alatan muzik tradisional masyarakat malaysia

6
Alatan Muzik Tradisional Masyarakat Malaysia Penciptaan alat muzik diilhamkan melalui pemerhatian pada sumber alam dan menerusi eksploitasi bahan-bahan semulajadi seperti kulit haiwan, tumbuh- tumbuhan, tulang dan tanduk. Bermula hanya dengan bertepuk tangan, menghentakkan kaki, bersiul, mengetuk kayu dan sebagainya, alat muzik ini terus mengalami evolusi ke tahap yang lebih kompleks dan kompetetif. Pengaruh dan pertembungan budaya dari luar yang berlaku pada zaman-zaman perdagangan dan penjajahan banyak mempengaruhi alat muzik tempatan. Justeru lahirlah alat-alat muzik sinkretik yang terhasil dari kepandaian menggabung-jalin unsur-unsur luar, misalnya daripada Timur Tengah, India, China dan Eropah di negara ini dengan muzik rakyat dan muzik istana yang mendominasi aliran muzik pada zaman itu. Alat Muzik Tradisional - Kesatuan Dalam Kepelbagaian Berbilang asal usul telah melahirkan alat muzik tradisional yang pelbagai lantas melahirkan warisan seni muzik yang kaya dan kompleks. Meskipun bersempadankan budaya masing-masing, namun ia berjaya membentuk identiti tersendiri dan menonjolkan ciri-ciri persamaan yang dapat dikongsi bersama oleh pelbagai kaum di negara ini. Alat-alat muzik membranofon, kordofon, idiofon dan erofon dimainkan menerusi laras persembahan yang hampir serupa, justeru memberi jiwa dan aspirasi ke arah pembentukan bangsa Malaysia berteraskan 1 Malaysia. Punca kehilangan Minat Bermain Alat Muzik Tradisional Masalah utama yang dikenalpasti sebagai pendorong terhakisnya alat muzik tradisional :- 1. Kurangnya pendidikan dan pengalaman di dalam bidang muzik di kalangan remaja. 2. Kejutan budaya (culture shock) yang dibawa oleh pengaruh- pengaruh luar. 3. Penekanan gejala komersialisme dan sensasionisme. 4. Persepsi yang dipengaruhi oleh media massa. 5. Nilai kreativiti yang berlandaskan nilai asing. 6. Kemasukan alat-alat teknikal muzik moden.

Upload: muhamad-akhmal-hakim

Post on 26-Jun-2015

980 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Alatan Muzik Tradisional Masyarakat Malaysia

Alatan Muzik Tradisional Masyarakat Malaysia

Penciptaan alat muzik diilhamkan melalui pemerhatian pada sumber alam dan menerusi

eksploitasi bahan-bahan semulajadi seperti kulit haiwan, tumbuh-tumbuhan, tulang dan

tanduk. Bermula hanya dengan bertepuk tangan, menghentakkan kaki, bersiul, mengetuk

kayu dan sebagainya, alat muzik ini terus mengalami evolusi ke tahap yang lebih kompleks

dan kompetetif. Pengaruh dan pertembungan budaya dari luar yang berlaku pada zaman-

zaman perdagangan dan penjajahan banyak mempengaruhi alat muzik tempatan. Justeru

lahirlah alat-alat muzik sinkretik yang terhasil dari kepandaian menggabung-jalin unsur-

unsur luar, misalnya daripada Timur Tengah, India, China dan Eropah di negara ini dengan

muzik ‘rakyat’ dan muzik ‘istana’ yang mendominasi aliran muzik pada zaman itu.

Alat Muzik Tradisional - Kesatuan Dalam Kepelbagaian

Berbilang asal usul telah melahirkan alat muzik tradisional yang pelbagai lantas melahirkan

warisan seni muzik yang kaya dan kompleks. Meskipun bersempadankan budaya masing-

masing, namun ia berjaya membentuk identiti tersendiri dan menonjolkan ciri-ciri persamaan

yang dapat dikongsi bersama oleh pelbagai kaum di negara ini. Alat-alat muzik

membranofon, kordofon, idiofon dan erofon dimainkan menerusi laras persembahan yang

hampir serupa, justeru memberi jiwa dan aspirasi ke arah pembentukan bangsa Malaysia

berteraskan 1 Malaysia.

