tahap kesediaan guru pelatih ijazah sarjana muda … · doa, jasa dan pengorbanan mengiringi...
TRANSCRIPT
TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA
TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP MENGAJAR
SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH
HASNITA BINTI ISMAIL @ NAWANG
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP MENGAJAR SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya: HASNITA BINTI ISMAIL @ NAWANG
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
__________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap:
NO 112, RUMAH MURAH PROF. MADYA DR. BAHARIN BIN ABU ALOR LINTANG 2, 222 00 NAMA PENYELIA BESUT, TERENGGANU. Tarikh: Tarikh:
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/
organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : .................................................................
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. BAHARIN BIN ABU
Tarikh : .................................................................
iii
TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH IJAZAH SARJANA MUDA
TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP MENGAJAR
SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH
HASNITA BINTI ISMAIL @ NAWANG
Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2009
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ....................................................................
Nama Penulis : HASNITA BINTI ISMAIL @ NAWANG
Tarikh : .....................................................................
v
Dipanjatkan kesyukuran buatNya yang mengizinkan segala sesuatu..........
Untuk ayah dan ibu
Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku
Terima kasih ayah dan ibu
Buat kawan-kawan
Terima kasih atas kesabaran,
Sokongan dan pengorbanan yang tidak ternilai hatta dengan wang ringgit sekalipun
Dan
PenyeliaPSM
PROF. MADYA DR. BAHARIN BIN ABU
Terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan.
“KEJAYAAN ITU TIDAK AKAN DAPAT TANPA USAHA
DAN
USAHA ITU TIDAK AKAN BERKAT TANPA DOA....”
vi
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian hanyalah kepunyaan Allah yang memberikan kita ilmu
kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w. yang telah
menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.
Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan
Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi
kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima kasih
juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberikan
nasihat dan tunjuk ajar selama ini.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada pembimbing
tesis, PROF. MADYA DR. BAHARIN BIN ABU atas bimbingan dan dorongan
yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Tidak lupa juga
kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga 4 SPH. Terima
kasih juga kepada individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam penulisan ini.
vii
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kesediaan guru pelatih Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup mengajar subjek
Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah. Aspek kesediaan yang dikaji adalah
pengajaran, pengetahuan bidang dan sikap terhadap subjek Kemahiran Hidup.
Responden kajian adalah seramai 126 orang. Data kajian diperolehi daripada set soal
selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social
Sciences version 11.5 for Windows bagi mendapatkan kekerapan (frekuensi),
peratusan (%) dan min. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru pelatih
untuk mengajar subjek Kemahiran Hidup adalah tinggi (min: 3.99). Tahap kesediaan
pengajaran guru pelatih berada pada tahap tinggi (min: 3.93), pengetahuan bidang
tahap tinggi (min: 3.79) dan sikap tahap tinggi (min: 4.24). Disamping itu, cadangan
dan kesimpulan kajian juga dibincangkan.
viii
ABSTRACT
This purpose of the study is to identify trainee teachers readiness level to
teach Living Skills subject. The readiness aspects measured were teaching, content
knowledge and attitude. A set of questionnaire was employed. The respondents were
126 trainee teachers. The analysis was done by using SPSS to obtain frequency,
percentage and mean. The study found teacher trainees readiness level was high with
the mean score was 3.99. Level of teacher trainees readiness was in high level (mean:
3.93), content knowledge level was high (mean: 3.79) and attitude level was high
(mean: 4.24). Recommendations and conclusions were also discussed.
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
ISI KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
x
BAHAGIAN SATU
PENDAHULUAN
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Guru Pelatih Aliran Kemahiran Hidup SPH 9
1.8.2 Kesediaan Guru Pelatih 10
1.8.3 Kemahiran Hidup Bersepadu 10
1.8.4 Tahap 10
1.9 Kesimpulan 11
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Profesion Perguruan 12
2.3 Peranan Guru 14
2.4 Kesediaan Dari Aspek Pengajaran 15
2.5 Kesediaan Dari Aspek Pengetahuan Bidang 20
xi
2.6 Kesediaan Dari Aspek Sikap 24
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 28
3.3 Lokasi Kajian 29
3.4 Populasi Dan Responden 30
3.5 Instrumen Kajian 30
3.5.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden 32
3.5.2 Bahagian B : Soalan Soal Selidik Kajian 32
3.6 Kajian Rintis 34
3.6.1 Kesahan Soal Selidik 35
3.6.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik 35
3.7 Prosedur Kajian 36
3.8 Kaedah Analisis Data 37
3.9 Kesimpulan 40
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 41
4.2 Analisis Bahagian A (Latar Belakang Responden) 41
4.3 Analisis Bahagian B (Kesediaan Diri Guru Pelatih Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup
xii
(SPH) Mengajar Subjek Kemahiran Hidup) 44
4.4 Pengajaran 46
4.5 Pengetahuan Bidang 50
4.6 Sikap 54
4.7 Kesimpulan 58
BAHAGIAN LIMA
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Rumusan Kajian 59
5.2.1 Rumusan Persoalan Kajian 60
5.2.1.1 Aspek Pengajaran 60
5.2.1.2 Aspek Pengetahuan Bidang 61
5.2.1.3 Aspek Sikap 62
5.3 Perbincangan 62
5.3.1 Tahap Kesediaan Guru Pelatih Kemahiran Hidup
dalam Aspek Pengajaran 63
5.3.2 Tahap Kesediaan Guru Pelatih Kemahiran Hidup
dalam Aspek Pengetahuan Bidang 66
5.3.3 Tahap Kesediaan Guru Pelatih Kemahiran Hidup
dalam Aspek Sikap Guru Pelatih 69
5.4 Cadangan 71
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 72
5.6 Penutup 73
xiii
BAHAGIAN ENAM
RUJUKAN
RUJUKAN 74
BAHAGIAN TUJUH
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran A 80
Lampiran B 87
Lampiran C 89
xiv
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pengkelasan Skala Lima Mata 33
3.2 Bahagian B Dalam Borang Soal Selidik 33
3.3 Skala Pemeringkatan 38
3.4 Tahap Amali Min 39
4.1 Analisis Kekerapan Dan Peratusan
Jantina Responden 42
4.2 Analisis Kekerapan Dan Peratusan
Bangsa Responden 42
4.3 Analisis Kekerapan Dan Peratusan
Agama Responden 43
4.4 Analisis Kekerapan Dan Peratusan
Umur Responden 43
4.5 Analisis Kekerapan Dan Peratusan
Tahap Pendidikan Tertinggi Responden 44
4.6 Pengkelasan Skala Lima Mata Kepada
Skala Tiga Mata 45
4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan,
Peratus, Min Dan Tahap Bagi Aspek
Pengajaran 46
4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan,
Peratus, Min Dan Tahap Bagi Aspek
Pengetahuan Bidang 50
4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan,
Peratus, Min Dan Tahap Bagi Aspek
Sikap 54
5.0 Taburan Purata Keseluruhan Peratus
Bagi Min Persoalan Kajian 57
xv
SENARAI SINGKATAN
SPH Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
Kemahiran Hidup
JPTK Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional
ERT Ekonomi Rumah Tangga
FPK Fakulti Pendidikan Kebangsaan
ABM Alat Bantu Mengajar
SPSS Statistical Packages For The Social Sciences
P&P Pengajaran Dan Pembelajaran
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A SOAL SELIDIK
B SURAT KEBENARAN FAKULTI
C PENGESAHAN PAKAR BIDANG
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Profesion perguruan merupakan satu profesion yang mulia dan dihormati oleh
masyarakat kerana peranan guru yang amat besar dalam memperkembangkan ilmu
pengetahuan serta membentuk tingkah laku masyarakat demi kepentingan agama,
bangsa dan Negara.
Menurut Sufean Hussin (2004), keberkesanan dalam profesion perguruan
berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan
tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Antara tumpuan
keberkesanan dalam profesion ini ialah keberkesanan dari aspek pengajaran,
pengetahuan bidang serta sikap guru untuk mengajar di sekolah.
Guru-guru merupakan sebahagian daripada golongan pendukung yang
melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. Pihak kerajaan,
pentadbir dan perancang sentiasa mengharapkan agar guru-guru dapat membina
masyarakat yang mempunyai budaya yang bertamadun tinggi. Guru memainkan
banyak peranan dalam sesebuah sekolah. Terdapat dua peranan yang dianggap
2
penting. Pertama, guru berperanan sebagai seorang ahli profesion perguruan bagi
memberikan pendidikan formal kepada murid-murid di bangku sekolah, dan sebagai
seorang ahli masyarakat guru mempunyai tugas kemasyarakatan (Atan Long, 1998).
Profesionalisme merupakan satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi
pekerjaan seseorang. Nilai ini perlu wujud dalam diri seseorang yang matlamat
pekerjaannya untuk mencapai keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan
bertanggungjawab (Sufean Hussin, 1995).
Peranan guru amatlah besar, bukan sahaja mencorakkan masa depan murid-
muridnya bahkan menjadi ‘role model’ kepada mereka. Setiap individu yang bergelar
guru mestilah mempunyai kualiti seperti berilmu, berpengetahuan, berfikiran
terbuka, berdisiplin dan berperikemanusiaan apabila menghadapi sesuatu cabaran.
Tanggungjawab guru amat besar dalam mendidik anak bangsa untuk berjaya
dalam semua bidang matapelajaran. Peranan seseorang guru bukan sahaja untuk
mendidik pelajar dalam matapelajaran yang diajar malah guru adalah pakar dalam
bidang pengajaran serta dapat berkomunikasi dengan pelajar-pelajar berkaitan
dengan semua matapelajaran.
Robiah Sidin (2002) menghuraikan guru memainkan peranan utama
menegakkan status dan imej mereka sebagai golongan profesional. Oleh itu,
tanggungjawab guru dan budaya kerja di sekolah harus menunjukkan ciri-ciri yang
profesional. Antara yang terpenting ialah:
i) Guru di sekolah adalah sebagai pembimbing, ’mentor’ atau ketua kepada
guru-guru yang baru memulakan tugas.
ii) Guru adalah pakar dalam bidang pengajaran (pedagogi), ilmu yang diajar,
perkembangan kanak-kanak, komunikasi dengan pelajar dan lain-lain.
3
iii) Guru dapat mewujudkan hubungan secara ’lateral’ atau ’collegial’ iaitu
hubungan sesama rakan antara pegawai dengan guru lebih kondusif untuk
pembaharuan dan perubahan dalam profesion perguruan.
Oleh yang demikian, guru perlu memperlengkapkan diri mereka dengan
kemahiran serta pengetahuan yang terkini dalam mencorakkan pelajar dengan
matapelajaran yang akan diajar. Jadi guru harus mengetahui tahap kesediaan mereka
dalam setiap matapelajaran yang akan diajar kepada pelajar dari segi kemahiran
mengajar, kemahiran pengetahuan bidang serta kemahiran sikap seseorang guru.
Kesediaan merupakan suatu tahap yang mesti dicapai oleh seseorang guru
untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan atau tugas yang berkesan. Keadaan ini
bergantung kepada kematangan dan pengalaman. Kesediaan juga merupakan satu
kaedah atau situasi yang wujud untuk memungkinkan peluang menjalankan sesuatu
aktiviti atau gerak kerja dengan baik (Thorndike, 1932).
Dengan ini, kejayaan dalam mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dapat dicapai sekiranya golongan guru sedar dan bersedia untuk
mengajar matapelajaran yang akan diajar.
1.2 Latarbelakang Masalah
Guru yang profesional adalah guru yang mengetahui tahap kesediaan mereka
untuk mengajar matapelajaran yang akan diajar kepada pelajar. Bakal guru
terutamanya guru pelatih perlu memperlengkapkan diri mereka dengan kemahiran
4
serta ilmu pengetahuan yang terkini dalam mendidik pelajar. Guru yang profesional
hendaklah sentiasa menambahkan pengetahuannya melalui pembacaan supaya dapat
menunjukkan kecekapan mengajar dan mempertahankan kualiti pengajaran.
Ciri-ciri seorang guru yang berkesan perlu bersikap profesional,
mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori, bertindak di atas landasan etika dan tatasusila
kerja, sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran, melengkapkan diri
dengan kemahiran yang sejajar dengan masa kini dan menampilkan watak terpuji,
berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa
(Hamzah Mohamed, 1999).
Bagi seorang guru matapelajaran Kemahiran Hidup terutamanya guru pelatih,
mereka perlu sentiasa bersedia terutamanya dari aspek pengurusan bengkel,
kemahiran menggunakan alatan tangan dan mesin. Ini adalah amat penting kerana
matapelajaran Kemahiran Hidup merupakan satu cabang pendidikan teknik dan
kejuruteraan yang mana mementingkan kerja-kerja amali yang merangkumi bidang
kemahiran teknologi pada peringkat asas.
Guru yang berkesan adalah guru yang serba mahir dalam pelbagai kaedah
teknik pengajaran sesuai untuk pembelajaran (Syarifah Alwiyah, 1983). Oleh itu,
guru yang profesional memerlukan ilmu kemahiran yang mendalam dalam
menyampaikan isi pelajarannya.
Oleh yang demikian, tahap kesediaan bagi seseorang guru pelatih untuk
mengajar matapelajaran yang diajar amat penting. Setiap guru pelatih perlu bersedia
dari aspek pengajaran, pengetahuan bidang serta sikap sebagai seorang guru.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Persediaan guru untuk mengajar sesuatu matapelajaran adalah amat penting
kerana ia mempunyai kesan terhadap pencapaian peperiksaan pelajar. Sekiranya guru
yang mengajar dengan persediaan yang baik maka prestasi pencapaian juga baik
tetapi sekiranya guru mengajar dengan kurang kesediaan maka keputusan yang
dihasilkan adalah sebaliknya.
Sebagai seorang guru yang cemerlang perlu mempunyai kebolehan dari segi
menguasai pengetahuan teori mengenai pembelajaran dan tingkahlaku manusia,
menunjukkan sikap yang dapat menggalakkan pembelajaran selain daripada isi
kandungan matapelajaran serta menguasai pengetahuan yang lengkap dalam
matapelajaran yang diajar (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1984). Adakah guru pelatih
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup telah
mempersiapkan diri mereka dengan kesediaan dari aspek pengajaran, pengetahuan
bidang serta sikap?
Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan guru pelatih
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup untuk mengajar
subjek Kemahiran Hidup di sekolah menengah. Tahap kesediaan dalam kajian ini
dikaji melalui tiga aspek iaitu aspek pengajaran, pengetahuan bidang dan sikap guru
pelatih. Hasil kajian ini untuk menjawab persoalan ”adakah guru-guru mempunyai
tahap kesediaan diri yang tinggi dari segi kebolehan dan penguasaan dalam
matapelajaran Kemahiran Hidup untuk mengajar di sekolah menengah? ”.
6
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru-guru pelatih
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup untuk mengajar
subjek Kemahiran Hidup di sekolah menengah dengan melihat kepada tiga aspek
utama iaitu :
1.4.1 Mengenalpasti tahap kesediaan pengajaran guru-guru pelatih bidang
Kemahiran Hidup SPH dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu.
1.4.2 Mengenalpasti tahap kesediaan pengetahuan bidang guru-guru pelatih bidang
Kemahiran Hidup SPH dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu
1.4.3 Mengenalpasti tahap kesediaan sikap guru-guru pelatih bidang Kemahiran
Hidup SPH dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang ingin dikaji oleh pengkaji ialah :
1.5.1 Apakah tahap kesediaan pengajaran guru-guru pelatih bidang Kemahiran
Hidup SPH dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu ?
7
1.5.2 Apakah tahap kesediaan pengetahuan bidang guru-guru pelatih bidang
Kemahiran Hidup SPH dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu ?
1.5.3 Apakah tahap kesediaan sikap guru-guru pelatih bidang Kemahiran Hidup
SPH dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu ?