teks ucapan kppa sempena perhimpunan bulanan jpa
TRANSCRIPT
UCAPAN
YANG BERBAHAGIA TAN SRI
MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
PERHIMPUNAN BULANAN JPA
BERTEMAKAN
KEJAYAAN 2014, INSPIRASI 2015
17 DISEMBER 2014, 8.30 PAGI
AUDITORIUM JPA, BLOK C1
2
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Transformasi dan
Salam “1Malaysia: Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
[SALUTATIONS DISEDIAKAN DI ATAS
ROSTRUM]
Marilah bersama-sama kita panjatkan
setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak
terhingga ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah dan izin-Nya jua, Majlis
Perhimpunan Bulanan JPA bagi bulan
Disember tahun 2014 dapat diadakan
pada hari.
3
2. Terlebih dahulu saya ucapkan
terima kasih kepada semua yang hadir
pada perhimpunan pagi ini dan saya
amat berharap semoga komitmen
seperti ini dapat dikekal dan
diteruskan pada masa akan datang.
Terima kasih juga diucapkan kepada
Bahagian Pengurusan Maklumat yang
merupakan penganjur Perhimpunan
Bulanan JPA pada kali ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya
kasihi sekalian.
3. Sedar tak sedar kita sekarang
berada di penghujung tahun 2014. Ini
4
bermakna kita telah lebih 11 bulan
dalam tahun 2014 dan akan
melangkah masuk ke tahun 2015.
Sesuai dengan tema perhimpunan kali
ini, “Kejayaan 2014, Inspirasi 2015”,
marilah kita sama-sama mengimbau
kembali program-program yang telah
dilaksanakan sepanjang tahun 2014.
Semoga ia dapat memberi inspirasi
untuk kita merancang kejayaan yang
lebih cemerlang dan gemilang pada
tahun 2015.
5
KEJAYAAN 2014: KEMBARA
TRANSFORMASI PERKHIDMATAN
AWAM
Yang Berbahagia Dato’- Dato’, Datin-
Datin, tuan-tuan dan puan-puan yang
saya kasihi sekalian,
4. Suka saya mengingat kembali
ucapan Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri di dalam Ucapan
Bajet 2014. Kata beliau,
“Transformasi Perkhidmatan Awam
menjadi satu kemestian bagi
mengukuh dan menyusun semula
organisasi supaya relevan dengan
6
perkembangan semasa”. Untuk
makluman tuan-tuan dan puan-puan,
JPA adalah salah satu enjin utama
Kerajaan memulakan agenda
transformasi ini. Ia dilaksanakan
melalui Kerangka Kerja Transformasi
Perkhidmatan Awam yang
bermatlamat untuk mewujudkan
Perkhidmatan Awam yang berprestasi
tinggi, berintegriti, dinamik dan
berjiwa rakyat.
5. Selaras dengan matlamat
merealisasikan Malaysia sebagai
sebuah negara maju berpendapatan
tinggi menjelang tahun 2020, JPA
7
telah diberi mandat untuk menerajui
transformasi perkhidmatan awam.
Yang Berbahagia Tan Sri Ketua
Setiausaha Negara semasa berucap
sempena Majlis Perdana
Perkhidmatan Awam Ketiga Belas
atau MAPPA ke 13 pada 11 Mac 2013
menyatakan bahawa, ‘paradigma baru
dalam konteks transformasi negara
menuntut supaya perkhidmatan awam
perlu lebih anjal atau fleksibel dalam
menyampaikan perkhidmatan kepada
rakyat.’ Sehubungan itu, beliau
mengumumkan bahawa transformasi
hendaklah dimulakan oleh dua agensi
utama kerajaan iaitu Jabatan
8
Perkhidmatan Awam dan Kementerian
Kewangan.
6. Proses transformasi
perkhidmatan awam bermula dengan
penghasilan Kerangka Transformasi
Perkhidmatan Awam atau lebih
dikenali sebagai KTPA oleh JPA
menggunakan kepakaran dalaman
melalui proses konsultasi, dapatan
kajian dan pandangan daripada
dalaman dan luaran JPA. KTPA telah
diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet
Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor
Awam atau JKK-MPGSA yang
dipengerusikan oleh Yang Amat
9
Berhormat Perdana Menteri pada 16
Julai 2013. KTPA kemudiannya
dibentangkan dalam Mesyuarat Ketua-
Ketua Setiausaha Kementerian dan
Setiausaha-Setiausaha Kerajaan
Negeri pada 26 Julai 2013 dan
Mesyuarat Ketua Setiausaha – Ketua
Perkhidmatan pada 10 September
2013 di mana transformasi
perkhidmatan awam yang mengguna
pakai KTPA disarankan agar
diperluaskan ke semua kementerian
dan pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri.
10
7. Komitmen Kerajaan dalam
melaksanakan pelan transformasi
ditekankan oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri semasa
pembentangan Bajet 2014 pada 25
Oktober 2013 dimana beliau
menegaskan bahawa Kerajaan akan
melaksanakan pelan transformasi di
setiap kementerian bagi
meningkatkan sistem penyampaian
perkhidmatan supaya kekal relevan.
Mesyuarat Ketua Setiausaha – Ketua
Perkhidmatan yang dipengerusikan
oleh Yang Berbahagia KSN pada 4
Februari 2014 kemudiannya telah
memutuskan bahawa setiap
11
kementerian dan agensi Kerajaan
hendaklah mengambil inisiatif untuk
memulakan langkah transformasi
kementerian dan agensi masing-
masing dan melaporkan kemajuan
inisiatif transformasi perkhidmatan
awam di setiap organisasi secara
bergilir-gilir dalam mesyuarat
tersebut.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya
kasihi sekalian,
8. JPA sebagai peneraju
transformasi sektor awam telah
mengambil inisiatif untuk
12
melaksanakan Lab Transformasi
Perkhidmatan Awam bagi membantu
kementerian - kementerian
menyediakan pelan transformasi
masing-masing. Penganjuran Lab telah
diadakan dengan jayanya di INTAN
Bukit Kiara dengan penglibatan 22
kementerian mulai bulan April hingga
Jun 2014.
9. Hasil daripada Lab tersebut,
sebanyak 22 pelan transformasi
kementerian telah berjaya dirangka.
Susulan itu, lima kementerian telah
membentang pelan transformasi
masing-masing dalam Mesyuarat
13
KPPA Bersama KSU dan SUK. Lima
kementerian tersebut adalah
Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat,
Kementerian Luar Negeri,
Kementerian Kerja Raya,
Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri dan
Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani.
10. Dua kementerian kemudiannya
menyusul iaitu Kementerian
Kesihatan telah membentangkan
dalam Mesyuarat KSN bersama
dengan KSU dan Ketua Perkhidmatan
14
pada 11 Julai 2014 dan Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
dalam Mesyuarat Pengurusan
Tertinggi JPA pada 8 Oktober 2014.
11. Kembara Transformasi diteruskan
lagi dengan mengadakan Lab
Transformasi di peringkat Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri. Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri yang
pertama ialah Negeri Perlis yang telah
diadakan pada 25 hingga 27 November
2014 di Kangar, Perlis dengan
penglibatan seramai 50 orang peserta
yang terdiri daripada ketua-ketua
jabatan dan pegawai di peringkat
15
Pejabat Setiausaha Kerjaaan Negeri
Perlis, agensi negeri dan persekutuan
di Negeri Perlis.
IMPAK BITARA INISIATIF
TRANSFORMASI JPA
Warga JPA yang saya kasihi sekalian,
12. Bagi tahun 2014, sebanyak 123
Inisiatif telah dirancang dan
dilaksanakan. Antara inisiatif
berimpak tinggi di bawah Pelan
Transformasi JPA ialah Inisiatif TAPS-
STAR Gen. Bagi inisiatif ini, seramai
40 graduan cemerlang telah
16
ditempatkan di jabatan-jabatan
kerajaan di bawah program Talent
Acceleration in the Public Service
atau TAPS. Manakala bagi program
Scholarship Talent Attraction and
Retention atau dikenali sebagai
STAR, seramai 756 graduan telah
ditempatkan di syarikat yang
berdaftar di bawah program STAR bagi
tempoh Januari hingga Oktober 2014.
Bagi menarik lebih ramai graduan
menyertai program ini, pendedahan
kepada graduan mengenai peluang
pekerjaan di syarikat swasta telah
diperkenalkan menerusi program
Jabatan Perkhidmatan Awam-
17
Management Apprenticeship
Programme. Seramai 113 graduan
telah ditempatkan di 30 syarikat
swasta di bawah program tersebut.
13. Inisiatif seterusnya ialah Kajian
Penambahbaikan Skim Perkhidmatan.
Usaha ini adalah selaras dengan
amanat Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri sewaktu ucapan
Bajet 2014 yang telah
mengumumkan penambahbaikan skim
perkhidmatan bagi menarik dan
mengekalkan modal insan terbaik
dalam perkhidmatan awam, selain
memantapkan fungsi perkhidmatan,
18
menambah baik laluan kerjaya serta
mobiliti pegawai awam. Kertas
cadangan penambahbaikan bagi 100
skim perkhidmatan telah
dibentangkan kepada Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri pada 19
September 2014, kini masih dalam
proses diperhalusi dan
diperkemaskan.
14. Inisiatif Ketiga ialah Kajian
Penstrukturan Semula Pihak Berkuasa
Tempatan dan Badan Berkanun
Negeri. JPA telah memberi tumpuan
utama bagi pelaksanaan inisiatif
penstrukturan semula 98 PBT dan 67
19
BBN di Semenanjung Malaysia. Kajian
tersebut yang dimulakan pada bulan
Januari 2014 bertujuan untuk
menambah baik laluan kerjaya,
mobiliti dan pengalaman kerja
pegawai dan membuka peluang
kenaikan pangkat paling tinggi dalam
agensi kepada semua pegawai tanpa
mengambil kira skim perkhidmatan.
15. JPA juga telah menjalankan
Kajian Perjawatan Sektor Kesihatan
dan Keselamatan yang bertujuan
untuk menampung keperluan
perjawatan baharu iaitu 19,328
perjawatan bagi fasiliti baharu di
20
hospital dan klinik kesihatan. Bagi
sektor keselamatan, sebanyak 7,743
perjawatan baharu telah diwujudkan
di bawah Kementerian Dalam Negeri
dengan pecahan PDRM, Jabatan
Imigresen dan Jabatan Penjara. Di
samping itu, 650 perjawatan baharu
telah diwujudkan di bawah
Kementerian Pertahanan untuk
keperluan ESSCOM dan 148
perjawatan baharu bagi SPRM.
16. 1Malaysia Civil Service
Retirement Support atau 1PESARA
merupakan salah satu inisiatif JPA
dalam usaha merakyatkan
21
perkhidmatan, khususnya para pesara.
Portal 1PESARA telah diwujudkan
melalui pendekatan Strategi Lautan
Biru Kebangsaan atau NBOS dan
Smart Partnership yang diterajui oleh
JPA. Inisiatif transformasi ini penting
bagi menjaga kebajikan pesara
penjawat awam dengan menawarkan
lima teras perkhidmatan iaitu
kesejahteraan rakyat, panduan
bekerja semula, pembangunan
keusahawanan, pengurusan kewangan
dan kelangsungan kesihatan. Portal
ini telah dilancarkan pada 1 April 2014
di Hospital Putrajaya. Sehingga
November 2014, capaian pengguna
22
portal tersebut adalah sebanyak
62,234 hits. Capaian tertinggi oleh
pengguna adalah aplikasi online dan
e-MASS iaitu Electronic Medical
Automation Supply System.
17. JPA telah menjalin kejasama erat
dengan kementerian, Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pihak
Berkuasa Tempatan bagi menganjur
program Semarakkan Transformasi
bertujuan memberi pendedahan
kepada penjawat awam dan orang
ramai mengenai inisiatif transformasi
yang telah dijalankan oleh Kerajaan.
Program ini telah diadakan di
23
Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar pada 27 Februari 2014,
Kementerian Kesihatan pada 21 Mac
2014, Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan pada 4 April 2014 dan
Kementerian Pendidikan pada 11 April
2014.
18. Bagi pemantapan pengetahuan
dan kefahaman pegawai dan warga
JPA pula, Bahagian Transformasi
Sektor Awam, Jabatan Perkhidmatan
Awam dengan kerjasama bahagian-
bahagian di JPA telah mengadakan
24
program Persada Transformasi
sebanyak tiga kali pada tahun ini.
GST MEMACU TRANSFORMASI
PERCUKAIAN NEGARA
Tuan-tuan dan puan-puan Warga JPA
yang saya kasihi sekalian,
19. Kerajaan akan melaksanakan
Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)
bermula 1 April 2015. Langkah di
bawah Transformasi Fiskal ini
bertujuan untuk meneguhkan
ketahanan ekonomi negara bagi
jangka masa panjang. Secara
25
umumnya, GST bukanlah cukai baru
tetapi sistem cukai yang dimantapkan
dan lebih bersifat kepenggunaan bagi
menggantikan sistem percukaian
sedia ada iaitu Cukai Jualan (1972)
dan Cukai Perkhidmatan (1975). Ia
diperkenalkan untuk mewujudkan
sistem percukaian yang lebih efektif,
efisien, telus, mesra perniagaan dan
mampu menjana hasil yang lebih
stabil berbanding dengan cukai
semasa. GST ialah pendekatan
Kerajaan untuk mengelakkan ketirisan
daripada sistem percukaian negara
dan mempertingkatkan kutipan cukai.
Pelaksanaan GST dijangka akan
26
mengurangkan manipulasi harga dan
menambah pendapatan negara untuk
faedah rakyat dan sektor eksport
negara akan menjadi lebih kompetitif.
20. Lanjutan itu, seiring dengan
pengenalan dasar ini, Jabatan
Perkhidmatan Awam telah
mengaturkan beberapa siri jelajah
GST di seluruh negara bagi memberi
penerangan mengenai GST kepada
semua penjawat awam.
27
MALAYSIAN CRISIS INTERVENTION
TEAM (MCIT)
Warga JPA yang saya kasihi sekalian,
21. Tahun 2014 telah memberi kita
pelbagai asam garam kehidupan.
Dunia dikejutkan dengan kehilangan
pesawat MAS MH370 yang sehingga
kini tiada berita. Begitu juga dengan
tragedi pesawat MH17 pada 17 Julai
2014. Tragedi ini telah memberi kita
pengajaran dan membuka minda kita
dalam aspek perancangan yang jauh
ke hadapan. Pemikiran di luar
kebiasaan.
28
22. Dalam menangani situasi ini, JPA
berjaya memberi sumbangan dalam
bentuk khidmat kaunseling kepada
keluarga mangsa yang mengalami
tekanan perasaan dan gangguan
emosi melalui pasukan yang dibentuk
iaitu Malaysian Crisis Intervention
Team secara sukarela. Dengan berkat
usaha gigih JPA telah berjaya
menguruskan situasi genting ini
kepada situasi yang terkawal dan
dapat membantu meringankan
tekanan emosi keluarga mangsa.
29
PEMBUDAYAAN NILAI DAN INTEGRITI
DALAM PERKHIDMATAN AWAM
23. Tahun 2014 bakal meninggalkan
kita beberapa hari sahaja lagi.
Sepanjang tahun ini, terlalu banyak
cerita suka dan duka yang telah
ditempuhi bersama. Kita diuji dengan
pelbagai tragedi yang mencabar
kedaulatan negara. Kita dicabar
dengan keruntuhan moral dan
terhakisnya sikap kemanusiaan dalam
kalangan rakyat. Kita terpaksa
menelan pahitnya tanggapan rakyat
terhadap Perkhidmatan Awam apabila
ada dalam kalangan penjawat awam
30
yang didakwa atas tuduhan pecah
amanah, tidak integriti serta
mengambil rasuah.
24. Nilai, etos dan integriti yang
tinggi merupakan elemen yang amat
penting dalam Perkhidmatan Awam.
Dengan wujudnya integriti, nilai-nilai
murni dan semangat patriotisme serta
rasa cintakan negara, penjawat awam
akan lebih dihormati sekaligus
meyakinkan rakyat akan keikhlasan
dan kejujuran Kerajaan dalam
penyampaian perkhidmatan.