Punca kehilangan Minat Bermain Alat Muzik Tradisional

Masalah utama yang dikenalpasti sebagai pendorong terhakisnya alat muzik tradisional :-

1. Kurangnya pendidikan dan pengalaman di dalam bidang muzik di kalangan remaja.

2. Kejutan budaya (culture shock) yang dibawa oleh pengaruh-pengaruh luar.

3. Penekanan gejala komersialisme dan sensasionisme.

4. Persepsi yang dipengaruhi oleh media massa.

5. Nilai kreativiti yang berlandaskan nilai asing.

6. Kemasukan alat-alat teknikal muzik moden.

Prof. Mohamed Ghouse Nasuruddin, di dalam kertas kerjanya yang bertajuk ‘Seni

Persembahan Tradisi Menjelang Awal Abad ke-21’ telah menggariskan beberapa faktor

yang boleh mencorak serta merubah kesenian tradisional:

1. Hakisan kepercayaan anamisme yang berkaitan dengan persembahan tradisi.

2. Perubahan corak hidup dan kemajuan pengetahuan sains dan teknologi.

Page 2: Alatan Muzik Tradisional Masyarakat Malaysia

3. Status ahli pemain tradisi.

4. Kesedaran keagamaan, terutamanya dalam kalangan orang Melayu.

Daripada hasil kajian Dr. Ariff dan Prof. Ghouse di atas, dapatlah kita rumuskan faktor-faktor

kehakisan utama terhadap alat muzik tradisional dan kesenian keseluruhannya seperti

berikut, dengan penambahan kepada faktor politik.

Perkara pertama yang ditekankan oleh Dr. Ariff di atas ialah kurangnya pendidikan

muzik di kalangan golongan muda. Mungkin kurikulum pembelajaran di sekolah-sekolah

terutamanya sekolah rendah kurang menitikberatkan aspek kesenian terutamanya alat

muzik tradisional. Ini mungkin disebabkan oleh sikap masyarakat kita sendiri yang tidak

begitu mengambil berat hal-hal yang dianggap tidak bermanafaat. John E. Kaemer, seorang

profesor emeritus antropologi dari Universiti DePauw, Amerika Syarikat menyebut di dalam

bukunya 'Music in Human Life – Anthropological Perspectives on Music';

"Muzik tidak dipersembahkan di dalam vakum dan tidak boleh dianggap sebagai

hiburan semata-mata. Muzik mempunyi pertalian yang penting dengan corak ekonomi,

tindakan politik, ugama, kesenian - kesenian lain dan bahasa".

Prof. Madya Dr. Mohd Anis Md Nor, seorang pakar etnologi tari dan etnomuzikologi

di Universiti Malaya, di dalam mukadimah bukunya 'Zapin - Folk Dance Of The Malay World'

ada menyebut,

"tradisi seni persembahan di Malaysia kurang mendapat perhatian para cendikiawan

berbanding dengan negara-negara seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Ini mungkin

disebabkan oleh kurangnya minat di Malaysia untuk menimba ilmu, di mana kebanyakan

populasi tempatan menganggap bahawa perkara ini tidak ada hubungkaitnya dengan hal-

ehwal ekonomi masyarakat dan negara".

Dr. Anis juga berpendapat bahawa golongan muda Malaysia hanya mendapat

pengetahuan yang terhad di dalam bidang seni persembahan tradisional melalui sistem

persekolahan kebangsaan dan tidak ada institusi pengajian awam atau swasta yang

menawarkan kursus seni persembahan tradisional suku kaum. Tambah Dr. Anis, "dengan

hanya segelintir cendikiawan tempatan yang cuba (untuk mengkaji seni persembahan

tradisional), seni tari dan muzik di Malaysia masih menantikan eksplorasi yang lebih

mendalam".

Usaha pendidikan perlu dipertingkatkan lagi di seluruh lapisan masyarakat bukan

sekadar pelajar sahaja. Ini dapat meningkatkan lagi tahap apresiasi terhadap kesenian

Page 3: Alatan Muzik Tradisional Masyarakat Malaysia

tradisional kita serta mambantu di dalam pemuliharaannya. Akhir-akhir ini nampaknya telah

dipertingkatkan usaha melalui saluran media tempatan ke arah matlamat ini. Media massa

kebelakangan ini sering menyelitkan sedikit-sebanyak tentang budaya dan kesenian Melayu

yang merangkumi sastera, sejarah, kraftangan, senibina, muzik dan sebagainya.

Institusi politik merupakan salah satu aspek yang terpenting di dalam menentukan

hidup atau terkuburnya sesuatu bentuk kesenian. Kuasa yang memerintah mempunyai

kuasa untuk menghalang sesuatu kesenian daripada dipersembahkan, contohnya

pengharaman Wayang Kulit, Main Puteri dan Mak Yong di Kelantan dan Terengganu.

Walaupun apa alasannya, pengharaman merupakan satu titik permulaan yang ketara di

dalam terhapusnya kesenian tersebut keseluruhannya

Usaha Menarik Minat Bermain Alat Muzik Traditional Di Malaysia

Pembangunan alat muzik tradisional telah dipupuk dengan penubuhan Orkestra

Tradisional Malaysia(OTM). OTM beridentitikan masyarakat majmuk negara ini dari segi

kemanusiaan dan muzikal, yang mana budaya pelbagai kaum menjadi teras, dengan

mengekalkan fungsi dan identiti muzik asli dan warisan. Pemilihan genre dan gubahan

muzik akan menyatukan ciri-ciri keaslian muzik warisan ini dalam satu gabungan yang

penuh dengan nilai estetika dan keasliannya. Penubuhan OTM adalah selaras dengan

hasrat Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) untuk

menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum melalui seni muzik.

Penubuhan OTM merupakan usaha berterusan oleh KPKK melalui Istana Budaya,

bagi menstrukturkan semula ahli muzik tradisional pelbagai kaum dan etnik serta

menjadikan kepelbagaian peralatan muzik tradisional Malaysia bertaraf antarabangsa dan

profesional, setanding dengan orkestra simfoni barat. Usaha ini menyokong idea Gagasan 1

Malaysia yang diutarakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin

Tun Haji Abdul Razak, iaitu menyemarakkan keharmonian kaum melalui aktiviti-aktiviti yang

diadakan. OTM turut menggabungkan ahli muzik handalan dari Professional Cultural Center

(PCC) dan Temple of Fine Arts (TOFA). Gabungan ini memapar dan mengungkapkan

perpaduan dan semangat setiakawan di kalangan rakyat berbilang kaum.

OTM dilihat sebagai pemangkin revolusi muzik Malaysia di abad ke-21. Ia

berteraskan muzik pelbagai kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Orang Asli, Sabah

dan Sarawak. Gabungan pelbagai genre muzik ini adalah diharap dapat dijadikan satu

landasan kepada suatu konsep muzik baru rakyat Malaysia yang bersatu di abad yang

mendatang. OTM telah dilancarkan secara rasminya oleh YB. Dato’ Seri Utama Dr. Rais

Page 4: Alatan Muzik Tradisional Masyarakat Malaysia

Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) pada 06 Februari 2010

bertempat di Panggung Sari Istana Budaya.

OTM telah mengadakan beberapa persembahan di dalam dan luar negara

antaranya, Program Titian Budaya Malaysia Singapura, di Esplanade Singapura (Mei 2008),

Majlis Ulang Tahun ke 50 Bank Negara dan Sempena Persidangan Gabenor-Gabenor Bank

Dunia (Januari 2009), Rumah Terbuka Tahun Baru Cina (7 Feb 2009), Konsert Simfoni

Rakyat Malaysia (2007) dan Konsert 100 (2004). Enam daripada ahli muzik OTM juga

merupakan ahli gabungan Orkestra Tradisional ASEAN-KOREA (AKTO) yang telah

mengadakan persembahan sulung pada Mei 2009 di Korea. Konduktor OTM, Mohd Yazid

Zakariab merupakan salah seorang komposer dan konduktor yang terlibat di dalam AKTO.

OTM kini dianggotai seramai 60 orang ahli pada satu-satu masa tetapi boleh

dikembangkan hingga 86 orang ahli muzik. Ahli OTM terdiri daripada ahli muzik yang

memiliki kemahiran, kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang muzik berkaitan.

Pemilihan ahli muzik tersebut dilakukan dengan teliti melalui sesi ujibakat yang berterusan.

Alat-alat muzik tradisional OTM boleh diklasifi kasikan dalam beberapa kategori iaitu:-

 

Plugged Strings

• Yang Qin

• Mandolin

• Sape

• Zhong Ruan

• Sitar

• Pipa

• Gambus

Gamelan

• Bonang

• Gambang

• Saron Pekin

• Demung

• Saron Barong

• Greteh

• Gong Gamelan

Percussion

• Pergendangan

Melayu

• Kompang/Marwas

• Latin Percussion

• Tabla

     

Bowed String

• Rebab OTM

• Zhong Hu

• Erhu

• Cello

• Gaohu

• Double Bass

Woodwinds

• Seruling Bambu

• Dizi

• Bansuri

• Souna

• Serunai/Bansi/Saluang

Rhythm Section

• Keyboard

• Drum OTM

• Electric Bass

• Gitar Akustik

Page 5: Alatan Muzik Tradisional Masyarakat Malaysia

Gabungan alat muzik tradisional ini adalah bersifat elastik dan fleksibel yang mana ia boleh

ditambah atau diperbesarkan berdasarkan keperluan OTM. Alat-alat muzik tradisional yang

lain sedang dikaji kesesuaiannya untuk diterapkan dalam OTM. Buat masa sekarang, OTM

masih lagi menggunakan beberapa alat muzik Barat namun di masa hadapan, penggunaan

alat muzik Barat ini akan diganti sepenuhnya oleh penggunaan alat muzik tradisional

Malaysia.