teori pembelajaran kognitif
TRANSCRIPT
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
INSTITUT PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU MELAKA
ILMU PENDIDIKANUNIT ½
PSIKOLOGI PENDIDIKAN
TAJUK : TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
PENGENALAN
• Ahli psikologi kognitif :
- Kohler - Bruner
- Piaget - Gagne
- Ausubel
• Berpendapat: Pembelajaran adalah satu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran manusia dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tindakan manusia.
• Tumpuan : Cara pembelajaran celik akal
kaedah penyelesaian masalah
penemuan
kategori pembelajaran
resepsi
• Pembelajaran berlaku apabila :
i) cukup pengalaman untuk mempelajari pengalaman baru
ii) mempunyai matlamat / motif
iii) sanggup mengambil inisiatif sendiri untuk menjalankan pembelajaran
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
• Merangkumi
i) Teori Pembelajaran Kohler
ii) Teori Pembelajaran Kognitif Pieget
iii) Teori Pemerosesan Maklumat R.M
Gagne
iv) Teori Pembentukan Konsep
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
i) TEORI PEMBELAJARAN KOHLER
• Wolfgang Kohler (1887-1769)
• Seorang perisik Jerman dalam Perang Dunia 1
• Memperkenal Teori Pembelajaran Celik Akal
• Menjalankan dua eksperimen dengan menggunakan cimpazi. Mereka menggunakan pendekatan kognitif untuk mengkaji bagaimana seekor cimpazi menyelesaikan masalah untuk mendapatkan sebiji pisang yang tergantung dibumbung sangkarnya. .
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
i) TEORI PEMBELAJARAN KOHLER
• Eksperimen “ Celik Akal”
• Seekor cimpanzi diletakkan di dalam sangkar.
• Pisang digantung daripada bumbung sangkar.
• Di dalam sangkar terdapat beberapa kotak berlainan saiz.
• Mula-mula haiwan itu melompat-lompat untuk mendapatkan pisang itu tetapi tidak berjaya.
• Oleh kerana usaha-usaha itu tidak membawa hasil. cimpanzi itu berhenti sejenak, seolah-olah memikir cara untuk mendapatkan pisang itu.
• Tiba-tiba haiwan itu dapat sesuatu idea dan terus menyusun kotak-kotak itu untuk dijadikan sebagai tangga dan memanjatnya untuk mencapai pisang itu.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
• Hasil kajian :
Kohler menyarankan bahawa celik akal merupakan kebolehan mental yang mendorong manusia mempersepsikan unsur-unsur dalam persekitaran secara tiba-tiba demi menolongnya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.
i) TEORI PEMBELAJARAN KOHLER
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
• Implikasi
i) guru menggalakkan murid menggunakan celik akal dalam
menyelesaikan masalah
ii) membimbing murid menghubungkait dengan unsur persekitaran
iii) menyampaikan pengajaran selangkah demi selangkah mengikut
turutan
iv) membimbing menyelesai masalah dengan teknik menyoal
v) mengajar pelajaran baru berdasarkan tahap kebolehan dan
pengalaman murid
vi) membekalkan bahan yang lengkap supaya murid dapat
menyelesaikan masalah.
i) TEORI PEMBELAJARAN KOHLER
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
ii) TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF PIAGET
Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896.
Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981
Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel.
Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun.
Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist."
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
• Beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap mengikut urutan umur. Tahap-tahap perkembangan itu ialah :
1) Tahap Sensori Motor atau deria motor ( sejak dilahirkan - 2 tahun )
2) Tahap Pra Operasi ( 2 tahun - 7 tahun )
3) Tahap Operasi Konkrit ( 7 tahun - 11 tahun )
4) Tahap Operasi Formal ( 11 tahun - 15 tahun )
ii) TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF PIAGET
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
ii) TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF PIAGET
Konsep-Konsep Asas Berhubung Dengan Teori Kognitif Piaget• Konsep Takrif
Skema Struktur kognitif yang berubah untuk mengadaptasikan maklumat baru
Asimilasi Penerimaan maklumat baru sebagai selaras dengan skemata sedia ada
Akomodasi Pengubahsuaian skemata yang ada bagi menerima maklumat baru
Keseimbangan Gabungan proses asimilasi dan adaptasi yang membantu dalam keseimbangan terhadap pengetahuan, kepercayaan dan pengalaman.