31
2. Saya ingin membawa Tuan-tuan
dan Puan-puan menelaah beberapa
laporan akhbar berkaitan
Perkhidmatan Awam kebelakangan
ini. Cerita-cerita berkaitan salah laku
dan perbuatan tidak berintegriti sering
menjadi tajuk utama di dada-dada
akhbar. Saya percaya seluruh
penjawat awam membaca mengenai
kisah Guru Dipenjara 50 Tahun yang
terpampang di dada akhbar 5
Disember yang lalu, penahanan
seorang pegawai kanan polis kerana
rasuah di Sarawak dan pendedahan
Laporan Audit Negara terhadap
jabatan dan kementerian.
32
3. Apatah lagi kalau ia berlaku
dalam lingkungan institusi
penguatkuasaan undang-undang
seperti Kastam atau Pihak Berkuasa
Tempatan. Contohnya, kelemahan
penguatkuasaan Pihak Berkuasa
Tempatan telah menyebabkan
polemik pencerobohan dan
penerokaan tanah secara haram di
Cameron Highland, seolah-olah tiada
titik noktahnya. Ini telah
menyebabkan berlakunya
kemusnahan alam sekitar dan
kehilangan jiwa akibat dari tanah
runtuh dan banjir lumpur. Kes
pencerobohan tanah rizab sungai dan
33
jalan, termasuk tanah kerajaan,
bukanlah kes baharu. Kes ini pernah
dilaporkan di dada akhbar berulang
kali dan terkini ianya timbul lagi
dengan bencana yang lebih buruk
serta melibatkan nyawa yang tidak
bersalah. Jika tiada berlaku
pelanggaran integriti yang didorong
oleh kerakusan nafsu dan sikap
mementingkan diri sendiri, maka
yakinlah perkara sebegini tidak akan
berlaku dan kita tidak akan
dimomokkan lagi dengan isu
ketidakpatuhan, aktiviti rasuah serta
penyelewengan yang berleluasa.
34
25. Menyentuh usaha kita dalam
melaksanakan Agenda Tranformasi
Perkhidmatan Awam, dengan
menerapkan dan memperkasakan
sistem tadbir urus dan integriti dalam
perkhidmatan awam, nampaknya nilai-
nilai ini telah membuahkan hasil.
Merujuk kepada Transparency
International mengenai Global
Corruption Index, peningkatan skor
daripada 49 pada tahun 2012 kepada
50 pada tahun 2013 dan 52 pada tahun
2014, dan berada pada kedudukan 50
dari 175 negara.
35
26. Ini menunjukkan kemajuan yang
positif bagi negara dan jika kita terus
tingkatkan momentum ini, saya
percaya kedudukan Malaysia pada
tahun 2015 akan bertambah baik.
INSPIRASI 2015
Warga JPA yang saya kasihi sekalian,
27. Dalam sesi terakhir Perhimpunan
Bulanan JPM bagi tahun 2014 di
Dataran Putra beberapa hari yang lalu,
Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri telah menggariskan empat
perkara penting buat penjawat awam
36
bagi mendepani cabaran dan ancaman
pada tahun 2015. Empat perkara yang
dinyatakan ialah Cabaran Keamanan;
Keselamatan dan Keharmonian;
Menangani Rasuah dan Salah Guna
Kuasa; dan Amalan Konsep Solidariti
Nasional serta Amalan Budaya
Berprestasi Tinggi.
28. Empat perkara itu perlu diberi
perhatian serius dan fokus oleh
penjawat awam bagi membolehkan
Malaysia mencatat kejayaan lebih
cemerlang pada masa depan. Empat
perkara tersebut juga adalah selaras
dengan Transformasi Perkhidmatan
37
Awam yang dilaksanakan untuk
memperkukuhkan agenda
transformasi Kerajaan melalui lima
teras strategik iaitu Mendaya Upaya
Bakat, Merekayasa Organisasi,
Merakyatkan Penyampaian
Perkhidmatan, Merangkum dan
Sepunya dan Membudaya Nilai.
Kelima-lima teras ini adalah bertujuan
untuk kita terus melonjakkan
pencapaian negara ke arah
mentransformasikan Malaysia di
persada dunia.
