syair nasihat - learning.asean.orglearning.asean.org/data/documents/2015/03/admin/syair...
TRANSCRIPT
SYAIR NASIHAT
MUDA OMAR 'ALI SAIFUDDIEN
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELlA DAN SUKAN
Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Bandar Seri Begawan 2064 Negara Brunei Darussalam
O Muda Omar 'Ali Saifuddien, 1994
Cetakan Pertama, (Edisi Rumi) 1994
Hiasan Kulit Pg Haji Mohammad bin Pg Haji Duraman
Rupataip teks, Palatino 11/13 poin
Aturhuruf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam 7
Dicetak oleh Perdagangan dan Percetakan Bintang Sdn. Bhd., Brunei Darussalam
Prakata
SYAIR PERNAH memainkan peranan penting sebagai bahan hiburan dalam istana di kalangan raja Melayu. la merupakan genre sastera yang popular dan dominan pengaruhnya dalam perkembangan kesusasteraan Melayu. Dan di bumi Darussalam ini ia juga tidak terkecuali. Walaupun nisbah penduduk dan saiz Negara Brunei Darussalam ini cuma sejamput tetapi ia tetap kaya dengan khazanah sastera berupa syair seperti Syair Awang Semaun, Syair Si Mercu Gunung dan Syair Rajang.
Era peralihan atau pemula kehidupan Brunei Moden sebetulnya terakam dalam Syair Rakis; panorama ini diperlengkapkan lagi oleh syair-syair dedaktik, nasihat dan pengajaran melalui karya Muda Omar 'Ali Saifuddien (Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien) yang memaparkan kehidupan masa kini dan wawasan kehidupan masa depan. Almarhum bukan sahaja seorang negarawan yang terulung, bahkan juga seorang nasionalis dan sasterawan diraja yang terunggul. Empat faktor penting yang menyebabkan Almarhum dapat digolongkan sebagai penulis produktif dan kreatif ialah bakat, minat, persepsi dan komitmen.
Untuk mengenang jasa bakti Almarhum sekaligus memperingati tarikh terpenting di bulan September yang pernah diberi penghormatan oleh negara iaitu 23 September dan 29 September, Dewan Bahasa dan Pustaka kini mengambil punggur ke hadapan menerbitkansemula sebahagian daripada karya Almarhurn seperti Syair Perlembagaan Negeri Brunei, Syair Asli Rajang Hari, Syair Nasihat dan Rampaian Laih Syair dalam bentuk dan format yang baru serta menggunakan Sistem Ejaan Rumi Barn.
Menerbitkan semula syair-syair Almarhum bukanlah sepantas lirikan mata atau semudah tanggapan analisis terutamanya syair- syair yang asalnya dalam edisi Jawi. Petugas jabatan ini dengan beririt - berundan, membuat padanan dan semakan yang sekira-kira
dapat dianggap hampir lengkap dan sempurna. Sekiranya terdapat sebarang kelebihan atau keistimewaan pada buku ini adalah semata-mata daripada taufik dan hidayah Allah jua; dan seandainya ada cacat-cinangga luar dalam buku ini adalah disebabkan para petugas jabatan ini yang masih daif dan kekurangan serba-serbinya.
Pengiran Haji Badaruddin bin Pengiran Haji Ghani Pemangku Pengarah
Ahuta sermata mula disurat seribu hana jadi hikayat si cekap perkasa jadi riwayat mudahan menjadi tamsil ibarat
Persang sijaya lagi menambah perbu hana sama berjumlah aubajana madana penghambur madah kira mendatangkan satu faedah
Dikabacubala pula mengikut karta maskalang madahnya lanjut kuparmala malai yang lemah lembut dengan kehendak Tuhan Yang Makbud
Ayuta singgahsana kalam terhambur si dewa-dewa perbu cara bertutur mudah-mudahan Allah mendulur kepada hamba-Nya berhati jujur
Berhati jujur berbetul niat tabah dan sabar selagi berhayat '
barang perbuatan hendaklah giat dapatlah jalan yang manfaat
Dengan kehendak Rabbulizzati sampailah maksud yang dihajati hendaklah kita berbuat bakti kepada Tuhan hendaknya mesti
Ayuta si dewa-dewa perbu penyudah bahawa syair madah digubah mudahan aka1 fikir ber-tambah segala perbuatan kerana Allah
Madah gubahan yatim yang lara yatim berjaya nama tertara tiada ada sanak saudara dengan berunding atau bicara
Allah Taala memberi aka1 dapat menyusun kalam sejangkal diberanikan hati serta tawakal syair dikarang aksara janggal
Tawakal kepada Tuhan Rabbana jangan mendapat bala bencana mudahan terdapat jalan sempurna jadi saudara di sini sana
Jangan sekali Tuhan dilupakan serta junjungan nabi pilihan Nabi Muhammad akhirul zaman ialah nabi membawa firman
Menyampaikan firman Tuhan semesta kepada umatnya sekalian rata tidak memilih miskin berharta semua itu dinasihat semata
Mengucap kalimah Tuhan Yang Esa hendaklah amalkan senantiasa baik di bandar atau di desa jangan tertinggal biar biasa
Wahai anakanda muda jauhari hendakmu tuan fikirkan diri jangan berbuat sebarang ugari ilmu pengetahuan baik dicari
Menuntut ilmu sangat disuruh jangan memilih dekat dan jauh hendaklah diaji bersungguh-sungguh mudahan menjadi pelita suluh
Muda berbangsa cahayanya ayah berlemah gemalai menghamburkan madah semakin berbangsa semakin merendah buatkan amalan jangan bersudah
Dunia akhirat tiada rugi jauh daripada nama yang keji dengan izin Allahu Rabbi menambahkan pangkat darjat yang tinggi
Wahai anakanda emas tempawan cahaya mata ayahandamu tuan bersegera mencari ilmu pengetahuan itulah senjata yang setiawan
Ialah senjata amat berguna dapat dibawa ke sini sana walau dibawa ke mana-mana tidak sekali terkena juajana
Ialah sahabat yang pengasih barang setapak tidak beralih boleh dijadikan pahlawan terpilih kebal dan kuat tiada digalih
Payah mencari sahabat begitu di sini sana ia membantu tiada bercerai barang sewaktu kepada kita hatinya tentu
Demikian ringkasan tajuk karangan untuk panduan emas gerangan amat-amatilah wahai timangan janganlah leka malam siangan
Inilah saranan dan keterangan ayahanda huraikan sedapat-dapatnya mudahan ada manfaatnya kepada kita dapat rahmatnya
Mudahan Tuhan memberi rahmat kepada kita sekalian umat yang mencintai serta bertaat hingga sampai hari kiamat
Mencintai Allah jangan berhenti mengingatkan Ia berserta hati itulah pegangan yang sejati dunia akhirat menanglah pasti
Dunia akhirat tiada kalah seberapa banyak lawan berjumlah kemenangan besar kita dapatlah jika dengan takdir Allah
Wahai anakanda muda teruna delapan bersaudara emas kencana inilah huraian tajuk mengerna untukmu tuan mudahan berguna
