3) di bawah Akta 550.
Sekian dimaklumkan, terima kasih. ”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, t.t (DATO’ Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON) Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.

LAMPIRAN 1
GARIS PANDUAN KEMASUKAN 40% MURID WARGANEGARA MALAYSIA KE SEKOLAH-SEKOLAH ANTARABANGSA
1. Jabatan Pelajaran Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia
dipertanggungjawabkan untuk memproses permohonan dan membuat
keputusan sama ada meluluskan atau menolak permohonan kemasukan ke
sekolah antarabangsa.
2. Pengiraan had siling 40% kemasukan murid-murid warganegara Malaysia ke
sekolah antarabangsa adalah berpandukan kepada kapasiti maksimum
kemasukan murid di sekolah, iaitu mengikut bilangan bilik darjah dan
bilangan murid setiap bilik darjah seperti yang telah diluluskan oleh Ketua
Pendaftar semasa di didaftarkan di bawah subseksyen 79(1) Akta
Pendidikan 1996 dan kelulusan perubahan premis menurut peraturan 14 di
bawah Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendaftaran Institusi Pendidikan)
1997 [P.U. (A) 534/97]. Perkiraan yang dibuat adalah seperti berikut:
Kapasiti maksimum kemasukan murid ______________________________ x 40 = Jumlah dibenar (40%) 100
di mana;
kapasiti maksimum kemasukan murid
= Bilangan bilik darjah
x bilangan murid bagi setiap bilik darjah
3. ”Jumlah dibenar (40%)” seperti pada perenggan 2 adalah juga termasuk
murid-murid warganegara Malaysia yang sudah diberi kelulusan belajar di
sekolah antarabangsa sebelum dasar baru, iaitu salah seorang ibu bapa
murid bukan warganegara Malaysia dan murid menyambung pengajian di
Malaysia selepas tiga tahun belajar di luar negara.

4. Permohonan kemasukan murid-murid warganegara Malaysia ke sekolah
antarabangsa hendaklah dikemukakan oleh ibu bapa atau penjaga yang
sah dengan alasan dan bukti kepada Jabatan Pelajaran Swasta,
Kementerian Pelajaran Malaysia selepas mendapat persetujuan dari
sekolah antarabangsa yang menjadi pilihan dengan menggunakan borang
permohonan seperti pada Lampiran 1A.
5. Penerimaan kemasukan ke sekolah-sekolah berkenaan adalah berdasarkan
first come first serve basis. Akan tetapi, keutamaan akan diberi kepada
golongan ibu bapa yang mengemukakan permohonan atas faktor-faktor
berikut:
(i) ibu bapa murid pernah bertugas di luar negara sekurang-kurangnya
dua tahun sama ada di sektor swasta atau kerajaan;
(ii) ibu bapa merupakan ahli perniagaan yang mempunyai kepentingan di
luar negara dan mampu untuk menarik FDI serta menyumbang kepada
ekonomi negara;
(iii) ibu bapa dikategorikan sebagai ahli profesional Malaysia yang bekerja
di luar negara dan ingin kembali ke Malaysia di bawah insentif
kerajaan;
(iv) ibu bapa mempunyai anak yang diakui oleh pakar perubatan kerajaan
bahawa anak tersebut mengalami ADD, ADHD, dyslexia atau
permasalahan lain yang memerlukan pengawasan lebih rapi,
pemakanan atau diet dan tidak semestinya boleh dinaikkan kelas
secara automatik;
(v) ibu bapa mempunyai beberapa orang anak yang sedang belajar di
sekolah antarabangsa;
(vi) ibu bapa mempunyai anak yang lahir di luar negara dan mempunyai
kerakyatan negara tempat lahir; dan

(vii) ibu bapa yang mempunyai bukti kukuh akan diarahkan bertugas di luar
negara dalam masa terdekat sama ada dari sektor swasta atau
kerajaan.
6. Pengurusan sekolah antarabangsa perlu menyediakan kuota tertentu untuk
kemasukan anak-anak pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas di luar
negara seperti pegawai-pegawai Wisma Putra yang boleh kembali ke tanah
air pada bila-bila masa. Kemasukan anak-anak pegawai kerajaan tersebut
adalah termasuk dalam bilangan had siling 40% kemasukan murid-murid
warganegara Malaysia ke sekolah antarabangsa.
7. Sekolah antarabangsa yang menjadi pilihan ibu bapa atau penjaga murid
hendaklah memastikan yang institusinya masih belum melepasi had siling
40% kemasukan murid-murid warganegara Malaysia seperti yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
8. Sekolah antarabangsa yang telahpun memenuhi had siling 40% kemasukan
murid-murid warganegara Malaysia seperti yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dilarang untuk menerima
kemasukan murid warganegara Malaysia yang baru.
9. Sekiranya sekolah antarabangsa belum lagi memenuhi had siling 40%
kemasukan murid-murid warganegara Malaysia, tetapi bilangan murid di
sekolah berkenaan telahpun mencapai kapasiti maksima kemasukan murid,
maka sekolah berkenaan adalah juga dilarang untuk menerima kemasukan
murid warganegara Malaysia yang baru.
10. Pemohon boleh mengemukakan permohonan baru bagi kemasukan ke
sekolah antarabangsa yang lain selepas didapati sekolah yang menjadi
pilihan tersebut telahpun mencapai had siling yang ditetapkan.

11. Setiap kelulusan terhadap kemasukan murid warganegara Malaysia ke
sekolah antarabangsa hanya sah untuk tempoh tiga bulan dari tarikh
kelulusan dibuat. Sekiranya murid yang diluluskan untuk kemasukan tidak
didaftarkan dalam tempoh berkenaan, maka kelulusan yang diberi akan
terbatal dengan sendiri.
12. Pemohon yang ditolak permohonannya boleh mengemukakan rayuan
kepada Y.B. Menteri Pelajaran Malaysia menerusi Jabatan Pelajaran
Swasta dalam tempoh 7 hari dari tarikh keputusan.
13. Keputusan yang dibuat oleh Y.B. Menteri Pelajaran Malaysia berhubung
dengan rayuan berkenaan adalah muktamad.
14. Murid-murid warganegara Malaysia yang diluluskan kemasukannya ke
sekolah antarabangsa diwajibkan mengambil mata pelajaran tambahan
seperti berikut:
(i) Peringkat rendah - Bahasa Melayu, Pendidikan Islam/Moral dan
Kajian Tempatan; dan
(ii) Peringkat menengah - Bahasa Melayu, Pendidikan Islam/Moral dan
Sejarah.
15. Bagi memenuhi keperluan pelaksanaan mata pelajaran tambahan tersebut,
maka pengurusan sekolah antarabangsa hendaklah melaksanakan
tindakan berikut:
(i) Mata pelajaran tembahan hendaklah menggunakan sukatan
pelajaran di bawah KBSR bagi peringkat rendah dan sukatan
pelajaran di bawah KBSM bagi peringkat menengah mengikut
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
[P.U.(A) 531/97].

(ii) Semua mata pelajaran tambahan hendaklah diajar dalam bahasa
Kebangsaan.
(iii) Mata pelajaran tambahan hendaklah dimasukkan ke dalam jadual
waktu rasmi sekolah.
(iv) Bagi kemudahan murid-murid beragama Islam, maka jadual waktu
rasmi pada hari Jumaat (jika hari Jumaat merupakan hari
persekolahan), perlulah disesuaikan untuk membolehkan murid-
murid yang beragama Islam untuk menunaikan sembahyang Jumaat.
(v) Mengurus dan mengendali peperiksaan bagi semua mata pelajaran
tambahan dan merekodkan keputusan peperiksaan murid berkenaan
untuk tujuan rekod pencapaian murid.
(vi) Guru-guru yang mengajar mata pelajaran tambahan hendaklah terdiri
daripada warganegara Malaysia sahaja dan didaftarkan mengikut
seksyen 105 Akta Pendidikan 1996.
(vii) Guru-guru yang dilantik untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan
Islam hendaklah merupakan guru yang dibenarkan oleh pihak
berkuasa di negeri sekolah antarabangsa berkenaan didaftarkan.
Pengurusan sekolah antarabangsa hendaklah memaklumkan kepada
Pendaftar Sekolah dan Guru di negeri masing-masing untuk
mendapatkan kebenaran tersebut.
(viii) Infrastruktur yang berkaitan dengan pengajaran semua mata
pelajaran tambahan hendaklah disediakan dengan lengkap dan
mencukupi untuk keperluan pengajaran dan keperluan murid-murid,
termasuk kemudahan surau untuk murid-murid beragama Islam.

16. Setiap sekolah antarabangsa yang diluluskan menerima kemasukan murid-
murid warganegara Malaysia hendaklah mengemukakan laporan enrolmen
murid antarabangsa dan murid warganegara Malaysia dengan
menggunakan borang seperti Lampiran 1B dan dihantar kepada Jabatan
Pelajaran Swasta seperti butir-butir berikut:
Data Sehingga Hantar Sebelum
31 Januari 28 Februari
31 Mei 30 Jun
30 September 30 Oktober
17. Bagi murid-murid warganegara Malaysia yang sedang belajar di sekolah
antarabangsa yang hendak dipindahkan oleh ibu bapa mereka ke sekolah
antarabangsa yang lain, hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:
(i) Permohonan hendaklah menggunakan borang seperti pada Lampiran
1C.
(ii) Permohonan hendaklah dikemukakan menerusi Jabatan Pelajaran
Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia selepas mendapat
persetujuan sekolah masing-masing, dalam tempoh tidak kurang
daripada tiga (3) bulan pada tarikh pertukaran yang dicadangkan.
(iii) Kementerian Pelajaran Malaysia hanya akan meluluskan permohonan
pertukaran berkenaan sekiranya sekolah antarabangsa yang menjadi
pilihan tersebut masih mempunyai tempat mengikut had siling 40%
yang diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

(iv) Setiap kelulusan terhadap pertukaran murid warganegara Malaysia ke
sekolah antarabangsa yang lain hanya sah untuk tempoh tiga bulan
dari tarikh kelulusan dibuat. Sekiranya murid berkenaan tidak
didaftarkan atau gagal mendaftar di sekolah antarabangsa yang telah
diluluskan dalam tempoh tersebut, kelulusan yang diberi akan terbatal
dengan sendiri.
(v) Sekiranya permohonan pertukaran ditolak, pemohon boleh
mengemukakan rayuan kepada Y.B. Menteri Pelajaran menerusi
Jabatan Pelajaran Swasta.
(vi) Keputusan yang dibuat oleh Y.B. Menteri Pelajaran berhubung dengan
rayuan berkenaan adalah muktamad.
18. Pengambilan murid-murid warganegara Malaysia hendaklah
menggambarkan komposisi kaum di negara ini.

LAMPIRAN 1A
JABATAN PELAJARAN SWASTA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Aras 3 Blok E2, Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Telefon: 03 – 8884 9536 Faks: 03 – 8888 6676
________________________________________________________________ PERMOHONAN KEMASUKAN MURID-MURID WARGANEGARA MALAYSIA
KE SEKOLAH ANTARABANGSA [Bahagian Ini Diisi Oleh Ibu Bapa / Penjaga]
I. Butir-Butir Murid: (sila sertakan salinan Kad Pengenalan / Sijil Kelahiran yang disahkan)
Nama Penuh Murid:.....................................................................................
Jantina:..........................
Tarikh lahir: ..................................... Tempat Dilahirkan:
....................................................................
No. Kad Pengenalan:................................................... No. Sijil
Lahir:.................................................
II. Maklumat Ibu Bapa / Penjaga: (sila sertakan salinan Sijil Kerakyatan/Kad Pengenalan/Pasport)
Nama Ibu dan bapa Kerakyatan No. Kad Pengenalan / Pasport Warna K.P. Pekerjaaan
(Jika Berkenaan): No. Visa Pekerjaan
No. Permit Kerja
III. Alamat:………………………………………………………………………………………………………
…….…
IV. Maklumat Kemasukan Persekolahan
Dipohon:……………………………………………………………........
V. Sebab-Sebab
Permohonan:……………………………………………………………………………………….
[ Bahagian Ini Diisi Oleh Guru Besar / Pengetua Sekolah ]
VI. Maklumat Sekolah:
Nama dan Alamat
Sekolah:.........................................................................................................................
No. Telefon……………………. No. Faks:..................................
Email:......................................................
VII. Pengakuan Pihak Sekolah:

Permohonan ini dapat * diterima / tidak dapat diterima (* sila potong yang tidak berkenaan)
(a) Enrolmen murid antarabangsa pada .................................. berjumlah .................... orang.
(b) Enrolmen murid warganegara Malaysia pada ……………………. berjumlah ....................
orang.
(c) Jumlah kemasukan murid warganegara Malaysia yang diluluskan ................. orang, iaitu 40% daripada kapasiti maksimum kemasukan murid seramai ......................... orang.
(d) Baki kemasukan murid warganegara Malaysia ........................... orang.
....................................................................... (Tandatangan Guru Besar / Pengetua) Cop Sekolah Nama Guru Besar / Pengetua: Tarikh:
Tarikh terima permohon
Permohonan: Diluluska
Penempatan sekolah:
UNTUK KEGUNAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA an:
n / Ditolak .....................................................................
Pegawai: Tarikh:

LAPORAN ENROLMEN MURID-MURID DI SEKOLAH ANTARAB
Bulan *Februari / Jun / Oktober Bagi Tahun ................ (sila potong yang tidak berkenaan)
Nama dan Alamat Sekolah:.............................................................................
No. Telefon:......................... No. Faks:............................ Email:...................Nama Guru Besar / Pengetua:………………………………………………………
Jumlah Murid Bil Negara Asal L P Jumlah 1 Afghanistan 2 Albania 3 Algeria 4 Argentina 5 Australia 6 Austria 7 Azerbaijan 8 Bangladesh 9 Belgium
10 Bolivia 11 Bosnia& Herzegonia 12 Brazil 13 Britain (UK) 14 Brunei Darussalam 15 Bulgaria 16 Canada 17 Cambodia 18 Chile 19 China 20 Colombia 21 Costa Rica 22 Croatia 23 Denmark 24 East Timur 25 Ecuado 26 Eritrea 27 Ethiopia 28 Fiji 29 Finland 30 France
Jumlah Muka Ini
LAMPIRAN 1B
ANGSA
.........................
......................... ………………

Jumlah Murid Bil Negara Asal L P Jumlah 31 Gabon 32 Gambia 33 Germany 34 Greece 35 Guinea 36 Hong Kong 37 Hungary 38 Iceland 39 India 40 Indonesia 41 Iran 42 Iraq 43 Ireland 44 Italy 45 Jamaica 46 Jepun 47 Jordan 48 Kazakhstan 49 Kenya 50 Korea Utara 51 Korea Selatan 52 Kuwait 53 Kyrgzstan 54 Laos 55 Latvia 56 Lebanon 57 Liberia 58 Libya 59 Malaysia 60 Maldives 61 Mangolia 62 Mauritania 63 Mauritius 64 Mesir 65 Mexico 66 Myanmar 67 Namibia 68 Nepal 69 Netherlands 70 New Zealand
Jumlah Muka Ini

Jumlah Murid Bil Negara Asal L P Jumlah 71 Niger 72 Nigeria 73 Norway 74 Oman 75 Pakistan 76 Palestin 77 Papua New Guinea 78 Peru 79 Philipines 80 Poland 81 Portugal 82 Qatar 83 Rep Czech 84 Romania 85 Rusia 86 Saudi Arabia 87 Sierra Leone 88 Singapore 89 Slovenia 90 Slovak & Slovakia 91 Somalia 92 South Africa 93 Spain 94 Sri Lanka 95 Sudan 96 Swaziland 97 Sweden 98 Switzerland 99 Syria
100 Taiwan 101 Tanzania 102 Thailand 103 Trinidad & Tabago 104 Tunisia 105 Turkey 106 Uganda 107 Ukraine 108 United Arab Emirate 109 Uruguay 110 USA
Jumlah Muka Ini

Jumlah Murid Bil Negara Asal L P Jumlah 111 Uzbekistan 112 Venezuela 113 Vietnam 114 Yemen 115 Yugoslavia 116 Zaire 117 Zambia 118 Zimbabwe 119 Lain-lain (nyatakan):
Jumlah Muka Ini
JUMLAH KESELURUHAN