29. Pada tahun 2015, banyak program
dan inisiatif menanti. Antaranya ialah
38
inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru
Kebangsaan yang digagaskan oleh
Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri iaitu 1Malaysia Customer
Service of Civil Servants. Jabatan
Perkhidmatan Awam telah diberi
mandat untuk menerajui inisiatif ini
yang bertujuan untuk meningkatkan
sistem penyampaian kaunter
perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan
di peringkat Persekutuan dan juga
Negeri. Projek ini bertujuan untuk
meningkatkan tahap kepuasan
pelanggan dan sistem penyampaian
petugas barisan hadapan di sektor
awam.
39
30. Justeru itu, landasan kolaborasi
strategik bersama-sama agensi
swasta khususnya dalam bidang
latihan dan perkongsian amalan-
amalan terbaik akan dilaksanakan
bagi meningkatkan kualiti
penyampaian perkhidmatan barisan
hadapan agensi Kerajaan. Bagi
pelaksanaan awal sepuluh agensi
Kerajaan telah dikenal pasti dan akan
dijadikan sebagai projek rintis dalam
menjayakan 1Malaysia Customer
Service of Civil Servants.
31. Langsungan daripada projek
1Malaysia Customer Service of Civil
40
Servants, JPA akan melancarkan
salah satu inisiatif T100 iaitu projek
Digital by Default. Inisiatif ini
bertujuan untuk melaksanakan
saluran perkhidmatan melalui virtual
counter. Semua proses dan saluran
penyampaian di JPA akan dimudahkan
mengguna pakai pelbagai saluran
penyampaian secara digital.
32. Berikutan pelantikan Yang
Berbahagia Tan Sri Ketua Setiausaha
Negara sebagai Pengerusi
Commonwealth Association for Public
Administration and Management atau
CAPAM untuk penggal 2014 hingga
41
2016, Malaysia akan menganjurkan
pelbagai program yang berkaitan
dengan pengurusan dan pentadbiran,
diterajui oleh KSN yang akan
mengangkat kredibiliti Malaysia
selaku sebuah negara yang
mempunyai tadbir urus yang cekap
dan bereputasi tinggi.
33. Pada tahun 2015 juga, Malaysia
telah memenangi Kerusi Tidak Tetap
Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa Bersatu dengan memperoleh
187 daripada 192 jumlah undi.
Malaysia pernah menjadi anggota
tidak tetap Majlis Keselamatan PBB
42
sebanyak tiga kali iaitu pada 1965,
1989 hingga 1990 dan bagi tempoh
1999 hingga 2000. Kejayaan ini
merupakan satu pengiktirafan dunia
terhadap Malaysia.
34. Tambahan lagi, Malaysia juga
telah dilantik sebagai Pengerusi
Asean bagi tahun 2015 yang dilihat
akan menjadi sesuatu yang mencabar
dan menarik kerana Malaysia perlu
menjadi pemimpin dalam proses
menyatukan tindakan Asean sejajar
matlamat menjadi blok serantau yang
moden seperti Kesatuan Eropah dan
43
Perjanjian Perdagangan Bebas
Amerika Utara.
35. Tahun 2015 akan menjadi tahun
bersejarah bagi Malaysia dan Asean di
mana bersempena dengan pelantikan
Malaysia sebagai pengerusi,
Perkhidmatan Awam akan
menganjurkan Chief Secretary Head of
Civil Service Retreat. Diharapkan
Malaysia akan berjaya menempuh
tahun mencabar itu dan memberi
sumbangan penting ke arah hala tuju
masa depan Asean dalam usaha
menjadi sebuah lagi pertubuhan
gergasi serantau.
44
PENUTUP
Warga JPA yang saya kasihi sekalian,
36. Mengakhiri ucapan saya pada
hari ini, saya sekali lagi ingin
mengambil kesempatan di sini untuk
mengucapkan tahniah dan
merakamkan penghargaan kepada
Tuan-tuan dan Puan-puan yang telah
berjaya melaksanakan amanah
dan tanggunjawab yang diberikan
disepanjang 2014 ini dengan
cemerlang. Pastikan tuan-tuan dan
puan-puan kekalkan dan teruskan
kegemilangan ini.
45
37. Bagi yang kurang cemerlang,
tuan-tuan dan puan-puan harus
berusaha lebih gigih dan tanamkan
sikap dengan penuh azam untuk
kecemerlangan dan kegemilangan
pada tahun 2015.
Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh. Terima kasih.