thorndikepelaziman operan

16

Upload: abi-mizan-humaira-iman

Post on 23-Dec-2015

242 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Thorndikepelaziman operan

TRANSCRIPT

Page 1: Thorndikepelaziman operan
Page 2: Thorndikepelaziman operan

Adalah hasil daripada kajian yang dikemukakan oleh Thorndike ( 1874-1949). E.L.Thorndike ( 1874 – 1949 ) ialah pelopor psikologi Amerika yang sentiasa dikaitkan dengan eksperimen yang digunakan dalam pelaziman operan.

Beliau memperkenalkan pembelajaran cuba jaya dan beberapa hukum tentang perkaitan rangsangan dengan gerak balas.

Pengenalan Teori Thorndike

Page 3: Thorndikepelaziman operan

Dalam eksperimen beliau, Thorndike meletakkan seekor kucing lapar di dalam sebuah sangkar. Makanan diletakkan di luar sangkar itu. Di dalam sangkar itu terdapat satu selak. Apabila selak ditekan, pintu sangkar akan terbuka. Kucing yang lapar itu melakukan pelbagai pergerakan ( secara cuba jaya ) lalu terpijak selak dan pintu terbuka.Kucing pun keluar lalu memakan makanan di luar sangkar tersebut.

Selepas itu, kucing dimasukkan semula ke dalam sangkar. Sekali lagi, dengan cara cuba jaya kucing itu cuba keluar. Kali ini ia dapat menekan selak itu dengan lebih cepat yang membolehkannya keluar dengan cepat untuk mendapatkan makanan. Manakala gerak balas yang salah pula akan menyebabkannya terus terkurung.

Page 4: Thorndikepelaziman operan

Prinsip-Prinsip Utama

• Hukum kesediaan

• Hukum latihan; dan

• Hukum kesan

Page 5: Thorndikepelaziman operan

Hukum Kesediaan• Menurut Thorndike, kesediaan merujuk kepada

persiapan yang perlu ada sebelum individu dapat bertindak. Misalnya, seekor kucing perlu menyiapkan diri dan kukunya serta cara menghendap yang betul sebelum ia dapat melompat untuk menangkap seekor tikus. Pendek kata, kucing perlu mengatur dan menyusun segala gerak–gerinya untuk tujuan menangkap tikus.

• Apabila konsep kesediaan ini digunakan dalam bilik darjah, seseorang murid dikatakan akan berasa puas apabila dia bersedia untuk bertindak. Apabila dia bersedia untuk bertindak, tetapi tindakan itu tidak dilakukan, maka dia akan berasa kecewa. Sebaliknya, apabila murid belum bersedia untuk bertindak tetapi dipaksa bertindak, dia juga akan berasa kecewa.

Page 6: Thorndikepelaziman operan

Hukum Latihan

Merujuk kepada peneguhan perkaitan melalui latihan dan kelemahan perkaitan atau lupaan apabila latihan tidak diteruskan. Pengukuhan bererti bertambahnya kemungkinan yang gerak balas akan berlaku. Pengukuhan ini lebih kuat apabila situasi itu diulang dengan serta-merta. Kemudiannya Thorndike telah menyemak semula andaian ini. Ia telah mengemukakan yang pengukuhan dan kelemahan di dalam satu perkaitan antara rangsangan dan gerak balas semasa latihan bergantung kepada perasaan kepuasan atau kesan yang tidak menyenangkan.

Page 7: Thorndikepelaziman operan

Menyatakan apabila sesuatu perkaitan itu diiringi dengan perasaan kepuasan, pengukuhannya bertambah; dengan ini bererti kemungkinan perkaitan itu berulang adalah besar. Sebaliknya apabila perkaitan itu diiringi dengan perasaan yang tidak menyenangkan, pengukuhan menjadi lemah.

Hukum Kesan

Page 8: Thorndikepelaziman operan

Misalnya, apabila seorang kanak–kanak mengucapkan ‘selamat pagi’ kepada gurunya, dia dibalas dengan senyuman dan ucapan yang sama. Pengalaman yang dialami akan diulangi. Sebaliknya, jika guru tidak mengendahkan amalan yang bersopan itu, kanak–kanak berkenaan mungkan tidak akan mengulangi amalan itu ketika berhadapan dengan guru.

Oleh itu hukum asas Thorndike ialah sesuatu organisma itu cenderung untuk mengulang sesuatu yang dahulunya memberi kepuasan dan mengelakkan sesuatu yang tidak menyenangkan. Oleh itu hasil yang menyenangkan selalunya mengukuhkan perkaitan antara gerak balas dan rangsangan.

Contoh Hukum Kesan

Page 9: Thorndikepelaziman operan

Kepentingan Teori Thorndike

Adalah penting untuk pembelajaran di atas tiga sebab: menarik perhatian kepada kepentingan motivasi

dan peneguhan di dalam pembelajaran. memberi sumbangan kepada pengenalan gerak

balas yang akan dipelajari dan pemeringkatan gerak balas itu dari yang senang kepada yang sukar dalam semua pembelajaran yang berkesan.

meletakkan penekanan ke atas pengesahan ujikaji.

Page 10: Thorndikepelaziman operan

Kelemahan Teori Thorndike

Mempunyai beberapa kelemahan seperti berikut:1. Konsep tentang perkara yang memuaskan atau

menyakitkan amat subjektif dan susah diukur.2. Sukar untuk menetapkan jenis ikatan dan gerak

balas yang hendak dibentuk atau dihapuskan. Ciri-ciri setiap ikatan (rangsangan dan gerak balas) perlu diketahui sejak awal lagi.

3. Teori ini sukar dikaitkan dengan pengajaran perkara yang abstrak seperti kreativiti, imaginasi atau keindahan bahasa.

Page 11: Thorndikepelaziman operan
Page 12: Thorndikepelaziman operan

Untuk mempelajari tingkah laku, rangsangan perlu diwujudkan. Ini bermakna guru perlu menyediakan pelbagai sumber pengajaran – pembelajaran yang menarik dan mengagumkan agar proses pembelajaran yang berkesan boleh berlaku.

pembelajaran boleh berlaku melalui usaha cuba jaya. Ini bermakna seseorang murid boleh mempelajari sesuatu tanpa diajar oleh guru. Contohnya, seseorang murid boleh menyelesaikan satu masalah matematik tanpa bimbingan guru dengan melakukan pelbagai cubaan, tetapi ini memakan masa yang panjang. \

Page 13: Thorndikepelaziman operan

konsep hukum kesediaan boleh diperluas untuk digunakan di dalam bili darjah. Seseorang murid perlu bersedia dari segi mental, minat, sikap dan psikomotor sebelum pembelajaran berkesan dapat berlaku.

latihan dan pengulangan akan meningkatkan keerkesanan pembelajaran. Selain itu, ia boleh meningkatkan kemahiran dan ingatan murid – murid.

Page 14: Thorndikepelaziman operan

kesan pembelajaran yang menyeronokkan akan terus mendorong murid ke arah pencapaian yang lebih baik. Guru perlu menyediakan pelbagai jenis ganjaran bagi meneguhkan pembelajaran murid – murid.

guru perlu menyediakan peluang untuk murid – murid menikmati kejayaan agar mereka terustrdorong untuk belajar. Pastikan tugasan yang diberikan tidak terlalu tinggi aras kesukarannya. Kejayaan menyelesaikan sesuatu projek menimbulkan perasaan puas hati yang akan bertindak sebagai pendorong kepada murid-murid.

Page 15: Thorndikepelaziman operan

Pada asasnya, Teori Pelaziman Operan Thorndike yang telah dibincangkan merupakan sesuatu kajian pelaziman operan tahap primer ( primary instrumental conditioning ) , iaitu pembentukan gerak balas terlazim adalah berdasarkan peneguhan rangsangan tak terlazim yang berkaitan.

Sebenarnya, teori pembelajaran Thorndike tidak dipanggil sebagai TeoriPelaziman Operan, tetapi dikenali sebagai Teori Rangsangan – gerak Balas. Kajiannya pula disebut sebagai Pembelajaran Cuba – Ralat. Bagaimanapun, gerak balas individu yang dipelajari dalam situasi eksperimen inmi adalah merupakan tingkah laku operan (instrumental behavior ) yang mempunyai cirri spontan.

PENUTUP

Page 16: Thorndikepelaziman operan

Maka, kajian pembalajaran Thorndike, pada asasnya,boleh dikatakan sebagai pelopor pembelajaran pelaziman operan. oleh itu, ahli – ahli psikologi merujuk kajian Thorndike sebagai kajian pelaziman operan diawah tahap primer,sebagaimana yang telah disebutkan.

Sejak Teori Rangsangan – Gerak Balas Thorndike diutarakan, psikologi yang lain menumpukanusaha mereka untuk menjalankan pelbagai kajian yang serupa. Sehingga ‘ kotak Skinner ’diperkenalkan pada tahun 1938, kajian terhadap pembelajaran pelaziman operan mula menjadi kajian yang semakin penting dalam bidang psikologi pendidikan.