unit 1 tender 1.1

17
Lampiran DPP B2(b)-1 Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Kedah INFORMATION SHEET PROGRAMME : SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LUKISAN STRUKTUR SESSION : SEMESTER : 3A & 3B CODE/COURSE : KCS 3052 – BASIC PROJECT MANAGEMENT SHEET NO : IS 1 LECTURER : NORAIDA WASHIFA BINTI AHMAD WEEK : 2 TOPIC : 1.0 TENDER SUB-TOPIC : 1.1 Types of Tender 1.1.1 Open Tender 1.1.2 Limited Tender 1.1.3 Selected Tender 1.1.4 Negotiation Tender 1.1.5 Pre-Qualification Tender LEARNING OUTCOME : After completing the unit, students should be able to : a) list each type of tender. b) define each type of tender. c) describe the advantage and disadvantage of each type of tender. 2.0 TENDER Tender perlu dibuat kepada kontraktor supaya projek Page 1 of 17

Upload: mara

Post on 13-Apr-2017

149 views

Category:

Engineering


14 download

TRANSCRIPT

Lampiran DPP B2(b)-1

Institut Kemahiran MARASungai Petani, Kedah

INFORMATION SHEET

PROGRAMME : SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LUKISAN STRUKTUR

SESSION : SEMESTER : 3A & 3B

CODE/COURSE : KCS 3052 – BASIC PROJECT MANAGEMENT SHEET NO : IS 1

LECTURER : NORAIDA WASHIFA BINTI AHMAD WEEK : 2

TOPIC : 1.0 TENDER

SUB-TOPIC :

1.1 Types of Tender

1.1.1 Open Tender

1.1.2 Limited Tender

1.1.3 Selected Tender

1.1.4 Negotiation Tender

1.1.5 Pre-Qualification Tender

LEARNING OUTCOME :

After completing the unit, students should be able to :

a) list each type of tender.

b) define each type of tender.

c) describe the advantage and disadvantage of each type of

tender.

2.0 TENDER

Tender perlu dibuat kepada kontraktor supaya projek dapat dilaksanakan.

Tender terbahagi kepada jenis kerja dan bentuk projek yang dipelawakan. Dalam

industri pembinaan di negara kita, tender terbahagi seperti berikut :

i. Tender terbuka

ii. Tender terhad

Page 1 of 15

Lampiran DPP B2(b)-1

iii. Tender terpilih

iv. Tender perundingan

v. Tender prakelayakan

2.1.1 Tender Terbuka (Open Tender)

Tender terbuka ditawarkan kepada semua kontraktor dan kebiasaannya

kontraktor yang menawarkan harga terendah akan dipilih. Klien akan

mengiklankan notis dalam media bagi mempelawa kontraktor membuat tawaran

harga ke atas projek yang dicadangkan.

Kontraktor membuat penawaran harga berdasarkan jumlah anggaran

kasar kos pembinaan yang perlu dilaksanakan. Klien mungkin menerima banyak

harga tawaran sekiranya ramai kontraktor yang menyertai tender. Klien membuat

pemilihan kontraktor yang layak berdasarkan harga yang sesuai dan

munasabah.

Kelebihan :i. Memberi peluang kepada kontraktor yang baru mendaftar atau tiada

pengalaman.

ii. Klien dapat memilih harga tawaran yang terendah tetapi munasabah.

iii. Sesuai untuk kos pembinaan yang rendah atau sederhana, bentuk

pembinaan tidak sukar dan tidak memerlukan pengalaman atau

kelayakan yang khusus.

Kekurangan :i. Proses penyediaan tender mengambil masa yang lama, oleh itu tidak

sesuai untuk kerja yang perlu disiapkan segera.

ii. Risiko yang tinggi terhadap penerimaan sebutharga terendah.

iii. Tiada galakan terhadap penggunaan peralatan dan teknik terkini.

iv. Kesukaran dalam proses pemilihan kontraktor, kerana penyertaan terlalu

ramai.

Page 2 of 15

Lampiran DPP B2(b)-1

2.1.2 Tender Terhad (Limited Tender)

Tender terhad dikeluarkan oleh klien kepada kontraktor yang berada

dalam kelas kelayakan yang dinyatakan dalam kenyataan tawaran (notis tender).

Kelas kelayakan kontraktor diperoleh semasa syarikat kontraktor didaftarkan.

Kontraktor perlu mendaftarkan syarikatnya dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) atau Lembaga Pembangunan Industri Binaan (CIDB).

Kelas kelayakan kontraktor berasaskan kepada had kewangan syarikat.

Kontraktor yang telah mendaftar layak memasuki tawaran projek kerajaan

berdasarkan had kewangan atau kelas kelayakan sewaktu pendaftaran ini.

Jadual 1 menunjukkan kelas pendaftaran kontraktor mengikut kelayakan

kewangan. Dalam tender terhad, klien mempelawakan tawaran secara terbuka

tetapi terhad kepada kontraktor di dalam kelas tertentu, misalnya kontraktor

kelas BX bagi yang mendaftar dengan PKK projek yang ditawarkan bernilai RM1

000 001 hingga RM4 000 000.

Jadual 1Kelebihan :i. Jumlah yang menyertai tawaran adalah terhad kepada kelas tertentu,

maka proses pemilihan lebih cepat.

ii. Memberi peluang kepada kontraktor untuk bersaing secara adil dengan

kontraktor yang sama kelas atau sama kategori dengannya.

iii. Klien akan memperoleh binaan yang berkualiti jika kontraktor yang dipilih

benar-benar berpengalaman luas.

Page 3 of 15

Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)

Lembaga Pembangunan Industri Binaan(CIDB)

Kelas Had Kewangan (RM) Kelas Had Kewangan (RM)A 4 000 001 ke atas I 50 001 ke atasB 2 000 001 ke 8 000 000 II 1 000 001 ke bawah

BX 1 000 001 ke 4 000 000 III 500 001 ke bawahC 750 001 ke 2 000 000 IV 150 001 ke bawahD 150 001 ke 750 000 V 50 001 ke bawahE 100 001 ke 350 000 VI 20 001 ke bawah

EX 50 001 ke 150 000 - -F 100 000 ke bawah - -

Lampiran DPP B2(b)-1

Kekurangan :i. Kontraktor mahir atau pakar daripada kelas lain tidak diberi peluang

memasuki tender ini.

ii. Sebutharga atau tawaran harga berkurangan oleh kerana kontraktor

dalam kelas lain tidak layak menyertai tender ini.

2.1.3 Tender Terpilih (Selected Tender)

Tender Terpilih hanya dikemukakan kepada beberapa kontraktor yang

telah dipilih oleh klien. Persaingan merebut tawaran hanya berlaku di kalangan

kontraktor yang dipilih menyertai tender. Klien biasanya memilih kontraktor untuk

menyertai tender terpilih kerana kontraktor berkenaan mempunyai kepakaran

dan pengalaman yang luas dalam sesuatu bidang kerja.

Kelebihan :i. Kontraktor adalah yang terpilih dikalangan lain-lain kontraktor antara 5-10

orang sahaja.

ii. Klien lebih yakin mendapat hasil kerja yang berkualiti berdasarkan

pengalaman dan prestasi kerja kontraktor.

iii. Organisasi dan peralatan kontraktor yang dipilih adalah mantap.

iv. Proses pemilihan lebih cepat kerana jumlah penyertaan kontraktor adalah

kecil.

Kekurangan :i. Tawaran yang diperoleh terhad dan menutup peluang kepada kontraktor

yang tidak terpilih.

ii. Pertandingan merebut tawaran berkurangan kerana tidak ramai

kontraktor yang memasuki tender.

iii. Kemungkinan berlaku pakatan harga tawaran dikalangan kontraktor yang

terpilih.

iv. Kontraktor baru yang belum berpengalaman tidak mendapat peluang

untuk mendapat tawaran.

Page 4 of 15

Lampiran DPP B2(b)-1

2.1.4 Tender Perundingan (Negotiation Tender)

Terdapat projek yang mempunyai ciri kerja yang rumit dan sukar

sedangkan klien belum dapat menentukan skop kerja bagi projek pada peringkat

awal. Dalam keadaan ini, klien boleh memilih untuk menggunakan tender

perundingan.

Tender perundingan ialah tawaran yang dipelawakan kepada kontraktor

yang telah dikenal pasti oleh klien dengan berpandukan kepakaran, pengalaman

dan rekod kerja yang baik. Klien akan memilih kontraktor berdasarkan

perundingan ini dan borang tender akan diberikan kepada kontraktor.

Tender perundingan mempunyai kebaikannya. Contohnya kontraktor

telah menyiapkan projek yang serupa dengan sempurna sebelum ini, maka

masa dan usaha dapat dijimatkan sekiranya tawaran baru dirundingkan terus

dengan kontraktor tersebut atas syarat yang sama.

Kelebihan :i. Kontraktor yang terpilih menyertai tawaran mempunyai kemampuan

menjalankan projek dengan hasil kerja yang berkualiti.

ii. Kontraktor yang terpilih juga mempunyai banyak pengalaman dan

kemahiran kerja.

iii. Proses tawaran lebih mudah dan cepat kerana tidak perlu pengiklanan.

Kekurangan :i. Menutup peluang kontraktor lain yang tidak dipelawa secara perundingan

oleh klien.

ii. Persaingan menyediakan harga tawaran adalah terhad dan tiada banyak

pilihan.

iii. Klien menerima harga tawaran yang tinggi daripada kontraktor kerana

kurang persaingan.

Page 5 of 15

Lampiran DPP B2(b)-1

2.1.5 Tender Prakelayakan (Pre-Qualification Tender)

Tender prakelayakan dibuat oleh klien kepada kontraktor sebelum

kenyataan tawaran diiklankan. Kontraktor yang mendapat pelawaan awal ini

dikehendaki mengisi borang prakelayakan dan mengembalikan borang tersebut

kepada klien. Penilaian dibuat berdasarkan syarat yang ditentukan oleh klien.

Tujuannya supaya klien dapat mengetahui keupayaan, latar belakang dan rekod

kerja kontraktor.

Antara syarat yang perlu dimiliki oleh kontraktor yang ingin memasuki

tawaran ini ialah :

Pengalaman yang luas

Kemahiran dalam bidang berkaitan dengan projek

Kepakaran dalam kerja

Mempunyai modal kewangan yang besar

Mahir dalam penggunaan teknik pembinaan tertentu

Tender prakelayakan dibuat untuk projek pembinaan yang mempunyai

ciri pembinaan yang kompleks serta memerlukan kepakaran khusus. Projek jenis

ini sukar dilaksanakan oleh kontraktor biasa. Tender prakelayakan bertujuan

memastikan hanya kontraktor yang layak sahaja dipelawa memasuki tawaran.

Susunan sistem tender prakelayakan serupa dengan susunan tender

terbuka kerana iklan kenyataan tawaran (notis tender) dimaklumkan kepada

semua kontraktor.

Kelebihan :i. Klien dapat memilih kontraktor yang layak dengan tepat kerana semua

kontraktor yang menyertai tawaran telah melalui proses saringan pada

peringkat prakelayakan.

ii. Membolehkan klien memperoleh kontraktor yang berkelayakan dari segi

pengalaman, keupayaan dan rekod kerja yang baik.

Kekurangan :i. Memerlukan proses saringan dan kos pengiklanan pada peringkat

prakelayakan, oleh itu proses menjadi lebih panjang.

ii. Tawaran yang diterima mungkin tinggi kerana kontraktor yang layak

sedikit bilangannya.

Page 6 of 15

Lampiran DPP B2(b)-1

CONTOH-CONTOH IKLAN TAWARAN/NOTIS TENDER

Page 7 of 15

CONTOH IKLAN UNTUK TENDER TERHAD

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR

KENYATAAN TAWARAN1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berpengalaman dalam penyiasatan tanah (geotechnical/soil investigation) dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam Kelas C dan D dengan Kepala IV Sub-Kepala 7 yang dimiliki 100% oleh Rakyat Tempatan dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut :

NO. KONTRAK : KEMSAINS/TTM/T/1/91

KERJA-KERJA PENYIASATAN TAPAK RINTIS BAGI CADANGAN PROJEK TAMAN TEKNOLOGI MALAYSIA, SELUAS 596 EKAR, BUKIT JALIL, W.PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.

2. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai tender ini : (i) Mesti mempunyai atau boleh mendapatkan perkhidmatan makmal yang lengkap dan bertauliah untuk menjalankan ujian tanah, dan,(ii) Mempunyai sekurang-kurangnya seorang Jurutera yang berdaftar di Lembaga Jurutera Malaysia dan berpengalaman dalam penyiasatan tanah dan kaedah-kaedah ujian tanah.

3. Dokumen Tender boleh didapati dan dibeli dengan harga RM70.00 senaskah pada waktu pejabat mulai 6hb. Januari 2009 di Perunding Bersatu No.9, Tingkat 1, Jalan SS 15/7 Subang Jaya, 47500 Petaling Jaya, Selangor.

Bayaran dokumen tender hendaklah dibuat melalui Wang Pos/Kiriman Pos atau Bank Draf yang dibuat atas nama Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

4. Dokumen Tender akan keluar dan dijual kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa SURAT PENDAFTARAN ASAL CIDB & PKK.

5. Tawaran akan ditutup pada 20hb. Februari 2009, jam 12.00 tengahari. Dokumen Tender yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender, Tingkat 14, Wisma Sime Darby, Jalan Raja Laut, 50662 Kuala Lumpur.

6. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran.

(6343M)

Lampiran DPP B2(b)-1

CONTOH-CONTOH IKLAN TAWARAN/NOTIS TENDER

Page 8 of 15

CONTOH IKLAN UNTUK TENDER KHAS BUMIPUTERA

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR

KENYATAAN TAWARAN(Tawaran Khas Bumiputera)

1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berpengalaman dalam penyiasatan tanah (geotechnical/soil investigation) dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam Kelas EX dan E dengan Kepala II Sub-Kepala 9 yang dimiliki 100% oleh Rakyat Tempatan dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut :

NO. KONTRAK : KEMSAINS/TTM/T/2/91

MEMBEKAL DAN MEMASANG PAPAN TANDA, PAGAR DAN PINTU PAGAR SERTA KERJA-KERJA MENGECAT TAPAK CADANGAN PROJEK TAMAN TEKNOLOGI MALAYSIA, FASA I BUKIT JALIL, W.PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.

2. Dokumen Tender boleh didapati dan dibeli dengan harga RM60.00 senaskah pada waktu pejabat mulai 9hb. Januari 2009 di Nik Farid dan Loh Sdn., Chartered Quantity Surveyors, 90, Lorong Maarof, Taman Bangsar, 59000 Kuala Lumpur.

Bayaran Dokumen Tender hendaklah dibuat melalui Wang Pos/Kiriman Pos atau Bank Draf yang dibuat atas nama Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

4. Dokumen Tender akan keluar dan dijual kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa SURAT PENDAFTARAN ASAL CIDB & PKK dan SURAT ASAL PENGIKTIRAFAN BUMIPUTRA.

Penender-penender adalah dinasihatkan melawat tapak sebelum menyerahkan Dokumen Tender.

5. Tawaran akan ditutup pada 28hb. Februari 2009, jam 12.00 tengahari. Dokumen Tender yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender, Tingkat 14, Wisma Sime Darby, Jalan Raja Laut, 50662 Kuala Lumpur.

6. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran.

(6354M)

Lampiran DPP B2(b)-1

CONTOH-CONTOH IKLAN TAWARAN/NOTIS TENDER

Page 9 of 15

CONTOH IKLAN UNTUK TENDER PRA-KELAYAKAN KONTRAKTOR

DESA KIARA DAMANSARAKENYATAAN TAWARAN

(Pra-Kelayakan Kontraktor)1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berpengalaman dalam struktur konkrit tetulang (steel concrete structure) dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) , Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Kementerian Kewangan adalah dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut :

CADANGAN MEMBINA KONDOMINIUM FASA II DAN III YANG MENGANDUNGI 31/2 TINGKAT BLOK PODIUM (KELUASAN 30 600 m2) TERMASUK TEMPAT LETAK KERETA BAWAH TANAH, LOT-LOT KEDAI, KOLAM RENANG DAN KERJA-KERJA LUAR SERTA 4 BLOK MENARA SEPERTI BERIKUT :(a) 15 TINGKAT MENGANDUNGI 50 UNIT APARTMEN(b) 21 TINGKAT MENGANDUNGI 74 UNIT APARTMEN(c) 28 TINGKAT MENGANDUNGI 122 UNIT APARTMEN(d) 33 TINGKAT MENGANDUNGI 176 UNIT APARTMENDI ATAS LOT 1, JALAN DAMANSARA, MUKIM OF KUALA LUMPUR FOR LOT ONE DEVELOPMENT SDN. BHD.