LAMPIRAN 1C
JABATAN PELAJARAN SWASTA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Aras 3 Blok E2, Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Telefon: 03 – 8884 9536 Faks: 03 – 8888 6676
BORANG PERMOHONAN PERTUKARAN MURID WARGANEGARA MALAYSIA DARI SEKOLAH ANTARABANGSA KE SEKOLAH ANTARABANGSA LAIN
BAHAGIAN 1
Untuk diisi oleh ibu bapa atau penjaga.
Kepada: Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru Jabatan Pelajaran Swasta Kementerian Pelajaran Malaysia.
Melalui: * Guru Besar / Pengetua
................................................................................
...............................................................................
Saya memohon untuk menukarkan anak * lelaki / perempuan di bawah jagaan saya bernama
.................................................................. yang beralamat
di..................................................................
.................................................................................. ke Sekolah
............................................................ ..............................dalam negeri ............................. pada
tarikh yang dicadangkan ...............................
________________________________________________________________________________ * Potong yang tidak berkenaan A. BUTIR-BUTIR TENTANG MURID
1. Nama
penuh:........................................................................................................................
2. a) Bangsa:...................... b) Tarikh lahir:........................ c) Tempat
lahir:.........................
3. a) No. Kad Pengenalan:....................................... b) No. Sijil
Lahir:………………………..
B. BUTIR-BUTIR TENTANG BAPA
1. Nama
penuh:........................................................................................................................

2. a) Bangsa:..................... b) Tarikh lahir:........................ c) Tempat
lahir:...........................
3. a) No. Kad Pengenalan/No. Sijil Lahir:………………….. b)
Warganegara:……………….
4. No. Pasport / tarikh habis tempoh Pasport / tempoh tinggal di Malaysia:
…………………………………………………………………………………………………
……
5. Alamat:……………………………………………………………………………………………
…
C. BUTIR-BUTIR TENTANG IBU
1. Nama
penuh:........................................................................................................................
2. a) Bangsa:...................... b) Tarikh lahir:....................... c) Tempat
lahir:...........................
3. a) No. Kad Pengenalan/No. Sijil Lahir:………………… b)
Warganegara:…………………
4. No. Pasport / tarikh habis tempoh Pasport / tempoh tinggal di Malaysia:
……………………………………………………………………………………………………
…..
5. Alamat:……………………………………………………………………………………………
…
D. BUTIR-BUTIR TENTANG PENJAGA
1. Nama
penuh:............................................................................................................................
2. a) Bangsa:..................... b) Tarikh lahir:....................... c) Tempat
lahir:...............................
3. a) No. Kad Pengenalan/No. Sijil Lahir:………………….. b)
Warganegara:………………….
4. No. Pasport / tarikh habis tempoh Pasport / tempoh tinggal di Malaysia:
……………………………………………………………………………………………………
…….
5. Alamat:……………………………………………………………………………………………
……

E. PENGAKUAN PEMOHON (IBU BAPA ATAU PENJAGA)
Saya mengaku bahawa segala pernyataan yang terkandung di dalam borang permohonan ini dan dokumen-dokumen yang dikepilkan adalah benar sepanjang pengetahuan dan kepercayaan saya.
............................................................ (Tandatangan)
Nama penuh:
No. Kad Pengenalan / Pasport: Tarikh:
F. PERSETUJUAN SEKOLAH ASAL:
1. Nama dan Alamat
Sekolah:..................................................................................................
2. Butir-butir enrolmen semasa adalah seperti berikut:
(a) Enrolmen murid antarabangsa pada ............................... berjumlah ....................
orang.
(b) Enrolmen murid warganegara Malaysia pada ……………. berjumlah ..................
orang.
(c) Jumlah kemasukan murid warganegara Malaysia yang diluluskan ................. orang, iaitu 40% daripada kapasiti maksimum kemasukan murid seramai ......................... orang.
(d) Baki kemasukan murid warganegara Malaysia ........................... orang.
3. Persetujuan dan Ulasan Guru Besar / Pengetua:
................................................................... (Tandatangan Guru Besar / Pengetua) Nama Guru Besar / Pengetua: Cop Sekolah
No. Kad Pengenalan / Pasport:
Tarikh:
Tarikh diterima:
Ulasan dan keputu
UNTUK KEGUNAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
san: ......………………………………….............
(Tandatangan) Pegawai:
Tarikh: