unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

15
Kurikulum Pendidikan Teknikal dan Vokasional  | 1 UNIT PELAJARAN 1 KURIKULUM PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda dapat: 1. merumuskan intipati takrifan kurikulum, 2. menerangkan jenis dan reka bentuk kurikulum, 3. menerangkan kurikulum kebangsaan, 4. menerangkan pengertian pendidikan teknikal dan vokasional (PTV), 5. menyatakan pentingnya kurikulum PTV dalam kurikulum kebangsaan 6. menyatakan ciri-ciri kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional, 7. menerangkan bagaimana hendak membangunkan kurikulum PTV, 8. menyatakan strategi membina konten kurikulum PTV, dan 9. menerangkan konsep transformasi pendidikan vokasional. PENGENALAN Sebagai seorang guru ataupun pelajar , perkataan “kurikulum” tidaklah asing  lagi. Kurikulum sering dihubungkaitk an dengan kursus, mata pelajara n, sukatan pelajaran, silibus, modul dan pelbagai lagi. Pada asasnya kurikulu m adalah apa yang dip elajari oleh pelajar. Bagi memahami dengan lebih me ndalam lagi apa itu kurikulum amnya dan kurikulum kebangsaan dan kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional khususnya , unit ini akan memperihalkan kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional dari segi pengertian,  jenis, reka bentuk, kepentinga n, ciri dan perbezaan nya dengan kurikulum umum. Unit ini mengutarakan bagaimana membangunkan kurikulum PTV dan strategi membina konten PTV. ISI KANDUNGAN Apakah yang anda faham dengan perkataan “ kurikulum? Definisi kurikulum boleh dirungkaikan dari pelbagai sudut. Dari sudut rancangan bidang pendidikan, Tawner, D & Tanner, L. (1975) mentakrifkan kurikulum sebagai satu pengalaman pembelajaran teranca ng ke arah pencapa ian hasil pembelajara n yang ditentuk an. Manakala Tyl er (1949) terdahulu mentak rifkan kurikulum yang lengkap harus berasaskan kepada objektif dan proses yang mengandungi empat perkara berikut:  1. Matlamat untuk dicapai 2. Isi kandungan untuk pencapa ian objektif 3. Metodologi untuk menyusun dan melaksanakan pengalaman

Upload: sis-lavender

Post on 05-Jul-2018

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

8/16/2019 unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01pdf 1/15

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l  | 1

UNIT PELAJARAN 1

KURIKULUM PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda dapat:

1.  merumuskan intipati takrifan kurikulum,2.  menerangkan jenis dan reka bentuk kurikulum,3.  menerangkan kurikulum kebangsaan,4.  menerangkan pengertian pendidikan teknikal dan vokasional (PTV),5.  menyatakan pentingnya kurikulum PTV dalam kurikulum kebangsaan6.  menyatakan ciri-ciri kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional,

7. 

menerangkan bagaimana hendak membangunkan kurikulum PTV,8.  menyatakan strategi membina konten kurikulum PTV, dan9.  menerangkan konsep transformasi pendidikan vokasional.

PENGENALAN

Sebagai seorang guru ataupun pelajar , perkataan “kurikulum” tidaklah asing  lagi. Kurikulum seringdihubungkaitkan dengan kursus, mata pelajaran, sukatan pelajaran, silibus, modul dan pelbagai lagi. Padaasasnya kurikulum adalah apa yang dipelajari oleh pelajar. Bagi memahami dengan lebih mendalam lagiapa itu kurikulum amnya dan kurikulum kebangsaan dan kurikulum pendidikan teknikal dan vokasionalkhususnya, unit ini akan memperihalkan kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional dari segi pengertian,

 jenis, reka bentuk, kepentingan, ciri dan perbezaannya dengan kurikulum umum. Unit ini mengutarakanbagaimana membangunkan kurikulum PTV dan strategi membina konten PTV.

ISI KANDUNGAN

Apakah yang anda faham dengan perkataan “kurikulum”?

Definisi kurikulum boleh dirungkaikan dari pelbagai sudut. Dari sudut rancangan bidang pendidikan,

Tawner, D & Tanner, L. (1975) mentakrifkan kurikulum sebagai satu pengalaman pembelajaran terancangke arah pencapaian hasil pembelajaran yang ditentukan. Manakala Tyler (1949) terdahulu mentakrifkankurikulum yang lengkap harus berasaskan kepada objektif dan proses yang mengandungi empat perkaraberikut: 

1.  Matlamat untuk dicapai2.  Isi kandungan untuk pencapaian objektif3.  Metodologi untuk menyusun dan melaksanakan pengalaman

Page 2: unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

8/16/2019 unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01pdf 2/15

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l  | 2

4.  Penilaian untuk mengukur keberkesanan

Dengan asas yang sama, Taba (1962) memperinci dan menambahnya kepada tujuh perkara iaitu.

1.  Mengenal pasti keperluan

2. 

Menggubal objektif3.  Memilih isi kandungan4.  Mengolah isi kandungan5.  Memilih aktiviti pembelajaran6.  Mengolah aktiviti pembelajaran7.  Menentukan apa dan bagaimana dinilai

Berlandaskan kepada definisi-definisi tersebut, intipati takrifan kurikulum boleh dirumuskan kepada

empat perkara iaitu.

1. 

 Apakah yang hendak diajar – Objektif2.   Apakah pengalaman pembelajaran yang hendak dicapai – Tingkah Laku3.  Bagaimanakah pengalaman pembelajaran boleh dirancang secara berkesan – Kaedah4.  Bagaimanakah cara menentukan hasrat pembelajaran telah dicapai - Penilaian

Dengan merujuk kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran1979, terangkan peranan kurikulum dalam konteks kurikulum kebangsaan.

 __________________________________________________________________________________

 __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________

 __________________________________________________________________________________

Apakah jenis-jenis kurikulum yang anda ketahui? 

Kurikulum Ideal/rasmi

JENIS KURIKULUM

Kurikulum TersembunyiKokurikulum

Kurikulum Operasional

Page 3: unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

8/16/2019 unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01pdf 3/15

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l  | 3

Terdapat empat jenis kurikulum iaitu

1.  Kurikulum ideal/rasmi – kurikulum formal yang digubal dan dibina oleh Kementerian Pelajaranseperti yang terkandung dalam dua bahan asas kurikulum iaitu sukatan pelajaran dan huraiansukatan pelajaran

2. 

Kurikulum operasional – isi kandungan sebenar untuk guru bagi pembelajaran murid sepertirancangan pengajaran harian

3.  Kokurikulum/Kurikulum luar – Aktiviti di luar bilik darjah sebagai tambahan kepada kurikulum sediaada seperti sukan, persatuan, kelab

4.  Kurikulum Tersembunyi – Kurikulum tersirat tidak formal/langsung yang dilaksanakan secarasisipan dan penyerapan seperti patriotisme, keselamatan dan nilai murni

Reka bentuk kurikulum boleh dibahagikan kepada lima kategori.

1.   Akademik – berfokus kepada bidang ilmu atau disiplin seperti mata pelajaran Geografi dan Bahasa

2.  Teknikal – berfokus kepada kemahiran bercorak hands-on untuk meningkat kemahiran sepertimata pelajaran Lukisan Kejuruteraan,Teknologi Kejuruteraan

3.  Intelektual – berfokus kepada pembentukan dan peningkatan minda dan daya berfikir seperti mata

pelajaran Sains, Matematik dan Reka Cipta

4.  Sosial – berfokus kepada aplikasi ilmu untuk interaksi sosial seperti mata pelajaran Sivik danKewarganegaraan dan Pendidikan Jasmani

5.  Individu – berfokus kepada memenuhi keperluan dan minat individu atau kumpulan seperti kursus jahitan dan masakan bagi ahli Kelab Kemahiran Hidup

Teknikal

REKA

BENTUK

KURIKULUM

Sosial

Akademik

Individual

Intelektual

Page 4: unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

8/16/2019 unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01pdf 4/15

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l  | 4

Kurikulum Kemahiran Hidup boleh dikategorikan dalam kurikulum ___________.

Apa yang anda tahu tentang kurikulum kebangsaan? 

Mengikut Pendidikan 1996 [Peraturan-Peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997},

Kurikulum Kebangsaan ditakrifkan sebagai “ suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan

kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur

kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya

dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral

yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.” 

Kurikulum Kebangsaan mempunyai ciri-ciri berikut.

1. 

Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan2.  Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh3.  Melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung

 jawab dan mampu mencapai kesejahteraan diri4.  Memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama5.  Memperuntukkan kurikulum dan peperiksaan yang sama6.  Menyediakan pendidikan yang pelbagai dan komprehensif7.  Memupuk perpaduan nasional melalui pembangunan sosio-ekonomi, budaya dan politik selaras

dengan Rukunegara.

Huraikan maksud ayat “ … membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi…” 

 _________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________

Apa yang anda fahamkan tentang kurikulum PTV?

Kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional mengikut konteks pendidikan di Malaysia merangkumi

mata pelajaran bercorak teknologi/teknikal ataupun bukan teknologi yang menekankan kemahiran ke

arah sesuatu pekerjaan. Kurikulum PTV terdapat dua komponen iaitu teknikal dan vokasional.

Kurikulum pendidikan teknikal adalah bercorak teknologi/kejuruteraan yang spesifik manakala

pendidikan vokasional merangkumi mata pelajaran bercorak teknologi atau bukan teknologi yang

bertujuan untuk memenuhi kemahiran/pekerjaan yang spesifik. Sesuatu mata pelajaran dikategorikan

Page 5: unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

8/16/2019 unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01pdf 5/15

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l  | 5

sebagai vokasional atau tidak bergantung kepada tujuan kurikulum itu ditawarkan. Jika kurikulum itu

bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran bagi sesuatu pekerjaan, kurikulum itu boleh

dianggap sebagai vokasional walaupun bentuk kurikulum itu bukan kejuruteraan. Mata pelajaran

vokasional mungkin bercorak kejuruteraan/teknologi kejuruteraan atau tidak. Sebagai contoh mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah mata pelajaran teknikal bercorak kejuruteraan manakala mata

pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian dalam program MPV adalah mata pelajaran vokasional di

sekolah menengah harian.

Apakah perbezaan kurikulum PTV dan kurikulum pendidikan umum?

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kurikulum PTV adalah bercorak kejuruteraan/teknikal danpengajaran dan pembelajarannya memberi fokus kepada aktiviti “hands-on”. Contoh kurikulum PTVialah mata pelajaran Kemahiran Hidup, Ekonomi Rumah Tangga dan Teknologi Kejuruteraan disekolah menengah harian. Kurikulum pendidikan umum pula adalah kurikulum bercorak akademik dankemanusian seperti Bahasa Malaysia, Sejarah dan Geografi.

Apa pentingnya kurikulum PTV dalam kurikulum kebangsaan?

Kurikulum PTV adalah kurikulum yang mengandungi bidang ilmu teknikal dan vokasional berhasrat

membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan ke arah sesuatu bidang

profesyen atau pekerjaan. Kurikulum PTV yang menekankan “learning by doing ” menerusi aktiviti

“hands-on”  juga mementingkan “minds-on” dan kemahiran tempat kerja dalam pengajaran dan

pembelajaran. Pengetahuan dan kemahiran dalam kurikulum PTV di sekolah adalah persediaan awal

sebelum murid melangkah ke alam pekerjaan. Negara membangun seperti Malaysia di ambang

menuju ke arah negara maju menjelangkan tahun 2020 amat memerlukan lebih ramai ahli teknologis,

industrialis dan usahawan bagi memenuhi keperluan guna tenaga negara. Apatah lagi dasar masa kini

ke arah membentuk maysrakat berpendapatan tinggi.

Pada masa ini Malaysia hanya mempunyai 10 peratus murid di sekolah menengah atas mengambil

PTV berbanding negara maju seperti Jerman, Perancis, Jepun yang melibatkan lebih 50 peratus murid

sekolah dalam PTV. Dalam masa 10 tahun yang akan datang Malaysia memerlukan 3.3 juta perkeja

mahir dalam bidang teknikal dan vokasional bagi memenuhi hasrat dan keperluan guna tenaga negara

(Petikan Ucaputama Timbalan Perdana Malaysia pada Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan

Vokasional pada 6 Januari 2012 di German-Malaysia Institute). Oleh yang demikian, peranan PTV

dalam memenuhi keperluan guna tenaga negara bagi mengwujudkan masyarakat berpendapatan

tinggi dan negara maju amatlah penting dan kritikal.

Page 6: unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

8/16/2019 unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01pdf 6/15

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l  | 6

Apakah ciri-ciri kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional? 

1.  Orientasi – program berorientasikan proses (pengalaman dan aktiviti di sekolah) dan produk(hasil/kesan) terhadap lepasan institusi.

2. 

Justifikasi – kurikulum berasaskan kepada keperluan pekerjaan

3.  Fokus – penekanan kepada pembentukan individu dalam aspek yang meluas meliputipengetahuan, kemahiran, nilai, sosial dan sikap yang menyumbang kepada kebolehpasaran(employability) lepasan.

4.  Standard kejayaan sekolah – mencapai tahap kecekapan yang ditentukan oleh pihak sekolah

5.  Standard kejayaan luar sekolah – mencapai tahap kecekapan bagi sesuatu jenis pekerjaan yangditentukan oleh pihak industri/majikan.

6. 

Hubungan sekolah-komuniti – pertalian erat dua hala di antara sekolah dan pihakindustri/masyarakat tempatan dalam perkongsian kemudahan, nasihat teknikal, latihan, peluangpekerjaan lepasan dan sebagainya.

7.  Penglibatan pihak berkuasa – penglibatan kerajaan (pusat, negeri, daerah) dalam pembiayaanperuntukan program, perundangan, prasarana dan kemudahan, tenaga pengajar dan sebagainya

8.  Keprihatinan – Keprihatinan dan kepekaan terhadap perkembangan teknologi semasa dalammemenuhi guna tenaga manusia

9.  Logistik – Pelaksanaan program vokasional yang berkualiti memerlukan kos modal dan operasi

yang mencukupi, alatan dan sumber bahan yang lengkap dan terkini, pengurusan inventori danpenyenggaraan yang efisien.

10. Bajet dan Perbelanjaan – Kos modal dan pengurusan serta penyenggaraan program vokasionalagak tinggi berbanding program kurikulum biasa. Oleh itu peruntukan bajet harus mencukupi danperbelanjaan kos operasi harus berhemah.

Bagaimana hendak membangunkan kurikulum PTV?

Mengikut Curtis R. Finch et. al (2003), terdapat tiga fasa utama dalam membangunkan kurikulum PTVdengan melibatkan pelbagai aktiviti seperti rajah berikut.

Fasa 1- Merancang Kurikulum

FASA 1- MERANCANG

KURIKULUM

. Wujudkan proses membuat

keputusan

. Mengumpul dan menilai

maklumat dan data

keperluan guna tenaga,

prasarana, bajet, pelajar

sekolah, industri

FASA 2- MEMBINA

KONTEN KURIKULUM

. Laksanakan strategi

menentukan konten

. Menentukan Konten

. Menggubal matlamat

dan tujuan kurikulum

FASA 3- MELAKSANA

KURIKULUM

. Mengenal pasti dan

memilih bahan

. Membina bahan kurikulum

. Memilih strategi

penyampaian

. Menilai kurikulum

Page 7: unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

8/16/2019 unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01pdf 7/15

Page 8: unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

8/16/2019 unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01pdf 8/15

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l  | 8

 ___________________________________________________________________ ___________

Task Analysis  ialah ______________________________________________________________

 __________________________________________________________________ ____________

 ______________________________________________________________________________ .

Critical Incident Technique  ialah ________________________________________ ____________

 _______________________________________________________________________________

 _______________________________________________________________________________

Delphi Technique  ialah ______________________________________________ ______________

 __________________________________________________________________

 __________________________________________________________________ .

Membuat keputusan adalah satu kemahiran beraras tinggi yang perlu dibuat dengan rapi dan amatberhati-hati dengan mengambil kira impaknya yang besar dan kesannya yang berpanjangan kepadamasyarakat dan negara. Dalam menentukan sama ada satu kurikulum baru itu hendak ditawarkan,mengubahsuai kurikulum sedia ada atau mengekalkan kurikulum sedia ada, seorang perancang danpenggubal kurikulum harus mengambil kira pelbagai faktor dan implikasinya sebelum membuatkeputusan. Menentu dan memilih konten yang relevan, bermakna dan berguna bagi memenuhikeperluan pelajar dan kehendak industri adalah satu langkah yang bukan mudah dilakukan di sampingmengambil kira pelbagai konstrain seperti pelajar, tenaga pengajar, prasarana, kewangan, rangkakurikulum dan peluang pekerjaan. Sebagai input dalam membuat sesuatu keputusan, Analisis SWOTboleh diguna pakai.

 Adakah anda mengetahui apa yang dimaksudkan dengan Analisis SWOT ? Cubaterangkan di bawah.

 __________________________________________________________________

 __________________________________________________________________

 __________________________________________________________________

 __________________________________________________________________

 _________________________________________________________________ .

Menentu dan membentuk matlamat dan objektif kurikulum adalah satu langkah yang penting dalampembangunan kurikulum. Matlamat yang dibentuk harus dalam pernyataan yang umum dan memberiarah tuju yang jelas. Matlamat ini pula diperjelas dan diperincikan oleh objektif/hasil pembelajaran

Page 9: unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

8/16/2019 unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01pdf 9/15

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l  | 9

dalam bentuk yang boleh diukur dan dinlai. Pembinaan hasil pembelajaran mengambil kira skop,turutan dan pemeringkatan tajuk dan aktiviti amali, strategi dan pendekatan pengajaran danpembelajaran, kemudahan bengkel dan peralatan, waktu peruntukan dan penanda aras.

Fasa 3 – Melaksana Kurikulum 

Dalan Fasa 3 yang melibatkan pelaksanaan, dokumen konten disediakan dalam dua jenis bahan asaskurikulum iaitu sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Dua bahan asas kurikulum inimenjadi garis panduan untuk menyediakan bahan-bahan sokongan kurikulum seperti buku teks, bukumodul, buku sumber dan buku panduan guru. Sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran juga diguna untuk menerbitkan projek brif alat kemudahan bengkel dan makmal, senarai dan perincianperalatan dan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya penyampaian tentang maklumatkurikulum, bahan-bahan kurikulum perlu disebar luas dengan berkesan kepada pelaksana kurikulumseperti pengetua dan guru. Keberkesanan kurikulum baru yang dilaksanakan perlu juga dinilaiberasaskan kepada matlamat dan objektif serta penanda aras yang telah ditetapkan. Maklum balasdari penilaian ini akan menjadi input untuk penambahbaikan pembangunan di masa hadapan.

Dengan merujuk kepada senarai mata pelajaran dalam sistem kurikulum kebangsaan,kenal pasti dan senaraikan mata pelajaran yang boleh dikategorikan sebagai pendidikan teknikal danvokasional.

Pendidikan Teknikal Pendidikan vokasional

1.   __________________ 1. __________________

2. __________________ 2. __________________

3. __________________ 3. __________________

4. __________________ 4. __________________

Bolehkah anda terangkan konsep Transformasi Pendidikan Vokasional yang

dilancar oleh Timbalan Perdana Menteri pada 6 Jun 2011? 

Transformasi Pendidikan Vokasional adalah satu inisiatif bagi merekayasa (reengineering) pelbagai

aspek pendidikan vokasional iaitu kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran, tadbir urus

dan sumber manusia supaya lebih berdaya maju dan berdaya saing untuk menyumbang kepada

agenda transformasi Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. Perekayasaan sistem pendidikan

vokasional ini dilaksanakan mengikut pelan tindakan strategik dalam tempoh 2011-2020 yang

melibatkan tiga fasa.

1.  Fasa lonjakan ( Tahun 2011-2013)2.  Fasa peningkatan (Tahun 2014-2016)3.  Fasa pemerkasaan (Tahun 2017-2020)

Page 10: unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

8/16/2019 unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01pdf 10/15

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l  | 10

 Antara objektif utama yang digubal bagi menggerakkan setiap fasa ialah menghasilkan lepasan pendidikan

rendah yang memiliki sijil kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan dan badan pensijilan kebangsaan dan juga

bersedia melanjutkan pengajian vokasional ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi lepasan sekolah menengah

atas pula, mereka memiliki sijil atau diploma yang boleh berdaya saing dalam dunia pekerjaan.

Pendidikan vokasional merangkumi dua jenis kurikulum utama iaitu

1.  kurikulum kolej vokasional (KV) dan2.  kurikulum pendidikan asas vokasional.

Kurikulum KV melibatkan 53 jenis kursus kemahiran dalam 12 bidang kemahiran yang ditawarkan di kolejvokasional yang mengambil alih beransur-ansur 88 sekolah menengah vokasional/teknik mulai tahun 2011.Kurikulum kolej vokasional digubal mengikut standard kompetensi bekerja yang ditetapkan oleh organisasistandard pekerjaan dan aras pembelajaran menepati Kerangka Kelayakan Malaysia tahap 1 hingga tahap4.

Kurikulum KV mempunyai ciri-ciri utama.

1.  Pembelajaran berorientasikan pekerjaan yang mengandungi tiga aspek – kompetensi bekerja,kompetensi keusahawanan dan kompetensi insaniah

2.  Nisbah komponen akademik-vokasional ialah 30:703.  Mengandungi empat eleman – ilmu, aplikasi, kreativiti dan inovasi4.  Merentasi tiga domain – jati diri (hearts-on), ketajaman minda (minds-on) dan kecekalan (hands-

on)5.  Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berbentuk modular

Struktur kurikulum KV mengandungi tiga modul iaitu

1.  Modul akademik meliputi pengajian pelbagai bahasa, sains, matematik, sejarah dan pendidikanagama/moral

2.  Modul vokasional dalam bentuk kluster program kemahiran vokasional3.  Modul kompetensi kompetitif yang meliputi kompetensi keusahawanan, kompetensi bekerja dan

kompetensi insaniah.

Bagi mendapatkan maklumat Pendidikan Asas Vokasional, boleh dirujuk di Unit 3 modul ini.

RUMUSAN

Kurikulum memberi maksud pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sekolah bagimemenuhi hasil pembelajaran murid yang ditentukan. Kurikulum merangkumi tiga aspek utama iaitu

(a)  Objektif - apa yang hendak pelajari(b)  Tingkah laku – apakah pengalaman perlu dilalui(c)  Kaedah - bagaimanakah pengalaman dikuasi dengan berkesan(d)  Penilaian – bagaimana cara menentukan hasrat pengalaman telah dicapai

Page 11: unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

8/16/2019 unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01pdf 11/15

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l  | 11

Kurikulum boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu kurikulum ideal/rasmi, kurikulum operasional,kokurikulum dan kurikulum tersembunyi

Reka bentuk kurikulum boleh dibahagikan kepada lima aspek kategori  – akademik, teknikal, intelektual,sosial dan individu.

Kurikulum PTV dalam konteks Malaysia merangkumi mata-mata pelajaran bercorak teknologi/teknikalataupun bukan teknologi yang menekankan kemahiran untuk menyediakan peringkat awal murid ke alampekerjaan. Ini berbeza dengan mata pelajaran bercorak umum/akademik seperti Bahasa, Sains,Matematik. Mata pelajaran itu dianggap vokasional jika tujuannya untuk membekalkan murid dengankemahiran yang diperlukan oleh sesuatu pekerjaan.

Kurikulum PTV mempunyai ciri-ciri – orientasi, justifikasi, fokus, standard kejayaaan sekolah, standardkejayaan luar sekolah, hubuingan sekolah-komuniti, penglibatan pihak berkuasa, keprihatinan, logistik,bajet dan perbelanjaan.

Kurikulum PTV membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi berguna untukpekerjaan dan juga bagi memenuhi keperluan guna tenaga negara. Pada masa sekarang, Malaysiamemerlu lebih ramai murid sekolah mengikuti PTV.

Terdapat tiga fasa utama bagi membangun dan membentuk kurikulum PTV yang melibatkan aktivit-aktivitiberikut.

FASA 1- MERANCANG KURIKULUM - . Wujudkan proses membuat keputusan;. Mengumpul dan menilaimaklumat dan data keperluan guna tenaga, prasarana, bajet, pelajar sekolah, industri

FASA 2- MEMBINA KONTEN KURIKULUM - Laksanakan strategi menentukan konten; . MenentukanKonten; Menggubal matlamat dan tujuan kurikulum

FASA 3- MELAKSANA KURIKULUM - . Mengenal pasti dan memilih bahan;. Membina bahan kurikulum;.

Memilih strategi penyampaian;. Menilai kurikulum

Penentuan konten kurikulum boleh dilaksanakan dalam beberapa strategi iaitu Introspection, Dacum Approach, Task Analyses, Critical Inciudent Technique dan Delphi Technique.

 Analisis SWOT boleh digunakan sebagai alat membuat keputusan dalam perancangan, penggubalan danpelaksanaan kurikulum PTV

Transformasi pendidikan vokasional merangkumi dua jenis kurikulum iaitu kurikulum kolej vokasional dankurikulum asas pendidikan asas vokasional

KV akan mengambil alih sekolah menengah teknik/vokasional beransur-ansur mulai tahun 2011.

Kurikulum KV berfokus kepada kompetensi pekerjaan, pengajaran dan pembelajaran modular, kerja amalidan menerapkan kompetensi keusahawanan dan insaniah

Page 12: unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

8/16/2019 unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01pdf 12/15

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l  | 12

PETA KONSEP

KATA KUNCIMaksud kurikulum

Jenis dan reka bentuk kurikulum

Kurikulum Kebangsaan

Pengertian kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional

Kepentingan kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional

Ciri-ciri kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional

Merancang, membina dan melaksana kurikulum

Strategi membina konten pendidikan teknikal dan vokaional

-  Introspection-  Dacum Approach-  Task Analysis

KURIKULUM

Akademik/Umum

KURIKULUM

Pendidikan Teknikal dan

Vokasioanl (KPTV)

KURIKULUM

Definisi, jenis dan reka

bentuk

CIri-Ciri KPTV

Pengertian KPTVMembina Konten KPTV

Kepentingan KPTV

Membangun KPTV

Page 13: unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

8/16/2019 unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01pdf 13/15

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l  | 13

-  Critical Incident Technique-  Delphi Technique

Membuat keputusan dengan SWOT Analysis 

PENILAIAN KENDIRI 

1.  Kurikulum boleh ditakrifkan sebagai satu pengalaman pembelajaran ______________ ke arahpencapaian hasil ____________ yang ditentukan.

2.  Kurikulum boleh dirumuskan kepada empat intipati perkataan iaitu ___________ , ____________, ___________ dan _____________.

3.  Sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran adalah

I.  bahan kurikulum asas

II. 

contoh kurikulum rasmiIII.  bahan kurikulum sokonganIV.  bahan kurikulum operasional

 A.  I dan IIB.  I dan IIIC.  II dan IIID.  III dan IV

4.   Ahli-ahli Kelab Ekonomi Rumah Tangga menganjur kursus memasak nasi tomato memenuhi rekabentuk kurikulum

 A.  teknikalB.  sosialC.  individuD.  akademik

5.  Kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional sering dikaitkan dengan perkataan berikut

I. 

Learning by doingII.

 

 Aktiviti hands-onIII.

 

Minds-on

IV. 

Keciciran

 A.  I, II dan IIIB.  II, III dan IVC.  I, II dan IVD.  I, III dan IV

A

Page 14: unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

8/16/2019 unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01pdf 14/15

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l  | 14

6.  Proses membuat keputusan dalam perancangan dan penggubalan kurikulum melibatkan duaaspek iaitu ___________ dan ____________ .

7.  Strategi menentukan konten kurikulum menerusi pemantauan kemajuan program sedia ada;mendapatkan pandangan dan idea daripada guru dan jurulatih yang telah terlibat dala program;

merujuk kepada laporan dan maklum balas program adalah ______________ .

8.  Strategi mendapatkan maklumat tentang sikap dan dedikasi pekerja terhadap sesuatu tugasandalam satu jenis pekerjaan menerusi pemerhatian adalah _______________

9.   __________ dibentuk dalam pernyataan yang umum tetapi tuju hala yang jelas manakala objektifpembelajaran lebih _________ dan boleh diukur dan dinilai.

10. Faktor utama membezakan sesuatu kurikulum itu bercorak vokasional atau bukan vokasional ialahdari segi _____________ kurikulum itu ditawarkan.

11. 

Mengendalikan kursus Bahasa Inggeris Komunikasi kepada staf pejabat agar mereka bolehberinteraksi dengan pelanggan luar negara dianggap sebagai kursus berbentuk

 A.  vokasionalB.  teknikalC.  bukan vokasionalD.  hobi

12. Seorang pembina kurikulum PTV harus memberi _____________ yang kukuh dalam menentukankeupayaan lepasan pelajarnya dalam mendapatkan pekerjaan.

13. Manakah pernyataan berikut menerangkan ciri-ciri kurikulum KV

I.  Pendekatan modularII.  Berfokus kepada kompetensi pekerjaanIII.  Nisbah komponen akademik-vokasional 70:30IV.  Menyerapkan elemen keusahawanan

 A.  I, II dan III B.  I, III dan IV C.  II, III dan IV D.  I, II dan IV 

RUJUKAN  Abdul Rahim Hamdan (2007). Pengajian Kurikulum. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Finch, Curtis R & Crunkilton, John R. (1999). Curriculum Development in Vocational and Technical

Education: Planning, Content, and Implementation. 5 th Edition. Needhams Heights, MA: Allyn &

Bacon.

Page 15: unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

8/16/2019 unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/unit1-kurikulumptv-121118085228-phpapp01pdf 15/15

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l  | 15

Mok Song Sang (2002). Pedagogi untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 1. Edisi Kedua . Subang

Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan 1. Pusat

Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 ________________ (2001). Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum Di Sekolah. Pusat Perkembangan

Kurikulum: Kuala Lumpur.

 _____________ (2011). Transformasi Pendidikan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia. Info

Ringkas. Bahagian Pendidkan Teknik dan Vokasional: Kuala Lumpur.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

1.  Terancang dan pembelajaran2.  Objektif, tingkah laku, kaedah dan penilaian

3. 

 A4.  Individu5.   A6.  Dasar dan operasi7.

 

Introspection8.

 

Critical Incident Technique9.

  Matlamat dan spesifik 10.

 Tujuan 11.

 Vokasional 12.

 Justifikasi 13.

 D