SKOP KERJA

(i) Membina dan menyiapkan lebih kurang 100 bil. kepala cerucuk, setiap satu mengandungi 5 bil. mata cerucuk.

(ii) Membina dan menyiapkan rasuk bumi.(iii) Membina dan menyiapkan papak lantai bawah dan tembok penahan.

Tender dijadual dipelawa pada pertengahan bulan Februari 2009. Borang Kontrak hendaklah menggunakan Standard Form of Agreement and Schedule of Conditions of Building Contract dikeluarkan oleh Pertubuhan Akitek Malaysia (Malaysian Institute of Architects)

2. Borang pendaftaran Pra-Kelayakan boleh didapati daripada :Juru Kos, 84B, Jalan SS 15/4, Subang Jaya, 47500 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan pada waktu pejabat dari 9.00 pg hingga 5.00 ptg dengan bayaran sebanyak RM30.00.

3. Tawaran akan ditutup pada 25hb. Februari 2009, jam 12.00 tengahari. Borang yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat di atas dalam sampul surat bertanda ”Tender Pra-Kelayakan”.

4. Pihak majikan berhak untuk menerima atau menolak sebarang permohonan dan tiada bayaran gantirugi diberikan kepada Kontraktor dalam penyediaan permohonan pra-kelayakan.

5. Kontraktor yang dipilih akan diberitahu melalui pos apabila tender dipelawa.(6354M)

Lampiran DPP B2(b)-1

KEPALA I

KERJA-KERJA KEJURUTERAAN AWAM

Sub-Kepala 1Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam

Sub-Kepala 2Jambatan, Jeti dan Struktur Kerja Laut

Sub-Kepala 3(a) Struktur Penahan Air(b) Empangan

Sub-Kepala 4Pengorekan

Sub-Kepala 5Sistem Pembentungan

Sub-Kepala 6(a) Penerowongan(b) Dinding Gegendang dan Tambatan pada Tanah

Sub-Kepala 7Kerja-kerja Pengairan, Penyaliran Kawasan Banjir dan Kerja-kerja Hidrokuasa(a) Struktur Hidraulik(b) Kerja-kerja Tanah(c) Konduit Kuasa(d) Rumah Kuasa

Sub-Kepala 8Kerja-kerja Landasan Keretapi

Sub-Kepala 9Penanaman Sesalur dan Pembinaan Peti Penyambung dan/atau Lurang untuk Rangkaian Kabel Telefon

KEPALA II

KERJA-KERJA BANGUNAN

Sub-Kepala 1Kerja-kerja Pembinaan Tidak Termasuk Struktur Rangka Konkrit Bertetulang

Sub-Kepala 2(a) Bangunan Rangka Konkrit Bertetulang Yang

Tidak Melebihi Empat (4) Tingkat(b) Bangunan Rangka Konkrit Bertetulang Yang

Melebihi Empat (4) Tingkat

Sub-Kepala 3Bangunan Kayu Pasang Siap

Sub-Kepala 4Bangunan Konkrit Pasang Siap

Sub-Kepala 5Bangunan Rangka Keluli

Sub-Kepala 6Kerja-kerja Bumbung Berpaten

Sub-Kepala 7(a) Lantai Paket dan Blok Kayu(b) Kemasan Lantai dan Dinding yang lain(c) Perabot Bina Dalam(d) Pemasangan Tanggam

Sub-Kepala 8Kerja-kerja Penyelenggaraan(a) Penyelenggaraan Sistem Kebersihan(b) Pengecatan Semula dan Pembaikan Am

Bangunan

Sub-Kepala 9Pelbagai (Nyatakan)

KEPALA III

KERJA-KERJA KEJURUTERAAN MEKANIKAL PEMBERSIHAN DAN AIR (SEMUA SUB-KEPALA TERMASUK BEKALAN PERALATAN)

Sub-Kepala 1(a) Sistem Penyaman Udara dan Pengalihuadar(b) Bilik Sejuk

Sub-Kepala 2Lif dan Eskalator

Sub-Kepala 3Pemasangan Paip dan Alat-alat Kebersihan

Sub-Kepala 4Pemasangan Alat Pengepaman

Sub-Kepala 5Pemasangan Loji Pembersihan Kumbahan

Sub-Kepala 6Pemasangan Loji Pembersihan Kumbahan

Sub-Kepala 7Pemasangan Kelengkapan Memasak dan Dapur

Sub-Kepala 8Pemasangan Kelengkapan Dobi

Sub-Kepala 9Pemasangan Loji Dandang dan Kebuk Tekanan Tak

Berapi

Sub-Kepala 10Pemasangan Sistem Mencegah Kebakaran

Sub-Kepala 11Pemasangan Sistem Penyampai

Sub-Kepala 12(a) Kren Bagan(b) Kren Work(c) Unit Pengangkat Untuk Penyelenggaraan

Bangunan

Page 10 of 15

LAMPIRAN A1

Lampiran DPP B2(b)-1

KEPALA III (sambungan)

KERJA-KERJA KEJURUTERAAN MEKANIKAL PEMBERSIHAN DAN AIR (SEMUA SUB-KEPALA TERMASUK BEKALAN PERALATAN)

Sub-Kepala 13(a) Pemasangan Loji Penghancuran dan Penapisan(b) Pemasangan Loji Mencampur Asfalt

Sub-Kepala 14Pemasangan Sistem Kawalan Pencemaran

Sub-Kepala 15Pemasangan Kelengkapan Jentera Kilang Minyak

dan Getah

Sub-Kepala 16(a) Pembaikan dan Pemulihan Gerabak Keretapi

Penumpang dan Gerabak Keretapi Barang(b) Kerja-kerja Kimpalan Landasan Keretapi

Sub-Kepala 17 (Pelbagai)(a) Pemasangan Sistem Pemampatan Udara(b) Pemasangan Sistem Air Panas(c) Pemasangan Sistem Gas Petroleum Cecair

(LPG)(d) Pemasangan Pensteril dan Autoklaf(e) Pemasangan Gas Perubatan(f) Pemasangan Alat Bakar Sampah(g) Pemasangan Sistem Automatik untuk Bangunan(h) Pemasangan Rak Bergerak(i) Pemasangan Kelengkapan Makmal(j) Pemasangan Peralatan Kolam Renang(k) Pemasangan Alat Angkat Pintu Hidraulik(l) Pemasangan dan Pembaikan Loji Jentera dan

Kelengkapan

KEPALA IV

LAIN-LAIN KERJA PAKAR KEJURUTERAAN AWAM

Sub-Kepala 1Kerja-kerja Tanah

Sub-Kepala 2Kerja-kerja Cerucuk(a) Konkrit Di Situ(b) Konkrit Bertetulang Tuang Dahulu(c) Konkrit Prategasan atau Pascategasan(d) Keluli(e) Kayu(f) Sistem Berpaten

Sub-Kepala 3(a) Kerja-kerja Penyalutan Berasfalt(b) Kerja-kerja Permukaan Jalan Bitumen(c) Kerja-kerja Membuat Isyarat dan Mengecat

Jalan(d) Kerja-kerja Membuat Pengadang Susur, Sawar,

Penanda Batu dan Kerja yang lain untuk Jalan

Sub-Kepala 4(a) Kerja-kerja Keluli(b) Kerja-kerja Keluli Berpaten dan Pasangsiap

Sub-Kepala 5Penyaliran Bawah Tanah

Sub-Kepala 6(a) Pemasangan Sesalur Air(b) Pemasangan Sesalur Minyak dan Gas

Sub-Kepala 7(a) Pengerudian Untuk Air Bawah Tanah(b) Kerja-kerja Penyelidikan Tanah(c) Kerja-kerja Kajian Geofizik

KEPALA IV (sambungan)

LAIN-LAIN KERJA PAKAR KEJURUTERAAN AWAM

Sub-Kepala 8Konkrit Bertetulang atau Tanpa Tetulang Tuang Dahulu untuk Rasuk, Berbendul Jalan Pembentung dan Saliran

Sub-Kepala 9Pembinaan Konkrit Prategasan atau Pascategasan

Sub-Kepala 10Pelbagai(a) Kerja-kerja Penurapan Tekanan(b) Guniting(c) Kerja-kerja Ujian yang Tidak Memberikan Kesan

pada Anggota Konkrit(d) Kerja-kerja Sokong Bawah(e) Kerja-kerja Serombong Stesen Kuasa

Page 11 of 15

LAMPIRAN A2

Lampiran DPP B2(b)-1

KEPALA V

KERJA-KERJA KUARI, MEMBEKAL LOGAM DAN TANAH, KERJA-KERJA ANGKUT DAN PENGANGKUTAN

Sub-Kepala 1Kerja-kerja Memecah Batu dan Membekal Logam

Sub-Kepala 2Kerja-kerja Menggerudi dan Meletupkan Batu Kuari

Sub-Kepala 3Kerja-kerja Angkut dan Pengangkutan

KEPALA VI

KERJA-KERJA HUTAN DAN PEMBANGUNAN TANAH

Sub-Kepala 1Penyediaan dan Penyelenggaraan Tapak Semaian

Sub-Kepala 2Kerja-kerja Pembersihan Hutan dan Penyediaan Hutan

Sub-Kepala 3(a) Kerja-kerja Penanaman dan Penyelenggaraan

Pokok(b) Kerja-kerja Penanaman Semula dan

Penyelenggaraan Pokok

Sub-Kepala 4Kerja-kerja Memungut dan Mengangkut Hasil

Tanaman

Sub-Kepala 5Kerja-kerja Pemulihan Hutan

Sub-Kepala 6(a) Kerja-kerja Seni Taman-Taman(b) Kerja-kerja Penanaman Benih Berair

Sub-Kepala 7Jalan Hutan

Sub-Kepala 8Kerja-kerja Am Pertanian

Sub-Kepala 9Pelbagai (Nyatakan)

KEPALA VII

KERJA-KERJA TELEKOMUNIKASI

Sub-Kepala 1(a) Penanaman, Penyambungan dan Pengujian

Rangkaian Kabel Agihan(b) Penanaman, Penyambungan dan Pengujian

Rangkaian Kabel Utama(c) Penanaman, Penyambungan dan Pengujian

Rangkaian Kabel Simpang

Sub-Kepala 2(a) Pemasangan Penaik Kabel Rangka Agihan

Utama Peti Agihan Salur Bawah Lantai dan Lantai Telefon dalam Bangunan

(b) Pemasangan Sepasang Kabel Telefon Dalam Bangunan

Sub-Kepala 3Sistem Semboyan dan Perhubungan Keretapi(a) Pemasangan Sistem Semboyan Yang

Mengandungi Geganti Bongkah Automatik(b) Pemasangan Sistem Perhubungan Untuk

Kawalan Pusat dan Laluan Tepi Stesyen(c) Pemasangan Sawar Elektrik Lengkap dengan

Isyarat/Susur dan Penggera Lebuhraya

Page 12 of 15

LAMPIRAN A3

Lampiran DPP B2(b)-1

Page 13 of 15

LAMPIRAN A4

Lampiran DPP B2(b)-1

Page 14 of 15

LAMPIRAN A5

Lampiran DPP B2(b)-1

EXERCISE 2.0

1. Apakah yang dimaksudkan dengan tender terbuka?

2. Berikan dua (2) kelebihan dan dua (2) kekurangan tender terbuka?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan tender terhad?

4. Namakan pusat atau agensi yang membuat pendaftaran syarikat kontraktor?

5. Berikan takrif tender terpilih, dan nyatakan dua (2) kelebihan dan dua (2) kelemahannya?

6. Berikan definisi tender prakelayakan?

7. Nyatakan syarat-syarat yang perlukan oleh kontraktor yang ingin memasuki

tender pra-kelayakan?

8. Apakah yang dimaksudkan dengan tender rundingan?

10. Nyatakan kehendak-kehendak bagi tender rundingan?

REFERENCE :

1. Teacher’s handout

2. Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 5 – Ab. Aziz Abd. Latiff, Ismail Yusof,

Abdul Aziz Abu Bakar (DBP)

3. Pengenalan Ukur Kuantiti Binaan 1 – Rosli Abd. Rashid (DBP & UTM)

4. Aturcara Kontrak & Taksiran – Uzairi Hj. Saidin (IBS)

5. Nota JKR (IKRAM)

Page 15 of 15