Allah menjadikan sekalian kita manusia namanya nyata walih daripada makhluk yang lata kemuliaan kita ada berserta
Pertama akal diberikan Tuhan mata dan mulut dijadikan bahan telinga dan hidung serta kekuatan supaya dapat berpemsahaan
Supaya dapat kita berikhtiar menurut perintah-Nya janganlah ingkar menjalankan usaha berserta sabar tawakal kepada Allahu Akbar
Aka1 diberikan untuk berfikir dapat membezakan tanah dan pasir membezakan Islam dengannya kafir yang mana hat yang mana mungkir
Dengan akal dapat membezakan intan dan batu dibandingkan emas dan perak dapat dipaterikan perkara yang sulit senang dimudahkan
Kedua mata untuk melihat dapat memandang ke laut ke darat tujuan betul tiada larat membezakan bersih dengan berkarat
Menyatakan putih dan warna hitam mengetahui siang dan juga malam yang mana yakut yang mana nilam yang mana akik yang mana pualam
Dikurniakan-Nya mulut kepada kita , dapatlah mengeluarkan sebarang kata ' menurut maksud dan cita-cita : supaya didengar dengannya nyata
Hendaklah diingat kita di sana mengeluarkan madah hendaklah baina tutur bahasa biarlah kena kepada sekalian mulia dan hina
Jangan dipilih kepada sesiapa mengeluarkan madah hendaklah jaga perkataan halus mesti dipuja nama yang baik akan tersanja
Akan mendapat nama yang harum dari segala bangsa dan kaum daripada bahasa nama tercantum laksana bunga kembang sekuntum
Laksana bunga kembang di taman sesiapa memandang hatinya tertawan sukar dicari payah dilawan menimbulkan suka hilanglah rawan
Mulut dan lidah yang ketiganya kurnia Allah amat murahnya besar gunanya kepada hamba-Nya tiada dapat dinilai harganya
Yang keempat yatim berkhabar diberikan telinga untuk mendengar kurnia Tuhan Allahu Akbar kepada kita hendaklah sedar
Hendaklah ingat pengurniaan-Nya dengan telinga kita mendengarnya jika tiada tentulah tulinya tidak mendengar barang satunya
Kelima hidung diberikan pula dapatlah mencium segala-gala jadi pedoman padamujala jangan termakan benda yang cela
Erti cela ialah busuk jika termasuk jadi merasuk dengan penciuman dapat menunjuk benda yang baik atau tak elok
Keenam kaki berserta tangan ditambah pula dengan kekuatan kepada kita Allah kurniakan akan membantu segala perbuatan
Kira tiada tangan dan kaki tentulah kita merasa rugi pekerjaan tiada dapat dipasti susah melalui jambatan dan titi
Wahai anakanda malai suntingan carilah ilmu panjang rundingan fikir sempurna ditinggal jangan ambillah ia buat pedoman
Tuhan memberi aka1 fikiran buat membezakan manusia dan haiwan diberikan kaki dan juga tangan berserta kekuatan dan kesihatan
Kekuatan diberi di dalam sihat sebagai mata untuk melihat sampai berusaha berbuat taat di dalam dmia untuk akhirat
Gunakanlah segala pemberian Tuhan di jalan kebajikan diperintahkan usaha jangan diberhentikan mencari rahmat yang dicucurkan
Rezeki diturunkan Tuhan Rabbana untuk kehidupan kepada hamba-Nya di dalam dunia penuh olehnya marilah kita mencari dianya
Jalan mencari ialah ikhtiar gunakanlah pemberian Allahu Akbar gunung dan padang tempat berkisar jalankan usaha hendaklah sabar
Tatkala berusaha hendaklah tabah hati di dalam jangan gelisah serta tawakal kepada Allah perkara yang sukar menjadi mudah
Kuranglah elok bagi muslimin menggunakan fikiran dari yang lain nanti selalu kena permain sebab tiada pandai bermain
Hidup di dunia hendaklah berikhtiar mendaki gunung masuk belukar di sana merasa sakit dan sukar barulah dapat kita mengejar
Nyaman dan sakit mahu dirasai \
dapatlah kita fikirkan diri di situ datang fikiran sendiri ke mana tempat hendak diedari.
Wahai anakanda cahayanya ayah kemudian senang dahulukan payah jika berlawan harus tak kalah tidak merasa penat dan lelah
Bukan seperti zaman yang jauh sanak saudara semua berkampuh pangkat keturunan menjadi sauh tiada bergerak kapal berlabuh
Akan masa sekarang ini Negeri Siam terlalu sunyi pengait pengaruk tiada di sini dagang senteri dari sana sini
Berjual beli dengan teratur sungguhpun banyak kumis dan pitur jarang berlaku cara yang kotor semuanya itu undang-undang mengatur
Dengan adanya undang-undang dibuat hendaklah menuntut dengannya kuat jika lemah tentu melarat tuju ke timur s e a t ke barat
Ilmu itu adalah panduan ke mana-mana tuiuanmu tuan bukan utara dan bukan selatan di tengah-tengah tempat berjalan
Nasib ayahanda yatim nestapa ilmu di badan tiada berapa duduk tiada beribu bapa
. menunggukan tegur ataupun sapa
Nasibnya badan yatim umpama ke sana sini tempat menjelma ke timur ke barat dan ke paksina belum mendapat fikir yang kena
Nasib sungguh badan terlalu laksana bumng tiada berbulu bukan sebagai zaman dahulu tatkala ninda betara penghulu
Tatkala ninda marhum yang lindung sanak saudara berayun punggung ke sini sana tiada ringgung umpama rumah mempunyai sokong
Ayahanda umpama seekor bayan mengeluarkan madah banyak rampaian tetapi tiada mempunyai pelayan salah seperti orang bibiran
Nasibnya sungguh yatim piatu tidak mempunyai saudara suku keyampang sahabat tampil membantu maka mendapat fikir bermutu
Menyebabkan dapat fikir berjalan bantuan dari handai taulan dengan kehendak Malikuldayan baru mendapat fikir handalan
Dengan kehendak Rabbulizzati berasa lapang fikir di hati
Rukun iman enam perkara gunanya besar tidak terkira hendaklah tuntut dengannya segera supaya terlepas daripada mara
Mara itu halnya keji dunia akhirat tidak terpuji bahkan mendatangkan beberapa rugi kepada kita yang mendekati
Wahai anakanda muda budiman di sini dinyatakan rukunnya iman iaitu enam kepada hitungan menetapkan hati muda bangsawan
Pertama percaya kepada Allah adanya Tuhan tiada berubah tidak dapat dipisah-pisah dengan hamba-Nya yang sangat lemah
Setiap masa Tuhan berada tetapi tak dapat dipandang mata menjadikan dunia alam semesta serta makhluk-Nya yang melata
Tak payah dikaji soal memandangnya alam ini jadi saksinya dan juga makhluk dijadikan-Nya Tuhan itu mesti adanya
Inilah dalil ayahanda nyatakan . tidak kuasa hendak menghuraikan . . .
tidak terdaya hendak menerangkan kepada ulama sila tanyakan
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Kedua percaya kepada rasul-Nya untuk menyampaikan segala firman-Nya di dalam dunia jadi utusan-Nya kepada sekalian hamba dan makhluk-Nya
Kepada rasul-rasul wajib dipercayakan menjadi rasul diangkat Tuhan kepada kita membawa utusan iaitu kitab dan juga Quran
Menyampaikan maksud hajat umatnya kepada Tuhan yang sebenarnya menyampaikan nikmat anugerah Tuhannya berserta rahmat kepada makhluk-Nya
Dengan adanya rasul pilihan dapatlah nasihat yang berkesan menggalakkan kita berkasih-kasihan manusia sejahtera berhampir-hampiran
Menasihat ulama supaya tampil mengajar kepada orang yang jahil nasihat buatkan contoh dan dalil jangan sekali berbuat degil
Rasul itu pesuruh Allah arif bijaksana lagipun petah
i
berlemah lembut mengeluarkan madah dengan bersifat sangat amanah
Bersifat amanah berserta arif membawa hukum assyarak assyarif kepada makhluk-Nya yang sangat daif kebajikan mudahan bertambah kaib
Rasul bersifat kepercayaan berserta benar lagi pilihan bijak bestari lagi dermawan itulah baginya kemuliaan
Bersifat mulia bukannya papa halus manis tegur dan sapa cerdiknya bukan lagi terjelapa tidak sekali membuat derhaka
Barang katanya amatlah benar jauh sekali berbuat onar tutur katanya tiada kasar segala katanya jadi penawar
Jadi penawar perbuatan yang jahat fikirannya lancar bukannya singkat hendaklah dengar serta diikat kepada kita menjadi ubat
Yang ketiganya yatim nyatakan kepada malaikat kita percayakan bukannya sebagai sebut-sebutan sebenar menjadi satu kewajipan
I ! Wajiblah kita mempercayainya . . ,. :.,{ ., i
:?:J
akan segala malaikat-Nya . . ..,:I .%
' berserta yakin akan adanya 5 I I ' ,L
1 , sangat bertaat kepada Tuhannya . .A i- $:L 1 .L 1
1
. , . kepada Tuhan Yang Maha Kaya , ,
berbuat bakti lagi setia beriktikadlah kita kepadanya dia
Sungguhpun tiada dapat dipandang tertulis di dalam undang-undang itulah kitab yang terbilang ialah Quran yang amat cemerlang
Keempat pula segala kitab percaya dengan hati yang tetap jangan dibiar ia terlakap nanti kita juga yang langkap
Hendaklah per cay ai segala kitab-Nya tentu mendapat manfaatnya dunia akhirat besar faedahnya tiada mendapat kerugiannya
Sebenarnya Quran diturunkan Allah difirmankan malaikat disuruh menyerah kepada Muhammad nabi yang tabah hendaklah yakin jangan gelisah
Nabi menerima dengannya taat daripada Jibril tiada liwat lalu menghafaz dengannya giat dibacakan kepada setengah sahabat
Quran itu sangat mulia mengandungi ilmu segala-gala sesuai dengan masa cakerawala hingga kiamat daripada mula
Daripada mula dunia dijadikan hingga kepada hari kemudian segala cara ilmu pengetahuan semuanya terkandung di dalam Quran
Kelima percayakan hari kiamat buat menentukan pekerjaan umat dosa pahala dikira cermat akan menerima balasan muktamad
Orang bahagia masuk ke syurga yang mana ingkar jatuh ke neraka di dalam syurga bersuka-suka di dalam neraka tergapa-gapa
Orang yang berbuat banyak ibadat di dalam syurga ia terlekat bersuka ria dengan sahabat kaum keluarga yang sepakat
Sanak saudara yang seumpamanya membuat ibadat sepanjang hayatnya mereka dimasukkan bersama-samanya tidak dipilih apa mertabatnya
Bangsa mertabat tidak dikira atau kerabat saudara-mara jika berbuat ibadat bahagia di dalam syurga kayalah dia
Siapa berbuat kerja maksiat di dalam neraka ia terikat segala maksud semuanya tersekat habislah lucut mertabat pangkat
Takbur dan ria habisnya pani sombong dan bongkak semuanya sunyi gagah perkasa tiada berani terlebih kecut daripada jerami
Hatinya kecut bukan kepalang sesalnya datang berulang-ulang suaranya besar tiada menalang badannya umpama burung selalang
Jangan sekali perasaan takbur sombong dan bongkak jangan didulur hasad dan dengki biar dilebur buatlah ibadat berserta syukur
Untung baik untung jahanam daripada Tuhan hendak difaham itulah rukun iman keenam lekatkan kepada hati di dalam
Percayakan untung baik dan jahat daripada Tuhan yang berkudrat ikat di hati berserta ingat oleh kita hamba dan umat
Sebenarnya itu daripada Tuhan kepada kita hendaknya memikirkan amat-amati dan selidikkan misal jalan raya dua tembusan
Hendaklah diingat kita di sana jalan yang baik ada di sana jika tembus kita ke sana terlepas daripada bala bencana
Jika diikut jalan yang jahat hajat dan maksud harus tersekat di tengah tembusan akan terlekat akhirnya kita dapat mudarat
Ibadat kebajikan kita perbuatkan adalah rahmat daripada Tuhan jika maksiat kita lakukan kita sendiri punya kebodohan
Perbuatan baik ada balasnya perbuatan jahat seksa lawannya hendaklah kita mengingatinya hukum syarak mengatakannya
Setakat inilah ayahanda menghurai terlebih jauh tiada pandai bukan diaji hanya terhurai di telinga ayah awangku malai
Tiada kuasa hendak memanjangkan I sekadar ayahanda mendengarkan I daripada mulut yang membunyikan
nama diaji sekali bukan
Bukan diaji bukan dituntut sekadar mendengar daripada mulut tatkala ayah duduk di sudut di penjuru ceramah malam maulud
Wahai awangku muda yang sedar jikanya intan hendak belajar guru sebenarnya baik diunjar baru mendapat ilmu yang lancar
Jangan diturut jejak ayahanda sekadar belajar sedikit saja masa dan waktu tiada memada leka dengan bergurau senda
Belajar hanya sambil-menyambil ke sana sini membuat degil tidak memahami benda berhasil bersenda leka berbuat jahil
Tuntutlah ilmu bersungguh-sungguh disertai dengan hati yang patuh ibarat tanaman pastilah tumbuh dapatlah nikmat buah diluruh
Buahnya dapat kita nikmati lebih-lebihan kita bahagi kepada siapa yang menghendaki tidak sekali mendapat rugi
Inilah keadaan orang beriman pegangan teguh lagi budiman segala perbuatannya amat siuman menurut hadis berserta firman
Kepada Tuhannya tiada lupa membuat perusahaan berjaga-jaga jarang mendapat bala menimpa akan menerima untung dan laba
Wahai malaiku intan dikarang carilah ilmu dari sekarang tuntutlah ia ke tanah seberang jangan sekali berhati goyang
Jangan diikut masa yang lalu zaman datukanda bentara guru sungguhpun ilmu tiada dipangku tetapi sepakat bantu-membantu
Masa ini dikatakan moden ukurlah langkah supaya padan sebarang kelakuan biarlah tampan di khalayak ramai tidaklah sopan
Dikatakan moden konon khabarnya sangat berbeza demikian cakapnya sebilangan mulut mengatakannya cara dan gaya banyak tambahnya
Berselisih daripada berita Quran cara moden adalah dahan dimisalkan pokok buah-buahan asalnya biji pada permulaan
Tatkala sudah ditanam benihnya carikan baja dan lain-lainnya melekaskan subur pohon tanamannya berdahan beranting banyak bunganya
Dengan usahalah menambahkan sesuatu bukan baru dari dahulu semuanya ada disebutkan di situ di dalam Quran Tuhan Yang Satu
Tuhan satu bukannya dua tiada sesiapa menvamai Dia makhluk s'ekaliankdak berdaya melebihi kuasa Tuhan Yang Kaya
I
Dikatakan moden hanya sebutan daripada makhluk pada perasaan tiada dapat dibuatkan bahan sebenar usahalah diizinkan Tuhan
Berusaha bersungguh-sungguh tabah dan sabar berhati teguh dapatlah emas bukan bersapuh kepada manusia menjadi contoh
Jangan sekali berputus asa memohon kepada Tuhan Yang Esa menjalankan ikhtiar setiap masa untuk kebajikan bangsa dan nusa
Berusaha bagi muslihat ramai terhadap saudara taulan dan handai kerana kemakmuran negara yang permai aman sentosa mudahan ramai
Bersefahaman bersatu niat menegakkan negara biar selamat jangan membazir hendaklah jimat itulah doa yang keramat
Doa mustajab mengalahkan walang dapat digoncang payahkan tumbang walau berkumpul laskar hulubalang bendera kapak bukan bercabang
Bendera kapak bukan bersumbat peluru meriam tiada mendekat Kota Manggalela bukannya pukat di luar kain peluru tersekat
Wahai emasku malai suntingan sadang bergalut malam siangan ayahanda memandang sayang-sayangan carilah ilmu fikir rundingan
Sayangnyaayahbukankepalang akan emasku wajah gemilang unjarlah aka1 yang terbilang hingga ke gunung Bukit Si Guntang
Sehingga mendaki Gunong Maulu menaiki bukit Gunong Kinabalu Gunong Kerbau tinggi terlalu jangan sekali berhati pilu
Berhati rawan rasa gelisah di dalam hati biar dipisah mencari ilmu bukannya mudah dengan pelajaran otak dibasah
Otak disiram dengannya ilmu segala dibuat tiada jemu iblis tiada dapat mensamu
I nikmat dan rahmat dapat dijamu
Nikmat dan rahmat perjamukan kepada saudara handai taulan bangsa dan nusa berkebetulan tiada siapa menyalah akan
(
I Rukun Islam lima perkara 1 ilmu hulubalang yang perwira I , tiada takut mengadang mara ! dengan izin Allah terpelihara I
I i 1 Mengata dua kalimah syahadat
berhadap kepada Tuhan Yang Ahad i
I 'I 4 i Nabi Muhammad pesuruh yang taat \ cerdik bijaksana lagi umanat
Kalimah disebut lidah dan bibir berserta hati janganlah mungkir tanamkan di hati bukan di pinggir biar pelikat janganlah cair
Bekukan di hati sentiasa mengenal Tuhan setiap masa Dialah Tuhan Yang Berkuasa Tuhan kepada makhluk yang lata
Dengan sesuatu jangan disekutukan dengan sekalian jangan disamakan niat di hati kita sematkan kepada Tuhan kita tumpukan
Firman dan hadis mestilah yakin ikut di hati berserta ingin barang perbuatan tiada dingin akan mendapat nama yang mukmin
Kedua sembahyang setiap waktu lima kali sehari telah ditentu kasad di hati mesti menuju kepada Allah Tuhan Yang Satu
Waktu sembahyang jangan taswis jangan mengerling atau memalis semangat kita janganlah tipis nanti dirosak olehnya iblis
Khusyuk tawaduk berserta pula menghadap Tuhan Azzawajalla jangan diingat segala-gala bersihkan hati bagai gemala
Sembahyang jangan kita lupakan jika tertinggal mesti qadakan tetapi jangan disenghajakan tentulah seksa yang dibalaskan
Seksa nanti akan balasnya siapa meninggalkan sembahyangnya dunia akhirat sangat ruginya hukum syarak mengatakannya
Ketiga puasa bulan Ramadan pada siang hari ditegah makan sebelum fajar menampak akan hingga maghrib baru dibenarkan
Puasa itu besar faedahnya melatih semangat kita semuanya lapar dan kenyang dapat dirasanya segala perasaan dapat ditimbangnya
Keempat zakat dikeluarkan kepada bilangan yang ditentukan apakala sampai masa ditetapkan mengeluarkan zakat jangan dienggankan
Apabila sudah sampai nisabnya berikanlah zakat dengan segeranya pada yang berhak menerimanya kekal dan berkat segala hartanya
,& 3
:?*
Harta pusaka intan berlian .,*" j& .& semuanya itu akan berkekalan .$, -%
asalkan menurut uerintah Tuhan &
Zakat itu sangat dermawan mendamaikan miskin dengan hartawan berlimbai kangkung sama berkawan bersama-sama bersetiawan
Berfaedah sungguh memberi zakat mengikat manusia supaya muafakat bersaG hati yang manfaat bertimbang rasa biar pelikat
Kaya dan miskin tiada bergaduh ikatan muhibah menjadi teguh tiada berlaku tuduh-menuduh lanun tiada berani menempuh
Naik haji rukun kelima bila upaya kita ke sana janganlah lengah atau tak baina cukupkan mkun biar sempurna
Apabila cukup ringgit di tangan janganlah hendak kita ringankan serta tiada yang diingaukan wajiblah kita menunaikan
