tahun 1699 hingga tahun 1728

2
TAHUN 1699 HINGGA TAHUN 1728, MERUPAKAN TEMPOH MASA PENTING DALAM PERKEMBANGAN SEJARAH JOHOR. BAHASKAN. Johor menjalani satu era baru pada pada tahun 1699 kerana kemangkatan Sultan Mahmud Shah II yang tidak meinggalkan seorang waris, telah menyebabkan era pemerintahan keturunan bendahara. Kemangkatan Sultan Mahmud II (Marhum Mangkat Dijulang) telah menyebabkan pembesar-pembesar Johor melantik Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil menjadi sultan dengan membawa gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Sepanjang pemerintahan Sultan Abdul Jalil, banginda dikatakan sebagai raja yang sederhana dan adil. Catatan dari Kapten Alexander Hamilton juga menyatakan bahawa sultan seorang yang mentaati perintah agama dan sangat disayangi oleh rakyat jelata. Pada tahun 1717, kuasa pemerintahan di Johor telah berubah apabila Raja Kecil dari negeri Siak mengaku sebagai putera kepada Marhum Mangkat Dijulang. Raja Kecil telah mula membuat rancangan utnuk menyerang Johor. Pada mulanya Raja kecil memujuk Bugis lima bersaudara untuk menyerang dan mengambil negeri Johor. Raja Kecil menawarkan jawatan Yamtuan Muda kepada Daeng Parani andai kata mereka bersetuju untuk member bantuan. Raja-raja Bugis pada mulanya tidak menerima cadangan itu dengan membuat alas an bahawa mereka akan pergi ke Langat untuk mengumpulkan orang-orang dan kelengkapan perang disana. Setelah tidak mendapat sebarang khabar dari Bugis, Raja Kecil membuat perangcangan sendiri. Raja Kecil memdapat sokongn dari orang laut, sebahgian rakyat Johor dan Bendahara. Apabila Johor tewas ditangan Raja Kecil, Sultan Abdul Jalil Riayat Shah telah mengaku kalah dan dampunkan oleh Raja Kecil. Malah dijanjikan untuk dilantik sebagai Bendahara. Maka pada tahun 1718 Kerajaan Johor jatuh ketangan Siak. Raja Kecil memegang gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. (1718-1722) Corak pemerintahan terus bertukar pada tahun 1722 apabila perebutan kuasa telah berlaku antara Sulaiman terhadap Sultan Husin. Bugis lima bersaudara telah melantik dan menabalkan Raja Sulaiman sebagai sultan kepada Johor-Riau-Lingga-Pahang serta jajahan taklukkannya. Dan pada tahun ini perjanjian antara sultan dan lima Bugis bersaudara termerai untuk saling bekerjasama . Peperangan tidak terputus disitu apaabila Raja Kecil cuba menyerang tetapii dapat

Upload: james-jackson

Post on 27-Sep-2015

229 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

sejARAh

TRANSCRIPT

TAHUN 1699 HINGGA TAHUN 1728, MERUPAKAN TEMPOH MASA PENTING DALAM PERKEMBANGAN SEJARAH JOHOR. BAHASKAN.

Johor menjalani satu era baru pada pada tahun 1699 kerana kemangkatan Sultan Mahmud Shah II yang tidak meinggalkan seorang waris, telah menyebabkan era pemerintahan keturunan bendahara. Kemangkatan Sultan Mahmud II (Marhum Mangkat Dijulang) telah menyebabkan pembesar-pembesar Johor melantik Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil menjadi sultan dengan membawa gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Sepanjang pemerintahan Sultan Abdul Jalil, banginda dikatakan sebagai raja yang sederhana dan adil. Catatan dari Kapten Alexander Hamilton juga menyatakan bahawa sultan seorang yang mentaati perintah agama dan sangat disayangi oleh rakyat jelata.

Pada tahun 1717, kuasa pemerintahan di Johor telah berubah apabila Raja Kecil dari negeri Siak mengaku sebagai putera kepada Marhum Mangkat Dijulang. Raja Kecil telah mula membuat rancangan utnuk menyerang Johor. Pada mulanya Raja kecil memujuk Bugis lima bersaudara untuk menyerang dan mengambil negeri Johor. Raja Kecil menawarkan jawatan Yamtuan Muda kepada Daeng Parani andai kata mereka bersetuju untuk member bantuan. Raja-raja Bugis pada mulanya tidak menerima cadangan itu dengan membuat alas an bahawa mereka akan pergi ke Langat untuk mengumpulkan orang-orang dan kelengkapan perang disana. Setelah tidak mendapat sebarang khabar dari Bugis, Raja Kecil membuat perangcangan sendiri. Raja Kecil memdapat sokongn dari orang laut, sebahgian rakyat Johor dan Bendahara. Apabila Johor tewas ditangan Raja Kecil, Sultan Abdul Jalil Riayat Shah telah mengaku kalah dan dampunkan oleh Raja Kecil. Malah dijanjikan untuk dilantik sebagai Bendahara. Maka pada tahun 1718 Kerajaan Johor jatuh ketangan Siak. Raja Kecil memegang gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. (1718-1722)

Corak pemerintahan terus bertukar pada tahun 1722 apabila perebutan kuasa telah berlaku antara Sulaiman terhadap Sultan Husin. Bugis lima bersaudara telah melantik dan menabalkan Raja Sulaiman sebagai sultan kepada Johor-Riau-Lingga-Pahang serta jajahan taklukkannya. Dan pada tahun ini perjanjian antara sultan dan lima Bugis bersaudara termerai untuk saling bekerjasama . Peperangan tidak terputus disitu apaabila Raja Kecil cuba menyerang tetapii dapat dipatahkan . akhirnya Raja Kecil tewas pada tahun 1728 dan pulang semula di Siak. Tampok pemerintahan di Johor di pegang oleh Kelana jaya Putera atau Daeng merewah dengan gelaran Yamtuan Muda Riau (i). Pada tahun 1728, Daeng Merewah telah mangkat dan Daeng Chelak dilantik sebagai yamtuan Muda Riau (II). Ini bermakna delagasi keturunan Bugis dalam kerabat diraja Johor hinggalah ke hari ini.

Disediakan:

Normala Mahammed Salleh