utpsz 19:16 (pind.1/97) universiti teknologi malaysia fileutpsz 19:16 (pind.1/97) ... “saya akui...
TRANSCRIPT
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: POLA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN PENCAPAIAN
AKADEMIK PELAJAR TAHUN TIGA JURUSAN KIMIA FAKULTI
SAINS, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya NORFEZLINA BINTI ROSLEY
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh:
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap:
NO.18,JALAN BJ 30, PM. AZIZ BIN NORDIN
TAMAN BERTAM JAYA, Nama Penyelia
75250, MELAKA.
Tarikh: 18 APRIL 2011 Tarikh : 18 APRIL 2011
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Kimia/Matematik)”
Tandatangan :
Nama Penyelia : PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN
Tarikh : 18 APRIL 2011
POLA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN PENCAPAIAN
AKADEMIK PELAJAR TAHUN TIGA JURUSAN KIMIA FAKULTI SAINS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NORFEZLINA BINTI ROSLEY
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
( Kimia/Matematik )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April , 2011
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama : NORFEZLINA BINTI ROSLEY
Tarikh : 18 APRIL 2011
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagu Maha Mengasihani. Segala pujian
atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas
junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayahanda tersayang,
Rosley Bin Adon
Apa yang telah diberi, akan ku hargai. Apa yang telah diucap akan kuingati. Terima
kasih atas segala-galanya.
Buat bonda tercinta
Raunah Binti Ibrahim
Engkau lah segala sumber ilham dan inspirasi hidupku selama ini
Buat saudaraku yang teristimewa
Norfatiha Binti Rosley
Norfaezah Binti Rosley
Muhd Faiz Zharif Bin Rosley
Norfasehah Binti Rosley
Buat sahabat-sahabatku
Pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap
menjadi teladan dan kenangan kita bersama. Semoga Allah memberi hidayah dan
membuka pintu RahmatNya.Terima Kasih untuk segala kenangan yang terindah ini.
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan
tahmid hanya kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi
Muhammad S.A.W serta keluarga, para sahabat dan pengikut-pengikut baginda
hingga ke hari kemudian
Syukur Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia-Nya, maka saya telah menyiapkan
projek ini bagi memenuhi syarat untuk mendapat Sarjana Muda Pendidikan (Kimia).
Pertama sekali, setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada penyelia tesis, Prof
Madya Aziz Bin Nordin di atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang
tempoh penyelidikan. Tidak lupa juga kepada pihak Fakulti Sains yang memberi
serba sedikit maklumat.
Akhir sekali, tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan
yang banyak memberi tunjuk ajar, nasihat serta sokongan moral.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pola kecerdasan pelbagai dengan
pencapaian akademik bagi pelajar-pelajar tahun tiga Jurusan Kimia, Fakulti Sains di
Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 101 orang responden yang telah dipilih
secara rawak sebagai sampel. Teori yang digunakan adalah Teori Kecerdasan
Pelbagai Gardner (1983). Kajian ini dijalankan secara pendekatan kuantitatif dan
data dikumpul melalui set soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan
perisian SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 15.0 bagi mendapatkan
keputusan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil analisis menunjukkan secara
umumnya pelajar adalah daripada kecerdasan intrapersonal. Sementara itu, tahap
pencapaian pelajar berada pada tahap cemerlang. Kemudian, kajian ini juga
mendapati bahawa pelajar yang memperolehi tahap pencapaian akademik cemerlang
mempunyai kecerdasan visual ruang. Manakala bagi pelajar yang memperolehi tahap
pencapaian akademik baik pula memiliki kecerdasan logik-matematik. Seterusnya,
pelajar yang memperolehi tahap pencapaian akademik sederhana mempunyai
kecerdasan kinestatik.
vi
ABSTRACT
The aim of this research is to examine the patterns of multiple intelligences
and academic achievement for the third year students of Chemistry Courses, Faculty
of Science in University Technology Malaysia. A total of 101 respondents were
chosen randomly as sample. The theory used is Gardner Multiple Intelligences
Inventory (1983). It carried out a quantitative approach and data were collected
through questionnaires. Data were analyzed using SPSS (Statistic Package for the
Social Science) version 15.0 to obtain the results in terms of frequency and
percentage. The finding shows that most of the students possess the intrapersonal
intelligence. Meanwhile, the level of the student achievement is at the excellent level.
Then, the research also found that students who obtain excellent academic
achievement have spatial visual intelligence. While the students who obtain good
academic achievement also have a logical mathematical intelligence. Next, students
who obtain a moderate level of academic achievement have kinesthetic intelligence.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SIMBOL xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENDAHULUAN MUKA
SURAT
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 8
viii
1.8 Definisi Terminologi 8
1.8.1 Kecerdasan Pelbagai 8
1.8.2 Pencapaian 9
1.8.3 Pelajar 10
1.9 Penutup 10
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Teori Kecerdasan Pelbagai 14
2.2.1 Kecerdasan Verbal-Linguistik 15
2.2.2 Kecerdasan Logik Matematik 16
2.2.3 Kecerdasan Visual Ruang 17
2.2.4 Kecerdasan Kinestatik 17
2.2.5 Kecerdasan Muzik 18
2.2.6 Kecerdasan Interpersonal 18
2.2.7 Kecerdasan Intrapersonal 19
2.2.8 Kecerdasan Naturalis 20
2.3 Asas Kepada Pembentukkan Teori Kecerdasan Pelbagai. 20
2.4 Hubungan Antara Kecerdasan Pelbagai Dengan Gaya 21
Pembelajaran
2.5 Hubungan Gaya Pengajaran Dengan Kecerdasan Pelbagai 25
Pelajar
2.6 Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pendidikan 26
2.7 Kajian-kajian Lepas Berkaitan Dengan Kecerdasan Pelbagai 28
Pencapaian Akademik
2.8 Penutup 29
ix
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Rekabentuk Kajian 30
3.3 Sampel Kajian 31
3.4 Instrumen Kajian 32
3.4.1 Bahagian A 32
3.4.2 Bahagian B 33
3.5 Prosedur Kajian 36
3.6 Kaedah Menganalisis Data 37
3.7 Kajian Rintis 39
3.8 Penutup 41
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 42
4.2 Latar Belakang Responden 43
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Kursus 43
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 44
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Keturunan 44
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Keputusan 45
Peperiksaan SPM
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Cara 47
Kemasukan ke UTM
4.2.6 Taburan Responden Mengikut Purata Nilai 48
Gred Keseluruhan (PNGK)
4.3 Analisis Persoalan Kajian Bahagian B 49
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 49
4.3.1.1 Taburan Kekerapan Responden 50
Terhadap Domain Kecerdasan Pelbagai
x
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 51
4.3.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Purata 51
Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)
4.3.2.2 Korelasi Responden Antara Keputusan 52
Peperiksaan SPM Dengan PNGK
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 53
4.3.3.1 Pola Taburan Peratusan Responden 54
Antara Jenis Kecerdasan Pelbagai
Dengan PNGK
4.4 Penutup 56
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 57
5.2 Rumusan 57
5.2.1 Apakah domain kecerdasan pelbagai pelajar tahun 57
tiga Sarjana Muda Kimia Fakulti Sains
di UTM yang meliputi aspek verbal linguistik,
logik matematik, kinestatik, muzik, visual-ruang,
intrapersonal dan interpersonal?
5.2.2 Apakah pola taburan pencapaian pelajar tahun tiga 58
Sarjana Muda Kimia Fakulti Sains, UTM?
5.2.3 Apakah pola taburan peratusan kecerdasan pelbagai 58
dengan tahap pencapaian akademik pelajar tahun
tiga Sarjana Muda Kimia Fakulti Sains, UTM.
5.3 Perbincangan 59
5.3.1 Domain Kecerdasan Pelbagai Pelajar 59
5.3.2 Pola Taburan Pencapaian Pelajar–Pelajar Tahun Tiga 61
Ijazah Sarjana Muda Kimia Industri UTM.
5.3.3 Pola Taburan Kecerdasan Pelbagai Dengan 62
Tahap Pencapaian Akademik Pelajar.
xii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL PERKARA MUKA
SURAT
1.1 Klasifikasi Berdasarkan Purata Nilai Gred Keseluruhan 9
2.1 Penerangan Tentang Gaya Pembelajaran 24
3.1 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut 33
Latar Belakang Responden
3.2 Item-item Kajian Mengikut Kelas Kecerdasan 33
Pelbagai
3.3 Contoh Cara Responden Untuk Menandakan Jawapan 35
3.4 Pemarkahan Jenis Kecerdasan Pelbagai 36
3.5 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 37
3.6 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 38
3.7 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 39
4.1 Taburan Responden Mengikut Kursus 43
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 44
4.3 Taburan Responden Mengikut Keturunan 44
4.4 Taburan Responden Bagi Subjek Bahasa Inggeris 45
4.5 Taburan Responden Bagi Subjek Matematik 45
4.6 Taburan Responden Bagi Subjek Matematik Tambahan 46
4.7 Taburan Responden Bagi Subjek Fizik 46
4.8 Taburan Responden Bagi Subjek Kimia 47
4.9 Taburan Responden Mengikut Cara Kemasukan ke UTM 47
4.10 Taburan Responden Mengikut Purata Nilai Gred 48
Keseluruhan (PNGK)
4.11 Taburan Kekerapan Responden Terhadap Domain 50
Kecerdasan Pelbagai
xiii
4.12 Taburan Responden Berdasarkan Purata Nilai Gred 51
Keseluruhan (PNGK)
4.13 Korelasi Responden Antara Keputusan SPM 52
Dengan PNGK
4.14 Taburan Responden Antara Jenis Kecerdasan Pelbagai 54
Dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)
xvi
SENARAI SINGKATAN
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
PNGK - Purata Nilai Gred Keseluruhan
SPSS - Statistical Package for Social Science
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
SMT - Sekolah Menengah Teknik
SSA - Sarjana Muda Kimia Tulen
SSC - Sarjana Muda Kimia Industri
TKP - Teori Kecerdasan Pelbagai
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 71
B Statistik Pelajar Jurusan Kimia 78
Fakulti Sains, UTM.
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dalam proses pembinaan
bangsa yang maju dan membangun. Pendidikan merupakan satu agensi terpenting
dan mendapat perhatian semua pihak. Dalam proses pengajaran, guru-guru akan
menggunakan pelbagai kaedah penyampaian untuk memudahkan berlakunya
perubahan minat, tingkah laku, kemahiran dan memudahkan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Kepelbagaian kaedah penyampaian
pengajaran merupakan komponen yang penting untuk memotivasikan minat dan
penglibatan pelajar terhadap pelajarannya.
“ An intelligence is the ability to solve problems, or to create products
that are valued within one or more cultural setting.”
(Frames of Mind,1983)
Terdapat beberapa isu mengapa teori kecerdasan pelbagai (TKP) perlu
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pertama, teori kecerdasan
pelbagai menyokong pembelajaran besepadu yang menyeluruh selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Keperluan Murid. Di samping menghasilkan
pelajar yang seimbang, Model TKP membantu murid memperoleh apa yang perlu
untuk hidup di abad akan datang iaitu Kemahiran Berfikir-TKP dipadukan dengan
tahap berfikir Bloom, Perancangan reflektif (kemahiran Intarpersonal) untuk
2
menghasilkan pelajar sepanjang hayat, Kemahiran menyelesaikan masalah bukan
sahaja sekadar pencapaian tinggi dalam ujian setara. Model TKP dapat membantu
kita menganjakkan fokus dari isi kandungan kepada hasil pembelajaran generik yang
lebih penting dan berguna kepada murid.
Teori kecerdasan pelbagai menerima persamaan dan perbezaan antara
individu dengann mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan
cara yang berlainan. TKP membantu guru memahami motivasi murid dan
kepentingan menggunakan pelbagai cara murid dapat belajar dan menunjukkan
kefahaman mereka. Murid lebih bermotivasi untuk belajar dengan cara yang selesa
dengannya.Guru perlu pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya lebih
ramai murid boleh belajar kerana bukan semua murid boleh belajar dengan cara yang
sama.
Ia meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa
potensinya tidak terbatas. TKP membantu guru memahami pengaruh terhadap
kecerdasan murid. Ini kerana kecerdasan dipupuk dan dipengaruhi oleh faktor
pengalaman, budaya dan motivasi. Murid mengetahui bagaimana mengenalpasti
minat mereka dan bagaimana mereka belajar dengan lebih berkesan.
Tambahan lagi,teori kecerdasan pelbagai juga meningkatkan harga diri,
kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.
Beberapa hasil kualitatif dan kuantitatif dapat dicapai apabila sekolah mengamalkan
TKP dalam pengajaran dan pembelajaran. Tinjauan di sekolah yang mengamalkan
TKP mendapati bahawa guru dan murid seronok ke sekolah. Kadar ponteng kelas
menurun. Pencepatan pembelajaran berlaku. Masa mengajar sesuatu mata pelajaran
dapat dikurangkan dan prestasi meningkat bagi mata pelajaran tersebut. Skor
pencapaian meningkat walaupun bagi ujian setara. Harga diri dan moral murid
meningkat. Kes salah laku dan gangguan kelas berkurangan atau tiada sama sekali.
Selain daripada itu, TKP turut meningkatkan profesionalisme guru dan
menggalakkan inovasi dan penyelidikkan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.
3
Penerapan TKP di sekolah akan menghasilkan guru yang mempunyai tanggungjawab
dan akauntabiliti sepenuhnya dalam proses dan isi kandungan pengajaran.
Meningkatkan kualiti guru yang bukan hanya sekadar menyebarkan pengetahuan dan
maklumat tetapi memupuk semangat baru terhadap perguruan. Menggalakkan
inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.
Antara sebab lain teori kecerdasan pelbagai adalah penting dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah dapat mempelbagaikan cara penilaian. Penilaian bersifat adil
kerana mengambil kira ke lapan-lapan cara kecerdasan dan tidak hanya tertumpu
kepada dua kecerdasan sahaja. Murid mendapat peluang menunjukkan kefahaman
mereka tentang isi kandungan atau kemahiran dalam pelbagai cara. Melalui penilaian
guru mengetahui kekuatan dan kelemahan murid dan dengan itu dapat merancang
pengajaran dan pembelajarannya dengan lebih berkesan.
Teori kecerdasan pelbagai juga dapat mewujudkan sekolah yang menerima
dan menghargai perbezaan kecerdasan dalam kalangan murid dan juga guru. Di
sekolah sedemikian, guru boleh merancang kolaboratif dengan meggunakan
kerangka TKP untuk menyediakan kurikulum yang diperkayakan dan penuh dengan
ransangan. Selain itu, menghargai sumbangan yang berbeza oleh setiap guru dari segi
perancangan, organisasi dan pelaksanaan kurikulum serta mengambil tenggungjawab
secara kolaboratif ke atas pembelajaran murid.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan kepada
keseimbangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial pelajar, keseimbangan dari
segi kecerdasan dan personaliti haruslah disemai di peringkat di sekolah lagi.
Prestasi yang cemerlang bagi seseorang pelajar di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran adalah bergantung kepada kecerdasan pelbagai dan gaya
pembelajaran pelajar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Ini adalah disebabkan
4
setiap individu mempunyai keperibadian tersendiri, latar belakang, gaya
pembelajaran, dan cara berfikir, serta minat terhadap kecerdasan yang berbeza- beza.
Pencapaian yang baik juga bergantung kepada keberkesanan keupayaan kecerdasan
masing-masing seperti verbal-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestatik,
muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.
Menurut Kolb (1971), antara faktor yang menyumbang kepada kegagalan
pelajar ialah mereka tidak memahami gaya pembelajaran itu sendiri. Mereka perlu
dibentuk dan diasah untuk mengenali proses pembelajaran yang sistematik. Gaya
pembelajaran yang terhasil adalah tercipta secara semulajadi daripada kecerdasan
pelbagai pelajar yang dimiliki dan memang sedia ada dalam diri pelajar. Faktor
seperti sikap pelajar bagaimana mereka memperolehi maklumat juga merupakan
salah satu kaitan dalam gaya pembelajaran. Dengan itu, apabila seseorang pelajar itu
mengetahui kelemahan dan kekuatan dirinya, mereka akan menjadi lebih berjaya
dalam pencapaian akademik.
Menurut Che Zaini (1999), kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
diamalkan sekarang hanya berfokus kepada dua jenis kecerdasan iaitu kecerdasan
verbal-linguistik (iaitu membaca, menulis, dan bahasa) dan logik-matematik (iaitu
mengira dan menyelesaikan masalah). Selain daripada itu, Teori Kecerdasan
Pelbagai bukanlah sesuatu teori untuk menentukan kecerdasan khusus yang dimilik
oleh seseorang individu. Sesetengah orang kelihatan mempunyai tahap tinggi dalam
kebanyakan kecerdasan berkenaan manakala golongan lain pula kelihatan
mempunyai tahap rendah dalam kebanyakan aspek kecerdasan. Kebiasaannya
terletak di tengah-tengah iaitu mengalami perkembangan yang sederhana dalam
sesuatu kecerdasan tersebut.
Antara pengaruh-pengaruh persekitaran lain yang juga menyokong atau
mencacatkan perkembangan kecerdasan seseorang pelajar termasuklah wujudnya
sumber atau mentor. Sekiranya seseorang pelajar berasal dari keluarga yang terlalu
miskin untuk membelikan piano, kecerdasan muziknya mungkin tidak akan dapat
diperkembangkan. Yang kedua adalah faktor budaya. Sekiranya seseorang pelajar
menunjukkan kecenderungan semulajadi yang luar biasa dalam sains atau matematik
5
amat dipentingkan dan diperuntukkan belanjawan yang besar, tentu sekali
kecerdasan logik-matematik pelajar tersebut akan dapat berkembang lebih maju.
Tambahan lagi, faktor cara hidup seseorang pelajar juga mempengaruhi kecerdasan
pelbagai. Contohnya, jika seorang pelajar ingin menjadi seorang pelukis grafik tetapi
ibubapa inginkan menjadi seorang peguam. Mereka akan cuba mempengaruhi pelajar
tersebut serta menyokong perkembangan kecerdasan verbal-linguistik berbanding
dengan kecerdasan visual-ruang.
Walaupun seseorang pelajar mempunyai kekurangan dalam sesuatu
kecerdasan dan menganggap masalahnya tidak dapat diperbetulkan, namun begitu
Gardner menegaskan bahawa setiap orang mempunyai kebolehan untuk
mengembangkan kesemua kecerdasannya ke tahap pencapaian yang lebih tinggi
sekiranya diberi galakan, pengkayaan serta pendidikan yang sesuai.
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah pengajaran dan pembelajaran berlaku bukan sahaja di sekolah, tetapi
juga di universiti. Situasi di kelas sering memaparkan keadaan di mana terdapat
segelintir pelajar yang sentiasa bercakap, ada yang suka membaca, ada yang
mengasingkan diri daripada orang lain, ada yang suka duduk dalam kelompok, dan
sebagainya. Permasalahan pengajaran dan pembelajaran ini mungkin menunjukkan
bahawa wujud disebabkan kecerdasan pelbagai dalam diri seseorang pelajar. Oleh
itu, kajian ini cuba menentukan sama ada wujud kecerdasan pelbagai pelajar.
6
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Menentukan domain kecerdasan pelbagai tertinggi bagi pelajar tahun tiga
Sarjana Muda Kimia Industri Fakulti Sains, UTM yang meliputi aspek verbal
linguistik, logik matematik, kinestatik, muzik, visual-ruang, intrapersonal dan
interpersonal.
1.4.2 Menentukan pola taburan tahap pencapaian akademik pelajar tahun tiga
Sarjana Muda Kimia Fakulti Sains, UTM..
1.4.3 Menentukan pola taburan peratusan kecerdasan pelbagai dengan tahap
pencapaian akademik pelajar tahun tiga Sarjana Muda Kimia Fakulti Sains,
UTM.
1.5 Persoalan Kajian
Berkaitan dengan pernyataan masalah, berikut adalah persoalan kajian yang
ingin dikemukakan.
1.5.1 Apakah domain kecerdasan pelbagai tertinggi bagi pelajar tahun tiga Sarjana
Muda Kimia, Fakulti Sains di UTM yang meliputi aspek verbal linguistik,
logik matematik, kinestatik, muzik, visual-ruang, intrapersonal dan
interpersonal?
1.5.2 Apakah pola taburan tahap pencapaian akademik pelajar tahun tiga Sarjana
Muda Kimia Fakulti Sains, UTM?
1.5.3 Apakah pola taburan peratusan kecerdasan pelbagai dengan tahap pencapaian
akademik pelajar tahun tiga Sarjana Muda Kimia Fakulti Sains, UTM.