Pada hukumnya terkena wajib pergi ke Mekah menyusun tertib di situlah tempat kita beratib dari isyak hingga maghrib
Setakat inilah huraian ayahanda keterangan pendek tidak memada inilah ingatan dalam dada entah benar entah .tiada
Huraiannya banyak bukan sedikit jika ditompok mengalahkan bukit simpulnya teguh bagai dianggit tajam seperti si pisau luncit
Tajamnya menyugin landak siapa pun baik tiada terpijak segala-galanya dapat ditolak menyelamatkan orang yang banyak
Iblis syaitan semuanya takut tiada dapat mendatangkan karut jauh sekali dapat mengugut dari jauh-jauh sudah diacut
Sekali tiada dapat menghampiri semuanya itu sawan dan ngeri dari jauh bulu berdiri
1 apabila hampir terus berlari
Iblis dipandang tiada dapat dari jauh ataupun dekat jika dibanding sebagai pikat tubuhnya cantik muka berkalat
Mukanya seperti gambar gergasi lidahnya bercabang ulu berasi tetapi ilmunya sangat mengasi ke sana sini jarangkan basi
Barang siapa lembut semangatnya di sanalah selalu terkena hikmatnya di mana saja tempat perginya berbuat pesona itu kerjanya
Umpat-mengumpat setiap hari tiada memandang kanan dan kiri sanak saudara tidak digemari namanya sahaja konon yang bahari
Namanya hanya konon terbilang nama yang lain habis dihilang kejahatan orang semua dijulang penyakit kuman dikatanya balang
Jika mengikut kata pepatah umpama semut dengannya gajah itulah misalan iblis berlidah barang sedikit tiada salah
Semut dilihat seberang lautan gajah yang dekat tidak kelihatan suaranya seperti ketam parikan tiada berani tampil berhadapan
Jika berhadapan hati kecut matanya sudur seakan riput mulutnya berat sebagai dikarut sepatah tiada ia menyahut
Perangai iblis tersangat pintar jika dinampaknya kitani gentar beranilah ia membuat onar keluar suaranya yang hingar-bangar
Suaranya seperti bunyi temparik siapa mendengar harus tertarik kepada ia berbuat baik sebab takutkan ia mengarik
Difikirlah ia orang berani rupa hatinya takutkan pani membuat olah hanya gerini menakutkan orang ke sana sini
Jari tangannya tertunjuk-tunjuk tidak memilih manusia makhluk itulah pekerti iblis yang kutuk daripada bangun hingga mengantuk
Dijauhkan Allah berolah begitu menurut kelakuan iblis dan hantu mudahan iman di dada beku duduk di hati keras membatu
Mudahan Tuhan memberi iman I yakinkan hadis dan juga firman I itulah senjata melawan syaitan I 1 I
memihit ilmunya dan kekerasan I
Seberapa ilmunya habis terhenti kita tiada lagi mengamati kerana ilmunya seakan mati tiada terjalan dekat terhenti
Wahai anakku muda sempurna berbuat baiklah di mana-mana jangan dipilih mulia hina sehingga bangsa wijrang dan berma
Jangan memilih agama dan bangsa berbaik-baiklah senantiasa hendaknya jangan lupakan jasa di situ kelak dapat sentosa
Bangsa dan agama bukan soalnya kerana berbaik dilakukannya kepada siapa yang dijumpanya perangai yang baik mahal harganya
Jasa yang baik jadi kenangan peribahasa itulah bayangan perbuatan yang baik bukan larangan hendaklah diamalkan wahai gerangan
Amdkan dia berserta yakin bukan sahaja zahir tetapi batin itulah pakaian orang yang mukmin tertulis di buku Taj ul-Salatin
Jangan ditiru kelakuan yang sombong faedahnya tiada masuk terhitung di sana kelak kita terpelincung ke jalan yang papa lagi terpesong
Misalkan tong tiada isinya jika dipalu besar bunyinya sombong itu hanyalah lagaknya terkadang benci orang padanya
Pekerti yang baik berbahagia pemikat hati segala manusia hendaklah pandai kita menggaya mudahan mendapat nama mulia
Turutlah ilmu moyangandamu tuan raja yang mempunyai banyak pengalaman raja yang berani lagi budiman pernah berperang jadi pahlawan
Jadi pahlawan memimpin tentera memerintahkan negara jangan tercitera menziarah negeri beberapa negara hingga sampai Negeri Sumatera
Moyanganda yang lindung sangat berani tiada khuatir pana dan pani di jalan yang benar ia bertahani perkara yang baik ia layani
Perbuatan yang baik ia galakkan yang mana jahat ia elakkan segala peraturan disuruh kerjakan semuanya itu untuk kebajikan
Untuk kebajikan nusa dan bangsa menjalankan hukum Tuhan Yang Esa mentadbirkan rakyat sangat perkasa sekalian rakyat aman sentosa
Rakyat seperti daun keladi ramai rimbun kakak dan adi khatib dan imam berserta kadi menjalankan syarak seribu pati
Bersalahan seperti adat sekarang orang meniru adat sebarang akalnya besar fahamnya kurang burung tekukur disangka helang
Burung murai dikatakan merak terkadang disangka si burung gagak jangan suka bermain agak
. saudara handai juga yang rosak
Cubalah tiru pendapat silam ambil sedikit biar difaham kira dibaca sebagai nazam mudahan bercahaya janganlah muram
Akan pendapat orang dahulu sungguhpun mereka tiada berguru ataupun pandai bahasa baru tetapi faham perihal yang lalu
Akan pendapat orang bahari elok juga dipelajari dapatlah faham berita peri perkara yang lampau wahai jauhari
Adat yang lama biar dijiwakan jangan sekali kita habiskan nantinya kita diketawakan oleh yang lain yang melihatkan
Wahai pakulun emas tempawan dua perkara telah merawan jadikan panduan muda rupawan buat mengubat hati yang rawan
Seperkara lagi ayahanda huraikan genapan ketiga yang dinyatakan namanya ihsan yang dikatakan hanyalah sedikit yang dihuraikan
Menuntut maaf pada membaca kiranya salah atau berbeza dari pendapat karangan yang nyata yatim sedia menunggu berita
Yatim mengatakan rukun tertera memohon teguran pada saudara kiranya tak betul atau tercedera sila tunjukkan dengannya segera
Dagang menyurat syair diatur semena-mena rukun ditutur hendak ditarik sudah terlanjur menuntut nasihat berserta tegur
Dengan nasihat tegur tertentu jadi pelajaran yatirn piatu janganlah saudara berhati mutu dengan teguran nampak bersatu
Bersatu hati sama fikiran untuk kebajikan adakan teguran menghindarkan daripada ke keliruan bersamalah kita bertegur-teguran
Bersama nasihat-menasihati barang kerja dapat dipasti jangan sekali berat-memberati bantu-membantu yang dihajati
Membantu di dalam serba-serbinya dijalankan kebajikan itu hendaknya bersama-samalah menjalankannya berjayalah maksud yang dihajatnya
Berjaya maksud dengan izin Allah perkara yang benar bukannya salah sekira bersama kita sejumlah haruslah susah hendak dikalah
Kalah dan menang di tangan Tuhan kita tiada dapat menentukan meminta mudahan Allah kabulkan jalan yang baik yang disuruhkan
Jalan disuruh Tuhan Rabbana dapat mengatur dengan sempurna. jangan mendapat bala bencana begitulah maksudnya wahai teruna
Berhenti dulu maaf dituntut rukun ihsan pula disebut itulah ilmu hendak dituntut darjatnya tinggi awan diliput
Harganya mahal tiada terperi di dalam dunia payah dicari jika teramal muda jauhari akan mendapat nama bestari
Ihsan bermakna ialah ibadat akan Tuhan Allahu Ahad buatlah ibadat dengannya giat bahawa Tuhan Amat Melihat
Amat Melihat perbuatan hamba-Nya tidak terdinding oleh sekaliannya beribadatlah dengan sesungguhnya seolah-olah melihat Dianya
Kita tak dapat melihat Tuhan tetapi kita dilihat Tuhan kerja perbuatan dan perasaan tidak terlindung daripada Tuhan
Tiada terlindung dari pandangan-Nya kesemuanya itu diketahui-Nya amal ibadat dan lain-lainnya tiada terhijak daripada-Nya
Wahai malaiku muda jauhari setaka t inilah a y ahanda berperi tiada kuasa menjalankan jari ilmu sejemput dipelajari
Ilmu diaji hanya sekerat sempat belajar masanya singkat sungguhpun hati tersangat kuat memahaminya sangatlah berat
Hukum Allah sangat luasnya tidak ada tolok bandingnya. pelajarilah ia dengan sungguhnya fahamkan di hati yang sebenarnya
Hukum yang adil berserta permai hendaklah faham serta dipakai supaya elok budi perangai membersihkan diri seperti marmai
Hendaklah bersihkan dirinya kita berlemah lembut mengeluarkan kata' kepada saudara taulan berserta keaiban orang jangan dinyata
Aib dan cela jika didapatnya miskin dan hina seumpamanya janganlah kita mengatainya atau menjunterahkan hal-ehwalnya
Menjunterahkan perihal saudara sahabat tidaklah elok tetapi jahat nampaknya kita tidak sepakat itulah dinamakan umpat-mengumpat
Mengumpat itu halnya keji dunia akhirat tiada terpuji semua orang kelak membenci kitalah juga mendapat rugi
Kejahatan terbalik kepada pengumpat di sana sini namanya jahat barang katanya tidaklah lekat siapa mendengar tiada mengikat
Umpat-mengumpat jangan sekali kepada dirinya juga kembali keburukan saudara jangan dikali hubungan muhibah tiada bertali
Tiada bertali untuk menyimpul nama yang baik harus tak timbul misalkan rumput si umpul-umpul ibarat pisau yang sudah tumpul
Wahai saudara handai taulan amatilah dahulu sebelum berjalan jangan berhenti setengah jalan atau menjadi penyesalan
Tatkala kita membuat kerja fikirkan dahulu sebelum dijaja jika membaca dahulukan eja kejahatan orang jangan dipuja
Ya Ilahi kupohonkan iman supaya kalbu dapat siuman hati di dalam mudahan aman dengan izin Allah Khalikul Rahman
Dapat siuman kalbu menyedar dikurniakan Tuhan Malikul Jabar mudahan tetap dari berdebar penyudah kisah bukannya gemar
Bukannya gambar dura terlembah penglipur rawan kalbu yang gundah ditamatkan syair kasih bertambah pada pakulun muda yang petah
Kasih bertambah muda muktabar syair dikarang tiada berdatar mudah-mudahan jadi penghantar ke hadapan majlis molek dan langsar
Mudahan jadi penghantar kalam jari dipalu timbul tenggelam tamatlah syair wallahuaklam buat bacaan permata nilam
Tamatlah syair gurindam teduh tengah malam hampirkan subuh unggas opak tiada bergaduh bulan pun terang bagai disapuh
Hampir subuh lepas isya bulan terang tiada berlapis berbudi baik menimbang rasa inilah pesanan susunan habis
Bulan terang awan berlapis pahlawan menambat bulang di ulu di dalam syair perkataan habis jika terlambat sabar dahulu
Baik merampun sarang ketumbar menggubah bunga di atas gata walau menimbun darah mengobar payah hendaknya mengubah kata
Mengubah kata tiada sekali berubah iman jadi pemali kiranya badan menjadi duli sekali tiada dagang peduli
Pahlawan Anum raja perkasa menjadi ratu di tanah Jawa hadis dan firman maha berbangsa di dalam iman berbuang nyawa
Buah rukam kusangka manggis pokoknya rendang dilihat indah kalam patah riwayatnya habis dendam bercinta harus tak sudah
Dengarlah tuan suatu rencana syair karangan dagang mengerna sekiranya tertulis cinta gulana menghabiskan kertas di kedai Cina
Inilah pesan dagang tendarman sahabat handai tetapkan iman bersenda leka siang malaman tiada mendatangkan tenteram dan aman
Sahabat handai muda kencana inilah permintaan dagang yang hina lamun membaca syair kelana bawa ke sini jangan ke sana
Wahai malaiku muda jauhari cahaya mata ayahanda berperi menutup madah rasa pun ngeri kalam terlepas daripada jari
Wahai saudara yang sepancir sekalian kerabat yang sama sipir sahabat handai yang sefikir jangan disangka dagang menyindir
Karangan terhurai bukan sindiran hanyalah paduan sajak campuran sekadar penglipur hati yang rawan mandam hayali bertempiaran .
