terima kasih kepada pengacara majlis assalamualaikum wrm...
TRANSCRIPT
Terima kasih kepada pengacara majlis
Assalamualaikum Wrm. Wbr. Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Salutation
Terima kasih kepada tuan/puan kerana memberi ruang Lembaga
Peperiksaan, KPM berkongsi tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS), yang dilaksanakan di Malaysia, dari perspektf Kementerian
Pendidikan Malaysia
1
2
Berpengetahuan :
Mempunyai pengetahuan duniawi, ukhrawi dan sejagat
Pemikir :
Mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, berupaya
menyelesaikan masalah, membuat keputusan dll
Pemimpin :
• Bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan apa yang diamanahkan
• Berdaya tahan dan berani mengambil risiko
• Cekal dan tabah menghadapi cabaran
Komunikator :
• Berkomunikasi dalam lebih daripada satu bahasa.
• Berkomunikasi secara berhemah dan efektif.
Beradab & beretika :
• Sentiasa mengutamakan kebaikan diri dan orang di sekeliling.
• Menghayati dan mempamerkan tingkah laku baik.
• Bertindak secara positif terhadap kritikan konstruktif yang diberi oleh orang
lain
Seimbang:
• Perkembangan potensi holistik: kognitif, afektif, psikomotor
• Mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dihasratkan.
3
4
Pentaksiran bersifat holistik yang menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan adalah untuk membangunkan modal insan yang holistik dengan memiliki ciri profil murid PBS. Pengumpulan maklumat tentang kebolehan murid yang lebih komprehensif melalui profil, pencapaian (achievement), perkembangan (development) dan penglibatan (involvement) murid dapat memberi gambaran lebih tepat tentang potensi dan prestasi murid.
5
Pentaksiran berpusatkan murid dapat meningkatkan penglibatan, pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara untuk belajar, dan memupuk nilai dan sikap terpuji serta bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri sebagaimana yang terdapat dalam profil murid PBS. Ini dapat dilakukan melalui aktiviti autentik yang merujuk kepada situasi kehidupan sebenar, pembelajaran kendiri dan kolaboratif. Pentaksiran yang seimbang berfokus terhadap perkembangan potensi dan kemenjadian murid melalui pendidikan yang menitikberatkan pembinaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran serta pengamalan nilai (adab) yang baik. Ini dapat dilihat dalam ciri profil murid PBS.
6
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai satu transformasi pentaksiran pendidikan yang yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS mentaksir pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan nilai yang menjurus kepada pengumpulan profil dan pentaksiran pencapaian, perkembangan dan penyertaan murid. Aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial murid dinilai melalui PBS secara berterusan. PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif bagi memperkembangkan potensi murid dan membangunkan modal insan. PBS merangkumi komponen akademik iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Sekolah (PS), dan komponen bukan akademik iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
7
8
PAJSK adalah pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum.
Murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid.
PAJSK dilaksanakan di Tahun 4, 5 dan 6 di sekolah rendah dan di Tingkatan 1 hingga 5 di sekolah menengah.
9
10
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ialah suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi iaitu aptitud dan personaliti murid. Komponen PPsi yang diuji di peringkat rendah dan menengah terdiri daripada Ujian Aptitud dan Ujian Personaliti. Mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) Instrumen PPsi disediakan oleh LP manakala Guru Bimbingan dan Kaunseling atau Kaunselor sekolah mengurus pelaksanaan PPsi.
11
Petunjuk Inventori Minat Kerjaya yang deskriptif bagi memberi penjelasan tentang kecenderungan kerjaya murid dengan lebih terperinci.
Petunjuk Ujian Aptitud Khusus yang deskriptif bagi memberi penjelasan tentang kecerdasan dan minat murid dengan lebih terperinci.
12
13
Dilaksanakan di sekolah • Perancangan, Pembinaan item dan instrumen, Pentadbiran, Pemeriksaan dan
penskoran, Perekodan, Pelaporan Fungsi PS • Mengukuhkan pembelajaran murid • Meningkatkan keberkesanan pengajaran guru • Memberi maklumat tentang penguasaan murid
Pentaksiran Rujukan Standard • Melihat perkembangan pembelajaran murid • Melaporkan penguasaan murid mengikut standard tanpa membandingkan
pencapaian murid
14
15
Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) ialah panduan untuk mentaksir dan melapor pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu dipamerkan oleh murid mengikut tahap-tahap seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Panduan ini merangkumi tema/kemahiran/tajuk, band, pernyataan deskriptor seperti berikut:
16
Standard Prestasi Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu dipamerkan oleh murid pada peringkat atau aras perkembangan pembelajaran murid.
17
18
19
Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dalam proses melaksanakan pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning), pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Pelaporan perkembangan pembelajaran murid boleh disediakan berdasarkan pentaksiran formatif yang dilaksanakan seiring dengan PdP. Pelaporan pencapaian boleh disediakan berdasarkan pentaksiran sumatif di akhir topik, minggu, penggal atau tahun.
20
• Menerusi PBS, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di
Tingkatan 3 digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
• Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) adalah komponen Pentaksiran
Pusat yang terdapat dalam PBS
• Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk murid-murid
Tingkatan 3 mulai tahun 2014.
• PT3 merupakan pentaksiran sumatif yang setara di Tingkatan 3 atau
di peringkat pendidikan menengah rendah bagi menilai pencapaian
akademik murid.
• Ini bermakna PT3 mentaksir aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai secara menyeluruh di peringkat menengah rendah.
• Dalam pengendalian PT3, pihak sekolah akan mentadbir
pentaksiran, mentaksir dan memberi skor terhadap respon
(jawapan) murid berdasarkan instrumen dan panduan penskoran
yang setara (standardised) yang disediakan oleh LP.
21
Murid tingkatan 3 pada tahun ini merupakan kohort pertama yang menduduki PT3 melalui PBS. PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study). Instrumen direkabentuk berdasarkan objektif mata pelajaran. Contoh : Bagi mata pelajaran Sejarah
Objektif mata pelajaran Sejarah berfokus kepada domain pengetahuan, afektif, nilai, dan dan kemahiran. Mata pelajaran Sejarah menekankan kepada penghayatan terhadap nilai sejarah dan menanam semangat patriotisme.
Di peringkat menengah rendah, Sejarah lebih sesuai diukur melalui pelbagai instrumen yang memerlukan murid membuat kajian, rujukan dan mempersembahkan jawapan dengan kreatif dan kritis. Kemahiran yang diperolehi melalui instrumen pelbagai seperti kemahiran ‘learn how to learn’ iaitu mencari maklumat daripada sumber yang sahih akan digunakan semasa murid menjawab soalan-soalan sejarah di peringkat menengah atas.
22
Perkara yang diuji dalam mata pelajaran bahasa
• Pengetahuan dan kefahaman tentang sistem bahasa
• Kemahiran aplikasi bahasa
• Kemahiran aplikasi maklumat
• Kemahiran kreatif dan apresiasi bahasa (membaca dan menulis)
Jenis item yang digunakan dalam ujian bertulis
• Respon terhad
• Respon terbuka
• Berstruktur
• Objektif pelbagai bentuk
• Padanan, Betul-Salah, Mengisi tempat kosong
23
24
25
26
Manual Am Ujian Bertutur Bahasa Melayu
1. Ujian bertutur dijalankan secara one off mengikut jadual yang ditetapkan.
2. Guru menentukan lebih awal kumpulan murid bagi setiap sesi ujian yang melibatkan 4 – 5 orang murid. Ujian ini dijalankan dalam bentuk kumpulan.
3. Guru memberikan tajuk atau tema atau tugasan aktiviti lisan kepada setiap kumpulan.
4. Murid dalam setiap kumpulan diberikan tugasan lebih awal iaitu 10 minit lebih awal sebagai persiapan sebelum ujian dijalankan.
5. Murid berkomunikasi sesama mereka berdasarkan tema, bahan atau tajuk yang disediakan.
6. Semasa ujian dijalankan, guru berperanan sebagai fasilitator / pentaksir untuk merangsang aktiviti / perbincangan.
7. Ujian dijalankan dalam tempoh 10 hingga 12 minit.
8. Setiap ahli dalam kumpulan perlu memperlihatkan kemampuan berlisan.
9. Pemarkahan berdasarkan kriteria penskoran yang ditetapkan.
10. Walaupun ujian ini dijalankan secara kumpulan, markah diberikan secara individu.
27
Ujian Bertutur Bahasa Inggeris
1. Ujian bertutur dijalankan secara one off mengikut jadual yang ditetapkan.
2. Murid ditaksir secara individu dalam 2 Bahagian:
Bahagian 1 -Reading Aloud dan Bahagian 2 - Spoken Interaction.
3. Murid ditaksir oleh 2 pentaksir. Seorang pentaksir berperanan sebagai
fasilitator dan seorang lagi sebagai pentaksir.
4. Di luar bilik darjah : -murid diberi masa untuk bacaan senyap (silent
reading)
5. Setiap murid diberikan masa lebih kurang 10 minit (termasuk masa untuk
silent reading)
28
Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
1. Murid dikumpulkan di dewan atau di dalam bilik darjah.
2. Kedudukan murid di dalam bilik ini sama seperti kedudukan semasa dalam ujian bertulis.
3. Ujian ini boleh dijalankan serentak di dalam bilik yang berasingan menggunakan bahan audio yang sama.
4. Guru mengedarkan kertas tugasan sebelum memperdengarkan audio.
5. Masa untuk mendengar rakaman dan menjawab soalan ialah 30 minit.
6. Setiap petikan / text diperdengarkan 2 kali. Murid harus menyemak jawapan dengan teliti semasa mendengar audio kali kedua.
7. Guru mengumpul semua jawapan murid.
8. Guru memberikan skor kepada jawapan murid berdasarkan skema jawapan yang disediakan.
9. Murid menjawab soalan secara individu, markah diberikan secara individu.
29
Projek
Tugasan yang memerlukan murid menghasilkan sesuatu produk dan membuat pelaporan tentang produk / artifak yang dihasilkan.
Kajian Lapangan
Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian di luar bilik darjah atau di makmal untuk mendapatkan data dan maklumat serta membuat laporan
Kajian Kes
Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian berdasarkan data dan / maklumat yang diperoleh dan membuat laporan.
30
31
32
• Sehingga 2013, pelaporan PMR adalah dalam bentuk pernyataan
keputusan bagi setiap mata pelajaran yang diduduki calon dalam
peperiksaan pusat.
• Mulai 2014, pelaporan pentaksiran di peringkat menengah rendah adalah
bagi setiap komponen PBS iaitu PT3, PS, PAJSK dan PPsi.
• Pelaporan akan dikeluarkan oleh pihak sekolah dengan format standard
yang disediakan oleh LP.
33
• Pelaporan PBS peringkat menengah rendah merangkumi 4 pelaporan
Pelaporan Perkembangan Pembelajaran Murid, Pelaporan Pentaksiran
Tingkatan 3, Pelaporan PAJSK dan Pelaporan Pentaksiran Psikometrik.
• Pelaporan sebegini memberi gambaran tentang kebolehan dan
perkembangan potensi murid secara holistik.
• Pelaporan ini juga dapat membantu murid membuat keputusan yang lebih
tepat dalam pemilihan aliran pendidikan di peringkat menengah atas.
34
• Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui Pementoran, Penyelarasan, Pemantauan dan Pengesanan oleh personel di peringkat Bahagian KPM, JPN, PPD dan Sekolah
• Penjaminan Kualiti PBS dijalankan secara formal mengikut jadual yang ditetapkan atau secara informal mengikut keperluan
• Integriti guru dikawal melalui proses penjaminan kualiti yang merangkumi pementoran, penyelarasan, pemantauan dan pengesanan.
Guru merupakan orang yang paling layak untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka: • merupakan pakar mata pelajaran (subject matter expert) • telah menerima latihan dalam pentaksiran • boleh memantau perkembangan murid secara berterusan • boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan
pembelajaran murid • lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan
murid panduan perkembangan pembelajaran murid
Bagi PT3
LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan
verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan.
Moderasi
Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang
pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang
dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan
yang disediakan dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi)
pemberian markah antara pemeriksa.
Verifikasi
Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah
markah yang selayaknya diterima.
35
Pemikir :
Mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, berupaya
menyelesaikan masalah, membuat keputusan dll
“ Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. “
Kementerian Pendidikan Malaysia
.
36
37
Lihat kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa
TIMSS
• Mengukur keupayaan murid dari segi apa yang hendak diajar, apa yang
sebenarnya diajar dan apa yang sebenarnya dipelajari
▪ Menambah baik pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains
• Di Malaysia hanya murid Tingkatan 2 yang mengambil
PISA
• Mengukur pencapaian murid berumur 15+ dalam literasi matematik, literasi
sains dan literasi bacaan untuk melihat sejauh mana remaja telah
memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi
ahli masyarakat yang berjaya
• Mengukur real-life skills yang berfokus kepada kehidupan seharian dan
dalam bidang di mana sains digunakan seperti kesihatan, bumi dan
persekitaran, dan teknologi
38
39
40
41
42
44% gagal mencapai tahap minimum bacaan,
60% gagal mencapai tahap minimum Matematik
43% gagal mencapai tahap minimum Sains
43
44
45
Burung ingin minum air .
Bagaimanakah cara burung itu boleh mendapatkan air dalam pasu
itu?
(Boleh dapatkan respon daripada peserta)
• Pelbagai jawapan yang diberi
• Soalan ini mampu menjana idea
• Mengalakkan murid berfikir lebih mendalam dan bukan
sekadar mengingat semula apa yang dipelajari dalam bilik
darjah
• Semua respons yang relevan akan diterima sebagai jawapan
46
Apakah kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran yang ada dalam Kemahiran Abad ke-21?
• Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)
• Kemahiran maklumat, media dan teknologi
(Information, media and technology skills)
• Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)
Apakah elemen-elemen yang terkandung dalam Kemahiran Abad Ke- 21?
• Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
• Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
• Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
• Literasi Maklumat (Information Literacy)
• Literasi Media (Media Literacy)
• Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK)
(ICT - (Information, Communications and Technology Literacy)
• Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)
• Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
• Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
• Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
• Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibilit)y
47
Mentaksir Kemahiran Berfikir Aras Tinggi meliputi prinsip tambahan berikut;
1. Persembahan item dalam bentuk yang mencabar minda murid berfikir, dinyatakan melalui stimulus atau rangsangan yang relevan dengan permasalahan yang diberi.
2. Penggunaan konteks tugasan yang baharu (serta berkaitan dengan kehidupan harian) , tidak ditemui oleh murid di bilik darjah atau buku teks .
Apakah ciri-ciri murid abad ke-21?
• Berupaya membuat hubung-kait
• Bijak menyoal
• Yakin berkomunikasi
• Mengambil risiko
• Dahagakan ilmu
• Ingin tahu
• Menjana idea
• Fleksibel
• Tidak berputus asa
• Mendengar dan membuat refleksi
• Berkemahiran kritis
• Menguasai kemahiran literasi
• Berani mencuba
• Mampu berfikir sendiri
• Membuat inisiatif
• Mampu bekerja dengan orang lain
• Membuat perubahan
• Berintegriti
• Berkeperibadian tinggi
48
49
50