teks pengacara majlis pelantikan pengawas
TRANSCRIPT
TEKS PENGACARAAN MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH DAN PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ANUM TUNKU ABDUL RAHMAN TAHUN 2015
Aturcara Teks Tindakan
Mula majlis Terima kasih saudari pengacara majlis
Bismillahirahmannirrahim….
Daun layu di tengah cerunTampak hijau pepohon cemaraTradiri Melayu turun-temurunPantun ditutur pembuka bicara
Assalamualaikum wbt , salam sejahtera, salam 1 Malaysia, Salam
Kedah Aman Makmur, Salam Kedah Serata-rata.
1. Yang berusaha, En. Osman bin Noor, Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Sekolah Sukan
Negeri Kedah
2. En. Wahid Zukni bin Dali, Penolong Kanan Pentadbiran
3. Pn Azizah binti Darus, Penolong kanan Hal Ehwal Murid
4. En. Barkis bin Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum
5. Pn. Khidzirah binti Arif, Penolong Kanan Tingkatan 6
6. Guru-guru Kanan, Guru-guru Cemerlang, Kaunselor sekolah,
Barisan guru, Barisan Pengawas dan Rakan pelajar sekalian.
Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dapat kita berkumpul semula pada
perhimpunan hari ini. Untuk makluman semua, perhimpunan kita pada
hari ini, akan diteruskan dengan majlis penyerahan watikah dan
pelantikan pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum
Tunku Abdul Rahman, Sekolah Sukan Negeri Kedah bagi tahun 2015.
Majlis Penyerahan Watikah dan Pelantikan Pengawas ini, diadakan
bertujuan untuk, mengiktiraf pengawas sekolah yang telah dilantik dan
seterusnya diharap dapat menjadi pemangkin semangat kepada para
pengawas ini supaya dapat menggalas tugas dengan penuh amanah dan
jati diri yang tinggi.
Berdasarkan transformasi yang telah dilakukan dalam pengurusan
pengawas sekolah tahun lalu, sembilan jawatankuasa telah dibentuk
dengan tujuan memberi lebih banyak peluang kepada pelajar untuk
dilantik dan diiktiraf sebagai pengawas. Jawatankuasa tersebut ialah:
jawatankuasa skim pinjaman buku teks (SPBT),
jawatankuasa kebajikan
jawatankuasa kesihatan
jawatankuasa kantin
jawatankuasa perhimpunan
jawatankuasa surau dan kerohanian
jawatankuasa pembangunan sahsiah pelajar
jawatankuasa pusat sumber sekolah serta
jawtankuasa ICT
Pada tahun ini, seramai 120 orang pelajar telah diberi kepercayaan dan
dilantik sebagai pengawas sekolah.
Untuk itu, bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Puan Azizah binti Darus, Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid untuk menjemput dan mengiringi Yang Berusaha, En.
Osman bin Noor, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku
Anum Tunku Abdul Rahman untuk menyampaikan watikah pelantikan
kepada para pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum
Tunku Abdul Rahman, Sekolah Sukan Negeri Kedah bagi tahun 2015.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Penyampaian Watikah
Dimulakan dengan JAWATANKUASA INDUK BADAN PENGAWAS
2015.
Dijemput,
(RUJUK SENARAI NAMA)
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan
pengetua atas kesudian menyempurnakan acara pada pagi ini.
Lafaz ikrar Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan lafaz ikrar pengawas. Lafaz ikrar
pengawas ini akan dipimpin oleh saudara MUHAMMAD AMIR
ADLEY BIN MARZUKAI Ketua Pengawas Sekolah Menengah
Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman.
Majlis mempersilakan.
------------------------LAFAZ IKRAR-------------------------------------
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas lafaz ikrar pengawas itu
tadi.
Majlis berakhir
Hadirin hadirat sekalian,
Dengan berakhirnya lafaz ikrar pengawas itu tadi , maka berakhirlah
Majlis Penyerahan Watikah Dan Pelantikan Pengawas Sekolah
Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Sekolah
Sukan Negeri Kedah bagi tahun 2015. Majlis mengucapkan setinggi-
tinggi tahniah kepada semua pengawas yang telah dilantik. Harapan,
agar semua pengawas ini, dapat menggalas tanggungjawab dan amanah
yang diberikan dengan dedikasi dan komitmen yang tinggi.
Ucapan Pengetua
Hadirin sekalian
Majlis perhimpunan pada pagi ini diteruskan lagi dengan ucapan
pengetua. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang
Berusaha, En. Osman bin Noor, Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman untuk menyampaikan
ucapan.
Majlis mempersilakan.