ifolio.ukm.my · web viewrancangan awal exco kami adalah untuk meminjam pa system daripada ukm...

39
Nama Pelajar: MOHD ISKANDAR BIN MOHD ZULFAZLI No. Matrik: A146790 Fakulti: PERUBATAN Tahun Pengajian: TAHUN 2 SEMESTER 1 Pensyarah: DR. ANISAH BINTI NORDIN

Upload: doandien

Post on 15-May-2018

250 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

Nama Pelajar: MOHD ISKANDAR BIN MOHD ZULFAZLI

No. Matrik: A146790

Fakulti: PERUBATAN

Tahun Pengajian: TAHUN 2 SEMESTER 1

Pensyarah: DR. ANISAH BINTI NORDIN

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Nama Projek: Larian Autism 2014

Nama Projek( BI): Light Up Autism

JPPel No. Siri: DN00065/2014

Peranan: AJK Teknikal

Tarikh: 6 April 2014

Masa: 6.30 pagi- 12.30 tengah hari

Tempat: Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Anjuran: Mahasiswa mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia

Jenis Permohonan: KPPI

Dengan ini saya sertakan:

Lampiran A – Surat kelulusan JPPEL

Lampiran B - Gambar-gambar sebelum program

Lampiran C – Gambar-gambar semasa program

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

Pengenalan Program

Program Light the Autism ini merupakan program larian amal yang dianjurkan oleh

mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama HOPE, The

National Autism Society of Malaysia(NASUM), PERMATA KURNIA serta Akademi

Remaja Islam Autisma Malaysia (ARISMA)dalam usaha untuk menambah sumber

kewangan Tabung Amanah Makmal Kanak-Kanak Istimewa UKM.Programini yang

bertemakan Your World is our World, Together We Stand bertujuanuntuk menambahdana

Makmal Pembelajaran Autisma UKM bagi membantu membiayai belanja operasi makmal,

membiayai penyelidikan mengenai kanak-kanak istimewa, dan membina prasarana yang

lebih kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak istimewa.

Program ini adalah satu cara untuk memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa, individu,

masyarakat setempat serta mahasiswa UKM untuk membantu Makmal Pembelajaran

Autisma UKM meningkatkan kualiti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan demi

mencapai objektif jangka panjang makmal ini iaitu untuk menyumbang ke arah

meningkatkan perkhidmatan pendidikan untuk kanak-kanak istimewa di Malaysia. Pada

masa yang sama, kesedaran komuniti terhadap kanak-kanak autisma dapat ditingkatkan

dalam di samping mempromosikan pembelajaran sains dalam kalangan kanak-kanak autisma.

Tambahan itu, program ini juga dirancang bagi memenuhi keperluan subjek kokurikulum

serta mencapai kesemua lapan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan di dalam kontrak

pembelajaran.

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

Objektif

1. Sebagai satu platform untuk mengumpulkan dana bagi membantu Makmal Pengajaran

Autisma, UKM.

2. Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kewujudan kanak-kanak autisma sebagai

salah satu kelompok dalam komuniti di Malaysia yang berhak mendapat tempat

sebagaimana individu normal.

3. Mempromosikan pendidikan sains kepada kanak-kanak autisma.

4. Memberi pendedahan dan peluang kepada masyarakat untuk mengenali kanak-kanak

autisma dengan lebih dekat

Perancangan dan pelaksanaan

Saya telah dimasukkan ke dalam exco teknikal dalam program ini. Tugas exco teknikal adalah

cuba untuk mendapatkan PA system dan memasang dan mengendalikan PA system pada hari

kejadian. Pada awalnya saya tidak tahu banyak tentang PA system, oleh itu saya telah melayari

banyak laman web untuk mengetahui tentang lebih lanjut tentang cara-cara mengendalikan PA

system. Saya merasakan bahawa tugas saya sebagai AJK teknikal ini amat bersesuaian dengan

HC kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. MT exco teknikal telah

memberi tugas kepada kami untuk mendapatkan PA system untuk disewa selama sehari.

Rancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan

DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

tentang PA sistem, kami telah bertanya kepada kawan-kawan rapat dan termasuklah juga

pegawai teknikal UKM KL dan juga kolej KTSN. Selain itu, kami juga telah membuat survery

ke banyak laman web untuk mencari PA system yg murah untuk disewa sehari di sekitar

kawasan Kuala Lumpur sekiranya kami tidak berjaya meminjam PA system daripada pihak

UKM Bangi.

Sebagai seorang AJK Teknikal, tugas utama kami ialah mendapatkan PA system, Walkie-Talkie,

dan mengendalikan PA system dan mikrofon pada hari kejadian. Saya telah menghadiri beberapa

kali perjumpaan dan aktiviti bagi melaksanakan tugas saya.

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

Pada 20/11/2013, saya telah menghadiri mesyuarat pertama dikalangan ahli-ahli exco teknikal

yang diadakan di Foyer Dewan Serbaguna KTSN pada pukul 9.30 malam untuk membincangkan

pembahagian tugas antara ahli-ahli exco. Antara tugas-tugas yang dibahagikan adalah meminjam

PA system dari UKM Bangi atau DBKL, mencari PA system sewa sekiranya permintaan untuk

meminjam PA system dari UKM Bangi atau DBKL ditolak. Setiap seorang daripada kami

ditugaskan untuk mencari PA system yang murah untuk disewa sehari manakala ketua exco kami

akan bekerjasama dengan MT teknikal untuk mendapatkan PA sistem dari UKM Bangi dahulu.

Pada malam itu juga saya dan ahli-ahli exco yang lain menggunakan google search untuk

mencari PA sistem yang murah disewa untuk sehari di kawasan Kuala Lumpur.

Pada 16/12/2013, saya telah menghadiri mesyuarat besar-besaran diantara semua exco yang

bertempat di surau D KTSN pada pukul 8.30 malam. Mesyuarat ini diadakan untuk

membincangkan perkembangan setiap exco. Setiap ahli exco saya memberikan senarai nombor

telefon dan e-mail setiap syarikat persendirian yang menawarkan khidmat penyewaan PA sytem

kepada ketua exco kami, ketua exco kami pula kemudiannya menyerahkan senarai tersebut

kepada MT teknikal kami untuk pertimbangan. Saya memberi cadangan untuk menyewa PA

sistem daripada syarikat twistcreatives, saya memberikan nombor telefon syarikat tersebut (Tel:

+60 163 925940 / +60 122 332 901) dan juga e-mail syarikat tersebut (Email:

[email protected]). Dalam mesyuarat ini ketua exco kami membentangkan

perkembangan exco kami iaitu exco teknikal dalam usaha meminjam PA sistem daripada UKM

Bangi. Setiausaha exco teknikal akan membuat surat memohon PA sistem daripada UKM Bangi.

Pada 18/03/2014, saya telah menghadiri mesyuarat besar-besaran sekali lagi diantara semua exco

yang bertempat di surau D KTSN pada pukul 5.00 petang. Mesyuarat ini adalah untuk

membincangkan permasalahan yang timbul dalam setiap exco. Dalam pembentangan exco

teknikal kali ini, ketua kami membentangkan masalah exco kami iaitu permohonan kami untuk

meminjam PA sistem dari UKM Bangi telah ditolak. Dalam mesyuarat itu kami ahli-ahli exco

teknikal telah bersepakat untuk mendapatkan PA sistem sewa dari pihak luar. Kami

menyuarakan pendapat kami kepada ketua exco dan MT teknikal, saya diberi tugas untuk

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

mengira anggaran belanjawan yang diperlukan exco teknikal untuk menyewa PA sistem dari

pihak luar. Kami exco teknikal juga telah diberikan beberapa tugas baru kepada kami selepas itu.

Pada 18/03/2014, selepas mesyuarat besar-besaran antara semua exco, exco saya iaitu exco

teknikal sekali lagi mengadakan mesyuarat dikalangan ahli kami di tepi DSG KTSN pada pukul

9.00 malam untuk membincangkan permasalahan yang timbul dan tugas-tugas baru yg diberikan

kepada kami. MT teknikal telah memberikan tugas baru kepada kami iaitu mencari Walkie-

Talkie, mendapatkan 30 meja untuk karnival jualan dan 5 buah basikal untuk keperluan exco

TTK. Kami telah membahagikan tugas ini dikalangan kami dan saya telah ditugaskan untuk

mendapatkan 20 Walkie-Talkie. Kami membincangkan terus back-up plan pada malam itu juga

sekiranya kami tidak berjaya mendapatkan 20 Walkie-Talkie, 30 meja jualan dan 5 buah basikal

untuk kegunaan. MT teknikal memberitahu saya untuk cuba meminjam daripada kolej terlebih

dahulu, jika tidak dapat cuba untuk sewa daripada pihak luar. Saya telah pun menghantar e-mail

kepada syarikat luar dan mendapat tahu bahawa harga sewa untuk sepasang Walkie-Talkie

adalah RM250.

Pada 21/03/2014, saya telah mewakili ketua exco saya untuk menghadiri mesyuarat untuk ketua-

ketua exco sahaja yang bertempat di bilik mesyuarat FSK pada pukul 3.00 petang untuk

membentangkan permasalahan akhir bagi setiap exco. Ketua exco saya telah memberitahu saya

semua maklumat dan permasalahan yang dikumpul oleh exco kami. Saya pun membentangkan

bahawa exco kami telah berjaya mendapatkan 30 meja untuk digunakan pada hari kejadian

daripada JPP, tetapi kami tidak berjaya mendapatkan 20 Walkie-Talkie dan 5 buah basikal untuk

kegunaan exco TTK kerana sekali lagi permohonan kami untuk meminjam daripada pihak

mereka ditolak . Untuk menyewa daripada pihak luar pula memakan dana yang agak besar,

anggaran yang telah saya kira untuk 20 Walkie-Talkie dan 5 Buah basikal jika hendak menyewa

dari pihak luar adalah dalam lingkun RM8200, tambahan pula pada ketika itu program kami

sedang kekurangan dana. Tetapi walaubagaimanapun, perkara ini telah dibincangkan

penyelesaiannya dikalang ahli-ahli kami exco teknikal. Untuk masalah basikal, kami telah

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

mencadangkan bahawa daripada menggunakan basikal, lebih baik menggunakan motosikal saja

kerana ada ramai ahli-ahli program kami yang mempunyai motosikal sendiri. Dalam exco kami

sahaja ada 2 orang ahli kami yang mempunyai motosikal. Kami telah berjaya meminjam 5

motosikal daripada kawan-kawan yang lain, kami telah meletakkan volunteer yang tahu

membawa motosikal untuk mengawasi perjalanan peserta pada hari kejadian. Untuk masalah

Walkie-Talkie pula, kami mencadangkan bahawa adalah lebih baik jika ahli-ahli TTK dan yang

lain-lain berhubung menggunakan whats-app atau SMS sahaja pada hari kejadian kerana ini

boleh menjimatkan belanjawan program kami. Kedua-dua cadangan kami ini diterima pakai oleh

MT teknikal dan exco-exco lain. Untuk PA sistem pula, program kami akan menggunakan dua

PA sistem, satu PA sistem akan cuba dipinjam daripada JKM oleh ketua exco kami dan MT

teknikal manakala kami ahli-ahli exco teknikal akan mendapatkan PA sistem sewa yang murah

daripada pihak luar. Kami menyewa PA sistem mini set murah daripada syarikat twistcreative

sdn berhad dengan RM 650 sehari.

Pada 3 April 2014, saya telah menghadiri satu mesyuarat yang diadakan antara exco teknikal,

protokol, logistik, kebajikan dan keselamatan dan tugas-tugas khas. Mesyuarat ini dikendalikan

oleh MT teknikal kami, MT teknikal kami juga adalah MT bagi exco protokol, logistik,

kebajikan dan keselamatan dan tugas-tugas khas. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan

permasalahan yang mungkintimbul pada saat-saat akhir dan juga pembahagian tugas pada hari

kejadian. Ketua exco kami telah berjaya meminjam PA sistem daripada pihak JKM dan kami

juga telah menyewa satu lagi PA sistem milik persendirian. PA sistem yang dipinjam dari pihak

JKM digunakan sebagai untuk mengawal audio persembahan dari pihak luar dan ucapan-ucapan

penting daripada VIP manakal PA sistem milik persendirian yang kami sewa pula digunakan

untuk mengawal audio bagi acara senam robik dan perlepasan peserta di waktu pagi. Saya dan

dua orang lagi ahli exco teknikal telah ditugaskan untuk mengawal kedua-dua PA sistem tersebut

pada hari program dengan bantuan pegawai technician yang dipinjam daripada JKM juga. PA

sistem milik persendirian itu tidak ada orang yang mengawalnya, oleh itu saya dan dua orang

ahli exco teknikal yang lain telah bekerjasama dengan wakil technician daripada syarikat

twistcreative sdn bhd untuk mengendalikan PA sistem tersebut pada hari kejadian. Saya juga

telah diberi tugas untuk menguruskan lagu-lagu persembahan daripada pihak luar menggunakan

laptop saya sendiri dan PA sistem utama dari JKM tersebut.

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

Pada 5 April 2014, sehari sebelum hari program, PA sistem yang disewa daripada pihak JKM

telah sampai di luar KTSN pada waktu lebih kurang 9.30 pagi. Saya telah berbincang dengan

ahli-ahli technician daripada JKM tentang aturcara majlis dan apa yang patut mereka lakukan

semasa persembahan dari pihak luar seperti NASOM berlangsung. Saya juga telah meminta

mereka untuk mengajar saya tentang cara-cara asas mengendalikan PA sistem kerana saya akan

mengendalikan PA sistem yang satu lagi kerana pemilik kepada PA sistem persendirian itu

meminta pihak kami untuk mengendalikannya. Dia cuma akan tolong memasangnya sahaja

sebelum hari kejadian.

Pada pukul 2.30 petang, saya bersama-sama ahli exco saya telah turun ke khemah kami untuk

mengendalikan PA sistem kerana pihak luar yang akan membuat persembahan pada hari

program telah memberitahu kami bahawa mereka ingin membuat reherseal terlebih dahulu.

Salah satu daripada pihak luar tersebut iaitu NASOM terlupa membawa kesemua lagu yang ingin

mereka persembahkan esok. Kami pun menyelesaikan masalah ini dengan memuat turun lagu-

lagu tersebut kedalam laptop saya daripada Youtube. Laptop saya telah digunakan sebagai laptop

utama pada hari kejadian untuk menyusun atur urutan lagu-lagu yang akan dimainkan pada hari

program. PA sistem milik persendirian juga sampai pada hari tersebut dalam lebih kurang pukul

4.00 petang.

Pihak JKM juga telah meminta pihak kami untuk menjaga PA sistem mereka pada waktu malam

tersebut kerana takut dicuri orang. Oleh kerana kami tidak mahu mengganggu exco-exco lain,

kami ahli-ahli exco teknikal telah memutuskan untuk berjaga malam pada hari itu sehingga

waktu pagi. 2 orang ahli exco teknikal akan berjaga setiap 2 jam mengikut syif. Saya dan seorang

lagi ahli exco teknikal telah berjaga malam dari pukul 3.00 hingga 5.00 pagi.

Pada 6 April iaitu hari program Light Up Autism berlangsung, saya balik ke kolej sebentar untuk

mandi, selepas itu terus pergi ke tapak khemah dalam lebih kurang pukul 6.00 pagi untuk

memastikan PA sistem milik persendirian berfungsi dan berada dalam keadaan baik kerana acara

senam robik akan bermula pada pukul 6.30 pagi.

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

Dalam lebih kurang pukul 7.30 pagi pegawai technician JKM tiba untuk membantu saya

mengendalikan PA sistem utama mereka, saya menyambungkan laptop saya dengan PA sistem

utama dan mengawal atur cara lagu-lagu untuk persembahan dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00

pagi. Beberapa masalah telah timbul pada hari program tetapi saya telah belajar cara bersosial

dengan yang betul dengan kawan-kawan dan ahli-ahli exco yang lain untuk menyelesaikannya.

Kemahiran sosial dan kebertanggungjawabant dinyatakan bersama-sama gambar saya di

Lampiran B dan C di bawah.

Gambar pembuktian

Lampiran A – Surat kelulusan JPPEL bagi program Light Up Autism 2014

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan
Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

Lampiran B – Gambar-gambar sebelum program

3 APRIL 2014. Pukul 9.20 malam di surau D KTSN. Mesyuarat diantara exco-exco

teknikal, protokol, kebajikan dan keselamatan, logistik dan tugas-tugas khas untuk

membincangkan pembahagian tugas pada hari program. Saya yang memakai baju

berwarna hitam dalam gambar.

Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan
Page 13: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

4 APRIL 2014. Pukul 9-12 malam. Semua exco diminta turun ke surau D selepas Isyak

untuk membantu membungkus baju dan goodies bag untuk peserta. Saya yang berbaju

hitam.

4 APRIL 2014. Pukul 9-12 malam. Saya sedang memasukkan baju yang telah siap dilipat

kedalam plastik dan menyusun baju-baju tersebut.

Page 14: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

4 APRIL 2014. Pukul 9-12 malam. Saya sedang mengikat baju-baju yang telah siap

dibungkus dalam plastik dalam kelompok 10.

Page 15: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

5 APRIL 2014. Pukul 7.14 pagi. Para peserta Larian Autism mengesahkan pendaftaran di

sebelah Dewan Serbaguna KTSN dan mengambil baju Larian Autism mereka. Wayar

tidak cukup panjang untuk disambungkan pada laptop ahli-ahli exco perhubungan yang

digunakan sepanjang hari untuk menuruskan maklumat pengesahan pendaftaran para

peserta. Kami menyelesaikan masalah ini dengan membawa lebih daripada 5 extension.

Page 16: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

5 APRIL 2014. Pukul 8.02 pagi. Baju-baju peserta Larian Autism 10 km sedia untuk

diserahkan kepada para peserta yang telah mengesahkan pendaftaran.

Page 17: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

5 APRIL 2014. Pukul 9.30 pagi. Pihak technician dari JKM sampai ke tapak khemah

program dan kami exco teknikal membantu mereka mengeluarkan barang-barang mereka

daripada lori.

Page 18: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

5 APRIL 2014. Pukul 9.45 pagi. Ahli-ahli exco teknikal sedang berkumpul untuk

membincangkan pembahagian tugas dengan lebih terperinci untuk persiapan pada ahri

program dan juga untuk meguruskan reherseal persembahan muzik dari pihak jemputan

pada petang hari itu.

Page 19: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan
Page 20: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

5 APRIL 2014. Pukul 10.10 pagi. Saya telah menyambungkan laptop saya dengan PA

sistem milik JKM. Ini kerana laptop saya menjadi kawalan utama untuk aturcara muzik

dan lagu-lagu persembahan dari pihak yang dijemput membuat persembahan.

Page 21: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

5 APRIL 2014. Pukul 10.20 pagi. Disini lah saya rasa saya betul-betul menggunakan

kemahiran pemikiran kritikal saya kerana saya sebelum ini tak pernah mengendalikan PA

sistem sebesar dan sekompleks ini. Setelah technician dari JKM mengajar saya perkara-

perkara asas tentang PA sistem, saya mula mencuba mengubah ‘bass’, ‘trebble’ dan

‘volume’ sendiri. Ia mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk memahami kesemuanya.

Tetapi tugas saya hanya untuk mengendalikan PA sistem milik persendirian yang disewa

oleh exco kami sahaja pada hari program. Tetapi saya perlu juga mempelajari bagaimana

hendak mengendalikan PA sistem utama itu.

Page 22: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

5 APRIL 2014. Pukul 3.46 petang. Ahli AJK exco program dan protokol bekerjasama

dengan saya untuk memuat menyusun senarai lagu-lagu persembahan mana yang akan

dimainkan pada hari kejadian.

Page 23: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

5 APRIL 2014. Pukul 4.12 petang. Saya dan seorang lagi ahli exco teknikal memasukkan

dan menyusun atur lagu-lagu yang akan dimainkan pada hari program mengikut urutan

menggunakan Windows Media Player. Kami juga telah membuat copy lagu-lagu tersebut

ke DVD sekiranya berlaku apa-apa masalah laptop kepada laptop saya pada hari

program.

Page 24: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

Lampiran C – Gambar-gambar pada hari program

Page 25: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

6 APRIL 2014. Pukul 6.30 pagi. Saya mengendalikan PA sistem milik persendirian yang

disewa untuk acara senam robik sebelum perlepasan para peserta larian.

Page 26: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

6 APRIL 2014. Pukul 7.15 pagi. Berlakunya masalah dimana mikrofon tidak dapat

mengeluarkan bunyi. Mengambil masa lebih kurang 2 minit untuk mencari penyelesaian

dan kami berasa agak cemas kerana MC perlu membuat pengumuman tentang nombor-

nombor plat kereta pelawat yang bakal menganggu laluan para peserta larian. Rupa-

rupanya salah satu tempat masuk kabel signal box untuk mikrofon wireless itu tidak

berfungsi. Oleh itu saya telah memasukkan kabel signal box tersebut ke lubang untuk Mic

2 pada PA sistem mini tersebut.

Page 27: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

6 APRIL 2014. Pukul 10.15 pagi. Para tetamu khas menjamu selera sambil dihiburkan

oleh persembahan daripada NASOM.

Page 28: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

6 APRIL 2014. Pukul 10.21 pagi. Sidang Media bersama Datin Seri Paduka Hajah Rosmah

Mansor.

Page 29: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

6 APRIL 2014. Pukul 11.20 pagi. Selepas Datin Seri Paduka Hajah Rosmah Mansor

beredar meninggalkan majlis, para krew-krew Light Up Autism (Baju Merah)

mempersembahkan tarian ‘Flashmob’ diikuti bersama wakil daripada Permata Pintar

(Baju Kuning). Saya juga tutut menyertai latihan ini.

Page 30: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

6 APRIL 2014. Pukul 12.15 tengah hari. Saya sedang membantu exco jamuan mengangkat

lebihan kotak-kotak air mineral.

Page 31: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

6 APRIL 2014. Pukul 12.31 tengah hari. Sesi bergambar bersama ahli exco teknikal

program Light Up Autism selepas majlis. Dari kiri ialah saya (Mohd Iskandar), Farah

Madiehah dan Boris Wong.

Page 32: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

6 APRIL 2014. Pukul 10.10 pagi. Berehat sebentar menguruskan muzik dan lagu

persembahan.

Page 33: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

6 APRIL 2014. Pukul 10.10 pagi. Berehat sekejap menguruskan muzik dan lagu

persembahan.

Page 34: ifolio.ukm.my · Web viewRancangan awal exco kami adalah untuk meminjam PA system daripada UKM Bangi dan DBKL. Memandangkan saya dan ahli-ahli exco saya tidak mempunyai banyak pengetahuan

6 APRIL 2014. Pukul 10.12 Pagi. Saya dan ahli exco saya dan juga wakil pengiring

daripada Permata membincangkan tentang sound effect dan timing yang tepat berkenaan

lagu-lagu persembahan.