temasya gemilang kolej keris mas 2008/9 · 4.4 memainkan peranan mahasiswa dalam penjagaan harta...

13
KERTAS KERJA PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA KOLEJ KERIS MAS TARIKH 8 MAC 2013 TEMPAT KOLEJ KERIS MAS ANJURAN EKSEKUTIF KEBAJIKAN, KAUNSELING DAN KESELAMATAN KOMUNITI MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR KOLEJ KERIS MAS SESI 2013/2014 KOLEJ INDAH PEMANGKIN MAHASISWA CEMERLANG

Upload: nguyennhi

Post on 16-Mar-2019

244 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

PROGRAM GOTONG – ROYONG PERDANA

KOLEJ KERIS MAS

TARIKH

8 MAC 2013

TEMPAT

KOLEJ KERIS MAS

ANJURAN

EKSEKUTIF KEBAJIKAN, KAUNSELING DAN

KESELAMATAN KOMUNITI

MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR

KOLEJ KERIS MAS

SESI 2013/2014

“KOLEJ INDAH PEMANGKIN MAHASISWA

CEMERLANG”

PROGRAM GOTONG – ROYONG PERDANA

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1 MAC 2014

“KOLEJ INDAH PEMANGKIN MAHASISWA CEMERLANG” 2

KERTAS KERJA

PROGRAM GOTONG – ROYONG PERDANA KOLEJ KERIS MAS

SESI 2013/2014

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan kelulusan

serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan Program

Gotong - royong Perdana Kolej Keris Mas bagi sesi 2013/2014.

2.0 PENGENALAN

Program Gotong-royong Perdana Kolej Keris Mas ini diadakan adalah bertujuan untuk

memperkemaskini frasarana dan infrastruktur kolej yang merupakan kediaman

mahasiswa/siswi Universiti Kebangsaan Malaysia. Pelbagai aktiviti akan dijalankan

bertujuan untuk mengindahkan dan menjamin keselesaan serta keselamatan penghuni

kolej disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara segenap penghuni

Kolej Keris Mas. Program ini akan melibatkan segenap ahli kolej bermulalah daripada

staf kolej hingga ke para pelajar. Anggaran bilangan peserta yang bakal menjayakan

Program Gotong-royong Perdana ini adalah seramai 600 orang. Program seumpama ini

diharap dapat dijadikan aktiviti tahunan kolej agar kesejahteraan Kolej Keris Mas dapat

diwarisi dari generasi ke generasi.

3.0 MISI

Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk

memastikan kelancaran program ini dengan

3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya

dapat membentuk mahasiswa/i yang berketrampilan dan berdisiplin.

3.2 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang

ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.

3.3 Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sepanjang dan selepas

pelaksanaan program.

4.0 MATLAMAT

Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran program adalah

PROGRAM GOTONG – ROYONG PERDANA

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1 MAC 2014

“KOLEJ INDAH PEMANGKIN MAHASISWA CEMERLANG” 3

4.1 Melahirkan mahasiswa/i yang prihatin untuk menjaga kebersihan sekitar kolej

kediaman

4.2 Memupuk sifat bekerjasama sesama mahasiswa/i dalam menjalankan sesuatu

tugas

4.3 Mendedahkan kepada mahasiswa/i tentng berfikir secara kreatif dan inovatif

4.4 Memainkan peranan mahasiswa dalam penjagaan harta benda kolej kediaman

4.5 Meningkatkan profesionalisme para peserta bekerja dalam berpasukan.

4.6 Menyedarkan peranan yang boleh dan patut dimainkan oleh mahasiswa/i dalam

pembangunan diri dan masyarakat sekeliling serta negara.

5.0 OBJEKTIF

Objektif penganjuran adalah berasaskan 8 Hasil Pembelajaran Pogram berasaskan

Pembangunan Insaniah (HP) seperti berikut :

5.1 Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban (HPP1) : Sifat memastikan setiap

perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil

lewa dan “acuh tak acuh” tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

5.2 Kemahiran Komunikasi (HPP2) : Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat

mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya

ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam

melaksanakan semua tugas dan kewajipan.

5.3 Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (HPP3):

Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya

memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk

sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu

sepanjang hayat.

5.4 Kemahiran Membina Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme (HPP4) : Rakyat

Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan

tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua

pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan

sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.

5.5 Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik

(HPP5): Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang.

Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu

PROGRAM GOTONG – ROYONG PERDANA

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1 MAC 2014

“KOLEJ INDAH PEMANGKIN MAHASISWA CEMERLANG” 4

memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua

bidang yang diceburi.

5.6 Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan (HPP6) : Kesetiaan sepenuhnya

kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara

yang tercinta.

5.7 Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan (HPP7): Ialah cara berhadapan

dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku

perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.

5.8 Kemahiran Kreatif dan Inovatif (HPP8) : Adalah kesediaan kita sebagai rakyat

Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang

kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu

menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk

kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa

bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.

6.0 TEMA

“KOLEJ INDAH PEMANGKIN MAHASISWA CEMERLANG”

Tema ini dipilih berdasarkan kesesuaian dengan konsep aktiviti yang dijalankan. Umum

mengetahui bahawa aspek kebersihan amat diutamakan dalam mewujudkan persekitaran

yang sihat serta memberangsangkan minda agar lebih cerdas. Suasana kolej kediaman

yang baik bakal melahirkan mahasiswa yang cemerlang dalam segenap aspek kerana

individu yang baik bermula daripada kediaman yang kondusif.

7.0 ANJURAN

Eksekutif Kebajikan, Kaunseling dan Keselamatan Komuniti

Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)

Kolej Keris Mas

Sesi 2013/2014

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 1 Mac 2014

Hari : Sabtu

Masa : 7.30 pagi - 2.00 petang

PROGRAM GOTONG – ROYONG PERDANA

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1 MAC 2014

“KOLEJ INDAH PEMANGKIN MAHASISWA CEMERLANG” 5

9.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat program akan dijalankan ialah di sekitar Kolej Keris Mas, UKM Bangi.

10.0 PUBLISITI

Publisiti bagi program ini akan dihebahkan di media massa seperti berikut :

10.1 Poster

10.2 Facebook

10.3 Banner

Poster akan ditampal di setiap aras 3 blok kediaman kolej agar pelajar dapat mengetahui

tentang program yang akan dijalankan. Banner juga akan digantung di hadapan Kolej

Keris Mas bagi memaklumkan kepada pihak luar kolej lain akan aktiviti yang akan

dijalankan. Jawatankuasa pelaksana juga bercadang menghebahkan mengenai program

ini menggunakan Facebook Kolej Keris Mas beberapa minggu sebelum program ini

berlangsung.

11.0 CADANGAN PERASMI

Cadangan perasmi adalah seperti berikut :

1) Y.Bhg. Dr. Ruslin bin Amir

Pengetua Kolej Keris Mas

2) Y.Brs. Tuan Haji Ishak bin Abdul Rahman

Timbalan Pengetua Kolej Keris Mas

3) Y.Brs. Tuan Mat Yusop bin Achin

Pengurus Kolej Keris Mas

12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Jumlah peserta : 600 orang

Bilangan urusetia : 8 orang urusetia

Bilangan pegawai : 15 orang kakitangan Kolej Keris Mas

13.0 STRUKTUR ORGANISASI

PROGRAM GOTONG – ROYONG PERDANA

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1 MAC 2014

“KOLEJ INDAH PEMANGKIN MAHASISWA CEMERLANG” 6

Rujuk Lampiran A

14.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

15.0 PERINCIAN PROGRAM

15.1 Sesi Taklimat dari Ketua Program

Ketua program akan memberi tentatif program dan menerangkan perjalanan

program. Para peserta akan diberitahu mengenai pakaian dan tempat di mana

aktiviti berlangsung.

15.2 Aktiviti senamrobik

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kesedaran dalam penjagaan tubuh badan dan

mengeratkan lagi hubungan antara peserta sebelum memulakan aktiviti gotong-

royong. Aktiviti ini dilakukan di gelanggang Kolej Keris Mas dan diketuai oleh

instruktor senamrobik.

15.2 Aktiviti gotong-royong

Aktiviti gotong-royong bagi menceriakan sekitar kawasan kolej termasuk blok

pentadbiran dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekitar Kolej Keris Mas.

Aktiviti seperti mengecat tempat parking kenderaan dan parking khas bagi felo

akan diwujudkan. Kotak aduan disetiap aras 3 blok kediaman juga akan disediakan

bagi memudahkan sebarang laporan atau aduan kerosakan yang terdapat di blok

kediaman. Disamping itu,kami akan membantu pihak BSMM untuk menceriakan

Bilik Rawatan agar lebih dikenali oleh penghuni kolej.

15.3 Pertandingan Blok Tercantik

Slot ini bertujuan mengwujudkan suasana harmonis di kalangan peserta agar

interaksi berkesan dapat diterjemahkan dalam bentuk kelancaran program. Di sini

juga para peserta akan dibahagikan secara berkumpulan mengikut blok kediaman

masing-masing dan diberi masa selama beberapa minggu bermula daripada tarikh

program dijalankan untuk menghiaskan blok-blok kediaman. Pemarkahan akan

dijalankan secara berperingkat-peringkat.

15.4 Aktiviti Rewang Kolej Keris Mas

Aktiviti ini bertujuan mewujudkan suasana harmonis antara segenap ahli

masyarakat yang terdapat di Kolej Keris Mas. Aktiviti ini dijalankan dengan

memerlukan kerjasama daripada semua dalam penyediaan makanan seperi

makanan tengahari dengan cara memasak secara beramai-ramai termasuk wakil

daripada setiap blok kediaman dan juga pihak pengurusan.

PROGRAM GOTONG – ROYONG PERDANA

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1 MAC 2014

“KOLEJ INDAH PEMANGKIN MAHASISWA CEMERLANG” 7

16.0 LANGKAH KESELAMATAN

Bagi memastikan program yang dianjurkan berjalan dengan lancar, pihak ahli

jawatankuasa telah mengambil beberapa langkah keselamatan antaranya :

1. Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) akan membantu pihak urusetia mengendalikan

sebarang kes kecemasan yang berkemungkinan terjadi sepanjang penganjuran

program.

2. Peti Kecemasan akan dibekalkan sekiranya terdapat kecederaan yang menimpa mana-

mana peserta program dengan pengendalian daripada ahli BSMM.

3. Para peserta akan diberikan taklimat keselamatan terlebih dahulu sebelum aktiviti

gotong-royong bermula bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini

terjadi.

4. Pihak urusetia akan bersedia dengan apa jua kemungkinan yang bakal terjadi.

16.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C.

17.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila

hubungi :

Pejabat MEP,

Aras 2, Pusat Kemudahan Kolej,

Kolej Keris Mas,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 UKM Bangi,

Selangor Darul Ehsan.

(u/p : Iza Rozwan Iskandar bin Zakaria : 017-2116711)

Tel : 03-8921 4010

Faks : 03-8921 4009

E-mel : [email protected]

PROGRAM GOTONG – ROYONG PERDANA

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1 MAC 2014

“KOLEJ INDAH PEMANGKIN MAHASISWA CEMERLANG” 8

18.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar kertas kerja Program Gotong – royong Perdana Kolej Keris

Mas sesi 2013/2014 ini mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan

Pelajar (JPPel) dan mendapat pertimbangan sewajarnya serta meluluskan permohonan

bantuan kewangan seperti yang telah dinyatakan. Selain itu, adalah menjadi harapan

agar program ini dapat dijayakan dengan lancar dan mencapai segala objektif yang telah

digariskan. Penganjuran program seumpama ini juga diharapkan dapat memberi

manfaat kepada barisan kepimpinan Kolej Keris Mas yang akan sedaya-upaya memerah

tenaga dan buah fikiran bagi kecemerlangan kolej. Program sebegini akan menjadi suatu

pengalaman, sekaligus menjadi pemangkin dan batu loncatan buat mereka dalam

menempuh alam pekerjaan kelak. Segala kerjasama yang diberikan bagi menjayakan

program ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

Izarozwan

IZA ROZWAN ISKANDAR BIN

ZAKARIA

Ketua Pengarah

Program Gotong-royong Perdana

Kolej Keris Mas

Sesi 2013/2014

Universiti Kebangsaan Malaysia

Disemak oleh,

MOHD FARID BIN IBRAHM@IBRAHIM

Ketua Eksekutif

Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)

Kolej Keris Mas

Sesi 2013/2014

Universiti Kebangsaan Malaysia

Disokong oleh,

Hainnur Aqma binti Rahim

Felo Penasihat

Eksekutif Kebajikan, Kaunseling dan

Keselamatan Komunti

Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)

Kolej Keris Mas

Sesi 2013/2014

Disahkan oleh,

DR. RUSLIN BIN AMIR

Pengetua

Kolej Keris Mas

Universiti Kebangsaan Malaysia.

PROGRAM GOTONG – ROYONG PERDANA

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1 MAC 2014

“KOLEJ INDAH PEMANGKIN MAHASISWA CEMERLANG” 9

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA

KOLEJ KERIS MAS

SESI 2013/2014

Penaung

Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor, UKM

Pengerusi

Y.Bhg. Prof. Ir. Othman A. Karim

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

Penyelaras

Tuan Haji Musa Zainal Abidin Othman

Timbalan Pendaftar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM

Penasihat Utama

Dr. Ruslin bin Amir

Pengetua Kolej Keris Mas

Penasihat

Tuan Haji Ishak bin Abdul Rahman

Timbalan Pengetua Kolej Keris Mas

En. Mat Yusop bin Achin

Pengurus Hal Ehwal Pelajar Kolej Keris Mas, UKM

Muhamad Hafiz bin Md Saad

Felo Kanan Kolej Keris Mas, UKM

Felo Penasihat

Hainnur Aqma binti Rahim

Felo Penasihat Eksekutif Kebajikan, Kaunseling dan Keselamatan Komunti

Kolej Keris Mas, UKM

Ketua Eksekutif

Mohd Farid bin Ibarahim@Ibrahim

Ketua Eksekutif

PROGRAM GOTONG – ROYONG PERDANA

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1 MAC 2014

“KOLEJ INDAH PEMANGKIN MAHASISWA CEMERLANG” 10

Majlis Eksekutif Pelajar

Kolej Keris Mas

Ketua Pengarah Iza Rozwan Iskandar bin Zakaria

Eksekutif Kebajikan, Kaunseling dan Keselamatan Komuniti

Majlis Eksekutif Pelajar

Kolej Keris Mas

017-2116711

Timbalan Ketua Pengarah 1

Mohd Mahafizi bin Mustapa

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan/ 1/ A143372

017-7989246

Timbalan Ketua Pengarah 2

Nurhazarifah binti Zaman

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 1/ A146356

013-3736589

Setiausaha

Humaira binti Ghazali

Fakulti / 1/ A145587

011-29270916

Bendahari

Fatin Inani binti Ahmad zailani

Fakulti / 1/ A145516

016-5831945

Pengarah Pertandingan Blok : Noorasliza binti Zaman

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan / 1 / A143308

Pengarah Aktiviti Rewang : Nor Ain Suhaida binti Nofiah

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 1/ A145386

Pengarah Sijil & Cenderahati : Nursyuhada binti Sai’an

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 1/ A145341

Pengarah Protokol dan Teknikal : Nur Syuhada binti Md Zain

PROGRAM GOTONG – ROYONG PERDANA

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1 MAC 2014

“KOLEJ INDAH PEMANGKIN MAHASISWA CEMERLANG” 11

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan / 1/ A143307

LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM GOTONG – ROYONG PERDANA

KOLEJ KERIS MAS 2013/2014

SABTU , 1 MAC 2014

MASA PERKARA TEMPAT

7.00 pagi

Berkumpul di dewan besar kolej Dewan Besar KKM

7.30 pagi

Aktiviti senamrobik

Dewan Besar KKM

8.00 pagi

Taklimat dari Ketua Program

8.30 pagi

Bermula aktiviti :

-Aktiviti Gotong – royong

-Pertandingan Blok Tercantik

-Aktiviti Rewang

Sekitar Kolej Keris Mas

12.00 tengahari

Makan tengahari dan berkemas

Kafeteria KKM

1.30 tengahari

Majlis Penutup

2.00 petang

Bersurai Kafeteria KKM

PROGRAM GOTONG – ROYONG PERDANA

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1 MAC 2014

“KOLEJ INDAH PEMANGKIN MAHASISWA CEMERLANG” 12

LAMPIRAN C

BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

BIL PERKARA RM

1.

2.

Tabung Pengetua Kolej Keris Mas

Jabatan Perkhidmatan Pelajar

1 735

500

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN

2 235

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA RM

1.

2.

Jamuan :

Makanan :

Bihun goreng (300 orang)

Bubur kacang (300 orang)

Buah-buahan

Minuman :

Air Sirap (1000 orang)

Hadiah dan Penghargaan :

Pertandingan Blok Tercantik (Lelaki dan

Perempuan)

Pertama : RM 250

Kedua : RM 200

Ketiga : RM 150

Senamrobik :

Instructor

300

150

100

150

1 050

50

PROGRAM GOTONG – ROYONG PERDANA

KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1 MAC 2014

“KOLEJ INDAH PEMANGKIN MAHASISWA CEMERLANG” 13

3.

4.

5.

Barang Keperluan :

Pinggan dan Cawan Polystrene (200 orang)

Sudu dan garfu

Tisu

Beg Plastik

Tong gas

Publisiti :

Banner 8’ × 4’(RM 110 × 1 keping)

Poster (RM 2.00 x 10 keping)

Rencam dan Pengurusan

100

20

20

10

100

50

20

115

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN

2 235