Adaptasi Proses perubahan skema selaras dengan keperluan situasi
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
ii) TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF PIAGET
1. Skema
-Ia merujuk kepada potensi am atau pengalaman yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu.
-Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.
-Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan.Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu.
-Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
ii) TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF PIAGET
2. Asimilasi
-Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada.
-Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
-Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
3. Akomodasi
-Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.
-Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.
-Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.
-Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.
ii) TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF PIAGET
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
4. Adaptasi dan Keseimbangan Proses perubahan skema selaras dengan keperluan
situasi
Berlaku kerana kehilangan keseimbangan buat sementara antara individu dengan alam sekitar
Untuk mengekalkan keseimbangan ini individu perlu mengubahsuai diri melalui proses adaptasi
Keseimbangan adalah sama dengan sesuatu kuasa penggerak dalaman / motivasi pembelajaran
ii) TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF PIAGET
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
• Implikasi
Isi pelajaran perlu disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu daripada konkrit kepada abstrak, dekat kepada jauh, pengalaman sedia ada kepada pengalaman baru.
Pembelajaran baru perlu kepada proses akomodasi supaya dapat diadaptasi dengan situasi pembelajaran dan memerlukan galakkan daripada guru.
ii) TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF PIAGET
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT R.M GAGNE
Robert Mills Gagne
lahir 21 Ogos 1916, di North Andover, Massachusetts.
seorang profesor psikologi dan psikologi pendidikan dan pengarah penyelidik untuk Tentera Udara (1949-1958) di Lackland, Texas, dan Lowry, Colorado.
Dia bekerja sebagai perunding untuk Jabatan Pertahanan (1958-1961) dan di Pendidikan Dinas Amerika Syarikat (1964-1966).
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
TEORI R.M GAGNE
Proses pembelajaran mengikut teori Gagne
Persekitaran
Rangsangan-rangsangan
Rakaman deria
Pelaksanaan
Penggerak tindak balas
Stor ingatan jangka pendek Stor ingatan jangka panjang
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
TEORI R.M GAGNEGagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya
akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.Peringkat-peringkat ini ditunjukkan dalam rajah dibawah :
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
1) Pembelajaran melalui isyarat (signal learning)
-Bentuk pembelajaran paling primitif
- Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat
- Contohnya, apabila seseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk
TEORI R.M GAGNE
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
2) Pembelajaran Gerak Balas (stimulus-response learning)
- Menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan dirangsangkan dengan tindak balas individu, demi menghasilkan perubahan tingkah lakunya.
- Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80%. Ibunya memberi pujian, “Bagus, Ali pandai !”.Ali akan mengulang tingkah laku itulagi (membuat kerja sekolah dengan baik) untuk mendapat pujian daripada ibunya.
TEORI R.M GAGNE
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
3) Pembelajaran melalui rantaian (chaining)
Pelbagai hubungkait daripada pembelajaran stimuli-tindak balas selepasnya, demi berlakunya pembelajaran dalam peringkat lebih tinggi.
Digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti alat muzik, elektronik dll
Contoh: mensintesis beberapa kemahiran untuk menjadikan kemahiran yang kompleks.
TEORI R.M GAGNE
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
4) Pembelajaran melalui asosiasi verbal (verbal assiciation)
Bentuk asas pembelajaran bahasa.
Contoh: Mengaitkan perkataan Bahasa Inggeris dengan erti perkataan Bahasa Malaysia
TEORI R.M GAGNE
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
5) Pembelajaran melalui pelbagai pembezaan(multiple discrimination)
Pembelajaran untuk memilih satu sahaja tindak balas terhadap rangsangan.
Contoh : Perbezaan bunyi e dan ê akan boleh memilih satu bunyi sahaja untuk menyebut perkataan seperti bela, semak dll.
TEORI R.M GAGNE
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
6) Pembelajaran Konsep (concept learning)
Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat.
Pelajar dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa.
Contoh : beg, buku, kereta adalah benda
TEORI R.M GAGNE
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
7) Pembelajaran Prinsip (principle learning)
Pembelajaran perkaitan dua / lebih konsep yang telah dipelajari.
TEORI R.M GAGNE
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
8) Pembelajaran Penyelesaian Masalah (problem solving)
Pembelajaran melalui proses berfikir.
Menyelesaikan masalah menggunakan prinsip dan konsep yang telah dipelajari
TEORI R.M GAGNE
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF