unit 1 tender 1.2
TRANSCRIPT
Lampiran DPP B2(b)-1
Institut Kemahiran MARASungai Petani, Kedah
INFORMATION SHEET
PROGRAMME : SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LUKISAN STRUKTUR
SESSION : SEMESTER : 3A & 3B
CODE/COURSE : KCS 3052 - BASIC PROJECT MANAGEMENT SHEET NO : IS2
LECTURER : NORAIDA WASHIFA BINTI AHMAD WEEK : W3
TOPIC : UNIT 1 : TENDER
SUB-TOPIC :1.2 Tender Document
1.2.1 Types of tender document.
1.2.2 Function and content of each document.
LEARNING OUTCOME :
After completing the unit, students should be able to :
a) Define tender document.
b) List each type of tender document.
c) Describe the function and content of each document.
2.2 DOKUMEN TENDER (TENDER DOCUMENT)
Dokumen tender ialah dokumen yang mengandungi semua maklumat
yang diperlukan oleh kontraktor bagi mentaksirkan harga projek yang
ditawarkan. Dokumen tender juga dikenali sebagai dokumen tawaran.
Tujuan dokumen tender dikeluarkan adalah untuk :
a. menghuraikan segala kehendak-kehendak klien/majikan,
b. membolehkan pihak kontraktor mengemukakan tawaran dengan kos
yang berpatutan,
c. mengikat perjanjian antara klien dengan kontraktor untuk dijadikan
sebagai dokumen kontrak,
d. dijadikan sebagai rujukan dan rekod semasa pelaksanaan projek.
2.2.1 JENIS-JENIS DOKUMEN TENDER (TYPES OF TENDER DOCUMENT)
Page 1 of 8
Lampiran DPP B2(b)-1
Jenis dokumen tender yang biasa dipratikkan kepada dua, iaitu :
a. Dokumen Tender Berdasarkan Lukisan dan SpesifikasiPerkara-perkara yang terkandung dalam dokumen tender ini ialah :
Surat pelawaan tawaran (notis tender)
Borang tender
Arahan kepada penender
Syarat-syarat menender
Kehendak/kerja awalan
Spesifikasi kerja
Ringkasan tender
Senarai kadar harga
Lukisan kerja
Lampiran
b. Dokumen Tender Berdasarkan Senarai Kuantiti/BahanPerkara-perkara yang terkandung dalam dokumen tender ini ialah :
Surat pelawaan tawaran (notis tender)
Borang tender
Arahan kepada penender
Syarat-syarat menender
Kehendak/kerja awalan
Spesifikasi kerja
Senarai kuantiti/bahan
Lukisan kerja
Lampiran
2.2.2 FUNGSI DAN KANDUNGAN SETIAP DOKUMEN (FUNCTION OF CONTENT OF EACH DOCUMENT)
a. Borang Tender (Tender Form)Keterangan : Borang perlu diisi oleh kontraktor dengan menyatakan
harga tawaran dan tempoh siap kerja.
Fungsi : Sebagai tanda menyertai tawaran untuk penilaian dan pemilihan
kontraktor.
Page 2 of 8
Lampiran DPP B2(b)-1
b. Borang Penerimaan Tender (Tender Acceptance Form)Keterangan : Borang perlu diisi oleh klien/majikan untuk dikembalikan
kepada kontraktor sebagai rekod simpanan.
Fungsi : Memberitahu kontraktor bahawa tender yang diserahkan
kepada klien telah diterima.
c. Spesifikasi Piawaian Kerja (Job Standard Specification)Keterangan : Keterangan tentang kerja yang akan dijalankan, kualiti
bahan yang dikehendaki oleh klien, kaedah menjalankan kerja dan tahap
kualiti kerja yang diharapkan dapat dipenuhi oleh kontraktor.
Fungsi : Maklumat yang menjelaskan kepada kontraktor tentang butir-
butir yang berkaitan dengan kontrak yang ditawarkan.
d. Senarai Kuantiti (Bills of Quantity)Keterangan : Mengandungi senarai kuantiti bahan dan kerja yang
diperlukan untuk menyiapkan projek.
Fungsi : Membantu dan memudahkan kontraktor membuat pengiraan
anggaran kos upah kerja dan jumlah kos bahan serta merancang kaedah
kerja yang akan dilakukan.
e. Lukisan Kerja (Working Drawing)Keterangan : Mengandungi gambaran kerja yang ditawarkan kepada
kontraktor.
Fungsi : Membantu dan memudahkan kontraktor membuat pengiraan
anggaran kos upah kerja dan jumlah kos bahan serta merancang kaedah
kerja yang akan dilakukan.
f. Jadual Kadar Kerja (Schedule of Working Rate)Keterangan : Mengandungi senarai harga bagi setiap kerja yang akan
dilakukan oleh kontraktor.
Fungsi : Membantu dan memudahkan kontraktor membuat pengiraan
anggaran kos.
Page 3 of 8
Lampiran DPP B2(b)-1
g. Notis Tender (Notice of Tender)Keterangan : Iklan mempelawa kontraktor untuk memasuki tender yang
disiarkan dalam akhbar harian utama oleh pihak klien.
Fungsi : Memaklumkan kepada kontraktor yang berkelayakan dan
berpengalaman untuk memasuki tender yang ditawarkan.
h. Arahan Kepada Penender (Instructions For Tenderer)Keterangan : Arahan yang dikeluarkan oleh klien kepada kontraktor
supaya mengisi segala maklumat yang benar mengenai latar belakang
kewangan dan prestasi petender.
Fungsi : Memberitahu kontraktor bahawa tendernya akan ditolak dan
tindakan tatatertib akan dikenakan terhadapnya jika didapati maklumat
palsu atau tidak tepat diberikan.
i. Syarat-Syarat Menender (Conditions of Tendering)Keterangan : Syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh petender/kontraktor
yang melibatkan tugas, hasil kerja, insuran dsbnya
Fungsi : Memberitahu kontraktor bahawa kontraknya akan ditamatkan
dan tindakan tatatertib akan dikenakan terhadapnya jika didapati
melanggar syarat-syarat yang diberikan.
j. Surat Setujuterima Tender (Letter of Tender Acceptance)Keterangan : Surat yang perlu diisi dan ditandatangani oleh kontraktor
untuk diserahkan kepada klien/majikan.
Fungsi : Sebagai tanda kontrak telah diterima dan dipersetujui oleh
kontraktor.
k. Kehendak Awalan (Preliminaries)Keterangan : Kehendak yang menyatakan perkara-perkara yang tidak
diukur dan dinyatakan di dalam ringkasan tender.
Fungsi : Membantu dan memudahkan kontraktor dalam melaksanakan
projek terutama yang melibatkan kos.
Page 4 of 8
Lampiran DPP B2(b)-1
Page 5 of 8
Lampiran DPP B2(b)-1
Page 6 of 8
Lampiran DPP B2(b)-1
Page 7 of 8
Lampiran DPP B2(b)-1
EXERCISE 3.0
1. Apakah yang dimaksudkan dengan dokumen tender?
2. Nyatakan tujuan dokumen tender dikeluarkan?
3. Senaraikan perkara-perkara yang terkandung dalam dokumen tender
berdasarkan lukisan dan spesifikasi?
4. Senaraikan perkara-perkara yang terkandung dalam dokumen tender
berdasarkan senarai kuantiti?
5. Nyatakan fungsi dokumen berikut :
a. Borang tender
b. Borang penerimaan tender
c. Spesifikasi piawaian kerja
d. Senarai kuantiti
e. Lukisan kerja
6. Nyatakan kandungan dokumen berikut :
a. Jadual kadar kerja
b. Notis tender
c. Arahan kepada menender
d. Syarat-syarat menender
e. Surat setujuterima tender
REFERENCE :
1. Teacher’s handout
2. Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 5 – Ab. Aziz Abd. Latiff, Ismail Yusof,
Abdul Aziz Abu Bakar (DBP)
3. Pengenalan Ukur Kuantiti Binaan 1 – Rosli Abd. Rashid (DBP & UTM)
4. Aturcara Kontrak & Taksiran – Uzairi Hj. Saidin (IBS)
5. Nota JKR (IKRAM)
Page 8 of 8