teori sendiri
DESCRIPTION
TEORI PSIKOPERHATIAN BY FIE IBRAHIMTRANSCRIPT
TEORI SENDIRI [ ]
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS
TEORI SENDIRI YANG DIHASILKAN
NAMA TEORI SENDIRI:
KIT PSIKOPERHATIAN
PENERANGAN TENTANG TEORI SENDIRI :
Tingkah laku aktif dalam kalangan murid sekolah rendah semasa sesi pengajaran tidak
dapat dinafikan lagi terutamanya dalam aktiviti bersoal jawab dan aktiviti yang
melibatkan kumpulan. Hal ini juga turut berlaku kepada saya sendiri iaitu pada hari
pertama saya mengajar murid dari kelas 4 Melati. Saya mendapati penglibatan murid
dari kelas ini terhadap sesi pengajaran amat memberansangkan. Namun begitu,
keadaan kelas menjadi bising apabila semua murid aktif dalam setiap aktiviti yang
dijalankan termasuklah sesi bersoal jawab sehinggakan saya tidak dapat mengawal
keadaan kelas dengan baik. Malah, saya juga menghadapi masalah memilih murid
untuk menjawab soalan yang diajukan kerana semua mengangkat tangan bagi setiap
soalan yang diajukan. Dalam masa yang sama saya juga masih tidak dapat mengingat
nama murid dengan baik.
Oleh yang demikian, bagi mengawal tingkah laku aktif murid-murid saya ini
secara dinamik, saya ingin memperkenalkan teori saya sendiri iaitu Teori Kit
Psikoperhatian bagi membantu dalam mengawal murid di dalam kelas saya iaitu kelas
4 Melati. Teori ini saya perkenalkan berdasarkan rujukan daripada Teori Behaviorisme
yang dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, Boss,Brooks dan Skinner. Berdasarkan
teori behaviorisme ini mereka berpendapat bahawa pembelajaran mempunyai kaitan
dengan perubahan tingkah laku, iaitu hasil daripada ransangan dan tindak balas.
Sesuatu gerak balas yang betul akan diulang dan diulang sekiranya diberi ganjaran.
Gerak balas yang diikuti dengan peneguhan positif akan diulang dan diulang dan
seterusnya akan membentuk kebiasaan.
BMC 1
TEORI SENDIRI [ ]
Namun begitu, bagi teori Kit Psikoperhatian yang saya ingin perkenalkan ini tidak
menggunakan ganjaran tetapi menggunakan bahan yang menarik sebagai ransangan
kepada murid dan tindak balasnya adalah tingkah laku yang diingini berdasarkan
penggunaan bahan tersebut. Bagi saya, teori Kit Psikoperhatian ini sangat relevan
dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh saya bagi mengawal tingkah laku
murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Teori Kit Psikoperhatian
ini dapat didefinisikan sebagai satu kawalan tingkah laku yang menggunakan bahan
yang dapat menarik perhatian murid untuk melakukan sesuatu perkara secara dinamik
dan berkesan. Ini bererti bahan yang signifikan dan dapat menarik perhatian murid akan
mempengaruhi tingkah laku murid dengan lebih baik dan terkawal.
Perkara ini saya dapati apabila saya menyediakan ‘Bintang Semangat’ ini bagi
setiap murid dengan menggunakan gambar bintang, kemudian dilekatkan pada lidi dan
bahan ini dijadikan untuk mengawal murid dari semua aspek yang melibatkan kawalan
kelas terutamanya bagi menyelesaikan masalah saya yang melibatkan tingkah laku
murid. Malah secara tidak langsung ‘Bintang Semangat’ ini membantu saya memilih
pelajar dengan lebih mudah bagi menjawab soalan yang diajukan. Selain itu, saya turut
menggunakan ‘bintang semangat’ ini dalam menarik perhatian murid saya dan
memastikan kesediaan mereka sebelum pengajaran bermula serta apabila murid
bising.
Sebagai contoh, apabila murid bising saya akan cuba menarik perhatian murid
dengan menyebut ‘Bintang Semangat’ dan secara tidak langsung murid akan
mengangkat bahan tersebut, lalu diam dan memberi tumpuan kepada saya. Oleh yang
demikian, dengan cara ini juga saya dapat mengenal pasti murid yang tidak mengambil
bahagian dalam pembelajaran dengan mudah. Selain itu, saya juga akan menggunakan
bahan ini dalam memastikan kesediaan murid sebelum pengajaran dimulakan. Saya
akan menarik perhatian murid dengan menyanyi menggunakan ‘Bintang Semangat’ ini
dan begitu juga sewaktu bersoal jawab saya turut menggalakkan murid mengangkat
bintang ini apabila ingin menjawab soalan. Jadi secara tidak langsung kelas dapat
dikawal dengan lebih baik.
BMC 2
TEORI SENDIRI [ ]
Justeru, ciri dari Teori Kit Psikoperhatian ini adalah mengutamakan
penyediaan bahan yang dapat menarik perhatian murid dalam mengawal tingkah laku
mereka. Malah, ia merupakan unsur-unsur yang dapat membentuk tingkah laku dan
sahsiah murid yang diinginkan serta bersifat mekanisme. Selain itu, teori ini juga
mementingkan peranan lingkungan iaitu peranan pelajar itu sendiri dalam melibatkan
diri mereka. Reaksi atau tindak balas dari murid juga adalah salah satu ciri yang
membantu dalam teori ini bagi mengenalpasti bahan yang digunakan adalah
bersesuaian atau tidak. Malahan, teori ini juga turut mementingkan peranan perilaku
murid adalah perilaku yang diinginkan. Oleh yang demikian, saya dapati dalam tingkah
laku belajar terdapat jalinan yang erat antara reaksi-reaksi tingkah laku dengan
rangsanganya. Jadi, saya yang menggunakan pandangan ini berpandapat bahawa
tingkah laku murid merupakan reaksi terhadap rangsangan dan tingkah laku adalah
hasil kawalan.
Kesimpulannya, saya berpendapat teori ini memfokuskan penelitian tentang
tingkah laku pelajar berdasarkan bahan. Saya percaya bahawa tingkah laku murid
dapat dikawal hasil daripada respon terhadap adanya rangsangan daripada bahan yang
menarik. Dengan kata lain, bahan yang menarik mampu menarik perhatian murid serta
mendapat tindak balas tingkah laku yang baik. Bagi saya bagi menarik perhatian murid-
murid sekolah rendah, bahan yang menarik adalah penting untuk membantu proses
pengajaran berlangsung secara berkesan malah dengan wujudnya bahan ini murid
akan lebih menghargai dan memberi perhatian dengan baik. Walaubagaimanapun,
pendapat ini tentu sahaja ada kelemahan dan kekurangannya, namun begitu saya
percaya bahawa teori ini sedikit sebanyak telah membantu saya dalam pengurusan
kelas yang lebih baik dan berkesan.
BMC 3