Syair dikarang buat penglipur susunan sajaknya tiada teratur umpama tanaman tiada subur tetapi dagang mengata syukur
Mengucapkan syukur kepada Allah dapat mengukir kata sepatah sungguhpun tiada bertahan tabah kalau-kalau menjadi misal pepatah
Buat penyudah madah disusun disertai pula sebuah pantun untuk bacaan wahai ingsun muda tempawan emas pakulun
Kapal tambang negeri seberang berlabuh di Kuala Inderagiri jangan menggunakan fikiran orang dijadikan kepada fikiran sendiri
Tiap-tiap manusia mempunyai akal ada yang panjang ada yang sejengkal ada yang tipis ada yang tebal usahakan dia jangan dikumpal
Jangan dikumpal fikiran singkat suburkan dia seberapa dapat misalan ikan jangan dipukat bahas muzakarah dengan sepakat
Buat menyuburkan akal dan fikir dalam perbahasan biar bertubir fikiran baik banyak terkair baharulah keluar akal ke bibir
Bidalan Islam bagai umpama pemimpin negara yang ternama bendera Islam misal utama berdasarkan hukum yang kelima
Bendera Islam pakin negerinya ketua negara benar tiangnya rakyat sekalian jadi pasaknya baharulah baik peraturannya
Hendaknya bersama mandi menyelam mencari mutiara permata nilam ingatkan kewajipan siang dan malam mudahan bercahaya tiada kelam
Hak dan kewajipan hendak sebayakan kewajipan dibuat hak dibetulkan bangsa negara kita jayakan semoga dapat dilaksanakan
Kepala negara dan pembantunya wazir cheteria termasuk semuanya daripada puncak hingga ke bawahnya anggota pemerintah itu namanya
Tuhan kurniakan cerdik berotak dapat menduduki tempat yang layak mertabat tinggi beranak-pinak walih daripada orang yang banyak
Harta kemuliaan dan kebesaran semuanya itu pengurniaan Tuhan tetapi jarang yang mengingatkan kecuali orang yang berfikiran
Pagar buluh beranit jarang kembang meletak kuntum rajasa dalam sepuluh payah seorang ingatkan budi mengenang jasa
Kiranya ada perbantahan kata jangan disimpan di dalam cinta pulangkan kepada Tuhan semesta berserta rasul junjungan kita
Tamatlah syair dagang berperi bukan menunjukkan bijak bestari hanyalah kenangan badan sendiri untuk bacaan muda jauhari
Berhenti kisah takdir Ilahi kepada hamba-Nya yang terjadi jika disebutkan banyaklah lagi sekali-kali bukan mengkeji
Di sini dinyatakan dengan bidalan perkara yang selalu terketinggalan jarang diingat handai taulan tatkala berusaha membuat jalan
Umpama burung tiada berbatis walaupun banyak sayap berlapis di atas awan terkisis-kisis untuk merayap harapan tipis
Ibarat bangunan tiada berasas sebegitu besar sebegitu h a s apalagi lambat walaupun lekas terkena ribut seperti kapas
Serba-serbi hendaklah cermat usaha kebajikan biar dihormat biar lambat asalkan selamat memohonkan nia t menginga tkan rahma t
Jimat itu jambatan kaya jangan lupa bawa sebaya bukan dilarang membuat gaya di jalan terang lagi bercahaya
Murah itu titian tuah jangan dikaritkan padi di sawah berhati teguh janganlah puah baharulah dapat dipetik buah
0 nenengku bubuk berbaju puntung lengan sadang kami disubuk kami sudah berdangan
Bulat air kerana pembetung tiada lari air bertakung perusahaan tiada menjadi kutung bintang di langit dapat dihitung
Bulat manusia kerana muafakat fikiran lanjar bukannya singkat cita-cita yang baik jarang tersekat muafakat itu adalah berkat
Bagai umpama kata pepatah di dalam lesung intan bertelingkah hati d i dalam berkeluh-kesah hujan turun tiada membasah
Jika bertelingkah kumala di lesung segala cita-cita tiada akan langsung walau bagaimana hati menyokong fikiran yang kaya menjadi kosong
Tersebut pula kisah yang lain kata pepatah baru disalin bukan menyinggung hanya bermain jangan disyakkan ke jalan lain
Hari ini baik daripada besok kepada manusia bukannya makhluk hendak disegerakan pekerjaan yang elok harapkan faedahnya tiada bertolok
Berbuat baik berpada-pada berbuat jahat hendaknya tiada taruh di hati saudara yang ada perbuatan yang baik jangan memada
Berbuat jahat pada-padakan berbuat baik sekali jangan sifat manusia banyak berkurangan mengerjakan kebajikan janganlah segan
Hendaklah dieja sebelum membaca terang difahami seperti kaca awan bersih terang cuaca terjauh daripada nistadan cerca
Biar-biar naik ke mata hendak dijaga jangan melata bukan kepada diri semata tetapi untuk saudara berserta
Jangan bersaksi kepada lutut perangai begitu jangan diturut petua begitu amatlah karut berserahlah kepada Tuhan Yang Makbud
Mulut dihujani kata faedah telinga mendengarkan cerita munasabah jangan memandang tempat yang salah hendaklah jangan mengaku kalah
Jika lekas mengaku undur kepada yang salah yang bukan jujur kalau tersilap hams tercebur ke tempat hina nama pun kotor
Bang inambang (jika membuat kerja) terlayu-layu utar (buat dengan sungguh-sungguh dan
tenang hati) utar apui-apui (jangan ambil tahu akan faedahnya) o anindan (wahai sekalian saudara) tebuat mata tidan (jika diizinkan Tuhan) tahan bungkus (akan didapat hasilnya)
Jika hidup dikandung adat mati hendaknya dengan ibadat kata dan tutur biarlah sihat jangan menyinggung saudara sahabat
Hidup di dunia hanya sekali bukan pula mati berkali-kali nyawa yang putus tiada kembali niat yang jahat jangan dikali
Nyawa tiada dapat disambung tiada sekali boleh diselindung ajal nak sampai tiada berguntung walaupun bijak bermain tembung
Jika mujur tak dapat ditolak walau bagaimana hendak mengelak tiada tinggal barang setapak jika sampai waktu mengkehendak
Jika malang tak dapat diraih misalkan benda tak dapat memilih ke mana tempat tak dapat dialih barang sesaat tidak berselisih
Ajal yang mujur ajal yang malang di pengetahuan Tuhan Maha Terbilang tiada siapa dapat menghalang perkara yang sempurna hanya cemerlang
Dalam kisah perumpamaan janganlah diambil salah sangkaan jangan dijadikan teka-tekaan sebenarnya untuk berjaga-jagaan
Bahasa itu mengenalkan bangsanya boleh juga mengelirukannya kerana bahasa aliran darahnya punca berasal batang tubuhnya
Air alungan jangan disatar bumi yang dipijak terlebih pintar ke dalamnya jika badan terlantar digigit cacing dipatuk ular
Perkara bidalan elok berhenti takutkan kalau tak gemar di hati wahai taulan seribu pati disebutkan pula budi pekerti
Jangan menjadi pahlawan perwira katanya berani mengadang mara tetapi jika hatinya cedera lafaznya tadi habislah lara
Baik berperangai setia pahlawan budinya baik lagi dermawan handai saudara sama berkawan sukar dicari payah dilawan
Sukar mencari sifat begitu ke sana sini suka bersatu tiada sekali berhati mutu bangsa dan nusa di hati tentu
Jangan memakai pekerti manuk di sana sini kepala dijenguk dipandang mata tidak seronok tidak memilih kurus dan gemuk
Misalan pemt tidak bertelinga hendaklah diisi wahai kencana jangan biarkan ia merana supaya jangan masuk bencana
Pekerti sabar amatlah elok sukar dibanding tiada bertolok mutunya tinggi payah dijuluk caranya bukan mengetam kaluk
Dinyatakan sedikit fahaman sabar selepas menjalankan segala ikhtiar tiba didapati susah dan sukar hendaklah hati menamh sabar
Sabar itu ada pasangannya iaitu ikhtiar bersama-samanya jangan ditinggalkan salah satunya harus mencapai kebajikannya
Sefasal lagi perkara reda kalau tertinggal baik dikada hendak diingat jangan tiada nikmat yang datang sukar dikata
Terima dengan reda dan syukur segala rahmat yang dihambur jangan sekali perasaan takbur penglihatan Tuhan bukannya kabur
Perasaan jangan takbur dan ria kepada taulan hamba sahaya walau menjadi saudagar kaya atau berpangkat tinggi mulia
Perkara takbur amatlah hina di situlah badan dapat bencana dibenci oleh hina dan dina perbuatan begitu apalah guna
Kalau disimpan ria di hati bukannya untung tetapi rugi walaupun harta berjuta kati bukannya boleh dibawa mati
Walaupun pangkat tinggi mengawan tiada siapa membuat kawan harus tak dapat hati ditawan bahkan. banyak membuat lawan
Apalagi dengki jika berserta nama yang baik menjadi leta di sana sini orang mengata jangan diamal wahai pendeta
Jika dengkikan perkara kebajikan tiada dilarang bukan ditegahkan bukanlah ini yang dikatakan seperti di atas yang dinyatakan
Budi perangai yang disebutkan perbezaan elok dan kejahatan disertakan doa dagang katakan kemuafakatan yang diharapkan
Tidaklah payah dagang menghurai maklumlah tuan sahabat handai bukan menunjukkan bijak dan pandai hanya mengisi kertas yang landai
Tamatlah syair tamat gurindam tamatnya itu ketika malam seribu tiga ratus bilangan alam tujuh puluh sembilan terlepas kalam
Daripada tangan kalam terlepas merantikan letih bukannya malas duduk sebentar di bawah kipas minum kahwa kacang dikupas
Sedikit segar sendi dan tulang dari melungguh berdiri pulang ke meja tulis duduk berulang menunggu saat kalam dipegang
Kalam diambil menunggukan saat buat menghabiskan madah sekerat kerana digoda hati ghairat berengsotlah kalam melarat-larat
Berjalanlah madah berlari-lari di saat kamar menunggukan masytari kalam berjalan kanan dan kiri menyusun sajak berperi-peri
Sungguhpun badannya tersangat letih membuat kerja tiada ngalih penat dan letih tiada digalih segala pekerjaannya tiada galih
Barang kerjanya amat memuaskan menyusun sajak yang direkakan dapat menyeluki yang dimaksudkan fahamkan tujuan yang dinyatakan
Kalam ayah warnanya merun jika dipegang dakwatnya turun jarang terdengar ia mengguraun menjalankan suruhan jika dipohon
Ayahanda sangat kasihkan ianya tiada lengah membuat kerjanya sebelum habis kewajipannya jarang sekali melarikan dirinya
Jarang sekali berbuat kelakar sentiasa di jari ia menyangkar sempurna kewajipannya baru keluar itu pun selalu memberi khabar
Bukan seperti kalam laskupi menyengalkan tangan mengotorkan jari ke sana sini rukih berlari hanya mengutamakan kerja sendiri
Seperkara lagi madah penyalang buat ingatan muda terbilang membuat pekerjaan alang-kepalang harus bertukar mujur ke malang
Sanak saudara kerabat sepancir daging darahyang mengalir tak dapatditetak atau dikikir umpama air di dalam takir
Tipis air daripada darah itulah umpama kata pepatah dipohonkan jangan membuat bantah sama sendiri jangan bertelingkah
Sayang-sayang beribu kali jika bertelingkah membuat lali barang memandang berhati geli menjadi ejekan kita dibuli
Di manakan sahabat hendak percaya sama sendiri membuat gaya dengan yang lain bukan sebaya pekerti begitu bukannya kaya
Jangan bertabiat ikan basa walaupun pakulun muda berbangsa emas bermutu intan suasa perbuatan begitu tiada kuasa
Apa yang busuk daripada bangkai asalnya bunga kembang setangkai tiada siapa akan memakai itulah pesona ayuhai malai
Tamatlah syair madah rencana dikarangkan oleh dagang merana dipohonkan mudahan fikir sempurna dengan kurnia Tuhan Rabbana
Ditamatkan syair saatnya masytari kalam di tangan tiada berlari dipandang kanan pandang Ice kiri kalam dipegang mohon berhenti
Tamatlah madah di malam Khamis pukul dua belas waktu wayarles bulan terang tiada beralis kalam berhenti madah menulis
Berhenti kalam menulis madah menuntut maaf jika tersalah dagang nin bukan pandai dan petah sebarang-barangnya mengeluarkan madah
Penamatkan syair serta gurindam dipalu pantun beraneka ragam bukan mengata hanya beragam kenanglah jasa Bendahara Sakam
Wazir kepada Seri Utama gelaran tinggi lagi ternama kerjanya menasihat bagai umpama merundingkan rakyat dengan saksama
Tanggungjawabnya amatlah penting mengusai masyarakat menjaga dacing jika terkhilaf kepala berpusing diapit bumi digigit cacing
Tanggungannya banyak bukannya main bekerja tiada dapat bermain terkadang terbaju tiada terkain di zaman bentara Zulkarnaen
Digelar Zulkarnaen Sultan Bolkiah arif bijaksana lagipun gagah menaklukkan negeri beberapa buah sekali tiada berhati puah
Di sini diganti pantun seloka buat menyudahkan syair direka tiada menaruh syak wasangka hanya membayangkan ingatan duka
Ingatan duka berulang-ulang sebab tiada ilmu di pinggang sebagai burung terlayang-layang hanyalah ternampak sebayang-bayang
Terbang seekor burung merpati hinggap di ekor ikan tempala jangan sekali merosak di hati harus tiada dapat pahala
Apa marak di dalam kain emas paun berbungkus kasa jika bekerja jangan bermain barulah mendapat nama berjasa
Layar ditarik lancang berlabuh kalat pedati ikat sekali sanak saudara jangan bergaduh berbuat jahat jangan sekali
Jika batangnya berduri-duri itulah kemujut kepala rempah kalam tiada sanggup berlari dagang memohon berhenti kisah
Kemujut kepala rempah buat memasak si kari kurma dagang bermohon berhentikan kisah mudahan selamat serta sempurna
I I ! Diberkati Tuhan Maha Kuasa
kepada hamba-Nya yang berjasa yang berkebajikan senantiasa kepada sekalian hina berbangsa
Hina mulia apa bangsanya jika bersungguh menjalankan usahanya hams tercapai segala maksudnya diperturut Tuhan permintaannya
Dagang berdoa kepada Allah memohon ra hma t nikma t dilimpa h kepada semua muda yang petah membuat kerja yang berfaedah
M
Merawan
N
Ngalih
0
0 nenengku
P
Palih
R
Rawan
Sadang Satar Subuk
Merayu.
Penat.
Wahai datukku.
Bingung.
Pilu.
Terlakap
Jangan lagi atau berhenti. Dinding. Intai atau tengok.
Terkeluar.
PUSTAKA BRUNEI