teknik simulasi
DESCRIPTION
teknik simulasi mata pelajaran sejarahTRANSCRIPT
Teknik Simulasi
Pengenalan• Ada banyak teknik-teknik pengajaran yang boleh
digunakan oleh guru untuk menjadikan pengajaran seseorang guru itu lebih menarik, berkesan dan sebagainya.
• Keberkesanan sesuatu pengajaran bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan dan teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi, dan berinteraksi.
• Antara teknik yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas adalah teknik simulasi.
Apa itu teknik ?
• Menurut Edward M. Anthony , teknik ialah kemahiran guru digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
• Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
Definisi Simulasi
• Simulasi berasal dari kata simulate yang bererti berpura-pura atau berbuat seakan-akan.
• Dalam kaedah pengajaran, simulasi bermaksud cara persediaan pengalaman belajar dengan menggunakan situasi tiruan untuk memahami tentang konsep, prinsip atau keterampilan tertentu.
Menurut Noraini Ishak dalam tulisan beliau bertajuk “Teori-teori Yang Boleh Diguna Atau Diadaptasi Bagi Setiap Masalah” bertarikh 5
Disember 2009
Pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi ini adalah satu gambaran abstrak tentang situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan masalah atau isu-isu yang berkaitan.
Faridah Nazir dipetik daripada (Juriah Long, et al.1992:29)
Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan
murid-murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing
bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan.
Objektif
1. Menguasai sesuatu kemahiran atau kemahiran-kemahiran tertentu.
2. Membina pemikiran murid secara analitis dan kritis.
3. Membina sikap yang lebih positif.
4. Membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah.
5. Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.
Jenis-jenis Simulasi
Sosiodrama Main peranan
Sosiodrama
• merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik berdasarkan cerita yang lengkap.
• berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik.
• Biasanya skrip lakonan akan disediakan lebih awal .
Main peranan
• merupakan satu lakonan yang spontan yang melibatkan sekumpulan pelajar.
• berdasarkan kepada satu masalah yang timbul pada ketika itu.
• tanpa menggunakan sebarang skrip.• Dalam aktiviti ini, pelajar membayangkan
situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkan situasi yang dibayangkan tadi dengan secara spontan.
KelebihanDilatih untuk
menghadapi situasi yang sebenar.
Meningkatkan daya imaginasi.
Bakat lakonan dapat diasah.
Menarik minat pelajar
Menggalakkan interaksi
Mengatasi masalah yang berkaitan dengan pelajar yang berbeza kebolehan
Kelemahan Keadah Simulasi
Pengalaman berlakon tidak dirasai
semua murid
Memakan masa disebabkan pembawa watak tidak menguasai
skrip
Murid gelisah kerana mereka tidak pernah
ada pengalaman berlakon
Penilaian prestasi pelakon sukar dirumuskan
Tumpuan penonton kurang disebabkan
persembahan hambar
Strategi pelaksanaan
Peringkat selepas simulasi
Peringkat perlaksanaan simulasi
Peringkat
sebelum
simulasi
Peringkat sebelum simulasi
• Objektif pembelajaran. Guru
hendaklah menentukan objektif
pembelajaran yang hendak dicapai.
• Alatan. Guru memastikan bahawa
semua alatan yang diperlukan telah
disediakan.
Peringkat pelaksanaan simulasi
1.
•Guru wujudkan satu masalah atau peristiwa.
2.
•Guru terangkan secara ringkas tentang masalah atau peristiwa.
3.
•Guru pilih murid sebagai pelakon.
4.
•Murid sebagai pelakon memainkan watak.
5.
•Murid yang lain akan mencatatkan dan memerhatikan aktiviti simulasi yang diadakan.
Peringkat selepas simulasi
Guru boleh: • membimbing buat rumusan.• berbincang dengan murid tentang
masalah yang dikemukakan.• Menulis semula dialog yang digunakan
dalam simulasi.• Menyediakan carta aliran bagi
menjelaskan konsep yang ditonjolkan
Tajuk “ Perjuangan Kemerdekaan Negara”
• Guru bertanya kelas mengenai kemerdekaan Tanah Melayu seperti tarikhnya dan kepada siapa dituntut.
• Guru membahagikan kelas kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Tanah Melayu dan kumpulan Inggeris. Beberapa orang pelajar dipilih dari setiap kumpulan dan mengambil tempat di hadapan kelas. Namakan peranan mereka.
• Pelajar-pelajar melakonkan babak tuntutan kemerdekaan berdasarkan skrip dan dialog yang disediakan. Andaikan diri mereka seperti berada pada tahun 1957.
• Murid yang lain akan mencatatkan dan memerhatikan aktiviti simulasi yang diadakan.
• Selepas lakonan, guru menyoal pelakon mengenai perasaan mereka.
• Guru merumuskan isi-isi penting dalam pelajaran hari ini. Guru menjelaskan bahawa kaedah ini dibuat agar pelajar-pelajar dapat rasakan seolah-olah mereka berada di zaman hampir merdeka pada tahun 1957.
Rumusan
• Bermacam-macam kaedah yang ada di dalam pengajaran itu tetapi tidak semua kaedah sesuai untuk semua mata pelajaran yang ada.
• Simulasi merupakan satu kaedah yang sesuai digunakan dalam PnP Sejarah bagi meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.
• Simulasi adalah salah satu kaedah yang boleh digunapakai agar dapat meningkatkan minat para pelajar untuk menumpukan perhatian mereka pada pelajaran mereka.
RujukanOmardin Haji Ashaari & Yunus Muhamad. 1996.
Kaedah Pengajaran Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Noriati A. Rashid, P.Y.Boon, dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2012). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd
Mok Soon Sang. (2013). Pedagogi untuk Pengajaran & Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Sesi Soal Jawab
Soalan• Berdasarkan tajuk “ Zaman
Prasejarahan” , bagaimanakah guru menggunakan teknik simulasi (main peranan) untuk mengajar tajuk ini?
Jawapan• Semasa mengajar kegiatan masyarakat prasejarah, guru boleh
meminta murid-murid mengambil peranan orang zaman Neolitik dan Logam menjalankan sistem barter.
• Guru memaklumkan apa yang perlu dilakon.• Murid dibahagi kepada kumpulan. (kumpulan – pemungut hasil
hutan, berburu, menternak binatang, menangkap ikan dan bercucuk tanam)
• Murid-murid berdasarkan watak-watak, memainkan peranan mereka sebagai pedagang secara tukar barang.
• Murid yang lain akan mencatatkan dan memerhatikan aktiviti simulasi yang diadakan.
• Guru membimbing buat rumusan – orang zaman Neolitik dan Logam telah mula berdagang tetapi secara tukar barang iaitu sistem barter.
Sekian , Terima Kasih