tenun pahang diraja
DESCRIPTION
In Bahasa Malaysia. Ask-To DownloadTRANSCRIPT
MGM 1139
Strategic Management
2011
ASSESSMENT TOPIC;
PREPARED FOR;
PUAN HAFIZAH
STUDENT NAME MATRIC NO. MUHAMMAD SHAFIQ BIN MOHD NOR C03004372 PUTERI ROZANA BT ABDULLAH C03004337 AZ AISY NOOR ATHIA ASYKIN BIN AZLAN JUMAT
C03004365
( Enter Your Name )
( Matric No.)
Pengenalan
Tenun merupakan warisan budaya nasional yang bernilai tinggi sekaligus mencerminkan
budaya bangsa. Saat ini, tenun dapat dimodifikasi sebagai satu pilihan dalam gaya busana
wanita. Tenun dapat digunakan untuk pernikahan, acara formal, dan busana kerja. Tenun bahkan
digunakan sebagai busana seharian untuk menampilkan gaya budaya etnik. Modifikasi tenun
membawa angin segar serta nafas baru dalam industri dan dunia fashion. Akhir-akhir ini, para
fashion designer tanah air banyak desain serta membuat busana berdasarkan tenun. Usaha ini
tentunya didukung oleh para pecinta busana. Pecinta tenun pun terus memberikan semangat agar
para desainer terus berkarya sekaligus melestarikan budaya bangsa.
Fabrik tenunan Pahang telah menjadi sebahagian daripada kebudayaan rakyat Malaysia
yang digunakan terutama dalam upacara kehormatan dan rasmi. Tenun DiRaja Pahang dihasilkan
mengikut kaedah tradisional dengan mengekalkan kehalusan seni dan mendapat pujian serta
perhatian penggemar barangan tradisi dalam dan luar Negara.
Seni tenunan Pahang berasal dari Bandar Diraja Pekan yang dipercayai dibawa dari
Sulawesi pada abad keenam belas masihi oleh seorang Pembesar Bugis, Tuk Tuan (Keraing Aji)
yang menetap di Kampung Mengkasar.
Kompleks Pengembangan Tenun Pahang DiRaja Sultan Haji Ahmad Shah di Kampung
Soi, Kuantan telah beroperasi dengan penumpuan untuk meningkatkan pengeluaran dan kualiti
produk Tenun Pahang DiRaja,
Kain Tenun Pahang yang biasanya digunakan untuk kain sarong,sampin dan selendang
juga diaplikasikan dalam rekaan fesyen moden selari dengan citarasa terkini. Ia turut digunakan
oleh pereka fesyen tempatan dan luar Negara terutamanya untuk mahlis rasmi kerajaan,
perkahwinan dan adat istiadat DiRaja.
1. Motif
Ragamhias masih dipertahankan terutama dalam aspek pembahagian dan penempatan beberapa
bentuk bahagian kain seperti kepala, kaki dan badan kain. Penyusunan motif pula terbahagi
kepada dua susunan bunga penuh dan bunga tabur.
1.1 Motif kain songket terdiri daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan.
1.2 Motif yang sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk
buah-buahan.
1.3 Motif-motif rekacorak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-
bungaan.
1.4 Dengan teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak
geometric.
1.5 Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau
susunan bercorak.
1.6 Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan dikepala kain.
1.7 Manakala motif 'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain (border design).
2. Bahan dan Alat
Benang dan pewarna ialah bahannya. Alatnya pula terdiri daripada kek tenunan, kek mengarat,
rahak, peleting buluh (bobbin), lidi daun kelapa, papan gulung, anak kayu, dua belira, sikat dan
jentera, jarum culik, batang anak kayu, kayu karat, benang losen, lidi nibung atau buluh, benang
batang bunga songket, darwin pakan, darwin benang emas, cuban, torak pakan, torak benang
emas dan sumbi.
3. Proses Perwarnaan Benang
3.1 Proses pertama adalah pencelupan warna :
Tidak seperti batik yang menggunakan cara "menggambar "pada selembar kain jadi,
pembuatan tenun adalah dengan menenun benang menjadi selembar kain dengan motif yang
dirancang sejak dari pencelupan warna benang sesuai dengan yang diinginkan.
3.2 Proses kedua adalah Kelos dan palet ( memintal )
Untuk memudahkan dalam menata benang, setelah dicelup, benang dijemur hingga kering.
setelahnya, benang dipintal dalam gulungan-gulungan kecil yang disebut kelos atau palet
3.3 Proses ketiga adalah Sekir (menata benang menjadi motif)
Proses ini adalah proses paling rumit, kerana seorang penenun harus menata benang halus
(sejumlah 2100 helai benang untuk menghasilkan satu motif tertentu kain tenun selebar 70
cm). Setiap motif memiliki rumus yang berbeza (sama ada Motif Klasik/Motif
Kontemporeri).
4. Teknik dan Proses
Setelah benang dibersihkan dan dimasukkan ke dalam pencelup warna, ia dibilas dengan air dan
dijemur hingga kering. Lapan proses lagi yang terlibat sebelum sesuatu tenunan boleh disiapkan
ialah melerai, menganing, menggulung, menyampuk, menghubung, mengarak, menyolek dan
menenun.
4.1 Melerai
Benang yang telah kering dimasukkan ke dalam sejenis alat yang bernama rahak untuk
diputarkan pada satu alat yang bernama peleting. Proses ini dipanggil melerai. Terdapat dua jenis
rahak, iaitu darwin pakan dan darwin emas. Darwin pakan digunakan untuk benang pakan
sahaja. Ia diperbuat daripada buluh dan tali atau rotan. Darwin emas pula digunakan untuk
benang emas sahaja dan diperbuat daripada kayu atau dawai kerana benang emas kasar dan
berat.
4.2 Menganing
Benang yang telah menjalani proses melerai dimasukkan ke dalam alat menganing untuk
menentukan ukuran panjang benang yang hendak dimuatkan pada alat ini. Biasanya segulung
benang pakan atau seloseng yang berukuran 26 - 31 m boleh menghasilkan 12 - 14 helai kain.
4.3 Menggulung
Benang yang telah dianing akan digulung pada papan gulung mengikut lebar gigi jentera dan
panjang losen pada papan gulung yang hendak dipasung. Losen ialah benang yang memanjang
pada kek. Kedudukan benang perlu diperiksa setiap tiga kali menggulung untuk memastikan
susunan kemas.
4.4 Menyampuk
Menyampuk ialah proses memasukkan benang losen ke dalam gigi jentera atau sikat. Biasanya,
proses ini dilakukan di dalam kek mengarak supaya senang untuk menyampuk benang kepada
jentera. Setiap lubang sikat disusukan dua urat benang losen. Pada kedua belah hujung sikat itu
disusukkan empat urat benang supaya tepi kain tidak terkoyak apabila disangkutkan pada kayu
sumbi kain. Sumbi kain ialah sebatang anak kayu yang mempunyai paku di kedua-dua belah
hujungnya. Sumbi kain menjaga tepi kain tenun supaya sama jarak dan tidak berkedut.
4.5 Menghubung
Menghubung ialah proses menyambungkan benang daripada losen kepada benang yang
tertinggal pada jentera. Cara ikatannya dipanggil ubung tindas. Proses ini bertujuan
menyambungkan benang losen untuk menenun. Meja kecil dinamakan meja hidangan berukuran
10 cm panjang, 8 cm lebar dan 20 cm digunakan untuk menghubung.
4.6 Mengarak
Kerja mengarak dilakukan setelah selesai proses menyampuk. Mengarak dilakukan dengan
melilit benang asing atau benang karat kepada kayu karat, termasuk benang losen. Jumlah karat
yang digunakan biasanya hanya dua karat dan setiap karat mempunyai empat batang anak kayu.
4.7 Menyolek
Kerja menyolek bunga merupakan kerja yang paling rumit dalam proses menenun kain songket.
Cara menyolek reka corak adalah dengan menyusulkan lidi-lidi buluh pada benang losen yang
dikehendaki. Biasanya kain songket ditenun dengan teknik tekat tiga atau tekat lima. Jika
menggunakan tekat lima, setiap lima unit benang losen, satu benang alas ditolak ke bawah dan
benang-benang alas ini disengkang pula dengan belira. Setelah benang losen berada di atas,
barulah kamu boleh menyolek dalam pelbagai corak pada benang losen dengan menggunakan
lidi buluh. Belira dimasukkan pada setiap lidi buluh tadi mengikut giliran. Belira ditegakkan
untuk menyenangkan ikatan benang butang. Butang-butang inilah yang akan menjadikan corak
atau motif bunga di atas kain songket. Apabila selesai proses menyongket, benang losen bersama
karat-karatnya ditukar ke kek tenun untuk ditenun agar menjadi kain songket.
4.8 Menenun
Menenun adalah proses terakhir, iaitu benang losen dipangkah oleh benang pakan untuk
dijadikan kain. Bagi kain songket bercorak penuh, benang emas dilayarkan melalui torak benang
emas untuk menghasilkan sulaman motif bunga atau hiasan reka corak penuh. Bagi kain songket
corak melintang atau corak bunga bertabur, benang emas dilayarkan melalui cubaan untuk
mendapatkan motif-motif yang dikehendaki. Lazimnya selepas satu benang emas dilayarkan, ia
dikepuh (beat) dan diikuti pula dengan melayarkan dua benang pakan. Penenun akan
menukarkan benang butang mengikut giliran dan corak yang telah ditentukan. Proses ini diulangi
sehingga menghasilkan sehelai kain songket.
5 Reka Corak
Terdapat sebanyak 27 rekacorak dan 4 Muka Kain Tradisional antaranya :
• Corak Anak Lebah
• Corak Tapak Catur
• Corak Batang Pinang
• Corak Dato Mahmud
• Corak Jalur Biasa
• Corak Mengiring
• Corak Bunga Chengkih
• Corak Bunting Padi
• Corak Biji Peria
• Corak Cindai
• Corak Pahang
• Corak Limar
• Corak Tun Razak
6 Pengembangan
Menjadi Seni Warisan Kraftangan Negeri Pahang sejak 2 Abad yang lalu. Diperkenalkan oleh
Y.A.B. Tun Abdul Razak pada penghujung tahun 1960. Tertubuhnya Pusat Tenun Pahang yang
pertama di Pulau Keladi, Pekan.
Bermula dari tahun 1995 sehingga kini PKNP telah mengambil inisiatif untuk memaju dan
membangunkan semula Tenun Pahang DiRaja bagi memastikan Kain Tenun Pahang DiRaja.
sentiasa kekal sebagai Warisan Seni Negeri Pahang.
Beberapa usaha telah disusun oleh PKNP bagi mengembangkan perusahaan ini. Antaranya
tindakan yang telah dan sedang dilaksanakan :
6.1 Mendapat khidmat dari Fakulti Art & Design dr UITM pada awal operasi.
6.2 Kepakaran daripada SIRIM bagi mewujudkan mesin tenun semi auto untuk
mempertingkatkan pengeluaran.
6.3 Kajian oleh PKKM bagi membentuk standard Kain Tenunan Malaysia
Pusat Pengembangan Tenun Pahang DiRaja Kg.Soi Kuantan dibina pada tahun 2000 bagi
menyokong aktiviti pengeluaran, latihan & kegiatan R&D. Penekanan kepada kualiti, kuantiti
dan kepelbagaian produk. Awal operasi hanya menempatkan seramai 6 orang peserta dan
sehingga kini terdapat seramai 28 peserta dan 2 orang penyelia.
Aktiviti Pusat tersebut adalah terdiri :
6.4 Latihan tenunan (6 – 24 bulan)
6.5 R&D Pewarnaan Asli
6.6 Pengeluaran Produk Tenun Pahang
6.7 Proses pewarnaan benang hingga sedia ditenun.
Peserta adalah terdiri dari penduduk sekitar spt Kg. Pantai Sepat, Kempadang, Anak Air, Soi dan
Peramu. Terdapat seramai 10 orang penenun mahir, 10 orang dikatagorikan sebagai penenun
separuh mahir dan tidak mahir serta 8 orang peserta bagi proses penyediaan benang hingga ke
papan gulung. Anggaran pengeluaran setahun Kain Tenun Pahang DiRaja adalah sebanyak 3000
meter. Pengeluaran sekarang masih tidak dapat menampung permintaan yang semakin
meningkat setiap tahun.
Matlamat Projek :
a. Mengembangkan Tenun Pahang DiRaja dalam Industri Tekstil.
b. Melatih Masyarakat Desa Menjadi Usahawan.
c. Memajukan Masyarakat Bumiputera.
d. Kain Tenun Sebagai Punca Pendapatan.
e. Produk Pelancongan Negeri Pahang.
f. Mewujudkan industri desa berkonsepkan “Satu Daerah Satu Industri”
g. Meningkatkan kemahiran, produktiviti tenaga kerja.
h. Meningkatkan aktiviti pemasaran, pemakaian, penggunaan produk Tenun Pahang
DiRaja.
i. Menambah kelengkapan, teknologi dan infrastruktur Perusahaan Tenun Pahang.
j. Pempergiatkan aktiviti R&D.
7. Peranan Sosio Ekonomi
Perusahaan Tenun Pahang DiRaja ini diharapkan akan dapat membantu meningkatkan
pendapatan penduduk luar bandar khususnya bagi kaum wanita dalam menampung keperluan isi
rumah. Melalui program yang diadakan, PKNP berhasrat melahirkan lebih ramai penenun yang
akhirnya dapat menhasilkan produk dari kediaman mereka sendiri. Aspirasi ini bagi memenuhi
harapan kerajaan dalam merealisasikan program ‘Satu Daerah Satu Industri’ sepertimana yang di
beri penekanan dalam RMK9.
8. Perancangan Masa Depan
Pembinaan bangunan tambahan bersambungan dengan Pusat Pengembangan Tenun sediada bagi
menampung kapasiti pengeluaran yang semakin meningkat serta lanjutan kepada Pelancaran
Tenun Pahang DiRaja pada 8 Mei 2006. Menempatkan ruang R&D, pejabat, showroom dan
jahitan. Dianggarkan berjumlah RM1 juta. Menempatkan sebanyak 60 unit ‘Kek Tenun’ dan
peralatan yang terlibat spt mesin spinning, menggulung, mewarna.
9. Lampiran
Kain Pasang Colek Bunga Kecil
Harga : RM 1,040.00
Panjang : 4.0m
Suit Perempuan
Harga : RM 1,274.00
Panjang : 4.5m
Kain Sampin Tenun Pahang DiRaja
Harga : RM 528.00
Warna : Ungu
Panjang : 2.5m
Kain Pasang Tenun Pahang Biasa
Harga : RM 738.00
Panjang : 4.0m
Kain Sampin Corak Eksklusif Bersulam
Harga : RM 758.00
Panjang : 2.5m
Kain Pasang Tenun Pahang Eksklusif
Harga : RM 1,149.00
Panjang : 4.0m
Kain Sampin Tenun Pahang Sulam Bunga
Intan
Harga : RM 498.00
Panjang : 2.5m
Kain Sampin Tenun Pahang Corak Pakan
Balas
Harga : RM 360.00
Panjang : 2.5m
Contoh Tenun
Contoh Corak Tenun
Pusat Tenun Pahang Diraja
Contoh Busana dan Pakaian.
Pusat Tenun Pahang Diraja
Proses Pembuatan
Kek Tenun Pahang Diraja